program pemindahan ilmu pelajar student...

8
PROGRAM PEMINDAHAN ILMU PELAJAR Student Knowledge Transfer Programme SKTP NATIONAL / INTERNATIONAL ATTACHMENT AND PARTICIPATION OF STUDENT IN KNOWLEDGE TRANSFER ACTIVITIES 2017 GARIS PANDUAN DAN PELAKSANAAN

Upload: nguyenque

Post on 06-Feb-2018

224 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: PROGRAM PEMINDAHAN ILMU PELAJAR Student …ktc.usm.my/images/GARIS_PANDUAN_DAN_PELAKSANAAN_PROGRA… · 5. Penyelia projek ... dalam nisbah 70% (peruntukan) : 30% (penaja/kerjasama

PROGRAM PEMINDAHAN ILMU PELAJAR

Student Knowledge Transfer Programme

SKTP

NATIONAL / INTERNATIONAL ATTACHMENT AND PARTICIPATION OF STUDENT IN

KNOWLEDGE TRANSFER ACTIVITIES

2017

GARIS PANDUAN DAN PELAKSANAAN

Page 2: PROGRAM PEMINDAHAN ILMU PELAJAR Student …ktc.usm.my/images/GARIS_PANDUAN_DAN_PELAKSANAAN_PROGRA… · 5. Penyelia projek ... dalam nisbah 70% (peruntukan) : 30% (penaja/kerjasama

ISI KANDUNGAN

TUJUAN PROGRAM

PENGURUSAN AKTIVITI

PELAKSANAAN AKTIVITI

TARIKH PROGRAM DIJALANKAN

IMPAK PROGRAM

FASA PELAKSANAAN PERUNTUKAN SKTP

Page 3: PROGRAM PEMINDAHAN ILMU PELAJAR Student …ktc.usm.my/images/GARIS_PANDUAN_DAN_PELAKSANAAN_PROGRA… · 5. Penyelia projek ... dalam nisbah 70% (peruntukan) : 30% (penaja/kerjasama

TUJUAN PROGRAM

I. Memindahkan ilmu dan kepakaran USM kepada komuniti yang memerlukan sama ada di dalam

atau di luar negara.

II. Pendedahan dan pemahaman tentang aspek kehidupan.

III. Mewujudkan jaringan kerjasama dalam meningkatkan kualiti hidup.

PENGURUSAN AKTIVITI

I. Pusat Pemindahan Ilmu

II. Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (BHEPA)

PELAKSANAAN AKTIVITI

I. Aktiviti pemindahan ilmu dijalankan untuk komuniti dalam/luar negara.

II. Permasalahan mestilah dikenal pasti terlebih dahulu dan kaedah penyelesaian telah dirangka.

III. Ahli akademik bertindak sebagai pakar rujuk dan pemantau bagi setiap perkembangan program

pemindahan ilmu yang sedang dilaksanakan.

IV. Pemindahan ilmu dilaksanakan sepenuhnya oleh pelajar yang merupakan ahli kumpulan projek

SKTP.

V. Projek yang dijalankan WAJIB memberi keberhasilan dan impak kepada penambahbaikan kualiti

hidup komuniti yang telah disasarkan.

TARIKH PROGRAM DIJALANKAN

I. 27 Mac 2017

BIDANG UTAMA PROJEK SKTP 2017

I. Sains

II. Teknologi

III. Kejuruteraan

IV. Matematik

V. Seni

Page 4: PROGRAM PEMINDAHAN ILMU PELAJAR Student …ktc.usm.my/images/GARIS_PANDUAN_DAN_PELAKSANAAN_PROGRA… · 5. Penyelia projek ... dalam nisbah 70% (peruntukan) : 30% (penaja/kerjasama

IMPAK PROGRAM

I. Memperbaiki kualiti hidup komuniti menerusi aktiviti pemindahan ilmu yang dijalankan.

II. Meningkatkan keupayaan pelajar dalam berinteraksi, memahami dan menghargai suasana

kehidupan komuniti yang dibantu.

III. Melebarkan jaringan kerjasama antarabangsa antara komuniti/universiti dengan para pelajar yang

terlibat.

FASA PELAKSANAAN PERUNTUKAN SKTP

FASA 1: PERMOHONAN

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN PERUNTUKAN PROGRAM PEMINDAHAN ILMU – STUDENT KNOWLEDGE

TRANSFER PROGRAM (SKTP)

Peruntukan ini terbuka kepada pertubuhan pelajar (persatuan/kelab/sekretariat/majlis perwakilan

pelajar) dengan syarat-syarat berikut:

1. Kesemua anggota merupakan warganegara Malaysia; atau

2. Bagi bukan warganegara, diwajibkan mempunyai ahli bersama warganegara Malaysia; dan

3. Telah berdaftar dan diperakukan daripada pihak universiti; dan

4. Kesemua ahli merupakan pelajar USM yang masih aktif (prasiswazah atau pascasiswazah); dan

5. Penyelia projek merupakan warga USM bertaraf tetap.

6. Jumlah peruntukan yang dipohon hendaklah tidak melebihi siling yang telah ditetapkan iaitu

(RM50,000.00).

7. Kos projek akan dibiayai oleh peruntukan SKTP dan organisasi lain (kewangan atau bukan

kewangan) dalam nisbah 70% (peruntukan) : 30% (penaja/kerjasama lain).

8. Tempoh projek dicadangkan jangka panjang (tidak melebihi 1 tahun); dan,

9. Projek-projek berbentuk “one off” tidak akan dipertimbangkan.

PERATURAN PERMOHONAN PERUNTUKAN PROGRAM PEMINDAHAN ILMU – STUDENT KNOWLEDGE

TRANSFER PROGRAMME (SKTP)

1. Permohonan bagi peruntukan SKTP perlu menggunakan borang SKTP versi 1.0 2017.

2. Permohonan bagi peruntukan ini dibuka kepada kumpulan pelajar yang mempunyai cadangan

atau idea pelaksanaan program pemindahan ilmu.

3. Semua permohonan hendaklah diperakukan oleh Penyelia Projek yang bertanggungjawab

menyelia projek yang dicadangkan. Borang permohonan tersebut hendaklah dikemukakan

kepada pihak Sekretariat SKTP.

4. Semua projek yang memohon peruntukan SKTP mestilah mengisytiharkan pembiayaan yang

diperolehi daripada organisasi lain bagi projek tersebut.

Page 5: PROGRAM PEMINDAHAN ILMU PELAJAR Student …ktc.usm.my/images/GARIS_PANDUAN_DAN_PELAKSANAAN_PROGRA… · 5. Penyelia projek ... dalam nisbah 70% (peruntukan) : 30% (penaja/kerjasama

KRITERIA PENILAIAN PERMOHONAN PERUNTUKAN PROGRAM PEMINDAHAN ILMU – STUDENT

KNOWLEDGE TRANSFER PROGRAMME (SKTP)

Projek yang dipohon mestilah merupakan projek yang melibatkan pelajar dalam melakukan proses

pemindahan ilmu yang memberi impak kepada komuniti yang disasarkan. Projek tersebut perlulah

mempunyai salah satu atau lebih daripada perkara berikut:

1. Melaksanakan projek bersama komuniti dengan organisasi yang bakal memberikan hasil yang

boleh diukur (keberhasilan dan impak).

2. Menambahbaik kualiti hidup sesebuah komuniti.

3. Kerjasama yang strategik,

4. Proses pemindahan ilmu yang jelas menerusi pelajar yang terlibat.

5. Bakal melahirkan individu/komuniti mahir dalam sesuatu ilmu yang dipindahkan.

PERATURAN KEWANGAN PERUNTUKAN PROGRAM PEMINDAHAN ILMU – STUDENT KNOWLEDGE

TRANSFER PROGRAMME (SKTP)

Vot Siri 20000

Perkhidmatan & Bekalan

Merekodkan semua perbelanjaan perkhidmatan dan bekalan yang dibeli (berkaitan projek

sahaja)

Vot Siri 23000

Perhubungan dan Utiliti

Pembiayaan telefon, fax, pos biasa, mel udara, mel berdaftar dan ekspress (permohonan tidak

melebihi RM 5,000.00)

Vot Siri 27000

Bekalan dan Bahan Projek

Hanya perbelanjaan yang berkaitan dengan projek sahaja dibenarkan. Pembelian segala gadjet

atau alatan digital/elektronik adalah TIDAK dibenarkan

Vot Siri 29000

Perkhidmatan Ikhtisas

Meliputi lain-lain perkhidmatan termasuk percetakan, hospitaliti, honorarium, penggunaan

komputer, pemprosesan data dan lain-lain perkhidmatan yang berkaitan dengan projek.

Pembayaran yuran persidangan dan yang berkaitan (selain daripada anjuran Urus Setia SKTP)

serta penerbitan adalah TIDAK dibenarkan.

Page 6: PROGRAM PEMINDAHAN ILMU PELAJAR Student …ktc.usm.my/images/GARIS_PANDUAN_DAN_PELAKSANAAN_PROGRA… · 5. Penyelia projek ... dalam nisbah 70% (peruntukan) : 30% (penaja/kerjasama

FASA 2: PEMILIHAN

PENILAIAN PERMOHONAN PERUNTUKAN PROGRAM PEMINDAHAN ILMU – STUDENT KNOWLEDGE

TRANSFER PROGRAMME (SKTP)

1. Setiap permohonan peruntukan SKTP yang akan dinilai oleh Ahli Jawatankuasa Penilai mengikut

kriteria yang telah ditetapkan. Ahli Jawatankuasa ini diketuai oleh seorang Pengerusi Program

dan dianggotai oleh beberapa orang Ahli Jawatankuasa yang diiktiraf sebagai pakar dalam

bidang pemindahan ilmu dan pembangunan pelajar.

2. Pengerusi Panel Penilai akan memperakukan permohonan program yang telah dinilai kepada

Timbalan Naib Canselor BHEPA untuk diluluskan bagi membolehkan program dilaksanakan.

3. Penilaian oleh Ahli Jawatankuasa Penilai adalah berdasarkan kepada syarat, peraturan dan

kriteria yang telah ditetapkan.

FASA 3: KEPUTUSAN

PEMBERITAHUAN KEPUTUSAN PROJEK TERPILIH BAGI PERUNTUKAN PROGRAM PEMINDAHAN ILMU –

STUDENT KNOWLEDGE TRANSFER PROGRAMME (SKTP)

1. Projek yang berjaya dalam penilaian akan menerima surat kelulusan pembiayaan projek

berdasarkan jumlah peruntukan yang diluluskan oleh Ahli Jawatankuasa Penilai.

2. Peruntukan yang diluluskan tidak akan disalurkan kepada pemohon.

3. Projek SKTP hanya perlu mengemukakan dokumen pembayaran kepada Sekretariat SKTP untuk

segala pembayaran mengikut jumlah peruntukan yang telah diluluskan.

FASA 4: PEMANTAUAN

PEMANTAUAN PROGRAM PEMINDAHAN ILMU – STUDENT KNOWLEDGE TRANSFER PROGRAMME (SKTP)

Semua program pemindahan ilmu SKTP yang diluluskan di bawah Peruntukan KTP perlu dipantau dari

aspek:-

1. Pencapaian projek;

2. Kedudukan semasa kewangan; DAN

3. Komitmen setiap ahli projek.

PENGAWALAN PROGRAM PEMINDAHAN ILMU – STUDENT KNOWLEDGE TRANSFER PROGRAMME (SKTP)

1. Setiap projek perlu menyediakan laporan prestasi dan kewangan projek yang perlu dihantar

dalam tempoh 3 bulan selepas projek disiapkan kepada Sekretariat SKTP.

2. Setiap projek juga perlu menyediakan dokumentasi projek dalam bentuk digital atau buku untuk

tujuan rekod pencapaian.

Page 7: PROGRAM PEMINDAHAN ILMU PELAJAR Student …ktc.usm.my/images/GARIS_PANDUAN_DAN_PELAKSANAAN_PROGRA… · 5. Penyelia projek ... dalam nisbah 70% (peruntukan) : 30% (penaja/kerjasama

HASIL PROJEK PERUNTUKAN PROGRAM PEMINDAHAN ILMU – STUDENT KNOWLEDGE TRANSFER

PROGRAMME (SKTP)

Sasaran projek: Setiap projek perlu menetapkan sasaran yang relevan kepada objektif SKTP untuk

pengukuran keberhasilan projek seperti berikut:

1. HASIL PEMINDAHAN ILMU

Projek KTP ini mesti menyenaraikan hasil kepada perkara-perkara berikut berdasarkan kepada

sasaran yang ditetapkan:

I. Jenis ilmu yang telah disampaikan.

II. Hasil daripada ilmu yang disampaikan.

III. Pulangan kepada kumpulan pelaksana (Pengiktirafan kepada ahli akademik).

IV. Pembangunan Bakat kepada pelajar (kebolehpasaran pelajar setelah bergraduasi).

V. Impak yang berteruskan kepada komuniti.

2. PENERBITAN

Semua projek mestilah didokumentasikan dalam bentuk laporan teknikal. Penghargaan kepada

peruntukan SKTP mestilah dinyatakan dengan jelas dalam setiap laporan yang diterbitkan.

*DEFINISI KOMUNITI

1. Institusi yang ditubuhkan untuk mencapai matlamat sosial seperti institusi pendidikan, sekolah,

pra-sekolah dan institusi-institusi latihan; atau,

2. Jaringan perhubungan antara pelbagai kelompok dan individu; atau,

3. Sekumpulan individu yang bergerak secara sukarela untuk memberi perkhidmatan kepada

masyarakat termasuk sanggup menolong antara satu sama lain, dengan berasas kepada nilai-

nilai murni seperti kenegaraan, kesusilaan, pembinaan negara bangsa, hak asasi dan etika.

Page 8: PROGRAM PEMINDAHAN ILMU PELAJAR Student …ktc.usm.my/images/GARIS_PANDUAN_DAN_PELAKSANAAN_PROGRA… · 5. Penyelia projek ... dalam nisbah 70% (peruntukan) : 30% (penaja/kerjasama

SEBARANG PERTANYAAN/MAKLUMAT TAMBAHAN BOLEH DIAJUKAN KEPADA:

URUSETIA PROGRAM PEMINDAHAN ILMU PELAJAR- SKTP

Pusat Pemindahan Ilmu

Aras 1, Bangunan C26, TORAY-USM Knowledge Transfer Centre

Universiti Sains Malaysia, 11800 Pulau Pinang

Pegawai untuk dihubungi:

Encik Zulqarnain Bin Wahid

Tel: 04-653 6735, Faks: 04-653 6728

E: [email protected]