psikolinguistik dan sosiolinguistik dalam pengajaran bahasa

Upload: atiq-zizan

Post on 05-Apr-2018

231 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 7/31/2019 Psikolinguistik Dan Sosiolinguistik Dalam Pengajaran Bahasa

    1/18

    PSIKOLINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK DALAM PENGAJARAN BAHASA

    Kursus dalam Perkhidmatan Kakitangan Penting Bahasa Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia,

    UKM, KL, 26-31 Julai 1976

    PSIKOLINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK DALAM PENGAJARAN BAHASA

    Pengajaran

    Sajak de Saussure membuat tanggapan dan pencerapan bagi menjalankan pengkajian bahasa dari

    segi struktur bentuk, maka linguistik berkembang dengan majunya. Bidang linguistik berkembang

    dengan begitu pesat dalam kurun ke-20 ini. Ini bermakna kajian linguistik telah lama bermula. Sejak

    manusia mula berasa kagum terhadap bahasanya, mereka telah mula mengkaji dan mempelajari

    bahasa mereka itu. Manusia mula belajar mengkaji bahasanya kerana keperluan untuk

    menguasainya. Oleh itu, Panini, seorang ahli agama Hindu, telah mula mempelajari bahasa Sanskrit

    sejak 3000 tahun dahulu demik kepentingan mengekalkan sebutan dan bacaan yang tepat bagi kitab

    suci Veda. Hasil kajian dan pengamatan itu masih dimanfaati oleh masyarakat Hindu hingga ke hari

    ini. Sarjana Yunani juga demikian, mereka berusaha menggolongkan kata-kata mengikut sifat benda-

    benda di dunia. Sehingga hari ini pun, penggolongan kata yang dibuat oleh orang Yunani itu seperti

    nama, perbuatan, sifat, sendi, dan seruan, masih kita pakai. Begitu juga Al-Khalil dalam kurun ke-7 M

    telah mengkaji bunyi-bunyi al-Quran yang tersusun pada zaman itu dapat dibakukan sistem sebutan

    dan ejaannya sehingga bacaannya masih kekal tidak berubah hingga sekarang.

    Daripada apa yang saya perkatakan ini terlihat bagaimana linguistik am: fonologi, morfologi sintaksis,

    semantik, dan leksikografi berhubung rapat dengan pembelajaran dan pengajaran bahasa. Pendek

    kata tanpa deskripsi dari segi linguistik, maka sukarlah sesuatu bahasa itu diajarkan secara formal.

    Hasil kajian linguistik am terhadap bahasa itu dapat menjadi bahan penting dalam pengajaran

    bahasa. Sengaja saya gunakan di sini istilah pengajaran bahasa kerana istilah pembelajaran

    mencakupi pengertian lain. Bidang pembelajaran mencakupi bidang psikologi, iaitu cara bahasa

    diperoleh dan dipelajari. Aspek ini lebih lazim dikenali sebagai psikolinguistik. Memang

    psikolinguistik dan linguistik gunaan terlibat dalam pengajaran bahasa, dan bidang-bidang ini telah

    begitu berkembang dan penting sehingga setiap satunya menjadi bidang sendiri pula. Dalam bab ini,

    saya membincangkan implikasi teori-teori tertentu dalam pembelajaran dan pengajaran bahasa.

    Kaedah Pengajaran Bahasa Zaman Yunani

    Mungkin manusia telah mula belajar bahasa selain daripada bahasa kandungnya sejak mereka mula

    berasa perlu untuk berhubung antara satu sama lain. Tidak syak lagi bahawa ahli-ahli pelayaran,

    ketua-ketua angkatan perang yang menakluki negara-negara lain, telah mempelajari bahasa-bahasa

    lain untuk memudahkan kerja mereka. Agaknya sukar untuk kita menentukan corak kaedah yang

    mereka gunakan. Satu caranya ialah kita dapat membuat andaian tentang hal ini dengan melihat

    cara orang Zaman Pertengahan mempelajari bahasa. sebenarnya perkembangan dalam

    pembelajaran bahasa semenjak zaman Yunani sehinggalah kurun ke-20 ini tidaklah banyak berubah.

    Apabila pertembungan antara manusia menjadi lebih rapat akibat sistem perhubungan antara

    manusia menjadi lebih rapat akibat sistem perhubungan antara manusia menjadi lebih rapat akibat

    sistem perhubungan antara manusia menjadi lebih rapat akibat sistem perhubungan yang

    merapatkan negara-negara, maka pembelajaran bahasa memerlukan kaedah yang lebih berkesan

  • 7/31/2019 Psikolinguistik Dan Sosiolinguistik Dalam Pengajaran Bahasa

    2/18

    dan boleh menimbulkan hasil yang baik dalam masa yang lebih singkat. Sebelum itu,

    perkembangannya amat perlahan. Sebenarnya pembelajaran bahasa sehingga itu, hanyalah

    bergantung pada kaedah terjemahan; samalah sebagaimana orang mempelajari bahasa Latin pada

    masa dahulu. Dalam kaedah ini, terjemahan memainkan peranan yang amat penting. Bahan-bahan

    pengajaran mereka hanyalah terbentuk daripada bahan terjemahan semata-mata. Dalam bahagian

    tatabahasa pula, unsur-unsur tersebut selalu diajarkan secara formal. Tatabahasa yang diajarkan itu

    biasanya menggunakan kerangka dan unsur-unsur tatabahasa Latin yang disesuaikan di sana sini

    kepada bahasa yang diajarkan.

    Dalam mempelajari bahasa Malaysia, kita juga sentiasa dipengaruhi oleh unsur-unsur dan keadaan

    ini. Buku yang dikarang untuk mengajar bahasa Melayu yang dihasilkan oleh Swettenham (1886),

    Maxwell (1882), Winstedt (1927), dan Zaba (1965) sendiri, terang-terang didasarkan kepada

    tatabahasa bahasa Inggeris yang sebenarnya disadur daripada tatabahasa bahasa Latin. Zaba pula

    menerima unsur-unsur bahasa Arab. Umpamanya deskripsi jenis kata-katanya masih lagi mengikut

    golongan kata-kata Yunani, seperti yang ditiru oleh Latin kerana Zaba menerima adanya kata-kata

    jenis nama, perbuatan, sifat, sendi, dan seruan. Swettenham pula membincangkan unsur kala

    seolah-olah bahasa Melayu itu adalah suatu bahasa yang mempergunakan kala seperti bahasa

    Inggeris. Begitu juga Winstedt menyebut unsur bilangan Zaba (1940/1965) pula tidak sunyi daripada

    masalah demikian. Dalam bukunya Pelita Bahasa Melayu I, Zaba mengatakan bahawa huruf

    menghasilkan bunyi. Ini tidak berbeza daripada pendapat Yunani 2000 tahun dahulu, dan konsep ini

    masih belum berubah dalam buku Zaba.

    Seperti yang saya katakan tadi, proses pembelajaran bahasa ini berubah dengan pesat dalam kurun

    ke-20 ini. Hal ini telah berlaku kerana beberapa faktor. Negara-negara mula berhubung antara satu

    dengan lain dan memerlukan pembelajaran bahasa untuk perhubungan. Perkembangan linguistik

    telah memberi pedoman yang baharu kepada bidang ini; dan tidak juga kurang pentingnya, bahawa

    dalam masa Perang Dunia Kedua, negara Amerika Syarikat telah memberi tumpuan kepada

    pembelajaran bahasa-bahasa Eropah seperti bahasa Jerman, Perancis, dan Rusia untuk kepentingan

    peperangan. Hal ini telah menghasilkan kesan positif yang banyak terhadap pembelajaran bahasa. di

    samping itu pada masa yang sama, kajian psikologi menjadi lebih saintifik. Salah satu daripada

    bidang yang dikaji, ialah, bagaimana kanak-kanak belajar menuturkan bahasa. kajian-kajian seperti

    ini dijalankan oleh Freud, Piaget, dan ahli-ahli psikologi yang lain, telah mempunyai pengaruh yang

    mendalam terhadap pengajaran bahasa. mereka mendukung teori behaviorisme. Apa yang mereka

    anggap behaviorisme itu ialah gerak-geri binatang, termasuklah manusia, segala-galanya merupakan

    dasar dalam pembentukan tabiat. Pembentukan tabiat ini mestilah berdasarkan rangsangan dangerak balas. Ramai ahli psikologi menjalankan kajian tentang behaviorisme. Kajian dan hasil kajian ini

    digunakan untuk menjelaskan seorang ahli psikologi di Universiti Harvard, B.F. Skinner, yang menulis

    buku Verbal Behavior (1957). Dalam buku itu beliau membincangkan teori bagaimana manusia

    belajar bertutur. Segala-galanya ini mempunyai implikasi dalam bidang pengajaran dan

    pembelajaran bahasa.

    Teori Behaviorisme

    Salah satu bidang yang kuat mempengaruhi bidang pembelajaran bahasa ialah psikologi. Teori

    psikologi ini menyelidik tabiat manusia. Saya tidaklah mahu membincangkan teori ini satu persatu,

  • 7/31/2019 Psikolinguistik Dan Sosiolinguistik Dalam Pengajaran Bahasa

    3/18

    tetapi hanyalah sekadar menyentuh teori behaviorisme ini bersangkutan dengan implikasi

    pembelajaran bahasa.

    Dalam kurun ke-19, aliran kajian psikologi di Amerika mula bergerak berpisah daripada pemikiran

    sarjana di Eropah. J.B. Watson (1878-1958) profesor psikologi di Universiti John Hopkins mengarang

    bukunya, Psychology from the Standpoint of a Behaviorist (1919). Dia hanya mengkaji lakuan dan

    tidak mementingkan pengalaman sedar. Lakuan padanya hanyalah gerak-gerak otot, dan tidak lebih

    daripada itu. Penafiannya terhadap sesuatu yang subjektif menyebabkan dia dapat membuat kajian

    terhadap perkara-perkara yang sedar. Inilah sumbangannya yang besar, iaitu penolakannya terhadap

    pembezaan jasad dan fikiran. Inilah yang dipegang oleh ramai ahli psikologi lakuan. Walau

    bagaimanapun, semua ahli psikologi menumpukan perhatian kepada objektif lakuan ini, selalu

    mengkaji binatang, suka menganalisis mengikut rangsangan dan gerak balas, dan memberi

    penumpuan kepada pembelajaran sebagai pusat pengkajian.

    Di samping itu kita dapati E.R. Guthrie yang menjadi profesor psikologi di Universiti Washington.

    Bukunya The Psychology of Learning (1935) mengandungi pendapat bahawa, pembelajaran itu

    berlaku dengan adanya rangsangan dan diikuti dengan gerak balas. Dengan kata lain, yang

    dimaksudkannya ialah kalau sesuatu gerak balas itu berlaku dalam satu keadaan tertentu, maka

    semasa kita berada dalam keadaan seperti itu pada masa yang lain, maka kita akan melakukan gerak

    balas yang sama. Apabila ada rangsangan dan tindak balas, maka berlakulah pembelajaran. Ternyata

    bahawa kenyataan seperti ini ada kurangnya dari segi pembelajaran. Katakanlah seorang itu diberi

    teka silang kata, dia membuatnya dengan betul, mak apabila diberi teka silang kata yang lain dia

    akan berbuat demikian juga. Tetapi kalau dia tidak dapat membuatnya, maka teka silang kata itu

    akan ditinggalkannya. Pada satu masa lain, di diberi teka silang kata yang sukar juga, dan tidak dapat

    dibuatnya, lalu ditinggalkannya. Dia telah memberi gerak balas yang sama seperti dahulu. Adakah

    dia sudah belajar sesuatu dalam hal ini?

    Dalam pembelajaran bahasa, nama ahli psikologi yang masyhur ialah Skinner seperti yang saya sebut

    di atas. Skinner ialah seorang ahli behavioris dari Universiti Harvard. Skinner juga berpegang kepada

    teori behaviorisme, iaitu pembelajaran berlaku kalau ada rangsangan dan gerak balas. Dalam hal ini,

    beliau menjalankan eksperimen dengan menggunakan binatang. Salah satu daripadanya ialah

    dengan menggunakan merpati. Merpati itu dikurung di dalam kotak. Di dinding kotak itu ada suis.

    Apabila suis itu dipatuk terbukalah suatu lubang yang mengeluarkan makanan. Ini bermakna,

    merpati itu mematuk sebagai satu rangsangan dan setelah rangsangan dilaksanakan merpati itu

    akan mendapat balasan makanan. Keadaan ini tidak jauh berbeza daripada yang disebut oleh

    Watson dan Guthrie, tetapi apa yang berbeza ialah tentang konsep pengukuhan. Pengukuhan ini

    dianggap oleh Skinner sebagai asas dalam proses pembelajaran.

    Bagi Skinner ada dua jenis pembelajaran. Kedua-duanya berlainan kerana ada dua jenis lakuan.

    Pertama ialah lakuan responden, iaitu gerak balas yang automatis dan tetap. Misalnya, kita

    dilahirkan dengan banyak gerak balas, dan kita mempelajari sesuatu yang baharu itu dengan secara

    pembiasaan. Lutut terangkat kalau diketuk oleh doktor. Itu merupakan satu lakuan yang ada

    rangsangan (ketuk) dan ada gerak balas (kaki terangkat). Ini adalah lakuan responden yang berlaku

    secara automatis.

    Kedua ialah lakuan operan. Bagi Skinner kebanyakan lakuan ialah jenis operan. Lakuan responden

    tadi ialah gerak balas daripada rangsangan, tetapi lakuan operan berlaku menurut lingkungan atau

  • 7/31/2019 Psikolinguistik Dan Sosiolinguistik Dalam Pengajaran Bahasa

    4/18

    keadaan. Rangsangannya tidak semestinya menerbitkan gerak balas tertentu, seperti berjalan,

    bercakap, bekerja, dan sebagainya. Misalnya, lakuan menelan makanan bukan sahaja kerana

    rangsangan terlihat makanan, tetapi juga ras lapar, lingkungan sosial, dan beberapa lingkungan atau

    suasana yang berlainan. Belajar melalui lakuan operan itulah yang dikatakan pensyaratan tetapi lain

    daripada gerak balas otot secara autonomatis.

    Dalam bukunya Verbal Behavior (1957) Skinner telah membincangkan proses pembelajaran bahasa

    dengan lebih lanjut dengan menggunakan unsur rangsangan dan gerak balas, dan suatu suasana

    pengukuhan yang terlibat dalam menghasilkan pembelajaran secara maksimum. Pengukuhan

    menambah kemungkinan berlaku gerak balas. Menurutnya, lakuan bahasa ialah suatu lakuan yang

    diperkukuh oleh seseorang pendengar dan berkembang menurut prinsip yang sama dengan lakuan

    operan yang lain. Dalam beberapa keadaan tertentu, penutur itu juga menjadi pendengarnya sendiri

    dan memperkukuh lakuan bahasanya sendiri.

    Dari sinilah terbitnya kaedah latih tubi, iaitu rangsangan dan gerak balas dalam sesuatu pelajaran

    bahasa itu disenaraikan menurut polanya, iaitu lakuan yang boleh dikaji dari segi rangsangan dan

    gerak balas. Latih tubi itu akan menimbulkan tabiat yang dapat dikukuhkan dan akan lekat dipelajari

    sebagi tabiat.

    Semenjak Skinner, ramai lagi ahli psikologi yang mengkaji bagaimana pembelajaran bahasa berlaku.

    Kebanyakan mereka mengkaji bagaimana kanak-kanak mempelajari bahasa dan implikasinya

    terhadap pengajaran bahasa. antara kajian ini ialah usah R. Brown, yang dijelaskan dalam bukunya A

    First Language: The Early Stages (1974). Beliau telah mengkaji perkembangan bahasa kanak-kanak

    dari segi pembentukan ayat. Bidang lain, walaupun ada tersebut, hanya disentuh secara sambil lalu.

    Banyak lagi usaha lain yang membaiki konsep Skinner dan ada implikasinya terhadap kaedah-kaedah

    pengajaran bahasa. sejak Skninner, ramai lagi sarjana lain yang telah membuat kajian lanjut tentang

    behaviorisme, sehinggalah terbit golongan neobehaviorisme.

    Chomsky (1967) dengan keras menafikan pendapat behaviorisme ini. Dalam penafiannya itu,

    Chomsky menyatakan bahawa teori behaviorisme itu hanya sebuah dongeng. Baginya, behaviorisme

    tidak memberi tempat kepada taraf akal yang lebih maju yang ada pada manusia. Behaviorsme

    tidak mengendahkan kemampuan otak manusia terhadap pembelajaran bahasa. cara kanak-kanak

    mempelajari bahasa mungkin lebih bermanfaat kepada pengajaran dan pembelajaran bahasa. dalam

    mengkaji bagaimana kanak-kanak banyak mempelajari lakuan berbahasa atau bukan bahasa melalui

    pengamatan atau peniruan secara tidak sedar terhadap apa yang dibuat oleh orang dewasa dan

    kanak-kanak lain. Kanak-kanak tidak belajar hanya melalui perancangan bahasa yang rapi daripada

    ibu bapa mereka.

    Pada peringkat majunya kanak-kanak itu pandai mengeluarkan ayat-ayat yang belum pernah

    didengarnya dahulu, atau memahami ayat-ayat tersebut. Kebolehan ini menunjukkan ada proses

    penting yang tidak bersangkut paut dengan makluman balik daripada lingkungan atau rangsangan.

    Jadi, teori Skinner yang mengatakan pembelajaran itu berlaku mengikut perancangan lakuan

    berbahasa melalui pengukuhan itu sama sekali ditolaknya seperti dalam kutipan ini, sebenarnya

    dalam pemerolehan bahasa, adalah jelas bahawa pengukuhan, pengamatan secara tidak sedar, dan

    sifat ingin tahu semula jadi (lengkap dengan kecenderungan kuat untuk meniru) adalah faktor-faktor

    penting, samalah juga dengan kemampuan yang istimewa yang ada pada pelajar itu untuk membuat

    generalisasi, hipotesis, dan memproses maklumat dalam beberapa cara yang khusus dan amat

  • 7/31/2019 Psikolinguistik Dan Sosiolinguistik Dalam Pengajaran Bahasa

    5/18

    kompleks, yang tidak dapat kita deskripsikan atau cuba memahaminya, yang sebahagian besarnya

    mungkin inat, atau mungkin akan berkembang melalui satu cara pembelajaran melalui pendewasaan

    sistem sarafnya.

    Memanglah diakui bahawa dapatan yang masih selalu dipergunakan dalam pengajaran bahasa

    kedua dan bahasa asing pada masa ini, ialah, hasil kajian ahli lakuan tadi. Konsep ini telah

    disesuaikan oleh W.M. Rivers (1964) untuk membentuk prinsip pengajaran bahasa asing. Dia telah

    membuat empat andaian yang penting:

    Pembelajaran bahasa asing (sesuai juga untuk bahasa kedua) pada dasarnya adalah suatu proses

    mekanikal, iaitu pembentukan tabiat.

    Kemahiran akan dicapai secara lebih berkesan kalau bentuk pertuturan dikemukakan dahulu.

    Dengan kata lain belajar mendengar dan bertutur itu adalah tabiat yang asas kalau dibandingkan

    dengan kemahiran menulis dan membaca.

    3 Pelajar dapat menerima pelajaran dengan lebih berkesan dengan menggunakan iktibar. Ini

    bermaksud memberi persamaan atau memberi pelajar kebolehan untuk menerima pelajar dengan

    secara melihat persamaan dan pertalian dalam bentuk-bentuk yang diajar. Umpamanya dalam

    memberi latih tubi pola Anda sukakah melihat wayang? Maka dijawab, Ya! Tentu sekali, maka

    diperkenalkan pula pola yang sama seperti Anda sukakah melihat televisyen? Dan jawapannya, Ya!

    Tentu sekali. Dengan kata lain, pelajar telah dilatih tubi dalam pola yang sama, bagi membentuk

    tabiat secara mekanikal.

    4. Makna kata pula dipelajari dalam konteks budaya yang hidup dan penuh. Ini adalah cara yang

    difikirkan berkesan dalam memberi makna. Makna kata memanglah terjalin rapat dengan budaya.

    Misalnya, jam, kalau kita katakan di luar konteks maka kita menggambarkan segala macam jam,

    tetapi jam Melayu akan merujuk kepada konsep tidak mematuhimasa, yang telah menjadi amalan

    setengah-setengah orang Malaysia. Makna seperti ini hanya wujud dalam konteks budaya Malaysia.

    Aliran Behaviorisme dan Mentalisme

    Aliran menentang kaedah pengajaran berdasarkan fahaman behaviorisme yang dijelaskan di atas

    terbahagi kepada dua jenis. Pertama, guru-guru bahasa sendiri sentiasa menentang akan sebarang

    pembaharuan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran. Hal ini timbul daripada perasaan

    terancam oleh perkembangan baharu itu dan ditolak sebelum kaedah baharu diberi perhatian yang

    sewajarnya. Penolakan sebarang yang baharu ini hanyalah satu sikap yang ingin mengekalkan status

    quo sahaja. Kedua ialah aliran transformasi yang mempunyai teori yang berlainan tentang sifat

    bahasa itu sendiri, dan proses bagaimana bahasa itu berkembang di kalangan kanak-kanak.

    Pendapat-pendapat baharu ini banyak memberi sumbangan terhadap aliran struktur, dalam proses

    menjadi dwibahasa atau mempelajari bahasa kedua. Aliran transformasi ini memberi sumbangan

    yang berkesan dalam pembelajaran bahasa kalau dibandingkan dengan fahaman struktur. Aliran ini

    mempunyai pengaruh yang besar dalam perancangan bahan mengajarkan bahasa.

    Aspek bahasa yang diterangkan dengan lebih berkesan oleh aliran transformasi ialah sifat kreatif

    bahasa itu sendiri. Misalnya, dalam mempelajari bahasa, apa yang berlaku ialah pelajar bukan

    sekadar mempelajari senarai panjang ayat-ayat sahaja, tetapi lebih daripada itu. Bahasa bukan

    hanya terdiri daripada jumlah rumusan tatabahasa yang boleh dilihat atau dihafal sahaja. Pelajar itu

  • 7/31/2019 Psikolinguistik Dan Sosiolinguistik Dalam Pengajaran Bahasa

    6/18

    sebenarnya telah mempelajari suatu proses daya kreatif yang membolehkan wujudnya

    perkembangan. Jadi, bagi aliran struktur, pembelajaran bahasa itu melibatkan kebolehan pelajar

    menggunakan rumusan-rumusan tersebut. Aliran transformasi mengatakan bahawa, pembelajaran

    bahasa itu ialah proses menyerap rumusan-rumusan tatabahasa itu bersama-sama kemahiran

    berbahasa yang sedia ada pada manusia itu. Kemahiran ini bersifat inat atau tersembunyi dan

    tercetus apabila pembelajaran bahasa itu bermula. Ini adalah pendekatan mentalisme yang

    bertentangan dengan pendekatan behaviorisme atau mekanikal.

    Selama ini belum pernah disentuh perkara yang kita maksudkan dengan istilah yang bahasa itu

    kreatif, menyebabkannya boleh dipelajari. Sebenarnya tidak ada bahasa yang betul-betul sama

    antara satu sama lain, tetapi adalah juga betul kalau dikatakan tidak ada dua bahasa yang betul-

    betul berbeza. Bagi orang ramai, mereka melihat apa yang nyata iaitu dua bahasa itu adalah

    berlainan, iaitu, secara luar dua bahasa itu memanglah berlainan sama sekali. Apabila dilihat struktur

    dalaman bahasa itu, maka ternyatalah ada persamaannya. Persamaan inilah yang meyakinkanlah

    kita bahawa bahasa itu boleh dipelajari.

    Suatu sifat bahasa yang penting dari segi pengajaran dan pembelajaran ialah, bahawa, bahasa itu

    bersifat kreatif. Kita boleh menggunakan unsur-unsur yang terhad yang ada dalam sesuatu bahasa

    itu, dan menghasilkan ungkapan yang lebih besar, misalnya, dengan menggabungkan kata-kata, kita

    dapat menerbitkan jumlah ayat yang tidak terhingga banyaknya. Seorang penutur mampu

    membentuk beribu-ribu ayat baharu yang tidak pernah diucapkannya atau didengarnya dahulu,

    semata-mata setelah menguasai sistem tatabahasanya. Sebagai contoh kita lihat jadual di bawah:

    Zaiton

    Nordin

    Rizal

    Ali

    menghantar

    membawa

    memberi

    membaling

    buah

    raga

    buku

    bola

    itu

    kepada

  • 7/31/2019 Psikolinguistik Dan Sosiolinguistik Dalam Pengajaran Bahasa

    7/18

    kawannya

    kakaknya

    bapanya

    abangnya

    Dengan membaca dari kiri ke kanan bagi setiap kemungkinan ayat, kita akan dapat menerbitkan 256

    buah ayat. Dengan menambahkan satu kata lagi kepada setiap baris dalam jadual di atas, maka

    bilangan ayat yang boleh diterbitkan akan menjadi 625 buah. Kalau ditambah satu ruang lagi dengan

    semalam, pagi tadi, tadi, dan baru sekejap tadi, maka bilangan ayat yang boleh diubah bentuknya

    (aktif menjadi pasif) seperti Ali membaling bola itu kepada abangnya semalam, menjadi, Bola itu

    dibaling oleh Ali kepada abangnya semalam, maka bilangan ayat akan menjadi dua kali ganda

    banyaknya, iaitu 6250 buah. Ini adalah satu contoh yang amat kecil, dengan menggunakan lapan

    belas buah kata dan dua buah bentuk ayat. Jadi, pembelajaran bahasa itu bukan sahaja mempelajari

    tabiat automatis dalam membentuk aya-ayat tadi, tetapi juga mempunyai kebolehan untuk

    mentafsirkan segala macam ayat yang didengar atau dibacanya. Tegasnya manusia terpaksa

    mempelajari sistem terhad bahasa itu, iaitu, tatabahasa sesuatu bahasa itu, supaya

    membolehkannya mempelajari dan menggunakan bahasa itu secara kreatif dan hidup.

    Jadi, sistem struktur itulah yang dipelajari. Semua bahasa mempunyai sistem strukturnya. Bentuk

    struktur itulah yang berbeza daripada satu bahasa kepada satu bahasa yang lain. Pola struktur yang

    berlaku itu adalah kecil jumlahnya dan boleh dipelajari, tetapi kekreatifnya adalah tidak terhad.

    Kaedah Mengajar Bahasa

    Kadang-kadang kita terlihat iklan di akhbar yang berbunyi BELAJAR BAHASA Malaysia DALAM TIGA

    BULAN, LEARN BAHASA IN TWO MONTHS?, dan sebagainya. Tentu sekali kita berhak bertanya

    apakah agaknya kaedah yang dipakai oleh institusi tersebut sehingga dapat memendekkan masa

    pembelajaran bahasa sehingga sebegitu singkat, walhal kanak-kanak terpaksa mengambil masa yang

    begitu lama, tiga atau empat tahun sebelum dapat menguasai bahasa kandungnya. Demikian juga

    kaum yang tidak menuturkan bahasa Malaysia sebagai bahasa kandung, masih ramai yang tidak

    dapat menguasai bahasa Malaysia setelah tinggal di negara ini seumur hidupnya. Sekali imbas kita

    mungkin terbawa-bawa oleh iklan seperti ini. Sebenarnya perkara ini boleh berlaku, tetapi peringkat

    kecapaian dalam bahasa yang diajarkan itu patutlah dipersoalkan. Memang pembelajaran bahasa

    adalah begitu pesat sekali pada peringkat permulaan. Tetapi, setelah sampai ke peringkat

    pertengahan, maka pembelajaran yang dapat diserap mungkin akan mula mendatar dan tidak begitu

    pesat lagi. Biasanya institusi ini hanya mengajar sampai ke peringkat permulaan ini sahaja. Mungkin

    pembelajaran hingga ke peringkat ini boleh berlaku, dan pengetahuan bahasa setakat ini tentu sekali

    dapat membolehkan pelajar ini menggunakan bahasa yang sudah dan terhad dalam lingkungan

    percakapan yang terhad. Sekiranya diperlukan lebih daripada itu, maka perlulah ada pendedahan

    yang lebih lama, lebih menyeluruh, dan lebih khusus.

    Untuk memperlengkap lagi perbincangan ini maka perlulah saya berikan ringkasan tentang apa yang

    dikatakan dengan kaedah mempelajari bahasa itu. Di sini kita akan hanya membicarakan satu

    persatu kaedah tersebut secara ringkas. Sebenarnya kaedah amat bergantung pada pendekatan kita

    terhadap bahasa. Ini akan dibincangkan dalam Bab 7.

  • 7/31/2019 Psikolinguistik Dan Sosiolinguistik Dalam Pengajaran Bahasa

    8/18

    Kaedah Tatabahasa Terjemahan

    Kaedah Tatabahasa Terjemahan ini selalu juga disebut kaedah klasik. Ini mungkin kaedah yang

    dipergunakan sebelum kaedah lain timbul. Oleh sebab dahulunya para sarjana hanya mempunyai

    bahan sastera tertulis, dan oleh sebab kemahiran menulis itu dijadikan tujuan yang penting, maka

    perkara tersebut menjadi tujuan dalam kaedah tatabahasa terjemahan ini.

    Kaedah ini dirancangkan dengan tujuan memberi kemahiran menulis, dan bukan kemahiran

    bertutur. Oleh itu kaedah ini tidaklah mementingkan sebutan. Kaedah ini hanya mementingkan

    ejaan dan penulisan dalam bahasa yang diajarkan tersebut. Penggunaan bahasa secara aktif tidak

    berlaku. Rumusan tatabahasa dijelaskan dengan panjang lebar supaya menjadi pedoman

    pembentukan ayat-ayat melalui terjemahan. Selalunya yang diutamakan ialah unsur-unsur

    kekecualian daripada yang lazim dalam bahasa yang dipelajari itu, ataupun tentang unsur-unsur

    yang selalu disalahgunakan.

    Kosa kata diberi pada peringkat awal pelajaran. Terjemahan adalah difikirkan cara yang sesuai danutama dalam mempelajari kosa kata. Kata-kata itu diberi dalam bentuk terasing daripada konteks.

    Kata-kata disusun dalam ayat menurut rumusan tatabahasa. Rumusan-rumusan tatabahasa itu

    dihafal sebagai cara menguasai bahasa itu. Isi atau kefahaman tidak dipentingkan sangat, hanya

    sebagai latihan tatabahasa. Latihan selalu menggunakan bahan terjemahan daripada bahasa yang

    diajarkan ke dalam bahasa kandung. Ayat-ayat yang digunakan mungkin tidak berhubungan antara

    satu sama lain, tetapi merupakan bauran struktur yang mungkin sedia wujud dalam bahan

    terjemahan tersebut.

    Walau bagaimanapun, kaedah ini mempunyai beberapa ciri yang baik. Kaedah ini mungkin tidak

    memerlukan pembiayaan yang begitu banyak, jadi tidaklah sukar digunakan. Sementara itu guruyang tidak begitu fasih dalam bahasa itu masih boleh digunakan untuk mengajarkan bahasa

    tersebut. Demikian juga kaedah ini tidak mengehadkan saiz kelas, berapa ramai sekalipun bilangan

    pelajarnya boleh diajarkan melalui kaedah ini. Latihan yang intensif berjam-jam juga tidak

    diperlukan. Kalau diperhatikan, kebaikan kaedah ini bukanlah dari segi pembelajarannya atau dari

    segi menguntungkan pelajarnya, tetapi hanya dari segi pengajaran sahaja. Contoh penggunaan

    kaedah ini ialah pelajaran bahasa Malaysia oleh G. Soosai dan Adibah Amin, masing-masing di

    akhbar Star dan New Straits Times. Mereka mengajarkan bahasa Malaysia dengan menggunakan

    kaedah terjemahan, khususnya daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Malaysia. Dalam hal ini,

    bilangan pelajarnya ialah seluruh pembaca akhbar tersebut.

    Kaedah Terus

    Kaedah terus ini merupakan satu tindakan balas awal terhadap kaedah tatabahasa terjemahan yang

    dibincangkan di atas tadi. Kalau diperhatikan kaedah terjemahan itu, tentu terlihat ada beberapa

    masalah dan kelemahan, misalnya, tidak ada dua kata yang betul-betul sama ertinya dalam dua

    bahasa. Sedangkan kata kereta dan motokar harus mendukung pengertian yang berlainan menurut

    latar budaya bahasa Malaysia dan Inggeris. Begitu juga struktur dua bahasa adalah berlainan. Konsep

    yang boleh dibentuk dalam satu kata, mungkin tidak dapat dibuat begitu dalam bahasa Malaysia.

    Misalnya, portable hanya satu kata dalam bahasa Inggeris, tetapi dalam bahasa Malaysia kita akan

    dapati bahawa maknanya mungkin hanya dapat dijelaskan dalam satu rangkai kata, seperti bolehdibawa ke sana sini.

  • 7/31/2019 Psikolinguistik Dan Sosiolinguistik Dalam Pengajaran Bahasa

    9/18

    Kaedah terus ini diajarkan dengan menggunakan satu bahasa sahaja iaitu bahasa matlamat atau

    yang diajarkan. Bahasa kandung orang yang mempelajari bahasa itu tidak digunakan. Dengan kata

    lain, kaedah ini terus menggunakan bahasa matlamat. Kadang-kadang kaedah ini juga dikenali

    sebagai kaedah semula jadi kerana menggunakan apa yang dianggap cara semula jadi seperti juga

    kanak-kanak mula belajar bahasa. ini sesuai dengan konsep yang dijelaskan oleh Kaedah Berlitz, yang

    mengajukan supaya bahasa matlamat digunakan dengan serta-merta supaya pelajar mula berfikir

    dalam bahasa yang dipelajarinya itu. Oleh sebab bahasa lain tidak digunakan, maka pengajaran kata

    dijalankan dengan menggunakan benda-benda atau objek yang konkrit, atau melalui perbandingan

    dan persamaan sekiranya benda itu tidak konkrit. Rumusan-rumusan tatabahasa diajarkan melalui

    tunjuk cara dengan contoh-contoh yang sesuai, yang telah diserapkan ke dalam bahan pengajaran.

    Pengajaran dimulakan secara lisan, dengan tunjuk cara dan gambar-gambar atau objek yang konkrit

    tadi, dan pelajar menghafalnya dan mencuba mengikutinya. Oleh itu latih tubi menjadi syarat yang

    terpenting. Untuk tujuan itu, kelas mestilah kecil saiznya dan pengajaran mestilah intensif, mungkin

    5-6 sehari. Walau bagaimanapun, keintensifan pelajaran boleh dikurangkan kalau tidak diperlukan.

    Mereka yang berpegang teguh pada kaedah ini menolak pengajaran tatabahasa secara formal dalam

    kaedah ini, kerana bagi mereka kanak-kanak belajar dengan tidak mempelajari tatabahasa. Pendek

    kata ini dianggap sama dengan kaedah mempelajari bahasa pertama.

    Kaedah ini tentu sekali mempunyai kelebihan berbanding dengan kaedah tatabahasa terjemahan

    tadi. Kaedah ini akan dapat memberikan penguasaan pertuturan yang baik. Dengan itu juga

    pengajaran tulisan menjadi mudah dipraktiskan. Oleh sebab bahasa yang datang daripada

    bermacam-macam bahasa itu tidak menjadi halangan. Guru tidak akan terpaksa

    menterjemahkannya ke dalam banyak bahasa. dalam pada itu ternyata bahawa, kaedah ini mungkin

    memerlukan masa yang agak panjang untuk pengajaran sesuatu bahasa itu kerana penjelasan tidak

    boleh dijalankan melalui terjemahan. Oleh sebab kaedah ini menggunakan pertuturan, maka mereka

    yang fasih sahaja boleh mengajar bahasa itu. Kaedah ini amat khusus dan gurunya harus terlatih

    secara khusus juga.

    Kaedah Bacaan

    Mungkin membaca adalah suatu kaedah yang mudah sekali. Kaedah bacaan ini tidak memerlukan

    penghafalan ataupun penggunaan tatabahasa secara aktif. Kaedah ini hanya menggunakan bacaan.

    Membaca hanya memerlukan pelajar mengenal kata-kata yang tertulis dan membacanya. Kaedah

    bacaan ini mementingkan sebutan, dan ini mudah kerana ia memerlukan pengajaran peringkat

    pengenalan sahaja dan tidak memerlukan penghafalan rumusan-rumusan yang rumit. Membaca

    kuat-kuat hanya perlu untuk latihan sebutan, dan bukan untuk tujuan lain, dan tidak juga untuk

    kefahaman. Terjemahan selalunya tidak dijalankan. Pembelajaran melalui kaedah ini selalunya

    menggunakan kosa kata yang dirancangkan dengan teratur menurut frekuensi penggunaannya.

    Bahan bacaan dipertingkatkan dengan baik, dan disusun semula di tempat-tempat yang perlu.

    Kaedah ini selalu dipergunakan di dalam bilik darjah sebagai sebahagian daripada kaedah lain, dan

    mungkin juga ini berlaku dengan cara tidak disedari.

    Kaedah Dengar dan Ajuk

    Kaedah dengar dan ajuk ini menggunakan dialog untuk dihafal dan diikuti secara ajukan, iaitudimulakan dengan sebutan lisan. Dialog yang digunakan dianggap realistik dan latih tubi dijalankan

  • 7/31/2019 Psikolinguistik Dan Sosiolinguistik Dalam Pengajaran Bahasa

    10/18

    secara berseorangan atau berkumpulan. Latih tubi dialog tersebut dijalankan dengan memberi

    perhatian terhadap sebutan dan intonasi yang betul. Yang menjadi matlamat kaedah ini ialah

    pencapaian sebutan penutur kandung bahasa itu. Bahan pita rakaman digunakan dengan

    sepenuhnya, lebih-lebih lagi kalau gurunya bukan penutur kandung bahasa yang diajarkan. Alat

    pandang dengar juga digunakan dengan luasnya. Ini adalah kaedah yang dipergunakan oleh Alliance

    Francaise untuk mengajarkan bahasa Perancis. Latih tubi semuanya dibentuk dalam keadaan yang

    sebenar, dan juga sentiasa disertai dengan bahan pandang dengar yang lengkap.

    Hanya selepas pelajar menguasai sebutan, maka barulah mereka diberikan latihan menulis. Mula-

    mulanya latihan menulis ini terkawal dan diberikan hanya bahan yang telah dipelajari, dan hanya

    selepas itu baru latihan menulis itu dijalankan secara bebas.

    Latihan menyebut dan membaca itu pula dijalankan dengan menggunakan bahan yang dikawal,

    disusun, dan peringkatkan. Sistem tatabahasa diperkenalkan secara induktif dan dengan

    pemeringkatan yang teratur. Kosa kata misalnya, diberi sedikit demi pada awalnya dan selalunya

    dalam konteks yang bermakna. Kata-kata yang diberikan itu adalah berdasarkan, bukan sahaja

    menurut frekuensi tetapi juga menurut gunanya. Ada kata-kata yang tidak selalu digunakan tetapi

    amat berguna bagi kanak-kanak. Misalnya, perkataan gergasi tidak selalu digunakan tetapi berguna

    kepada kanak-kanak, dan perlu diajarkan awal-awal lagi, walaupun frekuensinya rendah.

    Kaedah Askar

    Kaedah askar ini timbul dalam masa Perang Dunia Kedua, apabila anggota tentera memerlukan

    kemahiran dalam beberapa bahasa bagi memudahkan operasi tentera dalam peperangan tersebut.

    Oleh sebab keperluan itu, maka hasil yang paling baik perlulah dicapai dalam sesingkat masa yang

    boleh. Oleh sebab kemahiran bahasa itu diperlukan untuk operasi tentera, maka kemahiran lisanmenjadi matlamat utama. Pelajar hendaklah mencapai peringkat kemahiran berbahasa yang sama

    dengan kemahiran penutur kandung bahasa itu, baik dalam sebutan mahupun dalam bidang

    memahami bahasa itu. Tulisan tidak menjadi matlamat penting. Oleh sebab matlamat dan masa

    yang diberi itu dipengaruhi oleh keadaan peperangan yang sentiasa mendesak, maka masa belajar

    diintensifkan sedemikian rupa sehingga mencapai 6-9 jam sehari pada setiap hari.

    Pelajar-pelajar yang dipilih untuk belajar bahasa asing melalui kaedah itu hendaklah mempunyai

    semua kualiti yang akan membolehkan pengajaran dan pembelajaran bahasa dijalankan dengan

    tidak mengalami kesangsian dari segi sikap, motif, umur, dan kemampuan. Pencapaian dalam

    pembelajaran bahasa itu mestilah semuanya baik. Kemajuan yang dicapai oleh setiap orang pelajaritu dicatat dan dikawal dengan kepersisan tentera.

    Selain itu kaedah yang dipakai adalah sama dengan kaedah terus, iaitu latih tubi dipergunakan

    dengan seluas-luasnya, melalui guru yang terdiri daripada penutur bahasa kandung. Kaedah ini

    menggunakan teori behaviorisme atau tanggapan bagaimana kanak-kanak mempelajari bahasa

    mereka dengan cara semula jadi.

    Kaedah Eklektik

    Kaedah eklektik ini adalah suatu kaedah yang menggabungkan segala ciri yang baik dalam

    pengajaran bahasa yang terdapat dalam kaedah-kaedah lain. Jadi, kaedah ini dijalankan dengan

    mencampurkan unsur-unsur tertentu daripada semua kaedah di atas. Ini dilakukan misalnya, dengan

  • 7/31/2019 Psikolinguistik Dan Sosiolinguistik Dalam Pengajaran Bahasa

    11/18

    menggunakan kaedah terus untuk mengajar makna kata, dan seterusnya kaedah dengar dan ajuk

    digunakan pula untuk melatih tubi pola-pola ayat dan seterusnya kaedah bacaan digunakan pula

    untuk melatih bacaan dan sebutan pelajar.

    Proses Pembelajaran Bahasa Kedua

    Segala kaedah yang dibicarakan di atas telah dipergunakan untuk mengajar dan belajar bahasa. Saya

    tidak menafikan tentang kejayaannya dalam pengajaran bahasa kedua di tempat-tempat lain. Tetapi

    dalam hal ini Malaysia mengalami satu keadaan sosiolinguistik yang agak berlainan. Pengajaran

    bahasa di sekolah-sekolah atau di sebarang institusi lain, selalunya didapati tidak mendatangkan

    hasil yang maksimum, walaupun gurunya cukup terlatih, bahannya cukup terancang, motif pelajar

    cukup tinggi untuk lulus ujian atau untuk kepentingan pekerjaan, dan dasar negara tidak kurang

    memberi keutamaan terhadap bahasa Malaysia. Dalam hal ini pengajaran bahasa Malaysia masih

    tidak berkesan, atau kesan yang diperlukan itu lambat dapat dihasilkan.

    Tentu sekali kita bertanya mengapa, dan apakah yang kurang atau cacatnya sehinggakan pengajaranbahasa Malaysia itu masih kurang berkesan? Bagi saya, apa sahaja kaedah yang digunakan mungkin

    tidak menimbulkan persoalan yang begitu rumit, asalkan kaedah itu sesuai dengan keadaan dan

    keperluan. Tujuan haus diutamakan. Kalau masa panjang maka kaedah yang perlahan seperti

    terjemahan, boleh digunakan.

    Kalau masa singkat harus kaedah terus lebih berkesan, dengan tidak mengira sangat apakah lata

    belakang psikologi dalam membentuk kaedah tersebut.

    Walaupun demikian, ingin juga saya membuat kepastian, bahawa, memang ada perbezaan yang

    besar antara mempelajari bahasa pertama dengan mempelajari bahasa kedau. Dalam bab ini,

    tumpuan saya adalah berat kepada pembelajaran bahasa Malaysia sebagai bahasa kedua, dan tidak

    sebagai bahasa pertama kepada kanak-kanak Melayu. Ini mungkin tidak menimbulkan masalah

    besar.

    Dengan kaedah, bahan, guru, dan masa yang diberikan maka adalah aneh mengapa orang bukan

    Melayu tidak cepat, dan tidak fasih menguasai bahasa Malaysia. Walau bagaimanapun, mungkin soal

    guru itu masih menjadi masalah, kerana di mana-mana terdapat kekurangan guru bahasa Malaysia.

    Juga ada guru bukan Melayu yang masih belum fasih atau baik penguasaan bahasanya ditugaskan

    mengajarkan bahasa Malaysia.

    Mungkin masalah yang paling besar ialah, bahasa Malaysia yang diajarkan itu adalah formal, dan

    tidak ada kegunaan atau persamaannya dengan bahasa yang digunakan sehari-hari, sehingga para

    pelajar terpaksa mempelajari suatu dialek yang berlainan yang tidak boleh mereka praktiskan di luar

    bilik darjah. Masalah itu dihadapi baik oleh pelajar Melayu atau bukan Melayu. Dengan kata lain,

    bahasa itu diajarkan dalam suatu ruang yang vakum, dan tidak ada lingkungan budayanya. Saya

    perhatikan hal ini dan saya yakin pengajaran dan pembelajaran mana-mana bahasa itu, hendaklah

    dilakukan dalam konteks budaya dan sosial yang hidup. Dengan itu dapatlah saya katakan yang

    pembelajaran bahasa Malaysia di Malaysia oleh kaum bukan Melayu itu, hendaklah dengan

    menggunakan dialek yang hidup supaya mereka dapat menggunakannya di luar bilik darjah dengan

    serta-merta.

  • 7/31/2019 Psikolinguistik Dan Sosiolinguistik Dalam Pengajaran Bahasa

    12/18

    Dalam proses menjadi dwibahasa ini, yang lebih diutamakan ialah proses pembelajaran bahasa

    kedau oleh mereka yang sudah dewasa, atau oleh mereka yang melebihi umur lima tahun, apabila

    pembelajaran suatu bahasa asing itu tidak lagi berlaku secara semual jadi. Pembelajaran itu

    hendaklah pula berlaku dalam satu lingkungan masyarakat bahasa yang dituturkan itu, dan dalam

    kegiatan budaya yang tertentu. Proses menjadi dwibahasa ini adalah proses menghilangkan

    keasingan dalam sesuatu budaya tempat seseorang itu tinggal. Dalam hal ini, bukan hanya perkara

    tentang bahasa yang terlibat tetapi juga masalah psikologi. Sebenarnya ini adalah suatu masalah

    persepaduan yang amat kompleks, iaitu proses seseorang mencuba menyerap tabiat budaya bahasa

    yang baharu itu, tetapi tabiat yang sedia ada padanya sentiasa mempengaruhi yang lain, sebab

    kedua-duanya adalah berlainan. Si pelajar bahasa itu perlu menguasai tabiat yang baharu itu dan

    mempergunakan tabiat yang baharu dan yang lama itu mengikut masa dan konteksnya yang sesuai.

    Pada pendapat Chomsky, bahasa itu adalah sesuatu yang mempunyai daya kreatif seperti yang saya

    jelaskan di atas tadi. Ini adalah sesuatu yang amat penting dalam bahasa. walau bagaimanapun,

    penafian Chomsky terhadap tabiat tertentu dalam sesuatu bahasa itu mungkin tidak boleh diterima.

    Ini dapat kita perhatikan daripada satu contoh dalam mempelajari bahasa Inggeris. Seorang Melayu

    harus dipengaruhi oleh tabiat sebutannya dalam bahasa Malaysia. Misalnya, dalam menyebut bunyi

    t sudah tentu orang Melayu itu tidak akan menyebutnya dengan letupan yang sempurna,

    sebagaimana dalam bahasa Inggeris, dan ini menyebabkan sebutan orang itu akan menjadi pelat

    kemelayuan. Umpamanya dia akan menyebut perkataan hat sebagai *hat+ sahaja dan tidak *hat+

    sebagaimana sebutan orang Inggeris asli. Sebagai satu contoh lain, proses pembelajaran bahasa itu

    adalah satu proses menguasai tabiat baharu, yang sentiasa dipengaruhi oleh tabiat lama, dapat

    dilihat apabila seorang penutur bahasa Malaysia terus mempergunakan partikel penegasan lah,

    walaupun dia bertutur dalam bahasa Inggeris. Misalnya, dalam ungkapan I want to go home lah,

    jelas menampakkan kepada kita bahawa unsur tabiat dalam struktur ayat bahasa Malaysia, iaitu, lahtelah dipindahkan ke dalam bahasa Inggeris.

    Chomsky membuat suatu ketentuan yang penting dalam membincangkan perkembangan bahasa di

    kalangan kanak-kanak. Agaknya pendapat Chomsky memang dapat diterima dalam hal ini, iaitu dia

    memberi tempat kepada kebolehan terpendam yang ada pada kanak-kanak dalam mempelajari

    bahasa. di menyatakan bahawa proses perkembangan bahasa di kalangan kanak-kanak dalam

    lingkungan umur 1 hingga 5 tahun itu, tidaklah akan dapat dijelaskan dengan sempurnanya dengan

    hanya mengkaji syarat-syarat pembentukan dengan sempurna dengan hanya mengkaji syarat-syarat

    pembentukan tabiat. Orang dewasa semasa mempelajari bahasa, adalah mempelajari sesuatu pola

    yang sudah baku. Oleh yang demikian bagaimanakah agaknya orang dewasa itu mempelajari pola-pola bahasa kedau yang dipelajarinya itu?

    Di sini tidak harus kita membincangkan bagaimana bahasa kandung dikuasai dan bagaimana kanak-

    kanak mempelajari bahasa kandungnya. Kita tidaklah pula bertujuan mengeluarkan teori

    pembelajaran bahasa. apa yang kita tahu ialah, bahawa, sebagai seorang dewasa, semasa

    mempelajari bahasa kedua, kita terpaksalah berlatih. Kita terpaksa berlatih dengan begitu teliti dan

    rapi, lebih-lebih lagi apabila tabiat bahasa kandung kita berbeza dan mempengaruhi tabiat bahasa

    yang sedang dipelajari. Oleh itu, mempelajari bahasa ini mungkin dapat dikatakan sebagai suatu

    proses mempelajari tabiat baharu samalah seperti seseorang itu mempelajari memandu kereta di

    sebelah kanan jalan dan kemudian terpaksa memandu di sebelah kiri jalan. Dalam hal ini terdapatkecenderungan untuk mempergunakan tabiat-tabiat yang lama. Oleh itu, tabiat yang sama perlulah

  • 7/31/2019 Psikolinguistik Dan Sosiolinguistik Dalam Pengajaran Bahasa

    13/18

    dipergunakan di tempat yang sesuai dan pemandu itu harus berhati-hati juga supaya

    mempergunakan tabiat yang baharu itu di tempat-tempat yang berkenaan sahaja. Dalam

    mempelajari sesuatu bahasa yang baharu itu, kita tidak harus menimbulkan masalah yang rumit, dan

    oleh itu dalam proses mempelajari bahasa itu, kita patut menumpukan perhatian kepada proses

    bahasa itu, kita patut menumpukan perhatian kepada proses pembelajaran perbezaan antara tabiat

    kedua-dua bahasa itu.

    Oleh hal yang demikian dapatlah kita perhatikan bahawa perkara yang penting sekali dalam hal

    pembelajaran bahasa itu ialah latihan. Walau bagaimanapun, haruslah diketahui bahawa latihan

    hanyalah merupakan satu bahagian sahaja daripada seluruh proses menjadi dwibahasa. Latihan yang

    demikian mencakupi latihan mendengar, pendedahan kepada penggunaan bahasa itu, berfikir,

    bertutur, sama ada dengan menggunakan bahan yang dibentuk secara tersusun atau rambang.

    Tidaklah dapat dipercayai bahawa sebarang bahasa dapat dipelajari tanpa latihan. Ini tidaklah pula

    bermakna bahawa latihan itu sahaja yang penting, kerana sebenarnya ada unsur-unsur lain yang

    terlibat. Latihan akan membentuk tabiat. Walau bagaimanapun, tabiat juga dapat terbentuk tanpa

    latihan, lebih-lebih lagi dalam kes pembelajaran bahasa kandung. Pelajar mungkin dapat dibimbing

    menggunakan latihan dengan lebih berkesan.

    Kita cuba bincangkan mengapa agaknya orang menjadi dwibahasa? Mari kita lihat beberapa profil

    penutur bahasa di Pulau Pinang. Seorang penjaja mi bangsa India di Pulau Pinang fasih menggunakan

    bahasa kandungnya, Tamil, bijak berbahasa Melayu dan Hokkien, dan juga boleh berbahasa Inggeris

    sedikit-sedikit. Seorang penjaja ikan bangsa Cina di Pasar Chowrasta, Georgetown, Pulau Pinang,

    boleh berbahasa Hokkien, Tamil, Melayu, dan Inggeris. Ini sebenarnya adalah satu ciri umum bagi

    ramai penduduk Georgetown, Pulau Pinang. Seorang pegawai tinggi bangsa Melayu yang

    dipelajarinya sebagai bahasa kandung dan secara formal di sekolah. Kalau kita ke tempat lain, di

    Balik Pulau misalnya, terdapat penduduk Melayu yang hanya tahu menggunakan bahasanya sendiri

    sahaja.

    Apakah sebenarnya setengah-setengah manusia perlu menjadi dwibahasa dan setengah-

    setengahnya tidak. Keadaan begini timbul kerana mereka berbilang bangsa dan tidak ada satu

    bahasa pun yang dominan, jadi, setiap kaum mengekalkan bahasanya. Di samping itu, mereka juga

    perlu menguasai semua bahasa untuk berhubung antara satu sama lain. Ternyata di sini bahawa, di

    bandar Georgetown, Pulau Pinang, keadaan adalah kosmopolitan. Sesiapa sahaja akan dapat

    mempelajari dua tinga bahasa dengan mudah, dan di tempat lain mereka tidak diperlukan

    mengetahui bahasa lain mengetahui bahasa lain daripada bahasa kandungnya untuk berhubungan.

    Hal ini semuanya, walaupun betul, tidaklah menjelaskan kepada kita mengapa manusia mesti

    mempelajari sebuah bahasa asing atau bahasa lain kerana ingin berhubung dengan seorang lain.

    Seseorang yang tiba dalam sesebuah masyarakat baharu itu adalah dianggap asing. Selalunya

    keasingan ini akan beransur hilang apabila dia telah menjadi semakin fasih dalam bahasa masyarakat

    yang didatanginya itu.

    Perhubungan dengan masyarakat itulah yang akan dapat menghilangkan segala sikap keasingannya

    tersebut. Orang luar itu tadi sentiasa dikelilingi oleh lingkungan yang asing. Oleh itu dia akan

    mencuba mengatasi masalah ini dengan menghilangkan unsur keasingan ini, dan menjadi salah

    seorang ahli masyarakat baharu itu pula. Dalam hal ini, memang boleh didapati orang yang tidak

    pernah dan tidak perlu mencuba untuk menghilangkan unsur keasingan ini. Ada kaum asing di

  • 7/31/2019 Psikolinguistik Dan Sosiolinguistik Dalam Pengajaran Bahasa

    14/18

    Malaysia, yang boleh hidup terasing. Mereka hidup dalam masyarakat kaum sendiri, bersekolah,

    bekerja, dan bergaul dengan tidak sedikit pun memerlukan penggunaan bahasa Malaysia. Pernah

    saya temui seorang tua India di Georgetown, Pulau Pinang, yang bekerja sebagai nelayan, ke laut

    berseorangan pada tiap-tiap hari, dan menjual hasil tangkapannya kepada seorang India lain.

    Walaupun umurnya sudah 53 tahun, dia tidak tahu menggunakan bahasa Malaysia sepatah pun.

    Walau bagaimanapun, saya rasa, tentu diakui ramai, bahawa, keperluan mempelajari sesuatu

    bahasa itu dan juga peringkat kecapaiannya adalah bergantung pada dorongannya sendiri. Jelas

    sekali dorongan ini ada di kalangan masyarakat Malaysia. Kanak-kanak sekolah amat terdorong

    mempelajari bahasa Malaysia sebagai keperluan kelulusan untuk melanjutkan pelajaran dan

    menjalankan pekerjaan, ramai pula yang terdorong mempelajari bahasa Inggeris untuk tujuan yang

    sama. Bagi ahli politik, kefasihan dalam bahasa Inggeris memberi kemungkinan yang lebih luas dalam

    tindak-tanduknya. Ada pula golongan yang mempelajari bahasa untuk mengeksploit, misalnya,

    penjajah Inggeris yang datang ke Semenanjung Tanah Melayu dahulu, telah mempelajari bahasa

    Melayu semata-mata untuk tujuan mentadbir jajahan ini. Tetapi dalam mempelajari sesuatu bahasa,

    amat mustahak dikekalkan dorongan pembelajaran itu, dan hanya mereka yang betul-betul

    berminat dan berkesanggupan serta yakin bahawa bahasa itu akan membantunya, akan berjaya

    dalam usahanya tersebut. Bahasa kedua itu amat perlu untuk berhubungan, walaupun hubungan

    secara terhad boleh berlaku tanpa bahasa. Tetapi, hubungan tanpa bahasa itu pun bergantung pada

    budaya bahasa tertentu. Hanya mereka yang ingin terus tinggal sebagai orang asing dalam sesebuah

    masyarakat itu, akan terus tidak mempedulikan keperluan bahasa kedua tersebut. Walaupun

    kemahiran dalam bahasa kedua itu berguna tetapi ternyata bahawa hubungan akan terhad, dan

    pendatang itu tidak akan dapat menjadi sebahagian daripada masyarakat itu dengan sepenuhnya.

    Suatu contoh lain ialah masyarakat Gurkha, yang dahulunya bekerja sebagai askar upahan Inggeris,

    telah datang kembali ke Malaysia berjaja bermacam-macam jenis manik dan batu perhiasan di kakilima kedai di bandar-bandar besar. Mereka tidak pernah cuba bercampur, dan tidak pernah

    menggunakan bahasa tempatan untuk berhubungan dengan masyarakat tempatan, selain hubungan

    berjual beli yang terhad itu. Akibatnya mereka terus terasing.

    Jadi, saya pandang proses pembelajaran itu harus berlaku dalam konteks masyarakat yang aktif dan

    memberangsangkan.

    Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran yang Unggul dan yang Praktis

    Setelah meninjau dari segi sosiolinguistik tentang keadaan tertentu, lebih-lebih lagi tentang

    pengajaran dan pembelajaran bahasa Malaysia, maka ternyatalah bahawa apa yang berlaku

    sekarang adalah sesuatu yang masih boleh dibaiki untuk mendapatkan hasil yang maksimum,

    memang seorang guru bahasa Malaysia akan sentiasa tertanya-tanya, apakah agaknya suatu kaedah

    yang unggul untuk digunakan bagi menjamin hasil yang 100% berjaya? Ada banyak faktor yang

    terlibat dalam pembelajaran bahasa, dan untuk mencapai kepuasan bagi semua faktor itu adalah

    sesuatu yang mustahil. Walau bagaimanapun, sekadar untuk berbincang, kita boleh cuba

    menggambarkan suatu rancangan pengajaran dan pembelajaran bahasa yang unggul.

    Dalam mempelajari bahasa sebagai bahasa kedua, sebuah rancangan pengajaran dan pembelajaran

    yang unggul agaknya harus mengandungi sifat-sifat dan faktor-faktor yang berikut: rancangan itu

    harus memberi pertimbangan yang berat dan tepat sepenuhnya kepada segala implikasi dan faktor

  • 7/31/2019 Psikolinguistik Dan Sosiolinguistik Dalam Pengajaran Bahasa

    15/18

    tentang pembelajaran bahasa. Apa yang dimaksudkan di sini ialah bahasa itu sendiri harus

    dipertimbangkan, proses pembelajaran dan segala faktor lain yang terlibat juga mesti diambil kira:

    1. Pengetahuan yang terperinci dan menyeluruh tentang bahasa yang diajarkan itu mestilah sudah

    wujud, iaitu tentang sifat-sifatnya, tatabahasanya, dan segala macam ciri bahasa itu perlulah diberi

    pertimbangan. Perbezaan sifat-sifat bahasa itu dengan bahasa kandung si pelajar hendaklah

    dijelaskan selengkap-lengkapnya.

    2. Rancangan itu juga harus disampaikan melalui kaedah yang berkesan.

    3. Guru yang mengajarkannya mestilah berkebolehan dan terlatih.

    4. Pengajaran dan pembelajaran perlu berlaku dalam konteks budaya bahasa yang diajarkan, dan

    bukan dalam keadaan budaya kosong.

    5. Rancangan itu juga hendaklah disesuaikan dengan segala macam kemungkinan perkembangan,

    mengikut latar belakang pelajar, iaitu rancangan tersebut hendaklah hidup dan anjal untuk diterima

    oleh pelajar-pelajar yang mempunyai latar belakang dan perbezaan perseorangan yang pelbagai itu.

    6. Pengajaran dan pembelajaran itu berlaku dalam masyarakat yang penuh simpati dan

    menggalakkan, pendek kata tidak ada halangan dari segi sosial untuk belajar, pendedahan kepada

    bahasa itu mudah berlaku.

    7. Rancangan itu juga dapat mengatasi segala macam masalah psikologi, dan sebarang tekanan serta

    kebosanan tidak harus timbul dalam proses pengajaran dan pembelajaran itu. Kesukaran tidak

    timbul. Malahan rancangan itu harus pula dapat memberi dorongan atau rangsangan yang penuh

    untuk membolehkan pelajar menyerap pengajaran itu mengikut kadar kemampuan sendiri.

    Kalau dilihat betul-betul ciri-ciri yang diperakukan ini untuk menerbitkan sebuah rancangan yang

    unggul bagi pengajaran dan pembelajaran bahasa kedua itu, maka sekali imbas kita sudah tahu

    rancangan sedemikian tidak pernah wujud, dan mungkin mustahil diwujudkan. Apa yang praktis

    ialah kita perlulah mengetahui ciri-ciri rancangan yang unggul ini, dan kita bandingkan pula dengan

    apa yang boleh ada bagi kepentingan guru dan pelajar, untuk tujuan menilai dan menganalisis bahan

    tersebut dengan tujuan menghasilkan bahan yang terbaik.

    Kadang-kadang dengan perancangan yang serba lengkap pelajar masih lagi gagal mencapai

    kemahiran yang diharapkan itu. Selalunya pelajar akan menyalahkan perancangan pelajaran sebagai

    perkara yang menghalang mereka daripada mencapai objektif itu. Sebenarnya, perancangan untuk

    pengajaran dan pembelajaran, walau bagaimana baik sekalipun, hanya menjadi panduan untuk

    mempelajari bahasa itu sahaja dan bukannya sesuatu yang menjamin akan tumbuhnya tabiat baharu

    dalam bahasa baharu itu. Kebanyakan rancangan pengajaran dan pembelajaran bahasa itu berhasil

    kerana pelajarnya lebih daripada apa yang diajarkan secara formal. Kalau pelajar itu tidak berusaha

    lebih daripada apa yang diajarkan secara formal, atau kembali ke rumah dan menyambung

    pembelajaran sebagaimana yang dipraktiskan oleh kebanyakan ibu bapa, maka pembelajaran

    bahasa itu mungkin tidak berhasil. Begitulah keadaannya dengan bahasa Malaysia. Biasanya

    kegagalan mencapai objektif pembelajaran bahasa itu, disebabkan ketiadaan aptitud atau usaha

    yang gigih.

  • 7/31/2019 Psikolinguistik Dan Sosiolinguistik Dalam Pengajaran Bahasa

    16/18

    Kalaulah rancangan pengajaran dan pembelajaran bahasa itu tidak unggul, maka apakah rancangan

    yang dipraktiskan itu cukup baik? Saya percaya semua rancangan itu boleh dibaiki, dan kadang-

    kadang seseorang pelajar dapat membaiki rancangan yang sedang dipelajarinya. Contohnya dapat

    diambil daripada kasus yang berikut. Seorang pelajar mempelajari bahasa Perancis di Paris. Kaedah

    yang digunakan adalah kaedah tradisi. Guru sahaja yang bercakap sepanjang hari. Tetapi, pelajar itu

    dapat mencapai kemahiran yang baik dengan menggunakan masa dia bertembung dengan penutur-

    penutur lain di luar darjah untuk mempelajari, atau memperkukuh pembelajarannya. Memanglah

    sukar kerana percakapan dan perbualan di luar darjah itu tidak teratur atau tidak disusun untuk

    kepentingan pelajar. Demikian juga halnya dengan mereka yang bukan penutur bahasa Malaysia di

    Malaysia, mungkin tidak mendapat pengajaran yang maksimum di dalam kelas. Tetapi di luar kelas,

    keadaan itu tidak pula mengizinkan dia mempelajari bahasa Malaysia dengan teratur. Malah lebih

    buruk daripada itu, kerana ada ketiak dia menganggap dapat mencontohi penggunaan bahasa

    Malaysia yang baik, tetapi selalu pula dia menghadapi halangan. Tidak ramai orang Melayu yang

    menuturkan bahasa Malaysia formal untuk dicontohi oleh mereka. Kalau adapun orang yang

    menggunakan bahasa Malaysia, mungkin pula mereka bahasa Malaysia pasar, atau dialek bahasaMalaysia tempatan. Wayang gambar dapat memberi contoh yang agak baik, tetapi mungkin amat

    terhad. Televisyen pula agak sama keadaannya. Bahasa bertulis pula kadang-kadang mengandungi

    kesalahan yang mengelirukan. Ini merupakan penghalang kepada penguasaan bahasa yang baik

    untuk pelajar.

    Perkara yang mustahil bagi kita ialah menggambarkan, bagaimana pembelajaran dan pengajaran itu

    dapat didasarkan kepada ciri-ciri bahasa Malaysia yang dideskripsi dengan selengkapnya untuk

    tujuan ini, apabila kita sendiri mengetahui deskripsi tatabahasa bahasa Malaysia yang lengkap masih

    belum ada. Kita tahu juga, bahawa, pengajaran bahasa patut didasarkan pada persamaan dan

    perbezaan antara bahasa yang diajarkan dengan bahasa kandung pelajar. Dalam hal ini bahasaMalaysia masih belum diperbandingkan dengan lengkapnya dengan bahasa lain seprti Hokkien,

    Kanton, Khek, Tamil, Bengali, Malayalam, Telugu, dan sebagainya. Usaha membandingkan bahasa

    Malaysia dengan bahasa Inggeris, tidaklah begitu berguna kerana bahasa Malaysia itu bukan untuk

    diajarkan kepada penutur Inggeris.

    Hasrat untuk mempergunakan guru yang cukup mahir dalam bahasa Malaysia dan terlatih untuk

    mengajar bahasa Malaysia juga mungkin merupakan suatu masalah. Sekolah-sekolah kerap

    bersungut tidak mempunyai guru bahasa Malaysia yang cukup. Ini bukan soal mereka terlatih atau

    tidak, tetapi ialah soal guru tidak ada. Keadaan di sekolah rendah juga demikian, tetapi ada satu

    masalah lain yang khusus saya perhatikan di sekolah-sekolah rendah. Mungkin hal ini akan difikirkandengan serius oleh pegawai-pegawai utama bagi mata pelajaran bahasa Malaysia ini. Oleh sebab

    usaha kerajaan yang berjalan dengan amat pesat untuk melaksanakan bahasa Malaysia sebagai

    bahasa pengantar, maka guru-gurunya telah diberi latihan singkat. Ada yang dapat mempelajarinya

    dengan pantas dan ada yang tidak. Keadaan ini jelas menimbulkan masalah.

    Memang menjadi harapan agar bahasa Malaysia itu diajarkan dalam konteks sosial yang tepat.

    Implikasinya ialah masalah memilih dialek yang harus diajarkan. Kalau diajarkan dialek baku yang

    formal, dalam bentuk tulisan, maka pelajar tidak dapat menggunakannya dalam konteks lain. Tetapi,

    kalau kita semua mengerti apa yang dianggap sebagai baku, harus ini tidak menjadi masalah besar.

    Dialek yang diajarkan itu biarlah dialek yang hidup supaya dapat digunakan dengan serta-mertadalam masyarakat di luar sekolahnya, dan pembelajaran tidak akan menjadi latihan dalam bilik

  • 7/31/2019 Psikolinguistik Dan Sosiolinguistik Dalam Pengajaran Bahasa

    17/18

    darjah sahaja. Isu ini amatlah sukar, saya sendiri tidak yakin dapat membuat keputusan muktamad,

    tetapi mungkin saya lebih cenderung kepada mengajarkan suatu dialek yang hidup dan realistik.

    Konsep baku itu sebenarnya alah satu norma, dan norma ini adalah satu konsep abstrak yang

    mungkin berbeza-beza daripada seorang kepada seorang yang lain.

    Diharapkan juga, pembelajaran itu dapat berjalan dalam suasana yang mementingkan individu, latar

    belakangnya, serta menurut kesanggupannya. Tetapi dalam sesebuah darjah di sekolah-sekolah di

    Malaysia, yang terdiri daripada 40 orang pelajar, maka tumpuan kepada individu itu amat sukar

    dilakukan. Masalah ini bertambah berat lagi kalau difikirkan pula yang para pelajar itu mungkin

    terdiri daripada tiga, empat, atau lima rupa kaum yang berlainan di samping keperluan yang berbeza

    antara pelajar bahasa kandung atau bahasa pertama dengan pelajar bahasa kedua, dalam

    mempelajari bahasa Malaysia. Kalau pelajar bahasa Malaysia yang sepatutnya diajarkan bahasa

    Malaysia sebagai bahasa pertama, diajarkan bahasa Malaysia sebagai bahasa pertama, diajarkan

    bahasa Malaysia sebagai bahasa kedua, harus dia akan bosan kerana dia tidak memerlukan rumusan

    asas tentang bahasa itu, sebaliknya dia memerlukan latihan yang boleh memperkaya dan melicinkan

    penggunaan bahasanya, dan tidak perlu mempelajari bahasa itu dari mual. Yang lebih merumitkan

    lagi ialah cara menguji mereka. Ujian bahasa pertama berbeza daripada ujian bahasa kedua. Kanak-

    kanak Melayu harus gagal dalam ujian bahasa Malaysia kalau ujian itu dilakukan sebagi bahasa

    kedua dan bukan bahasa pertama.

    Pengajaran bahasa juga harus berlaku dalam suasana yang memberi dorongan kepada pelajar.

    Adakah ini berlaku? Mungkin kebanyakan pelajar betul-betul berminat menguasai bahasa Malaysia,

    tetapi simpati ibu bapa mungkin lebih berat kepada bahasa Inggeris. Mungkin juga ada bapa yang

    mengetahui anaknya itu lemah dalam bahasa Malaysia, dan akan mencari seorang munsyi untuk

    anaknya. Adakah ini jawapannya? Adakah anak itu diberi dorongan yang betul-betul menggalakkan

    dalam mempelajari bahasa Malaysia? Pelajaran di rumah mungkin membosankan dan

    menambahkan kebuntuan kanak-kanak itu sahaja. Di sekolah pula mungkin dapat diberi sokongan

    terhadap pembelajaran bahasa ini dengan mengadakan kelab bahasa Malaysia, dan semua pelajar

    dimestikan bertutur dalam bahasa Malaysia semasa di sekolah pula, samalah seperti di sekolah

    Inggeris dahulu yang mendenda muridnya kalau tidak bertutur bahasa Inggeris.

    Akhir sekali haruslah pengajaran itu dapat disampaikan dalam suasana yang tidak mengandungi

    tekanan dan sebarang masalah psikologi. Semua anggota masyarakat yang ada dalam kelompok

    pelajar tersebut hendaklah mahir dalam bahasa Malaysia dan sentiasa menuturkannya. Mereka

    hendaklah sentiasa mendorong dan bertutur dalam bahasa Inggeris. Pelajar itu juga tidak

    menanggung sebarang beban sosial atau persendirian yang boleh mengganggu proses

    pembelajarannya.

    Dalam membincangkan suasana pembelajaran di atas, kita Cuma melihat suasana yang terbaik, dan

    ini adalah sesuatu yang agak mustahil dapat diwujudkan.

    Kebangkalian Kejayaan

    Selama ini saya telah berbincang tentang keadaan yang membentuk kaedah pengajaran dan faktor-

    faktor penting yang mempengaruhi pembelajaran bahasa Malaysia. Sekarang, saya cuba

    membutirkan kebangkalian kejayaan dalam mempelajari bahasa itu. Memang kita tidak dapatmembuat ramalan yang tepat sama ada pembelajaran bahasa itu akan berjaya atau tidak, tetapi ada

  • 7/31/2019 Psikolinguistik Dan Sosiolinguistik Dalam Pengajaran Bahasa

    18/18

    beberapa perkara yang akan dapat kita senaraikan untuk mengukur atau menentukan berjaya atau

    tidaknya pembelajaran sesuatu bahasa itu. Kebangkalian ini saya pungut dan sesuaikan daripada

    buku yang bertajuk Attitudes and Motivation in Second Language Learning, yang dikarang oleh R.C.

    Gardner dan W.E. Lambert (1972):

    Jika pelajar yang mempunyai aptitud yang tinggi, peluang yang baik, motif yang kuat, serta belajar

    dalam lingkungan masyarakat yang mendorong, maka usahanya dalam pembelajaran bahasa itu

    tentu sekali akan berjaya.

    Seorang yang bermotif tinggi dan berpeluang baik, tetapi tidak mempunyai aptitud yang tinggi

    terhadap pembelajaran bahasa, akan juga mencapai kejayaan yang baik, lebih-lebih lagi kalau

    masyarakat sekelilingnya itu mendorongnya.

    Seorang yang bermotif tinggi serta mempunyai aptitud yang baik, tetapi kurang berpeluang, maka

    mungkin juga dia akan mencapai kejayaan yang agak baik, kalaulah ada individu di sekelilingnya yang

    memberi sokongan dan dorongan kepada pembelajarannya itu.

    Kalau seorang pelajar itu berpeluang baik untuk belajar bahasa dan mempunyai aptitud yang tinggi,

    maka kejayaannya bergantung pada motifnya. Motifnya itu pula bergantung pada lingkungan

    budaya di sekelilingnya. Keadaan ini mungkin banyak berlaku kepada kanak-kanak sekolah di

    Malaysia dalam mempelajari bahasa Malaysia. Masyarakat dan budaya sekelilingnya selalu tidak

    memberi sokongan terhadap pembelajarannya, sehingga menyebabkan penguasaan bahasa

    Malaysia mereka itu tidak baik. Hanya mereka yang dapat mengatasi masalah ini dalam setengah-

    setengah suasana yang berjaya.

    Kalau seorang pelajar itu bermotif tetapi tidak mempunyai aptitud dan peluang untuk belajar, maka

    kegagalan pasti berlaku. Kalaulah budaya dan masyarakat sekelilingnya membantu, maka dia akan

    mempunyai sedikit harapan untuk mendapat kejayaan.

    Kalau seorang pelajar itu mendapat peluang yang baik untuk belajar bahasa, tetapi tidak mempunyai

    aptitud dan motif, maka dia akan gagal. Peluang yang diberi kepadanya itu akan menjadi sia-sia

    sahaja. Kebudayaan yang menyokong pembelajaran itu juga akan membosankannya.

    Pelajar yang beraptitud tinggi, tetapi tidak bermotif dan tidak diberi peluang dalam pembelajarannya

    juga akan menghadapi kegagalan. Walau bagaimanapun, lingkungan yang menyokong mungkin

    membantunya menentukan motifnya, kalau tidak hasilnya adalah kegagalan.

    Kesimpulan

    Dalam perbincangan di atas jelas bahawa hubungan antara psikologi dan pembelajaran serta

    pengajaran adalah amat rapat. Hasil penyelidikan psikologi memberi beberapa keterangan tentang

    proses pembelajaran yang kemudiannya menentukan kaedah pengajaran. Di samping itu pula

    terdapat beberapa faktor penting dalam menentukan kejayaan pengajaran dan pembelajaran

    tersebut iaitu aptitud, dorongan, dan sokongannya.