prosedur kasar pengawetan 1

8
PENGENALAN: Pengawetan Basah Pengawetan basah adalah salah satu teknik menjadikan spesimen biologi tahan lama dan tidak mudah rosak agar spesimen tersebut boleh digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran seperti spesimen basah kitaran hidup katak. Pengawetan basah pengawetan yang sesuai. Bahan pengawetan basah yang sering digunakan adalah etanol dan formalin. Selalunya etanol digunakan untuk mengawet haiwan yang bersaiz kecil, kerana harga etanol lebih mahal daripada harga formalin. Formalin pula sering digunakan untuk proses pengawetan spesimen yang bersaiz besar. Bekas yang terbaik untuk meletakkan spesimen ialah balang spesimen. Namun sekiranya sukar untuk mendapatkan balang spesimen alternatif lain dengan menggunakan botol-botol kaca tanpa warna,tinggi,bermulut lebar, dan mempunyai penutup seperti botol nescafe adalah sesuai. Pengawetan basah sesuai digunakan untuk menyimpan spesimn haiwan kecil. Sekiranya sesuatu spesimen tumbuhan perlu diawet untuk mengekalkan warna asal bahagian-bahagiannya, maka pengawetan basah adalah sesuai. TUJUAN: Mengawet spesimen haiwan secara basah. Gambar 1:Spesimen Kitar Hidup Katak

Upload: satria-baju-hitam

Post on 18-Jan-2016

91 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Proses Pengawetan

TRANSCRIPT

Page 1: Prosedur Kasar Pengawetan 1

PENGENALAN: Pengawetan Basah

Pengawetan basah adalah salah satu teknik menjadikan spesimen biologi tahan

lama dan tidak mudah rosak agar spesimen tersebut boleh digunakan dalam proses

pengajaran dan pembelajaran seperti spesimen basah kitaran hidup katak.

Pengawetan basah merujuk kepada spesimen yang diawet didalam larutan pengawetan

yang sesuai. Bahan pengawetan basah yang sering digunakan adalah etanol dan

formalin. Selalunya etanol digunakan untuk mengawet haiwan yang bersaiz kecil,

kerana harga etanol lebih mahal daripada harga formalin. Formalin pula sering

digunakan untuk proses pengawetan spesimen yang bersaiz besar.

Bekas yang terbaik untuk meletakkan spesimen ialah balang spesimen. Namun

sekiranya sukar untuk mendapatkan balang spesimen alternatif lain dengan

menggunakan botol-botol kaca tanpa warna,tinggi,bermulut lebar, dan mempunyai

penutup seperti botol nescafe adalah sesuai.

Pengawetan basah sesuai digunakan untuk menyimpan spesimn haiwan kecil.

Sekiranya sesuatu spesimen tumbuhan perlu diawet untuk mengekalkan warna asal

bahagian-bahagiannya, maka pengawetan basah adalah sesuai.

TUJUAN: Mengawet spesimen haiwan secara basah.

Gambar 1:Spesimen Kitar Hidup Katak

Page 2: Prosedur Kasar Pengawetan 1

RADAS: Botol berpenutup, botol spesimen, 1 keping kaca nipis segi empat tepat, tali

nilon/benang, kapas, forcep

BAHAN: Channa Marulloiders(Lipas Tanah), Larutan etanol , kloroform.

PROSEDUR:

1. Spesimen dimatikan dengan menggunakan kloroform di dalam botol berpenutup.

2. Spesimen diikat pada sekeping kaca nipis segi empat tepat dengan tali nilon

atau benang.

3. Kepingan kaca berspesimen dimasukkan di dalam keadaan tersandar pada

dinding botol spesimen.

4. Botol spesimen tersebut diisi dengan bahan pengawet etanol sehingga tidak

terdapat ruang udara apabila botol ditutup.

5. Tepi tudung disapu dengan lilin cair.

6. Label yang mengandungi maklumat mengenai pengawetan spesimen

ditampalkan di luar botol.

PERBINCANGAN:

Page 3: Prosedur Kasar Pengawetan 1

Pengawetan basah dilakukan keatas serangga oleh itu bahan awetan yang

dibunakan adalah alkohol dengan kepekataan 70-80%. Hal in kerana serangga adalah

haiwan kecil. Sekiranya haiwan yang yang di awet bersaiz besar formali adalah bahan

pengawet yang paling sesuai.

Sebelum proses pengawetan dibuat, spesimen harus dimatikan terlebih dahulu.

Dalam proses awetan basah perkara yang perlu di ambil perhatian ialah pemilihan

bahan awetan. Oleh itu bahan awetan bagi serangga yang paling sesuai ialah ethanol.

Penggunaan botol alternatif seperti botol kaca bekas makanan telah di gunakan bagi

menggantikan balang spseimen.

Semasa mengisi bahan pengawet kedalam botol pengawet , bahan pengawet

haruslah di isi sehingga ke aras dimana apabila botol ditutup, tidak terdapat ruang

udara di dalamnya. Lilin cair disapu ditepi penutup botol agar botol menjadi kedap

udara ini memastikan tiada udara yyang masuk yang menyebabkan ethanol teroksida

yang menjadikan proses awetan kurang berkesan

Gambar 2: Spesimen yang telah diawet

Page 4: Prosedur Kasar Pengawetan 1

Spesimen telah di labelkan seperti di bawah.

KESIMPULAN:

Pengawetan basah adalah salah satu kaedah untuk memastikan spesimen bertahan

lama.

Nama sains: Channa Marulloides

Nama am: Lipas Tanah

Tarikh: 5/10/2013

Habitat/tempat spesimen diperoleh: Kawasan gelap dan lembap

Nama pengumpul: Ali Bin Mohammad Amir

Larutan pengawet: Ethanol

Page 5: Prosedur Kasar Pengawetan 1

PENGENALAN: Pengawetan Kering

Pengawetan kering adalah salah satu teknik menjadikan spesimen biologi tahan

lama dan tidak mudah rosak agar spesimen tersebut boleh digunakan dalam proses

pengajaran dan pembelajaran.

Pengawetan kering sering dirujuk kepada serangga. Pengawetan untuk

serangga yang memiliki abdomen besar, misalnya kupu-kupu. Mengawetkan

abdomennya dapat dilakukan dengan cara menyuntik formalin kedalamnya. Untuk

kumbnag yang bertubuh besar, terlebih dahulu kumbang tersebut di celup kedalam

larutan.Pengawetan ini dilakukan pada haiwan yang memiliki rangka luar keras dan

tidak mudah rosak akibat proses pengeringan.Pengeringan dilakukan dengan

menggunakan oven atau dijemur dibawah terik matahari hingga kadar airnya sangat

rendah.Seselum dikeringkan haiwan dimatikan dengan larutan klorofom, kemudian

posisi badan haiwan di kemaskan. Setiap haiwan yang diawet sebaiknya diberi label

yang berisi nama, lokasi penangkapan, tanggal penangkapan dan kolektornya.

Walau bagaimanapun, spesimen yang diawet secara kering tidak booleh

bertahan lama sekiranya langkah-langkah penjagaan berterusan kurang diberi

perhatian . Tempat penyimpanan harus kering , gelap, bebas daripada kehadiran

sebarang persoak, dan sebaiknya berhawa dingin.

Page 6: Prosedur Kasar Pengawetan 1

TUJUAN: Mengawet spesimen haiwan secara kering.

RADAS: Forceps, peniti, polisterina.

BAHAN: (cengkerik), foramlin 3%, kloroform.

PROSEDUR:

1. Spesimen dimatikan dengan kloroform.

2. Bahagian-bahagian badan serangga diawet secara suntikan formalin pada

bahagian kepala, toraks dan abdomen.

3. Spesimen dikeringkan dan dibiarkan selama dua minggu sehingga kering.

4. Spesimen yang sudah kering dipin pada papan posterina dan dipamerkan.

Page 7: Prosedur Kasar Pengawetan 1

PERBINCANGAN:

Proses pengawetan kering yang melibatkan serangga tidak rumit kerana tidak

melibatkan pembedahan haiwan yang memerlukan proses pembedahan untuk

mengeluarkan organ dalaman haiwan tersebut. Sekiranya haiwan yang di awet bersaiz

besar , organ dalamnya akan digantikan dengan kapas atau sabut kelapa dan mata

haiwan tersebut akan di gantikan dengan mata palsu.

Serangga yang telah mati akan diawet dengan menyuntik 3% kepekatan formalin

di bahagian kepala, toraks dan abdomen. Sebaiknya sayap serangga seperti rama-

rama dan kupu-kupu di tebarkan dan dipin dengan kemas. Spesimen perlu di keringkan

bagi memastikan proses pengatetan lebih berkesan dan spesimen lebih tahan lama.

Sebaiknya spesimen disimpan di dalam kotak kaca yang kalis kelembapan kerana kita

boleh meletakkan bahan pengawet tamabahan seperti naftalena atau racun serangga

perosak dalam kotak itu untuk menambah ketahanan spesimen.

Gambar 3: Spesimen yang diawet

Page 8: Prosedur Kasar Pengawetan 1

Spesimen telah di labelkan seperti di bawah.

KESIMPULAN:

Pengawetan kering adalah salah satu kaedah untuk memastikan spesimen bertahan

lama.

Nama sains: Gryllus sp

Nama am: Cengkerik

Tarikh: 5/10/2013

Habitat/tempat spesimen diperoleh: Kawasan gelap

Nama pengumpul: Ali Bin Mohammad Amir

Larutan pengawet: Formalin