prinsip penentuan sempadan darat malaysia

2
PRINSIP PENENTUAN SEMPADAN DARAT MALAYSIA Malaysia terbentuk daripada gabungan Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Negara-negara sempadan darat Malaysia terdiri daripada Brunei, Indonesia (Sabah dan Sarawak) dan Thailand (Semenanjung Malaysia). Penentuan pemisah antara negara-negara tersebut ditentukan melalui watershed dan thalweg jika dipisahkan oleh sungai. Secara keseluruhan sempadan darat Malaysia adalah sepanjang 2,669 km. 1. Sempadan darat Malaysia - Thailand o Daratan : Bukit Batu Putih, Perlis hingga Bukit Bunga, Kelantan (551.1 Km) o Sungai : Bukit Bunga, Kelantan hingga Pengkalan Kubor, Kelantan (95 Km) 2. Sempadan darat Malaysia - Indonesia o Sepanjang 1,647.8 Km Penanda Sempadan Sempadan darat Malaysia lazimnya menggunakan batu sempadan sebagai penanda garis sempadan. Batu sempadan diletakkan di permulaan dan akhir garis sempadan, dan jika ada perubahan bentuk muka bumi sepajang garisan tersebut. Selalunya, di atas batu sempadan tertulis ringkasan maklumat berkaitan kawasan tersebut. Perletakan dan penyelenggaraan batu sempadan dilalukan oleh kedua-dua buah negara melalui perjanjian dua hala. Watershed Malaysia menggunakan prinsip watershed dalam menentukan peletakan batu sempadan. Prinsip watershed digunakan untuk memisahkan negara dengan menggunakan lembah sungai. Kawasan watershed atau kawasan tadahan ialah kawasan yang menampung air hujan dan selalunya kawasan-kawasan tersebut mempunyai sungai, tasik, empangan, dan kawasan lembah yang berair. Kadang-kadang kawasan begini juga dipisahkan oleh bukit atau gunung ganang. Kawasan-

Upload: balqis-comel

Post on 29-Nov-2015

100 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

sempadan

TRANSCRIPT

Page 1: Prinsip Penentuan Sempadan Darat Malaysia

PRINSIP PENENTUAN SEMPADAN DARAT MALAYSIA

Malaysia terbentuk daripada gabungan Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Negara-negara sempadan darat Malaysia terdiri daripada Brunei, Indonesia (Sabah dan Sarawak) dan Thailand (Semenanjung Malaysia). Penentuan pemisah antara negara-negara tersebut ditentukan melalui watershed dan thalweg jika dipisahkan oleh sungai. Secara keseluruhan sempadan darat Malaysia adalah sepanjang 2,669 km.

1. Sempadan darat Malaysia - Thailand

o Daratan : Bukit Batu Putih, Perlis hingga Bukit Bunga, Kelantan (551.1 Km)

o Sungai : Bukit Bunga, Kelantan hingga Pengkalan Kubor, Kelantan (95 Km)

2. Sempadan darat Malaysia - Indonesia

o Sepanjang 1,647.8 Km

Penanda Sempadan

Sempadan darat Malaysia lazimnya menggunakan batu sempadan sebagai penanda garis sempadan. Batu sempadan diletakkan di permulaan dan akhir garis sempadan, dan jika ada perubahan bentuk muka bumi sepajang garisan tersebut. Selalunya, di atas batu sempadan tertulis ringkasan maklumat berkaitan kawasan tersebut. Perletakan dan penyelenggaraan batu sempadan dilalukan oleh kedua-dua buah negara melalui perjanjian dua hala.

Watershed

Malaysia menggunakan prinsip watershed dalam menentukan peletakan batu sempadan. Prinsip watershed digunakan untuk memisahkan negara dengan menggunakan lembah sungai. Kawasan watershed atau kawasan tadahan ialah kawasan yang menampung air hujan dan selalunya kawasan-kawasan tersebut mempunyai sungai, tasik, empangan, dan kawasan lembah yang berair. Kadang-kadang kawasan begini juga dipisahkan oleh bukit atau gunung ganang. Kawasan-kawasan begini dikenali sebagai "pemisah air" atau "pemisah sungai."

Thalweg

Satu lagi prinsip yang digunakan untuk menentukan sempadan ialah thalweg. Di Malaysia, thalweg digunakan di negeri Kelantan di mana Sungai

Golok menjadi pemisah antara Malaysia dan Thailand. Prinsip thalweg

Page 2: Prinsip Penentuan Sempadan Darat Malaysia

bermakna dua negara dipisahkan oleh air yang mengalir (sungai) dan sempadan pemisah ditentukan bila sungai itu mencapai kedalaman yang

paling bawah atau dalam.

http://www.mkn.gov.my/mkn/default/article_m.php?mod=4&fokus=9