program pengurusan jenazah

6
KRT KAMPUNG KETING PROGRAM PENGURSAN JENAZAH 2015 TARIKH : MASA ; 8.00 PAGI TEMPAT : MASJID MUKIM KETING SASARAN PENYERTAAN : Penduduk Kampung ( Lelaki ) PENDAHULUAN Pengurusan Jenazah merupakan tuntutan fardhu kifayah terhadap setiap muslim kepada muslim yang lain . Memahami konsep dan amali dalam menguruskan jenazah memerlukan pengetahuan dan kemahiran tertentu. Atas rasa tanggungjawab maka KRT Kedai Menanti mengambil langkah menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah untuk penduduk sekitar kampung Keting khusus golongan lelaki Usaha ini juga diharapkan dapat membantu peserta memahami cara pengurusan jenazah sebagai salah satu tanggungjawab

Upload: mnubli

Post on 03-Dec-2015

229 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

1

TRANSCRIPT

Page 1: Program Pengurusan Jenazah

KRT KAMPUNG KETING

PROGRAM PENGURSAN JENAZAH 2015

TARIKH :

MASA ; 8.00 PAGI

TEMPAT : MASJID MUKIM KETING

SASARAN PENYERTAAN : Penduduk Kampung ( Lelaki )

PENDAHULUAN

Pengurusan Jenazah merupakan tuntutan fardhu kifayah terhadap setiap muslim

kepada muslim yang lain . Memahami konsep dan amali dalam menguruskan jenazah

memerlukan pengetahuan dan kemahiran tertentu. Atas rasa tanggungjawab maka

KRT Kedai Menanti mengambil langkah menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah

untuk penduduk sekitar kampung Keting khusus golongan lelaki

Usaha ini juga diharapkan dapat membantu peserta memahami cara

pengurusan jenazah sebagai salah satu tanggungjawab sebagai muslim .

Selaras dengan usaha peningkatan ilmu dan amalan penghayatan Islam di kalangan

peserta , jawatankuasa KRT Kampung Keting juga amat berharap dengan adanya

program ini, ianya sebagai satu cara untuk menambah kefahaman dan panduan ke

arah melahirkan masyarakat yang mendalami ilmu agama dan dapat melaksanakan

tuntutan agama dalam kehidupan mereka.

Page 2: Program Pengurusan Jenazah

RASIONAL PROGRAM

Menyedari kemajuan bukan sahaja diukur dengan kemampuan fizikal atau

infrastruktur tetapi menitik beratkan faktor sahsiah dan sosio budaya masyarakat yang

didokong oleh akhlak remaja / belia yang beriman dan bertqawa.

Menyuntik jatidiri untuk maju dan berdaya saing kepada belia bagi mewarisi bangsa

yang kebal dari sebarang ancaman rohani atau jasmani.

Mendekatkan belia dengan golongan pemimpin supaya bakat atau tanggung-jawab itu

meresap ke dalam diri belia untuk menjadi pemimpin yang berkarisma dan

berketerampilan di masa akan datang.

OBJEKTIF :

1. Membolehkan setiap muslim memahami dan dapat menguruskan jenazah

secara amali

2. Setiap peserta dapat terlibat secara langsung dalam bengkel yang dianjurkan

dan memupuk silaturahim dikalangan mereka

3. Mewujudkan kerjasama dikalangan dikalangan ahli/peserta

4. Menambah ilmu pengetahuan kepada muslimin / Peserta

JUMLAH YANG TERLIBAT : 60 ORANG

JADUAL PROGRAM :

8.00 pagi : Pendaftaran Peserta kursus

8.30 pagi : Pengenalan kepada teori Pengurusan Jenazah

10.00 pagi : Teknik yang betul memandikan jenazah.

11.00 pagi : Teknik yang betul mengkafankan jenazah .

12.00 Tengahari : Teknik yang betul menguruskan pengkebumian jenazah.

1.00 ptg : Penutup/Rehat

Page 3: Program Pengurusan Jenazah

ANGGARAN

PERBELANJAAN

Minum Pagi 50 x RM 2.50 = RM 125.00

Makan Tengah hari 50 x RM 4.00 = RM 200.00

Alat Tulis/ kertas 50 x RM 1.50 = RM 75.00

Cenderahati Penceramah 1 x RM 50.00 = RM 50.00

Cenderahati Peserta 50 x RM 10.00 = RM 500.00

Jumlah RM 950.00

JAWATANKUASA KERJA PENGURSAN JENAZAH 2015

Penasihat : (Pengerusi JKKK Kampung Keting)

Pengerusi :

Pengerusi :

Setiausaha Kerja :

Bendahari :

Penerangan :

Jawatankuasa Kerja Acara :

Keceriaan :

Biro Tugasan Khas

Page 4: Program Pengurusan Jenazah

PENUTUP

Semoga kertas kerja ini mendapat perhatian sewajarnya daripada pihak tuan untuk

membantu kami membiayai program ini. Segala usaha kami ini dilindungi dan di

Redhai Allah SWT.

Disediakan oleh :