projek ict 2011(hazim 3g)

8
DITULIS OLEH: SALMAN SULAIMAN(2008 ) PROJEK ICT 2011 MUHD HAZIM 3G(30)

Upload: muhamad-hazim

Post on 26-Jun-2015

279 views

Category:

Spiritual


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Projek ict 2011(hazim 3G)

DITULIS OLEH:SALMAN SULAIMAN(2008)

PROJEK ICT 2011

MUHD HAZIM3G(30)

Page 2: Projek ict 2011(hazim 3G)

Penulisnya adalah Salman SulaimanCerita ini pada mulanya adalah sebuah

cerpen yang dipaparkan di dalam Mingguan Malaysia dan kemudian dimasukkan ke dalam pertandingan Hadiah Sastra Kumpulan utusan dan menang dalam kategori cerpen remaja.

{Maklumat lanjut tentang penulis tidak dapat dicari}

PENULIS

Page 3: Projek ict 2011(hazim 3G)

PENGENALAN“Batu-batu di jalanan” mengungkapkan perjuangan umat Palestin membebaskan bumi al-Aqsa daripada cengkaman tentera Yahudi. Selain pendedahan tentang kezaliman Zionis di bumi Palestin, ajaran agama Yahudi yang menyifatkan bangsa mereka sebagai umat terpilih juga dibangkitkan sebagai kesedaran kepada khalayak. Permasalahan di bumi Palestin yang berlarutan sejak puluhan tahun tidak pernah selesai dan tetap relevan untuk diperkatakan. Bagi kalangan remaja, paparan ini membangkitkan kepekaan mereka terhadap permasalahan sejagat dan mengambil ikhtibar daripadanya.Kesannya akan menginsafkan remaja tentang nilai keberanian dan perjuangan ummah yang berterusan. Kekuatan cerita ini juga terletak pada strategi naratifnya yang bercorak argumentatif dan memanfaatkan hujah-hujah yang autentik daripada al-Quran bagimemperjelaskan keluruhan perjuangan jihad secara ilmiah. Dengan kaedah sedemikian, karya ini menjadi sebuah teks berilmu yang beroperasi dengan sarana sastera yang estetis.

Page 4: Projek ict 2011(hazim 3G)

SINOPSISBatu-batu di jalanan sebenarnya adalah

sebuah cerpen yang dipanjangkan.Cerita ini adalah sebuah autobiografi seorang remaja yang menetap di Palestin.Cerita ini mendedahkan hidup penulis sebagai seorang remaja. Selepas kawannya, Tariq, ditembak mati oleh tentera Yahudi, Penulis mengimbas kembali bagaimana rakan dan abangnya mati dan meyoalkan diri kenapa mereka rela membuat demikian.

Page 5: Projek ict 2011(hazim 3G)

SATU BAHAGIAN CERITA YANG MENARIK{“Laa tahzan innallah hama’ana!”Tariq lari dengan berani menuju ke kawasan gerombolan askar-askar Yahudi yang sedang berkawal dekat bangunan sekolah kami yang hampir berkecai.Kalimah Allah yang bermaksud ,”Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama Allah bersama kita,”dari surah At-Taubah ayat 40 itulal yang tidak putus-putus diucapnya. Aku nampak ada beberapa ketul batu di kedua-dua tangannya danTariq begitu semangat sekali. Kami kawan-kawannya tahu bahawa dia memang tidak pernah gentarkan mati. Semakin lama semakin laju langkah lariannya dan setelah begitu hampir dengan musuh, dia berhenti seketika- memusingkan badan dengan penuh semangat dan keberanian dia melontarkan batu-batu di tangannya ke arah tentera bersenjata yang berdiri mengawal.

Setelah habis batu-batu di tangannya dilontarkan, dia kembali berlari ke tempat kami berkumpul. Kami lihat salah seorang askar Yahudi menghalakan muncung senapangnya ke arah Tariq lalu melepaskan tembakan rambang yang kemudian mengenai bangunan-bangunan yang diterbiarkan. Salah satu peluru itu memakan tubuh Tariq dan di depan kami dia rebah tersungkur menyembah bumi. Dengan kalimah Allahu-akbar kami usung jenazah teman kami yang syahid itu untuk

Page 6: Projek ict 2011(hazim 3G)

disemandikan. Dan dengan linangan air mata kami restui pemergiannya ke hadrat Pencipta sambil kami juga menyimpan cita-cita untuk ikut syahid sepertinya.

Kini aku merindukan suasana pagi yang manis sebelum kami sama-sama berjalan ke sekolah yang terletak sekira-kira sekilometer dari rumah. Aku rindukan kelibat Tariq yang tidak pernah luntur dengan semangat jiwanya.Aku rindikan Syifa’, seperti Tariq, yang turut dibunuh oleh tentera Yahudi.Aku rindukan Taha,teman sepermainan periangku yang dicolek oleh Tentera Yahudi. Aku juga sangat-sangat yang kasihnya kepada kami sekeluarga tidak dapat dibayar dengan harta dunia.} “Batu-batu di jalanan”, Salman Sulaiman ,Mingguan Malaysia,14 September 2008

Page 7: Projek ict 2011(hazim 3G)

KENAPAKAH MENARIK?Bahagian cerita ini paling merarik untuk saya kerana ia memaparkan situasi di dalam cerita ini dengan jelas dan ia menunjuk betapa semangat warga Palestin melawan tentera Yahudi. Saya boleh membayangkan pemandangan dalam cerita ini dan juga merasai rindu penulis kepada semua kawan-kawan dan anggota keluarganya yang terkorban dalam cerita ini.Bahagian ini juga adalah klimaks cerita dan ia penuh dengan aksi dan perasaan.

Page 8: Projek ict 2011(hazim 3G)

--SELESAI--