peladang jaya wanita 2008 peladang …103.8.163.254/document/upload/x0lyeetcsolpebisv09ge9cnwu...di...

16
MAHA 2008 CETUSKAN ERA BARU SEKTOR PERTANIAN PPK PAYUNG PELADANG PELADANG JAYA LELAKI 2008 PELADANG JAYA WANITA 2008

Upload: dinhanh

Post on 07-Jul-2019

248 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PELADANG JAYA WANITA 2008 PELADANG …103.8.163.254/document/upload/X0LYEETcSolpeBIsV09GE9cnwU...Di atas kegigihan dan komitmen untuk memajukan diri, keluarga dan masyarakat beliau

MAHA 2008CETUSKAN ERA BARU SEKTOR PERTANIAN

PPK PAYUNG PELADANG

PELADANG JAYA LELAKI 2008

PELADANG JAYA WANITA 2008

Page 2: PELADANG JAYA WANITA 2008 PELADANG …103.8.163.254/document/upload/X0LYEETcSolpeBIsV09GE9cnwU...Di atas kegigihan dan komitmen untuk memajukan diri, keluarga dan masyarakat beliau

Malaysia Agriculture, Horticulture and Agrotourism Show atau MAHA merupakan acara dwitahunan

yang diadakan dalam usaha kerajaan memartabatkan sektor pertanian dan menjadikannya pemacu ekonomi Negara.

Program yang dirancang dan dilaksanakan setiap dua tahun sekali ini selain menjadi ruang kepada pameran produk berasaskan pertanian dari dalam dan luar negara, ia juga merupakan antara salah satu mekanisme terbaik kepada pengeluar pertanian berbincang bagi mencari jalan menangani krisis makanan yang sedang melanda dunia pada masa kini.

Pertunjukan MAHA secara besar-besaran yang dianjurkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia ini bermatlamat untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pembangunan pertanian dan industri berasaskan pertanian supaya dapat meningkatkan pengeluarkan pertanian dan membantu memperkembangkan industri pelancongan negara.

Melalui MAHA, pihak kerajaan, swasta, usahawan peladang dan mereka yang berminat akan menyaksikan inovasi dan teknologi terkini yang terdapat di pasaran antarabangsa untuk diaplikasikan atau digunapakai bagi memesatkan dan mempertingkatkan lagi sektor pertanian negara ketahap yang lebih komersial dan berdaya maju.

Di samping itu, MAHA juga diharapkan mampu membentuk hubungan dan sinergi kepada sektor pertanian negara secara langsung dan ini akan dapat memberi manfaat kepada bidang pertanian dan pelancongan keseluruhannya. Dengan itu MAHA akan memberi semangat dan imej baru kepada sektor ini.

Tahun ini, tema perayaan MAHA 2008 ialah “Pertanian Adalah Perniagaan”. Tema ini sama seperti tema MAHA 2006 kerana ia didapati bersesuai dengan aspirasi kerajaan yang mahu menjadikan sektor pertanian sebagai satu bidang perniagaan yang menguntungkan setanding dengan sektor lain. Sambutan MAHA ini akan dijayakan bersama Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) dan berlangsung selama 13 hari iaitu dari 11-23 Ogos 2008. Pelbagai aktiviti seperti pameran dan jualan produk-produk pertanian akan bermula pada jam 10.00 pagi hingga 7.00 malam sepanjang tempoh tersebut.

Majlis perasmian Sambutan MAHA/HPPNK 2008 ini akan dirasmikan oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia pada 12 Ogos 2008, jam 10.00 pagi yang akan turut dihadiri Menteri-menteri Kabinet, Wakil Menteri Pertanian Australia, Ketua-ketua Pengarah Jabatan/Agensi Kerajaan, Menteri-menteri Besar, Exco-exco Pertanian dan lain-lain lagi di samping 5,000 orang peladang, penternak dan nelayan dari seluruh negara.

Malaysia Agriculture, Horticulture and Agrotourism Di samping itu, MAHA juga diharapkan mampu

MAHA 2008Cetuskan Era Baru Sektor PertanianOleh : Rohman Jasmani (Ibu Pejabat LPP)

BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN2

Page 3: PELADANG JAYA WANITA 2008 PELADANG …103.8.163.254/document/upload/X0LYEETcSolpeBIsV09GE9cnwU...Di atas kegigihan dan komitmen untuk memajukan diri, keluarga dan masyarakat beliau

Di samping itu MAHA 2008 disambut berteraskan objektif yang berkisar tentang bidang pertanian. Objektif tersebut ialah:

i. Untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pembangunan pertanian dan industri berasaskan pertanian;ii. Untuk menyediakan kemudahan kepada pihak kerajaan,syarikat swata tempatan dan luar negara,usahawan dan golongan sasar untuk mempamerkan produk, teknologi pertanian terkini, peluang pelaburan dan servis;iii. Orang ramai berpeluang menyaksikan teknologi dan inovasi terkini dalam bidang pertanian yang terdapat dipasaran antarabangsa; daniv. Menonjolkan aspek-aspek perlancongan seperti keindahan Malaysia, destinasi agro- perlancongan dan budaya.

Bagi memastikan objektif MAHA yang dirangka ini mencapai matlamat, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah menggariskan kumpulan yang dikenalpasti dapat memberi faedah secara langsung dalam bidang pertanian. Antaranya ialah:

i. Guest Nation for MAHA 2008 (Australia).ii. Organisasi antarabangsa yang telibat dalam pertanian, livestock, dan perikanan.iii. Anak-anak syarikat kerajaan.iv. Kementerian/jabatan/agensi kerajaan dan kerajaan negeri.v. Usahawan perusahaan kecil dan sederhanavi. Institut-institut penyelidikan dan pembangunan tempatan serta antarabangsa.

Selaras dengan tema sambutan MAHA tahun ini, skop pameran dan jualan yang disertai pelbagai agensi kerajaan dan swasta dari dalam dan luar negara akan mempamerkan perkembangan dan teknologi terkini dalam sektor pertanian. Justeru itu, pameran yang diadakan akan mendedah dan memberi maklumat yang komprehensif lagi mendalam berkaitan potensi dan peluang pelaburan dalam sektor pertanian serta yang berasaskannya. Secara keseluruhan skop sambutan MAHA 2006 meliputi pelbagai kategori iaitu:

i. Pertanian (hasil segar dari ladang)ii. Perikananiii. Livestockiv. Makanan Halalv. R & Dvi. Bioteknologivii. Buah-buahan,sayur-sayuran, hortikultur dan fl orikulturviii. Peralatan jentera dan mesinix. Agrotourismx. Konsep pertanian modenxi. Pemprosesan produkxii. Produk sejuk beku

Di samping itu, para peladang, penternak dan nelayan serta pertubuhan dan persatuan mereka diharap dapat memanfaatkan peluang keemasan ini bagi mendapatkan pendedahan yang lebih meluas mengenai potensi dan peluang dalam sektor pertanian. Sambutan MAHA 2008 diharap dapat mencetuskan era baru sektor pertanian dan boleh membawa perubahan kepada semua pihak yang terlibat agar berusaha dengan lebih proaktif dan efektif dalam meningkat dan memoden sektor pertanian negara.

objektif yang berkisar tentang bidang pertanian. Objektif tersebut ialah: Selaras dengan tema sambutan MAHA tahun ini, skop

Di samping itu MAHA 2008 disambut berteraskan objektif yang berkisar tentang bidang pertanian.

BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN 3

pertanian negara.

yang terlibat agar berusaha dengan lebih proaktif dan efektif dalam meningkat dan memoden sektor pertanian negara. pertanian negara.

Page 4: PELADANG JAYA WANITA 2008 PELADANG …103.8.163.254/document/upload/X0LYEETcSolpeBIsV09GE9cnwU...Di atas kegigihan dan komitmen untuk memajukan diri, keluarga dan masyarakat beliau

Institusi peladang di Malaysia telah wujud hampir 80 tahun lalu. Kewujudan institusi peladang pada

waktu itu adalah melalui syarikat-syarikat kerjasama yang tertumpu di kawasan luar bandar. Penubuhan syarikat-syarikat kerjasama ini bertujuan untuk membantu mengatasi masalah kemiskinan dan terlalu bergantung hidup kepada orang tengah dan peminjam wang. Ini disebabkan pada ketika itu, petani dan peladang seolah-olah ditindas oleh pihak-pihak yang mempunyai kuasa wang. Antara nama-nama syarikat peminjam wang yang wujud ialah Padi Kunca, Padi Ratus dan Jual Janji.

Sementara itu, pergerakan koperasi pula diperkenalkan pada tahun 1922. Pergerakan koperasi yang lebih dikenali sebagai koperasi kampung bercorak koperasi kredit ditubuhkan bertujuan bagi mengeluarkan pinjaman kepada petani di musim tanaman padi dan mengutip semula pinjaman tersebut selepas musim menuai. Ini sedikit sebanyak telah berjaya menolong petani dan peladang melepaskan diri dari cengkaman peminjam wang yang memeras keringat mereka.

Walau bagaimanapun, penubuhan dan kewujudan syarikat kerjasama dan syarikat kampung ini mempunyai kelemahannya tersendiri. Ia bergerak sebagai organisasi satu tujuan (single purpose). Syarikat-syarikat kerjasama ini didaftar berdasarkan aktiviti seperti syarikat kerjasama mengilang padi, pemasaran getah, pemasaran ikan, mengilang kopi dan sebagainya. Selepas negara mencapai kemerdekaan, kerajaan telah mempergiatkan lagi usaha mengembangkan pergerakan koperasi. Koperasi “satu tujuan” dikaji semula disebabkan tidak

dapat memainkan peranan pembangunan selaras hasrat rakyat. Seterusnya program persatuan peladang mula diperkenalkan dalam tahun 1959 oleh Jabatan Pertanian. Bahagian Pengembangan Jabatan Pertanian telah berjaya mengembleng petani untuk dikelompokkan dan disemaikan semangat kerjasama serta diterapkan amalan pertanian baik kepada mereka. Ini terbukti berkesan kerana telah berjaya mempercepatkan pemindahan idea pertanian. Akhirnya kelompok peladang ini dibentuk sebagai satu persatuan, kemudiannya didaftarkan sebagai PERSATUAN PELADANG di bawah Ordinan Persatuan. Namun, kegiatan dan aktiviti persatuan peladang dihadkan kepada menjalankan aktiviti sosial dan tidak dibenarkan menjalankan kegiatan perniagaan.

Menyedari kelemahan tersebut, Jabatan Pertanian telah menghantar seramai 200 orang pegawai dan pemimpin peladang ke Taiwan bagi meninjau dan mempelajari struktur serta konsep organisasi peladang di sana yang sedang mengalami pembangunan pesat dalam bidang pertanian. Malah melalui Asia Foundation, dua orang pakar Taiwan telah dijemput ke Malaysia untuk mengkaji dan membawa pembaharuan bagaimana persatuan peladang ala baru dapat diwujudkan di Malaysia.

Adalah menjadi dasar kerajaan untuk mempergiatkan kemajuan persatuan peladang sebagai alat melaksanakan rancangan pembangunan pertanian bersepadu (IADP). Salah satu objektif yang dicatatkan dalam RMKe-2 adalah “to strengthen the institutions such as Farmer’s Assosiations which promote full

PPK PAYUNG PELADANGOleh : Rosly bin Abdul Rahman

BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN4

Page 5: PELADANG JAYA WANITA 2008 PELADANG …103.8.163.254/document/upload/X0LYEETcSolpeBIsV09GE9cnwU...Di atas kegigihan dan komitmen untuk memajukan diri, keluarga dan masyarakat beliau

participation of rural residents in the economic and social life of the nation”. Komitmen kerajaan untuk menyatukan masyarakat peladang terus dimantapkan dengan penubuhan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) pada 14 Februari 1973 di bawah Akta 110 Akta LPP 1973 dan berada di bawah naungan Jabatan Perdana Menteri, kemudiannya dipindahkan kepada Kementerian Pertanian.

Akta 109, Akta Pertubuhan Peladang 1973 diluluskan di Parlimen memberikan kuasa mencantum koperasi berasaskan pertanian dan persatuan peladang ke dalam satu pertubuhan yang dikenali sebagai PERTUBUHAN PELADANG. Ketua Pengarah LPP merupakan Ketua Pendaftar Pertubuhan Peladang, juga Pendaftar Persatuan Peladang dan koperasi berasaskan pertanian. Penubuhan pertubuhan peladang (PP) diharapkan dapat memenuhi hasrat Dasar Ekonomi Baru (DEB) ke arah menghapuskan kemiskinan dan menyusun semula masyarakat tani.

Sifat dan ciri PP adalah sebagai persatuan, sebuah pergerakan koperasi dan sebuah korporat yang mempunyai keahlian dan kepimpinan. Namun

dalam dunia yang semakin mencabar ini, peranan pertubuhan peladang semakin penting terutamanya dalam membangunkan sosio ekonomi peladang. PP mengorientasi semula aktiviti dengan mengukuhkan prinsip-prinsip koperasi. Ini kerana “survival” PP adalah bergantung kepada sokongan dan kerjasama ahli-ahlinya.

PP juga sentiasa memantapkan sistem penyampaian barisan hadapan bagi memastikan ahli PP mendapat perkhidmatan yang berkualiti sepanjang masa. Unit-unit peladang diaktifkan bagi menyokong aktiviti ekonomi dan sosial PP. Ini dilaksanakan melalui kumpulan pengeluar berkait dengan proses tambah nilai (value added) dan kewujudan satu industri kecil dalam satu unit peladang.

Kewujudan PP adalah sebagai payung kepada peladang. PP milik peladang dan perlu bergerak dalam satu kumpulan yang bersatu. Peranan PP sebagai pemangkin, pencetus dan pembimbing masyarakat peladang. Oleh yang demikian, penghayatan bagaimana susah perit penubuhan satu organisasi peladang perlu dipelihara dan dikongsi bersama oleh semua pihak.

dalam dunia yang semakin mencabar ini, peranan pertubuhan peladang semakin penting terutamanya dalam membangunkan sosio ekonomi peladang. PP

participation of rural residents in the economic and social life of the nation”. Komitmen kerajaan untuk menyatukan masyarakat peladang terus dimantapkan

dalam dunia yang semakin mencabar ini, peranan pertubuhan peladang semakin penting terutamanya dalam membangunkan sosio ekonomi peladang. PP

BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN 5

Page 6: PELADANG JAYA WANITA 2008 PELADANG …103.8.163.254/document/upload/X0LYEETcSolpeBIsV09GE9cnwU...Di atas kegigihan dan komitmen untuk memajukan diri, keluarga dan masyarakat beliau

Perkembangan teknologi dalam bidang pertanian yang semakin meningkat masa kini dan

digunapakai dalam melaksanakan projek telah dapat melahirkan ramai usahawan dalam bidang pertanian berbanding masa dahulu.

Bagi Encik Muhammad Hassan bin Muhammed Rawther, 43 tahun dari Kampung Mengkuang Hujung, Baling, Kedah yang merupakan ahli Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Baling, teknologi yang ada masa kini dapat menarik minat usahawan menceburi bidang pertanian secara komersial.

Beliau yang dilahirkan di Kubang Rotan, Alor Setar telah 4 tahun menjadi ahli dan mempunyai saham sebanyak RM5,000 di PPK. Manakala langganan di PPK berjumlah RM8,000 setahun. Mendirikan rumahtangga dengan Puan Zarul Aswas Bte Mohd Nayan dan telah dikurniakan tiga orang anak lelaki dan lima perempuan. Kehidupan harmoni sejak berumahtangga membolehkan ia berkekalan hingga sekarang.

Penghijrahan ke Kampung Mengkuang Hujung selepas menamatkan alam persekolahan pada usia 18 tahun dan bekerja di kilang memproses kopi di Baling telah menimbulkan minat beliau dalam perniagaan tersebut. Setelah hampir lapan tahun bekerja di kilang tersebut beliau mengambil keputusan berhenti kerja dan membuka sendiri perusahaan memproses kopi

bersaiz kecil dengan modal awal sebanyak RM1,500 di Kg. Berjaya, Kuala Pegang, Baling.

Pada tahun 2002 operasi kilang tersebut telah diperbesarkan dengan membina sebuah kilang memproses kopi dengan nilai RM1.5 juta di atas tanah milik sendiri dengan nama Syarikat Gantang Enterprise.

Melalui bekalan kopi yang diperolehi dari penanam kopi tempatan dan negeri lain, kilang kopi ini mampu mengeluarkan 14.4 tan metrik serbuk kopi setahun atau 1.2 tan metrik sebulan. Selain daripada itu operasi kilang tersebut turut memberi peluang pekerjaan di mana seramai 17 orang yang terdiri daripada penduduk tempatan diambil bekerja secara tetap.

Peladang Jaya Lelaki 2008

BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN6

Page 7: PELADANG JAYA WANITA 2008 PELADANG …103.8.163.254/document/upload/X0LYEETcSolpeBIsV09GE9cnwU...Di atas kegigihan dan komitmen untuk memajukan diri, keluarga dan masyarakat beliau

Selain pasaran tempatan, serbuk kopi keluaran syarikat ini turut dipasarkan Daerah Pendang dan Alor Setar melalui rangkaian pemasaran yang diwujudkan. Aktiviti pemprosesan serbuk kopi ini telah menghasilkan isipadu perniagaan bernilai RM2.15 juta pada tahun 2007.

Selain dari projek pemprosesan serbuk kopi, beliau juga mengusahakan tanaman kelapa sawit seluas 2.3 hektar, tanaman getah 8.64 hektar, tanaman pisang 2.88 hektar dan dusun campuran dengan buah-buahan seperti dokong, langsat, rambutan, manggis dan longan seluas 1.5 hektar.

Sehingga kini segala aktiviti pertanian dan berasaskan pertanian yang dijalankan telah menghasilkan keuntungan bersih RM102,000 setahun.

Meskipun banyak masa ditumpukan kepada projek-projek pertanian dan bukan pertanian, beliau aktif dalam aktiviti sosial dan kemasyarakatan, diantaranya sebagai:

· Ahli Jawatankuasa Unit Kg. Lanai· Pengerusi Belia Cawangan Kg. Lanai· Ahli Jawatankuasa MAYC Baling· Ahli PIBG Sekolah Kebangsaan Lanai· Ahli Jawatankuasa Belia Daerah Baling

Di atas kegigihan dan komitmen untuk memajukan diri, keluarga dan masyarakat beliau telah menerima anugerah Peladang Jaya Lelaki Peringkat Negeri Kedah Tahun 2006.

Beliau amat yakin bidang pertanian dan yang berasaskannya jika diusahakan bersungguh-sungguh mampu memberi pulangan lumayan kerana bidang tersebut merupakan perniagaan yang boleh dijalankan secara komersial.

BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN 7

dalam aktiviti sosial dan kemasyarakatan, diantaranya sebagai:

berasaskannya jika diusahakan bersungguh-sungguh mampu memberi pulangan lumayan kerana bidang tersebut merupakan perniagaan yang boleh dijalankan secara

Page 8: PELADANG JAYA WANITA 2008 PELADANG …103.8.163.254/document/upload/X0LYEETcSolpeBIsV09GE9cnwU...Di atas kegigihan dan komitmen untuk memajukan diri, keluarga dan masyarakat beliau

Kemajuan sektor pertanian dengan sokongan teknologi moden membolehkan sesiapa saja

mengusahakannya masa kini. Kemudahan yang ada dapat menarik minat golongan muda dan tua, wanita dan lelaki untuk turut menceburi bidang tersebut secara sepenuh masa atau sambilan.

Puan Hajah Lenah bte Simen, 52 tahun dari Kampung Kundang, Tanjung Sepat, Selangor, merupakan ahli Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Batu Laut dan telah 16 tahun menjadi ahli.

Melibatkan diri dalam bidang pertanian melalui pemprosesan makanan seperti kerepek dan cookies secara berkumpulan sejak tahun tahun 1987. Melihat kepada produk yang dikeluarkan semakin mendapat sambutan daripada pelanggan dan setelah

perbincangan bersama, beliau mengatur langkah untuk memperbesarkan lagi usaha tersebut.

Pada tahun 1990 dengan bantuan daripada KEMAS, beliau membina bengkel sapara kekal di belakang rumah bagi kegiatan memproses makanan yang melibatkan seramai 10 orang dengan modal sampingan sebanyak RM2,000 seorang.

Usaha ke arah industri asas tani secara bersendirian bagi memproses dan mengeluarkan kerepek telah dimulakan pada tahun 1997 melalui pinjaman daripada MARA dan seterusnya dikomersialkan pada tahun 2002 setelah memperolehi bantuan berbentuk geran daripada agensi kerajaan.

Peladang Jaya Wanita 2008PPeladang Jaya eladang Jaya

BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN8

secara berkumpulan sejak tahun tahun 1987. Melihat kepada produk yang dikeluarkan semakin mendapat sambutan daripada pelanggan dan setelah

geran daripada agensi kerajaan.

Page 9: PELADANG JAYA WANITA 2008 PELADANG …103.8.163.254/document/upload/X0LYEETcSolpeBIsV09GE9cnwU...Di atas kegigihan dan komitmen untuk memajukan diri, keluarga dan masyarakat beliau

Produk keluarannya yang terdiri daripada pelbagai jenis kerepek adalah untuk pasaran tempatan iaitu sekitar negeri Selangor dan Lembah Kelang. Atas inisiatif dan melalui rakan niaga, produk yang dihasilkan telah menembusi pasaran seluruh Semenanjung Malaysia.

Dalam mempelbagaikan aktiviti pemprosesan makanan, beliau juga menjadi pemborong kerepek dan kuih tradisional dari pada penduduk dan pembekal sekitar Kuala Langat dan Sepang. Aktiviti tersebut dilakukan bagi menampung permintaan yang semakin meningkat terutama dimusim-musim perayaan di samping dapat membantu pengusaha terbabit memasarkan produk yang dihasilkan.

Usaha dalam bidang pertanian tidak terbatas kepada pemprosesan makanan sahaja. Beliau juga mengusahakan tanaman kelapa sawit seluas 4 hektar di Ladang Datu, Tanjung Sepat. Kesemua projek yang diusahakan dilakukan bersama keluarga dan dibantu 20 orang pekerja kilang dan ladang yang terdiri daripada penduduk setempat.

Sehingga kini pelaburan yang dikeluarkan bagi keseluruhan projek telah menghasilkan isipadu perniagaan mencecah RM4 juta dengan purata pendapatan bersih melebihi RM200 ribu setahun.

Meskipun banyak masa ditumpukan kepada projek-projek pertanian dan bukan pertanian, beliau aktif di dalam aktiviti sosial dan kemasyarakatan, diantaranya:

· Pengerusi Kumpulan Peladang Wanita Jabatan Pertanian· AJK JKKK Kampung Kundang (Biro IKS)· AJK Peladangnita· AJK Masjid Kampung Kundang

Walaupun telah berjaya dalam bidang yang diceburi Hajah Lenah sentiasa memberi galakan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan dalam pemprosesan makanan. Beliau kerap memberi khidmat bimbingan kepada peladang, masyarakat setempat dan agensi yang berminat mengenai cara pemprosesan kerepek dan cookies. Beliau juga bersedia memberi khidmat nasihat kepada usahawan lain mengenai aktiviti tersebut.

Beliau juga telah mendapat pelbagai pengiktirafan, antaranya Naib Johan Kategori Produk (Kerepek Pisang) Peringkat Negeri Selangor Tahun 2004, Johan Pertandingan Hasil-hasil Pertanian Diproses Kategori Kerepek Keledek Berperisa Sempena Hari Peladang Penternak Dan Nelayan Peringkat Negeri Selangor Tahun 2006 di bawah Jabatan Pertanian dan Tempat Ketiga Pertandingan Hasil-hasil Pertanian Diproses Kategori Kerepek Pisang Berperisa Sempena Hari Peladang Penternak Dan Nelayan Peringkat Negeri Selangor Tahun 2006 juga di bawah Jabatan Pertanian.

Pulangan lumayan setiap bulan daripada aktiviti pertanian yang diusahakan adalah melalui perancangan yang teliti dan teratur. Menurut beliau bidang pertanian mampu memberi keuntungan jika hasil pertanian sedia ada ditambah nilai bagi mengeluarkan pelbagai produk berasaskannya dan tidak hanya bergantung kepada satu sumber sahaja.

jenis kerepek adalah untuk pasaran tempatan Produk keluarannya yang terdiri daripada pelbagai jenis kerepek adalah untuk pasaran tempatan

BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN 9

Pulangan lumayan setiap bulan daripada aktiviti pertanian yang diusahakan adalah melalui perancangan yang teliti dan teratur. Menurut beliau bidang

keuntungan jika hasil pertanian sedia ada ditambah nilai bagi mengeluarkan

Page 10: PELADANG JAYA WANITA 2008 PELADANG …103.8.163.254/document/upload/X0LYEETcSolpeBIsV09GE9cnwU...Di atas kegigihan dan komitmen untuk memajukan diri, keluarga dan masyarakat beliau

Encik Zulkarnian bin Painan, 37 tahun dari Jalan Masjid, Kampung Tanjung Sepat, Selangor dan

ahli Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Batu Laut telah memenangi Anugerah Peladang Muda Jaya Lelaki pada tahun ini. Setelah 11 tahun menjadi ahli, dengan saham melebihi RM1,200, beliau merupakan ahli yang aktif di PPK. Jumlah simpanan beliau juga melebihi RM4,500 merupakan antara yang tertinggi.

Dilahirkan dan dibesarkan dalam keluarga petani menjadikan bidang pertanian telah sebati dalam dirinya. Beliau mengusahakan projek tanaman ubi keledek seluas 14 hektar dan tanaman ubi kayu 4 hektar di tanah Jabatan Pertanian secara berkelompok. Hasil kedua-dua projek tersebut dipasarkan kepada pengusaha makanan, Lembaga Pemasaran Persekutuan (FAMA) dan pemborong di Negeri Selangor dan Kuala Lumpur yang meraih pendapatan kasar sehingga melebihi RM700,000 setahun bagi tiga pusingan tanaman ubi keledek dan sepusingan tanaman ubi kayu.

Di samping tanaman ubi keledek dan ubi kayu, tanaman keladi diusahakan di kawasan seluas 0.4 hektar di tempat yang sama dan dipasarkan sendiri atau kepada pemborong.

Encik Zulkarnian bin Painan, 37 tahun dari Jalan Oleh kerana tanah yang diberi kebenaran oleh Jabatan Perhutanan untuk diusahakan ini luas, nanas adalah antara tanaman yang turut ditanam dengan keluasan 0.4 hektar. Disebabkan nanas mudah dipasarkan terutama sekitar Selangor dan Kuala Lumpur ia dilakukan sendiri.

Dalam menyahut seruan kerajaan untuk meningkatkan pengeluaran makanan, beliau juga terlibat secara aktif dengan projek ternakan kambing boer kacukan sebanyak 100 ekor dan lembu jenis Kedah Kelantan integrasi dengan kelapa sawit sebanyak 10 ekor.

Beliau juga mengusahakan tanaman kelapa sawit seluas 10.9 hektar iaitu 0.8 hektar milik sendiri dan 10.1 hektar pajakan selama 5 hingga 10 tahun daripada penduduk kampung. Manakala aktiviti pemasaran kelapa sawit dilakukan dengan membeli kelapa sawit daripada orang kampung dan dihantar terus ke kilang.

Usaha beliau tidak tertumpu kepada tanaman dan ternakan sahaja. Bagi mempelbagaikan kegiatan, beliau turut mengusahakan pemprosesan ayam daging. Dengan purata pemprosesan antara 50-60 ekor sehari, tumpuan pasaran adalah penduduk kampung dan restoran-restoran berhampiran.

Bagi mengatasi kenaikan input pertanian seperti baja di samping menggunakan semula bahan buangan atau sisa daripada ternakan yang diusahakan, beliau mengambil inisiatif untuk memproses tinja kambing

PELADANG MUDAJAYA 2008

BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN10

Page 11: PELADANG JAYA WANITA 2008 PELADANG …103.8.163.254/document/upload/X0LYEETcSolpeBIsV09GE9cnwU...Di atas kegigihan dan komitmen untuk memajukan diri, keluarga dan masyarakat beliau

untuk dijadikan baja ke arah meningkatkan hasil pendapatan dan mengurangkan kos dan lebihan daripada keperluan sendiri turut dijual.

Beliau juga memiliki lesen kontraktor kelas F bagi melaksanakan kerja-kerja kontrak daripada pihak berkuasa tempatan. Selain itu, perkhidmatan pengangkutan turut dilakukan menggunakan 4 buah lori untuk disewa dan kerja-kerja mengangkut buah kelapa sawit. Perniagaan kedai runcit dan jualan gas memasak dijalankan bagi menampung keperluan penduduk setempat.

Bagi memastikan keseluruhan aktiviti projek pertanian dan bukan pertanian yang diusahakan berjalan lancar, seramai 13 orang pekerja digaji untuk melaksanakan kerja-kerja tersebut.

Atas daya usaha yang dlakukan dalam bidang pertanian, beliau telah dianugerahkan Peladang Muda Jaya Lelaki Peringkat Negeri Selangor pada tahun 2001 dan 2005.

Meskipun banyak masa ditumpukan kepada projek-projek pertanian dan bukan pertanian, beliau aktif didalam aktiviti sosial dan kemasyarakatan, diantaranya:

· Bendahari UMNO Cawangan Tanjung Sepat.

· Bendahari Jawatankuasa Belia Kg. Tanjung Sepat.

· Ahli jawatankuasa Masjid Kg. Tanjung Sepat.

Di atas kegigihan dan komitmen untuk memajukan diri, keluarga dan masyarakat, beliau mendapat pulangan lumayan setiap bulan dari aktiviti pertanian dan bukan pertanian yang diusahakan dengan perancangan yang teliti dan teratur. Segala kejayaan yang dikecapi membuktikan bidang pertanian mampu memberi pulangan menguntungkan selaras dengan galakan kerajaan bahawa “Pertanian Adalah Perniagaan”.

pendapatan dan mengurangkan kos dan lebihan untuk dijadikan baja ke arah meningkatkan hasil pendapatan dan mengurangkan kos dan lebihan

BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN 11

Page 12: PELADANG JAYA WANITA 2008 PELADANG …103.8.163.254/document/upload/X0LYEETcSolpeBIsV09GE9cnwU...Di atas kegigihan dan komitmen untuk memajukan diri, keluarga dan masyarakat beliau

Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Penaga, Pulau Pinang merupakan pemenang bagi

Anugerah Pertubuhan Peladang Jaya Kebangsaan 2008. PPK dengan 34 Unit Peladang mempunyai ahli seramai 3,512 orang dengan kebanyakkannya terlibat dalam bidang pertanian. Jumlah saham ahli di PPK melebihi RM560 ribu manakala simpanan ahli pula mencecah RM871 ribu.

Diketuai oleh Encik Muhamad Shahizi bin Baharom dengan dibantu seramai 45 orang kakitangan lantikan LPP dan PPK mementingkan kualiti dalam merangka program berkaitan pertanian untuk kebajikan ahli. Kearkaban yang terjalin diantara barisan Jemaah Pengarah yang diketuai oleh Tuan Haji Ismail bin Haji Umar memudahkan usaha tersebut.

Aktiviti utama yang dijalankan oleh PPK lebih kepada bidang pertanian. Antara projek yang dilaksanakan ialah:

· Jualan input pertanian.· Projek ladang benih padi. · Perkhidmatan pengangkutan. · Projek tapak semaian padi dan tanaman padi.· Projek kejenteraan ladang dan perkhidmatan mesin jentanam. · Pengedaran baja subsidi.· Projek tanaman cili fertigasi.

Kesemua projek ini dapat memberi peluang pekerjaan kepada 50 orang ahli peladang yang mampu menjana isipadu perniagaan bernilai RM1,646,664 dengan keuntungan bersih sebanyak RM 225,740 setahun.

Selain itu, PPK juga menjalankan lima projek bukan pertanian bagi memberi perkhidmatan kepada ahli peladang setempat meskipun tender dan kontrak kerajaan seperti kemudahan infrastruktur ladang dan pembersihan parit dan taliair di sawah padi, sewaan peralatan, kredit dan pelbagai perkhidmatan yang bernilai RM357,307. Kesemua projek bukan pertanian ini dapat menyediakan peluang pekerjaan seramai 150 orang melalui isipadu perniagaan sebanyak RM3,612,426 dengan keuntungan bersih sebanyak RM357,207 pada tahun 2007.

Hubungan yang erat dengan jabatan dan agensi, kekukuhan kewangan PPK dan aktiviti simpanan ahli, membolehkan PPK memberi perkhidmatan yang cemerlang kepada ahli peladang. PPK telah berjaya menggerak ahli di kawasan ini dengan menyumbang sebanyak 3,028.40 m/t padi setahun kepada pengeluaran makanan negara.

Sehingga penghujung tahun 2007, PPK telah dapat melahirkan seramai 65 orang usahawan peladang melalui pelbagai projek ekonomi seperti tanaman dan semaian padi, tanaman cili dan sayuran, ternakan lembu dan kambing, ternakan ikan air tawar, memproses kuih tradisional dan sebagainya.

Seramai 300 orang ahli telah mendapat faedah melalui perkhidmatan pembiayaan kredit yang disediakan melibatkan sejumlah RM0.43 juta. Manakala sejumlah 3,000 orang ahli telah mendapat faedah daripada program kebajikan yang telah dianjurkan seperti anugerah pelajaran, kursus dan latihan ,sumbangan kematian, hadiah galakan peladang, sumbangan mengerjakan haji dan sebagainya.

PERTUBUHAN PELADANGJAYA 2008

BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN12

Page 13: PELADANG JAYA WANITA 2008 PELADANG …103.8.163.254/document/upload/X0LYEETcSolpeBIsV09GE9cnwU...Di atas kegigihan dan komitmen untuk memajukan diri, keluarga dan masyarakat beliau

PPK berjaya melaksanakan kesemua sepuluh perkhidmatan kepada ahli/peladang meliputi pengurusan dan pembangunan sumber manusia, mekanisasi/automasi ladang, bekalan ladang, pemasaran, infrastruktur ladang, khidmat nasihat, pengendalian lepas tuai, pembiayaan, pusat sumber dan teknologi pemprosesan.

Atas kecemerlangan yang ditunjukkan oleh PPK, pelbagai anugerah dan pengiktirafan telah diperolehi. Antara anugerah yang diperolehi ialah:

· Anugerah PPK Jaya Peringkat Negeri Pulau Pinang pada tahun 2004, 2005, 2006 dan 2007.

· Anugerah Unit Jaya Peringkat Negeri Pulau Pinang pada tahun 2005, 2006 dan 2007.· Anugerah Pengurusan Kaunter Terbaik LPP Peringkat Kebangsaan pada tahun 1998.

PPK telah berjaya mengasaskan dan menggalakkan peladang menggunakan teknologi penanaman padi menggunakan semaian padi dan mesin “jentanam” dan membimbing peladang ke arah usahawan dengan menawarkan projek-projek tapak semaian padi dan benih secara berkelompok.

PPK turut melaksanakan mini estet padi seluas 338 hektar, projek ladang benih seluas 30 hektar, perkhidmatan kejenteraan ladang dengan 4 buah jentuai, 4 buah traktor 4 roda, 9 buah mesin jentanam, 4 buah lori 1 tan dan sebuah forklift.

Berdasarkan kecemerlangan yang dicapai setakat ini, menjadi harapan PPK segala usaha yang dijalankan terus berdaya maju kerana selain dapat membangunkan PPK ia juga mampu mengubah taraf ekonomi ahli pada masa hadapan.

BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN 13

Page 14: PELADANG JAYA WANITA 2008 PELADANG …103.8.163.254/document/upload/X0LYEETcSolpeBIsV09GE9cnwU...Di atas kegigihan dan komitmen untuk memajukan diri, keluarga dan masyarakat beliau

Unit Peladang ini telah dapat menggembleng seramai 100 orang ahli dalam pelbagai projek termasuklah projek tanaman sayuran, jagung manis, tembikai dan kelapa pandan. Dalam usaha meningkatkan pengeluaran makanan dan atas galakan daripada PPK, terdapat beberapa orang ahli yang mengusahakan ternakan lembu pedaging sebanyak 200 ekor, lembu tenusu 200 ekor dan ternakan kambing 1000 ekor.

Di samping itu, perusahaan kecil dan sederhana turut dijalankan oleh ahli wanita, manakala ternakan ikan dalam sangkar sebanyak 24 unit dan ikan air tawar sebanyak 8 kolam dilaksanakan bagi

Unit Peladang Kampung Desa Sri Taman, Tuaran Sabah merupakan pemenang bagi Anugerah

Unit Peladang Jaya Kebangsaan 2007. Unit Peladang kepada Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Tuaran ini mempunyai ahli seramai 58 orang dengan kebanyakkannya petani dan hampir 93.17 peratus daripada ahli terlibat secara langsung dalam bidang pertanian.

Diketuai oleh Tuan Haji Jumah bin Durasik sebagai Ketua Unit kerap berbincang dengan Pengurus Besar PPK bagi merangka program berkaitan pertanian untuk kebajikan ahli.

UNIT PELADANGJAYA 2008

BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN14

Page 15: PELADANG JAYA WANITA 2008 PELADANG …103.8.163.254/document/upload/X0LYEETcSolpeBIsV09GE9cnwU...Di atas kegigihan dan komitmen untuk memajukan diri, keluarga dan masyarakat beliau

mempelbagaikan pendapatan. Oleh kerana unit ini terletak berhampiran laut terdapat juga ahli yang mengusahakan ternakan kupang dan tiram sebanyak 74 unit. Keseluruhan aktiviti ini telah menjana isipadu perniagaan sebanyak RM1.662 juta setahun dengan keuntungan sebanyak RM 545,000 setahun.

Sehingga penghujung tahun 2007, Unit peladang ini telah dapat mewujudkan beberapa orang usahawan peladang yang menjalankan pelbagai projek berasaskan pertanian.

Unit ini telah berjaya melaksanakan lapan daripada sepuluh perkhidmatan kepada ahli/peladang termasuklah perkhidmatan pengurusan dan pembangunan sumber manusia, automasi ladang, pemasaran, pengembangan khidmat nasihat, bekalan ladang, pembiayaan, teknologi pemprosesan dan infrastruktur ladang.

Dalam mengekalkan dan mengeratkan hubungan silaturrahim, pelbagai program kebajikan telah dianjurkan oleh unit ini seperti majlis sambutan hari raya, majlis berkhatan, gotong-royong, majlis penyerahan anak angkat (UiTM), sambutan Maulidul Rasul, majlis penutupan program rakan muda dan penubuhan kumpulan Nasyid Badrul Amin.

Atas kecemerlangan yang dicapai, Unit Peladang Kampung Desa Sri Taman ini telah menerima Anugerah Unit Peladang Jaya Peringkat Negeri Sabah Tahun 2007.

Kecemerlangan yang dicapai oleh Unit Peladang Kampung Desa Sri Taman telah menjadikan unit ini sebagai unit peladang contoh di Negeri Sabah kerana selain dapat membangunkan unit ia juga berjaya mengubah taraf hidup masyarakat kampung di mana ekonomi kesemua ahli mencapai sasaran yang membanggakan.

BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN 15

Page 16: PELADANG JAYA WANITA 2008 PELADANG …103.8.163.254/document/upload/X0LYEETcSolpeBIsV09GE9cnwU...Di atas kegigihan dan komitmen untuk memajukan diri, keluarga dan masyarakat beliau

PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN

MAHA 2008Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism Show 2008

HPPNK 2008Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2008

Malaysia Agro Exposition Park,Serdang (MAEP), Selangor

11 - 23 Ogos 200810.00 pagi - 7.00 malam

Penaung Dato’ Haji Abd. Rahim bin Haji Ahmad

Penasihat Haji Arpan Shah bin Satu

Hajah Mariam Mas bte Yaacob

Ketua Pengarang Haji Abd. Nasir bin Haji Ismail

Penyunting Azizan bin Othman

Rohman bin Jasmani

Edisi InternetHaninah bte Abd. Rahman

Diterbitkan Oleh:Lembaga Pertubuhan Peladang,

Blok C Utara, Pusat Bandar Damansara, Bukit Damansara,50990 Kuala Lumpur.

Berita Transformasi Elektronikboleh dilayari di

http://www.lpp.gov.my

Grafi k/IllustratorRohman bin JasmaniKamaruzzan bin Hanif

MAHA 2008MAHA 2008