prihatinmarapr coverfinal.pdf 1 12/03/2019 4:49 pm · rujukan piagam antarabangsa dan sebagai...

32

Upload: duongnga

Post on 31-Jul-2019

229 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

C

M

Y

CM

MY

CY

CMY

K

PrihatinMarApr_CoverFINAL.pdf 1 12/03/2019 4:49 PM

08Hab SpancoPrihatin Baharu Lebih

Dinamik, Inklusif

Salam prihatin3 Perubahan dan Pembaharuan Demi

Kepentingan Pelanggan

perSpektif4 Pembaharuan dan Pencapaian SPanco 25 Tahun

JeJak inSpiraSi10 Jabatan Khidmat

Pengurusan Pelanggan Pemudah cara Uruskan Fleet

WariSan16 Songket Pahang & acheh

mekanika18 Elakkan Kegagalan Bateri

Jom makan26 Menu-Menu Viral di ampang

Jentera ServiS kami28 SPanco Tingkatkan Khidmat

Lepas Jualan

pilihan ServiS anda30 Pahang

22Rawat & Rehat

‘Me Time’ Waktu Tanpa Gajet, Elak Fikir Soal Kerja atau Masalah

14 DiariSPanco Lahirkan Perantis Mahir 24 Kembara

10 Lokasi Hiking Menarik Di KL / Selangor

20Auto & DigitalProton X70 Premium & Termoden

Jilid

02Mac - apr 2019

BErITa SPanco

Ketua Pegawai OPerasi

dato’ azmanhaJi idriS

Perubahan dan Pembaharuan

DeMi KePeNtiNgaN PeLaNggaN

MASA terus datang dan berlalu dengan menuntut pelbagai perubahan serta pembaharuan. Justeru, majalah Prihatin tidak ketinggalan untuk memaparkan rekabentuk, konsep serta kandungan yang lebih dinamik dengan pelbagai info lebih segar dan menarik sejajar tuntutan perubahan dan pembaharuan yang berlaku sekarang. Prihatin kini turut tampil secara online yang boleh diakses terus di hujung jari melalui telefon pintar mahupun komputer.

Inisiatif ini juga dilakukan selaras dengan pencapaian operasi SPanco yang telah melangkaui 25 tahun. SPanco kini melalui fasa baharu seterusnya dalam era lebih mencabar. Ini sekaligus

menuntut peningkatan tahap kecekapan pada perkhidmatan diberikan, selain membudayakan integriti dan inovasi serta memperkasakan lagi kemahiran warga kerja SPanco bagi memastikan tahap keselesaan, keselamatan dan kepuasan pelanggan dapat dipenuhi malah dipertingkatkan.

Sementara itu, SPanco bersedia menerima cabaran untuk terus menguruskan kenderaan Proton Perdana dan Proton Prevé yang akan ditamatkan pengeluarannya. cabaran ini termasuk untuk mendapatkan komponen dan alat ganti untuk para pelanggan serta pembelian selepas bersara (oTP). Pada masa sama, SPanco telah bersiap siaga untuk menggalas apa

jua tanggungjawab yang akan diamanahkan bagi mengurus kenderaan baharu yang bakal dipesan oleh Kerajaan Persekutuan.

Dalam perkembangan lain, SPanco sedang giat menukar beg udara TaKaTa di bahagian penumpang bagi lebih 4,000 unit kereta Proton Perdana yang melibatkan pengguna Kereta Rasmi Jawatan. Bagi melancarkan urusan penggantian tersebut, Pusat Servis Diiktiraf terpilih di seluruh negara turut dilibatkan untuk kemudahan serta keselesaan pelanggan.

Walaupun SPanco kini dalam tempoh penyambungan kontrak secara interim sehingga kontrak bagi konsesi syarikat baharu dimuktamadkan oleh Kerajaan Persekutuan, namun SPanco akan terus memantapkan operasi bagi menyediakan perkhidmatan yang terbaik. Komitmen ini juga adalah sebagai menzahirkan tanda terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan di atas kepercayaan selama 25 tahun terhadap SPanco bagi melunaskan tanggungjawab yang diamanahkan.

Inilah antara tekad dan komitmen kami di SPanco yang terus bersemangat untuk memberikan perkhidmatan terbaik buat semua pelanggan.

Prihatin kini turut tampil secara online yang boleh diakses terus di hujung jari melalui telefon pintar

mahupun komputer.

3 PrIHaTIn / S a l a m p r i h a t i n

penaungDato’ Hamzah Mohd Salleh

Sidang pengarangPeter LimShaheeran JalalludinMohd Fairuz Sallehalwyn ahmad nazriaimi Diyana azuddinrusman Bassri

penerbitSPanco Sdn Bhd (172957-U)no. 2, Jalan Perusahaan 2Kawasan Perusahaan Batu caves68100 Batu caves.Tel 03-6192 8888Faks 03-6192 8999emel [email protected] bebas tol 1-800-88-6999www.spanco.com.my

pencetakPercetakan Lai Sdn Bhdno.1, Persiaran 2/118cKawasan Perindustrian Desa Tun razakcheras, 56000 Kuala Lumpur. Tel 03 9173 1111Faks 03 9173 1969

perunding penerbitanExecutive Mode Sdn Bhd (317453-P)

Sila hantar komen, maklum balas dan sumbangan karya anda kepada Sidang Pengarang seperti di alamat penerbit yang tertera di atas. Bahan penulisan hendaklah disertakan sekali dengan nama, alamat dan nombor telefon anda. Sidang Pengarang berhak melakukan penyuntingan sebelum karya diterbitkan.

Portal Prihatinwww.prihatinspanco.com.my

4 PrIHaTIn / p e r S p e k t i f

kepakaran daripada pihak ketiga untuk menguruskan fleetnya pada caj yang tetap bagi tempoh kitaran selama lima tahun.

Pada 1 Januari 1994, SPanco mengambil alih pengurusan fleet kerajaan dan kami diberi tanggungjawab untuk membekal, menyenggara dan membaiki kereta-kereta saloon Kerajaan Persekutuan bagi tempoh selama 25 tahun.

Sepanjang tempoh itu,

Merupakan konsep yang masih baharu ketika itu, SPANCO mencadangkan satu model pelaksanaan yang membolehkan Kerajaan Malaysia mendapatkan kepakaran daripada pihak ketiga untuk menguruskan fleetnya pada caj yang tetap bagi tempoh kitaran selama lima tahun.

PEMBAHARUAN DAN PENCAPAIAN SPANCO 25 TAhuN

Pada tahun 1990-an, Kerajaan Persekutuan dibebani dengan fleet kenderaan yang kian usang dan kos penyenggaraan yang tinggi. Kekangan bajet dan kekurangan dari segi sumber kemahiran utama adalah faktor penyumbang masalah itu.

Merupakan konsep yang masih baharu ketika itu, SPanco mencadangkan satu model pelaksanaan yang membolehkan Kerajaan Malaysia mendapatkan

SPanco telah beroperasi lebih 25 tahun dan berjaya menguruskan fleet Kerajaan Persekutuan dengan cekap dan cemerlang melalui pelbagai inisiatif, pelaksanaan prosedur mahupun penerapan sistem yang berjaya meningkatkan kecekapan mahupun keberkesanan perkhidmatannya. Pembaharuan dan langkah meningkatkan tahap perkhidmatan serta memperkasakan kemahiran anggota pekerja adalah komitmen SPanco yang dilakukan sepanjang masa dalam menyediakan fleet yang cekap, selamat serta selesa.

Berikut adalah wawancara Prihatin bersama Dato’ Hamzah Mohd Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif SPanco Sdn Bhd, mengenai pembaharuan dan pencapaian SPanco sepanjang 25 tahun operasinya.

Boleh Dato’ ceritakan serba sedikit latar belakang pelaksanaan pengurusan fleet kenderaan Kerajaan Persekutuan oleh SPANCO?

5 PrIHaTIn / p e r S p e k t i f

kami berjaya memperbaharui tahap perkhidmatan kami dari masa ke masa dengan membangun dan memanfaatkan sistem pengurusan fleet yang komprehensif serta berdaya maju.

KoMprehenSifMutu perkhidmatan SPanco

sentiasa diperbaiki dan dipertingkatkan dengan menumpukan kepada pembangunan modal insan, infrastruktur dan pengurusan khidmat pelanggan, di samping memantau prestasi rangkaian Pusat Servis Diiktiraf (PSD) kami di seluruh negara.

Kelengkapan dan peralatan pusat servis sentiasa dinaiktaraf seiring perkembangan teknologi automotif. Peta taburan PSD pula dikaji dan disusun semula secara berkala mengikut keperluan pelanggan dan taburan populasi kenderaan konsesi.

SPanco telah memindahkan operasi Pusat Servis Wilayah (PSW) dari Segambut ke Batu caves pada 2005. PSW Bangi yang baharu bagi menggantikan cawangan di Puchong pula dibuka pada 2012 bagi memenuhi keperluan pelanggan di sekitar Putrajaya. Kemahiran mekanik dan juruteknik kami dipertingkatkan secara berkala melalui pelbagai program pembangunan kemahiran teknikal.

DiiKtirAfSPanco juga telah memperolehi persijilan

ISo 9001:2015 untuk Penyelenggaraan dan Servis Fleet Kenderaan. Ini adalah pengiktirafan piawaian antarabangsa berprestij untuk kedua-dua pusat servis utama kami.

Turut diraih ialah anugerah BrandLaureate dalam kategori SMEs chapter awards 2010 for corporate Branding - Best Brand in Logistic - Fleet Management Solutions.

SPanco juga adalah ahli Persatuan Pengurusan Fleet australasia (afMa) yang menjadi rujukan piagam antarabangsa dan sebagai penanda aras perkhidmatan profesional kepada pelanggan.

SiSteM penguruSAn fleet berSepADuSPanco juga telah melabur dalam

membangunkan sendiri sistem maklumat pengurusan fleet (Fleet Management Information System — FMIS) dalam talian yang bersepadu untuk mengawal selia aspek fleet yang kompleks meliputi pengurusan maklumat kenderaan, pengurusan pengguna dan pemandu, pesanan dan penggantian kenderaan, kemalangan, pengurusan dan pelupusan kereta terpakai, rangkaian pusat servis yang diiktiraf, stok alat ganti dan pengurusan akaun.

SpAnCo turut memperkenalkan aplikasi mudah alih sebagai satu khidmat nilai tambah kami bagi memudahkan lagi pelanggan mendapatkan perkhidmatan serta maklumat kenderaan mereka dengan lebih cekap dan pantas.

Apakah manfaat yang diperolehi Kerajaan Malaysia daripada perjanjian konsesi ini?

Pengambilalihan fleet oleh SPanco telah berjaya mentransformasikan pengurusan kenderaan sekaligus meringankan beban kerajaan.

Kerajaan menikmati pelbagai kemudahan di bawah satu bumbung yang disediakan SPanco.

Kerajaan tidak perlu menyediakan perbelanjaan modal yang besar untuk perolehan fleet. Malah dengan caj yang tetap, kos penyenggaraan dapat dikawal secara berkesan dan kerajaan tidak perlu menanggung masalah kos berlebihan seperti kerap dialami sebelum itu.

fleet SentiASA berSeDiA untuK DigunAKAn

Kenderaan diganti setiap lima tahun bagi Kereta Jabatan (kenderaan yang diperuntukkan untuk kegunaan bersama sesebuah jabatan kerajaan) dan empat tahun bagi Kereta Rasmi Jawatan (kenderaan yang diperuntukkan khas mengikut kelayakan jawatan anggota pentadbiran kerajaan). Ini memastikan pegawai dan semua jabatan kerajaan dapat menggunakan kenderaan yang baharu dan diyakini prestasinya.

Paling utama, melalui sistem pengurusan fleet profesional yang dibangunkan oleh SPanco, tahap ketersediaan fleet mencapai 98 peratus iaitu melebihi tahap yang dipersetujui di dalam perjanjian. Ini membolehkan pegawai dan kakitangan kerajaan menjalankan tugas dengan lebih fokus tanpa

dibimbangi masalah kerosakan dan terkandas dalam perjalanan atau kemungkinan tiada kereta untuk digunakan.

Apakah keunikan SPANCO berbanding syarikat pengurusan kenderaan lain?

Model operasi kami melibatkan lima elemen teras iaitu pembekalan kenderaan, pentadbiran fleet, servis, kawalan penyenggaraan dan perkhidmatan insurans. Kelima-lima elemen ini telah berjaya dibangunkan dan berkembang menjadi satu perkhidmatan pengurusan fleet menyeluruh yang unik.

Dari sudut pembekalan, berbanding syarikat lain, SPanco melaksanakan kitaran penggantian kenderaan yang ditetapkan terlebih dahulu iaitu empat hingga lima tahun.

Dari sudut pentadbiran fleet, perkhidmatan kami meliputi sistem pengurusan untuk kenderaan di seluruh negara, pengurusan pangkalan data, penetapan kos dan maklumat sejarah penyenggaraan kenderaan, pengurusan cukai jalan selain insurans.

Bagi menyokong dan melancarkan lagi pengurusan

6 PrIHaTIn / p e r S p e k t i f

fleet, kami melaksanakan pelbagai program taklimat, kursus dan latihan untuk pemandu serta pengguna sebagai satu khidmat nilai tambah kami.

ServiS Seluruh negArAUntuk servis pula, kami

menyediakan khidmat sokongan di seluruh negara untuk fleet kenderaan Kerajaan Persekutuan. Servis ini merangkumi penyenggaraan cegahan berjadual, pengurusan stok alat ganti serta khidmat pemasangan dan pengubahsuaian mengikut tempahan pelanggan.

Sementara itu, Jabatan Kawalan Penyenggaraan SPanco menyediakan Pusat Panggilan 24 jam serta perkhidmatan bantuan kemalangan dan kerosakan. Perkhidmatan insurans pula merangkumi pengurusan tuntutan dan litigasi.

Hari ini, SPanco diiktiraf atas keupayaan yang tiada tandingnya dari segi operasi sokongan fleet yang melangkaui 12,000 unit kenderaan, yang dilaksanakan melalui rangkaian perkhidmatan kami terdiri daripada dua pusat servis utama yang dibantu lebih

7 PrIHaTIn / p e r S p e k t i f

200 PSD di seluruh negara.Melalui caj yang tetap dan

pakej perkhidmatan menyeluruh yang kami percaya tidak ditawarkan oleh mana-mana syarikat pesaing lain di negara ini, kami yakin SPanco terus bersedia untuk menggalas amanah serta tanggungjawab yang diberikan oleh Kerajaan.

Paling utama, melalui sistem pengurusan fleet profesional yang dibangunkan oleh SPANCO, tahap ketersediaan fleet mencapai 98 peratus iaitu melebihi tahap yang dipersetujui di dalam perjanjian.

Untuk anda mengikuti video bagi wawancara ini, layari www.prihatinspanco.com.my

8 PrIHaTIn / h a b S pa n c o

lebih dinamik, inkluSifPRIhATIN BAhARu

Prihatin telah lebih 20 tahun diterbitkan. Majalah ini adalah platform utama SPanco bagi berkongsi maklumat korporat dan operasinya dalam menguruskan fleet kenderaan Kerajaan Persekutuan.

Pada masa sama, Prihatin mengambil inisiatif secara komited untuk menyiarkan panduan mahupun rencana yang mampu mendidik pemandu dalam meningkatkan kesedaran, pengetahuan dan kemahiran mereka.

Melangkah ke hadapan bagi memastikan ia terus relevan dalam

era digital, Prihatin kini tampil dengan format lebih dinamik melalui rekabentuk, pengisian, ruangan serta pendekatan lebih inklusif bagi memaparkan bahan bacaan terkini dan lebih segar untuk pembaca. Malah semuanya kini boleh diakses melalui platform digital. Untuk itu, portal khusus – www.prihatinspanco.com.my telah diwujudkan.

Selain edisi cetak dan paparan dalam bentuk digital, Prihatin turut mengambil langkah bagi memastikan laporan dan

maklumat terkini dihebahkan melalui saluran media sosial.

Langkah memanfaatkan platform

Wadah komunikasi Memudah dan mempertingkatkan

lagi interaksi antara pembaca-pembaca dan sPaNCO

Platform digital Memanfaatkan penggunaan

komputer, aplikasi dan telefon pintar untuk hebahan berita serta rencana

gaya hiduP Menyajikan rencana bercorak ‘lifestyle’ sebagai daya tarikan

utama pembaca masa kini

Portal Prihatin Boleh diakses pada bila-bila masa dan di

mana-mana sahaja

9 PrIHaTIn / h a b S pa n c o

Prihatin merupakan satu lagi inovasi SPANCO bagi meningkatkan kecekapan

dalam menyebarkan manfaat majalah ini kepada

lebih ramai pembaca yang kini lebih menjurus

kepada media digital untuk mendapatkan pelbagai

maklumat.

digital ini antara lain untuk meningkatkan jangkauan kelompok pembaca serta

penjenamaan SPanco. Ketika mana laporan korporat terkini dikekalkan, Prihatin juga akan terus menyajikan rencana gaya

hidup (lifestyle) yang sentiasa dinanti-nantikan pembaca.

Juga, ketika mana jumlah pemandu baru terus bertambah di jalan raya setiap

hari, Prihatin boleh dijadikan sumber untuk mereka mendapatkan panduan dan kesedaran mengenai penjagaan, pemanduan mahupun servis kenderaan serta keselamatan jalan raya.

Semua bahan-bahan ini akan dipaparkan oleh Prihatin dalam bentuk yang lebih ringan, menarik dan ringkas dengan disokong oleh paparan grafik, rekabentuk, teks serta warna yang lebih kontemporari.

Struktur pengisian dan kolum yang akan dipaparkan ialah Salam Prihatin, Perspektif, Hab SPanco, Jejak Inspirasi, Diari, Warisan, Mekanika, auto & Digital, Rawat & Rehat, Kembara, Jom Makan, Jentera Servis Kami serta Pilihan Servis anda.

Ringkasnya, perubahan dan pembaharuan Prihatin merupakan satu lagi inovasi SPanco bagi meningkatkan kecekapan dalam menyebarkan manfaat majalah ini kepada lebih ramai pembaca yang kini lebih menjurus kepada media digital untuk mendapatkan pelbagai maklumat.

1 0 PrIHaTIn / J e J a k i n S p i r a S i

PEMUDAH CARA URUSKAN FLEET

Jabatan khidmat penguruSan pelanggan

Sikap ramah mesra, sentiasa prihatin dan peka terhadap segala keperluan pelanggan merupakan ciri-ciri perkhidmatan yang sangat dituntut masa kini.

Selaku barisan hadapan dan menjalinkan hubungan strategik dengan pelanggan, petugas di Jabatan Khidmat Pengurusan Pelanggan memikul tanggungjawab penting di SPanco apabila perlu melaksanakan dua peranan iaitu Pengurusan akaun serta Perhubungan awam dan Komunikasi.

Dari segi Pengurusan akaun, mereka bertanggungjawab menjalinkan hubungan jangka panjang dengan pelbagai akaun melibatkan kementerian dan jabatan Kerajaan Persekutuan selain memastikan khidmat penyelesaian pengurusan fleet serta keperluan pelanggan dipenuhi dengan memuaskan.

Jabatan Khidmat Pengurusan Pelanggan turut mengumpulkan maklum balas dan input daripada pelanggan

bagi membolehkan langkah tertentu diambil untuk melakukan penambahbaikan proses dalaman.

Dari segi Perhubungan awam dan Komunikasi pula, jabatan perlu merancang dan melaksanakan program strategik yang berkait khusus dengan setiap pelanggan selaras dengan operasi lazim serta citarasa mereka.

Pada masa sama, jabatan perlu melaksanakan program untuk kumpulan sasar yang lebih luas dan ia perlu dihebahkan melalui pelbagai platform media konvensional mahupun media digital.

tenAgA MAhirSelain berkemahiran dalam

selok-belok menguruskan fleet, Jabatan Khidmat Pengurusan Pelanggan berperanan sebagai sumber rujukan utama bagi

pelanggan-pelanggan SPanco menggunakan aplikasi dan portal dalam talian yang disediakan.

aplikasi Mobil SPanco boleh dilayari melalui Google Play dan app Store secara percuma.

Barisan hadapan di Jabatan Khidmat Pengurusan Pelanggan diterajui Pengurus Kanan, alwyn ahmad nazri dan dibantu Penolong Pengurus, Rohana abdullah; serta enam eksekutif akaun — norazmi abd Sani, Hirman Hamzah, nik Hafiz Sophian Nik Mohd Zaaba, aimi Diyana azuddin, Muhammad aizat Mohammad Fadzir dan amir Zubaidi Sahrif.

CAbArAn antara cabaran utama dihadapi

Jabatan Khidmat Pengurusan Pelanggan ialah memastikan kenderaan pelanggan digantikan tepat pada masanya. Jabatan juga berhadapan dengan pesanan yang tidak mengikut tempoh ditetapkan sehingga menyebabkan kelewatan sekaligus mengganggu program penggantian kenderaan apabila jumlah pengeluaran tidak mampu

Jabatan Khidmat Pengurusan Pelanggan tidak hanya menguruskan kenderaan bagi pihak pelanggan tetapi turut bertindak sebagai pemudah cara dalam melancarkan setiap proses dalam pengurusan fleet.

1 1 PrIHaTIn / J e J a k i n S p i r a S i

Tugas Eksekutif Akaun SPANCO ( Jabatan Khidmat Pengurusan Pelanggan)

Eksekutif akaun di SPanco turut memainkan peranan penting sebagai sumber rujukan utama pelanggan bagi mendapatkan maklumat dan

khidmat nasihat mengenai perkara berkaitan pengurusan fleet. Berikut disenaraikan tugasan mereka:

tAKliMAt DAn lAwAtAn

beruruSAn DengAn pelAnggAn

• Memastikan kereta pelanggan diganti mengikut tempoh.

• Memastikan cukai jalan yang sah berserta insurans.

• Membantu pelanggan merancang kitaran penggantian kereta.

• Membuat susulan terhadap pesanan kenderaan.

• Memberi panduan dan tunjuk ajar kepada pelanggan cara memanfaatkan kereta sepenuhnya.

• Khidmat nasihat penjagaan kereta bagi mengurangkan masa rosak.

• Khidmat nasihat pengurusan fleet

seperti saiz dan komposisi fleet yang sesuai.

• Mengesyorkan pelanggan menambah bilangan kereta jika perlu.

• Memeriksa kereta di premis pelanggan bagi memastikan ia dalam keadaan baik.

• Mendengar aduan atau maklum balas pelanggan untuk disalurkan kepada Pengurusan.

• Memastikan caj sewa, senggaraan dan pelbagai dibayar tepat pada waktu.

• Merancang jadual taklimat dan lawatan.

• Berjumpa pelanggan di seluruh negara secara berkala.

• Menangani segala aduan pelanggan.

• Mencadangkan langkah-langkah berkesan untuk penambahbaikan perkhidmatan.

• Menyediakan laporan setelah lawatan dibuat.

• Memastikan kereta baru dalam keadaan baik dan bersih serta pelanggan menerimanya ketika atau sebelum tamat tempoh pajakan.

• Bagi pesanan penggantian, memastikan kereta lama dipulangkan dan diperiksa.

• Menyempurnakan pemeriksaan teknikal ke atas kereta yang dipulangkan sebelum memperakui penerimaan.

• Memastikan pesanan kereta tambahan, dilaksanakan mengikut tempoh yang dipersetujui.

• Menerangkan kepada pelanggan mengenai terma dan syarat perjanjian pajakan di samping

penggunaan peralatan serta aksesori ketika kereta diserahkan.

• Menyemak semua dokumen penyerahan dan pemulangan kereta serta memastikan ia lengkap dan ditandatangani pelanggan.

• Melaporkan sebarang kecacatan pada kereta yang dipulangkan seperti kerosakan, aksesori yang hilang atau alat ganti yang tidak tulen.

• Memajukan semua dokumen penyerahan atau pemulangan kereta kepada Jabatan Pentadbiran Fleet selewat-lewatnya hari yang berikut.

penghAntArAn DAn peMulAngAn KeretA

memenuhi jumlah pesanan.Jabatan turut berdepan dengan

notis saman yang tidak dilunaskan sekaligus turut menyebabkan kelewatan penggantian kenderaan.

Fokus dan komitmen SPanco dalam meningkatkan kualiti perkhidmatannya turut merangkumi aspek memupuk kesedaran pelanggan bagi meminimumkan kecuaian seperti kehilangan kunci pendua, tidak mematuhi jadual servis dan penyenggaraan.

penAMbAhbAiKAn Jabatan Khidmat Pengurusan

Pelanggan tidak hanya menguruskan kenderaan bagi pihak pelanggan tetapi turut bertindak sebagai pemudah cara dalam melancarkan setiap proses dalam pengurusan fleet. Bagi memberi lebih kemudahan dan keselesaan kepada pelanggan, beberapa penambahbaikan telah dilaksanakan antaranya:

Memperkukuhkan komunikasi dua hala dengan pelanggan termasuk skop perkhidmatan SPanco selain memaklumkan perkembangan dan polisi terkini dengan Kementerian Kewangan.

Memantau pesanan melalui Sistem Pengurusan Kenderaan eKereta dengan lebih teliti.

Makluman lebih awal kepada pelanggan bagi urusan penyerahan pukal dan penghantaran menggunakan kapal.

Memastikan sebut harga caj penghantaran kereta diterima pelanggan pada tarikh ditetapkan.

Menguruskan notis saman dengan lebih cekap.

1 2 PrIHaTIn / J e J a k i n S p i r a S i

Jabatan dan kementerian boleh menghubungi pegawai-pegawai di Jabatan Khidmat Pengurusan Pelanggan berikut untuk segala urusan fleet kenderaan mereka:

1 rohAnA AbDullAhPenolong Pengurus03-2775 0823 / 019-276 7669• Menguruskan semua

Jabatan/Kementerian secara keseluruhan

2 norAzMi AbD SAniEksekutif Akaun 03-2775 0824 / 017-297 8087• Jabatan Perdana Menteri• JPM (Bahagian Hal Ehwal

Undang-Undang)• JPM (Bahagian agama)• Kementerian Pengangkutan• Kementerian Hal Ehwal Ekonomi• Suruhanjaya Perkhidmatan

awam

3 hirMAn hAMzAhEksekutif Akaun03-2775 0830 / 019-271 1671• Kementerian Kewangan• Kementerian Pertanian dan Industri asas Tani• Kementerian Kerja Raya• Kementerian Perdagangan antarabangsa dan Industri• Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, alam Sekitar dan

Perubahan Iklim• Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia• Kementerian Pembangunan Usahawan

4 niK hAfiz SophiAn niK MohD zAAbAEksekutif Akaun03-2775 0829 / 012-621 1044• Kementerian Dalam negeri• Kementerian Sumber

Manusia• Kementerian Belia dan

Sukan• Kementerian Industri

Utama

5 AiMi DiyAnA AzuDDinEksekutif Akaun03-2775 0826 / 012-269 2582• Kementerian Perdagangan

Dalam negeri dan Hal Ehwal Pengguna

• Kementerian Wilayah Perseketuan

• Istana negara

6 MuhAMMAD AizAt MohAMMAD fADzirEksekutif Akaun 03-2775 0825 / 013-529 3147• Kementerian Kesihatan• Kementerian air, Tanah dan Sumber

asli• Kementerian Perumahan dan

Kerajaan Tempatan• Kementerian Pembangunan Wanita

Keluarga dan Masyarakat• Kementerian Kemajuan Luar Bandar• Pejabat Penyimpan Mohor Besar

Raja-Raja

7 AMir zubAiDi SAhrifEksekutif Akaun03-2775 0827 / 017-250 0117• Kementerian Pertahanan• Kementerian Pendidikan• Kementerian Komunikasi

dan Multimedia• Kementerian Luar negeri• Parlimen Malaysia

3

1

2

7

4

5

6

Alwyn AhMAD nAzriPengurus KananJabatan Khidmat

Pengurusan Pelanggan03-2775 0828 / 019-269 8798

1 3 PrIHaTIn / J e J a k i n S p i r a S i

Dilancarkan pada Januari 2017, pelanggan boleh memuat turun aplikasi ini dari Google Play dan app Store. Ia membolehkan pelanggan mendapatkan perkhidmatan dengan lebih pantas serta menikmati pelbagai faedah seperti mendapatkan bantuan kerosakan, mengetahui status terkini bantuan yang diminta, memohon temu janji servis dan mengemaskinikan profil mereka. Terkini, pelanggan boleh membuat temu janji servis di Pusat Servis Proton Edar di seluruh negara melalui aplikasi Mobil SPanco.

Aplikasi Mobil SPANCO, lebih mudah di hujung jari

Portal Fleet Online, maklumat dalam masa sebenarSPanco dalam proses mempertingkatkan Portal Fleet online untuk menjadikannya lebih mesra

pelanggan. antara ciri-ciri tambahan yang sedang dikemaskini adalah:

Halaman log masuk (login) Fleet online yang diperbaharui.

Menyerlahkan lagi reka bentuk portal supaya lebih ceria dan menarik.

Pemberitahuan segera secara mingguan kepada pengguna fleet bagi memaklumkan status kereta dan memudahkan pemantauan kenderaan mereka.

Memaparkan carta saman pada sudut yang jelas supaya pegawai berkenaan boleh melihat status kemajuan saman masing-masing dengan lebih mudah.

Portal Fleet online juga membolehkan pelanggan melihat maklumat terkini kenderaan masing-masing seperti status pembaikan, tarikh servis berikutnya, jumlah saman tertunggak, status pesanan dan tahap ketersediaan dalam masa sebenar. Segala maklumat boleh dicapai pada bila-bila masa secara terperinci atau disaring mengikut keperluan melalui pautan skrin ke skrin yang dihubungkan terus ke sumber.

Julai 2005SPanCo Fleet online di lancarkan

bagi memberi kemudahan kepada

pelanggan menguruskan fleet secara

dalam tal ian.

april 2009Customer’s Dashboard dan Portal Fleet

online yang baharu diperkenalkan

kepada pelanggan bagi mengetahui

prestasi f leet mereka melalui internet

dalam masa sebenar.

Januari 2017SPanCo Mobile app di lancarkan bagi

membolehkan pengguna menikmati

pelbagai faedah seperti mendapatkan

bantuan kerosakan, mengetahui

status terkini bantuan yang diminta,

memohon temu janji servis dan

mengemaskini profi l mereka.

Carta Garis Masa Khidmat

PelangganTalian bebas tol 24 jam ini boleh dihubungi pelanggan untuk

mendapatkan bantuan kecemasan, perkhidmatan menunda kereta dan khidmat nasihat berkaitan kenderaan fleet mereka.

Pusat Panggilan1-800-88-6999

1 4 PrIHaTIn / d i a r i

Semua industri dan perkhidmatan memerlukan kelompok tenaga kerja mahir untuk menggerakkan operasi bagi mendapatkan hasil kerja terbaik. Justeru, SPanco turut mengambil inisiatif membantu melahirkan bakat sumber manusia berketerampilan dalam bidang automotif untuk mencapai matlamat sama melalui Sistem Latihan Dual nasional (SLDn).

Sebagai sebuah syarikat SLDn yang ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), SPanco menjalin

kerjasama dengan Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur (ILPKL) untuk melaksanakan program SLDn bagi menawarkan Kursus automotif Servis Selepas Jualan dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2.

Kerjasama SPanco dan ILPKL melaksanakan SLDn adalah satu kaedah latihan bercorak perantisan (apprenticeship) yang diinspirasikan dari Jerman.

Melalui kerjasama itu, ILPKL menyediakan tempat latihan dan tenaga pengajar manakala SPanco menyediakan latihan di tempat kerja serta tenaga pengajar berpengalaman daripada industri. Latihan meliputi 70 hingga 80 peratus di ILPKL manakala selebihnya – 20 hingga

30 peratus di SPanco.Encik Zulfika Hamidon, Ketua

Bahagian Sumber Manusia dan Pentadbiran berkata, program SLDn ini adalah yang kali pertama dianjurkan oleh SPanco.

KeSungguhAnBeliau berkata, sepanjang

tempoh pembelajaran iaitu peringkat teori dan amali selama lima bulan di ILPKL, semua 10 perantis menunjukkan kesungguhan, disiplin dan kemampuan mereka sekaligus mencapai keputusan peperiksaan yang membanggakan.

Seterusnya bermula Februari 2019, semua perantis memulakan latihan praktikal di SPanco - masing-masing lima di Pusat

SPANCO LAHIRKAN PERANTIS MAHIR

Melalui kerjasama itu, ILPKL menyediakan tempat latihan dan tenaga pengajar manakala

SPANCO menyediakan latihan di tempat kerja serta tenaga pengajar berpengalaman

daripada industri. Latihan meliputi 70 hingga 80 peratus di ILPKL manakala selebihnya – 20

hingga 30 peratus di SPANCO.

1 5 PrIHaTIn / d i a r i

Servis Wilayah (PSW) Batu caves dan lima lagi di PSW Bangi selama tiga bulan di bawah bimbingan jurulatih yang diiktiraf JPK.

Katanya, bagi menyediakan diri sebelum menceburi dunia sebenar automotif, setiap dua minggu selama lima bulan di ILPKL, pasukan SPanco membuat lawatan ke ILPKL bagi memberi motivasi dan khidmat nasihat kepada mereka. Ini bagi memastikan semangat mereka berterusan dan sedia menempuh dunia industri sebenar nanti.

Seorang perantis yang ditemui, Muhammad Hilman Mohd Rosli, 19, dari Rawang, Selangor berkata, dia menyertai SLDn selepas mengetahui program itu daripada bapa saudaranya.

Dia mengambil Kursus automotif Servis Selepas Jualan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2.

“Yang menarik minat saya untuk menyertai program SLDn kerana kursus ini mengambil jangka masa yang pendek. Selain itu, program SLDn turut menawarkan tawaran bekerja dengan SPanco selama dua tahun,” katanya.

Muhammad Hilman berkata, dia telah menyertai program ini sejak September 2018 dan dijangka menamatkannya pada Jun 2019.

“Pengalaman saya setelah menjalani latihan praktikal di SPanco ialah saya dapat menghadapi situasi sebenar berada dalam alam pekerjaan. Saya berasa gembira kerana dapat berjumpa dengan kakitangan SPanco, fomen dan mekanik kerana mereka amat mesra dan bertoleransi. Pengalaman ini juga dapat mendisiplinkan saya dari segi masa, etika bekerja dan sebagainya,” katanya.

puSAt ServiS terbAiKDitanya pendapatnya

mengenai SPanco, Muhammad Hilman berkata, ia adalah syarikat yang sangat berjaya dari segi perkhidmatan dan baik pulih kenderaan kerajaan. SPanco juga satu pusat servis yang terbaik bagi membaik pulih kenderaan kerajaan.

Seorang lagi perantis, Muhammad Khairil Hazim Kosim, 19, dari cheras, Kuala Lumpur yang terpilih mengikuti Kursus automotif Servis Selepas Jualan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 di bawah program SLDn mengetahuinya daripada Internet.

Katanya, selama lima bulan (bermula September) di ILPKL, dia telah menjalani pembelajaran secara teori dan amali. Sepanjang latihan, pihak penganjur iaitu SPanco turut menyediakan buku dan menjalankan peperiksaan.

“Setelah tamat lima bulan di ILPKL, kini saya sambung praktikal di SPanco Batu caves. Di sini, saya dapat merasai situasi pekerjaan yang sebenar, malahan dapat menambah pengalaman dan pengetahuan dalam bidang automotif,” katanya yang turut tertarik dengan tawaran kerja di SPanco selepas tamat kursus.

Dia berpendapat, syarikat SPanco adalah pusat servis yang terbaik dengan jaminan servis yang berkualiti dan meyakinkan di samping turut dikenali kerana menyediakan perkhidmatan khidmat tunda di seluruh Lembah Klang.

Songket acheh

Sesungguhnya, seni songket adalah artifak yang memaparkan keanggunan dan kehalusan seni budaya bangsa. Ia juga melambangkan keunggulan jati diri yang unik serta kaya dengan nilai keindahan mahupun estetika. Ketelitian dalam penghasilannya adalah melalui gabung jalin kepelbagaian motif yang melambangkan corak pandangan dan pemikiran masyarakat.

Bagi menghidupkan warisan budaya yang tiada terbanding nilainya ini, Prihatin mengambil inisiatif mempersembahkan 12 koleksi songket sepanjang

2019 iaitu setiap keluaran akan mengetengahkan dua koleksi warisan songket pilihan. Pada edisi pertama, Prihatin memaparkan keunikan hasil seni songket Kelantan dan Terengganu. Bagi edisi kedua, ditampilkan pula songket Pahang dan acheh.

SongKet pAhAngKoleksi kain samping lelaki

songket tenun Pahang yang dipaparkan di sini mempunyai songket di bahagian kepala kain sahaja. Kain tenun jalur menegak sebegini sering digunakan sebagai samping oleh orang lelaki ataupun

dijahit sebagai baju sikap.

Benang yang digunakan ialah sutera asli dari china. Warna kain sangat lembut iaitu kuning air dan ungu (atau abu). Tanah kepala kain berwarna ungu tetapi tampak keseluruhannya berwarna kuning cempaka kerana motif disongket dengan benang emas.

Motif badan ialah jalur menegak/berdiri ditenun tanpa disongket. Kain tenun lazimnya terdiri daripada motif jalur menegak atau papan cetak. antara contoh

kain motif jalur dan berpetak

ialah kain tenun Pattani (Kok Yo/Pulau

Yu), Kelantan, Bugis, Terengganu, Johor dan beberapa tempat selain Pahang.

Pada kepala kain, motif disusun berlapis dengan motif tertentu pada setiap lapis yang dipisahkan dengan motif jalur melintang. Inilah ciri khas tenun kain Mastuli (sutera tebal) tenun Pahang. Justeru, tidak hairan sekiranya ia banyak diterapkan dalam kain sarung ini. Kain Mastuli

SONgKETPahang & AchehsPaNCO telah menjalinkan kerjasama dengan pakar reka alam Melayu, Prof. Dr. Che Husna azhari, dalam usaha mengangkat dan memartabatkan warisan songket Melayu ke persada yang lebih tinggi.

1 6 PrIHaTIn / W a r i S a nSo

ngke

t ac

heh

Songket paha ng

Songket acheh

Ada dua jenis kaedah pembuatan insani (tanpa mesin); mesin gedogan (backstrap loom), ATTM (alat tenun bukan mesin) dan kek Melayu. Pembikinan kaedah gedogan masih digunakan dengan meluas di Nusantara walaupun sudah banyak penenun menukar kepada ATTM untuk meningkatkan pengeluaran. Di Malaysia dan Brunei, hanya alat tenun kek digunakan dan tiada penggunaan gedogan. Tenunan gedogan menghasilkan kain tera kecil sekaligus perlu ditambah kain di pinggang atau dikampuh.

Warna-warna tradisional alam Melayu adalah kusam kerana menggunakan bahan alami. Namun dengan kemasukan warna sintetik pada tahun-tahun pertengahan abad ke-20, kekusaman warna songket hilang. Antara contoh songket dalam koleksi ini, hanya satu contoh songket menggunakan pewarna alami iaitu songket Terengganu.

Ternyata kain-kain lain yang ditampilkan mempunyai warna terang dan meriah. Ada contoh kain tenun dari Bali dan Makassar (sutera Sengkang) dalam galeri Gulhenna yang menggunakan pewarna alami (seppan) dan kelihatan sangat anggun tetapi rata-rata kebersaingan warna alami masih tidak ekonomik untuk digunakan dalam kain-kain tradisional secara komersial. Sebelum ini, pernah disorot mengenai konsep tujuh warna generik dalam tulisan dahulu (Che Husna Azhari: 1999) di mana warna juga dikait dengan penglihatan alam:

Tiga kali sehari berubah warnaPagi - warna embunTengah hari - lembayungPetang - petang warna minyak

lebih berat berbanding sutera yang lazim digunakan untuk tenunan songket atau kain tenun biasa.

SongKet AChehIja kasab ialah panggilan

songket di acheh. Songket acheh disongket di atas kain kapas ataupun sutera. Stelan nyak Mu adalah sutera yang dihasilkan di Lamtamot, sebuah kampung di luar Banda acheh namun kebanyakan penenun sekarang membeli benang sutera dari china.

nyak Mu atau nama sebenarnya Maryamun adalah

penggiat songket

acheh yang terkenal. Beliau membuka pusat latihan tenun di daerah Siem dan pesertanya adalah wanita desa. Beliau menjadikan songket Bungong Geulimo (Bunga Delima) sebagai satu motif dalam songketnya. Beliau pernah memenangi Upakarti iaitu penghargaan nasional untuk individu penggerak industri.

Motif tera ialah pintu acheh yang memaparkan ragam berbentuk jeruji ramping dihiasi bunga dan rumbai-rumbai. Motif lain ialah pucuk rebung dan bunga melati (seakan bunga melor) hitam. Songket acheh sangat tebal dan berat. Pemakainya perlu menggunakan pending supaya tidak terjatuh atau tercabut.

Koleksi yang dipaparkan di sini ialah stelan songket acheh dari daerah Siem. Stelan songket acheh yang sangat langka, ditenun oleh almarhumah Ibu nyak Mu yang disifatkan Adiguru/Penenun Ulung Songket acheh, dengan gedongan lama.

1 7 PrIHaTIn / W a r i S a n

Songket pahang

Tekno

logi

Pemb

ikina

n

1 8 PrIHaTIn / m e k a n i k a

Elakkan kEgagalan BatEriKebanyaKan aduan KerosaKan yang diterima Pusat servis berPunca dariPada masalah bateri yang gagal berfungsi. Justeru, PenJagaannya seKali-Kali tidaK boleh diabaiKan oleh Pemandu

Bateri yang lemah menyebabkan kereta gagal dihidupkan sekaligus rancangan dan pergerakan anda buat hari itu tergendala. anda mungkin tidak menjangka masalah itu tetapi sebenarnya ia tidak berlaku secara tiba-tiba. Sebaliknya, kuasa bateri yang susut sedikit demi sedikit akan memberikan isyarat sehingga ia gagal berfungsi sepenuhnya.

Untuk itu, ambil tindakan dan elakkan masalah bateri yang mati daripada mengganggu rancangan anda. Ikuti beberapa langkah penyenggaraan dan sentiasa peka keadaan bateri kereta anda.

Senggara bateri anda – penyenggaraan yang sempurna akan memanjangkan hayat bateri. Pakai cermin mata keselamatan dan lindungi mata anda apabila anda mengendalikan bateri:

Jaga kebersihan bateri. Pastikan bateri, terminal dan kabel penyambung sentiasa dibersihkan menggunakan kertas pasir serta sapu sedikit jeli petroleum pada terminal sebelum mengetatkan nat kabel.

Periksa tahaP air. Sekiranya bateri mempunyai penutup sel yang boleh dibuka, periksa tahap air bateri dengan membukanya. anda juga boleh memeriksa tahap air melalui sisi bateri yang lut cahaya. Tahap elektrolit perlu melepasi sepenuhnya bahagian atas plat setiap sel. Tambahkan air suling untuk meningkatkan paras air bateri dalam setiap sel.

Periksa PenunJuk. Bateri bebas senggaraan pula lazimnya tidak bertutup dan mempunyai penunjuk di bahagian atas bateri. Hijau menunjukkan kuasa bateri masih kuat manakala hitam pula lemah. Sekiranya ia menunjukkan

1 9 PrIHaTIn / m e k a n i k a

tahap yang lemah, dapatkan mekanik atau pengedar bateri untuk memeriksanya.

CaJ semula selePas ‘JumP-start’. Sekiranya anda menghidupkan bateri yang telah mati melalui ‘jump-start’, pastikan anda mengecas semula sepenuhnya. Ini penting, terutama sekali jika kereta anda telah lama tidak dihidupkan dan dipandu kerana dalam keadaan itu, alternator kereta mungkin tidak dapat mengecas bateri yang telah mati atau terlalu lemah.

kabel PelomPat (JumPer Cables). Bawa di dalam kereta sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengatasi masalah bateri mati.

Sentiasa pantau keadaan bateri – periksa bateri sebelum anda memulakan perjalanan jauh dan hantar kereta untuk diservis. Minta Pusat Servis untuk menguji bateri dan ganti jika perlu bagi mengelak kegagalan bateri dan anda terkandas di tengah jalan.

Dapatkan mekanik untuk memeriksa bateri sekiranya anda nampak tanda-tanda berikut:• Bateri yang dipasang oleh

pengilang sudah melebihi tiga atau empat tahun, atau bateri yang digantikan itu sudah hampir tamat tempoh jaminan.

• Enjin lemah setelah lama tidak dihidupkan, atau ‘crank’ berbunyi lemah ketika anda cuba menghidupkan enjin.

• Bekas bateri retak, penutup sel pecah atau hilang, atau kecacatan lain. Sentiasa pasangkan bateri dengan kukuh pada kedudukannya supaya ia tidak terbalik atau menggelongsor.

15 Sim

bol P

ada d

aShb

oard

meTe

r ker

eTa DaSHBoaRD kereta adalah ruang rujukan yang sangat penting. Di situ terpapar isyarat mengenai setiap fungsi kereta walaupun ada kereta yang tidak mempunyai semua simbol tersebut. Di bawah disenaraikan 15 simbol standard yang terdapat pada kebanyakan kereta. Ketahui maksudnya apabila simbol-simbol itu menyala.

Sebagai pemandu berhemah, anda perlu memberi perhatian kepada setiap satu maksud simbol dan tidak membiarkan ia terus menyala sehingga boleh membawa kepada kerosakan yang lebih serius.

automatic Shift lock dan engine Start

indicator

Maksudnya anda perlu

menekan brek untuk

menghidupkan enjin ataupun

menukar kepada neutral .

air Wiper — Maksudnya

anda perlu menokok air

untuk wiper.

beg udara — ada

masalah pada beg udara

atau mungkin sistem beg

udara secara keseluruhan.

brek tangan — Bermakna brek tangan

sedang aktif atau belum

diturunkan sepenuhnya.

lampu kabuS — ini

bermaksud lampu kabus

anda terpasang.

bateri — isyarat bateri

kereta semakin lemah.

tekanan tayar —

Menunjukkan tekanan

tayar t idak seimbang dan

kemungkinan ada tayar

yang kurang angin.

pintu kereta

Memberitahu anda bahawa

salah satu pintu kereta

t idak ditutup rapat.

tekanan minyak —

Minyak pada enjin anda

kurang ataupun ada

masalah pada sistem

minyak enjin.

kaWalan cengkaman — Maksudnya cengkaman

kawalan tayar kereta t idak

berfungsi dengan baik dan

boleh membahayakan.

brek anti-kunci — ada

masalah pada sistem aBS

dan ia perlu diperiksa.

Suhu enJin —

Maksudnya, enjin kereta

pada tahap terlalu panas.

Si la berhentikan kenderaan

segera.

tali pinggang —

Peringatan supaya memakai

tal i pinggang.

minyak — ini bermaksud

kereta semakin kehabisan

minyak. Juga ada simbol

anak panah di sebelahnya

yang menunjukkan di mana

tempat membuka gas

kereta.

amaran enJin — Banyak

sebab mengapa simbol ini

menyala. Mungkin masalah

sensor, sistem pendawaian

atau yang lebih serius.

Justeru jangan ambil

mudah!

2 0 PrIHaTIn / a u t o & d i g i t a l

Tampil memasuki pasaran dengan penuh bergaya serta memiliki pelbagai ciri premium dan termoden, Proton SUV pertama iaitu Proton X70 berjaya melakar rekod malah sejarah tersendiri. Model kereta Proton terkini dan terbaharu hasil kerjasama dengan syarikat Geely dari china itu mencatatkan pendaftaran SUV paling banyak di pasaran Malaysia pada bulan ia dilancarkan.

Proton X70 dilancarkan pada 12 Disember 2018 dan rekod itu berterusan sehingga masuk tahun baru 2019 apabila mencatatkan 2,777 unit telah didaftarkan pada Januari lalu.

Proton X70 ditawarkan dengan lima pilihan warna - putih, perak, kelabu, merah dan coklat. SUV ini ditawarkan dalam empat varian iaitu Standard 2WD, Executive 2WD, Executive aWD dan Premium 2WD.

Ia dikuasakan dengan enjin yang sama bagi kesemua varian iaitu 1.8 liter turbo TGDi empat-silinder petrol dengan hamburan kuasa 181hp dan tork 285Nm dari 1,700 hingga 4,400rpm, bersama padanan kotak gear automatik enam-kelajuan dengan mod manual, dan boleh memecut 0-100 km/j dalam masa 10.5 saat.

premium & termoden

PrOtOn

X70

6 beg udara pada keempat-empat varian SUV ini

yang dimasukkan dalam Segmen C

(kompak)

arahan suara (voice command) dinamakan GKUi , dengan platform

android

1.8 l iter turbo tGDi empat-

si l inder petrol dengan

hamburan kuasa 181hp

6 slot USB sebagai cir i

standard pada semua varian

4 varian - Standard 2WD, Executive 2WD, Executive aWD dan Premium

2WD

infotainment skrin sentuh

18 inci dengan kamera pandang

belakang

2 1 PrIHaTIn / a u t o & d i g i t a l

600,000 unit kenderaan diJangka diJual 2019

LanGKaH syarikat-syarikat pengeluar kenderaan

memperkenalkan model baharu dengan spesifikasi tambahan

terkini pada harga yang kompetitif dijangka memacu minat belian kenderaan sepanjang 2019 ini.

Berkaitan dengan perkembangan ini, Persatuan

automotif Malaysia (Maa) mengunjurkan jumlah jualan

kenderaan di Malaysia mencecah 600,000 unit iaitu meningkat 0.21 peratus berbanding 598,714 unit

pada 2018.Pada masa sama, kempen

promosi agresif secara berterusan yang dilakukan

syarikat kereta bagi mengekalkan penguasaan pasaran masing-masing juga akan menyokong peningkatan jualan tersebut.

Walaupun Maa melihat 2019 sebagai satu lagi tahun

mencabar namun persatuan itu mengunjurkan jualan kenderaan

penumpang sebanyak 534,000 unit sementara jumlah jualan

kenderaan komersial dijangka sebanyak 66,000 unit sepanjang

2019.

Dengan tawaran harga permulaan yang cukup menarik, Proton X70 dilengkapi ciri-ciri premium termasuk 6 beg udara pada keempat-empat varian SUV ini yang dimasukkan dalam Segmen c (kompak).

Dengan memperolehi rating 5 bintang melalui Program Penilaian Keselamatan Kereta Baharu asia Tenggara (asean ncaP), ini sekaligus melayakkan Proton X70 sebagai SUV yang berada kedudukan tertinggi bagi segmen SUV dalam aspek keselamatan penumpang. Proton X70 turut meraih penarafan kereta cekap tenaga EEV.

antara ciri menarik Proton X70 ialah turut dilengkapi infotainment skrin sentuh 18 inci dengan kamera pandang belakang, dan 6 slot USB sebagai ciri standard pada semua varian.

arahan suara (voice command) dinamakan Geely Smart Ecosystem (GKUI), dengan platform android diberikan sebagai standard untuk semua varian X70 sekaligus merupakan ciri termoden pada SUV ini.

GKUI adalah Sistem Maklumat Kokpit Bersepadu yang dibangunkan bersama oleh Geely dan PRoTon.

Dengan adanya GKUI, ia membolehkan pengguna menyebut beberapa ayat asas untuk melakukan operasi kereta seperti radio atas talian, muzik atas talian, navigasi, ramalan cuaca serta pengecaman suara.

ciri standard lain pada Proton X70 ialah Sistem Brek anti-Kunci (aBS), agihan Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek (Ba), Brek Pegun automatik (aBH), Kawalan Stabiliti Elektronik (ESc), Sistem Kawalan Traksi (TcS), Bantuan Pegun Bukit (HHa), Kawalan Turun Bukit (HDc) dan Signal Henti Kecemasan (ESS).

2 2 PrIHaTIn / r a W a t & r e h a t

Jadual harian semakin padat dari hari ke sehari sehingga akhirnya anda tiada masa untuk diri sendiri. Jadi, apakah yang dikatakan masa untuk diri sendiri? Ke gym, menonton wayang, minum di kopitiam, memancing atau merapi rambut dan kuku di salun kecantikan? aktiviti tersebut mungkin benar tetapi untuk beberapa tahun dahulu dan bukan lagi sekarang!

Dalam konteks kita sebagai Muslim, maksud masa untuk diri sendiri antara lain ialah anda berehat, mendekatkan diri kepada allah SWT serta bermuhasabah diri untuk kebaikan tanpa terlibat dalam sebarang aktiviti atau tugas. Setiap individu perlu masa untuk

waktu tanpa gajet,elak fikir soal kerjaatau masalah

‘Me Time’

diri sendiri yang menggembirakan bukan membebankan.

Justeru, kenal pasti masa untuk diri atau popular dengan sebutan ‘Me Time’ dan bergembiralah apabila melakukannya secara berkala.

Bagaimana anda melakukannya? Mudah! Tutup pintu pejabat atau bilik tidur selama 30 minit, tinggalkan telefon anda di luar atau tutup seketika. Jangan libatkan diri dengan apa-apa tugas sebaliknya duduk tenang seketika.

‘Me Time’ memberi banyak manfaat. contohnya, memberi anda tumpuan yang lebih kepada situasi penting yang dihadapi. Fikiran turut menjadi lebih jelas

2 3 PrIHaTIn / r a W a t & r e h a t

‘Me Time’ memberi banyak manfaat. Contohnya, memberi anda tumpuan yang lebih kepada situasi penting yang dihadapi.

anda

boleh

men

cuba

TiP i

ni

Mudah bukan? Lakukan ‘Me Time’ dan anda akan dapat rasakan perbezaannya!

Bangun pagi 15 minit lebih awal dan duduk tenang

sebelum memulakan sesuatu pada hari tersebut.

Jangan hidupkan gajet atau peralatan elektronik

seperti radio.

Kenal pasti cuaca yang menyenangkan kerana

itulah detik terbaik sebagai ‘Me time’ . Keluar

rumah dan menghirup udara segar di bawah

pancaran matahari pagi . Jalan di sekitar perj iranan

atau di halaman rumah anda.

Masuk bi l ik t idur lebih awal dan anda boleh melakukan senaman pernafasan atau duduk

di sisi t ingkap dan menikmati panorama malam dengan kerl ipan bintang dan cahaya

bulan.

Kembali kepada alam dan l ihat persekitaran hijau – pokok, bunga, tumbuhan, serangga

dan hayati bunyi-bunyian serangga atau burung di sekitar.

Elakkan menghantar mesej atau menyemak e-mel atau

memeriksa tugasan pejabat.

Pastinya sebagai seorang Muslim – amalkan wirid

dan zikir , solat sunat dan membaca al-Quran untuk

mendapatkan l impah rahmat, ketenangan serta

kebahagiaan daripada al lah SWt jua.

dan lebih kreatif. ‘Me Time’ boleh digunakan untuk bertindak balas terhadap matlamat yang telah ditetapkan untuk diri sendiri atau mengubahnya.

lata medang: kuala kubu bharuSelepas hiking, boleh mandi air terjun. Menarik kan? Tapi ingat, anda perlu berhati-hati

kerana laluan di sini agak licin. | Bagi yang tidak pernah ke sana, anda digalakkan untuk pergi bersama rakan yang pernah sampai di lokasi tersebut. | Laluan yang mencabar

malah jika tersilap anda boleh tersesat. Ha, bahaya tu. | Tempoh pendakian dua hingga tiga jam sahaja.

2 4 PrIHaTIn / k e m b a r a

Anda kaki hiking? Bosan tiada aktiviti menarik hujung minggu ini. Apa kata anda cuba mencabar kemampuan diri dengan mendaki beberapa bukit di kawasan berhampiran. Kata orang, bila tengok

keindahan alam kadangkala kita boleh menenangkan fikiran dan melupakan masalah. Kali ini Prihatin berkongsi beberapa lokasi hiking menarik di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

10 Lokasi

HikingMeNARIk DI kL / SeLANgOR

bukit taburIni antara lokasi yang sering menjadi pilihan kaki hiking kerana anda boleh melihat Lebuh Raya Lingkaran Tengah Dua (MRR2) secara jelas dari puncak bukit tersebut. | Bukit berketinggian

1,300 kaki ini juga dikenali sebagai Bukit Hangus.

bukit gasingBagi yang baharu melibatkan diri dalam dunia hiking, anda digalakkan untuk

mendaki di kawasan ini kerana laluannya agak mudah. | Tarikan utama di sini, anda bakal menempuhi jambatan gantung yang merentasi sungai. | Lokasinya di

Petaling Jaya dan tempoh pendakian dianggarkan kira-kira dua jam sahaja.

bukit brogaIngin berswafoto berlatarbelakangkan pemandangan yang menarik?

Jom ke Bukit Broga. | Ini antara lokasi yang menjadi tumpuan penggemar fotografi. | Tinggi Bukit Broga hanya 400 meter dan

sesuai untuk mereka yang baharu berjinak-jinak dalam dunia hiking.

2 5 PrIHaTIn / k e m b a r a

bukit Jugra: kuala langat, Selangor

Terdapat pelbagai sejarah di sini antaranya Rumah api di kawasan tersebut

pernah dijadikan panduan pedagang ke pelabuhan. | Bukit ini menghadap ke

arah Selat Melaka dan berdekatan muara Sungai Langat.

air terjun chil ing: kuala kubu bharu

Hanya dengan membayar yuran pendaftaran serendah RM1, anda boleh melihat keindahan

alam sekitar dan mandi-manda air terjun. | Jika inginkan ‘privacy’ boleh ke bahagian atas kerana

kebiasaannya ia kurang sesak.

bukit kutu: SelangorDahulu dikenali sebagai ‘Treacher’s Hill’ dengan

ketinggian 3,456 kaki. | Seawal perjalanan, anda akan menemui bekas tapak banglo yang telah runtuh.

| Lebih menarik sisa-sisa bangunan masih ada di kawasan tersebut. | nak tahu lebih lanjut mengenai

banglo tersebut bolehlah ke sana dan rasai sendiri pengalamannya.

bukit kiara park: kuala lumpur

Selain hiking lokasi ini juga sesuai untuk mereka yang ingin berbasikal, motosikal

lasak atau menunggang kuda. | Laluannya tidak mencabar malah hanya memerlukan kira-kira satu jam untuk sampai ke puncak.

gunung nuang: hulu langat, Selangor

Ingin mencabar diri? apa kata anda ke sini kerana laluannya agak sukar malah memerlukan kira-kira empat hingga lima jam untuk ke puncak. | agak jauh tetapi amat

berbaloi kerana lokasinya cantik dan mendamaikan. | Malah terdapat dua tapak perkhemahan di sini –

Kem Lolo dan Kem Pacat.

canopy Walk: frim kepong

Lokasi ini sesuai untuk menghilangkan rasa gayat. namun

anda akan dikenakan bayaran mengikut laluan yang

dipilih. | Tempoh masa di antara 30 minit hingga satu jam. | Juga

terdapat air terjun di kawasan tersebut.

2 6 PrIHaTIn / J o m m a k a n

MENU-MENU VIRAL DI AMPANg

Di sebalik realiti kesesakan jalan-jalan di ampang dan kepadatan kediaman kawasan di pinggir Kuala Lumpur itu sebenarnya turut menjadi tumpuan warga kota menikmati pelbagai makanan yang sedap-sedap. Jangan lepaskan peluang menikmati hidangan berikut sekiranya anda berkunjung ke ampang atau anda memang warga ampang.

BURgER BAKAR ABANg BURNJika anda peminat burger, inilah tempatnya menikmati makanan western itu dengan keju yang meleleh. Dijual pada harga serendah RM7.90, burger abang Burn ternyata menggamit anda untuk datang lagi.

Di premis ini turut terdapat hidangan lain yang enak-enak yang ditawarkan oleh lebih 10 gerai lain seperti cendawan goreng rangup.

Cheese Burger Bakar Abang BurnJalan Ampang PutraTaman NirwanaKuala Lumpur

KAFE INSTA-FRIENDLyPremis ini menawarkan menu yang cukup menarik. Sambil menikmati menu hidangan utama seperti pasta dan burger, pelanggan boleh menghirup pelbagai jenis dan perisa milkshake. Jangan lupa memesan segelas Darth Vader oreo Shake – antara milkshake yang cukup popular ini!

The Garage, No. 841Jalan Hulu KelangHillview

2 7 PrIHaTIn / J o m m a k a n

NASI KAK WOK CIKgU SUERingkas tapi sedap – nikmati nasi Kak Wok iaitu nasi panas yang dihidangkan bersama ketulan kecil ayam goreng garing dan disiram gulai kari yang sedap.

Menu nasi dari Kota Bharu ini dijual bersama pelbagai jenis kuih-muih seperti akok, pulut pagi, kuih cara, nasi himpit dan satay.

Jalan Kolam Air LamaTaman Dato’ Ahmad RazaliAmpang

RESTORAN Q THAI VILLAgE STEAMBOATTidak cukup sekali, tetapi anda akan datang lagi berkali-kali selepas kali pertama merasa hidangan steamboat dan grill di restoran ini. Hidangan makanan laut yang segar menjadi faktor pelanggan tidak putus-putus ke restoran ini.

cuba hirup sup tomyam – hidangan istimewa wajib dicuba di restoran ini. Selain steamboat dan grill, cubalah nasi gorengnya!

No 22, Jalan Dagang B/3A Taman DagangAmpang, Selangor

DONUT PANAS AMPANgKalau tidak gebu, sedap dan menyelerakan itu maka itu bukan Donut Panas ampang!

Premis itu menjual donut gebu saiz gergasi dan donut pelbagai perasa tambahan lain hanya RM1.50 sebiji. Datang awal jika anda tidak mahu beratur panjang.

Berhadapan Klinik MaamurKampung Tasik TambahanAmpang Jaya

WAK POPIA SRI WATANSebut saja Wak Popia Sri Watan maka premis itu sudah sinonim dengan popia basah kegemaran ramai walaupun intinya ringkas sahaja – sengkuang dan timun. Lantaran sangat laris, pastikan anda datang awal atau terpaksa pulang tangan kosong.

Jalan 2 Taman PutraAmpang, Selangor

2 8 PrIHaTIn / J e n t e r a S e r v i S k a m i

Divisyen Khidmat Selepas Jualan SPanco akan melaksanakan satu inisiatif yang dinamakan SPanco Smart Partnership centre (Pusat Rakan Kongsi Pintar SPanco) di peringkat negeri dan wilayah dengan kerjasama Wakil Servis Proton Edar (PESD) terpilih dan akan bermula seawal Mac 2019.

Inisiatif ini adalah antara program yang dirancang oleh Divisyen Khidmat Selepas Jualan SPanco bagi mempercepatkan lagi proses dan tempoh pembaikan sesebuah kereta terutama yang melibatkan pembaikan rombak rawat dan baik pulih akibat kemalangan.

Setakat ini, SPanco telah mengenal pasti beberapa PESD yang akan menggerakkan program Pusat Rakan Kongsi Pintar ini di seluruh negara.

antara ciri-ciri pemilihan adalah berdasarkan kapasiti bengkel, tenaga kerja, kemahiran dan pengalaman menyenggara kenderaan milikan SPanco.

KeMbAngKAn pSDDivisyen Khidmat Selepas

Jualan SPanco juga akan mengembangkan rangkaian Pusat Servis Diiktiraf (PSD) dengan melantik sebuah PSD yang baharu di Kuala Terengganu (bagi kerja-kerja baik pulih badan kenderaan) dan di Kemaman (kerja-kerja servis dan baik pulih) di Terengganu selain Kuala Selangor, Selangor (servis dan baik pulih) serta Sandakan, Sabah (baik pulih). namun demikian, ianya tidak hanya tertakluk kepada kawasan-kawasan ini sahaja kerana SPanco akan terus membuat lantikan PSD yang baharu jika terdapat keperluan.

Ketika ini, SPanco mempunyai lebih 217 PSD di seluruh negara yang bertanggungjawab melakukan kerja-kerja servis dan pembaikan termasuk baik pulih untuk fleet kenderaan Kerajaan Persekutuan.

peMeriKSAAn KeSelAMAtAn perCuMA

SPanco juga telah menawarkan pemeriksaan keselamatan percuma untuk penjawat awam sempena musim perayaan Tahun Baru cina pada

31 Januari hingga 3 Februari 2019 lalu. SPanco sekali lagi akan menawarkan pemeriksaan serupa pada 28 Mei hingga 1 Jun 2019 sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Divisyen Khidmat Selepas Jualan menganjurkan program tersebut sebagai inisiatif untuk mengeratkan lagi hubungan baik dengan penjawat awam terutama yang berada di Lembah Klang iaitu mereka yang tidak berurusan secara langsung dengan SPanco.

Pemeriksaan tersebut juga untuk memastikan kereta milik penjawat awam berada dalam keadaan yang baik dan selamat untuk dipandu ketika musim perayaan. Pada masa sama, SPanco menggunakan ruang dalam program itu untuk memberikan maklumat mengenai alat ganti yang melibatkan keselamatan kenderaan serta pengguna kenderaan.

tAMbAhAn KeretA gAntiAn SeMentArA

Sementara itu, SPanco juga telah menambah kereta gantian sementara untuk pengguna Kereta Rasmi Jawatan (KRJ) yang melibatkan tambahan sebanyak enam unit kereta Proton Perdana menjadikan jumlah keseluruhan adalah sebanyak 56 unit.

Penambahan bilangan kereta gantian sementara atau kereta tunggu sedia adalah bertujuan

SPANCOTINgKATKANKHIDMATLEPAS JUALAN

2 9 PrIHaTIn / J e n t e r a S e r v i S k a m i

memberi lebih kemudahan kepada pelanggan jika berlaku tempoh penyenggaraan atau pembaikan melebihi tempoh yang dipersetujui dalam Perjanjian Tahap Perkhidmatan (SLa).

AnugerAh pSD DAn lo CeMerlAng

SPanco turut meneruskan program anugerah Pusat

Servis Diiktiraf cemerlang dengan menawarkan ganjaran penghargaan kepada PSD di mana markah menentukan penerimanya berdasarkan kemudahan bengkel sebanyak 20 peratus manakala 80 peratus melalui bancian kepuasan pelanggan.

Penghargaan juga disediakan untuk Pegawai Perhubungan (Lo) di jabatan dan kementerian melalui anugerah Best Vehicle Inspection Health check. Kedua-dua ganjaran ini adalah untuk

menghargai PSD dan Lo yang memberikan perkhidmatan dan penjagaan terbaik kepada pelanggan dan kereta milikan SPanco.

viMSSelain itu, SPanco turut

memperkasakan integriti ke atas kenderaan yang terlibat dalam kemalangan, di mana pihak penyiasat bebas iaitu VIMS (Sistem Pengurusan Pemeriksaan Kenderaan) telah dilantik untuk melakukan pemeriksaan terhadap kenderaan kemalangan yang telah dibaikpulih oleh PSD.

Pasukan penaksir tuntutan yang berkecuali itu akan membuat penilaian terhadap setiap kereta SPanco yang terlibat dengan kemalangan selain memastikan penggantian alat ganti adalah menggunakan alat ganti yang tulen serta menentukan alat ganti ditukar seperti yang diluluskan oleh pihak syarikat insurans.

penuKArAn beg uDArASeterusnya,

SPanco sedang giat melakukan kerja-kerja penukaran beg udara kereta Proton Perdana Generasi Kedua. arahan penukaran beg udara di bahagian

penumpang depan itu diterima daripada Proton yang melibatkan semua pengeluaran model Proton Perdana Generasi Kedua bermula tahun 2013 sehingga pengeluaran bertarikh 31 Ogos 2018 lalu.

Penukaran beg udara itu dilakukan di Pusat Servis Wilayah (PSW) Bangi dan PSW Batu caves untuk kereta yang berada di Selangor serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Bagi kereta yang berada di negeri lain, penukaran beg udara boleh dilakukan di cawangan Servis Proton Edar terpilih di seluruh Malaysia. Semua proses penukaran beg udara ini dijangka selesai pada 30 april 2019 dan melibatkan 4,600 unit kereta fleet serta kereta yang dibeli melalui pembelian selepas bersara oleh pegawai-pegawai JUSa.

Hari BErsamaPElangganSeteruSnya

28 mei -1 Jun 2019

untuk maklumat lanjut1-800-88-6999

3 0 PrIHaTIn / p i l i h a n S e r v i S a n d a

Bateri

Tayar

Tayar & Bateri

Hawa Dingin

Khidmat Tunda

Mekanikal

Pembaikan Kemalangan

cawangan Proton Edar atau Wakil Servis Sah Proton Edar

Juruteknik

03hoiSt

02

pahang

Wakil Servis Sah Proton EdarWasilah Global Auto Sdn

BhdLot 5, No 3 & 4

Simpang Jengka 14,26400 Bandar Pusat Jengka, Pahang.

tel 09 466 1332faks 09 466 1391

Bateri

Tayar

Tayar & Bateri

Hawa Dingin

Khidmat Tunda

Mekanikal

Pembaikan Kemalangan

cawangan Proton Edar atau Wakil Servis Sah

Proton Edar

Juruteknik

09hoiSt

08

pahang

Pusat Servis Proton Edar - TemerlohLot 339 Jalan Kuantan 28000 Temerloh, Pahang.tel 09 296 1810faks 09 296 3176

3 1 PrIHaTIn / p i l i h a n S e r v i S a n d a

Bateri

Tayar

Tayar & Bateri

Hawa Dingin

Khidmat Tunda

Mekanikal

Pembaikan Kemalangan

cawangan Proton Edar atau Wakil Servis Sah Proton Edar

Juruteknik

04hoiSt

07

pahang

Wakil Servis Sah Proton EdarMutiara Desamas Sdn Bhd

Lot 318 Kampung KetariJalan Karak

28700 Bentong, Pahang.tel 09 222 2403

faks 09 222 3328

Bateri

Tayar

Tayar & Bateri

Hawa Dingin

Khidmat Tunda

Mekanikal

Pembaikan Kemalangan

cawangan Proton Edar atau Wakil Servis Sah

Proton Edar

Juruteknik

09hoiSt

06

pahang

Wakil Servis Sah Proton Edar Hoi Keen Auto Spray Sdn BhdA – 551 Padang Lalang25050 Kuantan, Pahang.tel 09 516 4898faks 09 516 5898

C

M

Y

CM

MY

CY

CMY

K

DISTRACTED DRIVING.pdf 1 12/03/2019 10:56 AM