program sarjana sains sosial (pengajian rasuah)

10
312 / Panduan Siswazah Sesi Akademik 2007-2008 Struktur Program Ijazah Sarjana Sains Sosial (Pengajian Rasuah) Program ini mengkhusus kepada bidang Pengajian Rasuah. Struktur kurikulum dan senarai kandungan kursus bagi program ini adalah seperti berikut: Kursus Wajib (21 unit) Kod Nama Kursus SKAR6013 Sosiologi Rasuah SKAR6023 Kriminologi SKAR6033 Undang-undang dan Jenayah Rasuah SKAR6043 Kaedah Penyelidikan Lanjutan SKAR6053 Penyiasatan dan Pengurusan Rasuah SKAR6063 Integriti, Governan dan Rasuah SKAR6073 Jenayah Rasuah dan Kawalan Sosial Kursus Wajib (4 unit) Kod Nama Kursus SKAR6084 Projek Penandaarasan Kursus Elektif (6 unit) Kod Nama Kursus SKAR6123 Forensik Penyiasatan (Elektif terarah) SKAR6103 Rasuah dan Isu Pemangsaan SKAR6113 Masyarakat, Media dan Pencegahan Rasuah SKAR6133 Seminar Isu Perundangan dan Penguatkuasaan SKAR6143 Seminar Perbandingan Tindakan Membanteras Rasuah Tesis Sarjana (9 unit) Kod Nama Kursus SKAR6069 Projek Penyelidikan Sarjana Pengajian Rasuah Jumlah Keseluruhan : 40

Upload: ala67

Post on 08-Jun-2015

1.657 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Program Sarjana Sains Sosial (Pengajian Rasuah)

312 / Panduan Siswazah Sesi Akademik 2007-2008

Struktur Program

Ijazah Sarjana Sains Sosial (Pengajian Rasuah)

Program ini mengkhusus kepada bidang Pengajian Rasuah. Struktur kurikulum dan senaraikandungan kursus bagi program ini adalah seperti berikut:

Kursus Wajib (21 unit)

Kod Nama KursusSKAR6013 Sosiologi RasuahSKAR6023 KriminologiSKAR6033 Undang-undang dan Jenayah RasuahSKAR6043 Kaedah Penyelidikan LanjutanSKAR6053 Penyiasatan dan Pengurusan RasuahSKAR6063 Integriti, Governan dan RasuahSKAR6073 Jenayah Rasuah dan Kawalan Sosial

Kursus Wajib (4 unit)

Kod Nama KursusSKAR6084 Projek Penandaarasan

Kursus Elektif (6 unit)

Kod Nama KursusSKAR6123 Forensik Penyiasatan (Elektif terarah)SKAR6103 Rasuah dan Isu PemangsaanSKAR6113 Masyarakat, Media dan Pencegahan RasuahSKAR6133 Seminar Isu Perundangan dan PenguatkuasaanSKAR6143 Seminar Perbandingan Tindakan Membanteras Rasuah

Tesis Sarjana (9 unit)Kod Nama KursusSKAR6069 Projek Penyelidikan Sarjana Pengajian Rasuah

Jumlah Keseluruhan : 40

Page 2: Program Sarjana Sains Sosial (Pengajian Rasuah)

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan / 313

Sinopsis Kursus/Course Synopsis

SKAR6013 Sosiologi Rasuah (Sociology of Corruption)Secara umum perbuatan rasuah terdapat dalam hampir semua negara di dunia. Kesanperbuatan jenayah ini boleh merosakkan ekonomi sesebuah negara, menghambatpembangunan, menjatuhkan sesebuah kerajaan, dan menghakis kepercayaan terhadapkerajaan atau juga terhadap seseorang individu atau sesebuah organisasi. Perbuatan inijuga boleh meningkatkan risiko tempat kerja, rumah, ubat-ubatan dan alam sekitar yangtidak selamat. Pembuat dasar dan pentadbir juga anggota masyarakat secara umumbingung cara bagaimana hendak menyelesaikan masalah ini dengan jayanya. Kursus inibertujuan menghuraikan enam tema umum yang lazimnya terdapat dalam wacanaberkaitan rasuah, iaitu definisi konsep rasuah; sebab-sebab berlakunya rasuah; pola rasuah;jenis rasuah; kesan atau akibat perbuatan rasuah dan kawalan rasuah.

Bacaan AsasDavid Kang. 2002. Crony capitalism, corruption and development. New York:

Cambridge University Press.Haller, D. & Shore, C. (ed.) 2005. Corruption: Anthropological perspectives. London:

Pluto Press.Heidenheimer, A. & Johnston, M. (ed.) 2002. Political corruption: Concepts and

contexts. New Brunswick, NJ: Transaction Publishers.Rose-Ackerman, S. 1999. Corruption and government. New York: Cambridge University

Press.Syed Hussein Alatas. 1990. Corruption: Its nature, causes and functions. Avebury;

Aldershot.

SKAR6023 Kriminologi (Criminology)Jenayah adalah salah satu masalah sosial yang perlu dikaji secara ilmiah dan ditanganisebaik mungkin oleh setiap masyarakat. Disiplin kriminologi cuba meneliti tingkah lakujenayah sebagai hasil pelbagai struktur dan proses sosial serta saling hubungannya yangkompleks, lalu menyarankan beberapa bentuk kawalan sosial yang dianggap sesuai bagimembendung masalah jenayah. Kursus ini memperkenalkan pelajar kepada satu penilaiankritis tentang perkembangan sejarah kriminologi; jenis jenayah; pendekatan teoritikal;dan pendekatan serta isu metodologikal dalam menganalisis pelbagai jenis jenayah termasukjenayah kolar putih dan jenayah terancang seperti rasuah dan penipuan. Pelajar diharapdapat membincang pelbagai kerangka teoritikal klasik dan kontemporari, isu-isu lokal danglobal dalam kriminologi, dan pelbagai penemuan kajian yang dianggap relevan dalammemahami sesuatu pelanggaran undang-undang dan pelaksanaan kawalan sosialterhadapnya.

Page 3: Program Sarjana Sains Sosial (Pengajian Rasuah)

314 / Panduan Siswazah Sesi Akademik 2007-2008

Bacaan AsasMuncie, J. & McLaughlin, E. (eds.). 2001. The problem of crime. London: Sage

Publications.Shelley, J. F. 2002. Criminology: A contemporary handbook. Ed. Ke-3. Belmont, CA:

Wadsworth.Syed Hussein Alatas. 1995. Rasuah: Sifat, sebab dan fungsi. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.Walklate, S. 2003. Understanding criminology: Current theoretical debates. Ed. Ke-

2. Buckingham: Open University Press.Williams III, F. P. & McShane. 2004. Criminological theory. New Jersey: Pearson

Prentice Hall.

SKAR6033 Undang-Undang dan Jenayah Rasuah (Law and Corruption)Kursus ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu pengenalan kepada sistem perundanganMalaysia, bahagian kedua pengenalan kepada undang-undang jenayah dan bahagian ketigamelibatkan kajian rasuah sebagai suatu jenayah. Perbincangan bermula denganmemperkenalkan sistem perundangan di negara ini bermula dengan sejarah, latarbelakangdan perkembangan, sumber perundangan, konsep asas perundangan dan sistem keadilanjenayah. Manakala bahagian kedua pula cuba menjelaskan konsep undang-undangjenayah, takrif dan pengertian, unsur-unsur jenayah dan kesalahan jenayah di bawahstatut. Seterusnya bahagian ketiga pula terus merujuk kepada rasuah sebagai suatujenayah. Akan disentuh juga sejarah rasuah dan amalan yang dikategorikan sebagai suatuperbuatan rasuah dan seterusnya membincangkan undang-undang bertulis yang berkaitandengan jenayah rasuah.

Bacaan AsasAhmad Ibrahim, dan Ahilemah Joned. 1985. Sistem undang-undang di Malaysia. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.Anita Abdul Rahim. 2002. Kecualian-kecualian khusus dalam undang-undang

jenayah Malaysia. Bangi: Penerbit FUU, UKM.Bonadeo, A. 1973. Corruption, conflict and power in the works and times of Nicolo

Machiavelli. Los Angeles:. University of Carlifornia Press.Koh K.L., Clarkson, C.M.V., & Morgan, N.A. 1998. Criminal law in Singapore and

Malaysia: Text, materials & comments (4th Impression) Singapore: MLJ, KL.Smith, J. C. & Hogan, B. 1999. Criminal law (Ed. 9). London: Butterworth.

SKAR6043 Kaedah Penyelidikan Lanjutan (Advanced ResearchMethodology)Kursus ini bertujuan mendalami kaedah penyelidikan sains sosial sekaligus membantupenulisan kertas cadangan dan pelaksanaan penyelidikan tesis sarjana. Untuk ini kedua-dua teknik kuantitatif dan kualitatif akan diperhalusi. Kaedah analisis data seperti kaedahbivariate, multivariate, dan factor analysis juga akan dibincangkan. Selain itu, kursus

Page 4: Program Sarjana Sains Sosial (Pengajian Rasuah)

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan / 315

ini akan menyentuh beberapa isu dan masalah berkaitan penyelidikan seperti membinaresearch design, etika penyelidikan, dan plagiarisme.

Bacaan AsasAder, H.J. & Mellenbergh, G.J. 1999. Research method in the life, behavorial and

social sciences. London: Sage.Berg, B. L. 2003. Qualitative research methods for the social sciences. Ed. 5., Boston:

Allyn and Beacon.Creswell, J. W. 2002. Research design: Qualitative, quantitative and mixed methods

approaches. Edisi 2. London: Sage.Leedy, P. L. & Ormrod J. 2000. Practical research: Planning and design. New York:

Prentice Hall.Yin, R. 2002. Application of case study research. London: Sage.

SKAR6053 Penyiasatan dan Pengurusan Rasuah (Investigation andManagement of Corruption)Rasuah, penyelewengan dan penipuan merupakan risiko yang sangat serius terhadapsektor awam khususnya dan risiko seperti ini tidak boleh dipandang ringan. Akibatnyasering melangkaui kerugian kewangan semata-mata, bahkan menyebabkan integritisesuatu organisasi terancam dan dengan itu, merupakan cabaran yang mesti ditanganidengan baik. Justeru, mengurus sesuatu penyiasatan rasuah dengan kaedah terbaik (bestpractice) amat diperlukan, memandangkan sebarang siasatan pertuduhan rasuah harusditangani secara kompeten. Kursus ini memberi tumpuan kepada kaedah-kaedah terbaik(best practices) yang digunapakai dalam siasatan rasuah pada masa kini; etik dan emikdalam menjalankan penyisatan; peruntukan undang-undang dan peraturan sedia ada;proses dan tatacara penyiasatan seperti penentuan skop siasatan, tanggungjawab dankuasa penyiasatan, pelaksanaan siasatan, pengumpulan bukti dan mengemukakan rumusansiasatan (kertas siasatan). Matlamat kursus adalah untuk menyediakan pegawai yangcekap dalam pengendalian penyiasatan mengenai rasuah dan kompeten untukmenguruskannya dengan baik.

Bacaan AsasCampbell, N.C. 1998. Effective policies and procedures: a step-by-step resource for

clear communication. New York: American Management Association.Criminal Procedure Code (Act 593)Gabriel, J.C. (eds) 1997. New York City police corruption: Elite perspectives in India.

New Delhi: University of Hyderabad.Hayes, A. G. and Weierter, S. 2003. Regulatory risks: minimising misconduct risks in

agencies with regulatory functions. Building Capacity Series, no. 2. CMC, Brisbane.Vinod Pavarala. 1997. Corruption and good governance. New York: United Nations

Development Programme.

Page 5: Program Sarjana Sains Sosial (Pengajian Rasuah)

316 / Panduan Siswazah Sesi Akademik 2007-2008

SKAR6063 Integriti, Governan dan Rasuah (Integrity, Governance, andCorruption)Integriti dalam kerajaan merujuk kepada tingkat moral dalam perkhidmatan awam, iaitukualiti kerajaan dan pentadbirannya. Berkaitan hal ini boleh dikatakan bahawa negarasemakin tercabar dengan peningkatan keprihatinan mengenai moraliti institusi awam danswasta termasuk keprihatinan mengenai mereka yang menggunakan organisasi untukfaedah sendiri dan tuntutan yang birokrasi kenakan terhadap pekerjanya. Bahkan, kosberlakunya rasuah dan salahtadbir (misgovernment) adalah amat tinggi. Kursus inimemperkenalkan konsep asas etika dan kaitkannya dengan integriti dan cabaran governan.Kursus ini bertujuan mempertingkatkan kesedaran mengenai hubungkait antara etika,integriti, governan dan rasuah. Perhatian akan diberikan juga kepada isu mengenaikebertanggungjawaban, penyertaan, ketelusan dan etika birokratik. Selain itu pelajardijangka memahami hubungkait integriti dan ketelusan dan antara konflik kepentingandan langkah-langkah mencegah rasuah.

Bacaan AsasAdams, G.B. and Balfour, D.L. 2004. Unmasking administrative evil. Thousand Oaks,

CA: Sage.Peters, B.G. and Savoie D.J. (ed.) 2000. Governance in the twenty-first century:

Revitalizing the public service. Montreal: CCMD.Peters, B.G. 2001. The politics of bureaucracy (edisi ke5). London: Routledge.Root, H. 1996. Small countries, big lesson: Governance and the rise of East Asia.

Hong Kong: Oxford University Press for Asian Development Bank.Rosenson, B.A. 2005. The shadowland of conduct: Ethics and state politics.

Washingotn DC: Georgetown University Press.

SKAR6073 Jenayah Rasuah dan Kawalan Sosial (Corruption and SocialControl)Sistem dan bentuk kawalan sosial merupakan suatu perkara paling signifikan tetapikontroversial dalam usaha menangani masalah jenayah/jenayah rasuah di banyak negarakini. Kursus ini memberi tumpuan kepada falsafah kawalan sosial; pelbagai pendekatanteoritikal tentang kawalan sosial; dan sistem serta mekanisme kawalan sosial formal,separuh formal dan informal bagi jenayah secara umum dan bagi jenayah kolar putih danjenayah terancang secara khusus. Pelbagai aspek kawalan sosial akan dibincang dalamkonteks senario semasa sesuatu jenayah/jenayah rasuah, etiologinya, isu kebahayaannyadari pelbagai segi, dan keberkesanan mekanisme kawalan sosial untuk membendungjenayah/jenayah rasuah pada peringkat individu, organisasi, undang-undang danmasyarakat. Perbincangan pelajar akan menjelajahi pelbagai cabaran terkini dalammelaksanakan kawalan sosial terhadap jenayah/tingkah laku dan pelaku rasuah secaraberkesan dan mapan.

Page 6: Program Sarjana Sains Sosial (Pengajian Rasuah)

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan / 317

Bacaan AsasGarland, D. 2001. The culture of control: Crime and social order in contemporary

society. Oxford: Oxford University Press.Marsh, I., Cochrane, J. & Melville, G. 2004. Criminal justice: An introduction to

philosophies, theories and practice. London: Routledge.S. Hadi Abdullah & K. S. Sieh (eds.). 2005. Tunku Abdul Aziz.Fighting corruption:

My mission. Kuala Lumpur: Konrad-Adenauer Foundation.Syed Hussein Alatas. 1999. Corruption and the destiny of Asia. Petaling Jaya: Prentice

Hall (M) Sdn. Bhd. and Simon & Schuster (Asia) Pte. Ltd.White, R. D. & Perrone, S. 1997. Crime and social control. New York: Oxford University

Press.

SKAR6084 Projek Penanda Arasan (Benchmarking Project)Lawatan sambil belajar dibuat ke sebuah negara yang dikenalpasti mempunyai tahapCorruption Perception Index (CPI) yang rendah. Negara akan dipilih daripada sepuluhbuah negara yang berada di tangga teratas CPI. Berdasarkan CPI 2005 negara-negaratersebut ialah Iceland, Finland, New Zealand, Denmark, Singapura, Sweden, Switzerland,Norway, Australia dan Austria. Lawatan dilakukan bertujuan memahami, mendapatkanidea, mempelajari daripada negara-negara yang mempunyai imej yang bersih berkaitanrasuah dan kedudukan integriti yang tinggi. Lawatan juga bertujuan mengkaji dan menilaiamalan terbaik (best practices) dan berguna yang terdapat di negara berkenaan danyang mungkin boleh digunapakai di negara sendiri. Selain itu ialah untuk membina jaringanhubungan yang bermakna lagi berfaedah untuk tujuan kerjasama masa mendatang.Beberapa buah organisasi dan agensi yang relevan akan dikunjungi semasa lawatan itu.Setelah kembali daripada melakukan lawatan sambil belajar ini pelajar dijangkamenghasilkan laporan sepanjang 10,000 patah perkataan.

SKAR6069 Projek Penyelidikan Sarjana Pengajian Rasuah (Graduate Thesison Corruption Studies)Kursus ini memerlukan para pelajar menyediakan dan melaksanakan satu projekpenyelidikan yang berkaitan dengan isu-isu rasuah dalam pelbagai disiplin sepertipengurusan, sejarah, sosiologi, media, politik dan keselamatan semasa. Para pelajar perlumenyediakan cadangan penyelidikan terlebih dahulu dan diluluskan oleh jawatankuasapengajian yang dilantik oleh pihak Fakulti bagi meneliti kertas cadangan tersebut sebelumdibenarkan untuk melaksanakan projek yang dicadangkan. Kepanjangan tesis sarjanayang dihasikan kelak seharusnya tidak melebihi 30,000 patah perkataan.

Bacaan AsasMauch, J. E. & Park. N. 2003. Guide to the successful thesis and dissertation: A

handbook for students and Faculty. (Ed. 5). New York: M. Dekker.Panduan menulis tesis Gaya UKM. Jld. 7. Bangi: Pusat Pengajian Siswazah UKM.

Page 7: Program Sarjana Sains Sosial (Pengajian Rasuah)

318 / Panduan Siswazah Sesi Akademik 2007-2008

SKAR6103 Rasuah dan Isu Pemangsaan (Corruption and VictimisationIssues)Rasuah merupakan satu ancaman serius terhadap kestabilan sosiopolitik, integriti dankesejahteraan sesebuah negara serta anggota masyarakat. Rasuah bersifat tingkah laku(behavioral) dan juga sistemik memangsakan sesetengah individu, kumpulan, institusisosial dan juga masyarakat itu sendiri. Kursus ini menumpukan perhatian kepada impaknegatif rasuah; sebab terjadinya pemangsaan; ukuran pemangsaan; teori pemangsaan;serta mekanisme pemerkasaan mangsa-mangsa jenayah rasuah. Perbincangan dalamkursus ini cuba melihat perkaitan antara jenayah rasuah, isu-isu mangsa serta pemangsaan,dan peranan sistem keadilan jenayah, badan bukan kerajaan (civil societies), peraturaninstitutional, kumpulan advokasi dan sebagainya dalam mengawal atau membanterasjenayah rasuah. Dengan itu, maka pemahaman tentang rasuah dan juga perancangan,penggubalan serta pelaksanaan pelbagai strategi kawalan terhadap rasuah perluberorientasikan mangsa rasuah.

Bacaan AsasDe Speville, B. 1997. Hong Kong: Police initiatives against corruption. Paris: OECD

Development Center.Karmen, A. 2001. Crime victims. 4th. Edition. Belmont, CA: Wadsworth Publishing.Moody-Stuart, G. 1997. Grand corruption: How business bribes damage developing

countries. Oxford: WorldView Publications.Moriarty, L. 2003. Controversies in victimology. Cincinatti: Anderson Publishing.Rose-Ackerman, S. 1999. Corruption and government: Causes, consequences and

reform. Cambridge: Cambridge University Press.

SKAR6113 Masyarakat, Media dan Pencegahan Rasuah (Society, Mediaand Corruption Prevention)Dalam masyarakat yang terbuka, pluralistik, demokratik, dan maju dari segi teknologinya,media merupakan satu senjata yang berkesan untuk mendedah dan mencegah perbuatanrasuah disebabkan kes-kes rasuah yang biasanya dimuatkan sebagai berita. Kursus inimemberi fokus kepada hubungan antara media dan masyarakat dalam usaha mencegahatau juga menggalakkan perlakuan rasuah. Melalui teori dan metodologi penganalisisan,pelajar akan didedahkan kepada kedinamikan pembentukan dan pemprosesan maklumatmedia dalam mendidik dan mencorakkan sikap anggota masyarakat berkaitan rasuah.Perbincangan juga akan tertumpu kepada struktur masyarakat, fungsi media dalammasyarakat dan strategi bagaimana hubungan boleh dijalin dengan media dan pihak awamuntuk membina persefahaman, pembentukan pendapat awam dan penjanaan kerjasamadalam pengurusan isu rasuah.

Bacaan AsasBhargava, V. and Bolongaita, E. (ed). 2003. Challenging corruption in Asia: Case

studies and the framework for action. New York: World Bank.

Page 8: Program Sarjana Sains Sosial (Pengajian Rasuah)

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan / 319

Boyd-Barrett, O. and Braham, P. (ed.) 1990. Media, knowledge and power. London& New York: Routledge in association with the Open University.

Jewkes, Y. 2004. Media and crime. Thousand Oaks, CA: Sage Publications.Kawamoto, K. 2003. Media and society in the digital age. Boston: Allyn & Bacon.Wilcox, D.L., Ault, P.H. & Agee, W.K. 1995. Public relations strategies and tactics.

New York: Harper Collins.

SKAR6123: Forensik Penyiasatan (Forensics of Investigation)Kursus ini bertujuan memperkenalkan kaedah forensik dalam penyiasatan jenayahkhususnya yang berkaitan dengan rasuah. Oleh itu, ia bukan sahaja bersifat konsep danteoritikal tetapi lebih kepada disiplin khusus yang mementingkan praktis. Kandungan kursusmenggabungkan tiga jenis penyiasatan forensik, iaitu forensik perakaunan, forensikkejuruteraan dan forensik komputer. Ketiga-tiga jenis penyiasatan forensik ini amat pentingbagi memperolehi maklumat dan mengumpul bukti daripada pasca insiden dengan protokolyang betul dan sah. Oleh itu, pelajar akan didedahkan dengan teknik, peralatan dan protokolpenting dalam pengendalian penyiasatan khususnya yang berkaitan rasuah. Denganmemahami dan mengetahui tentang ketiga-tiga jenis disiplin forensik ini maka dapatlahmembantu dalam menjayakan siasatan, menyediakan hasil bahan bukti untuk dikemukakanke mahkamah untuk tujuan pemeriksaan.

Bacaan AsasAlbrecht, W. S. 2003. Fraud examination. Mason, OH: Thomson South-WesternProsise, C. et al. 2003. Incident response and computer forensics. (2nd Edition). Osborne:

McGraw Hill.Russ, J. C. 2001. Forensic uses of digital imaging. Boca Raton: CRC PressSammes, A.J. & Jenkinson, B. 2004. Forensic computing: A practitioner’s guide

(Practitioner Series). UK: Springer.Silverstone, H. 2004. Forensic accounting and fraud investigation for non-experts.

Hoboken, NJ: Wiley

SKAR6133: Seminar Isu Perundangan dan Penguatkuasaan (Seminar onLegal and Enforcement Issues)Memandangkan kursus ini dibuat dalam bentuk seminar, ini bermakna seminar ini akanmelibatkan kajian dan perbincangan kes-kes terpilih berkaitan dengan rasuah sebagaimanayang telah diputuskan di mahkamah. Tumpuan perbincangan akan melibatkan isu-isuseperti pemakaian dan tafsiran statut-statut yang berkaitan dengan rasuah (seperti AktaPencegahan Rasuah 1997 (Akta 575) dan Ordinan Dharurat (Kuasa-Kuasa Perlu)Ordinan No.22, 1970), pertuduhan yang dikenakan, keterangan dan pembuktian kesalahanserta sabitan dan hukuman. Kursus ini juga turut melibatkan perbincangan mengenaisistem keadilan jenayah secara umum seperti struktur dan bidang kuasa mahkamah,prosedur jenayah, penguatkuasaan, pelaksanaan serta keberkesanan undang-undang rasuahdi negara ini.

Page 9: Program Sarjana Sains Sosial (Pengajian Rasuah)

320 / Panduan Siswazah Sesi Akademik 2007-2008

Bacaan AsasAugustine, P.S. 1994. Evidence: Practice & procedure. Petaling Jaya: Pelanduk

Publication.Hamid Ibrahim. 1994. Criminal procedure. Petaling Jaya: Malayan Law Journal.Hamid & Maimoonah Hamid. 1993. Law of evidence. Kuala Lumpur: Central Law

Book Corporation Sdn.Bhd.Mimi Kamariah Majid. 1999. Criminal procedure in Malaysia (Ed. 3) Kuala Lumpur:

Universiti Malaya.Mohan, S. 1992. Law of evidence in Malaysia. Kuala Lumpur: International Law Book

Services.

SKAR66143 Seminar Perbandingan Tindakan Membanteras Rasuah(Seminar on Comparative Approaches to Corruption Prevention)Kursus ini bertujuan meneliti, membanding dan membincang pelbagai pendekatanmembanteras rasuah yang telah diambil oleh organisasi, sektor dan negara yang berbeza.Berkaitan ini penuntut akan meneliti pelbagai masalah dan isu berkaitan dengan usahamenghalang dan membanteras rasuah. Isu seperti transferability of institutions;relativisme dan budaya, ekonomi dan kemapanan akan juga diberi perhatian. Usaha-usaha membanteras rasuah yang berjaya akan juga dibincang melalui kajian kes danpertukaran maklumat dan pengalaman antara pelajar.

Bacaan AsasKlitgaard, R. 1988. Controlling corruption. Berkeley and Los Angeles: University of

California Press.Levi, M. and Nelken, D. (ed.) 1996. The corruption of politics and the politics of

corruption. Oxford: Blackwell.Rose-Ackerman, S. 1999. Corruption and government: Causes, consequences and

reform. New York: Cambridge University Press.Spector, B.I. (ed.) 2005. Fighting corruption in developing countries. Bloomfield,

CT: Kumarian Press.

Page 10: Program Sarjana Sains Sosial (Pengajian Rasuah)

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan / 321

Senarai KursusProgram Sarjana Sains Sosial (Pengajian Rasuah)

Taraf Takrifan Kursus Unit Jumlah Kursus Unit

Kursus SKAR6013 Sosiologi Rasuah 3Wajib SKAR6023 Kriminologi 3

SKAR6033 Undang-undang dan Jenayah Rasuah 3SKAR6043 Kaedah Penyelidikan Lanjutan 3 21SKAR6053 Penyiasatan dan Pengurusan Rasuah 3SKAR6063 Integriti, Governan dan Rasuah 3SKAR6073 Jenayah Rasuah dan Kawalan Rasuah 3

SKAR6084 Projek Penandaarasan 4 4

Kursus SKAR6123 Forensik Penyiasatan (Elektif terarah) 3Elektif* SKAR6103 Rasuah dan Isu Pemangsaan 3

SKAR6113 Masyarakat, Media dan Pencegahan 3 Rasuah 6SKAR6133 Seminar Isu Perundangan dan 3 PenguatkuasaanSKAR6143 Seminar Perbandingan Tindakan 3 Membanteras Rasuah

Tesis SKAR6069 Projek Penyelidikan Sarjana Pengajian 9 9Sarjana Rasuah

JUMLAH UNIT 40

Nota:* Pilih dua (2) sahaja kursus-kursus pilihan.