prinsip –prinsip asas kemoralan (print)

11
PRINSIP –PRINSIP ASAS KEMORALAN (KULIAH 5) NILAI & ETIKA DALAM PENGAJIAN SOSIAL (PSS 3107) AHLI KUMPULAN : IZAIDAH BT AJIS SHAZATUL NURAIN BT AZAHAN SITI ZUBAIDAH BT MUNAVER

Upload: shazat

Post on 27-Jun-2015

891 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: PRINSIP –PRINSIP ASAS KEMORALAN (PRINT)

PRINSIP –PRINSIP ASAS KEMORALAN

(KULIAH 5)NILAI & ETIKA DALAM PENGAJIAN SOSIAL (PSS 3107)

AHLI KUMPULAN :IZAIDAH BT AJIS

SHAZATUL NURAIN BT AZAHANSITI ZUBAIDAH BT MUNAVER

Page 2: PRINSIP –PRINSIP ASAS KEMORALAN (PRINT)

Prinsip-prinsip Asas Kemoralan

• Prinsip moral biasanya digunakan sebagai satu tunjuk arah dalam pertimbangan moral (Peters, 1981; Mukherjee et al., 1992) kerana ia:

I. Dapat menentukan apakah peraturan moral yang asas dalam kes-kes tertentu;

II. Menjadikan sesuatu pertimbangan moral relevan; III. Memberi bukti dan konsensus dalam sesuatu keputusan

moral; IV. Membolehkan semua fakta yang relevan dikaji sebelum

sesuatu keputusan moral diambil; dan V. Mempunyai ciri sejagat atau diterima secara umum oleh

sesama manusia.

Page 3: PRINSIP –PRINSIP ASAS KEMORALAN (PRINT)

PRINSIP – PRINSIP ASAS KEMORALAN

•Altrurisme•Keadilan•Autonomi

Page 4: PRINSIP –PRINSIP ASAS KEMORALAN (PRINT)

Altrurisme

• Perkataan "altruisme" berasal daripada bahasa Perancis, “autrui” iaitu orang lain.

• Altruisme ialah amalan untuk mengutamakan orang-orang lain berbanding diri sendiri.

Page 5: PRINSIP –PRINSIP ASAS KEMORALAN (PRINT)

• Amalan ini menumpukan perhatian pada dorongan untuk membantu orang lain atau untuk melakukan sesuatu yang baik tanpa ganjaran .

• Contohnya seperti belas kasihan, simpati, menghargai dan mengambil berattentang kebajikan orang lain dan lain –lain.

• Altruisme juga akan menjauhkan individu daripada sifat mementingkan dirisendiri.

Page 6: PRINSIP –PRINSIP ASAS KEMORALAN (PRINT)

• Altruisme boleh dibezakan daripada perasaan dan kewajipan.

• Kewajipan menumpukan perhatian pada kewajipan moral terhadap sesuatu individu yang tertentu (umpamanya, Tuhan dan raja).

Page 7: PRINSIP –PRINSIP ASAS KEMORALAN (PRINT)

• Contoh 1: Seluruh dunia tanpa mengira bangsa telah bersatu padu menyumbangkan tenaga dalam bentuk tenaga dan wang ringgit untuk membantu mangsa

Tsunami di Aceh, India, Bangkok dan lain- lain. Mereka menderma untuk meringankan bebanan yang ditanggung oleh mangsa yang hidup dan anak-anak yatim yang kehilangan ibubapa.

Page 8: PRINSIP –PRINSIP ASAS KEMORALAN (PRINT)

Keadilan• Prinsip keadilan melibatkan konsep hak,

kesaksamaan dan balasan serta konsep autonomi atau kebebasan.

• Tindakan yang adil melibatkan taakulan atau fikiran yang rasional iaitu mengkaji merit, motif dan latar belakang sesuatu kes tertentu.

Page 9: PRINSIP –PRINSIP ASAS KEMORALAN (PRINT)

• Sesuatu tindakan dianggapkan adil jika ;

I. hukuman diberi kepada sesuatu salah laku yang dilakukan

II. hak individu yang dianggapkan sah diberi III. terdapat kesaksamaan dalam ganjaran, harga

serta pertukaran dan IV. kesaksamaan dalam agihan sumber

Page 10: PRINSIP –PRINSIP ASAS KEMORALAN (PRINT)

Autonomi• Prinsip ini meliputi pertimbangan bebas dan

kebebasan memilih. • Pertimbangan dan tingkahlaku yang

dibuat oleh seseorang akibat paksaan dari luar tidak boleh dikategorikan sebagai moral.

Page 11: PRINSIP –PRINSIP ASAS KEMORALAN (PRINT)

• Contoh : Zulkifli memilih tidak merokok kerana dia sedar bahawa merokok membahayakan kesihatan. Dia tidak merokok bukan kerana dia takut dimarah ibubapa/guru tetapi kerana kesedaran dalaman yang tinggi dan tidak mudah dipengaruhi oleh sesiapapun