program menara ilmu parlimen pagoh 2015

6
Program Menara Ilmu Parlimen Pagoh 2015 BISMILLAHIRAHMANIRAHIM…ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA… YG BERUSAHA PN HASNAH BT MOHD ROSLAN GPK 1SK PEKAN PAGOH, YG BERBAHAGIA Dr. KHAIRUNEEZAM BIN MOHD NOR, PENSYARAH KANAN, FAKULTI KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN, UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA. YANG DIHORMATI PN HASNAH BT MD ROSLAN GPK 1, EN ABD LATIF BIN SALIM GPK HEM, PN SULAILI BT TIMYATI GPK KO KURIKULUM.. RAKAN-RAKAN GURU DAN MURID-MURID YG DIKASIHI SEKALIAN… Bismillah Walhamdulillah... alhamdulillah..

Upload: nicole-oliver

Post on 05-Jan-2016

221 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Program Menara Ilmu Parlimen Pagoh 2015

Program Menara Ilmu Parlimen Pagoh 2015

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM…ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA…

YG BERUSAHA PN HASNAH BT MOHD ROSLAN GPK 1SK PEKAN PAGOH,

YG BERBAHAGIA Dr. KHAIRUNEEZAM BIN MOHD NOR,

PENSYARAH KANAN, FAKULTI KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN, UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA.

YANG DIHORMATI PN HASNAH BT MD ROSLAN GPK 1, EN ABD LATIF BIN SALIM GPK HEM,

PN SULAILI BT TIMYATI GPK KO KURIKULUM..

RAKAN-RAKAN GURU DAN MURID-MURID YG DIKASIHI SEKALIAN…

 Bismillah Walhamdulillah...

alhamdulillah..

Pembuka kata

Melati kuntum tumbuh melataSayang merbah dipohon cemaraAssalamualaikum mulanya kata

Salam Muafakat Johor

Page 2: Program Menara Ilmu Parlimen Pagoh 2015

Salam Muar MampanSaya sembah pembuka bicara

Sirih junjung penyeri majlisProgram Menara Ilmu 2015 kita raikan

Selamat datang tetamu ke majlisSemoga ia mendapat keberkatan

Tuan – tuan dan puan-puan sekalian

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada tuan-tuan puan-puan serta murid-murid kerana dapat

hadir pada hari ini. Kehadiran anda sekalian amat saya sanjung kerana ia menggambarkan semangat kerjasama yang tinggi & sokongan padu daripada warga dewan terhadap aktiviti yang dilaksanakan oleh Yayasan Nurul Yaqeen walaupun sibuk

dalam menjalankan tugas seharian.

Jangan disukat sarung sempoaGuna buat mengira sukat

Tangan diangkat memohon doaMoga Allah memberi berkat

Sidang warga dewan yang dirahmati Allah,marilah bersama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan

dipimpin oleh En Abd. Latif Bin Salim, dipersilakan.

Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian....

Page 3: Program Menara Ilmu Parlimen Pagoh 2015

Bukan rumput sebarang rumputRumput penghias tepi halamanBukan jemput sebarang jemputJemput memohon kata aluan

Sudilah tuan jalan berlapanJalan berlapan di malam kelam

Sudilah tuan beri ucapanKata aluan pemanis kalam

Majlis kita pada hari ini akan dimulakan dengan ucapan daripada Pn Hasnah Bt Md Roslan GPK 1 SK Pekan Pagoh.

Dipersilakan......

Terima kasih diucapkan kepada Pn Hasnah Bt Md Roslan di atas ucapan alu-aluan sebentar tadi.

Sungguh merdu suara penasihatKata-katamu manis berunsur nasihat

Terima kasih atas setiap amanatSemoga ia mendapat berkat

SAYANG TEBU PATAH SEBATANGDITEBANG IA DIBUAT GULA

SAAT YG DINANTI TELAHPUN DATANGCERAMAH MOTIVASI BAKAL BERMULA.

Majlis dengan hormatnaya mempersilakan......

Page 4: Program Menara Ilmu Parlimen Pagoh 2015

YG BERBAHAGIA Dr. KHAIRUNEEZAM BIN MOHD NOR,PENSYARAH KANAN, FAKULTI KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN, UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA.

Dipersilakan Dr.

Terima kasih diucapkan kepada YG BERBAHAGIA Dr. KHAIRUNEEZAM BIN MOHD NOR,PENSYARAH

KANAN, FAKULTI KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN, UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

Yang telah sudi menyampaikan ceramah tadi.

Para hadirin sekalian

Penyampaian Cenderahati

Sebagai tanda penghargaan, majlis dengan hormatnya menjemput Pn Hasnah Bt Md. Mohd Roslan GPK 1 SK Pekan

Pagoh.

Majlis dengan hormatnya mempersilakan.YG BERBAHAGIA Dr. KHAIRUNEEZAM BIN MOHD

NOR,PENSYARAH KANAN, FAKULTI KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN, UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

Terima kasih diucapkan di atas penyampaian cenderamata itu tadi.

Pohon berangan tempat bertemuGirangnya rasa si anak dara

Baliklah hadirin membawa ilmu

Page 5: Program Menara Ilmu Parlimen Pagoh 2015

Binalah bangsa bangunkan negara

Bunga dedap di atas paraAnak dusun pasang pelitaKalau tersilap tutur bicara

Jemari disusun maaf dipinta

Para hadirin sekalian

Selesailah sudah majlis kita pada hari ini. Oleh itu pihak majlis menjemput tetamu khas & jemputan serta para peserta untuk

menikmati jamuan tengahari yang telah disediakan.

Sekian, wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmayullahiwabarokatuh.