prosedur pelaporan dan tindakan menghadapi kemalangan ipgkpm semakan januari 2011

11
PROSEDUR PELAPORAN DAN TINDAKAN MENGHADAPI KEMALANGAN 2011 Jawatan Kuasa Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (Semakan Januari 2011) INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

Upload: aimeeshah67

Post on 30-Jun-2015

241 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Prosedur Pelaporan Dan Tindakan Menghadapi Kemalangan Ipgkpm Semakan Januari 2011

PROSEDUR

PELAPORAN DAN TINDAKAN

MENGHADAPI KEMALANGAN

2011

Jawatan Kuasa Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan

(Semakan Januari 2011)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS

PEREMPUAN MELAYU

Page 2: Prosedur Pelaporan Dan Tindakan Menghadapi Kemalangan Ipgkpm Semakan Januari 2011

PROSEDUR MELAPOR KEMALANGAN Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pemberitahuan Kemalangan, Kejadian Berbahaya, Keracunan Pekerjaan dan Penyakit Pekerjaan) telah diwartakan pada tahun 2004 di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514). Melalui Peraturan - Peraturan ini, Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dikehendaki:

• Untuk menyiasat aduan, laporan atau apa-apa perkara di tempat kerja yang dianggap tidak selamat atau sihat kepada majikan.

• Melaksanakan kajian terhadap trend dan statistik kemalangan, penyakit

dan keracunan pekerjaan, dan kajadian berbahaya, dan seterusnya mengenalpasti langkah-langkah pengawalan.

• Mengkaji semula dasar dan langkah-langkah keselamatan dan

kesihatan yang diambil di tempat kerja, dan mengemukakan cadangan kepada majikan mengenai semakan semula sekiranya perlu.

Objektif prosedur ini adalah untuk:

• Menjelaskan langkah-langkah tindakan semasa berlakunya kemalangan di IPGKPM.

• Menyiasat punca-punca dan penyebab berlakunya kemalangan

serta melaksanakan tanggungjawab kebajikan.

• Mencegah daripada berulang kemalangan yang sama.

• Memenuhi kehendak undang-undang yang disyaratkan dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) dan peraturan yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Skop

• Skop ini hendaklah digunapakai semasa menyediakan laporan aduan, kemalangan, kemalangan nyaris, kejadian berbahaya, keracunan, penyakit pekerjaan dan penyiasatan di IPGKPM.

Page 3: Prosedur Pelaporan Dan Tindakan Menghadapi Kemalangan Ipgkpm Semakan Januari 2011

Tanggungjawab

• Semua kakitangan, kontraktor, pelajar serta pelawat hendaklah bertanggungjawab untuk melaporkan segala kemalangan, kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan atau penyakit pekerjaan yang berlaku di IPGKPM

• Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan hendaklah

bertanggungjawab melaksanakan prosedur melapor aduan, kemalangan, kemalangan nyaris, kejadian berbahaya, keracunan, penyakit pekerjaan dan penyiasatan.

Panduan Melapor Kemalangan

• Semua kemalangan, kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan atau penyakit pekerjaan yang berlaku di dalam IPG Kampus Perempuan Melayu sama ada mengalami kecederaan atau tidak, hendaklah dilaporkan kepada Ketua Jabatan/ Ketua Bahagian/ Ketua Unit dengan segera.

• Ketua Jabatan/Ketua Bahagian/Ketua Unit bagi setiap jabatan

kemudiannya perlu memastikan bahawa setiap kemalangan, kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan atau penyakit pekerjaan yang berlaku di bahagian masing-masing dilaporkan kepada Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan IPG Kampus Perempuan Melayu. Laporan tersebut hendaklah dibuat dengan segera setelah kejadian tersebut berlaku di Jabatan masing-masing.

• Selain itu, penyelia bilik rawatan juga perlu melaporkan kepada Unit

Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan sekiranya terdapat mangsa yang diberi rawatan bilik rawatan IPG Kampus Perempuan Melayu.

• Sekiranya terdapat mana-mana staf, pelajar atau pelawat yang

berurusan dengan IPGM Kampus Perempuan Melayu yang ingin membuat sebarang aduan berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan kepada Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Borang Aduan perlu diisi dan dihantar kepada Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan IPG Kampus Perempuan Melayu.

Page 4: Prosedur Pelaporan Dan Tindakan Menghadapi Kemalangan Ipgkpm Semakan Januari 2011

• Butiran kemalangan atau kejadian perlu direkodkan di dalam borang yang disediakan.

� Semua ruangan yang terdapat di dalam borang perlulah diisi

dengan jujur dan ikhlas. Keterangan yang diberikan akan membantu Jawatankuasa Induk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan IPG Kampus Perempuan Melayu untuk mengambil langkah-langkah pencegahan bagi mengelak kemalangan yang serupa daripada berulang.

� Borang yang telah siap diisi perlu dihantar kepada Unit

Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan untuk tindakan selanjutnya.

• Bagi kes kemalangan yang serius, kawasan kemalangan hendaklah

tidak diganggu, kecuali untuk mencegah kemalangan yang lebih serius dan memudahkan laluan bantuan

Tindakan Menjalankan Siasatan

� Aduan atau laporan yang diterima oleh Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan akan dipanjangkan kepada Jawatankuasa Induk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka

� Pegawai-pegawai Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

akan menjalankan siasatan berhubung kejadian/aduan tersebut sebaik sahaja menerima aduan atau laporan tersebut dan seterusnya langkah susulan serta tindakan akan diambil.

� Pegawai-pegawai Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

juga akan mengambil gambar-gambar dan bahan-bahan bukti di tempat kejadian untuk dikaji.

� Maklumat serta keterangan daripada mangsa kemalangan, saksi

kemalangan, Ketua Jabatan/Ketua Bahagian/Ketua Unit atau mereka yang berkenaan akan diambil dan diisi ke dalam Borang Laporan Kemalangan.

� Hasil penyiasatan kemudian akan dilapor dan dibincangkan

pada Mesyuarat Jawatankuasa Induk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan IPG Kampus Perempuan Melayu yang akan datang untuk tindakan selanjutnya atau sebagai makluman

Page 5: Prosedur Pelaporan Dan Tindakan Menghadapi Kemalangan Ipgkpm Semakan Januari 2011

dan tindakan seterusnya oleh pegawai Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yang terlibat.

� Laporan seterusnya akan dihantar kepada Jabatan Keselamatan

dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) Melaka

Page 6: Prosedur Pelaporan Dan Tindakan Menghadapi Kemalangan Ipgkpm Semakan Januari 2011

Perhatian:

- Pintu, dan jika mampu, tingkap hendaklah ditutup oleh orang yang terakhir keluar dari makmal/tempat kemalangan

- Jangan menggunakan lif semasa kebakaran, gunakan tangga kecemasan

Nota:

Melapor kemalangan/kebakaran adalah tanggungjawab semua pegawai, kakitangan, kontraktor, pelajar serta

pelawat atau mangsa kemalangan

Page 7: Prosedur Pelaporan Dan Tindakan Menghadapi Kemalangan Ipgkpm Semakan Januari 2011
Page 8: Prosedur Pelaporan Dan Tindakan Menghadapi Kemalangan Ipgkpm Semakan Januari 2011
Page 9: Prosedur Pelaporan Dan Tindakan Menghadapi Kemalangan Ipgkpm Semakan Januari 2011
Page 10: Prosedur Pelaporan Dan Tindakan Menghadapi Kemalangan Ipgkpm Semakan Januari 2011

LAM-PUP08-02

BPG/IPG

BORANG LAPORAN KEROSAKAN (Sila gunakan borang berasingan bagi kerosakan di lokasi berlainan)

Dimaklumkan bahawa kerosakan telah berlaku seperti berikut:

Lokasi: Pejabat Asrama Bilik Kuliah Dewan

Gelanggang

Sukan

Kenderaan

Tingkat: No. Bilik:

Perihal Kerosakan:

MAKLUMAT PELAPOR

Nama:

Jawatan:

Tandatangan:

Tarikh:

LAPORAN PEMERIKSAAN JURUTEKNIK/KPT

Tandatangan:

Nama: Tarikh:

Page 11: Prosedur Pelaporan Dan Tindakan Menghadapi Kemalangan Ipgkpm Semakan Januari 2011

ULASAN PPG/P/KPP/TP/PP/PE/KPT

Tandatangan:

Nama/Jawatan: Tarikh:

LAPORAN PEMBAIKAN JURUTEKNIK/KPT

Tandatangan:

Nama/Jawatan: Tarikh:

Pembaikan telah diambil maklum

Tandatangan:

Nama/Jawatan: Tarikh:

Catatan:

1. Pembaikan ‘dalam’ perlu dilakukan dengan segera

2. Pembaikan ‘luar’ perlulah mematuhi BPG-PPK-PUP-06

3. Setelah menerima laporan kerosakan, buat pemeriksaan dan rujuk kepada PPG/P/KPP/TP/PP/PE/KPT

4. Setelah kerja-kerja pembaikan (luar) selesai, pemeriksaan semula dan penilaian dibuat melalui borang LAM-PUP06-03

5. Perkara-perkara lain yang difikirkan perlu