pro forma kursus program ijazah sarjana muda perguruan ... · pdf filekepada pelajar untuk...

3
1 Pro Forma Kursus Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (Internship) Nama Kursus Internship Kod Kursus INT3101 Kredit 2 Tempoh 4 Minggu Semester 8 Prasyarat Pelajar telah melalui PBS dan Praktikum Hasil Pembelajaran 1. Merancang, mengurus dan melaksanakan aktiviti dalam situasi sebenar di sekolah; 2. Menunjukkan komitmen yang tinggi kearah kecemerlangan, akauntabiliti, dan integriti dalam melaksanakan tugas; 3. Membina hubungan dan kerjasama dengan rakan sejawat untuk meningkatkan kejelekitan pasukan; 4. Berkomunikasi dengan pelbagai cara dalam pelbagai situasi dalam lingkungan komuniti sekolah; 5. Mengurus masa, emosi dan tekanan secara berkesan sesuai dengan sahsiah seorang guru; 6. Membuat refleksi dan menilai amalan pengajaran pembelajaran serta menjana idea baru untuk penambahbaikan yang berterusan; 7. Menunjukkan usaha menangani pelbagai cabaran untuk memenuhi kehendak program pendidikan semasa 8. Menampilkan ciri-ciri kepemimpinan bersesuaian dengan tanggungjawab yang diberikan. 9. Menunjukkan inisiatif ke arah meningkatkan profesionalisme kendiri secara berterusan. Sinopsis Internship merupakan peringkat transisi profesional yang bertujuan mengaitkan pengalaman dalam amalan profesional pelajar dengan tugas guru permulaan. Pelajar dikehendaki merancang, melaksana dan menilai aktiviti yang berkaitan dengan pengajaran pembelajaran di luar bilik darjah dan aktiviti rutin sekolah yang telah menjadi budaya sekolah. Pada peringkat ini, pelajar perlu menunjukkan sifat kepemimpinan dalam pengurusan pelbagai aktiviti sekolah dengan seliaan guru pembimbing. Internship juga memberi peluang kepada pelajar untuk meningkatkan keyakinan diri, jati diri, ketahanan diri, membentuk sifat kepemimpinan serta memupuk nilai profesionalisme keguruan ke arah pembentukan guru permulaan yang berkesan.

Upload: buihanh

Post on 10-Feb-2018

225 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pro Forma Kursus Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan ... · PDF filekepada pelajar untuk meningkatkan keyakinan diri, ... Komponen Tempoh 1. Pengurusan aktiviti di luar bilik darjah

1

Pro Forma KursusProgram Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian

(Internship)

Nama Kursus Internship

Kod Kursus INT3101

Kredit 2

Tempoh 4 Minggu

Semester 8

Prasyarat Pelajar telah melalui PBS dan Praktikum

HasilPembelajaran

1. Merancang, mengurus dan melaksanakan aktiviti dalam situasi sebenar disekolah;

2. Menunjukkan komitmen yang tinggi kearah kecemerlangan, akauntabiliti,dan integriti dalam melaksanakan tugas;

3. Membina hubungan dan kerjasama dengan rakan sejawat untukmeningkatkan kejelekitan pasukan;

4. Berkomunikasi dengan pelbagai cara dalam pelbagai situasi dalamlingkungan komuniti sekolah;

5. Mengurus masa, emosi dan tekanan secara berkesan sesuai dengansahsiah seorang guru;

6. Membuat refleksi dan menilai amalan pengajaran pembelajaran sertamenjana idea baru untuk penambahbaikan yang berterusan;

7. Menunjukkan usaha menangani pelbagai cabaran untuk memenuhikehendak program pendidikan semasa

8. Menampilkan ciri-ciri kepemimpinan bersesuaian dengan tanggungjawabyang diberikan.

9. Menunjukkan inisiatif ke arah meningkatkan profesionalisme kendiri secaraberterusan.

Sinopsis

Internship merupakan peringkat transisi profesional yang bertujuanmengaitkan pengalaman dalam amalan profesional pelajar dengan tugas gurupermulaan. Pelajar dikehendaki merancang, melaksana dan menilai aktivitiyang berkaitan dengan pengajaran pembelajaran di luar bilik darjah dan aktivitirutin sekolah yang telah menjadi budaya sekolah. Pada peringkat ini, pelajarperlu menunjukkan sifat kepemimpinan dalam pengurusan pelbagai aktivitisekolah dengan seliaan guru pembimbing. Internship juga memberi peluangkepada pelajar untuk meningkatkan keyakinan diri, jati diri, ketahanan diri,membentuk sifat kepemimpinan serta memupuk nilai profesionalismekeguruan ke arah pembentukan guru permulaan yang berkesan.

Page 2: Pro Forma Kursus Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan ... · PDF filekepada pelajar untuk meningkatkan keyakinan diri, ... Komponen Tempoh 1. Pengurusan aktiviti di luar bilik darjah

2

KandunganKursus

Bil. Komponen Tempoh

1. Pengurusan aktiviti di luar bilik darjah1.1 Kepemimpinan1.2 Pengurusan1.3 Penglibatan dan sumbangan2. Profesionalisme guru2.1 Sikap dan sahsiah2.2 Interpersonal dan intrapersonal2.3 Amalan refleksi2.4 Hubungan profesional2.5 Komunikasi2.6 Amalan etika profesion keguruan2.7 Komitmen2.8 Keyakinan Diri2.9 Jati Diri2.10 Ketahanan2.11 Penambahbaikan berterusan

JUMLAH 4 Minggu

Penilaian Penilaian dilakukan oleh pengurus sekolah dan guru pembimbingberdasarkan aspek-aspek di atas dengan merujuk :

- Laporan daripada pihak pengurus sekolah dan guru pembimbing- Portfolio- Pengurusan aktiviti/ projek- Pembentangan hasil aktiviti/ projek

Wajaran markah untuk Internship : 10%

RujukanAsas

RujukanTambahan

Kementerian Pelajaran Malaysia.( ). Garis panduan pengalamanberasaskan sekolah. Putrajaya: Bahagian Pendidikan Guru.

Kementerian Pelajaran Malaysia.( ). Garis panduan praktikum. Putrajaya:Bahagian Pendidikan Guru.

Kementerian Pelajaran Malaysia.( ). Garis panduan Internship. Putrajaya:Bahagian Pendidikan Guru.

Baird, B.N. 1999. The Internship, practicum and field placement handbook.New Jersey: Prentice Hall.

Parkay, F.W. & Stanford, B.H. 2004. Becoming a teacher. (6th Ed.). Boston:Allyn and Bacon.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (1994). Kurikulum Bersepadu SekolahRendah (KBSR) secara menyeluruh. Kuala Lumpur: PusatPerkembangan Kurikulum.

Page 3: Pro Forma Kursus Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan ... · PDF filekepada pelajar untuk meningkatkan keyakinan diri, ... Komponen Tempoh 1. Pengurusan aktiviti di luar bilik darjah

3

Aktiviti-aktiviti Di Luar Bilik Darjah yang Dicadangkan oleh PengurusSekolah:

1. merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang bersifat ‘outdoor’,seperti lawatan belajar ke muzium sejarah dan seni, zoo negeri, taman botani,pertanian, dll.

2. membantu dalam mengendalikan kursus kepemimpinan bagi LembagaPengawas Sekolah, Pengawas Perpustakawan, dll.

3. Merancang, mengendali dan menilai aktiviti sukan, persatuan dan unitberuniform

4. mengendalikan program ‘grooming’untuk murid lelaki dan perempuan5. mengurus perhimpunan pagi serta memberi ucapan tentang sesuatu tajuk

yang menarik6. mengurus aktiviti membaca, mengarang, di sudut pembacaan sekolah, dll.7. membina kolam ikan, muzium sekolah, pusat kaji cuaca, dll.8. mengurus pertandingan kebersihan kelas, perbahasan, Hari Kantin, Hari

Sukan, Hari Terbuka, Hari Bersama Ibu Bapa, dll.9. mengendalikan kursus motivasi, teknik soal jawab, kelas bimbingan, dll.10. membantu menghasilkan sumber pengajaran pembelajaran di PKG11. menganjurkan kursus latihan dalam perkhidmatan di peringkat sekolah12. mengumpul dan memahami pekeliling perkhidmatan (PKPA) yang telah

dikeluarkan oleh KPM