program e linus tahun 2

Upload: kamarul-nzam

Post on 14-Jan-2016

220 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

program khas untuk LINUS BM tahun 2

TRANSCRIPT

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT TAMPOIPROGRAM E-KATA (LINUS LITERASI BM )TAHUN 22015

PROGRAM E-KATA (LINUS LITERASI BM) TAHUN 2

1.0 Pendahuluan

Kecemerlangan dalam kerjaya dan dunia materialistik sering menjadi idaman dan perhatian semua orang dewasa ini. Namun demikian dalam mengejar kecemerlangan, para pelajar sering kali terlupa bahawa aspek asas dalam kemahiran membaca dan menulis tidak diberi perhatian baik para pendidik mahu pun ibu bapa. Justeru, wujud sedikit kepincangan dalam menjayakan setiap program yang berpaksikan pelajar, guru dan ibu bapa. Oleh yang demikian, Program e-kata ini dirancang dan dilaksanakan untuk membantu murid-murid yang masih tidak menguasai kemahiran membaca dan, menulis dengan menggunakan kaedah pembelajaran yang berasaskan Teknologi Maklumat dan Komunikasi yang mana telah dibahan-bahanya telah dibekalkan oleh pihak KPM sejajar dengan era serba moden sekarang.2.0 Rasional

Sejajar dengan perkembangan zaman proses PdP melibatkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) telah menjadi salah satu cabang pendidikan di negara kita pada masa kini.oleh sebab demikian Program ini telah dirancang bagi membantu meningkatkan pencapaian murid dalam kemahiran membaca dan menulis dengan menggunakan pendekatan pembelajaran berasaskan TMK yang mana berharap mampu menarik minat murid untuk menguasai kemahiran yang diajar. Selain itu, program ini dapat memberi tumpuan yang maksima kepada murid yang lemah kerana ianya disesuaikan dengan tahap keupayaan sesorang.

3.0 Matlamat

Tujuan program ini dijalankanuntuk menjadi serampang dua mata yang mana tujuan utamanya adalah untuk membantu murid menguasai kemahiran membaca dan menulis dan dapat meningkatkan kecemerlangan dalam ujian saringan seterusnya manakala tujuan sampingannya ialah bagi membolehkan murid menguasai kemahiran TMK. Program ini juga diharapkan dapat mensifarkan murid tegar LINUS.

4.0 Objektif* Membantu murid menguasai kemahiran bacaan.* Membantu murid-murid menguasai kemahiran mengeja dan menulis.* Mensifarkan murid-murid tegar bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia.* Mensasarkan pencapaian yang lebih baik dalam ujian saringan 2 LINUS .* Mengenal pasti zon kelemahan murid-murid dalam Literasi.* Membantu murid menguasai kemahiran dengan suasana pembelajaran berasaskan didik hibur mengunakan kemudahan Komputer.

5.0 Kumpulan Sasaran

Murid-murid tahun dua ( LINUS biasa dan LINUS tegar)

6.0 Tempat dan Masa

Tempat : Makmal Komputer Sek.Keb Bukit TampoiMasa : Setiap kali PdP diadakan di makmal Komputer

7.0 Jawatan kuasa Induk PROGRAM E-KATA (LINUS LITERASI BM) TAHUN 2 Pengerusi : En. Abdul Roni Bin Mustafa ( Gb)

Tim. Pengerusi : Encik Ahmad Zuki Bin Yusoff.( Pk 1 )

Naib Pengerusi : Puan Jeenath Bt Abdul Zamel ( Pk Hem)

Naib Pengerusi 2 : Pn Nooremy Bt Md Saad ( Pk Ko-Ku)

Setiausaha : Puan Che Sham Bt Che Mat

Bendahari : Puan Rozana Bt Radzi.

8.0 Jawatankuasa Pelaksana Aktiviti

Encik Mohd Kamarul Nizam Bin Bashiron Guru Bm Tahun 2 Kreatif Encik Mohd Faisol Bin Abd Hamid Guru Pemulihan Puan Nur Atikah Bt Haron PT Makmal

9.0 Perbelanjaan Program

Pembelanjaan program ini dikurangkan sebagai salah satu usaha,tanggungjawab dan keikhlasan guru membantu murid. Kertas A4- disediakan oleh pihak sekolah Sagu hati-intensif guru

10.0 Penutup dan Rumusan

Diharapkan dengan kerjasama dan sokongan yang padu dalam kalangan semua jawatankuasa yang terlibat ini dapat mencapai objektif yang dicitakan. Diharapkan bilangan murid-murid yang tegar dapat dikurangkan dan jumlah memasuki kumpulan Arus Perdana semakin bertambah. Disediakan oleh, Disemak oleh,

......................................................... ........................................................ ( MOHD KAMARUL NIZAM BIN BASHIRON ) Guru LINUS Literasi BM Tahun 2 Kreatif Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi

LAMPIRAN KELANGSUNGAN PROGAM