proposal pengurusan jenazah

22
TAHAP PENGUASAAN ILMU DAN PELAKSANAAN PENGURUSAN JENAZAH DIKALANGAN GURU AGAMA : SATU KAJIAN DI DAERAH BATANG PADANG MOHD ZAIDI BIN ZAKARIA (G 75157) CADANGAN KAJIAN UNTUK MEMENUHI SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT MEMPEROLEHI IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJIAN ISLAM (SYARIAH) DENGAN KEPUJIAN FAKULTI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA PBJJ PUSAT UKM BANGI 2011

Upload: zaidi-zakaria

Post on 02-Jul-2015

2.194 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: proposal pengurusan jenazah

TAHAP PENGUASAAN ILMU DAN PELAKSANAAN PENGURUSAN JENAZAH

DIKALANGAN GURU AGAMA : SATU KAJIAN

DI DAERAH BATANG PADANG

MOHD ZAIDI BIN ZAKARIA (G 75157)

CADANGAN KAJIAN UNTUK MEMENUHI SEBAHAGIAN DARIPADA

SYARAT MEMPEROLEHI IJAZAH SARJANA MUDA

PENGAJIAN ISLAM (SYARIAH)

DENGAN KEPUJIAN

FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

PBJJ PUSAT UKM BANGI

2011

BAB 1 :PENDAHULUAN

Page 2: proposal pengurusan jenazah

1.1 Latar Belakang Masalah

1.2 Permasalahan Kajian

1.3 Matlamat Kajian

1.4 Objektif Kajian

1.5 Skop Kajian

1.6 Metodologi Penyelidikan

1.7 Ulasan Kajian Lepas

1.8 Rumusan

BAB 2 : TAHAP PENGUASAAN ILMU PENGURUSAN JENAZAH

2.1 Pengenalan

2.2 Tahap penguasaan Ilmu pengurusan jenazah

2.2.1 Secara teori

2.2.2 Secara amali

2.2.3 Mengikut bahagian

2.2.4 Secara keseluruhan

2.3 Kesimpulan

BAB 3 : PELAKSANAAN DAN PENGLIBATAN DALAM MASYARAKAT

3.1 Pengenalan

3.2 Pelaksanaan dalam masyarakat

3.3 Penglibatan guru agama

Page 3: proposal pengurusan jenazah

3.5 Kesimpulan

BAB 4 : HALANGAN DAN KEKANGAN

4.1 Pengenalan

4.2 Masalah dan kekangan

3.4.1 Kurang ilmu pengetahuan

3.4.2 Kurang latihan dan pengalaman

3.4.3 Kurang keyakinan diri

3.4.4 Rasa susah dan takut

3.4.5 Rasa jijik

3.4.6 Kurang kepercayaan masyarakat atau orang yang lebih tua

4.3 Kesimpulan

BAB 5 : CADANGAN DAN LANGKAH MENINGKATKAN PENGUASAAN ILMU PENGURUSAN JENAZAH

4.1 Pengenalan

4.2 Cadangan

4.2.1 Peranan Jabatan Pelajaran

4.2.2 Modul pengajian di Universiti /Maktab

4.2.3 Peranan masyarakat

Page 4: proposal pengurusan jenazah

4.2.4 Kesedaran diri

4.3 Kesimpulan

1.1 PENGENALAN

Pengurusan jenazah adalah salah satu perkara fardu kifayah bagi umat Islam. Ini

bermakna setiap orang Islam wajib mempelajarinya kerana ianya satu kefarduan

tetapi jika sudah ada yang melaksanakannya maka yang lain terlepas dari

tanggungjawab tersebut.

Apabila meninggal seseorang anak adam, maka terdapat empat kewajipan orang

yang hidup terhadap yang mati iaitu memandikan, mengkafankan,

menyembahyangkan dan mengebumikannya. Untuk melaksanakan empat perkara ini

memerlukan ilmu yang cukup serta kerjasama yang baik dari semua ahli masyarakat.

Page 5: proposal pengurusan jenazah

1.2 PERMASALAHAN KAJIAN

Di dalam masyarakat, golongan yang dianggap berkeutamaan atau berautoriti dalam

menguruskan hal-hal keagamaan adalah golongan yang terlibat secara lansung

dengan amalan ilmu keagamaan seperti imam, bilal, pegawai dari Agama Islam dan

juga para guru agama yang digelar ustaz dan ustazah. Sudah semestinya mereka ini

mempunyai ilmu pengetahuan yang baik dalam bidang agama sama ada ilmu fardu

ain atau fardu kifayah melebihi golongan orang awam yang lain.

Salah satu daripada ilmu yang patut ada pada golongan ini ialah ilmu pengurusan

jenazah kerana perkara kematian ini sentiasa berlaku dalam masyarakat. Apabila

berlaku kematian, golongan inilah yang dicari untuk menguruskannya. Mungkin di

sesetengah kawasan atau tempat, sudah ada pasukan khas sama ada yang ditubuh

secara rasmi atau tidak untuk menguruskan hal ini, tetapi tidak semua tempat begitu.

Oleh itu masyarakat memandang golongan dari bidang agama sebagai golongan yang

mahir dalam perkara ini untuk meminta bantuan menguruskan jenazah.

Dalam satu kawasan seperti kampung,taman perumahan atau mukim, biasanya terdapat

hanya seorang atau dua imam, begitu juga bilal. Begitu juga pegawai Jabatan Agama

Islam, s hanyalah di bandar atau pekan sahaja. Tetapi jika kawasan itu mempunyai

sekolah, semestinya akan ada guru agama Islam yang bertugas disitu. Selain bertugas di

sekolah sebagai guru kepada murid, mereka juga menjadi perhatian ahli masyarakat

dalam hal-hal keagamaan. Dengan gelaran ustaz atau ustazah, sewajarnyalah mereka

menguasai berbagai bidang ilmu agama sama ada fardu ain atau fardu kifayah.

Sejauhmanakah para guru agama yang mengajar di sekolah ini menguasai ilmu fardu

kifayah khususnya ilmu pengurusan jenazah ini. Atau bolehkah mereka terlibat dalam

masyarakat,bukan sekadar tahu dari segi teorinya sahaja. Ini lah yang menjadi tanda

tanya kerana bilangan mereka ini agak ramai dan berada dimerata tempat termasuk di

kawasan pedalaman.

Page 6: proposal pengurusan jenazah

Oleh yang demikian, masalah kajian yang akan diketengahkan oleh penyelidik adalah

untuk mengkaji sejauhmana tahap penguasaan ilmu pengurusan jenazah ini dikuasai oleh

para guru agama yang dilahirkan oleh universiti atau institut perguruan dan sejauhmana

penglibatan mereka dalam pengurusan jenazah ini di dalam masyarakat. Apakah mereka

ini dibekalkan dengan ilmu fardu kifayah ini semasa latihan atau kursus, atau sekadar

bekerja disekolah sahaja. Penyelidik akan cuba kaitkan dan mencari punca permasalah

sekaligus mencari jalan penyelesaian dari masalah yang berbangkit.

Kajian yang akan dijalankan ini, melibatkan guru-guru agama di daerah Patang

Padang, salah satu daerah yang terdapat dinegeri Perak. Daerah ini berada di bahagian

selatan negeri Perak dan bersempadan dengan negeri Selangor. Merangkumi berbagai

kawasan penempatan seperti kawasan Bandar, pekan,kampong dan juga kawasan

pedalaman dan perkampungan orang asli. Pejabat pelajarannya terletak di Tapah, berada

di tengah Daerah batang Padang ini.

1.3 MATLAMAT KAJIAN

Matlamat kajian ini ialah untuk mengkaji tahap penguasaan ilmu pengurusan jenazah

dikalangan guru-guru agama Islam yang mengajar di sekolah menengah atau rendah dan

sejauhmana ianya diamalkan dalam masyarakat setempat seterusnya mencari jalan

bagaimana golongan guru agama ini dapat menjadi sebahagian dari masyarakat yang

menguasai dan boleh melaksanakan ilmu pengurusan jenazah.

1.4 OBJEKTIF KAJIAN

Antara objektif kajian ini ialah :

1.4.1 Mengenalpasti sejauhmana tahap penguasaan ilmu pengurusan jenazah

dikalangan guru agama di sekolah dalam Daerah Batang Padang, Perak.

1.4.2 Mengkaji halangan dan sebab mengapa terdapat sesetengah guru agama

tidak menguasai ilmu pengurusan jenazah.

Page 7: proposal pengurusan jenazah

1.4.3 Mencadangkan aktiviti atau cara untuk membantu para guru agama agar

dapat menguasai dan mengamalkan ilmu pengurusan jenazah dam masyarakat.

1.5 SKOP KAJIAN

Limitasi bidang kajian :

Kajian ini dijalankan hanya untuk mengkaji tahap penguasaan ilmu pengurusan jenazah

dari mandi, kafan, solat dan pengkebumian jenazah. Ini bermakna kajian ini tidak

memasukkan ilmu fardu kifayah yang lain yang juga perlu dan penting dalam

masyarakat.

Limitasi lokasi kajian :

Kajian ini tertumpu di Daerah Batang Padang, satu daerah yang terdapat dalam Negeri

Perak Darul Ridzuan.

Limitasi sasaran kajian :

Sasaran utama kajian ini tertumpu kepada golongan guru agama yang mengajar di

sekolah rendah, menengah mahupun sekolah agama.

1.6 METHOD KAJIAN

1.6.1 Jenis kajian

Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan dua kaedah iaitu kajian perpustakaan dan

kaedah kajian lapangan. Kajian perpustakaan dilakukan untuk mendapatkan maklumat

mengenai topik yang dikaji melalui pembacaaan dokumen seperti buku,jurnal,kajian

ilmiah dan sumber-sumber yang berkaitan.

Kajian lapangan pula menjadi sumber maklumat asas kepada landasan kajian ini

kerana ia memudahkan proses untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan secara

Page 8: proposal pengurusan jenazah

lebih terperinci sekaligus kajian ini tidak terhad kepada merujuk kajian perpustakaan

sahaja.

1.6.2 Instrumen kajian

- Temubual

Kaedah ini sesuai kerana ianya akan mendapat maklum balas yang jelas dan betul.

Kaedah ini akan digunakan kepada masyarakat setempat, guru-guru agama, pegawai di

Jabatan Pelajaran Daerah dan sebagainya yang sesuai untuk mendapatkan maklumat

bersesuaian dengan kajian yang dijalankan.

- Soal selidik

Kaedah ini digunakan secara rawak dengan menggunakan soalan yang telah disediakan.

Bilangan soal selidik yang disedia dan diedarkan ialah sebanyak 50 orang responden.

Soal selidik ini melibatkan guru-guru agama di sekolah menengah, rendah dan sekolah

agama di daerah Batang Padang. Borang ini diedarkan selama 3 hari sebelum

dikumpulkan. Soalan soal selidik ini merangkumi maklumat peribadi, tahap ilmu

pengurusan jenazah secara teori, pengalaman dan penglibatan dalam pengurusan jenazah

serta cadangan.

- Pemerhatian

Kaedah ini digunakan untuk melihat dan menilai penglibatan guru-guru agama dalam

pengurusan jenazah dalam masyarakat di Daerah Batang Padang.

1.7 LITERATURE REVIEW

Terdapat beberapa kajian terhadap bidang pengurusan jenazah dalam beberapa perkara.

Antaranya kajian yang dilakukan oleh Mohd Nizho Bin Abdul rahman, Mohd Khadafi

Bin Hj. Rofie dan Dr. Mohd Khairul Anwar Osman yang bertajuk “Amalan Bid’ah dalam

pengurusan dan penyelengggaraan jenazah : Kajian di Kubang Pasu”. Walaupun

mereka mengkajinya dalam konteks yang berbeza tetapi bidangnya sama iaitu mengenai

Page 9: proposal pengurusan jenazah

pengurusan jenazah. Kajian itu menjurus ke arah perkara-perkara atau amalan yang tidak

sepatutnya dilakukan semasa menguruskan jenazah. Berbeza dengan kajian yang akan

dilakukan oleh penulis nanti iaitu menumpukan kepada tahap penguasaan ilmu serta

penglibatan guru-guru agama menguruskan jenazah dalam masyarakat.

Selain itu, pada tahun 2010 mencatat sejarah kerana terdapat sebuah stesyen

televisyen berbayar telah mengadakan satu program keagamaan yang dianggap terbaik

pernah di terbitkan dalam negara ini iaitu program ‘Imam Muda’. Dalam program itu,

sekumpulan anak muda diberi pendedahan dan latihan untuk menjadi Imam atau

pemimpin agama dalam masyarakat. Antara perkara utama yang diberi tumpuan dan yang

pertama diuji ialah pengurusan jenazah. Ini menggambarkan bahawa ilmu pengurusan

jenazah ini amat penting dalam masyarakat. Apalagi bagi seseorang yang dipanggil ustaz

dan ustazah, semestinya ilmu itu dikuasai walaupun tidak selalu dapat dilaksanakan.

Penulis juga mendapati ada artikel oleh saudara Arif Omar di dalam blognya

yang menyentuh tentang pengurusan jenazah. Dia menyatakan kekesalannya tentang

terdapat amalan sesetengah golongan dalam masyarakat yang menjadikan pengurusan

jenazah seperti satu bisnes untuk mencari duit. Antaranya ialah seperti menyediakan

pakej pengurusan jenazah dari awal hingga akhir dengan bayaran tertentu. Sedangkan

perkara ini adalah fardu kifayah. Ini memberi gambaran bahawa perlunya golongan guru-

guru agama ini terlibat secara lansung dalam urusan ini supaya tidak timbul lagi perkara

seperti yang disebutkan oleh penulis blog tersebut. Amalan menjadikan urusan

pengurusan jenazah seperti satu bisnes dapat dihentikan jika golongan guru agama yang

bertebaran di seluruh pelosok negara ini dapat menguasai dan memanfaatkan ilmu

pengurusan jenazah.

Page 10: proposal pengurusan jenazah

1.8 KESIMPULAN

Menguruskan jenazah adalah fardu kifayah di dalam Islam. Sesiapa sahaja boleh

melaksanakan terutamanya kepada ahli keluarga simati itu sendiri. Tetapi ilmu

mengenainya mesti lah dikuasai oleh semua orang Islam bukannya melepaskan kepada

golongan tertentu sahaja kerana memberi alasan ianya fardu kifayah dan ada orang yang

lebih layak. Apatah lagi jika seseorang yang bergelar ustaz dan ustazah di sekolah, tugas

mereka bukan sekadar mengajar didalam bilik darjah tetapi perlu juga menyumbangkan

khidmat kepada masyarakat. Salah satu bentuk khidmat yang boleh disumbangkan ialah

melalui pengurusan jenazah.

Oleh kerana itu, golongan ini mestilah menguasai ilmu pengurusan jenazah

dengan baik dan mendalam agar dapat diaplikasikan dalam kehidupan bermasyarakat.

Apatah lagi jika masyarakat itu berada di kawasan pedalaman yang memang

mengharapkan kudrat para ustaz dan ustazah untuk memimpin mereka dalam urusan

keagamaan.

Page 11: proposal pengurusan jenazah

BAHAGIAN A : LATAR BELAKANG RESPONDEN

Arahan : Sila tandakan ( / ) pada jawapan yang sesuai.

1. Jantina

(a) Lelaki ( )

(b) Perempuan ( )

2. Umur

(a) 18 hingga 25 tahun ( )

(b) 26 hingga 35 tahun ( )

(c) 36 hingga 45 tahun ( )

(d) 46 tahun ke atas ( )

3. Kelulusan

(a) SPM / STPM ( )

(b) Diploma ( )

(c) Ijazah ( )

(d) Sarjana ( )

4. Kelulusan

(a) Dalam Negara ( )

(b) Luar Negara ( )

5. Tempat Bertugas

(a) Sekolah Rendah ( )

(b) Sekolah Menengah ( )

6. Kawasan bertugas

(a) Bandar ( )

(b) Luar Bandar ( )

(c) Pedalaman ( )

Page 12: proposal pengurusan jenazah

BAHAGIAN B : KEFAHAMAN RESPONDEN

Sila tanda ( / ) pada jawapan yang sesuai.

1. Hukum melaksanakan pengurusan jenazah?

(a) Fardu Ain ( )

(b) Fardu Kifayah ( )

2. Rukun solat jenazah ada berapa?

(a) 13 ( )

(b) 7 ( )

(c) 5 ( )

3. Bolehkah menguburkan jenazah di malam hari?

(a) Ya ( )

(b) Tidak ( )

4. Jumlah lapis kain kafan bagi jenazah lelaki ialah?

(a) 5 ( )

(b) 3 ( )

5. Bolehkan suami memandikan jenazah isteri?

( a) Ya ( )

(c) Tidak ( )

6. Pandangan anda tentang pihak yang menawarkan pakej pengurusan jenazah?

(a) Setuju ( )

(b) Tidak setuju ( )

(c) Tak pasti ( )

Page 13: proposal pengurusan jenazah

BAHAGIAN C : PENGALAMAN RESPONDEN

Tandakan ( / ) pada jawapan yang sesuai.

1. Anda pernah / biasa memandikan jenazah?

(a) Ya ( )

(b) Tidak ( )

2. Anda pernah / biasa solat jenazah ?

(a) Ya ( )

(b) Tidak ( )

3. Anda pernah /biasa mengkafankan jenazah ?

(a) Ya ( )

(b) Tidak ( )

4. Anda pernah / biasa mengebumikan jenazah /

(a) Ya ( )

(b) Tidak ( )

5. Anda pernah / biasa melaksanakan pengurusan jenazah dari awal hingga akhir ?

(a) Ya ( )

(b) Tidak ( )

6. Anda pernah mengikuti sebarang kursus pengurusan jenazah?

(a) Ya ( )

(b) Tidak ( )

Page 14: proposal pengurusan jenazah

BAHAGIAN D : KEKANGAN DAN MASALAH

Tandakan ( / ) dalam petak yang disediakan berdasarkan skala jawapan yang diberi.

1 – Tidak setuju

2- Tidak pasti

3- Setuju

4 – Sangat setuju

BIL PERKARA 1 2 3 4

1 Rasa takut atau gerun untuk mengurus jenazah

2 Serahkan sahaja kepada pihak hospital atau masjid

3 Rasa tidak yakin dengan ilmu dan kebolehan diri

4 Tidak mendapat peluang

5 Sibuk dengan tugas ditempat kerja

6 Rasa jijik atau kotor

Jika ada sebab-sebab lain,nyatakan :

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

Page 15: proposal pengurusan jenazah

BAHAGIAN E : CADANGAN

1. Apakah langkah yang boleh diambil untuk memastikan guru agama terlatih dalam

ilmu pengurusan jenazah?

---------------------------------------------------------------------------------------------------

---------------------------------------------------------------------------------------------------

---------------------------------------------------------------------------------------------------

---------------------------------------------------------------------------------------------------

---------------------------------------------------------------------------------------------------

----------------------------------------

2. Bagaimana cara yang anda inginkan agar dapat mengamalkan ilmu pengurusan

jenazah dalam masyarakat?

---------------------------------------------------------------------------------------------------

---------------------------------------------------------------------------------------------------

---------------------------------------------------------------------------------------------------

---------------------------------------------------------------------------------------------------

---------------------------------------------------------------------------------------------------

---------------------------------------

Page 16: proposal pengurusan jenazah

Soalan temubual untuk Pegawai Pelajaran Daerah Bahagian Pendidikan Islam.

1. Berapa bilangan guru agama yang berkhidmat didaerah Batang Padang sekarang ?

2. Berapa jumlah kursus yang dirancang bagi guru-guru agama daerah ini sepanjang tahun

ini?

3. Adakah kursus pengurusan jenazah termasuk dalam salah satu Kursus yang dirancang

itu?

4. Jika ada, apa kepentingan atau tujuan ia diadakan?

5. Jika tiada, apa sebab ia tidak diberi tumpuan?

6. Adakah ada rancangan untuk mengadakan kursus pengurusan jenazah bagi guru-guru

agama daerah ini pada masa akan datang?

7. Apakah kekangan yang ada dalam meningkatkan kemahiran ilmu fardu kifayah termasuk

ilmu pengurusan jenazah ini kepada pihak tuan?

BAB KEDUA

Page 17: proposal pengurusan jenazah

PENGURUSAN JENAZAH

2.1 Takrif pengurusan jenazah