projek tebatan banjir di sungai ular - nre.gov.my di akhbar/projek tebatan... · projek tebatan...

2
Projek tebatan banjir di Sungai Ular KULIM 19 Dis. - Banjir kilat yang sering berlaku di beberapa kampung dalam Mukim Sungai Ular di sini, yang melibatkan hampir 5,000 penduduk, boleh dielakkan dengan pelaksanaan projek tebatan banjir. Sejak lebih 15 tahun lalu, beberapa kampung terutama Kampung Teluk Sira, Kampung Sungai Ular dan Kampung Paya Tok Betuk sering mengalami masalah banjir kilat sama ada pada musim hujan atau sekadar mengalami hujan lebat, sekurang-kurang enam atau tujuh kali setahun. Penyelaras Dewan Undangan Negeri Merbau Pulas, Abdul Rahman Mahamud berkata, pihaknya dengan kerjasama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Kulim/Bandar Baharu telah menyediakan satu kertas cadangan mengenai projek berkenaan untuk dipertimbangkan kerajaan. ''Satu salinan kertas cadangan tersebut hari ini diserahkan kepada Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Sahlan Ismail untuk disampaikan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak,'' katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Kecemerlangan Pendidikan oleh Sahlan di sini. Kira-kira 2,000 waris pelajar dan 371 pelajar yang mendapat 5A dan 7A dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2010 dari sekolah rendah kawasan Parlimen Padang Serai hadir pada majlis itu. Pelajar-pelajar tersebut juga mendapat sumbangan penghargaan RM100 setiap seorang. Abdul Rahman yang juga Ketua UMNO bahagian berkenaan berkata pihaknya amat berharap supaya Perdana Menteri dapat memasukkan projek itu dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) kerana penduduk di kawasan terbabit telah lama menderita mengalami banjir tersebut. - BERNAMA Tajuk : Projek tebatan banjir di Sungai Ular Tarikh : 20 Disember 2010 Sumber : Utusan Malaysia KERATAN AKHBAR ONLINE

Upload: dangxuyen

Post on 06-Feb-2018

241 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Projek tebatan banjir di Sungai Ular - nre.gov.my di Akhbar/Projek tebatan... · Projek tebatan banjir di Sungai Ular KULIM 19 Dis. - Banjir kilat yang sering berlaku di beberapa

Projek tebatan banjir di Sungai Ular

KULIM 19 Dis. - Banjir kilat yang sering berlaku di beberapa kampung dalam Mukim Sungai

Ular di sini, yang melibatkan hampir 5,000 penduduk, boleh dielakkan dengan pelaksanaan

projek tebatan banjir.

Sejak lebih 15 tahun lalu, beberapa kampung terutama Kampung Teluk Sira, Kampung

Sungai Ular dan Kampung Paya Tok Betuk sering mengalami masalah banjir kilat sama ada

pada musim hujan atau sekadar mengalami hujan lebat, sekurang-kurang enam atau tujuh

kali setahun.

Penyelaras Dewan Undangan Negeri Merbau Pulas, Abdul Rahman Mahamud berkata,

pihaknya dengan kerjasama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Kulim/Bandar

Baharu telah menyediakan satu kertas cadangan mengenai projek berkenaan untuk

dipertimbangkan kerajaan.

''Satu salinan kertas cadangan tersebut hari ini diserahkan kepada Setiausaha Politik

Perdana Menteri, Datuk Sahlan Ismail untuk disampaikan kepada Datuk Seri Najib Tun

Razak,'' katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Kecemerlangan Pendidikan

oleh Sahlan di sini.

Kira-kira 2,000 waris pelajar dan 371 pelajar yang mendapat 5A dan 7A dalam peperiksaan

Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2010 dari sekolah rendah kawasan Parlimen

Padang Serai hadir pada majlis itu.

Pelajar-pelajar tersebut juga mendapat sumbangan penghargaan RM100 setiap seorang.

Abdul Rahman yang juga Ketua UMNO bahagian berkenaan berkata pihaknya amat

berharap supaya Perdana Menteri dapat memasukkan projek itu dalam Rancangan Malaysia

Ke-10 (RMK-10) kerana penduduk di kawasan terbabit telah lama menderita mengalami

banjir tersebut. - BERNAMA

Tajuk : Projek tebatan banjir di Sungai Ular

Tarikh : 20 Disember 2010

Sumber : Utusan Malaysia

KERATAN AKHBAR ONLINE

Page 2: Projek tebatan banjir di Sungai Ular - nre.gov.my di Akhbar/Projek tebatan... · Projek tebatan banjir di Sungai Ular KULIM 19 Dis. - Banjir kilat yang sering berlaku di beberapa