projek internship 2 | kertas kerja lagu sekolah sk st. andrew

8
SEKOLAH KEBANGSAAN ST. ANDREW KERTAS KERJA PROJEK GUBAHAN LAGU SEKOLAH SK ST. ANDREW, SARIKEI PROJEK INTERNSHIP (INDIVIDU) PISMP PENDIDIKAN MUZIK AMBILAN JANUARI 2012 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU DI BAWAH KENDALIAN GURU PELATIH STEPHANIE UNSIL ANAK RAKEY

Upload: stephanie-unsil-rakey

Post on 14-Apr-2017

237 views

Category:

Education


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Projek Internship 2 | Kertas Kerja Lagu Sekolah SK St. Andrew

SEKOLAH KEBANGSAAN ST. ANDREW

KERTAS KERJA PROJEK GUBAHAN LAGU SEKOLAH

SK ST. ANDREW, SARIKEI

PROJEK INTERNSHIP (INDIVIDU) PISMP PENDIDIKAN MUZIK AMBILAN JANUARI 2012

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU

DI BAWAH KENDALIAN GURU PELATIH STEPHANIE UNSIL ANAK RAKEY

PELAJAR PISMP PENDIDIKAN MUZIK AMBILAN JANUARI 2012DENGAN KERJASAMA SK ST. ANDREW, SARIKEI

Page 2: Projek Internship 2 | Kertas Kerja Lagu Sekolah SK St. Andrew

1.0 PENGENALAN

Internship ialah satu program latihan di lapangan yang bertujuan untuk

mengaitkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman sedia ada dengan

amalan sebenar tugas guru permulaan. Dalam pada itu, pelajar dikehendaki

merancang, melaksana dan menilai projek dan aktiviti yang berkaitan dengan

pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah atau aktiviti

rutin yang telah menjadi amalan dan budaya sekolah. Internship juga memberi

peluang kepada pelajar untuk meningkatkan keyakinan diri, jati diri, ketahanan

diri, membentuk sifat kepemimpinan dan memupuk nilai profesionalisme

keguruan ke arah melahirkan guru permulaan yang berkesan.

Projek Lagu Sekolah St. Andrew ini dilakukan bagi memenuhi kehendak

aktiviti intership yang berkaitan dengan subjek major iaitu Pendidikan Muzik.

Malah, projek ini dilakukan bagi memberi gubahan muzik dan lirik yang

baharu agar lebih bersemangat dan menarik. Diharapkan agar dengan adanya

gubahan lagu sekolah yang baru, ia akan menjadikan warga sekolah lebih

sayang dan cinta akan identiti sekolah.

2.0 MATLAMAT

Gubahan lagu baru SK St. Andrew, yang merangkumi muzik dan lirik lagu

dilakukan dengan rasionalnya agar selari dengan lagu – lagu semasa yang

bersemangat dan mudah diingati oleh guru dan juga murid. Lagu baharu juga

dibuat agar seiringan dengan falsafah dan nilai SK St. Andrew yang tersendiri

yang akan menjadi panduan serta pedoman kepada warga sekolah. Falsafah

dan nilai sekolah SK St Andrew Sarikei boleh diterjemahkan menerusi moto

sekolah, lagu sekolah, dan ikrar pelajar. Kewujudan falsafah dan nilai sekolah

ini sebenarnya tersurat tetapi membawa seribu pengertian yang tersirat.

Sekolah Kebangsaan St Andrew Sarikei telah mengadaptasikan Falsafah dan

Nilai menerusi Moto serta Lagu Sekolah untuk menjadi panduan dan pedoman

seluruh warga sekolah. Berikut merupakan moto Sekolah Kebangsaan St.

Andrew Sarikei:

Page 3: Projek Internship 2 | Kertas Kerja Lagu Sekolah SK St. Andrew

“RAJIN DAN USAHA PENENTU KEJAYAAN”

Melambangkan semua warga Sekolah Kebangsaan St. Andrew Sarikei akan

bekerja dengan rajin dan sentiasa berusaha bersungguh-sungguh secara

berterusan untuk menentukan kecemerlangan dari aspek Kurikulum,

Kokurikulum, kemampatan sahsiah, kejituan semangat patriotisme dan

kesejagatan kepimpinan dengan berteraskan peningkatan kebersihan,

keindahan, keselamatan dan kerohanian. Kecemerlangan ini selaras dengan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Visi Jabatan Pendidikan Negeri

Sarawak.

3.0 OBJEKTIF

Objektif yang ingin dicapai adalah

a) Memberi gubahan lagu sekolah SK St. Andrew yang baharu.

b) Meningkatkan motivasi guru, murid dan kakitangan SK St. Andrew.

c) Meningkatkan perasaan cinta dan sayang akan sekolah berdasarkan

lirik lagu sekolah.

d) Mengeratkan hubungan dalam kalangan guru, kakitangan dan murid

SK St. Andrew Sarikei.

e) Menyediakan identiti sekolah melalui lagu sekolah berasaskan prinsip

perkembangan fisiologi, psikologi, intelek, emosi dan kerohanian.

4.0 PENGANJUR

PISMP Pendidikan Muzik Semester 8 Ambilan Januari 2012, Institut

Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu, Kelantan.

Page 4: Projek Internship 2 | Kertas Kerja Lagu Sekolah SK St. Andrew

5.0 AHLI JAWATANKUASA

5.1Jawatankuasa Induk

Penaung Cikgu Nyangai@Nanggai Anak Ason

(Guru Besar)

Penasihat I Cikgu Churchil Anak Frank Machop

(Penolong Kanan Kurikulum)

Penasihat II Cikgu Azeman Bin Akel

Pengerusi (Penolong Kanan Kokurikulum)

Cikgu Zalani Bin Sidi

(Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)

Mentor Cikgu Arzuna Binti Awi

Page 5: Projek Internship 2 | Kertas Kerja Lagu Sekolah SK St. Andrew

6.0 PELAN TINDAKAN

Berikut merupakan pelan tindakan dalam projek gubahan lagu sekolah SK St.

Andrew, Sarikei.

Bil Tarikh Aktiviti Tindakan

1 28 September 2015

Mendengar nyanyian lagu sekolah SK St. Andrew semasa perhimpunan pagi

Kerjasama daripada warga sekolah SK St. Andrew

2 29 September 2015

Memberi cadangan projek kepada barisan pentadbir sekolah berkenaan projek gubahan lagu SK St. Andrew

Kelulusan daripada pihak pentadbir sekolah

3 2 Oktober 2015 Mendapatkan mp3 lagu asal SK

St. Andrew dan juga lirik lagu sekolah

Kerjasama daripada barisan pentadbir sekolah dan juga mentor

4 3 hingga 15 Oktober 2015

Membuat gubahan baru lagu sekolah

Bimbingan daripada mentor Cik Arzuna Bt. Awi

516 Oktober hingga 23 Oktober

Memperdengarkan gubahan baru lagu sekolah SK St. Andrew Sarikei semasa PdP Dunia Muzik

Kerjasama daripada murid – murid Tahun 1 hingga Tahun 6 SK St. Andrew

Page 6: Projek Internship 2 | Kertas Kerja Lagu Sekolah SK St. Andrew

7.0 PENUTUP

Semoga dengan gubahan lagu baru sekolah Sekolah Kebangsaan St.

Andrew, dapat meningkatkan pengahayatan murid dan warga sekolah

terhadap seni kata lagu sekolah. Malah, semangat patriotik dan cinta akan

sekolah menyumbang kepada penglibatan aktif murid dalam bidang akademik

dan juga kokurikulum sekolah. Suasana sekolah yang penyayang dapat

membantu guru dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang lebih

menarik dan berkualiti seterusnya membina suasana pembelajaran yang

seronok dan gembira.

Bagi pihak guru pelatih, projek gubahan baru lagu sekolah SK St.

Andrew ini dapat dijadikan satu pengalaman baru yang berguna sebagai

bekalan ilmu ketika sudah menjadi guru sebenar kelak. Pelaksanaan projek ini

juga diharapkan dapat memberi impak kepada konsep kendiri guru pelatih

terhadap kemahiran mengurus dan memimpin. Sehubungan itu, sokongan

dan kerjasama daripada semua pihak adalah diharapkan bagi kejayaan

gubahan baru lagu sekolah SK St. Andrew.

Page 7: Projek Internship 2 | Kertas Kerja Lagu Sekolah SK St. Andrew

Disediakan Oleh

_____________________________

(STEPHANIE UNSIL ANAK RAKEY)

Penyelaras

Projek Gubahan Lagu Sekolah

SK St. Andrew, Sarikei

Disemak Oleh

_____________________________

(AZEMAN BIN AKEL)

Guru Penolong Kanan Kurikulum

SK St. Andrew, Sarikei

Disahkan Oleh

_____________________________

(CHURCHIL ANAK FRANK MACHOP)

Guru Penolong Kanan Kurikulum

b.p Guru Besar

SK St. Andrew, Sarikei