prinsip kesantunan leech

10
1.0 PENGENALAN Tugasan ini akan membincangkan mengenai kesopanan dalam pertuturan masyarakat Melayu. Huraian awal tugasan ini akan menerangkan secara am mengenai Prinsip Kesopanan berdasarkan kepada tokoh bahasa tertentu. Antara tokoh bahasa tersebut adalah Grice, Lakoff, Leech, Brown dan Levinson, dan Asmah Hj. Omar. Pada bahagian yang seterusnya, maksim-maksim kesopanan dalam Prinsip Kesopanan Leech akan diterangkan dengan mengaitkannya dalam masyarakat Melayu sendiri. 2.0 KONSEP BERKAITAN Bahagian ini akan menghuraikan mengenai konsep kesopanan berbahasa berdasarkan kepada pandangan tokoh-tokoh bahasa. Selain itu, bahagian ini akan menerangkan secara awal mengenai lima Model-model Kesantunan oleh enam tokoh bahasa termasuk Leech dalam Teori Kesopanan Leech. 2.1 KONSEP KESOPANAN BERBAHASA Dari segi bahasa, perkataan sopan dapat diistilahkan sebagai adab, adat, berdisiplin, santun dan lemah lembut. Kesopanan menurut Asmah Hj. Omar boleh dilihat dari segi tingkah laku bukan bahasa dan juga dari segi bahasa (1995:121). Tambah beliau lagi: “Kesopanan yang betul-betul memberi perhatian kepada peranan sosial pemeran latar, judul percakapan, dan menyesuaikan peraturan pertuturan dengan keadaan sebenar.(1995:125)Menurut Kamus Besar Bahasa Melayu, bahasa adalah bermaksud bicara , ujaran , tatatertib , sopan-santun , tingkah laku dan percakapan yang baik . Kesopanan berbahasa memberi pengertian yang luas yang merangkumi makna komunikasi yang sempurna dan beradab dengan perlakuan yang baik. Kamus Dewan pula mendefinisikan kesopanan sebagai perihal sopan yang ditonjolkan melalui tingkah laku, tutur kata dan sebagainya.

Upload: zaidawati-zainal

Post on 21-Jan-2016

1.469 views

Category:

Documents


30 download

DESCRIPTION

Tugasan

TRANSCRIPT

Page 1: Prinsip Kesantunan Leech

1.0 PENGENALAN

Tugasan ini akan membincangkan mengenai kesopanan dalam pertuturan masyarakat

Melayu. Huraian awal tugasan ini akan menerangkan secara am mengenai Prinsip Kesopanan

berdasarkan kepada tokoh bahasa tertentu. Antara tokoh bahasa tersebut adalah Grice, Lakoff,

Leech, Brown dan Levinson, dan Asmah Hj. Omar. Pada bahagian yang seterusnya, maksim-

maksim kesopanan dalam Prinsip Kesopanan Leech akan diterangkan dengan mengaitkannya

dalam masyarakat Melayu sendiri.

2.0 KONSEP BERKAITAN

Bahagian ini akan menghuraikan mengenai konsep kesopanan berbahasa berdasarkan

kepada pandangan tokoh-tokoh bahasa. Selain itu, bahagian ini akan menerangkan secara awal

mengenai lima Model-model Kesantunan oleh enam tokoh bahasa termasuk Leech dalam Teori

Kesopanan Leech.

2.1 KONSEP KESOPANAN BERBAHASA

Dari segi bahasa, perkataan sopan dapat diistilahkan sebagai adab, adat, berdisiplin,

santun dan lemah lembut. Kesopanan menurut Asmah Hj. Omar boleh dilihat dari segi tingkah

laku bukan bahasa dan juga dari segi bahasa (1995:121). Tambah beliau lagi:

“Kesopanan yang betul-betul memberi perhatian kepada peranan sosial

pemeran latar, judul percakapan, dan menyesuaikan peraturan pertuturan

dengan keadaan sebenar.(1995:125)”

Menurut Kamus Besar Bahasa Melayu, “bahasa” adalah bermaksud “bicara”, ujaran”,

“tatatertib”, “sopan-santun”, “tingkah laku” dan “percakapan yang baik”. Kesopanan berbahasa

memberi pengertian yang luas yang merangkumi makna komunikasi yang sempurna dan beradab

dengan perlakuan yang baik. Kamus Dewan pula mendefinisikan kesopanan sebagai perihal

sopan yang ditonjolkan melalui tingkah laku, tutur kata dan sebagainya.

Teo Kok Seong mentakrifkan kesopanan sebagai bentuk bahasa atau penggunaan bahasa

yang bermaksud untuk berlaku sopan kepada orang yang diajak bercakap bagi tujuan

Page 2: Prinsip Kesantunan Leech

menghormatinya, di samping memperlihatkan kehemahan pada orang yang bercakap itu agar dia

dianggap sebagai berbudi bahasa.

Awang Sariyan (2007:1) pula mengatakan kesopanan berbahasa merujuk kepada

penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradab, memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan

penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicara. Bagi Thomas (1995:158) pula

kesopanan berbahasa dapat didefinisikan sebagai strategi yang digunakan oleh penutur terhadap

pendengar dalam usaha mencapai pelbagai matlamat, seperti memelihara perhubungan yang

harmonis.

2.2 MODEL-MODEL KESOPANAN

Topik ini akan membincangkan mengenai Model Prinsip Kerjasama Grice, Model

Kesantunan Lakoff, Model Kesantunan Brown dan Levinson, Model Kesopanan Asmah Haji

Omar dan Prinsip Kesopanan Leech.

2.2.1 MODEL PRINSIP KERJASAMA (PK) GRICE (1975)

Pada 1967, Grice mencetuskan PK berasaskan penggunaan implikatur perbualan dalam

meneroka sesuatu ujaran. Tokoh ini menghuraikan prinsip kesopanan mengikut pandangannya

dengan menjadikan sumbangan seseorang sebagaimana yang dikehendaki sahaja, di tahap

apabila perbualan itu mengambil tempat, dan tepat pula dengan arah tujuan perbualan yang

sedang berlangsung. Beliau telah mengemukakan 4 maksim iaitu maksim kuantiti, maksim

kualiti, maksim pertalian, dan maksim cara.

Maksim kuantiti adalah maksim yang sempurna untuk memberi maklumat yang cukup

informatif dan memastikan maklumat yang cukup melebihi daripada apa yang sepatutnya.

Maksim kualiti adalah maksim yang mementingkan perkara yang betul sahaja dan tidak

menyebut sesuatu yang tidak betul dan juga tidak akan menyebut sesuatu yang tidak cukup dalil

atau bukti. Maksim pertalian merupakan kesinambungan dan relevan maklumatnya. Maksim cara

adalah maksim yang mementingkan pernyataan yang sejelas mungkin dan mengelakkan

kesamaran, ketaksamaan, ringkas dan teratur. Prinsip ini mengekalkan kesinambungan sosial dan

pertalian mesra dan membolehkan kita mengandaikan bahawa yang kita ajak berbual itu memang

rela bekerjasama dengan kita.

Page 3: Prinsip Kesantunan Leech

2.2.2 MODEL KESANTUNAN LAKOFF (1978)

Lakoff menyarankan tiga peraturan sekiranya sesuatu perualan mengekalkan

keharmonian iaitu:

a) Jangan memaksa

b) Berikan pilihan

c) Jadikan pendengar selesa

Jangan memaksa adalah peraturan untuk mengekalkan kesantunan formal untuk

mengekalkan jarak pendengar dengan penutur. Peraturan berikan pilihan pula adalah peraturan

dalam situasi tidak formal. Memberi peluang pendengar membuat pilihan menerima atau

menolak sesuatu permintaan, berfikir, membina ujaran dengan ayat tanya. Peraturan ketiga iaitu

jadikan pendengar selesa bertujuan merapatkan hubungan baik antara penutur dengan pendengar.

Peraturan ini menonjolkan sifat positif penutur-pendengar dan digunakan dalam kalangan yang

menjalin hubungan rapat.

Walau bagaimanapun, model ini tertumpu pada kepentingan pendengar dan bersifat

egosentrik. Penutur lakukan apa sahaja demi kepuasan pendengar. Model ini mengutamakan

kepentingan pendengar, tidak dapat dipertahankan dalam semua peristiwa bahasa yang

mempunyai matlamat yang berbeza.

2.2.3 MODEL KESANTUNAN BROWN DAN LEVINSON (1978 & 1987)

Model Brown dan Levinson (B&L) ini berasaskan “konsep menyelamatkan air muka”

yang dicetuskan daripada konsep air muka Goffman pada 1967. Konsep ini menafsirkan tingkah

laku yang santun sebagai asas dalam mengekalkan kehendak air muka. “air muka” dikaitkan

dengan perasaan nilai diri atau imej diri, perlu dicari, dan boleh hilang, boleh dikekalkan,

dimusnahkan atau ditingkatkan apabila berinteraksi dengan orang lain. “air muka” positif

merupakan keinginan individu untuk disukai, dihargai, dipersetujui dan dihormati oleh orang

lain. Air muka negatif merupakan keinginan untuk mempertahankan hak dan dan kebebasan

melakukan sesuatu tidak dihalang. B&L telah mengemukakan beberapa strategi untuk

mengurangkan ancaman air muka iaitu Lakuan Mengancam Air Muka dan tidak melakukan

Lakuan Mengancam Air Muka. Namun begitu, Teori B&L ada kelemahannya. Model ini

menurut Matsumoto dan Mao adalah beracuankan Barat dan tidak sesuai dengan tradisi Timur

yang mengutamakan nilai sosial dan budaya yang meletakkan diri sendiri dalam perkara kedua.

Page 4: Prinsip Kesantunan Leech

2.2.4 MODEL KESOPANAN ASMAH HAJI OMAR

Asmah Haji Omar pula menyatakan kesopanan berbahasa dapat didefinisikan sebagai

“penggunaan bahasa sehari-hari yang tidak menimbulkan kemarahan dan kegusaran atau rasa

kecil hati daripada pihak yang lain”. Menurut Asmah Haji Omar, beliau telah mengatakan

bahawa terdapat dua jenis kesopanan iaitu kesopanan asas dan kesopanan terkendala.

Kesopanan asas ialah kesopanan yang sedia ada dalam masyarakat dan menjadi

penghubung antara satu sama lain dengan cara menunjukkan sikap berbaik-baik antara satu sama

lain. Kesopanan berkendala pula menggambarkan usaha yang dilakukan oleh ahli masyarakat

dalam berhubungan antara satu sama lain dengan memberi perhatian kepada kendala tertentu.

Kendala-kendala tersebut adalah seperti berikut:

a) Taraf dan peranan orang yang bercakap dengan kita.

b) Di mana atau dalam keadaan yang bagaimana percakapan itu berlaku.

c) Apa yang dipercakapkan.

d) Mengapa percakapan itu berlaku.

e) Cara percakapan itu disampaikan sama ada secara bersemuka, dalam perbualan telefon

ataupun sidang video.

Perkara yang penting dalam pertuturan ialah cara penutur mengungkapkan tutur kata dan

pertuturan itu mempunyai mesej atau tujuan tertentu. Proses pertuturan ini melibatkan:

1. Pemilihan kata dan ungkapan yang sesuai dan membawa suasana sopan.

2. Pemilihan ayat yang sesuai, bukan sahaja dari segi nahunya, tetapi dari segi makna

pragmatik yang didukungnya.

3. Penggunaan intonasi yang sesuai.

4. Penggunaan kata panggilan yang betul iaitu nama sapaan atau nama gelaran.

2.2.5 PRINSIP KESANTUNAN LEECH

Geoffrey Leech dalam bukunya yang bertajuk “Prinsip Pragmatik” (1993) telah

mendefinisikan kesopanan sebagai strategi komunikasi semata-mata. Beliau berpendapat bahawa

sesuatu keadaan pertuturan biasanya bergantung kepada beberapa faktor relatif kekal seperti

umur, jantina, status, darjah keintiman dan peranan. Leech menyatakan maksim kesopanan ini

dapat menjelaskan perkaitan sopan dengan tingkah laku manusia. Hal ini kerana maksim

kesopanan ini akan kurangkan ungkapan pendapat yang tidak beradab dan hanya versi positif

Page 5: Prinsip Kesantunan Leech

sahaja dengan ungkapan pendapat yang beradab sahaja digunakan. Leech telah mengemukakan

maksim-maksim kesopanan atau maksim kesantunannya yang dapat menjelaskan perkaitan

antara “kesopanan” dengan tingkah laku manusia. Kesopanan terdiri daripada dua iaitu

kesopanan mutlak dan kesopanan relatif.

Maksim kesopanan Leech melihat kaitan kesopanan sebagai aspek penting dengan

ketidakterusan berbahasa, pengecualian pematuhan prinsip kerjasama Grice dan lakuan bahasa.

Pendekatan prinsip kesopanan dapat dilihat melalui maksim yang berpasangan iaitu

meminimumkan iaitu pernyataan kepercayaan yang tidak sopan dan memaksimumkan

kepercayaan yang sopan serta berpusat kepada diri sendiri, penutur, pendengar atau individu lain.

Dengan itu, Leech mengutarakan enam maksim. Maksim tersebut ialah maksim santun, maksim

kerendahan hati, maksim persetujuan, maksim simpati, maksim kedermawaan dan maksim

sokongan. Setiap maksim akan diterangkan seperti dibawah.

3.0 MAKSIM-MAKSIM DALAM PRINSIP KESOPANAN LEECH

Bahagian ini akan menghuraikan enam maksim yang diutarakan oleh Leech dalam

Prinsip Kesopanan Leech. Maksim yang akan diterangkan adalah maksim santun, maksim

kerendahan hati, maksim persetujuan, maksim simpati, maksim kedermawaan dan maksim

sokongan. Setiap maksim diberikan contoh yang sesuai dengan perlakuan seharian dalam

masyarakat Melayu.

3.1 MAKSIM SANTUN

Maksim santun ialah satu strategi untuk memininumkan manfaat bagi diri sendiri dan

cuba untuk memaksimumkan manfaat kepada orang lain. Melalui maksim santun, penutur akan

cuba memininumkan kuasanya kepada orang lain dengan cara memaksimumkan manfaat kepada

orang lain. Selain itu, maksim santun ini digunakan sebagai salah satu alat untuk

mengungkapkan pujian kepada seseorang. Contohnya:

Contoh 1:

Pekerja : Saya rasa, belum masanya lagi untuk saya terima jawatan itu, Datuk. Encik Salleh

lebih layak.

Majikan : Kenapa awak kata Encik Salleh lebih layak?

Page 6: Prinsip Kesantunan Leech

Pekerja : Yela, kan Encik Salleh lebih senior daripada sya. Lagipun, dia lebih lama bekerja di

sini berbanding saya yang baru bekerja dengan Datuk tiga bulan.

Contoh 2:

A : Leman, bila dah habis belajar universiti nanti, jangan jadi macam abang kau tu, belajar

tinggi-tinggi tapi tak nak kerja kat bandar, kerja di sawah juga yang dia nak.

B : Janganlah mak kata begitu, kan abang yang juga bersusah payah sara keluarga kita

selama ni.

3.2 MAKSIM KERENDAHAN HATI

Maksim kerendahan hati adalah maksim yang meminimumkan pujian terhadap diri

sendiri dengan cara memaksimumkan cacian terhadap diri sendiri. Melalui maksim ini, penutur

akan merendahkan diri sehingga kadang kala menyebabkan pendengar merasakan penutur

mencaci dirinya dan merupakan lakuan larangan sosial iaitu bercakap besar. Maksim ini dapat

dilihat melalui tutur kata yang disampaikan iaitu kata yang merendahkan diri. Hal ini kerana

untuk mengingatkan diri bahawa pujian tersebut hanyalah sebagai salah satu penghargaan yang

diberi agar seseorang itu lebih berusaha gigih.

Selain itu, maksim ini juga digunakan dalam situasi tertentu iaitu apabila pujian diterima

daripada seseorang yang lain. Adalah menjadi kebiasaan apabila dipuji seseorang itu akan

menggunakan maksim ini untuk mengelakkan dari lupa diri akibat pujian tersebut. Dalam

masyarakat melayu umpamanya, maksim ini digunakan untuk menimbulkan perbualan yang

harmonis dengan masing-masing tidak memperlihatkan kelebihan masing-masing dan sebaliknya

akan menyatakan kekurangan diri sendiri. Contohya, dari segi pencapaian anak-anak, pembelian

sesuatu dan sebagainya. Keadaan ini berlaku untuk mengelakkan timbulnya tanggapan negatif

kepada penutur seperti sombong, berlagak dan megah. Contohnya:

1. “Macam awak bolehlah baca buku Cina sebab tahu bahasanya, tapi macam saya ni baca

buku-buku Melayu sajalah.” kata Lina kepada Jenny.

2. “Tak mengapalah Mak Mah, lagipun Datuk bukannya memilih sangat, yang penting

boleh dimakan. Mak Mah masaklah apa yang patut untuk makan tengah hari ni.” kata

Datin Zura kepada pembantu rumahnya.

Page 7: Prinsip Kesantunan Leech

3.3 MAKSIM PERSETUJUAN

Maksim persetujuan ialah maksim yang memperlihatkan kecenderungan seseorang untuk

melebih-lebihkan persetujuan terhadap orang lain. Maksim ini akan memininumkan kerugian

kepada pendengar sebaliknya akan memaksimumkan kerugian kepada diri sendiri. Hal ini adalah

untuk mengelakkan daripada konflik dan perbalahan di antara satu sama lain.

Selain itu, maksim ini adalah bertujuan menjaga air muka seseorang. Berdasarkan konsep

menjaga air muka seseorang ini lahirlah persetujuan yang menghormati orang yang dilawan

bercakap. Persetujuan yang dituturkan adalah semata-mata menghormati penutur tersebut sahaja

dan bukan isi pertuturan tersebut. Contohnya:

Contoh 1:

A: Awak fikir Afifah ada kat rumah?

B: Barangkali ada. Kan hari ini cuti.

Contoh 2:

A: Nyanyiannya memang merdu kan?

B: Betul, tapi suara Akma lagi merdu kalau dia yang nyanyi.

3.4 MAKSIM SIMPATI

Maksim simpati ialah maksim yang cuba memaksimumkan simpati kepada orang lain

dan memininumkan antipati antara diri sendiri dengan orang lain. Dengan itu, penutur akan cuba

untuk menghilangkan rasa benci atau perasaan negatif yang lain terhadap diri orang tersebut dan

sebaliknya akan memberi sifat simpati dan belas kasihan terhadap orang tersebut. Dalam maksim

ini ditunjukkan oleh dua penanda yang besar iaitu takziah dan tahniah. Ucapan takziah dan

tahniah ini adalah lakuan tuturan berabad walaupun ucapan takziah mengungkapkan pendapat

negatif kepada pendengar.

Maksim ini juga digunakan untuk menyatakan kata-kata nasihat yang membantu

meringankan beban yang ditanggung oleh pendengar dan menyalurkan maklumay yang berguna

untuk pendengar tersebut. Dalam pernyataan simpati ini, nasihat adalah cara terbaik untuk

menggambarkan seseorang itu membantu dengan cara saling mengambil berat dan tidak

semestinya dengan kebendaan. Dalam masyarakat Melayu, maksim ini digunakan bukan sahaja

terhad kepada ucapan yang menyatakan perasaan sedih sahaja malah turut mengandungi unsur-

unsur nasihat, ambil berat, kasih sayang dan nilai-nilai kesopanan yang lain. Contohnya:

Page 8: Prinsip Kesantunan Leech

1. “Kesian budak tu, selepas mak ayah dia meninggal terpaksa tinggal di rumah anak yatim

piatu.” luah Pat Itam kepada Mak Leha. Mak Leha hanya mendiamkan diri kerana

terkenangkan perbuatan ibu bapa Leman yang pernah merosakkan rumah tangganya.

2. “Kalau betul nak kerja, kenapa pula pilih kerja sebagai pelayan. Awak masih muda, kerja

itu tak baik untuk awak.” nasihat Mak Mah kepada Rina.

3.5 MAKSIM SOKONGAN

Maksim sokongan ialah maksim yang memininumkan cacian terhadap orang lain dan

memaksimumkan pujian terhadap orang lain. Maksim ini sebenarnya adalah maksim mengampu

namun adalah tidak sesuai kerana bunyinya yang tidak sopan dan memberi konotasi yang

negatif. Maksim ini biasanya adalah dengan cara memuji dan mengiyakan perbuatan seseorang

agar individu tersebut meningkatkan semangat dan usahanya untuk melakukan sesuatu perkara

dengan baiknya.

Dalam masyarakat Melayu, sokongan yang diberikan bukan untuk tujuan “mengampu”

semata-mata sebaliknya untuk memberi sokongan yang ikhlas. Sokongan ini adalah bertujuan

memberikan dorongan dan meningkatkan semangat seseorang untuk berusaha dengan lebih gigih

dalam melakukan sesuatu perkara. Contohnya:

1. “Kalau dapat pekerjaan yang lebih baik, awak boleh saja berhenti kerja ini.” kata Encik

Zali kepada pekerja barunya.

2. “Jika awak berusaha sudah pasti cita-cita awak tercapai lagipun awak ini budak pintar.”

kata Cikgu Murni kepada Rashid.

3.6 MAKSIM KEDERMAWAAN

Maksim kedermawaan ialah maksim yang memininumkan manfaat atau keuntungan bagi

diri sendiri dan berusaha memaksimumkan kos bagi diri sendiri. Melalui maksim ini, pernyataan

seseorang itu merupakan suatu tawaran atau ungkapan yang sopan seperti bantuan, pertolongan

dan kasih sayang. Contohnya:

Contoh 1:

A: Duduklah dulu ya. Saya pergi buat air sekejap.

B: Tak payahlah. Kakak tak lama pun, singgah sekejap je ni.

Page 9: Prinsip Kesantunan Leech

Contoh 2:

“Sebelum awak balik, terimalah buah tangan dari kami yang tak seberapa ni.” Ujar Datin Seri

Zaleha sambil menghulurkan sekeping sampul surat ke tangan Mak Munah.

4.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, kesopanan dalam pertuturan sangat dipentingkan dalam masyarakat

Melayu. Berdasarkan Prinsip Kesopanan Leech yang meminimumkan iaitu pernyataan

kepercayaan yang tidak sopan dan memaksimumkan kepercayaan yang sopan, masyarakat

Melayu dilihat ada yang masih mengamalkan prinsip ini dan ada juga yang mengamalkan

kesopanan dalam pertuturan berdasarkan model kesopanan lain.

Masyarakat Melayu dianggap lebih bersikap menjaga air muka orang lain lebih daripada

menjaga air muka sendiri. Secara mudahnya, masyarakat Melayu lebih beranggapan positif dan

mengurangkan anggapan negatif terhadap orang lain. Dalam perkaitan antara Prinsip Kesopanan

Leech dengan masyarakat Melayu sekarang, dikesan wujud percanggahan.

Ada anggota masyarakat yang lebih selesa mengutarakan niatnya dengan bercakap secara

terus terang. Unsur paksaan dalam mendapatkan persetujuan orang yang dikehendaki juga

semakin sering digunakan. Dalam erti kata lain, masyarakat Melayu sekarang semakin selesa

untuk menggunakan kata yang menggambarkan niat mereka tanpa menggunakan kata-kata yang

mempunyai maksud tersirat.

Page 10: Prinsip Kesantunan Leech

RUJUKAN

Darwis Harahap dan Abdullah Hassan, 2004. Mutiara Budi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Kamus Besar Bahasa Melayu, 1995. Kuala Lumpur: Utusan Pubications.

Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005. Dewan Bahasa dan Pustaka; Kuala Lumpur.

Kamus Linguistik, 1997. Dewan Bahasa dan Pustaka; Kuala Lumpur.

Leech, Geoffrey, 1993. Principles of Pragmatics, First Edition. Diterjemahkan oleh Azhar M.

Simin. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.