prosedur sistem caruman bulanan menggunakan cd disket v2 · pdf filepenghantaran jadual...

Download prosedur sistem caruman bulanan menggunakan cd disket v2 · PDF filePENGHANTARAN JADUAL CARUMAN (BORANG 8A/BORANG 8B) MENGGUNAKAN CD/DISKET 1. PENGENALAN 1.1 Mulai tahun 1992, PERKESO

If you can't read please download the document

Upload: vomien

Post on 06-Feb-2018

233 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

  • PROSEDUR SISTEM

    CARUMAN

    BULANAN

    MENGGUNAKAN

    DISKET

  • PENGHANTARAN JADUAL CARUMAN (BORANG 8A/BORANG 8B) MENGGUNAKAN

    CD/DISKET

    1. PENGENALAN

    1.1 Mulai tahun 1992, PERKESO telah memperkenalkan sistem penghantaran Jadual Caruman

    (Borang 8 A) menggunakan cd/disket. Melalui sistem ini majikan dikehendaki menghantar

    Jadual Caruman (Borang 8 A) dalam bentuk cd/disket berserta bayaran caruman bulanan terus

    ke Pertubuhan ini atau di bank yang dibenarkan.

    1.2 Memandangkan Pejabat Tempatan PERKESO terdapat di seluruh negara dan penghantaran

    Jadual Caruman dalam bentuk cd/disket dan bayaran caruman bulanannya boleh dibuat melalui

    Pejabat Tempatan, majikan adalah digalakkan menggunakan cara pembayaran menggunakan

    disket. Dengan sistem ini pemprosesan caruman bulanan dapat dipercepatkan dan masalah

    kemasukan data dapat dikurangkan.

    1.3 Bagaimanapun sebelum majikan boleh menggunakan sistem penghantaran Jadual Caruman

    Menggunakan cd/disket, kelulusan perlu diperolehi terlebih dahulu dari PERKESO.

  • 2. CARA-CARA UNTUK MENDAPATKAN KELULUSAN MENGHANTAR JADUAL

    CARUMAN (BORANG 8 A/BORANG 8B) MENGGUNAKAN CD/DISKET.

    2.1 Majikan hendaklah menyediakan : -

    a) Format CD/Disket b) Format Borang 8A/Borang 8B c) Format Lampiran A

    2.2 Contoh Borang 8A dan cd/disket untuk pengujian hendaklah dihantar ke alamat berikut : -

    KETUA EKSEKUTIF

    PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL

    IBU PEJABAT, MENARA PERKESO

    281 JALAN AMPANG

    50538 KUALA LUMPUR

    (U/P : EN JOENAIDE MOHAMAD)

    CAWANGAN PEMPROSESAN DISKET

    ATAU EMAIL KEPADA:

    [email protected] Telefon No: 03-42645591

    atau

    [email protected] Telefon No:03-42645437

    2.3 Format Borang 8A/Borang 8B

    Majikan hendaklah menyediakan Borang 8A/8B mengikut format Borang 8A/8B

    PERKESO. Senarai pekerja hendaklah dicetak mengikut susunan abjad (Alphabetical

    Order) dan menggunakan huruf besar (Capital Letter).

    Cetakan hendaklah dibuat dengan selang 2 (double spacing).

    Hanya pekerja yang mempunyai caruman untuk bulan berkenaan sahaja perlu

    dimasukkan di dalam Borang 8A.

    Kertas berwarna tidak diterima. Saiz kertas yang dibenarkan adalah A4. Cetakan

    hendaklah terang dan jelas, jika boleh hendaklah menggunakan high quality.

    (Sila lihat contoh Borang 8A pada muka surat 10)

  • 2.4 Format Lampiran A

    Majikan hendaklah menyediakan cetakan Lampiran A seperti pada muka surat 12.

    2.5 Disket Ujian

    Majikan dikehendaki memindahkan semua rekod pekerja ke dalam cd/disket mengikut

    format yang ditetapkan.

    Susunan rekod di dalam cd/disket, contohnya jumlah rekod dan bulan/tahun caruman,

    hendaklah sama dengan rekod yang dicetak di dalam Borang 8A.

    Sila lihat format cd/disket pada mukasurat 6.

    2.6 Label pada cd/disket

    3 UJIAN DAN KELULUSAN

    3.1 Pertubuhan ini akan mengambil masa lebih kurang seminggu untuk menguji cd/disket tersebut lulus ujian, surat kelulusan akan dikeluarkan dan mulai dari

    tarikh tersebut majikan boleh menggunakan sistem penghantaran Jadual

    Caruman (Borang 8A) dalam bentuk cd/disket.

    3.2 Jika tuan/puan memerlukan penjelasan lanjut sila hubungi pegawai yang dinyatakan di para 2.2

    NAMA MAJIKAN :

    KOD MAJIKAN :

    BULAN CARUMAN :

    JUMLAH CARUMAN :

    CONTACT PERSON :

    NO. TELEFON :

  • SPESIFIKASI FORMAT PADA DISKET.

    Field Size Column Remark

    Kod majikan 12 1-12 Isikan kod majikan yang diberi

    oleh PERKESO.

    No Pendaftaran Syarikat 20 13-32 Isikan No Pendaftaran Syarikat yang

    diberi oleh SSM/badan yang diiktiraf.

    No Kad Pengenalan 12 33-44 Isikan nombor kad pengenalan

    pekerja seperti di dalam kad

    pengenalan (Right Justified).

    IC Baru tanpa hipen. -

    Nama Pekerja 150 45-194 Isikan nama pekerja seperti di

    dalam kad pengenalan mengikut

    huruf abjad dan huruf besar.

    Bulan Tahun 6 195-200 Isikan bulan dan tahun

    caruman (MMYYYY).

    Caruman 14 201-214 Isikan jumlah caruman yang

    Numeric dibayar kepada PERKESO

    (caruman majikan + caruman

    pekerja) dan tanpa titik antara

    ringgit dan sen.

    Tarkh Masuk kerja 8 215-222 Isikan tarikh masuk kerja/tarikh berhenti

    Atau tarikh berhenti kerja kerja sekiranya pekerja masuk kerja/henti

    kerja pada bulan tersebut.

    (tinggalkan ruang kosong sekiranya

    pekerja masuk/berhenti kerja bukan pada

    bulan tersebut)

    Status pekerja 1 223-223 Isikan B untuk pekerja baru,

    Numeric H untuk berhenti kerja atau ruang

    kosong/blank bagi pekerja lama.

    (tinggalkan ruang kosong sekiranya

    pekerja masuk/berhenti kerja bukan pada

    bulan tersebut)

  • PENERANGAN MENGENAI FORMAT PADA DISKET

    1. Kod majikan hendaklah dicetak tanpa ruang kosong antara alphabet dan angka.

    Contoh: A3600004585Y

    bukannnya

    A 3600004585 Y

    2. Untuk nombor kad pengenalan baru, jangan masukkan -. Sila masukkan angka sahaja. Bagi

    nombor kad pengenalan lama, sila pastikan tiada ruang kosong antara alphabet dan angka ( left

    justified).

    Contoh: 581027546822

    A8891991

    0672547

    H261113

    3. Sila cetak bulan dan tahun caruman seperti di bawah:

    Contoh: Untuk bulan Februari 2013

    Hendaklah dicetak sebagai 022013

    5. Nama hendaklah dicetak seperti:

    i. Tercatat pada kad pengenalan (tambahan nama tidak dibenarkan)

    ii. Menggunakan huruf besar (capital letter)

    iii. Mengikut susunan abjad

    Contoh : RAMESH A/L T.S.NATHEN

    6. Jumlah caruman ialah jumlah caruman majikan campur jumlah caruman pekerja. Dan dicetak

    tanpa titik perpuluhan.

    Contoh: RM 43.90 dicetak sebagai 00000000004390

    RM 5.60 dicetak sebagai 00000000000560

    CONTOH PRINT-OUT REKOD DARI CD/DISKET

    F9900000002B12345H 2222222 EMPE1 1120130000000000214001112013B

    F9900000002B12345H 234456666663EMPE2 1120130000000000664001112013B

    F9900000002B12345H 232266336663EMPE3 1120130000000000664001112013B

    F9900000002B12345H 123456789012EMPLYEE TEST4 1120130000000000044015112013H

    F9900000002B12345H 2345612 EMPLYEE TEST5 11201300000000002810

  • 4. CARA MEMBAYAR CARUMAN BULANAN MENGGUNAKAN CD/DISKET

    Pembayaran Caruman Bulanan menggunakan cd/disket boleh dibuat sama ada melalui pejabat

    PERKESO yang berhampiran dengan tuan/puan, dihantar terus ke Ibu Pejabat PERKESO

    melalui pos atau bank-bank yang dilantik oleh PERKESO.

    4.1 PENGHANTARAN MELALUI PEJABAT-PEJABAT PERKESO

    4.1.1 Sila hantar dengan tangan CD/Disket, Cek dan Borang bayaran Caruman Bulanan(8A)/Tunggakan Caruman/Kekurangan

    Caruman(8B) menggunakan pita/disket (seperti di lampiran A)

    ke Pejabat PERKESO yang berhampiran dengan tempat tuan/puan.

    4.1.2 Dapatkan resit atau akuan penerimaan dan cd/disket gantian semasa membuat pembayaran.

    4.2 PENGHANTARAN SECARA POS

    4.2.1 Sila poskan

    Cd/disket, Cek dan Borang Bayaran Caruman Bulanan/Tunggakan Caruman/Kekurangan Caruman

    mengunakan Disket (seperti lampiran A)

    ke alamat berikut:-

    KETUA EKSEKUTIF,

    PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL,

    TKT 13, IBU PEJABAT, MENARA PERKESO,

    281 JALAN AMPANG,

    50538 KUALA LUMPUR.

    (U/P: UNIT PEMBAYARAN CARUMAN)

    4.2.2 Resit pembayaran akan diposkan kepada tuan/puan setelah Cek diterima oleh Bahagian

    Perbendaraan di Ibu Pejabat PERKESO.

    4.2.3 CD/Disket gantian akan diposkan kepada tuan/puan oleh Cawangan Caruman,

    Bahagian Operasi, Ibu Pejabat PERKESO.

  • 4.3 PEMBAYARAN DI BANK

    4.3.1 Sila berikan di kaunter bank Cd/disket Slip Bank Cek dan Borang Bayaran Caruman Bulanan/Tunggakan Caruman Bulanan/Kekurangan

    Caruman Mengggunakan Disket (Lampiran A)

    4.3.2 Dapatkan slip pembayaran dari bank. 4.3.3 CD/Disket akan diposkan kepada majikan selepas ianya diproses oleh PERKESO.

    Nota: Bank yang menerima pembayaran caruman bulanan menggunakan cd/disket ialah

    a. Public Bank Berhad b. RHB Bank c. Maybank d. CIMB e. Bank Muamalat

    PERHATIAN

    i. Sila gunakan cd/disket tuan/puan sendiri sekiranya penghantaran semula cd/disket lambat

    diterima.

    ii. Tuan/puan diwajibkan menyimpan data soft copy untuk tempoh 6 bulan dan cetakan

    berkomputer borang 8A bulanan selama 7 tahun untuk tujuan pemeriksaan atau semakan oleh

    pegawai PERKESO atau sekiranya terdapat kerosakan pada cd/disket tuan/puan.

    iii. Salinan photostat LAMPIRAN A boleh digunakan untuk membuat pembayaran.

  • LAMPIRAN A

    PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL

    BORANG BAYARAN CARUMAN BULANAN / TUNGGAKAN CARUMAN /

    KEKURANGAN CARUMAN MENGGUNAKAN CD/DISKET UNTUK

    BULAN ...................HINGGA ...............

    Tarikh Butiran Caruman Dihantar : ......................... / ......... / ..........

    (Melalui Sistem Penghantaran Menggunakan CD/Disket )

    Bilangan Pekerja :

    Cek / Kiriman Wang / Wang Pos / Draf Bank

    No: ................................................... disertakan

    Amaun

    RM .....................................