proposal economic of education 2015

Upload: mohd-zaki-mohamed-som

Post on 10-Jan-2016

219 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

proposal economic of education 2015

TRANSCRIPT

KERTAS KERJA PERMOHONAN MENGADAKAN PROGRAM SERVICE LEARNING HARI BUMI PERINGKAT SEKOLAH 2015 : DOMPET BOTOL DI SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN BUKIT TIRAM FAKULTI PENDIDIKAN, UTMTarikh : 22 APRIL 2015DISEDIAKAN OLEHDI SEMAK OLEH DISAHKAN OLEH

Tandatangan

NamaNorfareha Binti Mohamad NoorDr. Hj Zainudin Hassan

Prof. Dr. Baharuddin bin Aris

JawatanSetiausaha Program Service Learning Hari Bumi Peringkat Sekolah 2015 Dompet Botol di Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Tiram, Fakulti Pendidikan.

Penasihat dan PensyarahProgram Service Learning 2015Pensyarah,

Fakulti Pendidikan.Dekan

Fakulti Pendidikan

Tarikh

1.0Tujuan

1.1Kelulusan

Kertas kerja ini dikemukakan untuk mendapatkan kelulusan daripada pihak pengurusan Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia bagi mengadakan Program Service Learning Hari Bumi Peringkat Sekolah 2015 : Dompet Botol di Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Tiram serta memohon peruntukan berbentuk kewangan dan cenderamata bagi melaksanakan program ini.2.0Latar Belakang

2.1Pendahuluan

Status sebagai Universiti Penyelidikan atau dikenali sebagai Research University (RU) bagi UTM telah menyaksikan perkembangan dan penambahbaikan dalam semua aspek pengurusan dan pentadbiran di universiti. Fakulti Pendidikan juga melaksanakan pelbagai usaha sejajar dengan kehendak RU selain memenuhi aspirasi yang digariskan dalam New Academia. Sebagai fakulti yang menekankan pengajaran dan pembelajaran, pengenalan pendekatan pengajaran yang bersesuaian dengan latar belakang pelajar serta sejajar dengan pedagogi New Academia dan mengikut tuntutan penyampaian pengajian tinggi hendaklah digalakkan. Antaranya ialah aplikasi Service Learning dalam pengajaran. Pendekatan ini menggabungkan perkhidmatan komuniti dengan pengajaran berfokuskan pemikiran kritis dan reflektif di samping penerapan tanggungjawab sivik dan personal. Pelajar akan terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan selain mengembangkan kemahiran akademik dan komitmen mereka terhadap masyarakat.

3.0Butiran Program

3.1Tajuk

Program Service Learning Hari Bumi Peringkat Sekolah 2015 : Dompet Botol, Fakulti Pendidikan, UTM.3.2Tujuan Program3.2.1Memberikan pengetahuan kepada pelajar tentang pelaksanaan service learning.3.2.2Mendedahkan kepada pelajar terlibat tentang kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.3.2.3Melahirkan mahasiswa dan mahasiswi serta pelajar yang membudayakan amalan lestari di sekolah dan dalam kehidupan seharian.3.3Matlamat Program

3.3.1Mendedahkan pelajar tentang pentingnya memelihara dan memulihara alam sekitar.

3.3.2Memberi kesedaran kepada pelajar tentang akibat tidak menjaga alam sekitar.

3.3.3Membentuk pelajar menjadi insan yang bepekerti mulia dan mencintai alam sekitar.

3.4 Faedah Program kepada Fakulti dan UTM

3.4.1Secara khususnya, program ini membantu mahasisiwa dan mahasiswi dari Fakulti Pendidikan melaksanakan kaedah pengajaran mengikut aspirasi universiti dan masyarakat. Secara implisitnya, program ini membantu mahasisiwa dan mahasiswi dari Fakulti Pendidikan merancang pengajaran yang mengintegrasi perkhidmatan komuniti yang bermakna dengan pengajaran serta memperkaya pengalaman pembelajaran, memupuk sikap tanggungjawab sosial dan menggalakkan penglibatan sepanjang hayat terhadap khidmat masyarakat. 3.5Penyertaan

3.5.1Seramai 5 orang mahasiswa dan mahasiswi Sarjana Pendidikan (Pendidikan dan Pembangunan) dengan bantuan 10 orang guru di sekolah terlibat.3.5.2Peserta program terdiri daripada 50 pelajar Tahun 3 Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Tiram dan melibatkan pelajar Tahun 1.3.6Fasilitator

Fasilitator terdiri daripada mahasiswa dan mahasiswi Sarjana Pendidikan (Pendidikan dan Pembangunan) tahun satu.

3.7Tempoh Pelaksanaan Tarikh

: 22 April 2015 (Rabu)

Masa

:2.00 5.30 petangTempat

:Dewan Serbaguna Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Tiram3.8Tentatif Program

TarikhMasaAtur Cara

Minggu 1

12-16 April 2015Sepanjang hariPengumpulan barangan kitar semula.

Minggu 220 April 2015

(Isnin)

22 April 2015

(Rabu)2.00 petang

2.30 petang

3.30 petang

4.30 petang

5.15 petangMenjual barangan kitar semula.

PendaftaranAktiviti 1 (Tahun 3):

Taklimat : Alam SekitarAktiviti : Permainan/KuizAktiviti 2 (Tahun 1) :

Pertandingan MewarnaAktiviti penghasilan kraftangan daripada barangan kitar semula.

Sesi mengedarkan Dompet Botol.

Majlis Perasmian Penutup dan penyampaian hadiah.

3.9Organisasi Pelaksana

Penaung

:Prof. Dr. Baharuddin bin Aris

Penasihat

: Dr Zainudin b Hassan Pengarah

:Natasha binti Mohamad Idris

Setiausaha

: Norfareha binti Mohamad NoorBendahari 1

: Mohd Zaki bin Mohamed Som

AJK Aktiviti

: Aimi Amirah binti Ahmad

AJK Protokol

: Ummi Norizatul binti Dee

AJK Teknikal

: Mohd Zaki bin Mohamed Som

AJK Makanan

:Ummi Norizatul Binti Dee; Aimi Amirah binti Ahmad

AJK Tugas Khas:Natasha binti Mohamad Idris; Norfareha binti Mohamad Noor3.10PerbelanjaanAnggaran pendapatan

PerkaraJumlah

Peruntukan fakulti RM 500.00

Tajaan RM 100.00

JUMLAHRM 600.00

Anggaran perbelanjaan

Perkara Kuantiti Jumlah Catatan

Makanan RM2.00 x 70 orangRM140.00Peruntukan Fakulti Pendidikan

( RM500 )

PeralatanZip x 100RM50.00

Hadiah dan Cenderahati Sijil x 75 orang

Hadiah Pertandingan Mewarna

CenderahatiRM100.00RM50.00RM60.00

PublisitiBanner

Stiker/ BadgeRM100.00

Kontigensi-RM50.00Tajaan

( RM100 )

Lain-lain -RM50.00

Jumlah RM600.00RM600.00

4.0IMPLIKASI KEWANGAN4.1Memohon peruntukan dari Fakulti Pendidikan, UTM sebanyak RM500 untuk menjayakann Program Service Learning Hari Bumi Peringkat Sekolah 2015 : Dompet Botol di Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Tiram.5.0KEPUTUSAN FAKULTI5.1Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Fakulti Pendidikan adalah dengan segala hormatnya diminta menimbang dan meluluskan Program Service Learning Hari Bumi Peringkat Sekolah 2015 : Dompet Botol di Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Tiram.Nama Penyedia: Norfareha Binti Mohamad Noor ( Setiausaha Program )Tarikh

:15 Mac 2015