promosi jurnal penyelidikan

2
PROMOSI JURNAL PENYELIDIKAN 07 February 2014 Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia akan menerbitkan Jurnal Penyelidikan Pendidikan Jilid 15 untuk tahun 2014. Sehubungan dengan itu, Bahagian ini menjemput semua pegawai di bawah institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia yang berminat untuk menyumbang artikel berbentuk penyelidikan atau penilaian pendidikan bagi tujuan penerbitan jurnal tersebut. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 31 Mei 2014. Berikut adalah garis panduan penulisan artikel Jurnal Penyelidikan Pendidikan Jilid 15 untuk tahun 2014: 1. Artikel berbentuk laporan penyelidikan yang terkini dengan abstrak tidak melebihi 120 perkataan serta 5 kata kunci. Saiz abstrak adalah 10 dan italic. 2. Artikel belum pernah diterbitkan dalam apa jua penerbitan di dalam atau di luar negara 3. Panjang artikel hendaklah antara 3000-5000 patah perkataan 4. Artikel ditaip di atas kertas A4 dengan single spacing menggunakan huruf Times New Roman bersaiz 12. 5. Saiz tajuk artikel 14, saiz nama penulis 12, saiz nama institusi 10 dan saiz alamat emel 9. (Semuanya ditulis di tengah-tengah) 6. Penulisan artikel adalah mengikut format berdasarkan gaya penulisan APA (American Psychological Association) edisi terkini. 7. Penghantaran artikel hendaklah disertakan dengan alamat surat menyurat, emel, nombor telefon pejabat dan nombor telefon bimbit. 8. Artikel hendaklah dihantar dalam bentuk salinan bercetak (hard copy) dan salinan lembut (soft copy) 9. Artikel dalam bentuk salinan lembut (soft copy) dihantar kepada alamat emel [email protected] 10. Artikel dalam bentuk salinan bercetak (hard copy) hendaklah dihantar kepada: Ketua Urusetia Jurnal Penyelidikan Pendidikan Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan

Upload: rohizam

Post on 24-Dec-2015

15 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Research

TRANSCRIPT

Page 1: PROMOSI JURNAL PENYELIDIKAN

PROMOSI JURNAL PENYELIDIKAN07 February 2014

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan  Malaysia  akan menerbitkan Jurnal Penyelidikan Pendidikan Jilid 15 untuk tahun 2014. Sehubungan dengan itu, Bahagian ini menjemput semua pegawai di bawah institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia yang berminat untuk menyumbang artikel berbentuk penyelidikan atau penilaian pendidikan bagi tujuan penerbitan jurnal tersebut. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 31 Mei 2014.

 

Berikut adalah garis panduan penulisan artikel Jurnal Penyelidikan Pendidikan Jilid 15 untuk tahun 2014:

1. Artikel berbentuk laporan penyelidikan yang terkini dengan abstrak tidak melebihi 120 perkataan serta 5 kata kunci. Saiz abstrak adalah 10 dan italic.

2. Artikel belum pernah diterbitkan dalam apa jua penerbitan  di dalam atau di luar negara

3. Panjang artikel hendaklah antara 3000-5000 patah perkataan4. Artikel ditaip di atas kertas A4 dengan single spacing  menggunakan

huruf Times New Roman bersaiz 12.5. Saiz tajuk artikel  14, saiz nama penulis 12, saiz nama institusi 10 dan

saiz alamat emel 9. (Semuanya ditulis di tengah-tengah)6. Penulisan artikel adalah mengikut format berdasarkan gaya penulisan

APA (American Psychological Association) edisi terkini.7. Penghantaran artikel hendaklah disertakan dengan alamat surat

menyurat, emel, nombor telefon pejabat dan nombor telefon bimbit.8. Artikel hendaklah dihantar dalam bentuk salinan bercetak (hard copy)

dan salinan lembut (soft copy)9. Artikel dalam bentuk salinan lembut (soft copy) dihantar kepada

alamat emel [email protected]. Artikel dalam bentuk salinan bercetak (hard copy)  hendaklah dihantar

kepada:

Ketua Urusetia Jurnal Penyelidikan Pendidikan

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan

Aras 2 Parcel E8, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62604 Putrajaya

(u.p: Dr Maimunah Muda)

 

Sebarang pertanyaan sila hubungi Dr Maimunah Muda di talian 03 88846593 atau Puan Nasithah Abd Hamid di talian 03 88846567.