pembelajaran di rumah bagi meningkatkan pembelajaran ejaan...jadual 3: aspek pengajaran yang...

15
24 Pembelajaran Di Rumah Bagi Meningkatkan Pembelajaran Ejaan Siti Rashidah Abdul Rahim [email protected] Marhaini Mohamad [email protected] Sekolah Rendah Henry Park Abstrak Murid di sekolah rendah sering menghafal senarai ejaan yang diuji tanpa memahami makna perkataan tersebut. Kajian ini bertujuan untuk meneroka cara mempertingkatkan pemahaman kosa kata murid. Kajian ini menggunakan kaedah Pengajaran Pembezaan (DI) dan Pengajaran Eksplisit melalui portal SLS bagi membantu murid mengeja dengan tepat dan memahami makna kosa kata yang dipelajari. Kajian ini melibatkan 9 orang murid Darjah 3 daripada tahap kemahiran yang pelbagai. Perbandingan markah ujian ejaan dan latihan kosa kata digunakan untuk menganalisis keberkesanan kaedah DI untuk meningkatkan pemahaman murid. Dapatan kajian menunjukkan bahawa melalui DI dan Pengajaran Eksplisit menggunakan portal SLS, murid dapat memahami makna kosa kata yang diuji dan berjaya mengaplikasi perkataan yang sesuai mengikut konteks ayat serta tahap kebolehan pelajar yang pelbagai. Kata Kunci: kosa kata, ejaan, Pengajaran Pembezaan, Pengajaran Eksplisit, portal SLS, pemahaman 352 Memperkukuh Pengajaran dan Pembelajaran, Meningkatkan Kemahiran Berbahasa

Upload: others

Post on 01-Apr-2021

19 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pembelajaran Di Rumah Bagi Meningkatkan Pembelajaran Ejaan...Jadual 3: Aspek Pengajaran Yang Digunakan dalam PdP DI Proses Pengajaran Aspek Pengajaran Aktiviti Mengajar Penyediaan

24Pembelajaran Di Rumah Bagi Meningkatkan Pembelajaran Ejaan

Siti Rashidah Abdul [email protected]

Marhaini [email protected]

Sekolah Rendah Henry Park

AbstrakMurid di sekolah rendah sering menghafal senarai ejaan yang diuji tanpa memahami makna perkataan tersebut. Kajian ini bertujuan untuk meneroka cara mempertingkatkan pemahaman kosa kata murid. Kajian ini menggunakan kaedah Pengajaran Pembezaan (DI) dan Pengajaran Eksplisit melalui portal SLS bagi membantu murid mengeja dengan tepat dan memahami makna kosa kata yang dipelajari. Kajian ini melibatkan 9 orang murid Darjah 3 daripada tahap kemahiran yang pelbagai. Perbandingan markah ujian ejaan dan latihan kosa kata digunakan untuk menganalisis keberkesanan kaedah DI untuk meningkatkan pemahaman murid. Dapatan kajian menunjukkan bahawa melalui DI dan Pengajaran Eksplisit menggunakan portal SLS, murid dapat memahami makna kosa kata yang diuji dan berjaya mengaplikasi perkataan yang sesuai mengikut konteks ayat serta tahap kebolehan pelajar yang pelbagai.

Kata Kunci: kosa kata, ejaan, Pengajaran Pembezaan, Pengajaran Eksplisit, portal SLS, pemahaman

352

Memperkukuh Pengajaran dan Pembelajaran, Meningkatkan Kemahiran Berbahasa

Page 2: Pembelajaran Di Rumah Bagi Meningkatkan Pembelajaran Ejaan...Jadual 3: Aspek Pengajaran Yang Digunakan dalam PdP DI Proses Pengajaran Aspek Pengajaran Aktiviti Mengajar Penyediaan

PENGENALAN

Kurikulum bagi ejaan sudah wujud di dalam bilik darjah untuk sekian lama. Kebanyakan ibu bapa, guru dan sekolah sudah begitu sebati dengan senarai ejaan yang diberikan serta ujian ejaan mingguan yang dijalankan. Putman (2017) menyatakan bahawa ujian ejaan sedemikian mungkin dapat membantu murid mengeja perkataan yang sukar ataupun yang jarang digunakan, dengan tepat.

Namun, cara tradisional seperti ini tidak membantu anak didik kita mengekalkan atau mengaplikasi kosa kata dalam penulisan mereka kerana mereka menghafal semata-mata untuk menduduki ujian tanpa memahami makna perkataan-perkataan tersebut. Akhirnya, murid menganggap ujian ejaan sebagai hanya satu latihan hafalan, dan tidak dapat mengaitkannya dengan pembelajaran kosa kata untuk tujuan yang bermakna (Putman, 2017).

Oleh yang demikian, pencelahan guru diperlukan untuk membantu murid menggarap pemahaman dan pengaplikasian kosa kata yang dipelajari dengan lebih baik. Justeru, kajian ini melibatkan penggunaan strategi Pengajaran Eksplisit dan DI untuk membantu murid mengasah kemahiran mengeja dan meningkatkan pemahaman makna bagi kosa kata yang dipelajari.

PERNYATAAN MASALAH

Berdasarkan pemantauan dan pemerhatian guru, sebahagian murid dapat mengeja kosa kata yang diuji dengan baik. Namun, murid tidak memahami makna kosa kata tersebut terutama golongan murid praaras kebolehan yang tidak dapat mengeja dengan baik. Maka itu, kaedah DI telah membantu guru untuk mengatasi jurang pembelajaran yang dihadapi murid dari pelbagai kemahiran.

Guru juga mendapati bahawa murid lebih cenderung dalam pembelajaran yang melibatkan aktiviti dalam talian. Mereka dapat mempelajari kosa kata dan menonton video pembelajaran secara berulang, dengan tidak terbatas kepada ruang waktu dan tempat.

353

Seminar Bahasa Melayu 2021

Page 3: Pembelajaran Di Rumah Bagi Meningkatkan Pembelajaran Ejaan...Jadual 3: Aspek Pengajaran Yang Digunakan dalam PdP DI Proses Pengajaran Aspek Pengajaran Aktiviti Mengajar Penyediaan

Selain itu, dalam era digital ini, penggunaan ICT disertai dengan elemen gamifikasi dalam pembelajaran disukai oleh murid. Justeru, DI dalam portal SLS ini diperkenalkan agar murid dapat belajar secara kendiri mengikut tahap kemahiran yang berbeza dan belajar dalam suasana yang menyeronokkan.

TUJUAN KAJIAN

Tujuan kajian ini adalah untuk:

1. meningkatkan pemahaman murid tentang makna kosa kata melalui pengajaran eksplisit; dan

2. menggalakkan murid belajar secara kendiri mengikut tahap kemahiran mereka melalui kaedah DI.

KAJIAN LEPAS

Ujian ejaan pada lazimnya diadakan dalam format belajar dan uji atau study-test (Kilzer, 1926). Murid diperkenalkan kepada satu senarai kosa kata yang dipelajari dari satu unit selama dua minggu. Kemudian, murid diuji kesemua perkataan yang telah didedahkan kepada mereka.

Berbanding dengan kaedah belajar dan uji, penggunaan kaedah alternatif, uji-belajar-uji atau Test-Study-Test, dikatakan lebih berkesan dalam pembelajaran ejaan (Fitzgerald, 1953). Kaedah ini membantu murid untuk mengenal pasti perkataan yang kurang difahami makna dan cara mengejanya. Melalui teknik ini, murid diberikan ujian prapencelahan untuk mengenal pasti perkataan yang kurang diketahuinya. Selepas ujian tersebut, murid akan mempelajari perkataan tersebut dengan lebih mendalam melalui pakej pembelajaran yang disediakan guru. Kemudian, ujian pascapencelahan dijalankan untuk menilai kemajuan murid. Guru boleh meninjau perkataan yang masih salah dieja atau tidak difahami maknanya dan diserapkan ke dalam PdP pada masa akan datang.

Berdasarkan kajian Alderman & Green (2011), kurikulum ejaan tradisional ini kurang mengambil kira tahap kebolehan murid dalam sesebuah kelas.

354

Memperkukuh Pengajaran dan Pembelajaran, Meningkatkan Kemahiran Berbahasa

Page 4: Pembelajaran Di Rumah Bagi Meningkatkan Pembelajaran Ejaan...Jadual 3: Aspek Pengajaran Yang Digunakan dalam PdP DI Proses Pengajaran Aspek Pengajaran Aktiviti Mengajar Penyediaan

Motivasi murid akan tergugat sekiranya mereka sering mendapat markah rendah untuk ujian ejaan. Murid yang selalu mendapat markah tinggi pula, akan terus cemerlang kerana ada motivasi yang tinggi. Faktor motivasi ini boleh menjejas kelakonan murid dalam jangka panjang. Oleh itu, Fitzgerald (1953) juga mencadangkan permainan ejaan untuk menarik minat murid.

Sejajar dengan itu, Guiler dan Lease (1942) mendapati bahawa murid pada semua tahap kemahiran akan mendapat manfaat daripada program berdasarkan keperluan individu daripada mereka yang menerima arahan berdasarkan kumpulan konvensional. Walaupun sebilangan murid mungkin meraih manfaat daripada arahan berorientasikan kumpulan besar seperti itu, ramai murid lain yang tidak berupaya belajar mengeja dan memahami makna perkataan dengan cara yang serupa.

Menurut Coulter dan Groenke (2008), murid memerlukan peluang untuk berlatih menggunakan perkataan yang dipelajari dalam konteks yang pelbagai. Reka bentuk latihan bergantung kepada cara pembelajaran, kesediaan murid, minat peribadi, serta aktiviti yang boleh dibezakan. Oleh itu, guru harus merancang PdP bagi kurikulum ejaan dengan teliti agar dapat membina keyakinan dan motivasi murid dalam ejaan (Alderman & Green, 2011).

KAEDAH KAJIAN

Kajian ini dijalankan selama tiga sesi, dua sesi semasa waktu kurikulum dan satu sesi melalui portal SLS di luar waktu kurikulum. Setiap sesi di dalam kelas mengambil masa 1 jam. Sesi pertama dan ketiga digunakan untuk ujian prapencelahan dan pascapencelahan. Pakej SLS ini diperkenalkan terlebih dahulu di dalam kelas, sewaktu sesi kedua.

Pengajaran Eksplisit telah diguna pakai untuk kajian ini. Pendekatan berstruktur ini merangkumi bahagian Pengenalan, Penerangan, Modeling Latihan dan Penutup. Untuk memastikan proses ini boleh berlanjutan di luar waktu kurikulum, mengikut kesesuaian masa dan keperluan murid, sebuah pakej PdP SLS telah direka sebagai wadah pencelahan.

355

Seminar Bahasa Melayu 2021

Page 5: Pembelajaran Di Rumah Bagi Meningkatkan Pembelajaran Ejaan...Jadual 3: Aspek Pengajaran Yang Digunakan dalam PdP DI Proses Pengajaran Aspek Pengajaran Aktiviti Mengajar Penyediaan

Pembinaan bahan-bahan PdP yang disediakan melalui portal SLS juga menerapkan pengaplikasian DI untuk memenuhi keperluan murid dari pelbagai tahap kemahiran.

Subjek Kajian

Subjek kajian terdiri daripada 9 orang murid Darjah 3 dari satu kelas. Kumpulan murid ini memiliki pelbagai aras kebolehan, iaitu melebihi aras kebolehan (HP), pada aras kebolehan (MP), dan praaras kebolehan (LP). Tiada kumpulan kawalan digunakan. Mereka juga sudah biasa dengan penggunaan portal SLS dan telah didedahkan dengan pembelajaran ejaan sebagai tugasan Pembelajaran di Rumah (HBL). Pemilihan subjek dilakukan untuk meningkatkan pemahaman kosa kata yang dipelajari melalui ujian ejaan.

Instrumen Kajian

Portal SLS digunakan kerana adanya tiga fungsi yang boleh diguna pakai oleh guru dalam mereka bentuk pakej pembelajaran untuk bahagian pencelahan. Pertama, fungsi format soalan yang pelbagai - FIB dan MCQ. Kedua, fungsi differentiated access – kumpulan murid yang berbeza (HP,MP,LP) diberikan akses kepada latihan yang dibezakan dari segi perancahan. Ketiga, fungsi memuat naik media seperti video dan gambar – guru telah merakam video pengajaran dan arahan untuk digunakan sebagai sumber maklumat oleh murid.

Seterusnya ialah penggunaan ujian prapencelahan dan pascapencelahan bagi ujian ejaan dan latihan kosa kata. Kedua-dua bahagian ini dijalankan untuk mengukur tahap (i) kebolehan murid untuk mengeja dengan tepat dan (ii) pemahaman kosa kata yang dicapai oleh murid, berdasarkan senarai kosa kata yang telah didedahkan kepada mereka pada tahun lepas semasa berada di Darjah 2, mengikut sukatan buku CEKAP 2A dan 2B. Senarai perkataan yang terdapat dalam Jadual 1 ini telah dikenal pasti untuk ujian ejaan berdasarkan kadar penggunaan sosial yang lebih tinggi ataupun high social utility words, seperti yang digagaskan oleh McKee (1939).

356

Memperkukuh Pengajaran dan Pembelajaran, Meningkatkan Kemahiran Berbahasa

Page 6: Pembelajaran Di Rumah Bagi Meningkatkan Pembelajaran Ejaan...Jadual 3: Aspek Pengajaran Yang Digunakan dalam PdP DI Proses Pengajaran Aspek Pengajaran Aktiviti Mengajar Penyediaan

Jadual 1: Senarai Ejaan

arahan pasangan penting berkumpul perasaanmenelefon mengalihkan mengajar pemenang mengajakcanggih meletakkan mencadangkan sungguh menyertai

Pelaksanaan ujian ejaan dalam prapencelahan dan pascapencelahan diberikan melalui kaedah tradisional, iaitu ‘pensel dan kertas’. Guru menyebut perkataan, pelajar mendengar perkataan itu, lalu mengeja dengan menulis.

Seterusnya, untuk mengasah pemahaman kosa kata, hanya beberapa perkataan sahaja yang telah dipilih bagi PdP secara eksplisit (Coulter dan Groenke, 2008). Oleh itu, bagi tujuan kajian ini, 8 patah perkataan telah dipilih daripada 15 perkataan dalam senarai ejaan untuk meninjau pemahaman murid (Jadual 2). Kertas latihan kosa kata ini juga telah dibezakan mengikut 3 aras kebolehan (HP, MP, LP). Elemen DI ini berunsur jumlah pendaya yang diberikan kepada 3 kumpulan murid ini – jumlah pendaya ditingkatkan sejajar dengan aras kebolehan.

Jadual 2: Senarai Kosa Kata Diajar Secara Eksplisit

menelefon mengajar arahan meletakkanmencadangkan sungguh menyertai mengajak

Dalam pakej SLS yang disediakan, selain latihan ejaan dan mengisikan tempat kosong, ia juga merangkumi permainan Eja & Taip (Rajah 1) di sebuah lelaman sesawang:

https://mrnussbaum.com/spellerz-customizable-online-spelling-and-typing-game

357

Seminar Bahasa Melayu 2021

Page 7: Pembelajaran Di Rumah Bagi Meningkatkan Pembelajaran Ejaan...Jadual 3: Aspek Pengajaran Yang Digunakan dalam PdP DI Proses Pengajaran Aspek Pengajaran Aktiviti Mengajar Penyediaan

Rajah 1: Permainan Eja dan Taip

Permainan ini membolehkan murid berlatih menaip (suatu kemahiran yang diasah pada masa yang sama) dan mengeja perkataan yang diuji – elemen gamifikasi seperti ini penting untuk menarik minat murid.

Murid juga diberikan aktiviti silang kata di dalam bilik darjah (yang telah dibezakan mengikut aras kebolehan). DI telah diterapkan dengan memberikan lebih banyak huruf bantu bagi kumpulan murid LP (Rajah 2); manakala taburan kata dikurangkan mengikut aras MP dan HP.

Rajah 2: Silang Kata untuk Pelajar LP

358

Memperkukuh Pengajaran dan Pembelajaran, Meningkatkan Kemahiran Berbahasa

Page 8: Pembelajaran Di Rumah Bagi Meningkatkan Pembelajaran Ejaan...Jadual 3: Aspek Pengajaran Yang Digunakan dalam PdP DI Proses Pengajaran Aspek Pengajaran Aktiviti Mengajar Penyediaan

Prosedur Kajian

Sesi pertama diperuntukkan untuk mengulang kaji dan menguji senarai ejaan yang telah diberikan kepada murid seminggu sebelum ujian. Markah yang diperoleh dalam ujian ejaan dan latihan kosa kata menunjukkan pemahaman murid dan menjadi kayu ukur prapencelahan bagi kajian ini. Dengan menggunakan maklumat daripada prapencelahan ini, guru telah membuat persiapan bagi pakej pembelajaran SLS seterusnya dengan menerapkan perancahan yang diperlukan dan menggunakan fleksibiliti. Jadual 3 menunjukkan aspek pengajaran STP yang digunakan dalam PdP DI dan Jadual 4 menunjukkan sususan pakej SLS sebagai langkah pencelahan, berlandaskan Pengajaran Eksplisit.

Jadual 3: Aspek Pengajaran Yang Digunakan dalam PdP DI

Proses Pengajaran

Aspek Pengajaran Aktiviti Mengajar

Penyediaan Pelajaran

AP7: Mengambil kira profil murid

AM1: Mengumpul maklumat mengenai profil murid

9 murid Darjah 3 ini tergolong kepada 3 kumpulan - HP: 4, MP: 2, LP: 3

AP12: Memilih alat bantu dan bahan pembelajaran

AM3: Keberkesanan bahan dalam memenuhi keperluan pembelajaran.

Guru menggunakan rakaman video yang dimuatnaikkan ke SLS untuk mengajar senarai kosa kata yang diuji – ini disertakan dengan imej dan contoh ayat bagi 15 perkataan yang harus dipelajari.

Pendekatan multi modal, audio dan visual diharap dapat memberikan kesan mendalam kepada proses pembelajaran.

Murid ada pengalaman PdP di ruangan SLS.

359

Seminar Bahasa Melayu 2021

Page 9: Pembelajaran Di Rumah Bagi Meningkatkan Pembelajaran Ejaan...Jadual 3: Aspek Pengajaran Yang Digunakan dalam PdP DI Proses Pengajaran Aspek Pengajaran Aktiviti Mengajar Penyediaan

Pelaksanaan Pelajaran

AP16: Menggunakan fleksibiliti

AM2: Memberikan tahap perancahan yang diperlukan.

Garis pandu:HP: • Latihan kosa kata – 8 ayat, isikan tempat

kosong, 10 pendaya• Silang kata – 2 huruf bantu bagi setiap

perkataanMP:• Latihan kosa kata – 8 ayat, MCQ, 3 pendaya• Silang kata – 3 huruf bantu bagi setiap

perkataanLP:• Latihan kosa kata – 8 ayat, MCQ, 2 pendaya• Silang kata – 4 huruf bantu bagi setiap

perkataanPenilaian dan Maklum Balas

AP24: Menyediakan Tugasan yang bermakna

AM4: Pilihan Awak

Tugasan harus mengandungi aktiviti bagi pelbagai tahap kesukaran untuk mencabar pelajar berfikir secara kritis dan kreatif.

Kuiz. Mengisikan tempat kosong atau Soalan aneka pilihan (MCQ)

Maklum balas: 1. Sewaktu ujian Ejaan, murid meletakkan

tanda (√) di sebelah setiap perkataan yang mereka faham maknanya.

2. Di SLS, murid diberikan aktiviti mengundi untuk menyatakan (a) sama ada mereka suka belajar Ejaan di SLS, (b) mengenal pasti perkataan yang mereka masih kurang faham setelah pencelahan.

Guru menggunakan maklum balas ini sebagai refleksi berterusan untuk merancang aktiviti PdP seterusnya.

360

Memperkukuh Pengajaran dan Pembelajaran, Meningkatkan Kemahiran Berbahasa

Page 10: Pembelajaran Di Rumah Bagi Meningkatkan Pembelajaran Ejaan...Jadual 3: Aspek Pengajaran Yang Digunakan dalam PdP DI Proses Pengajaran Aspek Pengajaran Aktiviti Mengajar Penyediaan

Jadual 4: Pengajaran Secara Eksplisit Melalui Pakej SLS

Langkah Penjelasan1 Slaid yang disertai audio dan visual - memperkenalkan perkataan dan guru menyebut

secara perlahan-lahan mengikut pecahan suku kata, serta suku kata diwarnakan.2 Guru berkongsi penjelasan yang mudah untuk murid fahami makna perkataan

tersebut, disertakan dengan contoh ayat yang autentik untuk menekankan aplikasi perkataan. Guru juga menggunakan setiap nama murid dalam memberi ayat contoh (Modeling), agar dapat menarik perhatian mereka sewaktu pembelajaran dalam talian.

3 Guru juga telah menyertakan penjelasan tersebut dengan imej / grafik yang bersesuaian atau berkaitan dengan perkataan yang diajar.

4 Murid melakukan latihan kosa kata (yang dibezakan mengikut aras kebolehan) untuk meninjau pemahaman mereka berdasarkan video yang ditonton. Selain itu, mereka juga bermain permainan ‘Eja dan Taip’. Kemudian mereka menjalani ujian ejaan dalam talian yang disemak secara automatik dan mereka mendapat maklum balas yang spontan.

5 Murid menyelesaikan borang maklum balas sebagai pas keluar untuk PdP SLS ini.

DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Setelah ujian pasacapencelahan dijalankan, analisis kelakonan murid dilakukan. Perbandingan keputusan ejaan dan latihan kosa kata pada prapencelahan dan pascapencelahan murid menunjukkan peningkatan markah yang positif secara purata (Jadual 5). Seramai 89% (8 dari 9) murid yang terlibat menunjukkan peningkatan markah yang positif (sila rujuk jadual 3). Mereka menunjukkan peningkatan antara 1 hingga 7 markah untuk ujian ejaan (13% peningkatan markah secara purata) dan 1 hingga 4 markah untuk Latihan Kosa Kata (14% peningkatan markah secara purata).

Jadual 5: Prestasi Murid Bagi Prapencelahan, Pencelahan (SLS), Dan Pascapencelahan

ArasEjaan (15 kata) Latihan Kosa Kata (8 kata)

S/N Pra SLS Pasca Pra SLS PascaMP 1 13 15 15 3 8 7

2 12 14 13 6 8 6LP 3 8 10 7 4 7 7

4 10 5 11 4 8 85 5 11 9 4 8 8

361

Seminar Bahasa Melayu 2021

Page 11: Pembelajaran Di Rumah Bagi Meningkatkan Pembelajaran Ejaan...Jadual 3: Aspek Pengajaran Yang Digunakan dalam PdP DI Proses Pengajaran Aspek Pengajaran Aktiviti Mengajar Penyediaan

HP 6 15 15 15 5 8 67 8 15 15 6 8 58 13 15 15 6 8 89 14 15 15 6 8 8

Purata 11 13 13 5 8 7Peningkatan markah 13% 14%Jumlah murid (%) yang menunjukkan kemajuan

8 (89%) 8 (89%)

Satu pengamatan yang menarik dari tabulasi data di atas ini adalah, bagi latihan kosa kata yang dijalankan dalam portal SLS, kebanyakan murid telah mendapat markah yang lebih baik berbanding markah yang diperoleh dalam latihan pascapencelahan.

Ini mungkin kerana, latihan kosa kata dalam portal SLS telah disertakan dengan visual dan besar kemungkinan murid telah mengaitkan visual tersebut dengan kosa kata yang dipelajari tanpa perlu menghayati konteks ayat dengan teliti terlebih dahulu. Contoh latihan SLS adalah seperti dalam Rajah 3:

Rajah 3: Contoh Latihan Kosa Kata Dalam Portal SLS

Selain itu, satu penjelasan bagi markah latihan kosa kata dalam portal SLS yang lebih tinggi adalah disebabkan ia diselesaikan sejurus selepas murid menonton video PdP – maka mereka lebih mengingati apa yang baru sahaja dipelajari dan menonton semula video pada bila-bila masa sewaktu menyelesaikan latihan kosa kata di SLS – fleksibiliti ini mungkin ada kesan kebaharuan (recency effect) pada markah yang diraih. Manakala, latihan pascapencelahan dijalankan pada hari yang berikut, dan murid mungkin telah terlupa apa yang dipelajari. Justeru, aplikasi yang berterusan bagi penguasaan kosa kata amatlah penting untuk mencapai kesan pengekalan.

362

Memperkukuh Pengajaran dan Pembelajaran, Meningkatkan Kemahiran Berbahasa

Page 12: Pembelajaran Di Rumah Bagi Meningkatkan Pembelajaran Ejaan...Jadual 3: Aspek Pengajaran Yang Digunakan dalam PdP DI Proses Pengajaran Aspek Pengajaran Aktiviti Mengajar Penyediaan

Secara amnya, penggunaan unsur pembelajaran menggunakan visual dan audio menerusi video yang dirakam dan dimuatnaikkan di SLS bagi membantu murid memahami maksud kosa kata telah membantu murid dalam proses pencelahan.

Namun demikian, keputusan dari pelbagai sumber ini tidak harus dinilai sebagai entiti yang terpisah-pisah, tetapi harus dihubungkaitkan dan pengkaji harus menganalisis hubungan yang wujud dalam data tersebut. Contohnya, seorang murid (LP) tidak dapat mengeja perkataan pasangan dan menyertai dalam ketiga-tiga ujian ejaan yang dijalani. Ini harus diperhatikan guru dalam pembelajaran seterusnya, dan boleh membuat perancangan untuk membantu murid ini dari segi penguasaan fonik, khususnya trigraf dan diftong.

Berdasarkan maklum balas murid (Jadual 6), jelas menunjukkan keseronokan mereka untuk belajar ejaan menggunakan alat ICT. Pada masa yang sama, guru dapat mengetahui senarai perkataan yang masih perlu diberikan penjelasan lanjut tentang maknanya kepada murid. Antara perkataan yang paling kurang difahami murid ialah, (i) arahan, (ii) sungguh, dan (iii) mencadangkan. Dengan dapatan ini, guru boleh merancang PdP seterusnya dan menerapkan perkataan-perkataan ini secara eksplisit.

Jadual 6: Analisis Maklum Balas Murid

363

Seminar Bahasa Melayu 2021

Page 13: Pembelajaran Di Rumah Bagi Meningkatkan Pembelajaran Ejaan...Jadual 3: Aspek Pengajaran Yang Digunakan dalam PdP DI Proses Pengajaran Aspek Pengajaran Aktiviti Mengajar Penyediaan

KESIMPULAN

Ujian yang dijalankan dalam kajian ini berbentuk ujian mengingat semula atau recall test. Ini lebih sukar berbanding dengan ujian mengenal pasti atau recognition test. Oleh itu, ujian mengenal pasti dalam format mengedit perkataan yang disalah eja bagi satu atau dua huruf (contohnya: meltakkan atau sunguh) boleh disertakan, agar murid dapat mencapai keyakinan dan keseronokan dalam pembelajaran.

Pada masa yang sama, ujian ejaan secara tradisional ini, memberikan tekanan kepada murid dan bertumpu kepada gred semata-mata. Lazimnya, murid akan selalu mendapat markah yang hampir serupa bagi setiap ujian, berdasarkan aras kemahiran mereka. Ini akan menjejas motivasi murid yang selalu mendapat markah rendah (Alderman dan Green, 2011). Oleh sebab itu, fleksibiliti boleh diterapkan dalam cara ujian ini dilaksanakan. Contohnya, murid diajak membuat keputusan tentang perkataan mana yang ingin mereka eja untuk minggu tersebut berdasarkan kesediaan mereka dan memvariasikan cara guru menilai kebolehan murid untuk mengeja, melalui permainan dan aktiviti manipulatif, bukan secara ujian ‘kertas dan pena’ semata-mata.

Aktiviti lanjutan – Latihan Bina Ayat - juga boleh direka dengan mengaplikasi perkataan yang dipelajari dalam ayat yang bermakna kepada murid. murid juga boleh diajar untuk menggunakan 2 hingga 3 daripada 5 deskriptor: siapa, apa, di mana, bila dan bagaimana. Contoh ayat yang boleh diberikan sebagai modeling dalam Pengajaran Eksplisit: “Ahmad (siapa) meletakkan (kosa kata diuji) pinggan (apa) di dalam sink (di mana). Ini boleh mencungkil kemahiran berfikir dalam diri murid serta memberikan fleksibiliti kepada mereka untuk DI.

Sehubungan dengan itu, dalam mengukuhkan lagi elemen Pengajaran Pembezaan (Pilihan Awak), murid boleh diminta untuk melukis gambar atau simbol yang mereka kaitkan dengan perkataan yang dipelajari (Alderman dan Green, 2011), di sebelah perkataan itu. Dengan cara ini, kita dapat memperkasakan murid untuk menjana makna perkataan berdasarkan pemahaman dan pengalaman mereka sendiri, berbanding dengan representasi

364

Memperkukuh Pengajaran dan Pembelajaran, Meningkatkan Kemahiran Berbahasa

Page 14: Pembelajaran Di Rumah Bagi Meningkatkan Pembelajaran Ejaan...Jadual 3: Aspek Pengajaran Yang Digunakan dalam PdP DI Proses Pengajaran Aspek Pengajaran Aktiviti Mengajar Penyediaan

gambar yang disediakan guru dalam pakej PdP, yang mungkin kurang dekat dengan hati murid.

Ini boleh dilanjutkan dengan melakar sebuah tembok kata pada papan notis kelas yang disertai gambar-gambar hasil kerja murid. Murid akan mengamati tembok kata ini setiap kali mereka memasuki kelas kerana ia merupakan hasil kerja mereka dan secara tidak sengaja akan membantu mereka mengingat semula perkataan tersebut dan maknanya.

Secara kesimpulan, kemahiran mengeja dengan tepat hanyalah sebahagian daripada tuntutan dan keperluan ujian ejaan yang guru jalankan di dalam kelas. Kemahiran yang lebih genting dan harus ditekankan ialah pemahaman dan pengaplikasian kosa kata yang dipelajari menerusi ujian ejaan.

Guru yang turut terlibat dalam kajian:1. Norrehan Mohamad Jabbar2. Fitri Kurniati Sanib

RUJUKAN

Alderman, G., & Green, S. (2011). Fostering Lifelong Spellers Through Meaningful Experiences. The Reading Teacher, 64(8), 599-605. Dipetik pada 14 Oktober 2020 dari http://www.jstor.org/stable/41203459

Coulter, S., & Groenke, S. (2008). A Differentiated Vocabulary Unit for John Knowles’s “A Separate Peace”. The English Journal, 97(4), 26-32.

Fitzgerald, J. (1953). The Teaching of Spelling. Elementary English, 30(2), 79-85.

Guiler, W., & Lease, G. (1942). An Experimental Study of Methods of Instruction in Spelling. The Elementary School Journal, 43(4), 234-238. Dipetik pada 22 Oktober 2020 dari http://www.jstor.org/stable/996903

365

Seminar Bahasa Melayu 2021

Page 15: Pembelajaran Di Rumah Bagi Meningkatkan Pembelajaran Ejaan...Jadual 3: Aspek Pengajaran Yang Digunakan dalam PdP DI Proses Pengajaran Aspek Pengajaran Aktiviti Mengajar Penyediaan

Kilzer, L. (1926). The Test-Study Method versus the Study-Test Method in Teaching Spelling. The School Review, 34(7), 521-525. Dipetik pada 22 Oktober 2020 dari http://www.jstor.org/stable/1079686

McKee, P. (1939). Language in the elementary school: Composition, spelling, and writing. Boston: Houghton Mifflin Co.

Putman, Rebecca (2017). Using Research to Make Informed Decisions about the Spelling Curriculum. Texas Journal of Literacy Education, 5(1), 24-32.

366

Memperkukuh Pengajaran dan Pembelajaran, Meningkatkan Kemahiran Berbahasa