kertas kerja permohonan penajaan bagi · pdf filekertas kerja permohonan penajaan bagi...

21
KERTAS KERJA PERMOHONAN PENAJAAN BAGI KARNIVAL MAHASISWA IPT ZON TENGAH UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA 2014 TARIKH 18 HINGGA 20 APRIL 2014 TEMPAT DATARAN GEMILANG UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA ANJURAN BIRO PEMBANGUNAN USAHAWAN MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR (MEP) KOLEJ KERIS MAS SESI 2013/2014 “PENCETUS TRANSFORMASI, PENERUS LEGASI

Upload: vuongkhanh

Post on 06-Feb-2018

372 views

Category:

Documents


13 download

TRANSCRIPT

Page 1: KERTAS KERJA PERMOHONAN PENAJAAN BAGI · PDF filekertas kerja permohonan penajaan bagi karnival mahasiswa ipt zon tengah universiti kebangsaan malaysia 2014 tarikh 18 hingga 20 april

KERTAS KERJA PERMOHONAN PENAJAAN BAGI KARNIVAL MAHASISWA IPT ZON TENGAH UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA 2014

TARIKH 18 HINGGA 20 APRIL 2014

TEMPAT DATARAN GEMILANG

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

ANJURAN BIRO PEMBANGUNAN USAHAWAN MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR (MEP)

KOLEJ KERIS MAS SESI 2013/2014

“PENCETUS TRANSFORMASI, PENERUS LEGASI”

Page 2: KERTAS KERJA PERMOHONAN PENAJAAN BAGI · PDF filekertas kerja permohonan penajaan bagi karnival mahasiswa ipt zon tengah universiti kebangsaan malaysia 2014 tarikh 18 hingga 20 april

“PENCETUS TRANSFORMASI, PENERUS LEGASI” 2

KARNIVAL MAHASISWA IPT ZON TENGAH 2014 UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

18 – 20 APRIL 2014

KERTAS KERJA PERMOHONAN PENAJAAN BAGI

KARNIVAL MAHASISWA IPT ZON TENGAH 2014

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

1.0 TUJUAN

Pengusulan kertas kerja ini adalah bagi tujuan memohon penajaan daripada Syarikat Sate Kajang

Hj.Samuri Anak-anak Enterprise Sdn Bhd dalam menjayakan Karnival Mahasiswa IPT Zon

Tengah.

2.0 PENGENALAN

Karnival Mahasiswa IPT Zon Tengah 2014 merupakan satu himpunan penggemblengan tenaga

dan idea mahasiswa institut pengajian tinggi (IPT) Zon Tengah meliputi negeri Selangor, Negeri

Sembilan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Karnival selama 3 hari 2 malam ini sepenuhnya dianjur dan diuruskan oleh mahasiswa tanpa

bantuan syarikat pengurusan acara. Satu jawatankuasa induk akan ditubuhkan melibatkan

sebahagian besar pemimpin setiap IPT dalam mengkoordinasi gerak kerja sebelum, semasa

dan selepas program manakala jawatankuasa kecil program telah mula melaksanakan beberapa

gerak kerja pra-program. Pengisian program telah dan masih diteliti agar mampu memberi impak

kepada pengunjung, jawatankuasa, penaja, peserta dan penggerai. Konsep pengisian ilmiah

menggunakan saluran yang lebih santai, terkini (trendy) akan digunakan sepanjang karnival agar

mampu menepati cita rasa sesiapa sahaja yang terlibat pada kali ini. Karnival ini tidak

tertumpu hanya pada mahasiswa tetapi menyentuh hampir semua lapisan masyarakat agar

penglibatan mahasiswa dapat dimaksimumkan untuk membentuk masyarakat yang lebih baik di

masa hadapan. Jalinan kerjasama (networking) yang diwujudkan antara pemimpin-pemimpin

mahasiswa IPT Zon Tengah bukan sekadar untuk menjayakan karnival ini malah satu bentuk

gabungan atau gerakan yang lebih mantap diharapkan dapat diteruskan selepas program ini sama

ada penganjuran acara lain, menyuarakan isu-isu setempat, perancangan selepas tamat

pengajian dan sebagainya.

3.0 MATLAMAT

Pihak jawatankuasa pelaksana telah menetapkan matlamat penganjuran program adalah:

3.1 Menghimpunkan mahasiswa IPT Zon Tengah dalam satu acara mega

3.2 Mewujudkan satu jaringan perhubungan (networking) yang lebih erat antara mahasiswa IPT

Zon Tengah

3.3 Memperlihatkan aspirasi mahasiswa IPT Zon Tengah dalam menganjurkan program berskala

besar

3.4 Menyediakan platform yang baik dalam menonjolkan imej, kualiti, kepimpinan mahasiswa

IPT Zon Tengah

3.5 Meletakkan asas yang kukuh agar program ini dapat diadakan setiap tahun dan memberi

ruang kepada orang ramai mengenali IPT Zon Tengah.

Page 3: KERTAS KERJA PERMOHONAN PENAJAAN BAGI · PDF filekertas kerja permohonan penajaan bagi karnival mahasiswa ipt zon tengah universiti kebangsaan malaysia 2014 tarikh 18 hingga 20 april

“PENCETUS TRANSFORMASI, PENERUS LEGASI” 3

KARNIVAL MAHASISWA IPT ZON TENGAH 2014 UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

18 – 20 APRIL 2014

4.0 OBJEKTIF

Objektif penganjuran adalah berasaskan 8 nilai di dalam gagasan 1Malaysia seperti berikut :

4.1 Budaya Berprestasi Tinggi : Sifat memastikan setiap perkara dan setiap tugas yang dilakukan

mencapai tahap yang terbaik. Sikap sambil lewa dan “acuh tak acuh” tidak boleh wujud dalam

masyarakat yang berdaya maju.

4.2 Budaya Ketepatan : Sebagai rakyat sebuah negara yang berhasrat mencapai status negara

maju, rakyat Malaysia perlu dikenali dengan budaya ketepatan, termasuklah menepati

waktu dan mengutamakan kecekapan dalam melaksanakan semua tugas dan kewajipan.

4.3 Budaya Ilmu : Sesebuah negara hanya akan benar-benar maju dan berjaya apabila

rakyatnya memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi. Budaya ilmu ialah kecenderungan untuk

sentiasa memburu pengetahuan yang terkini dan kesediaan untuk menimba ilmu sepanjang

hayat.

4.4 Integriti : Rakyat Malaysia perlu memiliki integriti yang tinggi dalam melaksanakan

sebarang tugas dan tanggungjawab agar bangsa dan negara sentiasa disegani dan dihormati

oleh semua pihak. Integriti merangkumi sifat-sifat amanah, bersih dan cekap dalam

melakukan sebarang tugas dan melaksanakan tanggungjawab.

4.5 Ketabahan : Ketabahan dalam mengharungi masalah dan cabaran yang mendatang.

Rakyat Malaysia seharusnya bersifat tidak mudah mengaku kalah sebaliknya perlu memiliki

keyakinan diri yang tinggi serta semangat juang yang kental dalam apa jua bidang yang

diceburi.

4.6 Kesetiaan : Kesetiaan sepenuhnya kepada negara Malaysia dan kesediaan untuk berbakti dan

berkorban demi negara yang tercinta.

4.7 Kebijaksanaan : Ialah cara berhadapan dengan sebarang masalah dengan penuh berhemah

dan teliti agar tidak berlaku perkara-perkara yang menyinggung hati dan perasaan mana-

mana pihak yang lain.

4.8 Budaya Inovasi : Adalah kesediaan kita sebagai rakyat Malaysia untuk mencuba perkara baru

dan berinovasi dalam apa jua lapangan yang kita ceburi. Rakyat Malaysia perlu dikenali

sebagai individu-individu yang mampu menjadi pemimpin dalam bidang masing-masing.

Kita mesti berani berubah untuk kebaikan, berani mencari penyelesaian baru dalam

menangani masalah dan sentiasa bersedia untuk menjadi perintis dalam setiap bidang yang

diterokai.

Page 4: KERTAS KERJA PERMOHONAN PENAJAAN BAGI · PDF filekertas kerja permohonan penajaan bagi karnival mahasiswa ipt zon tengah universiti kebangsaan malaysia 2014 tarikh 18 hingga 20 april

“PENCETUS TRANSFORMASI, PENERUS LEGASI” 4

KARNIVAL MAHASISWA IPT ZON TENGAH 2014 UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

18 – 20 APRIL 2014

5.0 JUSTIFIKASI PENAJAAN

5.1 Karnival Mahasiswa IPT Zon Tengah Universiti Kebangsaan Malaysia merupakan program

tahunan anjuran Majlis Eksekutif Pembangunan Usahawan Kolej Keris yang terbesar bagi

sesi akademik 2013/2014.

5.2 Karnival Mahasiswa IPT Zon Tengah Universiti Kebangsaan Malaysia satu-satunya program

pelajar yang melibatkan semua unit di bawah Jabatan Perkhidmatan Pelajar dan Jabatan

Pendaftar UKM.

5.3 Karnival Mahasiswa IPT Zon Tengah Universiti Kebangsaan Malaysia ini akan melibatkan

penyatuan kesemua mahasiswa UKM dari pelbagai Kolej.

5.4 Karnival Mahasiswa IPT Zon Tengah Universiti Kebangsaan Malaysia akan menyediakan

platform mempromosi produk (penjenamaan) kepada pelajar dan staff universiti serta

masyarakat dari sekitar UKM di samping para peserta dari seluruh negara.

5.5 Karnival Mahasiswa IPT Zon Tengah Universiti Kebangsaan Malaysia diadakan sebagai

mendokong aspirasi kerajaan yang menggalakkan semangat keusahawanan di kalangan

mahasiswa.

6.0 TEMA

“PENCETUS TRANSFORMASI, PENERUS LEGASI”

Tema ini dipilih berdasarkan misi, matlamat dan objektif program yang telah digariskan. Tema ini

dilihat bersesuaian dengan mahasiswa selaku barisan pelapis kepimpinan negara di masa hadapan.

Idea dan tenaga mahasiswa sememangnya mampu mencetus satu evolusi dalam beberapa perkara

sekali gus mengekalkan momentum menerajui negara ke arah kegemilangan.

7.0 ANJURAN

Biro Pembangunan Usahawan

Majlis Eksekutif Pelajar (MEP)

Kolej Keris Mas

Sesi 2013/2014

Universiti Kebangsaan Malaysia

8.0 BUTIRAN PROGRAM

Nama Program: Karnival Mahasiswa Peringkat IPT Zon Tengah Universiti Kebangsaan

Malaysia

Tarikh: 25 hingga 27 April 2014

Hari: Jumaat hingga Ahad

Masa: 9.00 pagi – 11.00 malam

Tempat: Dataran Gemilang, Universiti Kebangsaan Malaysia

Page 5: KERTAS KERJA PERMOHONAN PENAJAAN BAGI · PDF filekertas kerja permohonan penajaan bagi karnival mahasiswa ipt zon tengah universiti kebangsaan malaysia 2014 tarikh 18 hingga 20 april

“PENCETUS TRANSFORMASI, PENERUS LEGASI” 5

KARNIVAL MAHASISWA IPT ZON TENGAH 2014 UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

18 – 20 APRIL 2014

9.0 PUBLISITI

Publisiti bagi majlis ini adalah dicadangkan dilaksanakan sekitar Selangor, Wilayah

Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Perak dan Pahang menerusi

• poster

• bunting

• kain rentang

• siar raya kolej dan siar raya bergerak

• media sosial

• papan iklan

Jawatankuasa pelaksana juga bercadang menghebahkan mengenai majlis ini menggunakan skrin

digital yang terletak di hadapan pintu masuk utama Universiti Kebangsaan Malaysia seminggu

sebelum program ini berlangsung.

10.0 PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM

Anggaran bilangan pengunjung

15, 000 orang pelajar, mahasiswa, staf, ibu bapa

Anggaran penggerai

40 orang penggerai pelbagai jenis

Bilangan urus setia

60 orang urus setia sepanjang program dikendalikan

11.0 CADANGAN PERASMI PROGRAM

Cadangan perasmian pembukaan :

1) Y.B. Dato’ Seri Idris bin Jusoh

Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi II

2) Y.B. P. Kamalanathan

Timbalan Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi

3) Y.Bhg. Prof. Dato' Dr. Ir. Zaini bin Ujang

Ketua Setiausaha II Kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi

Cadangan perasmian penutup :

1) Y.B. Tuan Khairy Jamaludin

Menteri Belia dan Sukan

2) YBhg. Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali

Naib Canselor UKM

3) Y.Bhg. Prof. Datin Noor Aziah Mohd Awal

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UKM

Page 6: KERTAS KERJA PERMOHONAN PENAJAAN BAGI · PDF filekertas kerja permohonan penajaan bagi karnival mahasiswa ipt zon tengah universiti kebangsaan malaysia 2014 tarikh 18 hingga 20 april

“PENCETUS TRANSFORMASI, PENERUS LEGASI” 6

KARNIVAL MAHASISWA IPT ZON TENGAH 2014 UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

18 – 20 APRIL 2014

12.0 STRUKTUR ORGANISASI

Rujuk Lampiran A

13.0 TENTATIF PROGRAM

Rujuk Lampiran B

14.0 BELANJAWAN

Rujuk Lampiran C

15.0 JENIS-JENIS PENAJAAN

Rujuk Lampiran D

16.0 PERINCIAN PROGRAM

Rujuk Lampiran E

17.0 PAKEJ PENAJAAN

Rujuk Lampiran F

18.0 FAEDAH PENAJAAN

Rujuk Lampiran G

19.0 SURAT PENGECUALIAN CUKAI

Rujuk Lampiran H

20.0 PEJABAT URUSAN

Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan serta surat menyurat, sila hubungi:

Pusat Pembangunan Keusahawanan (CODE),

Aras 2, Pusat Kemudahan Kolej,

Kolej Keris Mas,

Universiti Kebangsaan Malaysia,

43600 UKM Bangi,

Selangor Darul Ehsan.

(u/p: Muhamad Afiq bin Mohamed Akbar – 017-2732141)

Tel : 03-8921 4010

Faks : 03-8921 4009

E-mel : [email protected]

Page 7: KERTAS KERJA PERMOHONAN PENAJAAN BAGI · PDF filekertas kerja permohonan penajaan bagi karnival mahasiswa ipt zon tengah universiti kebangsaan malaysia 2014 tarikh 18 hingga 20 april

“PENCETUS TRANSFORMASI, PENERUS LEGASI” 7

KARNIVAL MAHASISWA IPT ZON TENGAH 2014 UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

18 – 20 APRIL 2014

21.0 PENUTUP

Adalah amat diharapkan agar Syarikat Sate Kajang Hj. Samuri Anak-anak Enterprise Sdn Bhd sudi

memberi tajaan bagi memastikan kelangsungan Karnival Mahasiswa IPT Zon Tengah Universiti

Kebangsaan Malaysia 2013. Di samping itu, diharapkan kerjasama yang terjalin mampu memberi

pulangan yang lumayan kepada pihak seterusnya menghasilkan impak yang positif kepada semua

yang terlibat.

Page 8: KERTAS KERJA PERMOHONAN PENAJAAN BAGI · PDF filekertas kerja permohonan penajaan bagi karnival mahasiswa ipt zon tengah universiti kebangsaan malaysia 2014 tarikh 18 hingga 20 april

“PENCETUS TRANSFORMASI, PENERUS LEGASI” 8

KARNIVAL MAHASISWA IPT ZON TENGAH 2014 UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

18 – 20 APRIL 2014

LAMPIRAN A

STRUKTUR ORGANISASI

KARNIVAL MAHASISWA IPT ZON TENGAH 2014

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Penaung

YBhg. Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali

Naib Canselor, UKM

Pengerusi

Y.Bhg. Prof. Datin Noor Aziah Mohd Awal

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), UKM

Penyelaras

Tuan Haji Musa Zainal Abidin Othman

Timbalan Pendaftar, Jabatan Perkhidmatan Pelajar, UKM

Penasihat Utama

Dr. Ruslin bin Amir

Pengetua Kolej Keris Mas

Felo Penasihat

Akmal Firdaus bin Rosli

Felo Penasihat Biro Pembangunan Usahawan Kolej Keris Mas

Ketua Pengarah

Muhamad Afiq bin Mohamed Akbar

Fakulti Sains dan Teknologi/ 2

017-2732141

Setiausaha

Najaa binti Baharin

Fakulti Sains dan Teknologi/1

017-7512194

Bendahari

Ahmad Najib Bin Zainal

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan/1

017-7570081

Page 9: KERTAS KERJA PERMOHONAN PENAJAAN BAGI · PDF filekertas kerja permohonan penajaan bagi karnival mahasiswa ipt zon tengah universiti kebangsaan malaysia 2014 tarikh 18 hingga 20 april

“PENCETUS TRANSFORMASI, PENERUS LEGASI” 9

KARNIVAL MAHASISWA IPT ZON TENGAH 2014 UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

18 – 20 APRIL 2014

Pengarah Program : Nur Syarafina binti Shahudin

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

Pengarah Teknikal : Faizul Hafiz bin Rosley

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

Pengarah Publisiti : Muhammad Firdaus bin Abu

Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Pengarah Pemasaran & Perolehan : Nur Dini binti A. Rahman

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Pengarah Jamuan : Siti Nor Fatihah binti Salbinih @ Salbini

Fakulti Sains dan Teknologi

Pengarah Protokol : Muhammad Amirul Amri bin Dahalan

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

Pengarah Tugas-tugas Khas : Muhammad Nursyafiq bin Asri

Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Pengarah Cenderamata dan Sijil : Fatimatul Naimah binti Hanafi

Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Pengarah Gerai dan Jualan : Hadi Farhan bin Hassim

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

Pengarah Keselamatan : Mohamad Fairuz bin Zaini

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

Page 10: KERTAS KERJA PERMOHONAN PENAJAAN BAGI · PDF filekertas kerja permohonan penajaan bagi karnival mahasiswa ipt zon tengah universiti kebangsaan malaysia 2014 tarikh 18 hingga 20 april

“PENCETUS TRANSFORMASI, PENERUS LEGASI” 10

KARNIVAL MAHASISWA IPT ZON TENGAH 2014 UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

18 – 20 APRIL 2014

LAMPIRAN B

ATURCARA PROGRAM

KARNIVAL MAHASISWA IPT ZON TENGAH 2014

JUMAAT, 18 APRIL 2014

MASA PROGRAM TEMPAT

10.00 pagi hingga

12.00 malam

Pameran dan gerai keusahawanan siswa

Dataran Gemilang

12.00 t/hari hingga

2.00 petang

Bicara Siswi (hanya untuk siswi sahaja)

Dewan Gemilang

8.00 malam hingga

11.30 malam

Majlis Perasmian Pembukaan Karnival

Mahasiswa IPT Zon Tengah

Kuliah Isyak oleh Al-Fadil Ustaz Kazim Elias

al-Hafiz

Pentas Utama

SABTU, 18 APRIL 2014

MASA PROGRAM TEMPAT

10.00 pagi hingga

12.00 malam

Pameran dan gerai keusahawanan siswa

Dataran Gemilang

9.00 pagi hingga

2.00 petang

Segmen Anak Kecil

i) Pertandingan Mewarna

ii) Pakaian Beragam

iii) Seniman Cilik

Pentas Utama

10.00 pagi hingga

4.00 petang

Segmen Auto : Kereta

i) Vintaj

ii) Mewah

iii) Customize

iv) Nasional

Dataran Gemilang

10.00 pagi hingga

5.00 petang

Kempen Keselamatan Jalan Raya

Page 11: KERTAS KERJA PERMOHONAN PENAJAAN BAGI · PDF filekertas kerja permohonan penajaan bagi karnival mahasiswa ipt zon tengah universiti kebangsaan malaysia 2014 tarikh 18 hingga 20 april

“PENCETUS TRANSFORMASI, PENERUS LEGASI” 11

KARNIVAL MAHASISWA IPT ZON TENGAH 2014 UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

18 – 20 APRIL 2014

2.00 petang hingga

5.00 petang

Segmen Tokoh : Bicara Negarawan

Dewan Gemilang

8.00 malam hingga

11.30 malam

Konsert Simfoni Harmoni

Pentas Utama

AHAD, 20 APRIL 2014

MASA PROGRAM TEMPAT

10.00 pagi hingga

12.00 malam

Pameran dan gerai keusahawanan siswa

Dataran Gemilang

9.00 pagi hingga

2.00 petang

Segmen Permata Syurga i) Ayah Mithali

ii) Paling Comel

Pentas Utama

10.00 pagi hingga

4.00 petang

Segmen Auto : Motorsikal

i) Kapcai

ii) Vespa

iii) Superbike

Dataran Gemilang

10.00 pagi hingga

5.00 petang

Kempen Keselamatan Jalan Raya

9.00 malam

Majlis Perasmian Penutup

Pentas Utama

Page 12: KERTAS KERJA PERMOHONAN PENAJAAN BAGI · PDF filekertas kerja permohonan penajaan bagi karnival mahasiswa ipt zon tengah universiti kebangsaan malaysia 2014 tarikh 18 hingga 20 april

“PENCETUS TRANSFORMASI, PENERUS LEGASI” 12

KARNIVAL MAHASISWA IPT ZON TENGAH 2014 UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

18 – 20 APRIL 2014

LAMPIRAN C

BELANJAWAN

Anggaran Pendapatan

BIL PERKARA RM

1.

2.

3.

Tabung Pengetua

Jabatan Perkhidmatan Pelajar

Penajaan

1 500

2 000

28 500

JUMLAH PENDAPATAN KESELURUHAN

32 000

Page 13: KERTAS KERJA PERMOHONAN PENAJAAN BAGI · PDF filekertas kerja permohonan penajaan bagi karnival mahasiswa ipt zon tengah universiti kebangsaan malaysia 2014 tarikh 18 hingga 20 april

“PENCETUS TRANSFORMASI, PENERUS LEGASI” 13

KARNIVAL MAHASISWA IPT ZON TENGAH 2014 UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

18 – 20 APRIL 2014

Anggaran Perbelanjaan

BIL PERKARA RM

1.

2.

3.

4.

5.

6.

Pengurusan program

i) Toner Ink (RM 150/ unit × 2 unit)

ii) Katrij warna (RM 60/ set × 2 set)

iii) Kertas A4 (RM 10/ reams × 10 reams)

iv) Alat tulis

v) Fotokopi & Percetakan

vi) Ring-ring card (RM 10/ keping × 30 keping)

Makanan

i) AJK (RM 12/ hari × 3 hari × 60 orang)

ii) VIP (RM 8/ orang × 9 sub program × 8 orang)

iii) Peserta program

Logistik

i) Khemah marque

ii) Khemah 20’ × 20’ (RM 210 × 50 buah)

Hadiah dan cenderamata

i) Hamper tempat pertama (RM 100 × 15 sub program)

ii) Hamper tempat kedua (RM 60 × 15 sub program)

iii) Hamper tempat ketiga (RM 30 × 15 sub program)

iv) Cenderamata perasmi/ VIP (RM 100 × 9 sub program)

Publisiti

i) Printed banner (15’ × 8’ × 25 keping × RM 0.50/

kaki)

ii) Printed banner backdrop (15’ × 8’ × 9 keping × RM

0.50/ kaki)

iii) Printed bunting (2’ × 6’ × 250 keping × RM 0.50/

kaki)

iv) Hebahan media cetak & elektronik

v) Poster A2 (400 keping × RM 2/ keping)

vi) Pelekat kelulusan PBT (200 keping × RM 1/ keping)

Tugas-tugas Khas

i) Buku program (RM 8 × 50 keping)

ii) Tag nama & lanyard AJK, penggerai (RM 5 × 120

orang)

Rencam

300

120

100

100

230

300

2 160

576

1 000

5 000

10500

1 500

900

450

900

1 500

540

1 500

1 500

800

200

400

600

824

JUMLAH PERBELANJAAN KESELURUHAN

32 000

Page 14: KERTAS KERJA PERMOHONAN PENAJAAN BAGI · PDF filekertas kerja permohonan penajaan bagi karnival mahasiswa ipt zon tengah universiti kebangsaan malaysia 2014 tarikh 18 hingga 20 april

“PENCETUS TRANSFORMASI, PENERUS LEGASI” 14

KARNIVAL MAHASISWA IPT ZON TENGAH 2014 UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

18 – 20 APRIL 2014

LAMPIRAN D

Penajaan Keseluruhan Karnival

Merujuk kepada penajaan keseluruhan Karnival Mahasiswa IPT Zon Tengah

Penajaan Program/ Slot Pengisian

Merujuk kepada penajaan spesifik kepada slot yang diadakan pada Karnival

Mahasiswa IPT Zon Tengah

(rujuk perincian program)

Page 15: KERTAS KERJA PERMOHONAN PENAJAAN BAGI · PDF filekertas kerja permohonan penajaan bagi karnival mahasiswa ipt zon tengah universiti kebangsaan malaysia 2014 tarikh 18 hingga 20 april

“PENCETUS TRANSFORMASI, PENERUS LEGASI” 15

KARNIVAL MAHASISWA IPT ZON TENGAH 2014 UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

18 – 20 APRIL 2014

LAMPIRAN E

PERINCIAN PROGRAM

16.1 Pameran dan gerai keusahawanan siswa Pameran melibatkan beberapa agensi dan jabatan kerajaan dan gerai-gerai jualan

kendalian mahasiswa sendiri.

16.2 Bicara Siswi Program bual bicara ini hanya dikhaskan kepada mahasiswi kerana pelbagai

persoalan mengenai wanita dan isu semasa akan diketengahkan. Dengan adanya sesi

tertutup ini mahasiswi akan lebih berani menyuarakan masalah dan pandangan mereka.

16.3 Majlis Perasmian Pembukaan Karnival dan Kuliah Isyak Majlis perasmian pembukaan karnival akan dimulakan seperti biasa kemudiannya

disusuli dengan kuliah Isyak berkonsepkan ceramah santai.

16.4 Segmen Anak Kecil Segmen ini terbahagi kepada 3 pertandingan iaitu pertandingan mewarna, pakaian

beragam dan seniman cilik. Ketiga-tiga pertandingan ini terbuka kepada kanak- kanak

berusia 5 dan 6 tahun.

16.5 Segmen Auto Segmen ini terbahagi kepada dua iaitu kenderaan dua roda yakni motorsikal dan

kenderaan empat roda yakni kereta. Setiap jenis kenderaan pula terbahagi kepada tiga.

Namun semuanya menggunakan konsep “pamer dan nilai” untuk menentukan

kemenangan.

16.6 Kempen Keselamatan Jalan Raya Kempen Keselamatan Jalan Raya ini melibatkan pameran, demonstrasi dan

pertandingan berkaitan penggunaan jalan raya yang betul dan selamat.

16.7 Segmen Tokoh Segmen ini merupakan program bual bicara negarawan Malaysia yang

memfokuskan peranan yang seharusnya dimainkan oleh mahasiswa pada masa kini dan

masa hadapan.

16.8 Konsert Simfoni Harmoni Konsert ini akan diserikan dengan persembahan khas oleh artis-artis lagu

ketuhanan serta persembahan lakonan teater yang mengangkat seni Islam di peringkat

tinggi.

16.9 Segmen Permata Syurga Segmen ini melibatkan ibu bapa dan anak kecil mereka yang berumur dua tahun ke

bawah. Dua pertandingan akan dijalankan berturutan bagi mengekalkan suasana

kekeluargaan.

Page 16: KERTAS KERJA PERMOHONAN PENAJAAN BAGI · PDF filekertas kerja permohonan penajaan bagi karnival mahasiswa ipt zon tengah universiti kebangsaan malaysia 2014 tarikh 18 hingga 20 april

“PENCETUS TRANSFORMASI, PENERUS LEGASI” 16

KARNIVAL MAHASISWA IPT ZON TENGAH 2014 UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

18 – 20 APRIL 2014

16.10 Majlis Perasmian Penutup Majlis perasmian penutup menjadi medan apresiasi pihak penganjur kepada

semua yang terlibat dan satu kejutan akan dilakukan sebagai gimik perasmian penutup.

Page 17: KERTAS KERJA PERMOHONAN PENAJAAN BAGI · PDF filekertas kerja permohonan penajaan bagi karnival mahasiswa ipt zon tengah universiti kebangsaan malaysia 2014 tarikh 18 hingga 20 april

“PENCETUS TRANSFORMASI, PENERUS LEGASI” 17

KARNIVAL MAHASISWA IPT ZON TENGAH 2014 UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

18 – 20 APRIL 2014

LAMPIRAN F

Lampiran Pakej Penajaan Keewangan

EMAS (RM 10000 Keatas) PERAK (RM 5000-10000) GANGSA (RM 1000-5000)

1. Pengecualian cukai

pendapatan

2. Logo dan nama syarikat

akan dimuatkan pada buku

cenderamata, banner dan

pamplet Karnival Mahasiswa

3. Mendapat sijil penghargaan

dari pihak penganjur.

4. Jemputan ke majlis

perasmian penutupan Karnival

Mahasiswa bersama VIP..

5. Mendapat tiga gerai 20’ x

60’ percuma sepanjang

Karnival Mahasiswa

( Satu gerai berukuran

20’ x 20' )

6. Nama syarikat akan

dipaparkan pada T-Shirt ahli

jawatankuasa Karnival

Mahasiswa

1. Pengecualian cukai

pendapatan

2. Logo dan nama syarikat

akan dimuatkan pada

bukucenderamata, banner dan

pamplet Karnival Mahasiswa

3. Mendapat sijil penghargaan

dari pihak penganjur.

4. Jemputan ke majlis

perasmian penutupan Karnival

Mahasiswa bersama VIP.

5. Mendapat dua gerai 20’ x

40’ percuma sepanjang

Karnival Mahasiswa

( Satu gerai berukuran

20’ x 20' )

1. Pengecualian cukai

pendapatan

2. Logo dan nama syarikat

akan dimuatkan pada buku

cenderamata, banner dan

pamplet Karnival Mahasiswa

3. Mendapat sijil penghargaan

dari pihak penganjur.

4. Mendapat satu gerai 20’ x

20’ percuma sepanjang

Karnival Mahasiswa

Page 18: KERTAS KERJA PERMOHONAN PENAJAAN BAGI · PDF filekertas kerja permohonan penajaan bagi karnival mahasiswa ipt zon tengah universiti kebangsaan malaysia 2014 tarikh 18 hingga 20 april

“PENCETUS TRANSFORMASI, PENERUS LEGASI” 18

KARNIVAL MAHASISWA IPT ZON TENGAH 2014 UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

18 – 20 APRIL 2014

LAMPIRAN G

FAEDAH TAJAAN KARNIVAL MAHASISWA IPT ZON TENGAH UNIVERSITI

KEBANGSAAN MALAYSIA 2014

1. PENGECUALIAN CUKAI

Semua sumbangan dalam bentuk wang tunai akan dikecualikan dari pembayaran tunai.

Setiap sumbangan mestilah ditulis kepada: Bendahari UKM – Karnival Mahasiswa IPT

Zon Tengah Universiti Kebangsaan Malaysia 2014.

2. LOGO KARNIVAL

Logo Syarikat penaja akan diletakkan bersama logo karnival.

3. TAPAK JUALAN

Setiap penaja akan diberikan tapak jualan secara percuma sepanjang karnival mengikut

jumlah tajaan yang termaktub di dalam pakej tajaan.

4. JEMPUTAN PERASMIAN DAN PENUTUPAN

Penaja utama akan dijemput menghadiri majlis perasmian dan penutupan karnival bersama

VIP

5. KEMEJA T KHAS

Hanya logo syarikat penaja utama sahaja akan tertera pada kemeja T dan akan digunakan

oleh semua ahli jawatankuasa bagi tujuan mempromosi termaktub dalam pakej tajaan

6. KAIN RENTANG KHAS PENAJA

Kain rentang khas akan diletakkan di beberapa tempat yang strategik sebagai promosi khas

penaja utama karnival

7. KAIN RENTANG

Logo-logo syarikat penaja akan diletakkan pada semua kain rentang karnival

8. BUNTING

Logo-logo syarikat penaja akan diletakkan pada semua bunting yang bersaiz 2’ x 6’ yang

dicetak

9. BUNTING KHAS MINIMA 50 KEPING

Bunting khas syarikat penaja akan diletakkan di beberapa tempat yang strategi sebagai

promosi khas penaja utama karnival

10. POSTER BERSAIZ A2 MINIMA 1,000 KEPING

Logo-logo syarikat penaja akan diletakkan di dalam semua poster bersaiz A2 yang dicetak

11. FLYERS MINIMA 3,000 KEPING

Logo-logo syarikat penaja akan diletakkan di dalam semua flyers yang dicetak

Page 19: KERTAS KERJA PERMOHONAN PENAJAAN BAGI · PDF filekertas kerja permohonan penajaan bagi karnival mahasiswa ipt zon tengah universiti kebangsaan malaysia 2014 tarikh 18 hingga 20 april

“PENCETUS TRANSFORMASI, PENERUS LEGASI” 19

KARNIVAL MAHASISWA IPT ZON TENGAH 2014 UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

18 – 20 APRIL 2014

12. TEKS PENGERUSI MAJLIS

Kesemua nama-nama syarikat penaja akan dinyatakan di dalam teks pengerusi majlis

sepanjang kejohanan berlangsung

13. KEMEJA T URUSETIA

Logo penaja utama akan dipaparkan pada kemeja T urusetia

14. PAPAN TANDA/ SIGNAGE

Logo-logo syarikat penaja akan diletakkan di dalam semua papan tanda yang dicetak

mengikut jumlah tajaan yang termaktub di dalam pakej tajaan.

15. TAG NAMA

Logo-logo syarikat penaja akan diletakkan di dalam semua tag nama yang dicetak

mengikut jumlah tajaan yang termaktub di dalam pakej tajaan.

16. KAD JEMPUTAN

Logo-logo syarikat penaja akan diletakkan di dalam semua kad jemputan yang dicetak

mengikut jumlah tajaan yang termaktub di dalam pakej tajaan.

17. PIALA IRINGAN DAN MEDAL

Hanya logo syarikat penaja utama akan diletakkan pada semua piala iringan dan medal

yang dicetak.

18. SIJIL

Logo-logo syarikat penaja akan diletakkan di dalam semua sijil yang dicetak mengikut

jumlah tajaan yang termaktub di dalam pakej tajaan.

19. BUKU CENDERAMATA

Logo-logo syarikat penaja akan diletakkan di dalam semua buku cenderamata yang dicetak

dan kedudukan logo penaja telah ditentukan seperti berikut : Utama (dua muka surat di

tengah-tengah buku), Emas (satu muka surat pertama), Perak (muka surat terakhir) dan

Gangsa (satu muka surat kulit buku).

20. VIDEO PROMOSI

Satu video mempromosi syarikat penaja utama akan dipasang sepanjang kejohanan

Page 20: KERTAS KERJA PERMOHONAN PENAJAAN BAGI · PDF filekertas kerja permohonan penajaan bagi karnival mahasiswa ipt zon tengah universiti kebangsaan malaysia 2014 tarikh 18 hingga 20 april

“PENCETUS TRANSFORMASI, PENERUS LEGASI” 20

KARNIVAL MAHASISWA IPT ZON TENGAH 2014 UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

18 – 20 APRIL 2014

LAMPIRAN H

Page 21: KERTAS KERJA PERMOHONAN PENAJAAN BAGI · PDF filekertas kerja permohonan penajaan bagi karnival mahasiswa ipt zon tengah universiti kebangsaan malaysia 2014 tarikh 18 hingga 20 april