proses pembinaan tamadun islam

8
Proses Pembinaan Tamadun Penyusunan masyarakat dan negara Islam di Madinah -sebelum Nabi berhijrah ke Madinah, Nabi saw telah membuat perjanjian dengan penduduk Madinah iaitu: • Perjanjian Aqabah I- mengandungi ikrar penduduk Madinah untuk mentauhidkan Allah swt, mengikuti syariah Islam secara menyeluruh,tidak melakukan perbuatan yang keji seperti mencuri, berzina, membunuh anak, mengumpat, memfitnah dan menolaK perbuatan baik • Perjanjian Aqabah II- Rasulullah saw mewakili penduduk Mekah dan Madinah berikrar untuk bersatu sehidup semati. •Kedua-dua perjanjian ini begitu penting kepada perjuangan dan perkembangan Islam. Isi kandungan perjanjian ini memperlihatkan prinsip dan dasar Islam yang menjadi asas pembentukan tamadun Islam yang berbentuk teori dan praktikal

Upload: ana-musafir

Post on 20-Jun-2015

3.783 views

Category:

Education


14 download

TRANSCRIPT

Page 1: Proses pembinaan tamadun ISLAM

Proses Pembinaan Tamadun

Penyusunan masyarakat dan negara Islam di Madinah-sebelum Nabi berhijrah ke Madinah, Nabi saw telah membuat perjanjian dengan penduduk Madinah iaitu:

• Perjanjian Aqabah I- mengandungi ikrar penduduk Madinah untuk mentauhidkan Allah swt, mengikuti syariah Islam secara menyeluruh,tidak melakukan perbuatan yang keji seperti mencuri, berzina, membunuh anak, mengumpat, memfitnah dan menolaK perbuatan baik

• Perjanjian Aqabah II- Rasulullah saw mewakili penduduk Mekah dan Madinah berikrar untuk bersatu sehidup semati.

•Kedua-dua perjanjian ini begitu penting kepada perjuangan dan perkembangan Islam. Isi kandungan perjanjian ini memperlihatkan prinsip dan dasar Islam yang menjadi asas pembentukan tamadun Islam yang berbentuk teori dan praktikal

Page 2: Proses pembinaan tamadun ISLAM

• Di Madinah, penyusunan semula masyarakat dibentuk berdasarkan perintah Allah swt dan diterjemahkan serta dipraktikkan oleh Nabi Muhammad saw menerusi perkataan dan perbuatan.

• Dalam membina masyarakat Islam di Madinah ini, antara usaha-usaha yang dilaksanakan oleh Nabi adalah seperti berikut:

• Membina Masjid..Membina Masjid.. *sebagai tapak penyatuan umat Islam, tempat beribadat umat Islam

secara berjemaah- dapat membina benteng diri iaitu semangat jihad.

*masjid sebagai pusat pendidikan,mengajar ilmu tauhid yang merangkumi asas-asas agama,ilmu syariah kepada orang Islam.

*masjid sebagai ibu pentadbiran dan pemerintahan; bermusyawarah untuk perbincangan masalah-masalah,tempat berkumpul para sahabbat.

*sebagai tapak pembinaan bangsa ( nation building) bagi umat Islam

yang berjiwa Tauhid. Maka masjid adalah tempat yang paling efektif dalam menghimpunkan potensi umat Islam.

Page 3: Proses pembinaan tamadun ISLAM

• Mempersaudarakan kaum Muhajirin dan AnsarMempersaudarakan kaum Muhajirin dan Ansar

• -Kaum Muhajirin yang jauh dari sanak saudara dan kampung halaman merka, telah di pererat oleh Nabi Muhammad dengan mempersaudarakan mereka dengan kaum Ansar, kerana kaum Ansar telah menolong mereka dengan seikhlas hati semata-mata mengharapkan keredhaan Allah.

• Nabi telah mempersaudarakan Abu Bakar dengan Harith bin Zaid, Ja’afar bin Abi Tali dengan Muaz bin Jabal, dan Umar Al-Khattab dengan ‘Itbah bin Malik. Dan begitulah seterusnya tiap-tiap kaum Ansar dipersaudarakan dengan kaum Muhajirin sebagai saudara kandung. Dengan demikian, kaum Muhajirin berasa tenteram dan aman menjalani syariat agama. Sebahagian diantara mereka ada yang berniaga, bertani dan mengerjakan tanah kaum Ansar.

• Dengan ikatan yang teguh ini, dapatlah Nabi Muhammad mengikat setiap pengikut Islam yang terdiri daripada pelbagai kafilah dalam satu paduan Islam yang kuat, dengan semangat persaudaraan Islam.

Page 4: Proses pembinaan tamadun ISLAM

• Perjanjian perdamaian dengan orang Yahudi..Perjanjian perdamaian dengan orang Yahudi..

• Nabi Muhammad membuat perjanjian dengan kaum Yahudi yang tinggal di dalam Madinah ini. Dalam perjanjian ini ditetapkan dan diakui hak kemerdekaan bagi tiap-tiap golongan untuk menjalankan agama masing-masing.

• Di antara isi perjanjian Nabi dengan kaum Yahudi Madinah adalah seperti berikut:

• kaum Yahudi dan kaum Muslimin hidup dalam keadaan aman dan bebas untuk mengamalkan agama masing-masing.

*kaum Muslimin dan kaum Yahudi wajib saling tolong-menolong untuk melawan siapa sehaja yang memerangi mereka. Orang yahudi memikul tangungjawab belanja mereka sendiri, sementara orang Muslimin pula memikul tanggungjawab mereka sendiri juga.

• kaum Muslimin dan kaum Yahudi wajib tolong-menolong dan saling nasihat-menasihati dalam melaksanakan kebajikan dan keutamaan.

• Sekiranya terdapat perselisihan antara kaum Yahudi dan kaum Muslimin, yang dikhuatiri akan mengakibatkan hal-hal yang tidak diingini, maka urusan itu hendaklah diserahkan kepada Allah dan Rasul. Sesiapa sahaja yang tinggal di dalam atau di luar kota Madinah, wajib melindungi dirinya kecuali orang-orang yang zalim dan berbuat kesalahan, kerana Allah menjadi pelindung kepada orang yang berbuat kebaikan dan bakti.

Page 5: Proses pembinaan tamadun ISLAM

• Demikianlah perjanjian politik yang digubal oleh Nabi Muhammad yang menjamin kemerdekaan beragama dan hak-hak kehormatan dan harta bagi golongan bukan Islam.

• Disebabkan perjanjian yang digubal oleh Nabi Muhammad dengan kaum Yahudi; dan perjanjian lain yang dibuat dengan kaum Yahudi Bani Quraizah, maka kota madinah menjadi sebuah kota suci, digelar madinatul haram yang bermakna setiap penduduk mempunyai tanggungjawab dan memikul kewajipan bersama, untuk menyelenggara keamanan dan membela serta mempertahankan setiap serangan musuh dari apa jua arah.

Page 6: Proses pembinaan tamadun ISLAM

PIAGAM MADINAH..PIAGAM MADINAH..

• Berasakan sumber al-Quran, Rasulullah saw telah membentuk Piagam Madinah

( sahifsh al-Madinah) sebagai asas pembinaan negara Islam yang pertama; Madinah. Piagam ini terbahagi kepada 2 bahagian. Bahagian pertama menegenai umat Islam,terutama bagi golongan Ansar dan Muhajirin, bahagian kedua berkenaan dengan orang Islam dan orang Yahudi. Menurut sesetengah pendapat, piagam ini mengandungi 47 fasal, iaitu 23 fasal dalam bahagian pertama dan 24 fasal dalam bahagian kedua.

• Kewarganegaraan orang bukan Islam tetap diterima walaupun berbeza agama. Kebebasan yang diberikan tertakluk pada peraturan dan undang-undang negara

• Berdasarkan kandungan Piagam Madinah ini, negara Islam pimpinan Nabi Muhammad saw memperlihatkan sikap toleransi, bertanggungjawab, nilai-nilai muruni dan perpaduan ummah sepanjang proses perkembangan tamadun Islam.

• Dalam konsep umum, piagam ini menunjukkan konsep kesatuan yang meliputi:

Page 7: Proses pembinaan tamadun ISLAM

1. Udang-undang yang berlandaskan sumber utama, iaitu al-Quran dan al-Hadith (sunnah)

2. Nabi Muhammad saw sebagai ketua negara Islam.

3. Semua penduduk Islam mahupun bukan Islam dianggap satu ummah.

4. Kesatuan dalam sikap dan bersuara

5. Masyarakat hidup dalam harmoni, bertoleransi, bersatu teguh tanpa mengira agama yang dianuti

6. Golongan yang memerintah dan golongan yang diperintah mempunyai hak dan tanggungjawab masing-masing.

Page 8: Proses pembinaan tamadun ISLAM