prosedur pendaftaran dan pendakwaan kes di...

50
BAHAGIAN 3 BAB 2 – PENDAFTARAN DAN PENDAKWAAN KES DI MAHKAMAH SOP BPGK-KPDNKK-JILID 1 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2 PROSEDUR PENDAFTARAN DAN PENDAKWAAN KES DI MAHKAMAH A. PENGENALAN 1. OBJEKTIF Prosedur Operasi Standard ini adalah bagi memastikan proses pendaftaran dan pendakwaan kes di Mahkamah dipatuhi mengikut kehendak Kanun Tatacara Jenayah dan Akta Mahkamah Rendah 1948. 2. SKOP Prosedur Operasi Standard ini digunapakai oleh pegawai-pegawai penguatkuasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk melaksanakan proses pendaftaran dan pendakwaan kes di Mahkamah bermula dari penerimaan arahan untuk memulakan pendakwaan di Mahkamah daripada Timbalan Pendakwa Raya sehingga selesai proses pendakwaan. 3. RUJUKAN 3.1 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011; 3.2 Akta Mahkamah Rendah 1948; 3.3 Akta Keterangan 1950; 3.4 Kanun Tatacara Jenayah; 3.5 Akta Kawalan Bekalan 1961; 3.6 Akta Sewa Beli 1967; 3.7 Akta Timbang dan Sukat 1972; 3.8 Akta Perihal Dagangan 2011;

Upload: vanmien

Post on 07-Apr-2019

321 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

BAHAGIAN 3

BAB 2 – PENDAFTARAN DAN PENDAKWAAN KES DI MAHKAMAH

SOP BPGK-KPDNKK-JILID 1 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2

PROSEDUR PENDAFTARAN DAN PENDAKWAAN KES

DI MAHKAMAH

A. PENGENALAN

1. OBJEKTIF

Prosedur Operasi Standard ini adalah bagi memastikan proses pendaftaran dan pendakwaan kes di Mahkamah dipatuhi mengikut kehendak Kanun Tatacara Jenayah dan Akta Mahkamah Rendah 1948.

2. SKOP

Prosedur Operasi Standard ini digunapakai oleh pegawai-pegawai penguatkuasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk melaksanakan proses pendaftaran dan pendakwaan kes di Mahkamah bermula dari penerimaan arahan untuk memulakan pendakwaan di Mahkamah daripada Timbalan Pendakwa Raya sehingga selesai proses pendakwaan.

3. RUJUKAN

3.1 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011;

3.2 Akta Mahkamah Rendah 1948;

3.3 Akta Keterangan 1950;

3.4 Kanun Tatacara Jenayah;

3.5 Akta Kawalan Bekalan 1961;

3.6 Akta Sewa Beli 1967;

3.7 Akta Timbang dan Sukat 1972;

3.8 Akta Perihal Dagangan 2011;

BAHAGIAN 3

BAB 2 – PENDAFTARAN DAN PENDAKWAAN KES DI MAHKAMAH

SOP BPGK-KPDNKK-JILID 1 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2

3.9 Akta Hakcipta 1987;

3.10 Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993;

3.11 Akta Pelindungan Pengguna 1999

3.12 Akta Cakera Optik 2000;

3.13 Akta Kanak-Kanak 2001

3.14 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613). Dan

3.15 Akta Francais 1998.

4. DEFINISI

Bagi maksud Prosedur Operasi Standard ini:-

4.1 Bon

Suatu bentuk cagaran yang dikenakan bagi pelepasan ekshibit yang bukan perkara isu (subject matter) dibawah seksyen 413 KPJ atau Seksyen 12(2)(a)(ii) AKB 1961 atau Arahan Pengarah Penguatkuasa Bil 1/2013.

4.2 Ekshibit

Meliputi apa-apa jua barang (mudah rosak/mudah terbakar) dan apa-apa contoh cerakinan (sampel), barang-barang logam berharga, wang tunai, cecair atau pepejal, gas, peralatan, dokumen dan kenderaan bermotor termasuk apa-apa kenderaan yang digunakan di laut/di sungai, yang disita dalam menguatkuasakan undang-undang.

4.3 Izin Pendakwaan

Keizinan bertulis yang dikeluarkan oleh Pendakwa Raya untuk memulakan proses pendakwaan berdasarkan peruntukan khusus dibawah Akta-Akta yang dikuatkuasakan.

4.4 Jaminan (Bail)

Suatu amaun wang secara tunai dan / atau syarat yang ditetapkan oleh Mahkamah bagi memastikan kehadiran OKT di Mahkamah.

4.5 Jaminan Polis (Police Bail)

Suatu jaminan yang ditetapkan oleh Polis bagi memastikan kehadiran OKT di Mahkamah.

BAHAGIAN 3

BAB 2 – PENDAFTARAN DAN PENDAKWAAN KES DI MAHKAMAH

SOP BPGK-KPDNKK-JILID 1 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2

4.6 Kes Tangkapan

Kes-kes yang melibatkan penahanan OKT dibawah Akta-Akta khusus untuk dihadapkan ke Mahkamah bagi menjawab pertuduhan yang dibuat terhadapnya.

4.7 Ketua Inspektor

Ketua Inspektor Timbang Dan Sukat termasuk Timbalan Ketua Inspektor Timbang dan Sukat.

4.8 Orang Kena Tuduh (OKT)

Mana-mana orang termasuk perbadanan, yang disyaki melakukan kesalahan di bawah akta-akta yang dikuatkuasakan.

4.9 Pengawal

Pengawal Harga, Pengawal Bekalan, Pengawal Sewa Beli, Pengawal Perihal Dagangan, Pengawal Hakcipta, Pengawal Jualan Langsung, Pengawal Hal Ehwal Pengguna, Pengawal Cakera Optik termasuk Timbalan Pengawal.

4.10 Pegawai Penyiasat (IO)

Pegawai yang dilantik oleh KS/KPPN/KPPD/KU untuk menjalankan siasatan dan melengkapkan Kertas Siasatan.

4.11 Pegawai Penyerah Saman (PPS)

Pegawai penyiasat atau mana-mana pegawai (termasuk pegawai polis) yang diarahkan untuk melaksanakan penyempurnaan saman / waran tangkap/ Sapina.

4.12 Pegawai Pendakwa (PO)

Pegawai yang telah diberi Pemberian Kuasa oleh Pendakwa Raya untuk menjalankan tugas pendakwaan di Mahkamah. (LAMPIRAN 1)

4.13 Pendakwa Raya

Pendakwa Raya termasuk Timbalan Pendakwa Raya.

4.14 Reman

Suatu tempoh tahanan yang tidak melebihi 07 hari yang dibenarkan oleh Majistret bagi siasatan yang tidak dapat dilengkapkan dalam tempoh 24 jam mengikut seksyen 117 KTJ.

4.15 Izin Pendakwaan

Arahan bertulis yang dikeluarkan oleh Pendakwa Raya untuk memulakan pendakwaan berdasarkan Kanun Tatacara Jenayah dan akta-akta yang di kuatkuasakan.

4.16 Saman

Arahan bertulis yang ditandatangani oleh Majistret dan dimeterai oleh Mahkamah bagi memanggil kehadiran OKT pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan untuk menjawab pertuduhan yang dibuat terhadapnya.

BAHAGIAN 3

BAB 2 – PENDAFTARAN DAN PENDAKWAAN KES DI MAHKAMAH

SOP BPGK-KPDNKK-JILID 1 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2

4.17 Saksi

Orang yang dikehendaki hadir memberi keterangan di dalam sesuatu perbicaraan di Mahkamah.

4.18 Saman Kepada Saksi (Sapina)

Arahan bertulis daripada Mahkamah yang memanggil kehadiran seseorang sebagai saksi untuk memberi keterangan dalam sesuatu kes perbicaraan.

4.19 Waran

Arahan bertulis yang ditandatangani oleh Majistret dan dimeterai oleh Mahkamah bagi kes hukuman penjara melebihi 3 tahun, yang memberi kuasa kepada polis menangkap orang yang dinamakan di dalam waran itu untuk dibawa ke Mahkamah bagi menjawab pertuduhan terhadapnya.

4.20 Waran Tangkap

Arahan bertulis daripada Mahkamah yang memaksa kehadiran OKT / Saksi dengan tangkapan oleh pihak polis atau orang yang dinamakan kerana gagal hadir di Mahkamah untuk menjawab pertuduhan atau memberi keterangan.

4.21 Pengaduan (Mah 143)

Akuan bersumpah yang disediakan oleh Pegawai Penyiasat untuk memohon Mahkamah supaya saman atau waran dikeluarkan terhadap mana-mana orang supaya mengkehendaki kehadiran di Mahkamah bagi menghadapi pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.

4.22 Pertuduhan

Menerangkan kesalahan tertuduh yang dilakukan di bawah akta-akta yang dikuatkuasakan.

5. SINGKATAN

5.1 DNAA - Discharge Not Amounting To An Acquittal;

5.2 ID - Diari Penyiasatan;

5.3 IO - Pegawai Penyiasat (Investigating Officer)

5.4 KS - Ketua Seksyen;

5.5 KPPN - Ketua Pegawai Penguatkuasa Negeri;

5.6 KPPD - Ketua Pegawai Penguat kuasa Daerah;

5.7 IP - Kertas Siasatan;

5.8 KTJ - Kanun Tatacara Jenayah;

5.9 KU - Ketua Unit;

5.10 OKT - Orang Kena Tuduh/ Kompaun

BAHAGIAN 3

BAB 2 – PENDAFTARAN DAN PENDAKWAAN KES DI MAHKAMAH

SOP BPGK-KPDNKK-JILID 1 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2

5.11 PO - Pegawai Pendakwa;

5.12 PPS - Pegawai Penyerah Saman;

5.13 PRK - Pegawai Rekod Kes;

5.14 OKS - Orang Kena Saman

5.15 OTP - Order To Produce

5.16 TPR - Timbalan Pendakwa Raya

5.17 UKSP - Unit Kajian Siasatan dan Pendakwaan

B. PROSEDUR PERTUDUHAN KES

6. PROSEDUR.

6.1 Dalam menyediakan deraf pertuduhan (LAMPIRAN 2), IO perlu mengambilkira perkara-perkara berikut :-

(i) Pastikan status OKT samada orang perseorangan atau perbadanan.

(ii) Pastikan tarikh, masa dan tempat kejadian.

(iii) Kesalahan yang dilakukan (nyatakan seksyen / peraturan / perintah yang berkaitan).

(iv) Nyatakan hukuman ke atas kesalahan tersebut dengan merujuk Seksyen / Peraturan / Perintah yang berkaitan.

(v) Pastikan pertuduhan mematuhi peruntukan Seksyen 152 hingga 154 KTJ.

6.2 Kenal pasti Mahkamah yang mempunyai bidang kuasa mendengar kes tersebut

(i) Mahkamah Juvana (Kanak-Kanak), Majistret atau Sesyen.

(ii) Bidang kuasa pentadbiran Mahkamah (T / kejadian )

6.3 Setelah izin pendakwaan (LAMPIRAN 3) diperolehi, Pegawai Penyiasat hendaklah menyediakan surat iringan pendaftaran kes Mahkamah (LAMPIRAN 4) dan pertuduhan menggunakan borang Mahkamah dalam 3 salinan seperti berikut:-

(i) Bagi pertuduhan perseorangan, gunakan borang-borang Mahkamah seperti berikut :-

(a) Borang Pengaduan Mahkamah 143 – LAMPIRAN 5;

(b) Borang Saman Mahkamah 111 pin. 1/85 – LAMPIRAN 6; dan

BAHAGIAN 3

BAB 2 – PENDAFTARAN DAN PENDAKWAAN KES DI MAHKAMAH

SOP BPGK-KPDNKK-JILID 1 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2

(c) Borang Pertuduhan Mahkamah 114 – LAMPIRAN 7.

(ii) Bagi pertuduhan bersama (lebih dari seorang), gunakan borang-borang Mahkamah seperti berikut :-

(a) Borang Pengaduan Mahkamah 143;

(b) Borang Saman Mahkamah 111 pin. 1/85; dan

(c) Borang Pertuduhan Mahkamah 113 pin 3/85 - LAMPIRAN 8.

(iii) Bagi pertuduhan perbadanan (syarikat sahaja), gunakan borang-borang Mahkamah seperti berikut:-

(a) Borang Pengaduan Mahkamah 143;

(b) Borang Saman Mahkamah 111 pin. 1/85; dan

(c) Borang Pertuduhan Mahkamah 114.

(iv) Bagi pertuduhan perbadanan (ahli lembaga pengarah) gunakan borang-borang Mahkamah seperti berikut:-

(a) Borang Pengaduan Mahkamah 143;

(b) Borang Saman Mahkamah 111 pin. 1/85; dan

(c) Borang Pertuduhan Mahkamah 113 pin 3/85.

7. PROSEDUR PERTUDUHAN KES WARAN

7.1 IO dalam menyediakan pertuduhan, perlu mengambilkira perkara-perkara berikut:-

(i) Pastikan status OKT adalah orang perseorangan.

(ii) Pastikan tarikh, masa dan tempat kejadian.

(iii) Kesalahan yang dilakukan (nyatakan seksyen / peraturan / perintah yang berkaitan).

(iv) Nyatakan hukuman keatas kesalahan tersebut dengan merujuk seksyen/peraturan/perintah yang berkaitan.

(v) Pastikan pertuduhan mematuhi peruntukan seksyen 152 hingga 154 KTJ.

7.2 Kenal pasti Mahkamah yang mempunyai bidang kuasa mendengar kes tersebut.

(i) Mahkamah Juvana (Kanak-Kanak), Majistret atau Sesyen.

(ii) Bidang kuasa pentadbiran mahkamah (tempat kejadian).

BAHAGIAN 3

BAB 2 – PENDAFTARAN DAN PENDAKWAAN KES DI MAHKAMAH

SOP BPGK-KPDNKK-JILID 1 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2

7.3 Setelah izin terhadap tertuduh diperolehi, IO hendaklah menyediakan pertuduhan dengan menggunakan borang Mahkamah dalam 3 salinan seperti berikut:-

(i) Bagi pertuduhan perseorangan, gunakan borang-borang Mahkamah seperti berikut:-

(a) Borang Pengaduan Mahkamah 143;

(b) Borang Waran Tangkap (Mahkamah 112 pin. 1/80)-LAMPIRAN 9; dan

(c) Borang Pertuduhan Mahkamah 114.

(ii) Bagi pertuduhan bersama (lebih dari seorang) (ahli kongsi / ahli lembaga pengarah), gunakan borang-borang Mahkamah seperti berikut :-

(a) Borang Pengaduan (Mahkamah 143);

(b) Borang Waran Tangkap (Mahkamah 112 pin. 1/80); dan

(c) Borang Pertuduhan (Mahkamah 113 pin 3/85).

8. PROSEDUR PERTUDUHAN KES TANGKAP

(i) IO dalam menyediakan pertuduhan, perlu mengambil kira perkara-perkara berikut :-

(a) Pastikan status OKT orang perseorangan.

(b) Pastikan tarikh, masa dan tempat kejadian.

(c) Kesalahan yang dilakukan (nyatakan seksyen / peraturan / perintah yang berkaitan).

(d) Nyatakan hukuman keatas kesalahan tersebut dengan merujuk seksyen / peraturan / perintah yang berkaitan.

(e) Pastikan pertuduhan mematuhi peruntukan seksyen 152 hingga 154 KTJ.

(ii) Kenal pasti Mahkamah yang mempunyai bidang kuasa mendengar kes tersebut.

(a) Mahkamah Juvana (Kanak-Kanak)

(b) Bidang kuasa pentadbiran mahkamah (tempat kejadian)

(iii) Semasa OKT dalam tempoh tahanan reman, KS/KPPN/ KPPD/KU mengarahkan IO menyediakan dokumen pertuduhan seperti di para 6.2.3 bagi mendapatkan izin pendakwaan daripada TPR.

(iv) Setelah izin diperolehi IO menyerahkan KS kepada KS/KPPN/ KPPD/KU untuk melantik PO dengan segera.

(v) KS/KPPN/KPPD/KU mengarahkan IO dengan serta merta membawa OKT dan mendaftar kes di Mahkamah.

(vi) Setelah kes didaftarkan IO menyerahkan OKT kepada Polis Mahkamah yang telah ditentukan.

BAHAGIAN 3

BAB 2 – PENDAFTARAN DAN PENDAKWAAN KES DI MAHKAMAH

SOP BPGK-KPDNKK-JILID 1 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2

(vii) PO jalankan sebutan kes mengikut para 6.6 di bawah.

C. PENDAFTARAN KES

9. PENDAFTARAN KES DI MAHKAMAH (SECARA MANUAL)

(i) IO sediakan surat iringan dalam dua salinan untuk dikemukakan ke Mahkamah.

(ii) IO hantar saman (Borang Mahkamah 111) / Waran Tangkap (Borang Mahkamah 112) ke Mahkamah dalam tempoh 7 hari dari tarikh arahan diterima dan dapatkan akuan penerimaan pada salinan pendua surat iringan dan failkan dalam KS.

(iii) IO terima saman / waran dari Mahkamah dan kemukakan bersama-sama KS kepada PRK dengan segera.

(iv) PRK hendaklah merekodkan Nombor Kes Saman/ Waran, Tarikh didaftar serta Tarikh Sebutan Pertama di dalam Buku Daftar KS dan kembalikan KS kepada IO dengan segera.

(v) IO menyerahkan KS kepada KS/KPPN/KPPD/KU untuk mendapatkan arahan lanjut

10. PENDAFTARAN KES DI MAHKAMAH SECARA ON-LINE

10.1 Pendaftaran kes adalah mengikut tatacara yang ditetapkan mengikut sistem berikut;

(a) Sistem e-filing Mahkamah Malaysia (http://efs.kehakiman.gov.my)

(b) The High Court in Sabah Sarawak (http://www.highcourt.sabah.sarawak.gov.my)

10.2 Sebarang permasalahan berhubung pendaftaran kes secara on-line hendaklah merujuk kepada Pejabat Pendaftar dalam bidangkuasa pentadbiran Mahkamah berkenaan.

11. PENYEMPURNAAN SAMAN.

Sebaik sahaja menerima arahan dari KS/KPPN/KPPD/KU, pegawai penyerah saman hendaklah memastikan salinan saman dicop pengesahan akuan terima dan memulakan proses penyempurnaan saman dengan segera.

11.1 Prosedur Penyerahan - Saman Disempurnakan

Pegawai penyerah saman (PPS) hendaklah memastikan perkara-perkara berikut dilaksanakan.

BAHAGIAN 3

BAB 2 – PENDAFTARAN DAN PENDAKWAAN KES DI MAHKAMAH

SOP BPGK-KPDNKK-JILID 1 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2

(i) Perseorangan

(a) Mengenalpasti orang yang kepadanya saman dikeluarkan melalui apa-apa dokumen pengenalan diri.

(b) Pegawai Penyerah Saman (PPS) / IO dan OKT hendaklah menurunkan tanda tangan pada salinan saman yang dicop pengesahan akuan terima sebagai bukti penyerahan dan menyerahkan satu salinan saman kepada OKT.

(c) Contoh seperti berikut:-

(d) Hanya kertas saman (Mahkamah 111) dan pertuduhan sahaja yang diserahkan kepada OKS.

(e) Saman boleh juga disempurnakan kepada mana-mana anggota keluarga yang dewasa atau orang gaji yang tinggal bersamanya.

(f) Sekiranya saman tidak dapat disempurnakan dalam keadaan biasa atau OKT enggan menerimanya, saman hendaklah ditampal di mana-mana bahagian di tempat OKT biasa tinggal. Contoh Afidavit darihal penyampaian saman – (LAMPIRAN 15) itu hendaklah dibuat di hadapan pegawai yang berkuasa mengendalikan sumpah. (Rujuk seksyen 36 dan 37 KTJ).

(g) Membuat catatan penyerahan dalam ID. Rujuk SOP Diari Siasatan.

(h) Minitkan KS kepada KS/KPPN/KPPD/KU tentang status penyerahan saman sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh sebutan akan datang.

Saya………………………………………………………. (Jawatan) ……………………………

Bhg. Penguatkuasa Kem / Pejabat Perdagangan Dalam Negeri,

Koperasi dan Kepenggunaan ………….. dengan ini mengaku

menyerahkan satu salinan saman/ Laporan Kimia / No. ………… kepada

………......................No. K/Pengenalan …………..….. pada …………….

……………………………

Tandatangan

Saya mengaku terima sesalinan saman / Laporan Kimia - No.

………………….………………………………. Tarikh …………………………...

…………………………..

Tandatangan

BAHAGIAN 3

BAB 2 – PENDAFTARAN DAN PENDAKWAAN KES DI MAHKAMAH

SOP BPGK-KPDNKK-JILID 1 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2

(ii) Perbadanan

(a) Menyempurnakan saman kepada mana-mana Ahli Lembaga Pengarah atau Setiausaha Syarikat berdasarkan maklumat terkini Suruhanjaya Syarikat Malaysia atau Pejabat Pendaftar Pertubuhan bagi mengenalpasti orang yang kepadanya saman dikeluarkan.

(b) Pegawai penyerah saman dan mana-mana Ahli Lembaga Pengarah atau Setiausaha Syarikat yang berkaitan hendaklah menurunkan tanda tangan pada salinan saman yang mengandungi pengesahan akuan terima sebagai bukti penyerahan dan menyerahkan satu salinan saman kepada OKT;

(c) Membuat catatan penyerahan dalam ID; dan

(d) Minitkan KS kepada KS/KPPN/KPPD/KU tentang status penyerahan saman sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh sebutan akan datang.

11.2 Prosedur Saman Tidak Dapat Disempurnakan.

Sekiranya saman tidak dapat disempurnakan perkara-perkara berikut hendaklah dilaksanakan.

(i) Dapatkan maklumat terkini OKT daripada agensi yang dikenalpasti seperti berikut:

(a) Jabatan Pendaftaran Negara(JPN)

(b) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)

(c) Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM )

(d) Pihak Berkuasa Tempatan ( PBT )

(e) Pihak berkuasa utiliti (TNB, TM, TELCO, ASTRO, SYARIKAT BEKALAN AIR, dll.)

(f) Jabatan Penjara Malaysia/Pusat Serenti

(g) Jabatan Imigresen

(h) Perkeso

(i) KWSP

(j) Suruhanjaya Pilihan Raya

(k) Lain-lain sumber yang relevan

(ii) Perseorangan / Ahli Lembaga Pengarah

(a) Jika usaha mengesan OKT gagal, saman boleh diserahkan kepada mana-mana orang dewasa ahli keluarganya atau orang gaji yang tinggal bersama.

BAHAGIAN 3

BAB 2 – PENDAFTARAN DAN PENDAKWAAN KES DI MAHKAMAH

SOP BPGK-KPDNKK-JILID 1 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2

(b) Jika usaha di para (ii)(a) masih gagal, setelah mendapat izin dari Mahkamah, PPS/IO hendaklah menampalkan salinan saman di mana-mana bahagian rumah itu yang dapat dilihat atau di mana-mana tempat lain dimana OKT biasanya tinggal.

(c) Setelah tindakan di para (ii)(a) atau (b) dilaksanakan, afidavit dalam hal penyampaian saman itu hendaklah dibuat dihadapan pegawai yang berkuasa mengendalikan sumpah.

(iii) Jika Syarikat telah menamatkan perniagaan, saman hanya boleh diserahkan kepada Setiausaha Syarikat atau mana-mana Ahli Lembaga Pengarah Syarikat berkenaan seolah-olah penyerahan tersebut adalah kepada orang perseorangan.

(a) Jika Syarikat itu telah diambil alih oleh penanggung hutang (under receivership) saman boleh diserahkan kepada pihak penanggung hutang tersebut.

(iv) Membuat catatan penyerahan dalam ID; dan

(v) Minitkan KS kepada KS/KPPN/KPPD/KU tentang status penyerahan saman tidak lewat 14 hari sebelum tarikh sebutan akan datang

12. PENYEMPURNAAN WARAN TANGKAP

(i) Sebaik menerima waran tangkap (LAMPIRAN 9) daripada Mahkamah, IO. pastikan penama yang diberikan kuasa untuk menyempurnakan waran tersebut.

(ii) IO minitkan KS kepada KS/KPPN/KPPD/KU bagi mendapatkan arahan penyempurnaan waran tangkap tersebut.

(iii) Sekiranya penama yang diberi kuasa adalah pihak polis maka IO dalam tempoh 7 hari dari tarikh arahan KS/KPPN/KPPD/KU hendaklah menyerahkan waran tersebut kepada pihak polis untuk tujuan penyempurnaan dengan cara berikut :-

(a) Mengemukakan waran tangkap tersebut beserta dengan surat iringan kepada balai polis berkaitan dan dapatkan akuan penerimaan dan menyimpan satu salinan waran tangkap dalam KS.

(b) Dalam masa yang sama IO hendaklah menjalankan segala usaha untuk mengesan OKT serta mencatatkan usaha ini dalam ID.

(c) Prosedur pelaksanaan tangkapan d bawah SOP Tangkapan.

BAHAGIAN 3

BAB 2 – PENDAFTARAN DAN PENDAKWAAN KES DI MAHKAMAH

SOP BPGK-KPDNKK-JILID 1 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2

(d) Jika OKT berjaya dikesan, IO hendaklah melaporkan seberapa segera kepada Balai Polis berkaitan bagi tujuan penyempurnaan Waran Tangkap tersebut.

(e) Jika gagal mengesan OKT, IO hendaklah menghubungi Balai Polis berkaitan bagi memastikan status tindakan penyempurnaan waran tangkap oleh pihak polis (ID Polis).

(iv) Sekiranya waran tangkap telah berjaya disempurnakan oleh pihak polis, IO hendaklah memaklumkan kepada KS/KPPN/KPPD/KU melalui minit KS bagi mendapat arahan lanjut.

(v) KS/KPPN/KPPD/KU hendaklah dengan segera melantik PO dan serahkan KS untuk sebutan kes di Mahkamah.

(vi) IO hendaklah mengambil OKT dari balai polis berkenaan dan mendapatkan kembali waran tangkap beserta I.D pegawai polis yang melaksanakan tangkapan dan membawa OKT ke Mahkamah. (Rujuk SOP ESKOT).

(vii) IO memaklumkan kepada Pendaftar Mahkamah, tangkapan telah dilaksanakan.

(viii) PO melaksanakan sebutan kes waran tangkap.

(ix) PO wajar memohon oks di lepaskan dengan suatu amaun jaminan yang tinggi dan syarat-syarat:-

- Passport Antarabangsa diserahkan kepada Mahkamah;

- Di jamin oleh 2 orang yang terdiri daripada ahli keluarga yang rapat seperti ibu bapa atau isteri;

- Disyaratkan melaporkan diri sebulan sekali di Balai Polis yang di tetapkan;

- Amaun jaminan yang dipohon hendaklah tidak kurang daripada RM 10,000.00 mengikut kesesuaian kes.

D. PENDAKWAAN KES

13. SEBUTAN KES

13.1 Persediaan Di Pejabat.

13.1.1 KS/KPPN/KPPD/KU hendaklah melantik PO tidak kurang 7 hari sebelum dari tarikh sebutan kes di mahkamah.

13.1.2 PO semak KS dan buat persediaan untuk sebutan kes.

BAHAGIAN 3

BAB 2 – PENDAFTARAN DAN PENDAKWAAN KES DI MAHKAMAH

SOP BPGK-KPDNKK-JILID 1 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2

(i) Pastikan izin pendakwaan dan pemberian kuasa pendakwaan diperolehi.

(ii) Mempastikan dokumen berikut disediakan dalam 3 salinan:-

(a) izin pendakwaan.

(b) Kuasa pendakwaan.

(c) Fakta Kes.

(d) Akuan Sitaan.

(e) Laporan Polis.

(f) Perakuan Pendaftaran Perniagaan/ syarikat.

(g) Dokumen-dokumen lain yang relevan.

(iii) Pastikan IO menyediakan ekshibit untuk disemak oleh PO (rujuk SOP Pengurusan Ekshibit Kes).

(a) Ekshibit dan jumlahnya sama dengan Akuan Sitaan.

(b) Sekiranya ekshibit tidak sesuai untuk dibawa ke Mahkamah, gunakan gambar atau sampel ekshibit.

(iv) Penandaan ke atas ekshibit adalah sempurna

13.2 Persediaan Di Mahkamah

(i) PO mestilah berpakaian mengikut etika pakaian Pegawai Mahkamah;

(ii) PO dan IO hendaklah berada di Mahkamah sekurang-kurangnya 15 minit sebelum Mahkamah bersidang;

(iii) PO semak butiran kes dengan jurubahasa; dan

(iv) IO mengendalikan ekshibit dan menyemak kehadiran OKT serta maklumkan kepada PO.

(v) PO melaksanakan sebutan kes mengikut KTJ dengan mengemukakan izin terhadap bagi Pegawai Pendakwa kepada Mahkamah tertuduh pertuduhan dan pemberian kuasa untuk mendakwa

13.3 Pelaksanaan Sebutan Kes

13.3.1 Saman / Waran Tangkap Disempurnakan

BAHAGIAN 3

BAB 2 – PENDAFTARAN DAN PENDAKWAAN KES DI MAHKAMAH

SOP BPGK-KPDNKK-JILID 1 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2

(i) PO melaksanakan sebutan kes mengikut KTJ dengan mengemukakan izin/sanksi pertuduhan dan kuasa pendakwaan kepada Mahkamah.

(ii) Jika OKT hadir dan mengaku bersalah, laksanakan langkah-langkah seperti berikut :-

(a) Kemukakan dokumen

i. Fakta kes (LAMPIRAN 11- Contoh)

ii. Akuan Sitaan

iii. Eksibit (Kesemua)

iv. Laporan Polis

v. Perakuan pendaftaran Perniagaan atau syarikat

vi. Dokumen-dokumen lain yang relevan

vii. Eksibit kes

(b) Pohon hukuman berat /”deterrent”.

(c) PO hendaklah mendapatkan arahan Mahkamah berhubung dengan ekshibit yang disita (Perintah Mahkamah).

(d) PO hendaklah mendapatkan perintah bertulis Mahkamah berkenaan arahan Mahkamah ke atas eksibit kes berkaitan.

(e) Ekshibit. Bagi mana-mana Akta yang tiada peruntukkan jelas berhubung perkara ini, sila rujuk Sek. 406A(2) atau 407(2) Kanun Tatacara Jenayah iaitu prosedur pengurusan ekshibit berhubung perintah pelupusan harta berkaitan dengannya suatu kesalahan dilakukan.

(i) Catatkan keputusan mengenai hukuman dan arahan terhadap eksibit di ruang 12 & 13 muka surat 4 KS;

(g) Jika Mahkamah memerintahkan ekshibit di serahkan kepada Mahkamah untuk pelupusan, rujuk kepada SOP Pengurusan Ekshibit Kes.

(h) Jika Mahkamah memerintahkan ekshibit di serahkan kepada Kementerian untuk pelupusan, rujuk kepada SOP Pengurusan Ekshibit Kes.

13.3.2 Jika OKT hadir dan mengaku tidak bersalah;

(a) Catatkan tarikh perbicaraan / sebutan semula

BAHAGIAN 3

BAB 2 – PENDAFTARAN DAN PENDAKWAAN KES DI MAHKAMAH

SOP BPGK-KPDNKK-JILID 1 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2

(b) IO menyerahkan ekshibit kepada stor rujuk SOP Pengurusan Ekshibit Kes.

13.3.3 Jika OKT tidak hadir dengan alasan yang dibenarkan oleh pihak Mahkamah;

(a) Dapatkan tarikh sebutan yang baru.

(b) IO menyerahkan ekshibit kepada stor rujuk SOP Pengurusan Ekshibit Kes.

13.3.4 Jika OKT tidak hadir tanpa sebarang alasan yang diterima oleh Mahkamah maka :-

(a) Pohon Waran Tangkap terhadap OKT.

(b) Catat tarikh sebutan baru; (di ruangan 5, kulit hadapan KS).

(c) IO menyerahkan ekshibit kepada stor rujuk Prosedur Penerimaan dan Penyimpanan Ekshibit [PK(BPGK)-KPDNKK-14].

(d) Memastikan penyempurnaan Waran Tangkap dilaksanakan mengikut para 6.5.3 di atas.

13.3.5 Bagi kes di mana OKT ditangkap dengan waran/ tanpa waran, jika OKT mengaku tidak bersalah:-

(a) PO hendaklah pohonkan kepada Mahkamah supaya sejumlah amaun wang jaminan dikenakan kepada OKT.

(b) PO memohon tarikh sebutan semula / bicara.

(c) Catat tarikh sebutan baru/ bicara; (di ruangan 5, kulit hadapan KS).

(d) IO menyerahkan ekshibit kepada stor dengan segera, rujuk SOP Pengurusan Ekshibit Kes.

14. WARAN TANGKAP TIDAK DIBENARKAN JAMIN

Dalam kes di mana OKT tidak dibenarkan jamin oleh Mahkamah ataupun gagal mengemukakan wang jaminan / penjamin, OKT diserahkan kepada Mahkamah untuk urusan tahanan.

15. SAMAN/WARAN TANGKAP TIDAK DAPAT DISEMPURNAKAN

(i) PO memastikan ID usaha penyempurnaan saman / waran tangkap diperolehi daripada pegawai penyerah saman.

(ii) Jalankan sebutan kes dan dapatkan tarikh sebutan semula.

BAHAGIAN 3

BAB 2 – PENDAFTARAN DAN PENDAKWAAN KES DI MAHKAMAH

SOP BPGK-KPDNKK-JILID 1 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2

(iii) Sekiranya keputusan Mahkamah DNAA, rujuk KS kepada TPR dalam tempoh 3 hari dari tarikh sebutan.

16. PESALAH KANAK-KANAK

Bagi pesalah yang berumur di bawah 18 tahun, pendakwaan kes adalah mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.

17. RAYUAN KE ATAS PERTUDUHAN ATAU REPRESENTASI

Sekiranya pihak OKT sendiri atau melalui peguambelanya mengemukakan suatu representasi atau rayuan ke atas pertuduhan yang dikenakan ke atasnya, PO pohon penangguhan kes untuk merujuk kepada TPR dan catatkan tarikh sebutan semula

18. SAMAN KEPADA SAKSI (SAPINA)

18.1 Pendaftaran Di Mahkamah.

(a) KS/KPPN/KPPD/KU mengarahkan PO mengenalpasti saksi yang terlibat dalam perbicaraan untuk memberi keterangan.

(b) PO mengarahkan IO menyediakan sapina kepada saksi yang diperlukannya.

(i) IO lengkapkan Sapina – Borang Mahkamah 132 - LAMPIRAN 10 dan sediakan surat iringan dalam dua salinan untuk dikemukakan ke Mahkamah.

(ii) IO hantar sapina ke Mahkamah dan dapatkan akuan penerimaan pada salinan pendua surat iringan dan failkan dalam KS.

(iii) IO terima sapina dari Mahkamah dan maklumkan kepada KS/KPPN/KPPD/KU untuk arahan penyempurnaan sapina.

iv) Pendaftaran Sapina hendaklah dilakukan melalui E-Filling

(c) Sistem e-filing Mahkamah Malaysia (http://efs.kehakiman.gov.my)

(b) The High Court in Sabah Sarawak (http://www.highcourt.sabah.sarawak.gov.my)

BAHAGIAN 3

BAB 2 – PENDAFTARAN DAN PENDAKWAAN KES DI MAHKAMAH

SOP BPGK-KPDNKK-JILID 1 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2

18.2 Penyempurnaan Sapina.

18.2.1 Sebaik sahaja menerima arahan lanjut daripada KS/KPPN/KPPD/KU, Pegawai Penyerah sapina I/O hendaklah melaksanakan proses penyempurnaan sapina dalam tempoh 7 hari dari tarikh arahan diterima.

18.2.2 Pegawai penyerah sapina dan saksi hendaklah menurunkan tanda tangan pada ruangan atas keratan sebelah kiri sapina dan menyerahkan keratan sebelah kanan sapina kepada saksi.

(i) Prosedur Penyerahan (Sapina disempurnakan)

(ii) Menyemak kad pengenalan bagi mengenalpasti orang yang kepadanya sapina dikeluarkan.

(iii) Sekiranya saksi enggan menerima sapina, afidavit darihal penyampaian sapina itu hendaklah dibuat di hadapan pegawai yang berkuasa mengendalikan sumpah (rujuk LAMPIRAN 15).

(iv) Membuat catatan penyerahan dalam ID

(v) Minitkan KS kepada KS/KPPN/KPPD/KU tentang status penyerahan sapina tidak lewat 30 hari sebelum tarikh perbicaraan.

18.3 Sapina Tidak Dapat Disempurnakan

18.3.1 Sekiranya sapina gagal disempurnakan dapatkan maklumat terkini saksi daripada agensi yang dikenalpasti seperti berikut :

(i) Jabatan Pendaftaran Negara (JPN);

(ii) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)

(iii) Suruhanjaya Syarikat Malaysia ( SSM )

(iv) Pihak Berkuasa Tempatan (PBT )

(v) Pihak berkuasa utiliti (TNB, TM, TELCO, ASTRO, SYARIKAT BEKALAN AIR, dll )

(vi) Jabatan Penjara Malaysia

(vii) Jabatan Imigresen

(viii) Perkeso

(ix) KWSP

(x) Suruhanjaya Pilihan Raya

BAHAGIAN 3

BAB 2 – PENDAFTARAN DAN PENDAKWAAN KES DI MAHKAMAH

SOP BPGK-KPDNKK-JILID 1 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2

(xi) Lain-lain sumber yang relevan.

18.3.2 Jika usaha mengesan saksi gagal, sapina boleh diserahkan kepada mana-mana orang dewasa ahli keluarganya ataupun orang gaji yang tinggal bersama.

18.3.3 Jika usaha di (i) masih gagal, Pegawai penyerah sapina hendaklah menampalkan salinan sapina di mana-mana bahagian rumah itu yang mudah dilihat atau di mana-mana tempat lain di mana saksi biasanya tinggal.

18.3.4 Setelah tindakan (i) atau (ii) dilaksanakan, Afidavit Penyampaian Saman / Sapina itu hendaklah dibuat dihadapan pegawai yang berkuasa mengendalikan sumpah.

18.3.5 Membuat catatan usaha penyerahan / afidavit penyampaian saman / sapina dalam ID.

18.3.6 Minitkan KS kepada KS/KPPN/KPPD/KU tentang status penyerahan sapina tidak lewat dari 30 hari sebelum tarikh perbicaraan.

18.4 KES BICARA

18.4.1 Persediaan Di Pejabat

(i) KS/KPPN/KPPD/KU hendaklah melantik PO dalam tempoh tidak kurang dari 30 hari dari tarikh bicara.

(ii) PO semak KS dan buat persediaan untuk kes bicara.

(iii) PO memastikan izin pendakwaan dan pemberian kuasa pendakwaan diperolehi.

(iv) PO memastikan dokumen disediakan dalam 4 salinan yang mencukupi seperti berikut :-

(a) Izin pendakwaan.

(b) Pemberian Kuasa Untuk Mendakwa.

(c) Fakta Kes.

(d) Akuan Sitaan.

(e) Laporan Polis.

BAHAGIAN 3

BAB 2 – PENDAFTARAN DAN PENDAKWAAN KES DI MAHKAMAH

SOP BPGK-KPDNKK-JILID 1 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2

(f) Perakuan Pendaftaran Perniagaan /syarikat.

(g) Senarai saksi Pendakwaan

(h) Senarai Dokumen yang akan di tender

(i) Dokumen-dokumen lain yang relevan.

18.4.2 PO hendaklah menyerahkan kepada OKT mengikut Seksyen 51A KPJ, dokumen-dokumen berikut sebelum tarikh perbicaraan:

(a) Suatu salinan maklumat yang di buat di bawah Seksyen 107 KPJ berhubungan dengan terjadinya kesalahan yang didakwa terhadap tertuduh, jika ada

(b) Sesalinan apa-apa dokumen yang akan digunakan sebagai sebahagian daripada bukti pendakwaan.

(c) Sesalinan kenyataan bertulis berhubung dengan pembelaan yang memihak kepada tertuduh yang ditandatangani oleh Pendakwa Raya atau Pegawai Pendakwa yang mengendalikan kes tersebut.

18.4.3 PO / IO memastikan sapina disempurnakan kepada saksi.

18.4.4 PO mengadakan Taklimat Pendakwaan (Prosecution Brief).

18.4.5 IO menyediakan ekshibit untuk disemak oleh PO.

(a) Ekshibit dan jumlahnya sama dengan Akuan Sitaan.

(b) Penandaan ke atas ekshibit adalah sempurna.

(c) Hujahan imbangan pemberat oleh pihak pendakwaan (jika perlu mengikut kesesuaian fakta kes).

19. Tatacara Di Mahkamah

19.1 PO hendaklah mematuhi perkara-perkara sepertimana berikut;

BAHAGIAN 3

BAB 2 – PENDAFTARAN DAN PENDAKWAAN KES DI MAHKAMAH

SOP BPGK-KPDNKK-JILID 1 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2

(i) Berpakaian mengikut etika pakaian pegawai Mahkamah dan mengikut tatacara bicara kes.

(ii) Berada di Mahkamah tidak lewat dari 15 minit sebelum mahkamah bersidang.

(iii) PO menyemak butiran kes dengan jurubahasa.

(iv) Mengendalikan ekshibit dan menyemak kehadiran OKT serta maklumkan Mahkamah.

(v) Kenalpasti samada OKS/OKT diwakili oleh Peguam atau tidak.

19.2 Melaksanakan pendakwaan kes mengikut sek. 173 hingga 174 KPJ.

19.3 PO hendaklah mematuhi perkara-perkara sepertimana berikut:-

(i) Sekiranya perbicaraan selesai dengan suatu keputusan, catatkan keputusan Mahkamah berhubung dengan hukuman dan arahan ke atas ekshibit di muka surat 4 KS.

(ii) Jika Mahkamah memerintahkan ekshibit diserahkan kepada Mahkamah untuk pelupusan, rujuk kepada SOP Pengurusan Ekshibit Kes.

(iii) Jika Mahkamah memerintahkan ekshibit diserahkan kepada Kementerian untuk pelupusan, rujuk kepada SOP Pengurusan Ekshibit Kes.

(iv) Laporkan keputusan kes dan serah KS kepada KS/KPPN/KPPD/KU untuk dirujuk kepada TPR dalam tempoh 3 hari dari tarikh keputusan kes.

(vi) Sekiranya kes ditangguhkan atas sebab-sebab tertentu, catatkan tarikh bicara baru dan IO menyerahkan ekshibit kepada stor, rujuk SOP Pengurusan Ekshibit Kes.

(vi) Kemukakan KS kepada KS/KPPN/KPPD/KU untuk arahan lanjut.

(vii) KS/KPPN/KPPD/KU mengarahkan PRK merekodkan segala keputusan/ arahan Mahkamah di dalam Buku Daftar KS

19.4 Melaksanakan Proses Pra Perbicaraan (pre-trial case managemant) mengikut seksyen 172A hingga 172D KPJ.

19.5 Melaksanakan Pendakwaan kes mengikut sek 173 hingga 174 KPJ. PO hendaklah mematuhi perkara-perkara sepertimana berikut:-

(i) Sekiranya perbicaraan selesai dengan suatu keputusan, catatkan keputusan Mahkamah berhubung dengan hukuman dan arahan ke atas ekshibit di muka surat 4 KS.

BAHAGIAN 3

BAB 2 – PENDAFTARAN DAN PENDAKWAAN KES DI MAHKAMAH

SOP BPGK-KPDNKK-JILID 1 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2

(ii) Jika Mahkamah memerintahkan ekshibit diserahkan kepada Mahkamah untuk pelupusan, rujuk kepada SOP Pengurusan Ekshibit Kes.

(iii) Jika Mahkamah memerintahkan ekshibit di serahkan kepada Kementerian untuk pelupusan, rujuk kepada SOP Pengurusan Ekshibit Kes.

19.6 PO hendaklah mendapatkan perintah bertulis berkenaan arahan Mahkamah ke atas Ekshibit.

(i) Laporkan keputusan kes dan serah KS kepada KS/KPPN/KPPD/KU untuk dirujuk kepada TPR dalam tempoh 3 hari dari tarikh keputusan kes.

(ii) Sekiranya kes ditangguhkan atas sebab-sebab tertentu, catatkan tarikh bicara baru dan IO menyerahkan ekshibit kepada stor, rujuk SOP Pengurusan Ekshibit Kes.

(iii) Kemukakan KS kepada KS/KPPN/KPPD/KU untuk arahan lanjut.

(iii) KS/KPPN/KPPD/KU seterusnya mengarahkan PRK merekodkan segala keputusan/ arahan Mahkamah di dalam Buku Daftar KS.

E. PELAPORAN

20. LAPORAN PEGAWAI PENDAKWA DAN LAPORAN KEPUTUSAN KES

20.1 PO hendaklah menyediakan Laporan Pegawai Pendakwa (LAMPIRAN 11) bagi setiap prosiding dan dikandungkan dalam Kertas Siasatan dan menyerahkan kepada:-

(i) Unit terlibat dalam hal ehwal pendakwaan di pejabat berkenaan;

(ii) Unit SIPAR pejabat masing-masing.

20.2 PO juga hendaklah menyediakan Laporan Keputusan Kes (LAMPIRAN 12) bagi kes selesai prosiding dan menyerahkan kepada TPR dalam tempoh 3 hari bekerja dan sesalinan hendaklah dikandungkan dalam KS.

20.3 Laporan Keputusan Kes beserta KS hendaklah dikemukakan kepada TPR untuk ulasan PO dan arahan selanjutnya berhubung rayuan keputusan kes (jika ada).

20.4 PO hendaklah mengemaskini Keputusan Kes Pendakwaan di mukasurat 4 KS.

BAHAGIAN 3

BAB 2 – PENDAFTARAN DAN PENDAKWAAN KES DI MAHKAMAH

SOP BPGK-KPDNKK-JILID 1 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2

20.5 KS/KPPN/KPPD/KU mengarahkan PRK merekodkan segala keputusan/ arahan Mahkamah di dalam Buku Daftar KS.

21. JADUAL SEBUT BICARA

21.1 KES/KPPN/KPPD/KU hendaklah memastikan Jadual Sebut Bicara secara bulanan dikemukakan ke emel urusetia pendakwaan – [email protected] mengikut tempoh masa yang ditetapkan.

22.2 SOP ini hendaklah dipatuhi sepenuhnya dan ketidakpatuhan kepada arahan ini boleh menyebabkan suatu tindakan tatatertib diambil di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dan bagi ketidakpatuhan yang menyebabkan kerugian kepada Kerajaan, pegawai yang terbabit boleh dikenakan tindakan surcaj.

22.3 Apa-apa tindakan yang dilaksanakan bertentangan dengan SOP ini oleh mana-mana pegawai berkenaan HENDAKLAH mengemukakan alasan yang munasabah dan mendapatkan sokongan secara bertulis oleh mana-mana Pegawai Penyelia berikut:-

Peringkat Ibu pejabat:

(a) Pengarah Penguatkuasa, Ibu Pejabat Bahagian Penguatkuasa;

(b) Timbalan Pengarah Penguatkuasa, Ibu Pejabat Bahagian Penguatkuasa;

(c) Ketua Seksyen, Ibu Pejabat Bahagian Penguatkuasa;

(d) Ketua Unit, Pejabat Bahagian Penguatkuasa;

Peringkat Negeri dan Daerah

(a) Pengarah Negeri, KPDNKK Negeri;

(b) Ketua Pegawai Penguatkuasa Negeri, KPDNKK Negeri;

(c) Timbalan Ketua Pegawai Penguatkuasa Negeri,KPDNKK Negeri; ATAU

(d) Ketua Pegawai Penguatkuasa Daerah, KPDNKK Cawangan.

22.4 SOP ini adalah berkuatkuasa mulai tarikh yang di tetapkan oleh Pengarah Penguatkuasa.

BAHAGIAN 3

BAB 2 – PENDAFTARAN DAN PENDAKWAAN KES DI MAHKAMAH

SOP BPGK-KPDNKK-JILID 1 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2

22. LAMPIRAN

1. Pemberian Kuasa Pendakwaan - Lampiran 1

2. Contoh Deraf Pertuduhan - Lampiran 2

3. Contoh Izin Pendakwaan - Lampiran 3

4. Contoh Surat Iringan Pendaftaran - Lampiran 4

5. Pengaduan - Lampiran 5

6. Saman - Lampiran 6

7. Borang Pertuduhan - Lampiran 7

8. Borang Pertuduhan (Lebih Seorang) - Lampiran 8

9. Waran Tangkap - Lampiran 9

10. Sapina (Mah. 132) - Lampiran 10

11. Laporan Pegawai Pendakwa - Lampiran 11

12. Laporan Keputusan Kes - Lampiran 12

13. Arahan Pengarah Penguatkuasa Bil. 3/2013 - Lampiran 13

14. Arahan Penasihat Undang-Undang Bil. 3 /2008 - Lampiran 14

15. Contoh Afidavit Penyampaian - Lampiran 15

BAHAGIAN 3

BAB 2 – PENDAFTARAN DAN PENDAKWAAN KES DI MAHKAMAH

SOP BPGK-KPDNKK-JILID 1 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2

LAMPIRAN 1 PEMBERIAN KUASA PENDAKWAAN

BAHAGIAN 3

BAB 2 – PENDAFTARAN DAN PENDAKWAAN KES DI MAHKAMAH

SOP BPGK-KPDNKK-JILID 1 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2

LAMPIRAN 2

CONTOH DRAF PERTUDUHAN

PERTUDUHAN

Bahawa kamu ROMEO HAKIM MYKAD NO. 841022-05-5309 pada 01 Januari 2017

kira-kira pukul 02.30 petang di Stesen Minyak Patah Amin Sdn. Bhd (No.Syarikat

002059548-T) yang beralamat di Lot 82282, Gelang Patah, 81370 Johor telah

didapati ada dalam milikan barang kawalan yang juga merupakan barang

berjadual iaitu minyak diesel sebanyak 5,000 liter yang dijumpai dalam tangki

tambahan dibahagian muatan kenderaan motolori nombor pendaftaan WAU332

dalam keadaan yang menimbulkan syak dan niat yang munasabah untuk

melakukan kesalahan di bawah Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan

Bekalan 1974 iaitu berurusan dengan diesel tersebut secara runcit atau borong

tanpa lesen yang dikeluarkan oleh Pengawal yang merupakan kesalahan

dibawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan boleh dihukum di bawah

Seksyen 22(1) Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122) yang sama (Pindaan 2006)

HUKUMAN

Seksyen 22(1) Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122)

Denda tidak melebihi RM1,000,000.00 (Satu Juta Ringgit) atau penjara tidak

melebihi 3 tahun atau kedua-duanya sekali.

Bagi kesalahan yang kedua denda tidak melebihi RM3,000,000.00 (Tiga Juta

Ringgit) atau penjara tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya

BAHAGIAN 3

BAB 2 – PENDAFTARAN DAN PENDAKWAAN KES DI MAHKAMAH

SOP BPGK-KPDNKK-JILID 1 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2

LAMPIRAN 3

CONTOH IZIN PENDAKWAAN

IZIN DI BAWAH SEKSYEN 376

KANUN TATACARA JENAYAH

(AKTA 593)

Pada menjalankan kuasa-kuasa yang diberi kepada Pendakwa Raya di bawah Seksyen 376, Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593), maka adalah saya,

...................................................................................

Timbalan Pendakwa Raya, dengan ini memberi izin bagi pendakwaan terhadap

ROMEO HAKIM MYKAD NO. 841022-05-5309

kerana telah didapati ada dalam milikan atau kawalannya barang kawalan yang juga

merupakan barang berjadual iaitu minyak diesel sebanyak 5,000 liter yang dijumpai

dalam tangki tambahan dibahagian muatan kenderaan motolori nombor pendaftaan

WAU 332 dalam keadaan yang menimbulkan syak dan niat yang munasabah untuk

melakukan kesalahan di bawah Peraturan 3 (1) Peraturan-Peraturan Kawalan

Bekalan 1974 iaitu berurusan dengan diesel tersebut secara runcit atau borong tanpa

lesen dan oleh yang demikian kamu telah melakukan kesalahan dibawah Seksyen 21

Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan

Bekalan 1974 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 22(1) Akta Kawalan Bekalan

1961 (Akta 122) yang sama di katakan telah dilakukan pada 01 Januari 2017 kira-kira

pukul 02.30 petang di Stesen Minyak Patah Amin Sdn. Bhd (No.Syarikat 002059548-T) yang beralamat di Lot 82282, Gelang Patah, 81370 Johor.

Bertarikh pada :

------------------------------------------------

Timbalan Pendakwa Raya

NO. KERTAS SAIASATAN: AKB- 2017-0001-XXX

BAHAGIAN 3

BAB 2 – PENDAFTARAN DAN PENDAKWAAN KES DI MAHKAMAH

SOP BPGK-KPDNKK-JILID 1 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2

LAMPIRAN 4

CONTOH SURAT IRINGAN PENDAFTARAN

BAHAGIAN 3

BAB 2 – PENDAFTARAN DAN PENDAKWAAN KES DI MAHKAMAH

SOP BPGK-KPDNKK-JILID 1 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2

LAMPIRAN 5

PENGADUAN – (Mahk. 143)

BAHAGIAN 3

BAB 2 – PENDAFTARAN DAN PENDAKWAAN KES DI MAHKAMAH

SOP BPGK-KPDNKK-JILID 1 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2

BAHAGIAN 3

BAB 2 – PENDAFTARAN DAN PENDAKWAAN KES DI MAHKAMAH

SOP BPGK-KPDNKK-JILID 1 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2

LAMPIRAN 6

SAMAN (Mahkamah 111-Pin 1/84)

BAHAGIAN 3

BAB 2 – PENDAFTARAN DAN PENDAKWAAN KES DI MAHKAMAH

SOP BPGK-KPDNKK-JILID 1 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2

LAMPIRAN 7

BORANG PERTUDUHAN (PERSEORANGAN)- Mahk. 114

BAHAGIAN 3

BAB 2 – PENDAFTARAN DAN PENDAKWAAN KES DI MAHKAMAH

SOP BPGK-KPDNKK-JILID 1 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2

LAMPIRAN 8

BORANG PERTUDUHAN (LEBIH SEORANG)- Mahk. 113

BAHAGIAN 3

BAB 2 – PENDAFTARAN DAN PENDAKWAAN KES DI MAHKAMAH

SOP BPGK-KPDNKK-JILID 1 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2

LAMPIRAN 9

WARAN TANGKAP (Mah 112) Pin 1/80

BAHAGIAN 3

BAB 2 – PENDAFTARAN DAN PENDAKWAAN KES DI MAHKAMAH

SOP BPGK-KPDNKK-JILID 1 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2

LAMPIRAN 10

SAPINA (Mah 132)

BAHAGIAN 3

BAB 2 – PENDAFTARAN DAN PENDAKWAAN KES DI MAHKAMAH

SOP BPGK-KPDNKK-JILID 1 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2

LAMPIRAN 11

LAPORAN PEGAWAI PENDAKWA

BAHAGIAN 3

BAB 2 – PENDAFTARAN DAN PENDAKWAAN KES DI MAHKAMAH

SOP BPGK-KPDNKK-JILID 1 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2

LAMPIRAN 12

LAPORAN KEPUTUSAN KES

BAHAGIAN 3

BAB 2 – PENDAFTARAN DAN PENDAKWAAN KES DI MAHKAMAH

SOP BPGK-KPDNKK-JILID 1 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2

BAHAGIAN 3

BAB 2 – PENDAFTARAN DAN PENDAKWAAN KES DI MAHKAMAH

SOP BPGK-KPDNKK-JILID 1 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2

BAHAGIAN 3

BAB 2 – PENDAFTARAN DAN PENDAKWAAN KES DI MAHKAMAH

SOP BPGK-KPDNKK-JILID 1 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2

BAHAGIAN 3

BAB 2 – PENDAFTARAN DAN PENDAKWAAN KES DI MAHKAMAH

SOP BPGK-KPDNKK-JILID 1 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2

BAHAGIAN 3

BAB 2 – PENDAFTARAN DAN PENDAKWAAN KES DI MAHKAMAH

SOP BPGK-KPDNKK-JILID 1 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2

BAHAGIAN 3

BAB 2 – PENDAFTARAN DAN PENDAKWAAN KES DI MAHKAMAH

SOP BPGK-KPDNKK-JILID 1 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2

BAHAGIAN 3

BAB 2 – PENDAFTARAN DAN PENDAKWAAN KES DI MAHKAMAH

SOP BPGK-KPDNKK-JILID 1 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2

LAMPIRAN 13

BAHAGIAN 3

BAB 2 – PENDAFTARAN DAN PENDAKWAAN KES DI MAHKAMAH

SOP BPGK-KPDNKK-JILID 1 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2

LAMPIRAN 14

BAHAGIAN 3

BAB 2 – PENDAFTARAN DAN PENDAKWAAN KES DI MAHKAMAH

SOP BPGK-KPDNKK-JILID 1 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2

BAHAGIAN 3

BAB 2 – PENDAFTARAN DAN PENDAKWAAN KES DI MAHKAMAH

SOP BPGK-KPDNKK-JILID 1 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2

LAMPIRAN 15

CONTOH AFIDAVIT PENYAMPAIAN

BAHAGIAN 3

BAB 2 – PENDAFTARAN DAN PENDAKWAAN KES DI MAHKAMAH

SOP BPGK-KPDNKK-JILID 1 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2

BAHAGIAN 3

BAB 2 – PENDAFTARAN DAN PENDAKWAAN KES DI MAHKAMAH

SOP BPGK-KPDNKK-JILID 1 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2

BAHAGIAN 3

BAB 2 – PENDAFTARAN DAN PENDAKWAAN KES DI MAHKAMAH

SOP BPGK-KPDNKK-JILID 1 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2

BAHAGIAN 3

BAB 2 – PENDAFTARAN DAN PENDAKWAAN KES DI MAHKAMAH

SOP BPGK-KPDNKK-JILID 1 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2