· web viewkumpulkan dan asingkan bahan buangan mengikut jenis seperti tin...

55
FAKULTI PERUBATAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA JABATAN PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJIAN PENGGUNA HHHC9301: KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT DAN ALAM SEKITAR PENSYARAH: DR.ANISAH NORDIN KUMPULAN 1 1

Upload: lenguyet

Post on 18-Mar-2018

247 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: · Web viewKumpulkan dan asingkan bahan buangan mengikut jenis seperti tin aluminium,kaca,kertas dan ini boleh mengatasi masalah kekurangan bahan mentah dan seterusnya memperlahankan

FAKULTI PERUBATAN

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

JABATAN PENGURUSAN SUMBER DAN

PENGAJIAN PENGGUNA

HHHC9301: KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT DAN

ALAM SEKITAR

PENSYARAH:

DR.ANISAH NORDIN

KUMPULAN 1

SEMESTER 1 | SESI 2014/2015

1

Page 2: · Web viewKumpulkan dan asingkan bahan buangan mengikut jenis seperti tin aluminium,kaca,kertas dan ini boleh mengatasi masalah kekurangan bahan mentah dan seterusnya memperlahankan

AHLI KUMPULAN

1. MOHD ISKANDAR BIN MOHD ZULFAZLI (A146790)

2. MUHAMMAD RIDZUAN BIN ROSLAN (A143598)

3. AHMAD WAZIR AIMAN BIN MOHD ABD WAHAB (A144702)

4. KRIMIYA BINTI YUSOF (A143704)

5. NURUL NAJWA BINTI MOHAMAD (A143702)

6. FARAH MADIEHAH BINTI ABDUL HADI (A143679)

7. CHEW JUNE LI (A143649)

8. GAN POH VIEN (A143617)

9. LEE SIEW LING (A143635)

2

Page 3: · Web viewKumpulkan dan asingkan bahan buangan mengikut jenis seperti tin aluminium,kaca,kertas dan ini boleh mengatasi masalah kekurangan bahan mentah dan seterusnya memperlahankan

KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN

2.0 KAEDAH (PENCARIAN MAKLUMAT)

3.0 BAGAIMANA KESAN RUMAH HIJAU TERJADI

4.0 FAKTOR PEMBENTUKAN KESAN RUMAH HIJAU DI MALAYSIA

5.0 KESAN TERHADAP ALAM SEKITAR DAN MANUSIA

(GLOBAL DAN MALAYSIA)

6.0 CARA-CARA MENGATASI KESAN RUMAH HIJAU

(PERANAN INDIVIDU DAN KERAJAAN)

7.0 TEKNOLOGI MENGURANGKAN PEMBEBASAN GAS RUMAH HIJAU

8.0 KESIMPULAN

9.0 RUJUKAN

3

Page 4: · Web viewKumpulkan dan asingkan bahan buangan mengikut jenis seperti tin aluminium,kaca,kertas dan ini boleh mengatasi masalah kekurangan bahan mentah dan seterusnya memperlahankan

1.0. PENGENALAN

Kesan rumah hijau merupakan satu fenomena yang berlaku akibat pencemaran

udara. Sejarah kesan rumah hijau bermula pada zaman Revolusi Perindustrian. Pada

zaman inilah manusia mula menggunakan bahan api fosil secara meluas. Ini

menyebabkan kandungan karbon dioksida bertambah. Kesan rumah hijau berlaku kerana

pemerangkapan haba oleh gas-gas rumah hijau. Gas-gas ini akan bertindak seperti

selimut yang membenarkan haba masuk kemudian akan memerangkap haba ini. Haba

yang terperangkap inilah yang akan meningkatkan suhu pada permukaan bumi. Kesan

rumah hijau adalah tanda amaran terhadap bahagian bawah atmosfera dan permukaan

planet oleh satu proses kompleks yang membabitkan cahaya matahari, gas dan bahan

kecil di atmosfera. Di muka bumi, kesan rumah hijau bermula lama sebelum kewujudan

manusia lagi. Kegiatan manusia pada masa ini menambahkan lagi kesannya. Jumlah

bahang yang terperangkap oleh gas di atmosfera, dikenali sebagai gas rumah hijau

berkembang dengan pesatnya sejak pertengahan 1800, apabila industri moden mulai

berkembang. Pada akhir 1800, suhu permukaan bumi turut meningkat. Dinamakan kesan

rumah hijau ini kerana keadaan atmosfera kelihatan seperti bumbung kaca dan tembok

rumah hijau, yang memerangkap bahang matahari. Keadaan permukaan bumi

4

Page 5: · Web viewKumpulkan dan asingkan bahan buangan mengikut jenis seperti tin aluminium,kaca,kertas dan ini boleh mengatasi masalah kekurangan bahan mentah dan seterusnya memperlahankan

menunjukkan kira-kira 15 peratus tenaga solar akan kembali ke udara. Sementara bakinya

akan memanaskan tanah dan lautan.

Tanah dan lautan dipanaskan ini akan membalikkan semula bahangnya ke udara,

terutama dalam bentuk pancaran infra merah dan wap air. Infra merah hampir sama

seperti gelombang kecil, tetapi tidak boleh dilihat oleh mata kasar manusia. Apabila

pancaran dari tanah dan lautan ini terkena pada bahan tertentu di atmosfera seperti gas

rumah hijau dan serpihan, bahan ini akan menyerap pancaran itu. Hasilnya, gas dan

serpihan itu juga panas. Ia hanya akan sejuk apabila menghantar keluar pancaran infra

merahnya sendiri. Sebahagian daripadanya akan ke ruang angkasa dan sebahagian lagi

kembali ke permukaan bumi, yang kemudiannya turut menambahkan lagi darjah

kepanasan di permukaan udara. Tanpa kesan semula jadi rumah hijau, purata suhu

permukaan bumi adalah kira-kira 59 darjah Fahrenheit atau 33 darjah selsius lebih sejuk

berbanding sekarang. Gas rumah hijau yang utama terdiri daripada atom karbon,

hidrogen dan oksigen. Gas ini pula adalah wap air, karbon dioksida, metana dan ozon.

Serpihan rumah hijau termasuk titisan awan, jelaga dan debu. Sejak awal hingga

pertengahan 1800-an, jumlah karbon dioksida dalam atmosfera meningkat kira-kira 25

peratus dan konsentrasi metana bertambah 150 peratus. Kebanyakan peningkatan

disebabkan aktiviti manusia, terutama pembakaran minyak fosil (arang, minyak dan gas

asli) dan pembersihan tanah. Minyak fosil mengandungi karbon dan pembakarannya

menghasilkan karbon dioksida. Pokok dan tanaman lain menyerap gas melalui proses

fotosintesis. Tanah dibersihkan dan hutan yang ditebang juga menyebabkan kadar karbon

5

Page 6: · Web viewKumpulkan dan asingkan bahan buangan mengikut jenis seperti tin aluminium,kaca,kertas dan ini boleh mengatasi masalah kekurangan bahan mentah dan seterusnya memperlahankan

dioksida meningkat. Kadar purata suhu permukaan bumi meningkat kira-kira 0.5 hingga

1.5 darjah Fahrenheit (0.3 hingga 0.8 darjah selsius) hingga akhir 1800-an.

Ahli sains masih belum mengesahkan peningkatan kadar karbon dioksida di

atmosfera meningkatkan suhu permukaan bumi. Sekiranya dalam keadaan tertentu,

kaitannya memang wujud, keputusan selepas itu mungkin lebih teruk. Ramai saintis

menganggarkan pada 2050, jumlah karbon dioksida di atmosfera dua kali ganda

berbanding paras di kawasan pra industri. Jika peningkatan ini turut ditambah oleh kesan

rumah hijau, suhu permukaan bumi akan bertambah antara tiga hingga lapan darjah

Fahrenheit (1.5 hingga 4.5 darjah selsius) pada 2100. Peningkatan suhu permukaan bumi,

dikenali sebagai kepanasan sejagat boleh merubah sistem ekologi beberapa bahagian

bumi. Sebagai contoh, kepanasan sejagat turut mempengaruhi pola penurunan hujan,

mencairkan ketulan ais sehingga meningkatkan paras laut, menyebabkan ribut tropika

yang teruk, mengakibatkan perpindahan tanaman dan jumlah haiwan. Ia turut

menyebabkan perubahan arus ombak dan peredaran angin, sehingga ada kawasan lebih

sejuk berbanding pada masa kini. Satu lagi kesan daripada kepanasan sejagat di kawasan

utara menyebabkan lebih banyak salji yang turut cair dan menyebabkan lebih banyak

lembaran ais. - Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA)

6

Page 7: · Web viewKumpulkan dan asingkan bahan buangan mengikut jenis seperti tin aluminium,kaca,kertas dan ini boleh mengatasi masalah kekurangan bahan mentah dan seterusnya memperlahankan

2.0. KAEDAH (PENCARIAN MAKLUMAT)

Metadologi

Kami telah membuat kajian ini dengan merujuk kepada artikel yang diterbitkan di dalam

surat khabar Berita Harian bertajuk “Kesan Rumah Hijau” yang disiarkan pada 1 Mac

2013. Selain itu, kami juga telah merujuk kepada artikel “ Pemanasan global adakah kami

akibatnya?” di dalam surat khabar Utusan.

Seterusnya, kami juga telah merujuk kepada beberapa laman web bagi membuat kajian

ini seperti :

http://www.malaysian-ghost-research.org/education/kertas-penyelidikan-

geografi/kesan-kemusnahan-lapisan-ozon-terhadap-cuaca-dan-iklim-dunia.html

http://www.cikguhailmi.com/2013/08/kesan-rumah-hijau-greenhouse-effect.html

http://www.majalahsains.com/2010/03/teknologi-hijau-semua-pihak-perlu-

berperanan/

http://www.ikim.gov.my/index.php/ms/artikel/7619-ancaman-terhadap-

biodiversiti

Akhir sekali, kami telah merujuk jurnal yang ditulis oleh Mohamad Fazli Sabri & Teoh

Yong Yong dari Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi

Manusia, Universiti Putra Malaysia bertajuk “Tahap Keprihatinan Alam Sekitar dan

Amalan Kepenggunaan Hijau Pengguna di Petaling Jaya, Selangor”.

7

Page 8: · Web viewKumpulkan dan asingkan bahan buangan mengikut jenis seperti tin aluminium,kaca,kertas dan ini boleh mengatasi masalah kekurangan bahan mentah dan seterusnya memperlahankan

3.0. BAGAIMANA KESAN RUMAH HIJAU TERJADI

Kesan rumah hijau (greenhouse effect) adalah berkaitan dengan kesan pemanasan

atmosfera terhadap bumi. Gelombang cahaya matahari melalui udara diserap oleh bumi.

Bumi kemudiannya memancarkan semula tenaga ini sebagai gelombang haba dan diserap

oleh udara, terutamanya oleh karbon dioksida. Karbon dioksida di atmosfera bertindak

seperti kaca di dalam rumah hijau dimana kaca menukarkan jarak gelombang cahaya

yang memasuki rumah kaca menjadi semakin memanjang dan membebaskan haba dalam

rumah kaca dan memerangkap haba tersebut. Antara beberapa jenis gas rumah hijau yang

biasa didapati ialah Karbon dioksida (CO2), Nitrous Oxide (N2O), Gas Metana (CH4)

dan Gas berflorin.

Karbon dioksida meningkat disebabkan pembakaran bahan api untuk menghasilkan

tenaga elektrik dan kuasa, penebangan pokok dan tumbuh-tumbuhan yang berlelusa dan

aktiviti perindustrian yang tidak terkawal. Karbon dioksida boleh kekal sehingga 50 -

1000 tahun di atmosfera selepas penghasilan.

Gas metana terhasil daripada penguraian semulajadi najis sesetengah haiwan seperti

lembu dan kambing selepas mereka menghadam makanan, proses dekomposisi baja,

pelupusan sampah, penghasilan dan penyaluran gas asli dan perlombongan arang batu.

8

Page 9: · Web viewKumpulkan dan asingkan bahan buangan mengikut jenis seperti tin aluminium,kaca,kertas dan ini boleh mengatasi masalah kekurangan bahan mentah dan seterusnya memperlahankan

Gas metana boleh kekal di atmosfera selama 12 tahun selepas penghasilan. Gas metana

menyerap 20 kali ganda lebih banyak haba berbanding dengan haba yang diserap oleh

jumlah karbon dioksida yang sama.

Penggunaan baja yang berlebihan dalam pertanian meningkatkan komposisi gas nitrogen

dalam tanah. Sesetengah bakteria menukarkan Nitrogen berlebihan kepada Nitrus oksida.

Ia juga dihasilkan melalui pembakaran bahan api, aktiviti perindustrian. Nitrus oksida

boleh kekal selama 114 tahun di atmosfera selepas penghasilan dan boleh memerangkap

238 kali lebih haba daripada haba yang diserap oleh jumlah karbon dioksida yang sama.

Gas berflorin pula dibebaskan daripada alat penyejukan. Contoh gas berfluorin ialah

Chlorofluorocarbon (CFC). Tempoh lupus gas berfluorin berbeza mengikut jenis gas.

Terdapat gas yang kekal sehingga ribuan tahun di atmosfera dan menyerap sehingga

23000 lebih haba daripada gas karbon dioksida.

9

Page 10: · Web viewKumpulkan dan asingkan bahan buangan mengikut jenis seperti tin aluminium,kaca,kertas dan ini boleh mengatasi masalah kekurangan bahan mentah dan seterusnya memperlahankan

4.0. FAKTOR-FAKTOR UTAMA KESAN RUMAH HIJAU

DI MALAYSIA

Di antara faktor yang menyebabkan kesan rumah hijau di Malaysia adalah:

1. Pembakaran terbuka seperti sampah sarap akan membebaskan gas-gas seperti

karbon dioksida dan karbon monoksida ke ruang atmosfera bumi.

2. Pembebasan asap kenderaan seperti kereta mahupun kenderaan seperti motosikal

juga menjadi salah satu kepada faktor kepada pembentukan rumah hijau. Contoh-

contoh gas yang dibebaskan adalah karbon dioksida nitrogen.

3. Pengunaan tenaga elektrik yang berlebihan seperti pengunaan televisyen, stereo

dan komputer sering terbiar dibuka apabila tidak digunakan. Ini kerana peralatan

ini menggunakan 10% hingga 60% sumber tenaga dan membebaskan gas-gas

berflorin. Ini boleh menyumbang kepada kesan rumah hijau.

4. Aktiviti rumah hijau di mana aktiviti gas rumah hijau menghasilkan gas-gas

seperti CFC. Ini menyebabkan penyerapan radiasi tenaga haba dari bumi. CFC

pula bertindak dengan gas ozon daripada lapisan ozon dan meyebabkan penipisan

lapisan ozon. Gas-gas ini juga memerangkap sinaran tenaga haba daripada bumi.

Pemerangkapan tenaga haba oleh gas-gas rumah hijau ini menyebabkan

peningkatan purata suhu atmosfera bumi secara global.

10

Page 11: · Web viewKumpulkan dan asingkan bahan buangan mengikut jenis seperti tin aluminium,kaca,kertas dan ini boleh mengatasi masalah kekurangan bahan mentah dan seterusnya memperlahankan

5. Kajian mendapati 98 % punca peningkatan suhu bumi ialah pelepasan karbon

dioksida akibat pembakaran bahan bakar fosil yang telah dilakukan sejak abad ke-

18. Perubahan penggunaan tanah menyumbang 30 peratus pelepasan kar

bon dioksida.

6. Secara semulajadi, kesan rumah hijau berpunca daripada letusan gunung berapi

yang membebaskan gas-gas sulfur, dan karbon.

7. Sektor perindustrian banyak membebaskan gas-gas seperti kloroflorokarbon,

halon, karbon dioksida, karbon monoksida, sulfur oksida, metana dan lain-lain

yang telah menjadi agen utama menghakis dan menipiskan lapisan ozon serta

membentuk selimut atmosfera. Contohnya : Industri pencuci atau pelarut : CFCs

dalam bentuk cecair digunakan sebagai bahan pencuci minyak dan gris dalam

perlatan elektronik dan elektrik, mikrocip dalam komputer dan pelbagai jenis

logam. CFCs dalam bentuk gas pula digunakan sebagai pencuci peralatan

perubatan.

8. Aktiviti pertanian turut menyebabkan meningkatnya gas-gas rumah hijau di

atmosfera ialah pelepasan gas metana akibat reputan bahan organic daripada baja-

baja di dalam tanah.

11

Page 12: · Web viewKumpulkan dan asingkan bahan buangan mengikut jenis seperti tin aluminium,kaca,kertas dan ini boleh mengatasi masalah kekurangan bahan mentah dan seterusnya memperlahankan

5.0. KESAN RUMAH HIJAU

Berdasarkan laporan Panel Antara Kerajaan Mengenai Perubahan Iklim (IPCC),

suhu dunia diramal meningkat daripada 1.1 darjah Selsius kepada 6.4 darjah Selsius

antara 1990 dan 2100. Jika ramalan itu menjadi kenyataan, bumi akan semakin panas

dalam tempoh seabad lagi dan mungkin tidak selamat lagi. Kenaikan suhu itu boleh

mencairkan ais di kutub dan meningkatkan paras air laut. Risiko banjir besar boleh

berlaku jika perkara itu berlaku, malah beberapa kepulauan kecil boleh tenggelam.

Beberapa kawasan lain yang beriklim panas pula menerima taburan hujan yang banyak

tetapi tanah di situ menjadi lebih cepat kering disebabkan penyejatan air yang berlaku

dengan cepat.

Sejak 150 tahun yang lepas, glasier di banjaran gunung Alps, seperti glasier Aletsch di

Switzerland, telah hilang separuh jisimnya. Kredit : O. Esslinger

12

Page 13: · Web viewKumpulkan dan asingkan bahan buangan mengikut jenis seperti tin aluminium,kaca,kertas dan ini boleh mengatasi masalah kekurangan bahan mentah dan seterusnya memperlahankan

Seperti yang telah ditunjukkan, kesan rumah hijau membawa kepada pemanasan

global yang menyebabkan glasier mencair dan tahap air laut meningkat sebanyak

beberapa puluh sentimeter. Ketebalan ais di kutub juga menjadi kurang. Sejak kurun ke-

21, fenomena ini meningkat semakin cepat, dimana kesannya kelihatan semakin ketara,

terutamanya peningkatan tahap air laut dan perubahan cuaca secara ekstrim yang

melibatkan kemarau dan kitaran presipitasi yang dahsyat. Tudung-tudung ais juga

memantulkan sejumlah besar haba matahari. Dengan tiadanya tudung-tudung ini, daratan

tidak dapat memantulkan jumlah haba yang sama dan haba ini akan tersimpan di dalam

atmosfera bumi. Hasilnya, keadaan bumi akan menjadi sangat panas. Dengan kehilangan

sebahagian tudung Antartik, ini akan menenggelamkan pulau-pulau yang lebih rendah,

dan beberapa tempat, seperti Belanda dan kawasan-kawasan delta, akan tidak dapat

didiami. Mereka yang tinggal di situ akan terpaksa berpindah. Kesemua kawasan daratan

bumi yang rendah akan ditenggelami air. Sistem-sistem sungai akan diundurkan dan akan

berombak laut jauh ke daratan. Kapasiti tadahan air akan berkurangan dengan banyaknya.

Air minum akan berkurangan. Peningkatan suhu akan menyebabkan kawasan-kawasan

yang telah dicemari berubah merah kerana pertumbuhan alga. Perubahan pada sistem-

sistem alga akan menghapuskan kawasan-kawasan pembiakan ikan dan kumpulan ikan

akan mula mati.

13

Page 14: · Web viewKumpulkan dan asingkan bahan buangan mengikut jenis seperti tin aluminium,kaca,kertas dan ini boleh mengatasi masalah kekurangan bahan mentah dan seterusnya memperlahankan

Kesan ini berlaku perlahan-lahan pada mulanya tetapi kemudian akan bertambah

cepat sementara tudung-tudung ini mencair. Ini akan menyebabkan ketidakstabilan pada

berat sistem daratan dan seterusnya meningkatkan tekanan ke atas sistem plet bumi yang

menyokong daratan. Antartika sudahpun mula meninggi dengan berkurangnya berat

tersebut. Hasilnya adalah aktiviti gempa bumi yang lebih banyak. Apabila aktiviti gempa

bumi bermula, pelepasan logam-logam berat akan meningkatkan pertumbuhan alga dan

laut-lautan akan menjadi merah dengan terbentuknya kesan ombak merah (red tide

effect). Kesan penumpuan logam berat di dalam alga adalah peningkatan tahap

ketoksikan di dalam ikan.

Aktiviti ini menyebabkan sepertiga daripada kapal turut termusnah dan ini

bermakna bahawa ia bukan saja melibatkan logam berat dan pertumbuhan berlebihan

alga tetapi juga pada kejadian tsunami (ombak besar).Tsunami bergerak dengan laju

menghampiri kelajuan bunyi dan boleh membentuk tembok air beberapa ratus kaki

tingginya. Ombak yang disebutkan di atas dianggarkan antara 90 meter (300 kaki) dan

300 meter (1,000 kaki) tingginya dan bergerak hampir 1,126 kilometer sejam (700 batu

sejam). Kapasiti membinasa ombak seperti ini adalah sungguh besar sekali. Setiap

penggelinciran daratan dan gempa bumi akan mencetuskan aktiviti tsunaminya sendiri.

Dengan begitulah, maka sepertiga daripada perkapalan dunia ini akan dimusnahkan.

Suatu dokumentari TV yang baru-baru ini disiarkan di Australia memeriksa penurunan

yang berlaku pada populasi krill dan burung penguin di Antartika. Populasi krill menurun

sebanyak 50% sementara populasi penguin turun sebanyak 25%. Krill membiak di bawah

14

Page 15: · Web viewKumpulkan dan asingkan bahan buangan mengikut jenis seperti tin aluminium,kaca,kertas dan ini boleh mengatasi masalah kekurangan bahan mentah dan seterusnya memperlahankan

gumpalan/tudung ais (ice cap) ini. Ia hidup di bawah dan bergantung pada sistem

ais ini serta membiak di sana. Krill adalah haiwan-haiwan krustasia (mempunyai kerang)

kecil seperti udang. Mereka adalah asas kepada rantai makanan di laut-laut selatan.

Mereka adalah makanan utama bagi ikan paus. Ikan-ikan bergantung padanya dan dengan

itu penguin juga ikut terancam.

Pembakaran bahan api akan melepaskan karbon dioksida yang menyumbang

kepada kesan rumah hijau. Pada masa yang sama, ia membebaskan gas sulfur dioksida

dan nitrogen oksida yang menjadi penyumbang utama pemendapan berasid. Masalah ini

mengakibatkan kemerosotan kualiti tanah, kepupusan hutan dan ancaman kepada hidupan

liar. Seiring dengan penambahan populasi dunia, pengawalan pencemaran akan terus

menjadi cabaran pada masa hadapan. Pembangunan negara menjadi semakin pesat,

justeru sumber dan tenaga yang besar diperlukan untuk mempertingkatkan produktiviti

negara bagi memenuhi permintaan semasa. Akibatnya banyak bahan-bahan buangan

terhasil dan seterusnya menjadi penyebab utama kepada masalah persekitaran global.

Peningkatan aktiviti ini akan mempengaruhi atmosfera. Kesan rumah hijau yang

terlihat adalah begitu besar sekali sehingga matahari menjadi gelap pada waktu fajar dan

senja dan menyebabkan hari menjadi pendek. Kesan ini terjadi apabila sebahagian besar

tenaga dari Matahari yang sampai kepermukaan Bumi tidak dipantulkan semula keluar ke

angkasa lepas, malah diserapi oleh atmosfera kita. Matahari yang mempunya suhu

permukaan 6000 darjah, bersinar terutamamya di dalam gelombang tampak dimana

tenaganya masuk secara mudahnya ke atmosfera kita. Tetapi, disebabkan suhu Bumi jauh

15

Page 16: · Web viewKumpulkan dan asingkan bahan buangan mengikut jenis seperti tin aluminium,kaca,kertas dan ini boleh mengatasi masalah kekurangan bahan mentah dan seterusnya memperlahankan

lebih rendah dari suhu Matahari, planet kita mengeluarkan kembali tenaga ini

dalam bentuk sinaran inframerah. Gas-gas tertentu seperti karbon-dioksida, methane dan

nitrogen oksida, yang juga lutsinar dalam gelombang tampak, adalah legap dalam sinaran

inframerah. Ciri-ciri ini menghalang tenaga dari keluar semula ke angkasa lepas dan

tenaga tersebut menjadikan atmosfera kita panas.

Insiden kesan pemanasan ini ke atas lautan juga menyumbang kepada kesan El Nino di

Pasifik Timur. Dalam keadaan normal, arus-arus lautan pada Pasifik Timur akan membawa zat-

zat yang kaya dalam arus-arusnya yang sejuk untuk membolehkan ikan-ikan yang hidup di

kawasan air sejuk untuk membiak.El Nino merupakan arus panas yang menghalang pembawaan

zat-zat ini dan sama ada menyebabkan kematian ikan-ikan tersebut atau menghalau mereka ke

arah utara dan lain-lain kawasan. Kesan-kesan sampingannya adalah cuaca yang tidak menentu

dan kemarau di kawasan Pasifik Barat dan juga Afrika Selatan.Sejak itu terdapat peristiwa La

Nina dan hujan yang lebih banyak di Pasifik Barat, tetapi ada juga peningkatan ketidakstabilan

pada kejadian peristiwa-peristiwa tersebut di Pasifik Timur dan tempat lain. Selepas El Nino,

peningkatan suhu di kawasan Antartik telah menyebabkan berlakunya jangkitan virus di kalangan

populasi singa laut. Sekitar 11,000 singa laut telah maut akibat jangkitan virus kerana laut yang

bertambah hangat. Para saintis kini berpendapat bahawa ada wujudnya virus yang tidak diketahui

sebelum ini, yang dahulunya terperangkap di dalam lapisan ais tetapi kini terlepas. Maknanya kita

akan berhadapan dengan virus-virus yang beribu tahun umurnya tanpa apa-apa pengetahuan

bagaimana untuk menanganinya. Kesan perubahan iklim sudah pasti memberi kesan kepada

ekonomi negara. Kerugian yang dialami oleh negara akibat daripada fenomena banjir misalnya

dianggarkan berjumlah RM 100 juta setiap tahun. Ini sudah tentu mengakibatkan kegawatan serta

menjejaskan kegiatan ekonomi masyarakat.Dalam pada itu, aktiviti ekonomi dalam negara akan

16

Page 17: · Web viewKumpulkan dan asingkan bahan buangan mengikut jenis seperti tin aluminium,kaca,kertas dan ini boleh mengatasi masalah kekurangan bahan mentah dan seterusnya memperlahankan

turut terjejas dan mencalarkan imej negara. Kegagalan menguruskan bencana alam dan

persekitaran yang tidak kondusif untuk kegiatan ekonomi akan menyebabkan negara berhadapan

dengan kesukaran menarik minat para pelabur asing untuk melabur di negara ini.

Kesan perubahan iklim dan pemanasan global turut mengancam keselamatan dan

kesihatan manusia. Menurut WHO, perubahan iklim global secara langsung atau tidak

langsung menyebabkan kira-kira 77,000 kematian setiap tahun di rantau Asia Pasifik.

Walaupun negara tidak terkesan secara jelas, namun rakyat negara ini terdedah kepada

ancaman lain yang turut mengancam nyawa manusia. Tekanan cuaca panas

mengakibatkan rakyat negara ini terdedah kepada penyakit katarak dan kanser kulit.

Malah, perubahan cuaca yang ekstrem kesan daripada perubahan iklim menyebabkan

pertambahan kes wabak penyakit yangberpunca daripada haiwan pembawa ataupun

vektor seperti malaria dan denggi. Perubahan suhu turut menyebabkan heatwave di

beberapa tempat dan ini mengakibatkan penduduk terutamanya warga tua mudah

mengalami heatstroke yang boleh mengakibatkan kematian.

Kelemahan urus tadbir sumber hutan negara turut mempercepatkan lagi kesan

perubahan iklim terhadap ekosistem. Pembalakan haram, pemusnahan hutan dan

pembukaan kawasan baru bagi tujuan pembangunan merupakan antara kegiatan yang

menjejaskan kitaran karbon yang merupakan proses semulajadi pengurangan karbon

dioksida di atmosfera. Ini kerana tumbuhan hijau berperanan sebagai perangkap dan

pengguna utama karbon dioksida bagi proses fotosintesis. Penjejasan kepada ekosistem

akibat kerakusan manusia akhirnya akan memakan diri dan membawa bencana kepada

17

Page 18: · Web viewKumpulkan dan asingkan bahan buangan mengikut jenis seperti tin aluminium,kaca,kertas dan ini boleh mengatasi masalah kekurangan bahan mentah dan seterusnya memperlahankan

manusia sendiri. Tanah runtuh, banjir lumpur dan kekurangan sumber merupakan antara

kesan penjejasan ke atas ekosistem dan tidak mustahil pada masa akan datang negara

berhadapan dengan krisis yang lebih besar. Pemindahan zon-zon iklim dan gerakan air

laut serta kejadian banjir boleh menjejaskan kegiatan manusia misalnya aktiviti

penangkapan ikan dan haiwan akuatik lain. Bencana alam seperti ribut dan kemarau juga

mengakibatkan gangguan bekalan elektrik. Ini secara tidak langsung memberi kesan

kepada manusia bagi menjalankan rutin harian mereka.Penempatan penduduk di kawasan

rendah turut terjejas sekiranya berlaku peningkatan aras air laut yang mungkin akan

menghakis dan menenggelamkan kawasan pinggir pantai. Fenomena ini tidak mustahil

akan mengakibatkan beberapa kawasan pinggir pantai negara akan hilang daripada peta

Malaysia dalam tempoh 50 akan datang.

Kejadian bencana alam yang berlaku sudah pasti mengundang krisis kemanusiaan

yang serius. Kehilangan nyawa, kemusnahan harta benda dan tempat tinggal serta

kehilangan mata pencarian secara tidak langsung memberi kesan psikologi kepada

masyarakat. Dalam pada itu, tekanan psikologi yang dihadapi oleh masyarakat akan

mengundang kepada permasalahan lain antaranya pengangguran, gejala sosial dan turut

menjejaskan perkembangan pendidikan penduduk Tekanan yang dihadapi sedikit

sebanyak akan menjejaskan kitaran sosial masyarakat dalam menjalani aktiviti dan

kehidupan seharian.

18

Page 19: · Web viewKumpulkan dan asingkan bahan buangan mengikut jenis seperti tin aluminium,kaca,kertas dan ini boleh mengatasi masalah kekurangan bahan mentah dan seterusnya memperlahankan

Kesan rumah hijau di Malaysia

Sumber ekosistem yang ada telah digunakan ke paras maksimum dengan

penangkapan ikan berlebihan dan pemupusan kawasan besar hutan. Enam bilion

penduduk dunia kini menggunakan sumber asli bumi secara berlebihan dan tidak

terkawal . Jika pemanasan global berterusan , manusia dan tamdunnya akan pupus

sebagaimana pupusnya dinosaur.Ramalan saintis menunjukkan peningkatan 7.0 meter

paras laut, kawasan rendah seperti Kuala Muda (Kedah) dan Kelantan akan ditenggelami

air. Keadaan monsun akan bertukar sama sekali kerana kita akan menerima lebih banyak

hujan sewaktu monsun timur laut, yang bermakna lebih banyak kejadian

banjir.Kesedaran rakyat Malaysia dan amnya masyarakat dunia sukar ditingkatkan.

Hanya 3 /10 rakyat Malaysia yang prihatin kepada isu-isu alam sekitar. Kejadian

Tsunami 2004 dan banjir besar di Johor adalah pengajaran terbaik .Mendidik bukanlah

untuk membuat mereka cemas tetapi meminta mereka bertindak secara betul dan tepat.

19

Page 20: · Web viewKumpulkan dan asingkan bahan buangan mengikut jenis seperti tin aluminium,kaca,kertas dan ini boleh mengatasi masalah kekurangan bahan mentah dan seterusnya memperlahankan

6.0. CARA-CARA MENGATASI KESAN RUMAH HIJAU

PERANAN INDIVIDU DALAM MENGATASI MASALAH KESAN RUMAH

HIJAU

Masyarakat digalakkan kurang bergantung kepada pengangkutan

Mulai hari ini,cubalah ubah cara hidup anda untuk mengurangkan pergantungan kepada

pengangkutan seperti memandu ketika kurang kesesakan lalulintas.Anda digalakkan

mengurangkan pergantungan kepada kenderaan persendirian dan menggunakan

pengangkutan awam dan berjalan atau berbasikal untuk perjalan jarak dekat.Amalan ini

bukan sahaja 100% mesra alam, malah suatu amalan yang menyihatkan tubuh badan.

Di samping itu,anda haruslah memastikan kenderaan anda diselenggara mengikut

kekerapan tertentu.Menyelenggarakan sistem karburetor pembakaran kenderaan agar

tidak membebaskan gas karbon monoksida yang menyumbang kepada kesan rumah

hijau.

20

Page 21: · Web viewKumpulkan dan asingkan bahan buangan mengikut jenis seperti tin aluminium,kaca,kertas dan ini boleh mengatasi masalah kekurangan bahan mentah dan seterusnya memperlahankan

Isi rumah haruslah mengurangkan penggunaan tenaga eletrik

Tenaga elektrik merupakan salah satu penyumbang utama kepada peningkatan

komposisi gas hijau bumi. Hal ini kerana tenaga eletrik dihasilkan melalui pembakaran

bahan bakar fosil. Pembakaran bahan bakar fosil ini akan membebaskan gas karbon

dioksida ke atmosfera dan ini menyebabkan suhu bumi menjadi panas. Maka, isirumah

haruslah berhemat dalam menggunakan tenaga elektrik. Setiap isirumah digalakkan

mematikan suis barangan elektrik seperti televisyen, komputer,hawa dingin jika tidak

menggunakannya.Ini kerana peralatan ini menggunakan 10% hingga 60% sumber tenaga.

Tambahan pula, haruslah mematikan suis lampu dan kipas apabila meninggalkan

bilik.Tindakan yang mudah ini bukan sahaja boleh menjimatkan bil elektrik anda namun

anda telah mengurangkan sebanyak ribu pound karbon dioksida dalam masa setahun.

Pengurangan penggunaan hawa dingin ini boleh mengurangkan lagi pembebasan

CFC(Kloro flourokarbon) yang bertindak sebagai agen pemanasan global. Setiap

isirumah digalakkan memilih barangan eletrik yang jenis tenaga efisien terutamanya

dalam pembelian barangan eletrik yang besar seperti peti sejuk, mesin basuh,hawa

dingin.Anda haruslah memastikan barangan elektrik yang anda beli itu dilabelkan dengan

label Energy Star kerana label ini menunjukkan barangan eletrik tersebut menggunakan

kurang daripada 15% tenaga elektrik. Secara tidak langsung anda telah membantu

mengurangkan sebanyak 1 tan gas karbon dioksida. Selain itu,isirumah juga digalakkan

menggantikan mentol yang biasa itu dengan mentol jenis pendar atau lebih dikenali

21

Page 22: · Web viewKumpulkan dan asingkan bahan buangan mengikut jenis seperti tin aluminium,kaca,kertas dan ini boleh mengatasi masalah kekurangan bahan mentah dan seterusnya memperlahankan

sebagai compact fluorescent Light(CFL).CFL ini lebih menjimatkan tenaga di mana ia

hanya menggunakan ¼ tenaga daripada jumlah tenaga yang digunakan oleh mentol

biasa. Maka CFL ini dapat mengurangkan hampir 700 paun gas karbon dioksida dan ia

lebih tahan lama berbanding dengan mentol biasa.

Isirumah digalakkan mengamalkan amalan 3R dan 3H dalam kehidupan

seharian

3R iaitu mengurangkan(Reduce), kitar semula(Recycle) dan guna semula(Reuse),

sementara 3H ialah berhenti(Halt), ambil perhatian(Heed) dan kendali (Handle).

Mengurangkan(Reduce). Kurangkan penggunaan beg plastik semasa membeli-belah

dengan membawa beg anda sendiri.Ini kerana beg plastik tidak mesra alam dan tidak

boleh dibiodegradasikan. Kurangkan pembuangan sampah dengan mengurangkan

penggunaan bahan pakai buang seperti pinggan kertas dan cawan plastik. Kurangkan

penjanaan sampah dan pastikan sampah dibuang dengan bertanggungjawab. Ini kerana

pereputan sisa-sisa organik ini akan mengeluarkan gas metana yang bertindak sebagai

agen pemerangkapan haba. Kitar semula(Recycle) Kumpulkan dan asingkan bahan

buangan mengikut jenis seperti tin aluminium,kaca,kertas dan ini boleh mengatasi

masalah kekurangan bahan mentah dan seterusnya memperlahankan pemanasan global

akibat daripada pembebasan gas metana daripada proses pereputan. Kumpulkan kertas

yang telah digunakan di rumah dan bawa ia ke pusat kitar semula. Mengitar semula

produk berasaskan kayu dapat menyelamatkan berjuta-juta pokok setahun menjaga

22

Page 23: · Web viewKumpulkan dan asingkan bahan buangan mengikut jenis seperti tin aluminium,kaca,kertas dan ini boleh mengatasi masalah kekurangan bahan mentah dan seterusnya memperlahankan

keseimbangan ekosistem.Dengan mengitar semula sampah buangan rumah anda,anda

telah mengurangkan sebanyak 2400 paun gas karbon dioksida dalam masa setahun.

Berhenti(Halt)

Sebagai seorang pengguna yang bijak,kita haruslah membuat perancangan dan

pertimbangan dalam pembelian barangan.Tanya pada diri sendiri sama ada anda betul-

betul memerlukan produk itu sebelum membuat pembelian.Cuba mengehadkan

penggunaan barangan dalam rumah dan hanya membeli produk yang diperlukan sahaja.

.

Ambil perhatian(Heed)

Oleh kerana sebahagian besar jumlah gas-gas rumah hijau di atmosfera adalah

disebabkan oleh aktiviti manusia,maka kita sebagai pengguna haruslah memberhentikan

penggunaan bahan yang mengandungi CFC. Apabila membeli tin-tin aerosol,baca label

dan pilih produk dalam tin aerosol yang tidak mengandungi CFC.Membaca kesemua

amaran ,label dan cara-cara menggunakan dan mengendalikan produk berbahaya.

Kendali(Handle)

Kesemua bahan berpotensi membahayakan,maka kita haruslah mengendalikannya

dengan cermat.Fikirkan kaedah terbaik untuk kitar semula atau membuang sampah

rumah.Ini disebabkan kebanyakkan barangan dalam rumah mengandungi fluorokarbon,

etanol, butana, aseton,’phenols’ dan ’bylene’. Bahan-bahan ini mudah sejat dan apabila

23

Page 24: · Web viewKumpulkan dan asingkan bahan buangan mengikut jenis seperti tin aluminium,kaca,kertas dan ini boleh mengatasi masalah kekurangan bahan mentah dan seterusnya memperlahankan

matahari bersinar,ia akan bergabung dengan bahan cemar lain untuk membentuk ozon

iaitu komponen utama asbut yang menyumbang kepada pembentukan rumah hijau.

Masyarakat digalakkan kurang bergantung kepada makanan import

Pengangkutan makanan merupakan salah satu sumber yang menyumbangkan kepada

fenomena kesan rumah hijau. Makanan import ini perlu dibungkuskan dengan rapi dan

disimpankan dalam peti sejuk untuk mengekalkan kesegaran makanan.Kajian

menunjukkan sebuah kapal kargo yang mengangkut sebanyak 2577 kilometer ini

memerlukan 17 kali ganda petroleum dan membebaskan 17 kali ganda gas karbon

dioksida berbanding dengan makanan tempatan. Dengan ini,masyarakat digalakkan

banyak menggunakan makanan tempatan dan jika boleh tanamlah sendiri. Masyarakat

digalakkan menanam makanan secara usaha diri jika terdapat ruang di halaman rumah

anda.Hal ini kerana tumbuh-tumbuhan yang ada disekeliling ini juga boleh membantu

mengurangkan kepanasan suhu tempatan dan global. Menerusi proses

fotosintesis,tumbuh-tumbuhan ini menyerap karbon dioksida dan menghasilkan oksigen

yang diperlukan untuk kita bernafas serta sebagai agen pelembap suhu bumi.

24

Page 25: · Web viewKumpulkan dan asingkan bahan buangan mengikut jenis seperti tin aluminium,kaca,kertas dan ini boleh mengatasi masalah kekurangan bahan mentah dan seterusnya memperlahankan

Masyarakat digalakkan menggunakan biofuel yang berasaskan kelapa sawit

Diesel minyak kelapa sawit sesuai untuk dijadikan bahan tenaga gantian dari sumber-

sumber yang boleh diperbaharui terutama dalam jangka panjang Ujian awalan ke atas

beberapa buah teksi dan kenderaan PORIM yang meliputi semua aspek teknikal dan

prestasi memberi petanda-petanda baik dan menyakinkan untuk digunakan sebagai bahan

pembakar. Di antara hasil-hasil yang menggalakkan ialah keluaran asap eksos yang

berkurangan, jika dibandingkan dengan diesel biasa. Satu implikasi ke atas alam sekitar

kita ialah ia akan mengurangkan peningkatan lapisan karbon dioksida di udara yang

boleh menyebabkan kenaikan suhu hawa dan pencemaran alam sekitar. Pemandu-

pemandu teksi yang terlibat dalam ujian ini telah mengesahkan bahawa mereka tidak

mengalami apa jua kemerosotan kuasa enjin yang bermakna pembakaran minyak adalah

lebih efisien dari diesel petroleum biasa.

25

Page 26: · Web viewKumpulkan dan asingkan bahan buangan mengikut jenis seperti tin aluminium,kaca,kertas dan ini boleh mengatasi masalah kekurangan bahan mentah dan seterusnya memperlahankan

PERANAN KERAJAAN DALAM MENGATASI MASALAH KESAN

RUMAH HIJAU

Kerajaan haruslah mempergiatkan kajian (R&D) terhadap penggunaan

sumber tenaga alternatif

R&D juga digalakkan oleh kerajaan untuk mencari teknologi yang tidak mencemar atau

merosakkan sumber semula jadi. Kejayaan R&D menghasilkan minyak diesel daripada

minyak kelapa sawit bukan sahaja menjanjikan masa depan yang cerah kepada negara

sebagai pengeluar terbesar minyak sawit dunia tetapi juga dapat mengurangkan

eksploitasi dan permintaan terhadap sumber petroleum. Walaubagaimanapun,Pihak

kerajaan perlulah mempergiatkan lagi kajian terhadap penggunaan sumber tenaga

alternatif yang boleh diperbaharui bagi pengangkutan dan penjanaan tenaga elektrik.

Dengan itu,kita boleh kurang bergantung kepada bahan api fosil.

Amalkan amalan pengurusan sumber yang cekap

Di peringkat negeri pelbagai undang-undang boleh digubal untuk mengurangkan

pembalakan dan penebangan hutan. Pengurusan hutan yang lestari juga harus

diamalkan. Pembalakan dan industri berasaskan sumber –sumber hutan harus

mengikuti garis panduan yang telah dibangunkan untuk tujuan pembangunan

industri berasaskan hutan secara lestari. Contoh-contoh garis panduan tersebut

adalah seperti pensijilan FSC (Forest Stewarship Council).

26

Page 27: · Web viewKumpulkan dan asingkan bahan buangan mengikut jenis seperti tin aluminium,kaca,kertas dan ini boleh mengatasi masalah kekurangan bahan mentah dan seterusnya memperlahankan

Di samping itu,penanaman hutan juga harus dijalankan selepas penebangan hutan selesai.

Di peringkat kebangsaan dan dengan kerjasama kerajan negeri dan tempatan pelbagai

usaha-usaha pemantauan dapat dilakukan untuk mengalakkan industri-industri

menggunakan peralatan seperti motor yang efisien dan mengurangkan penggunaan

tenaga elektrik. Kerajaan juga boleh menjadikan pelabelan kecekapan tenaga bagi

peralatan elektrik seperti lampu, peti sejuk dan lain-lain perkakas elektrik wajib atau

mandatori. Seterusnya mengenakan tindakan untuk mengelakkan penjualan perkakas

elektrik yang tidak mempunyai label atau penyalahgunaan label-label tersebut.

Kerajaan haruslah menaiktarafkan infrastruktur dan sistem pengangkutan

awam

Infrastruktur dan sistem pengangkutan awam harus diperluaskan ke kawasan

perumahan supaya penggunaan kereta persendirian juga boleh dikurangkan.

Sistem pengangkutan awam juga harus selamat untuk pengguna, terutamanya bagi kaum

wanita.

27

Page 28: · Web viewKumpulkan dan asingkan bahan buangan mengikut jenis seperti tin aluminium,kaca,kertas dan ini boleh mengatasi masalah kekurangan bahan mentah dan seterusnya memperlahankan

Diantara langkah-langkah penting lain yang boleh diambil oleh kerajaan Malaysia:

1. Penguatkuasaan undang-undang Akta Kualiti Alam Sekitar 1974.

- Mengenakan denda, kompaun, menarik lesen ke atas penyumbang masalah/punca penipisan ozon.

- Laporan EIA bagi projek pembangunan kepada Pengarah JAS.

2. Pengurusan strategik

- Guna tenaga alternative.- Mengurangkan ujian tenaga nuclear.- Mengurangkan pembakaran terbuka.- Mengimplimentasikan sektor pertanian menggunakan kaedah tebang reput, guna

baja organik dan teknik kawalan biologi.- Melakukan penghutanan semula/perladangan hutan.

3. Pendidikan

- Mengadakan kempen, forum, seminar kepentingan menjaga alam sekitar.- Menyerapkan pendidikan alam sekitar melalui subjek di sekolah.

4. Mengurangkan penggunaan CFC dalam pelbagai industri.

- Penggunaan CFC dengan banyak dalam pelbagai industri akan meningkatkan pembebasan CFC yang banyak ke atmosfera dan selanjutnya mendatangkan kerosakan lapisan ozon.

- - Pengawalan penggunaan misalnya melalui undang-undang atau peningkatan cukai import untuk meningkatkan kos CFC akan mengurangkan pembaziran dan penggunaannya dan seterusnya kurangkan pembebasan CFC ke atmosfera.

- Menggalakkan dan mengutamakan teknologi tanpa CFC dalam perindustrian misalnya alat pendingin udara A1 Nearh yang dicipta di Taiwan dan akan dikilangkan oleh syarikat Interlink Corporation di Malaysia.

- Kerajaan Singapura mengharamkan penggunaan alat pendingin udara kenderaan tidak berapa lama yang lalu adalah satu contoh yang baik ke arah ini.

28

Page 29: · Web viewKumpulkan dan asingkan bahan buangan mengikut jenis seperti tin aluminium,kaca,kertas dan ini boleh mengatasi masalah kekurangan bahan mentah dan seterusnya memperlahankan

5. Meningkatkan usaha penyelidikan dan pembangunan dalam mencari bahan ganti kloroflokarbon (CFC).

- Mencari dan memajukan bahan alternatif yang boleh menggantikan peranan CFC dalam pelbagai industri tetapi tidak mendatangkan kerosakan kepada alam sekitar adalah satu jalan yang terbaik.

- Jika tidak ada satu bahan kimia yang dapat menggantikan semua fungsi CFC sebagai agen pembersih, dalam industri elektronik, pendingin dalam alat pendingin udara dan agen pengembang dalam keluaran foam, konsep beberapa bahan kimia untuk menggantikan CFC ini boleh diamalkan.

- Contoh fungsi CFC dalam industri foam boleh digantikan poliols lembut, metilen klorida asid formik atau teknik `vacuum expansion', gas helium mungkin menggantikan fungsi CFC dalam alat pendingin udara sebagai agen pendingin.

6. Kerjasama dan komitmen antarabangsa.

- Masalah pemusnahan lapisan ozon adalah satu masalah sejagat. Oleh itu kerjasama antara semua negara dalam dunia untuk mengatasinya adalah perlu.

- Badan pencinta alam sedunia dan PBB adalah berperanan penting dalam mengadakan konvesyen, persidangan untuk menimbulkan kesedaran ketua-ketua negara yang mempunyai kuasa esekutif dalam negara masing-masing dan melibatkan mereka secara langsung dalam mengatasi masalah ini.

- Antara perhimpunan dan persidangan para ketua negara dan saintis yang telah dilakukan termasuklah konvesyen untuk melindungi lapisan ozon di Vienna pada Mac 1985, susulan dari itu satu peraturan antarabangsa bagi menyekat dan mengawal pengeluaran serta penggunaan CFC yang dikenali sebagai protokol telah dipersetujui. Malaysia bersama 65 negara lain telah menandatangani perjanjian ini. Satu persidangan antarabangsa mengenai ozon tropika dan perubahan dalam atmosfera telah diadakan di USM pada 20-23 Februari 1990.

29

Page 30: · Web viewKumpulkan dan asingkan bahan buangan mengikut jenis seperti tin aluminium,kaca,kertas dan ini boleh mengatasi masalah kekurangan bahan mentah dan seterusnya memperlahankan

7. Komitmen dan usaha peringkat nasional.

- Pihak kerajaan boleh memberi galakkan dan insentif untuk penyelidikan mencari bahan ganti.

- Mengadakan kempen dan pendidikan untuk menimbulkan kesedaran awam tentang bahaya dan langkah yang perlu diambil untuk masalah penipisan ozon ini.

- Menetapkan dasar dan undang-undang bagi mengawal penggunaan bahan CFC dalam negara.

8. Tindakan atau peranan sebagai pengguna dalam mengawal masalah penipisan ozon.

- Galakan penggunaan bahan ganti keluaran CFC atau halon.- Tidak membuang sisa barang CFC seperti peti sejuk dan alat pendingin udara yang rosak

merata tempat.- Memberi sokongan dan kerjasama kepada kempen galakan penggunaan semula dan

pemulihan.- Menggunakan Pengangkutan Awam. Mengamalkan amalan berongsi kereta dan

menggunakan pengangkutan awam sperti ystem transit ringan(LRT), bas dan keretapi. Mengubah tabiat dan cara hidup seiring dangan usaha kerajaan untuk menggurangkan masalah ini.

-.

30

Page 31: · Web viewKumpulkan dan asingkan bahan buangan mengikut jenis seperti tin aluminium,kaca,kertas dan ini boleh mengatasi masalah kekurangan bahan mentah dan seterusnya memperlahankan

7.0. TEKNOLOGI MENGURANGKAN KESAN RUMAH HIJAU

Hydrogen-based technology

Kenderaan hidrogen merupakan kenderaan yang menggunakan hidrogen sebagai bahan api untuk kuasa bergerak, tidak kira sama ada berbentuk kenderaan pengangkutan peribadi seperti kereta, atau mana-mana jentera pengangkutan lain yang menggunakan hidrogen sedemikian, seperti pesawat. Loji kuasa kenderaan ini menukar tenaga kimia hidrogen menjadi tenaga mekanik (tork) sama ada melaluipembakaran atau penukaran elektrokimia dalam sel bahan api:

Dalam pembakaran, hidrogen dibakar dalam enjin melalui kaedah yang serupa dengan

kereta petrol tradisional.

Dalam penukaran sel bahan api, hidrogen bertindak balas dengan oksigen untuk

menghasilkan air dan elektrik, elektrik ini digunakan untuk menjana motor tarikan

elektrik.

Molekul hidrogen yang diperlukan sebagai bahan api dalam kenderaan hidrogen boleh diperoleh melalui pelbagai kaedah termokimia yang menggunakan gas asli, arang (melalui proses pengegasan arang), gas petroleum cair, biojisim (pengegasan biojisim), melalui proses termolisis, atau sebagai hasil buangan mikrob yang dipanggil biohidrogen atau penghasilan hidrogen biologi. Hidrogen juga boleh dihasilkan dari air melalui elektrolisis. Jika elektrik yang digunakan untuk elektrolisis dihasilkan menggunakan tenaga boleh baharu, maka penghasilan hidrogen (pada dasarnya) akan menyebabkan tiada pengeluaran karbon dioksida bersih. Penguraian dalam kenderaan untuk menghasilkan hidrogen boleh berlaku apabila mangkin digunakan.

Hidrogen ialah sejenis pembawa tenaga, bukan sumber tenaga, maka tenaga yang digunakan kereta perlu disumbangkan oleh loji kuasa biasa atau stesen hidrogen rumah. Salah satu faedah pengeluaran kenderaan hidrogen besar-besara yang diperkatakan adalah boleh mengurangkan pengeluaran gas rumah tanaman dan perosak lapisan ozon. Lebih-lebih lagi, penukaran bahan api fosil boleh dialihkan dari kenderaan, seperti kenderaan masa

31

Page 32: · Web viewKumpulkan dan asingkan bahan buangan mengikut jenis seperti tin aluminium,kaca,kertas dan ini boleh mengatasi masalah kekurangan bahan mentah dan seterusnya memperlahankan

kini, ke loji kuasa pusat di mana hasil sampingan pembakaran atau pengegasan boleh dikawal dengan lebih baik berbanding di paip ekor. Namun begitu, adanya rintangan teknikal dan ekonomi dalam pelaksanaan penggunaan kenderaan hidrogen secara meluas, di samping wujudnya alternatif yang kurang mahal. Mungkin berpiuluh-puluh tahun diperlukan untuk mengatasi rintangan-rintangan ini, dan kenderaan hidrogen mungkin tidak akan dihasilkan secara meluas. Untuk aplikasi mobil, hidrogen dianggap sebagai "salah satu kaedah paling kurang cekap dan paling mahal untuk mengurangkan gas rumah hijau"

Carbon-Capture and Sequestration (CSS)

Salah satu kaedah untuk mengurangkan kesan rumah hijau adalah Carbon Capture and

Storage (CCS). CCS adalah teknologi dimana karbon dioksida hasil pembakaran fosil

ditangkap dan disimpan agar tidak memasuki atmosfera.

 

Proses CSS:

1. Penangkapan CO 2

Teknologi penangkapan karbon dioksida telah banyak digunakan oleh beberapa industri

untuk tujuan komersial seperti minuman berkarbonat dan manufaktur dry-ice. Terdapat

beberapa tahap didalam proses ini. Tahap pertama adalah menyaring karbon dioksida

dengan zat-zat lain seperti nitrogen dan wap air, selanjutnya karbon dioksida ini dialirkan

ke tahap kedua manakala zat lain dilepaskan kembali ke atmosfera. Tahap kedua adalah

memisahkan karbon dioksida dengan zat-zat lain, sehingga sisa-sisa yang tinggal adalah

benar-benar karbon dioksida tulen yang kemudiannya akan disalurkan melalui paip-paip

ke tempat penyimpanan yang tebal dan konkrit. Selain itu, terdapat juga cara lain seperti

menghasilkan tenaga daripada batu bara.

32

Page 33: · Web viewKumpulkan dan asingkan bahan buangan mengikut jenis seperti tin aluminium,kaca,kertas dan ini boleh mengatasi masalah kekurangan bahan mentah dan seterusnya memperlahankan

Batu bara dibakar untuk menghasilkan gas sintetik yang terdiri daripada hidrogen dan

karbon monoksida. Semasa proses kondensasi dan penambahan katalis, gas sintetik

menukar karbon monoksida menjadi hidrogen tambahan dan karbon dioksida yang dapat

dikeluarkan daripada sistem. Hidrogen ini dapat digunakan didalam turbin gas untuk

menghasilkan tenaga listrik.

2. Penyimpanan CO 2

Terdapat beberapa cara untuk menyimpan CO2 seperti:

1. Teknologi penyimpanan secara geologi, dimana karbon dioksida diinjeksikan ke

dalam permukaan bumi. Teknologi ini membolehkan penyimpanan CO2 secara

berkekalan dalam jumlah yang besar dan ini adalah teknik penyimpanan yang

pernah dikaji secara lengkap. Asalkan pemilihan tempatnya adalah sesuai dan

tepat,  CO2 dapat disimpan untuk waktu yang lama dan tanpa ada kebocoran.

2. Teknologi penyimpanan dengan menginjeksikan karbon dioksida ke dalam

sedimentasi di bawah laut. Tekanan tinggi dari dalam memungkinkan

penyimpanan ini dapat bertahan

Namun, untuk dapat mengembangkan teknologi CSS ini, modal yang tinggi, kepakaran

jurutera yang handal, dan sokongan daripada semua pihak sangat diperlukan. Untuk

33

Page 34: · Web viewKumpulkan dan asingkan bahan buangan mengikut jenis seperti tin aluminium,kaca,kertas dan ini boleh mengatasi masalah kekurangan bahan mentah dan seterusnya memperlahankan

membolehkan teknologi CSS ini berjalan dengan lancar, pengetahuan yang tinggi dalam

ilmu matematik dan sains, dan juga gabungan antara ilmu meteorologi, klimatologi, dan

astronomi (mengenai gas karbon dioksida dan zat-zat lain di atmosfer), oseanografi

(tentang kelautan), geologi (tentang permukaan bumi dan batuan), teknologi (tentang

teknik pembuatan alat-alat filtrasi dan tempat penyimpanan), matematik, fisik, dan

kimia adalah satu kemestian. Semuanya dapat saling bersinergi untuk melancarkan

teknologi CSS ini. Jurutera dapat saling mengembangkan teknik baru untuk menjalankan

ini dengan strategi ganda, seperti pengerjaan yang dilakukan secara bertahap dan terus

menerus hingga pemilihan tempat penyimpanan yang tepat. Dengan demikian, CSS ini

diharapkan mampu mengurangkan komposisi karbon dioksida didalam atmosfera dalam

jumlah besar.

34

Page 35: · Web viewKumpulkan dan asingkan bahan buangan mengikut jenis seperti tin aluminium,kaca,kertas dan ini boleh mengatasi masalah kekurangan bahan mentah dan seterusnya memperlahankan

 

35

Page 36: · Web viewKumpulkan dan asingkan bahan buangan mengikut jenis seperti tin aluminium,kaca,kertas dan ini boleh mengatasi masalah kekurangan bahan mentah dan seterusnya memperlahankan

8.0. KESIMPULAN

Hasil dan kesan kajian kumpulan:

Hasil kajian topik kesan rumah hijau, kumpulan kami telah mempelajari dan memahami

lebih dalam tentang informasi-informasi kesan rumah hijau dari pelbagai aspek. Kita

dapat tahu bahawa bagaimana kesan rumah hijau berlaku dan juga setiap proses yang

akan berlaku. Selain itu, kami juga memahami tentang apakah gas-gas utama yang

menyebabkan kesan rumah hijau. Dengan ini, kita dapat mengatasi masalah kesan rumah

hijau dengan mengurangkan penggunaan dan perlepasan gas-gas tersebut ke udara.

Sebagai contoh, carbon dioksida merupakan gas utama yang menyebabkan kesan rumah

hijau berlaku dan aktiviti yang menyebabkan kandungan carbon dioksida di udara

meningkat ialah pembakaran bahan api untuk menghasilkan tenaga elektrik dan

menghasilkan kuasa, penebangan pokok dan tumbuh-tumbuhan yang berlelusa dan

aktiviti perindustrian yang tidak terkawal. Oleh itu, kita akan mengurangkan aktiviti-

aktiviti ini dan hal ini akan dapat mengurangkan kesan rumah hijau yang akan berlaku.

Tambahan pula, kita juga memahami tentang kesan buruk rumah hijau kepada

manusiadan alam sekitar serta betapa pentingnya usaha manusia untuk menangani

masalah ini dengan secepat mungkin untuk menyelamatkan bumi kita. Kesimpulannya,

kajian kesan rumah hijau ini telah membawa banyak faedah dan ilmu kepada kumpulan

kami dan kami akan cuba sedaya upaya dan melaksanakan tanggungjawab kami sebagai

maunusia untuk mengatasai masalah kesan rumah hijau dengan mengambil tindakan dan

juga langkah-langkah yang berkesan untuk mengurangkan kesan rumah hijau.

36

Page 37: · Web viewKumpulkan dan asingkan bahan buangan mengikut jenis seperti tin aluminium,kaca,kertas dan ini boleh mengatasi masalah kekurangan bahan mentah dan seterusnya memperlahankan

Kesimpulan

Kesimpulannya, kita harus melaksanakan tanggungjawab kita dengan mengambil

langkah-langkah untuk menangani dan mengurangkan masalah kesan rumah hijau untuk

menyelamatkan bumi kita. Contoh langkah pencegahan ialah menggunakan petrol tanpa

plumbum, berkongsi kenderaan, mengurangkan penggunaan barangan CFC / bertukar

kepada HCFC. Semua pihak patut berkerjasama dan berganding bahu untuk mengatasi

masalah ini. Kerajaan patut mengambil tindakan untuk mengatasi masalah ini dengan

secepat mungkin dan juga menggalakkan orang ramai untuk mengambil langkah

bersama-sama supaya masalah kesan rumah hijau dapat dikurangkan ke tahap paling

minimum.

37

Page 38: · Web viewKumpulkan dan asingkan bahan buangan mengikut jenis seperti tin aluminium,kaca,kertas dan ini boleh mengatasi masalah kekurangan bahan mentah dan seterusnya memperlahankan

9.0. Rujukan (tambahan)

Buku

Critical Thinking About Environment Issues Global Warming (Jane S.shaw) 2002

by Green Press,US.

Climate Change Turning Up The Heat (A.Barrie Pittock) by Csiro

Publishing,Australia.

Laman Web

www. nre.gov.my/NRE/jas.html(Dept.Of Environment Ministry of Natural

Resources and Environment Malaysia

www.bbc.co.uk/Indonesia/special/1652-globalwarming

www.standardsusers.org/bulentinpengguna/pemanasan%20Global%20Bulentin

%20pengguna%20january%2007pdf.

Mymassa.com/news/117/article/1133/2007-09-19.html

Mstar.com.my

Suhaizamzahri.wordpress.com

www.bernama.com/kpdnhep/news.php?id=186178&lang=my

Monitoring media.wordpress.com

www.eartheasy.com

Pauhfc.wordpress.com

www.greenbalance.org/global_warming_climate_change/index.htm

Environment.about.com/od/greenlivingdesign

38