program karnival pembelajaran sepanjang · pdf filekupon makan dan bahan-bahan di asingkan...

7
LAPORAN RINGKAS PROGRAM KARNIVAL PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH) 2017 SERTA PELANCARAN KARNIVAL PENDIDIKAN TINGGI NEGARA (KPTN) 2017 TARIKH: 11-12 FEBRUARI 2017 ZON: TIMUR (UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN) LOKASI : AEON MALL, KOTA BHARU KELANTAN Karnival Pendidikan Tinggi negara 2017 telah dilancarkan dengan rasminya bersekali dengan program Soaring Upwards di negeri Kelantan Darul Naim di tapak parkir pusat beli belah AEON Mall, Kota Bharu oleh Menteri Pendidikan Tinggi, YB. Dato’ Seri Idris Jusoh.Turut hadir, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Mary Yap Kain Ching, Ketua Setiausaha KPT, Tan Sri Dr. Noorul Ainur Mohd Nur dan Ketua Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Tinggi , Datin Paduka Ir. Dr. Siti Hamisah Tapsir dan Timbalan KSU (pembangunan), Dato’ Nik Ali Mat Yunus. Karnival Pendidikan Tinggi Negara (KPTN 2017) Zon Timur mencatatkan lebih 35,000 pengunjung pada hari pertama berlangsungnya program yang sebelum ini dikenali Jom Masuk U sebaik sahaja dibuka pada jam 9 pagi. Jumlah itu merekodkan pelawat harian tertinggi yang pernah direkodkan di program KPTN 2017 di Kelantan dengan jumlah kehadiran 35,000 ribu pelawat sudah melawat pameran pada petang Sabtu di pusat membeli-belah AEON Mall, Kota Bharu, Kelantan, yang diadakan bermula 11 sehingga 12 Februari 2017. Gambar sekitar pelancaran:

Upload: doankhue

Post on 06-Feb-2018

232 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

LAPORAN RINGKAS PROGRAM KARNIVAL PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH) 2017

SERTA PELANCARAN KARNIVAL PENDIDIKAN TINGGI NEGARA (KPTN) 2017

TARIKH: 11-12 FEBRUARI 2017

ZON: TIMUR (UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN)

LOKASI : AEON MALL, KOTA BHARU KELANTAN

Karnival Pendidikan Tinggi negara 2017 telah dilancarkan dengan rasminya

bersekali dengan program Soaring Upwards di negeri Kelantan Darul Naim di

tapak parkir pusat beli belah AEON Mall, Kota Bharu oleh Menteri Pendidikan

Tinggi, YB. Dato’ Seri Idris Jusoh.Turut hadir, Timbalan Menteri Pendidikan

Tinggi, YB Dato’ Mary Yap Kain Ching, Ketua Setiausaha KPT, Tan Sri Dr. Noorul

Ainur Mohd Nur dan Ketua Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Tinggi,

Datin Paduka Ir. Dr. Siti Hamisah Tapsir dan Timbalan KSU (pembangunan), Dato’

Nik Ali Mat Yunus. Karnival Pendidikan Tinggi Negara (KPTN 2017) Zon Timur

mencatatkan lebih 35,000 pengunjung pada hari pertama berlangsungnya program

yang sebelum ini dikenali Jom Masuk U sebaik sahaja dibuka pada jam 9 pagi.

Jumlah itu merekodkan pelawat harian tertinggi yang pernah direkodkan di program KPTN 2017 di Kelantan dengan jumlah kehadiran 35,000 ribu pelawat sudah melawat pameran pada petang Sabtu di pusat membeli-belah AEON Mall, Kota Bharu, Kelantan, yang diadakan bermula 11 sehingga 12 Februari 2017.

Gambar sekitar pelancaran:

Petugas PSH

Pegawai dan staf yang bertugas dari Unit Perancangan Modal Insan (PMI), BPPPD,

KPT untuk menyelaras dan memantau booth pameran PSH sepanjang Karnival PSH

2017 di Zon Timur adalah:

1. Dr.Siti Fazriah Binti Raja Mohamed

2. En.Shanusi Bin Ahmad

3. Pn. Mazalina Binti Ali

Penginapan :

Penginapan yang disediakan oleh KPT untuk Pegawai Pempamer dari

Kementerian/Agensi/Institusi adalah di Hotel Grand Riverview dan Hotel Perdana,

Kota Bharu.Penginapan tersebut adalah untuk dua malam iaitu daftar masuk pada

10 Februari 2017 (Jumaat) dan daftar keluar pada 12 Februari 2017(Ahad).

Penyertaan booth pameran dari pembekal PSH :

Karnival ini disertai 8 Pembekal PSH iaitu PSMB, KPWKM, PLUMS, UMCCed,

USM, MQA, UITM dan Pusat Pembelajaran Sepanjang Hayat UTeM. Walau

bagaimanapun UTeM telah menarik diri disaat akhir atas sebab-sebab tertentu yang

tidak dapat dielakkan.

Persiapan booth :

Pegawai Pempamer dari Kementerian/Agensi/Institusi dibenarkan untuk

membuat persiapan dan menghias booth masing-masing di tapak pakir AEON Mall

Kota Bharu mulai jam 3.00 petang hingga 12.00. PSH juga menyediakan Arch untuk

menarik perhatioan para pengunjung.

Sebanyak 130 booth disediakan sempena KPTN Zon Timur. Bagi booth PSH

sebanyak 8 booth telah diperuntukkan. Antara kemudahan disetiap booth yang

disediakan ialah satu meja, 2 kerusi dan soket untuk bekalan elektrik. Selain itu

puhsk urusetia turut menyediakan 1 lampu kalimantan. Luas booth ialah 3 X 3M.

Gambar Arch di Karnival

Arch PSH ini hanya digunakan untuk perasmian sahaja buat masa ini. Selaun

daripada Arch PSH juga turut memberi door gift yang diletakkan di kaunter MQA-

APEL. Ianya berupa pen dan ‘key chain’.

Gambar Booth PSH dan aktiviti sepanjang Karnival

Jumlah Pengunjung Booth PSH

Jumlah pengunjung yang mengunjungi Booth PSH ialah seperti berikut:

1. PSMB 96 orang

2. KPWKM 500 orang

3. PLUMS 300 orang

4. UMCCed 1500 orang

5. USM 350 orang

6. MQA 180 orang

7. UITM 1000 orang

Jumlah keseluruhan ialah 3926 orang.

Cadangan Penambahbaikan :

1. Menjemput dan melibatkan agensi lain dibawah Kerajaan Negeri.

2. Memperbanyakkan lagi booth PSH

3. Kupon makan dan bahan-bahan di asingkan untuk.pempamer PSH.

Disediakan oleh:

1. Dr.Siti Fazriah Binti Raja Mohamed

2. En.Shanusi Bin Ahmad

3. Pn. Mazalina Binti Ali