program pensijilan jabatan kerja raya malaysia · 2019-05-03 · kerja raya malaysia garis panduan...

17
PROGRAM PENSIJILAN JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA GARIS PANDUAN PERMOHONAN PENSIJILAN DISIPLIN AWAM [KEJURUTERAAN JAMBATAN] CAWANGAN JALAN, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA

Upload: leminh

Post on 12-Jul-2019

255 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: PROGRAM PENSIJILAN JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA · 2019-05-03 · kerja raya malaysia garis panduan permohonan pensijilan disiplin awam [kejuruteraan jambatan] cawangan jalan, ibu

PROGRAM

PENSIJILAN

JABATAN

KERJA RAYA

MALAYSIA

GARIS PANDUAN

PERMOHONAN

PENSIJILAN

DISIPLIN AWAM

[KEJURUTERAAN

JAMBATAN]

CAWANGAN JALAN,

IBU PEJABAT JKR MALAYSIA

Page 2: PROGRAM PENSIJILAN JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA · 2019-05-03 · kerja raya malaysia garis panduan permohonan pensijilan disiplin awam [kejuruteraan jambatan] cawangan jalan, ibu

GARIS PANDUAN PERMOHONAN PENSIJILAN [DISIPLIN AWAM]

KEJURUTERAAN JAMBATAN

PROGRAM PENSIJILAN JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA

KANDUNGAN

Bil. Kandungan Muka Surat

1. PENGENALAN 1

2. OBJEKTIF 2

3. TAHAP PENSIJILAN KEPAKARAN 2

4. SKOP PENGETAHUAN DAN PENGALAMAN 3

5. SYARAT PERMOHONAN DAN KRITERIA PENILAIAN 6

6. KURSUS DAN LATIHAN 9

7. PENILAIAN DAN PEMARKAHAN 9

8. CARA MEMOHON 10

LAMPIRAN

LAMPIRAN 1: SENARAI KURSUS

LAMPIRAN 2: SENARAI SEMAK PERMOHONAN

BORANG PERMOHONAN

Page 3: PROGRAM PENSIJILAN JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA · 2019-05-03 · kerja raya malaysia garis panduan permohonan pensijilan disiplin awam [kejuruteraan jambatan] cawangan jalan, ibu

GARIS PANDUAN PERMOHONAN PENSIJILAN [DISIPLIN AWAM]

KEJURUTERAAN JAMBATAN

PROGRAM PENSIJILAN JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA

Program pensijilan ini adalah satu proses di mana Jurutera Awam akan diberi

pentauliahan berdasarkan pengalaman dan menunjukkan kemahiran dan kepakaran

tertentu di dalam bidang Kejuruteraan Jambatan serta telah berjaya menepati

piawaian pensijilan. Prestasi yang telah dicapai membolehkan Jurutera Awam

memainkan peranan yang lebih profesional sebagai wacana mencapai tanda aras

(benchmark) yang optimum demi mencapai matlamat organisasi.

Pewujudan program sebegini adalah melengkapi usaha jabatan untuk menjadikan

organisasi ini sebagai Pusat Kecemerlangan dan rujukan khususnya di peringkat

negara dan di persada dunia secara amnya.

Jurutera Awam (Kejuruteraan Jambatan) yang bertauliah adalah pegawai yang

berkhidmat di Jabatan Kerja Raya (JKR) yang telah berjaya melalui beberapa latihan

asas, kemahiran dan mempunyai kepakaran berkaitan kejuruteraan jambatan. Maka

ini telah menjadikan mereka amat berpotensi, berkemahiran tinggi dan berkualiti di

dalam bidang ini. Jurutera Awam yang menerima pentaulihan ini adalah mereka yang

mempunyai kriteria-kriteria seperti yang telah ditetapkan di bawah program

pembangunan pensijilan Jurutera Awam (Kejuruteraan Jambatan), JKR Malaysia.

a) Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada Jurutera Awam yang

berkhidmat di JKR berdasarkan kepada tahap kepakaran dalam bidang

rekabentuk jambatan.

b) Meningkatkan peluang pembangunan kerjaya dan kebajikan Jurutera Awam.

1

1.0 PENGENALAN

2.0 OBJEKTIF

Page 4: PROGRAM PENSIJILAN JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA · 2019-05-03 · kerja raya malaysia garis panduan permohonan pensijilan disiplin awam [kejuruteraan jambatan] cawangan jalan, ibu

GARIS PANDUAN PERMOHONAN PENSIJILAN [DISIPLIN AWAM]

KEJURUTERAAN JAMBATAN

PROGRAM PENSIJILAN JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA

c) Meningkatkan pencapaian kompetensi individu berdasarkan kepada

pengalaman dan pengetahuan dalam bidang kejuruteraan jambatan bagi

memenuhi visi jabatan.

d) Melahirkan pakar dan penasihat dalam bidang Kejuruteraan Jambatan secara

berperingkat dan terancang.

Selaras dengan Kamus dan Model Kompetensi JKR (COMPETENCY MODEL &

DICTIONARY; JKR 20700-0285-17) program pensijilan bidang Kejuruteraan

Jambatan terbahagi kepada tiga (3) tahap pengkelasan iaitu:

a) Tahap 2 – Basic

b) Tahap 3 – Competent

c) Tahap 4 - Proficient

Pegawai yang mempunyai persijilan Tahap 3 dan 4 boleh dipertimbangkan untuk

diiktiraf sebagai Pakar Rujuk Jabatan dan seterusnya sebagai Subject Matter Expert

(SME) dalam bidang Kejuruteraan Jambatan berdasarkan kriteria yang ditetapkan.

Sijil pentauliahan akan diberi sejajar dengan tahap pengkelasan tertentu dan akan

diberi gelaran seperti berikut:

a) Tahap 2 : Sijil Certified Bridge Engineer Competency Level 2 (CBECL2)

b) Tahap 3 : Sijil Certified Bridge Engineer Competency Level 3 (CBECL3)

c) Tahap 4 : Sijil Certified Bridge Engineer Competency Level 4 (CBECL4)

2

3.0 TAHAP PENSIJILAN KEPAKARAN

Page 5: PROGRAM PENSIJILAN JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA · 2019-05-03 · kerja raya malaysia garis panduan permohonan pensijilan disiplin awam [kejuruteraan jambatan] cawangan jalan, ibu

GARIS PANDUAN PERMOHONAN PENSIJILAN [DISIPLIN AWAM]

KEJURUTERAAN JAMBATAN

PROGRAM PENSIJILAN JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA

Calon hendaklah mempunyai ilmu pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang

bersesuaian bagi memohon sijil pentauliahan yang berlainan tahap

kekompetenannya.

4.1 Pensijilan Tahap 2 – Basic

Pada tahap ini, calon berkemampuan untuk menganalisa dan merekabentuk jambatan

biasa bagi jenis rentang pendek secara manual. Selain itu, calon perlu mengetahui

perkara-perkara asas dalam rekabentuk sebagaimana berikut :

a) Jenis-jenis jambatan serta fungsi komponen-komponen jambatan

b) Sifat bahan-bahan binaan, hidrologi, hidraulik, geoteknik, penyiasatan tapak

dan prinsip rekabentuk jalan

c) Prinsip rekabentuk struktur konkrit bertetulang, keluli, konkrit prategasan dan

asas dalam (deep foundation)

d) Penggunaan Hydrological Procedures (HP), MASMA dan perkiraan kadar

luahan banjir

e) Kod-kod amalan rekabentuk jambatan

f) Perkiraan beban trafik di atas jambatan

g) Analisa grillage super-struktur dan rekabentuk komponen-komponen jambatan

h) Penyediaan Bill of Quantities dan pengiraan taking-off

4.2 Pensijilan Tahap 3 – Competent

Calon perlu memperolehi kompetensi di tahap Basic dan mempunyai pengalaman

menganalisa model struktur serta merekabentuk sekurang-kurangnya tiga (3) jenis

jambatan seperti di bawah serta memahami penggunaan perisian analisa struktur:

a) Jambatan jenis berbilang rentang (multi-span)

b) Jambatan kamiran penuh (fully integral)

c) Jambatan keluli

3

4.0 SKOP PENGETAHUAN DAN PENGALAMAN

Page 6: PROGRAM PENSIJILAN JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA · 2019-05-03 · kerja raya malaysia garis panduan permohonan pensijilan disiplin awam [kejuruteraan jambatan] cawangan jalan, ibu

PROGRAM PENSIJILAN JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA

GARIS PANDUAN PERMOHONAN PENSIJILAN [DISIPLIN AWAM]

KEJURUTERAAN JAMBATAN

Pengetahuan tambahan yang perlu dimiliki adalah seperti berikut:

a) Rekabentuk rasuk konkrit prategasan (pre-tensioning/post-tensioning).

b) Pemahaman tentang kaedah dan teknologi pembinaan bagi pelbagai sistem

jambatan.

c) Pemahaman tentang aplikasi beban dalam rekabentuk pada setiap peringkat

pembinaan (erection/construction stages).

4.3 Pensijilan Tahap 4 – Proficient

Selain memenuhi semua keperluan skop pengetahuan kategori Pensijilan Tahap 2 -

Basic dan Tahap 3 - Competent, calon hendaklah lebih berkemahiran dalam aspek

rekabentuk dan penyemakan struktur jambatan.

Ciri-ciri kekompetenan yang pegawai yang di tahap ini adalah seperti berikut:

a) Berkemahiran dalam rekabentuk jambatan dan penyediaan dokumen tender

b) Berkebolehan merancang dan menerajui proses rekabentuk jambatan

c) Berpengalaman menyemak rekabentuk, lukisan terperinci dan senarai kuantiti

bagi projek yang mempunyai/melibatkan skop kerja jambatan

d) Berkebolehan mengenalpasti dan menyelesai masalah rekabentuk termasuk

masalah rekabentuk semasa pembinaan

e) Berkebolehan membuat keputusan berdasarkan kepada laporan penilaian

jambatan sedia ada

f) Mempunyai kefahaman tentang spesifikasi-spesifikasi jambatan

g) Berpengalaman dalam kerja-kerja pembinaan di tapak bina

h) Berkebolehan menjalankan tugas tanpa pengawasan

5

Page 7: PROGRAM PENSIJILAN JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA · 2019-05-03 · kerja raya malaysia garis panduan permohonan pensijilan disiplin awam [kejuruteraan jambatan] cawangan jalan, ibu

PROGRAM PENSIJILAN JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA

GARIS PANDUAN PERMOHONAN PENSIJILAN [DISIPLIN AWAM]

KEJURUTERAAN JAMBATAN

Calon yang berminat boleh memohon mana-mana tahap pensijilan yang telah

dinyatakan dengan memenuhi semua syarat-syarat yang ditetapkan.

5.1 Pensijilan Tahap 2 – Basic

Calon hendaklah memiliki kriteria berikut: a) Memegang jawatan sebagai Jurutera Awam yang memiliki kelayakan akademik

minimum ijazah sarjana muda atau Penolong Jurutera Awam yang memiliki

kelayakan akademik minimum diploma.

b) Memegang jawatan Jurutera Awam hendaklah mempunyai pengalaman kerja

dengan JKR sekurang-kurangnya tiga (3) tahun dan di dalam bidang

kejuruteraan jambatan sekurang-kurangnya dua (2) tahun. Manakala calon

daripada Penolong Jurutera Awam hendaklah mempunyai pengalaman kerja

dengan JKR sekurang-kurangnya sepuluh (10) tahun dan di dalam bidang

kejuruteraan jambatan sekurang-kurangnya empat (4) tahun.

c) Telah berpengalaman merekabentuk sekurang-kurangnya seperti berikut:

• Satu (1) jambatan konkrit rentang pendek atau

• Dua (2) pembentung kekotak konkrit atau

• Dua (2) jejantas pejalan kaki

d) Telah menghadiri kursus teknikal sekurang-kurangnya tiga (3) kursus seperti

yang telah ditetapkan. (Sila lihat senarai kursus teknikal di Lampiran 1)

e) Calon daripada Jurutera Awam adalah diwajibkan berdaftar dengan

Pertubuhan Profesional.

6

5.0 SYARAT PERMOHONAN DAN KRITERIA PENILAIAN

Page 8: PROGRAM PENSIJILAN JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA · 2019-05-03 · kerja raya malaysia garis panduan permohonan pensijilan disiplin awam [kejuruteraan jambatan] cawangan jalan, ibu

PROGRAM PENSIJILAN JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA

GARIS PANDUAN PERMOHONAN PENSIJILAN [DISIPLIN AWAM]

KEJURUTERAAN JAMBATAN

5.2 Pensijilan Tahap 3 – Competent

Calon hendaklah memiliki kriteria berikut:

a) Memegang jawatan sebagai Jurutera Awam yang memiliki kelayakan akademik

minimum ijazah sarjana muda.

b) Memegang jawatan Jurutera Awam hendaklah mempunyai pengalaman kerja

dengan JKR sekurang-kurangnya lima (5) tahun dan di dalam bidang

kejuruteraan jambatan sekurang-kurangnya tiga (3) tahun.

c) Calon hendaklah mempunyai pengalaman merekabentuk sekurang-kurangnya

tiga (3) jambatan merangkumi mana-mana kombinasi jenis jambatan seperti

senarai di bawah:

i. Jambatan konkrit berbilang rentang (multi – span)

ii. Jambatan kamiran penuh (fully integral)

iii. Jambatan keluli

d) Telah menghadiri kursus teknikal sekurang-kurangnya tiga (3) seperti yang

ditetapkan. (Sila lihat senarai kursus teknikal di Lampiran 1)

e) Calon daripada Jurutera Awam adalah diwajibkan berdaftar dengan

Pertubuhan Profesional.

7

Page 9: PROGRAM PENSIJILAN JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA · 2019-05-03 · kerja raya malaysia garis panduan permohonan pensijilan disiplin awam [kejuruteraan jambatan] cawangan jalan, ibu

PROGRAM PENSIJILAN JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA

GARIS PANDUAN PERMOHONAN PENSIJILAN [DISIPLIN AWAM]

KEJURUTERAAN JAMBATAN

5.3 Pensijilan Tahap 4 - Proficient

Calon hendaklah memiliki kriteria berikut:

a) Memegang jawatan Jurutera Awam yang memiliki kelayakan akademik

minimum Ijazah Sarjana Muda.

b) Mempunyai pengalaman kerja dengan JKR sekurang-kurangnya sepuluh

(10) tahun dan di dalam bidang kejuruteraan jambatan sekurangnya-

kurangnya lima (5) tahun.

c) Berpengalaman merekabentuk jambatan berbilang rentang berterusan

(continuous multi-span) atau jejambat bertingkat (grade-separated

interchange / viaduct).

d) Berpengalaman menyemak / merekabentuk sekurang-kurangnya tiga (3)

jambatan seperti di para (c).

e) Telah menghadiri kursus teknikal sekurang-kurangnya tiga (3) seperti

yang ditetapkan. (Sila lihat senarai kursus teknikal di Lampiran 1)

f) Berstatus Jurutera Profesional (Professional Engineer) yang masih

sahlaku.

g) Berpengalaman sebagai penceramah, fasilitator atau memberi khidmat

nasihat teknikal.

8

Page 10: PROGRAM PENSIJILAN JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA · 2019-05-03 · kerja raya malaysia garis panduan permohonan pensijilan disiplin awam [kejuruteraan jambatan] cawangan jalan, ibu

PROGRAM PENSIJILAN JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA

GARIS PANDUAN PERMOHONAN PENSIJILAN [DISIPLIN AWAM]

KEJURUTERAAN JAMBATAN

Bagi memastikan bahawa pembangunan pegawai secara terancang dan sistematik,

maka mereka dikehendaki dilatih melalui penyertaan kursus teknikal yang

bersesuaian dengan pengkelasan sijil.

Kursus yang dimaksudkan mesti merangkumi kursus berkaitan Kejuruteraan

Jambatan dan perisian komputer seperti yang dinyatakan di LAMPIRAN 1. Kursus ini

adalah dilaksanakan secara dalaman, jabatan atau swasta.

7.1 Kaedah

Penilaian adalah berasaskan kepada proses temuduga dan laporan pengalaman

termasuk sikap calon tersebut. Penilaian ini akan dikendalikan oleh pihak urusetia

Program Pensijilan Jurutera Awam (Kejuruteraan Jambatan).

Semua dokumen / laporan perlu disahkan oleh Ketua Jabatan atau Pengarah

Cawangan.

Panel penilai bagi pensijilan adalah terdiri dari pegawai-pegawai kanan JKR yang

dilantik dan dipersetujui oleh pihak Pengurusan JKR.

9

6.0 KURSUS DAN LATIHAN

7.0 PENILAIAN DAN PERMARKAHAN

Page 11: PROGRAM PENSIJILAN JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA · 2019-05-03 · kerja raya malaysia garis panduan permohonan pensijilan disiplin awam [kejuruteraan jambatan] cawangan jalan, ibu

PROGRAM PENSIJILAN JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA

GARIS PANDUAN PERMOHONAN PENSIJILAN [DISIPLIN AWAM]

KEJURUTERAAN JAMBATAN

7.2 Pemarkahan

Penilaian adalah berdasarkan skema pemarkahan seperti berikut :

Kriteria Markah

(Tahap 2, 3 dan 4)

Pengetahuan Teknikal Dalam Bidang 20 %

Pengalaman Kerja/ Teknikal 70 %

Sikap 10 %

Markah keseluruhan 100 %

Markah Lulus 70 %

Hebahan program ini akan disiarkan melalui :

Laman web rasmi JKR

Surat rasmi kepada Ketua Jabatan

Sebarang pertanyaan dan borang permohonan yang telah lengkap diisi boleh

dikemukakan ke beralamat seperti berikut :

Urus Setia Program Pensijilan JKR Malaysia Bahagian Kompetensi, Pensijilan dan Akreditasi Kejuruteraan

Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE)

Jalan Kemus, Simpang Ampat,

78000 Alor Gajah, Melaka.

No. Tel : 06-551 2290/2292/2293/2246

E-mel : [email protected]

10

8.0 CARA MEMOHON

Page 12: PROGRAM PENSIJILAN JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA · 2019-05-03 · kerja raya malaysia garis panduan permohonan pensijilan disiplin awam [kejuruteraan jambatan] cawangan jalan, ibu

PROGRAM PENSIJILAN JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA

GARIS PANDUAN PERMOHONAN PENSIJILAN [DISIPLIN AWAM]

KEJURUTERAAN JAMBATAN

LAMPIRAN

Page 13: PROGRAM PENSIJILAN JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA · 2019-05-03 · kerja raya malaysia garis panduan permohonan pensijilan disiplin awam [kejuruteraan jambatan] cawangan jalan, ibu

PROGRAM PENSIJILAN JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA

GARIS PANDUAN PERMOHONAN PENSIJILAN [DISIPLIN AWAM]

KEJURUTERAAN JAMBATAN

Kursus teknikal yang perlu untuk dihadiri oleh calon bagi pensijilan adalah seperti

berikut:

1. Pensijilan Tahap 2 – Basic

Modul Program Tajuk Kursus

Bridge

Fundamental

1. Planning & Conceptual Design of Bridges

2. Preparation of Tender Document for Bridge Project

3. Introduction to Bridge Structures

4. Bridge Loading and Analysis

5. Introduction to Bridge Hydrology and Hydraulic

Bridge Design

1. Design Flood Estimation

2. Design of Cast-in-situ Concrete Culvert

3. Design of Short Span Bridge Part 1

Bridge

Construction

1. Construction of Conventional & Integral Bridges

2. Construction of Post-tensioned Beams

ICT 1. Application of Staad Pro software

2. Application of Midas Civil software

3. Application of Sam Leap software

LAMPIRAN 1: SENARAI KURSUS

Page 14: PROGRAM PENSIJILAN JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA · 2019-05-03 · kerja raya malaysia garis panduan permohonan pensijilan disiplin awam [kejuruteraan jambatan] cawangan jalan, ibu

PROGRAM PENSIJILAN JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA

GARIS PANDUAN PERMOHONAN PENSIJILAN [DISIPLIN AWAM]

KEJURUTERAAN JAMBATAN

2. Pensijilan Tahap 3 – Competent

Modul Program Tajuk Kursus

Bridge

Fundamental

1. Preparation of Tender Document for Bridge Project

Bridge Design

1. Design of Short Span Bridge Part 2

2. Grillage Analysis

3. Design of Integral Bridge

4. Design of Steel Bridge

Bridge

Construction

1. Construction of Conventional & Integral Bridges

2. Construction of Post-tensioned Beams

3. Pensijilan Tahap 4 – Proficient

Modul Program Tajuk Kursus

Bridge Design 1. Design of Balanced Cantilever Box Girder

2. Design of Steel Bridge

Bridge

Construction

1. Construction of Box Girder Bridges

2. Construction of Conventional & Integral Bridges

3. Construction of Post-tensioned Beams

Page 15: PROGRAM PENSIJILAN JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA · 2019-05-03 · kerja raya malaysia garis panduan permohonan pensijilan disiplin awam [kejuruteraan jambatan] cawangan jalan, ibu

SENARAI SEMAK DOKUMEN PENSIJILAN

Berikut adalah senarai semak (checklist) bagi dokumen-dokumen yang perlu dihantar

kepada urusetia:

Nama :

Jawatan :

Cawangan/Bahagian :

Bil

Senarai semak

Status

Ya/Tidak

Catatan

1

Borang Permohonan

2

Borang CV (Laporan pengalaman kerja dan senarai projek dikendali)

3

Salinan sijil-sijil kursus wajib/teknikal

4

Dokumen sokongan lain

5

Laporan pengalaman dan teknikal (3 salinan)

Laporan perlu dihantar kepada urus setia dalam tiga (3) salinan (hardcopy) sekiranya nama tuan/puan disenarai pendek dan perlu diterima oleh urusetia sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum tarikh temuduga

LAMPIRAN 2 : SENARAI SEMAKAN UNTUK PERMOHONAN

Page 16: PROGRAM PENSIJILAN JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA · 2019-05-03 · kerja raya malaysia garis panduan permohonan pensijilan disiplin awam [kejuruteraan jambatan] cawangan jalan, ibu

JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA BORANG PERMOHONAN PROGRAM PENSIJILAN JURUTERA AWAM

(A) MAKLUMAT PERIBADI & PERKHIDMATAN

1. NAMA :

2. No. K.P :

3. ALAMAT TEMPAT BERTUGAS :

4. NO. TEL PEJABAT & BIMBIT :

5. FAKSIMILI :

6. EMAIL :

7. NAMA JAWATAN & GRED :

8. KELAYAKAN AKADEMIK :

9. KELAYAKAN PROFESIONAL :

10 TARIKH LANTIKAN PERTAMA : [Jawatan Profesional]

11 TEMPOH PERKHIDMATAN TETAP DI JKR :

[Sehingga tarikh memohon]

(B) KATEGORI PENSIJILAN YANG DIPOHON

Sila nyatakan kompetensi dan tandakan [/] pada tahap pensijilan yang dipohon dalam petak yang disediakan.

SAYA MENGESAHKAN BAHAWA SEMUA KENYATAAN YANG DIBERIKAN ADALAH BENAR. DAN SAYA TELAH

MENEPATI SEMUA SYARAT KELAYAKAN YANG DITETAPKAN BAGI PENSIJILAN YANG DIMOHON.

TARIKH TANDATANGAN PEMOHON

(C) ULASAN KETUA JABATAN

1. SAYA MENYOKONG / TIDAK SOKONG PERMOHONAN PEGAWAI INI.

2. JURUTERA AWAM INI LAYAK / TIDAK LAYAK UNTUK PERTIMBANGAN PERMOHONAN PENSIJILAN DI ATAS.

TARIKH TANDATANGAN KETUA JABATAN

& COP RASMI JABATAN

KOMPETENSI TAHAP 2 TAHAP 3 TAHAP 4

Page 17: PROGRAM PENSIJILAN JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA · 2019-05-03 · kerja raya malaysia garis panduan permohonan pensijilan disiplin awam [kejuruteraan jambatan] cawangan jalan, ibu

(D) PENGALAMAN KERJA (darimula bertugas hingga kini)

TAHUN BERKHIDMAT

TEMPAT BERTUGAS

PERANAN, TANGGUNGJAWAB & SENARAI PROJEK

Nota : 1. Laporan ini hendaklah disahkan oleh Ketua Jabatan berkaitan.

2. Sila sertakan lampiran tambahan sekiranya perlu.