prosedur bagi permintaan luar - pidm.gov.my · pdf filepihak­pihak luar yang mahu memohon...

4
POLISI TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT: PROSEDUR BAGI PERMINTAAN LUAR Tarikh Oktober 2007 Versi 1.0

Upload: letuong

Post on 06-Feb-2018

241 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: PROSEDUR BAGI PERMINTAAN LUAR - pidm.gov.my · PDF filePihak­pihak luar yang mahu memohon sokongan, dana atau penajaan (“sumbangan”) bagi inisiatif

POLISI TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT:

PROSEDUR BAGI PERMINTAAN LUAR

Tarikh Oktober 2007

Versi 1.0

Page 2: PROSEDUR BAGI PERMINTAAN LUAR - pidm.gov.my · PDF filePihak­pihak luar yang mahu memohon sokongan, dana atau penajaan (“sumbangan”) bagi inisiatif

1

POLISI TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT:

PROSEDUR BAGI PERMINTAAN LUAR

Latar belakang

Sebagai sebuah badan berkanun yang bertanggungjawab mentadbir sistem insurans deposit di Malaysia, PIDM berhasrat menjalankan perniagaan dan urusannya dengan cara yang bertanggungjawab dari segi sosial, mapan dan bermakna, seperti yang dikemukakan dalam Polisi Tanggungjawab Sosial Korporat.

Prosedur bagi Permintaan Luar ini menggariskan: (a) garis panduan sumbangan mengenai bagaimana PIDM menimbang permintaan; (b) apa yang PIDM tidak akan sokong; dan (c) syarat­syarat bagaimana menyerahkan permintaan kepada PIDM.

Garis Panduan Sumbangan

Semua permintaan sumbangan daripada pihak­pihak luar akan dipertimbangkan oleh PIDM mengikut meritnya sendiri. Permintaan dikaji dengan berhati­hati berdasarkan kepada Polisi Tanggungjawab Sosial Korporat dan kepatuhannya kepada Prosedur bagi Permintaan Luar ini.

PIDM juga memberi keutamaan kepada aktiviti, majlis, kempen atau projek tanggungjawab sosial korporat (“inisiatif CSR”) yang disertai oleh pekerjanya. Penyertaan pekerja dalam inisiatif CSR amat digalakkan oleh PIDM sebagai tujuan bagi pembangunan holistik.

Memandangkan PIDM dibiayai oleh premium yang dikutip daripada institusi anggota, perlu dimaklumkan bahawa permintaan bagi sumbangan tunai secara umumnya tidak akan dilayan. Pengecualian hanya akan dibuat sekiranya: (a) pekerja atau sekumpulan pekerja melibatkan diri secara aktif dalam inisiatif CSR atau

sebahagian daripadanya; atau (b) inisiatif CSR diwujudkan akibat daripada atau berkaitan dengan bencana alam

semulajadi, yang dalam hal ini PIDM, sejajar dengan peranannya sebagai penginsurans deposit, menawarkan sokongan atau kestabilan dalam krisis seumpama itu.

Selain itu, sebagai sebuah organisasi sektor awam bukan keuntungan, PIDM tidak boleh memberi pertimbangan kepada semua permintaan yang layak diterima daripada pihak­pihak luar. Permintaan akan ditunaikan bagi inisiatif yang berjaya memenuhi dengan baik objektif Polisi Tanggungjawab Sosial Korporat.

Page 3: PROSEDUR BAGI PERMINTAAN LUAR - pidm.gov.my · PDF filePihak­pihak luar yang mahu memohon sokongan, dana atau penajaan (“sumbangan”) bagi inisiatif

2

Apa yang PIDM tidak akan sokong

Selain perkara di atas, PIDM tidak akan dengan sengaja menyokong atau menyumbang kepada inisiatif yang: (a) tidak selari dengan tanggungjawab sosial korporat terasnya; (b) bercanggah dengan Nilai­Nilai Korporatnya; (c) berkaitan atau dikaitkan dengan pertubuhan, kempen, calon politik atau aktiviti pihak

penyokong politik; (d) merupakan inisiatif teologi (kepercayaan agama) yang disokong oleh pertubuhan

mazhab atau pertubuhan agama; (e) tidak diurus atau disokong dengan baik; (f) berpunca daripada entiti yang tidak berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan

Masyarakat atau Pendaftar Persatuan dan/atau mana­mana badan bereputasi lain; (g) diadakan bagi tujuan komersial dan hak milik; atau (h) kelihatan mencurigakan atau meragukan.

Syarat­syarat Permintaan

Pihak­pihak luar yang mahu memohon sokongan, dana atau penajaan (“sumbangan”) bagi inisiatif­inisiatifnya perlu menghantar cadangan bertulis sekurang­kurangnya [3] bulan sebelum tarikh inisiatif tersebut. Cadangan itu harus mengandungi maklumat seperti berikut: (a) nama rasmi organisasi, butir­butir terperinci pendaftaran dengan mana­mana badan

termasuk nombor pendaftaran (yang mana sahaja keadaannya), alamat lokasi/surat­ menyurat, butir­butir telefon dan faks, dan alamat emel (jika ada);

(b) nama dan jawatan pegawai perhubungan dalam organisasi, dengan butir­butir hubungan;

(c) huraian ringkas organisasi, dengan butir­butir pentauliahan atau inisiatif­inisiatifnya sebelum ini;

(d) butir­butir terperinci inisiatif­inisiatif yang akan disokong, dibiayai atau ditaja oleh PIDM, termasuk objektif, tempoh masa, lokasi dan audien atau penerima yang disasarkan;

(e) sebab­sebab untuk meminta bantuan; (f) penjelasan bagaimana inisiatif itu berbeza daripada yang lain, dan mengapa PIDM

perlu menghulurkan sumbangan; (g) maklumat mengenai jenis dan kadar sumbangan yang diminta termasuk huraian

bagaimana sumbangan itu akan digunakan; (h) butir­butir penyelidikan pasaran yang relevan, jika ada; (i) butir­butir orang atau organisasi lain yang menyediakan sumbangan pada masa ini

atau sebelum ini (jika ada); dan

Page 4: PROSEDUR BAGI PERMINTAAN LUAR - pidm.gov.my · PDF filePihak­pihak luar yang mahu memohon sokongan, dana atau penajaan (“sumbangan”) bagi inisiatif

3

(j) butir­butir pendedahan media dan rakan media, jika ada.

Pihak­pihak yang menerima sumbangan daripada PIDM diminta mematuhi syarat­syarat yang ditetapkan PIDM berkaitan pemasaran, publisiti dan penilaian impak.

PIDM tidak akan menimbang cadangan­cadangan yang tidak mematuhi syarat­syarat seperti yang telah ditetapkan.

Cadangan bertulis boleh dihantar kepada: The CSR Taskforce Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Malaysia Deposit Insurance Corporation) Level 19, Sentral 1 Jalan Travers 50470 Kuala Lumpur.