prestasi pendapatan dan perbelanjaan zakat.pdf

Upload: abu-mukhlas

Post on 06-Jan-2016

246 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

sample

TRANSCRIPT

  • Pendapatan dan Sasaran Perbelanjaan Dana Zakat di Negeri Kedah, Perak, Selangor dan Negeri Sembilan: Isu dan Cabaran

    Zulkefly Abdul Karim Mohd. Azlan Shah Zaidi

    Hairunnizam Wahid

    Fakulti Ekonomi, UKM.

    Abstrak Pendapatan dan perbelanjaan merupakan dua komponen penting dalam belanjawan zakat di setiap institusi Baitulmal negeri atau Pusat Zakat negeri. Dengan perkembangan teknologi maklumat, hasil pungutan zakat telah berkembang dengan pesatnya. Namun begitu, pengagihan zakat masih belum nampak kesempurnaannya. Kedua-dua komponen ini perlulah dirancang dengan teliti supaya institusi zakat dapat beroperasi dengan cekap untuk mecapai matlamatnya mengagihkan dana zakat kepada semua golongan asnaf. Justeru itu, analisis penyata kewangan institusi tersebut perlulah dilakukan bagi membandingkan prestasi tahunan dan membuat perbandingan antara negeri. Analisis tersebut berguna sebagai panduan untuk membuat rancangan di masa hadapan bagi memantapkan lagi prestasi. Objektif kajian ini dibahagikan kepada tiga. Pertama, membincangkan prestasi kutipan dan perbelanjaan zakat dengan menggunakan kaedah analisis tren. Kedua, membandingkan corak agihan dana zakat kepada golongan sasaran antara negeri dengan memberikan tumpuan kepada golongan sasaran yang terpenting. Ketiga, membincangkan beberapa isu-isu penting, cabaran dan beberapa implikasi dasar untuk memantapkan lagi institusi zakat di setiap negeri.

    1

  • 1. Pengenalan Zakat adalah satu rukun islam yang wajib dilaksanakan oleh setiap orang islam yang berkelayakan dan cukup syarat-syaratnya. Firman Allah;

    Maksudnya :

    "Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat) supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk)."

    Atas kesedaran ini, Baitulmal dan/atau Pusat Pungutan Zakat telah ditubuhkan di setiap negeri di Malaysia untuk mengurus kutipan zakat dan membahagikannya kepada asnaf yang layak. Semenjak itu, pelbagai usaha telah dijalankan bagi menyedarkan umat islam akan keperluan membayar zakat di samping mengenal pasti asnaf yang layak untuk menerimanya.

    Dalam era teknologi maklumat yang mana maklumat dapat disebarkan melalui internet dan media elektronik secara meluas, penyebaran maklumat mengenai zakat telah mendapat tindak balas yang baik daripada umat islam Malaysia. Hasil pungutan zakat telah meningkat dengan kadar yang pesat lantaran kesedaran yang telah wujud dalam sanubari umat islam. Dengan momentum penyebaran maklumat yang pantas ini, adalah dijangkakan setiap negeri di Malaysia dapat memperbaiki hasil pungutan zakat dari tahun ke tahun. Oleh itu, pungutan zakat kini dilihat bukan lagi menjadi satu masalah yang besar.

    Bagaimanapun, satu perkara yang kurang diberi perhatian ialah bagaimana hasil kutipan zakat ini diagihkan. Setiap ringgit Zakat yang dipungut seharusnya diagihkan kepada lapan asnaf yang layak. Kutipan dana zakat yang sekian tahun sekian banyak memerlukan satu proses pembahagian yang menyeluruh supaya setiap zakat yang diterima diagihkan dengan sempurna. Pelbagai isu yang dibangkitkan dalam proses pengagihan seharusnya dibincang dengan teliti dan pemuafakatan dalam takrifan penerima asnaf perlu diusahakan. Untuk itu, satu kajian empirikal berkaitan pungutan dan pengagihan zakat di setiap negeri di Malaysia dirasakan perlu untuk dilakukan bagi melihat keberkesanan pungutan dan agihan dana zakat di samping melihat beberapa isu penting yang timbul.

    Justeru itu, objektif utama kajian ini ialah untuk menganalisis prestasi kutipan dan corak agihan zakat untuk empat buah negeri di pantai Barat semenanjung Malaysia iaitu negeri Kedah, Perak, Selangor, dan Negeri Sembilan bagi tempoh 1990 hingga tahun 2001. Analisis tersebut secara umumnya dapat membandingkan hasil pungutan dan corak agihan zakat oleh institusi zakat antara negeri.

    Bagi memudahkan perbincangan, kertas ini dibahagikan kepada beberapa bahagian. Bahagian kedua membincangkan sepintas lalu peranan zakat daripada

    2

  • aspek sosial dan ekonomi. Bahagian ketiga pula membincangkan secara ringkas pandangan pengkaji barat mengenai zakat. Seterusnya, bahagian keempat mempersembahkan analisis prestasi kutipan zakat antara negeri. Bahagian kelima membincangkan tren perbelanjaan zakat mengikut negeri, manakala bahagian keenam membincangkan secara mendalam agihan dana zakat mengikut sasaran golongan antara negeri. Bahagian tujuh pula menganalisis perbandingan prestasi pungutan dan agihan dan zakat antara negeri disamping membincangkan beberapa isu dan cabaran yang timbul. Akhir sekali, kesimpulan dan implikasi dasar disampaikan untuk memantapkan lagi pengurusan dan pentadbiran zakat di negeri-negeri berkenaan. 2. Peranan Zakat Daripada Aspek Sosial dan Ekonomi Zakat adalah salah satu daripada rukun islam yang bercorak sosial dan ekonomi. Dengan menunaikan zakat, di samping ikrar tauhid (syahadat) dan solat, seseorang barulah sah masuk ke dalam barisan umat islam dan diakui keislamannya, sesuai dengan firman Allah S.W.T: Tetapi bila mereka bertaubat, mendirikan solat dan membayar zakat, barulah mereka saudara kalian seagama. Selain itu, Allah S.W.T juga berfirman dalam Surah al-Taubah: Ambillah zakat daripada sebahagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan mensucikan. (surah al-Taubah 9:103). Secara tersurat, zakat mempunyai dua peranan penting daripada sudut ekonomi dan sosial. Ini dapat dilihat melalui dua fungsi utama zakat. Pertama, membersihkan jiwa orang yang mengeluarkan zakat daripada bersifat bakhil. Kedua, ia membawa kepada pertumbuhan masyarakat yang sihat. 2.1 Peranan Zakat Daripada Aspek Sosial Zakat merupakan bayaran wajib yang mesti dibayar oleh setiap anggota masyarakat islam yang memenuhi syarat-syarat tertentu. Tabung zakat ini dapat digunakan untuk membantu ahli masyarakat yang kurang berupaya. Zakat dapat membentuk sebuah masyarakat yang saling berkerjasama iaitu bertindak sebagai syarikat insurans dan tabung simpanan masyarakat islam. Setiap ahli masyarakat yang memerlukan bantuan akan dibantu oleh tabung ini. Oleh itu, ia juga bertindak sebagai modal tambahan yang dibiayai oleh masyarakat untuk membantu orang-orang yang menganggur, anak-anak yatim, balu-balu, orang-orang cacat, orang-orang sakit dan lain-lain. Dengan perkataan lain, ia merupakan insurans sosial yang penting bagi setiap anggota masyarakat islam yang menjamin masa hadapan yang cerah. (Maulana Abul Ala, Islam aur Jadid Muashi Nazriyyat, hlm. 130-131).

    3

  • Zakat merupakan satu Tabungan Insurans Sosial yang mana sumbangannya

    hanya datang daripada orang-orang kaya. Oleh itu, tidak ada anggota masyarakat islam yang perlu berasa bimbang tentang masalah kewangan untuk keperluan dirinya, isteri dan anak-anak kerana Tabung Insurans (Tabung Zakat) akan sentiasa menjaga kepentingan orang-orang miskin dan yang memerlukan. Dengan ini seseorang islam tidak harus berasa bimbang apabila datangnya bencana yang tidak diduga seperti penyakit, kebakaran, banjir, muflis, kematian dan sebagainya yang mungkin membinasakan kerjayanya, memusnahkan harta atau perniagaan kerana Tabung Zakat merupakan insurans yang memberi perlindungan bagi segala risiko. Dengan ini jelaslah bahawa zakat memenuhi kedua-dua tujuan iaitu pembersihan jiwa yang merupakan tanggungjawab terhadap agama dan sebagai Insurans Sosial bagi semua jenis risiko, hasil daripada sumbangan secara kolektif. (Maulana Abul Ala, Islam aur Jadid Muashi Nazriyyat, hlm. 130-131). 2.2 Peranan Zakat Daripada Aspek Ekonomi Salah satu daripada matlamat utama zakat ialah untuk merapatkan perbezaan jurang ekonomi atau pendapatan dalam sesebuah masyarakat ke tahap yang paling minimum. Tujuannya ialah untuk mencipta perbezaan ekonomi yang adil dan saksama di kalangan orang ramai supaya orang-orang kaya tidak akan menjadi lebih kaya manakala orang yang miskin tidak menjadi lebih miskin. Kenyataan ini ada kaitan dengan pandangan Rasullullah s.a.w yang menggambarkan zakat sebagai wang yang diambil daripada orang-orang kaya untuk dikembalikan kepada orang-orang miskin. Misalnya, Rasullulah s.a.w bersabda:

    Walau apa pun, kekayaan dan keselesaan yang dinikmati oleh orang-

    orang kaya adalah hasil keluaran daripada khidmat orang-orang miskin. Oleh itu, matlamatnya ialah untuk mengagihkan kekayaan masyarakat

    dengan cara yang membolehkan tidak ada umat islam yang tertinggal dalam kemiskinan. (Syeikh Muhammad Ashraf, Lessons In Islam). Hal ini dapat membantu usaha merapatkan jurang perbezaan ekonomi di kalangan ahli masyarakat dengan berkesan iaitu tidak membiarkan seorang pun ahli masyarakat berada dalam kemiskinan dan kelaparan.

    Di samping itu, zakat juga menggalakkan pelaburan modal dalam industri

    dan perdagangan akibat daripada faktor psikologi. Zakat yang dibayar untuk mendapatkan keredhaan Allah akan mengggalakkan orang ramai menggunakan modal sebaik mungkin untuk tujuan yang produktif supaya boleh mendapat lebih banyak harta dan dapat membayar zakat dengan lebih banyak dan seterusnya mendapat keredhaan Allah dengan lebih besar. Faktor ini meresap ke seluruh jiwa masyarakat islam untuk menawarkan modal yang mencukupi bagi membolehkan kitaran industri dan perniagaan terus berpusing.

    4

  • Di samping itu, apabila lebih banyak modal dilaburkan dalam industri dan perniagaan maka lebih banyak keuntungan yang diharapkan akan diperolehi. Oleh itu, orang ramai digalakkan melabur modal mereka daripada menyimpannya secara beku. Jika institusi zakat dihidupkan dalam bentuknya yang sebenar dan apa jua bentuk harta beku dikenakan zakat, ini bermakna semua harta yang tersembunyi (tidak produktif) akan dilaburkan dalam industri-industri yang produktif. Setiap pemilik harta ini akan berusaha menggunakan hartanya dengan cara yang terbaik sebagai langkah untuk mendapatkan keuntungan yang lebih banyak. Oleh kerana zakat mesti dijelaskan walau dalam keadaan apa pun, setiap orang lebih suka membayarnya daripada keuntungan yang mereka perolehi berbanding dengan membayar daripada harta yang disimpan beku. Situasi ini akan menyebabkan para pemilik harta akan menyediakan modal yang lebih banyak untuk perindustrian dan perdagangan daripada harta yang selama ini dibiarkan begitu saja.

    Berdasarkan peranan zakat di atas, sudah tentu ianya berupaya

    menggalakkan kegiatan pelaburan dan mendorong perbelanjaan yang memberi makna besar kepada ekonomi. Kewujudan tabung untuk pelaburan akan mendorong pembangunan industri dan mempercepatkan tahap pertumbuhan ekonomi. Di samping itu, pertambahan tahap penggunaan agregat akan menghasilkan permintaan berkesan terhadap barangan keluaran industri dalam negara. Kedua-dua faktor psikologi dan ekonomi bekerja secara serentak untuk menambahkan guna tenaga dalam negara.

    Kenyataan bahawa pertambahan kecenderungan mengguna dan tingkat

    pelaburan baru adalah perlu untuk mencapai tahap guna tenaga penuh dan seterusnya untuk mencapai kemajuan ekonomi telah digambarkan oleh Keynes (1936) dalam bukunya The General Theory of Employment, Interest and Money. Menurut Keynes: Tingkat guna tenaga ditentukan oleh kecenderungan mengguna dan kadar pelaburan baru. Jika kecenderungan mengguna dan kadar pelaburan baru terhasil daripada permintaan berkesan yang kurang, tingkat pelaburan benar akan jatuh lebih rendah daripada penawaran buruh yang berpotensi yang wujud pada kadar upah benar Analisis ini memberi penjelasan kepada kita tentang paradoks kemiskinan di tengah-tengah kemewahan. Ini kerana kekurangan permintaan berkesan akan sentiasa menaikkan guna tenaga pada satu tingkat yang agak tinggi sebelum tingkat guna tenaga penuh dapat dicapai. Kekurangan permintaan berkesan akan menghalang proses pengeluaran di sebalik kenyataan bahawa keluaran sut buruh sentiasa melebihi faedah sut guna tenaga. 3. Pandangan Barat Terhadap Zakat Terdapat banyak buku karya pengkaji barat yang telah mengangkat dan memuji sistem zakat yang mana zakat telah dipraktikkan dengan begitu luas sekali dan dilaksanakan dalam dunia moden pada masa kini. Misalnya, menurut Arnold dalam bukunya Dakwah Islam beliau telah membicarakan syiar-syiar islam. Beliau telah

    5

  • mengemukakan kebaikan-kebaikan dan tujuan-tujuan yang tinggi dalam ibadat haji dan zakat. Menurut beliau persaudaraan adalah teori keagamaan yang paling indah, membangkitkan rasa kagum dalam masyarakat islam. Hal ini jelas dengan sikapnya yang menyayangi orang yang baru masuk islam (mualaf) tanpa mengira apa-apa bangsapun. (Qardawi, 2001)

    Ia diterima orang-orang mukmin dan memperolehi tempat di kalangan rakan-rakan kaum Muslimin dengan penuh rasa persamaan. Mengikut Recdorus Saya menemukan dalam islam pemecahan dua masalah sosial yang dihadapi dunia. Pertama, apa yang dikatakan dalam al-Quran sesungguhnya orang Mukmin adalah bersaudara. Kedua, adanya kewajipan berzakat ke atas semua pemilik harta, memberikan atau mengambil secara paksa untuk diberikan kepada fakir miskin, apabila golongan kaya enggan membayarnya secara sukarela. Ini adalah ramuan untuk mengatasi sebarang kekacauan dalam masyarakat. (Qardawi, 2001)

    Orientalis barat yang termashyur iaitu Masinion berkata Agama Islam mempunyai kemampuan untuk dapat melaksanakan persamaan secara ketat. Hal ini berkat kewajiban zakat yang harus dibayar oleh setiap orang untuk mengisi baitul-mal. (Qardawi, 2001)

    Selain itu, Dr. Faglery dalam bukunya menegaskan bahawa semua agama

    mengakui dalam batas-batas tertentu bahawa memberi sedekah itu amat penting ditinjau daripada akhlak dan nilai masyarakat. Dengan demikian agama-agama itu adalah atas dasar perasaan kasih sayang. Akan tetapi, agama islam dapat menikmati kebesarannya dalam memberikan contoh dengan menjadikan sedekah itu wajib, untuk meneruskan ajaran Al-Masih dalam bentuk perintah dan selanjutnya dibawa dalam dunia nyata. Tambahan beliau lagi, setiap muslim diwajibkan oleh undang-undang untuk menyisihkan jumlah tertentu daripada hartanya untuk keperluan fakir miskin, ibnu sabil dan mereka yang memerlukannya. Dengan melaksanakan kewajiban tersebut perasaan kemanusiannya diuji, jiwanya disucikan daripada sifat kebakhilan dan seterusnya ia diberi harapan dengan ganjaran pahala daripada Allah. 4. Prestasi Kutipan Zakat Antara Negeri Jadual 1 menunjukkan jumlah pendapatan zakat harta dan fitrah bagi empat negeri dari tahun 1990 hingga tahun 2001. Jumlah pendapatan zakat di keempat-empat negeri telah mengalami peningkatan daripada RM 15.9 juta pada tahun 1990 kepada RM 32.66 juta atau 1.05 kali ganda (tahun 1995) dan terus meningkat kepada RM 101.35 juta pada tahun 2001 iaitu peningkatan sebanyak 2.1 kali ganda berbanding

    6

  • dengan tahun 1995. Secara keseluruhannya, dalam tempoh tersebut, jumlah kutipan zakat di semua negeri berjumlah RM 561.01 juta. Daripada jumlah ini, negeri Selangor telah menerajui kutipan lain-lain negeri. Misalnya, Selangor berjaya mengutip zakat sebanyak RM 267.73 juta atau 47.7 peratus daripada keseluruhan kutipan zakat, diikuti negeri Perak sebanyak RM 145.91 juta (26 peratus), Kedah sebanyak RM 75.66 juta (13.5 peratus) dan Negeri Sembilan sebanyak RM 71.72 juta (12.8 peratus).

    Jadual 1: Pendapatan Zakat Mengikut Negeri, 1990-2001

    Tahun Kedah Perak N.Sembilan Selangor

    Jumlah 1990 2,446,445 5,841,687 2,135,125 5,471,790 15,895,047 1991 2,784,949 6,555,623 2,759,074 6,634,584 18,734,230 1992 3,409,686 6,839,613 3,156,691 8,048,750 21,454,740 1993 4,059,168 9,331,351 3,735,345 9,894,613 27,020,477 1994 4,588,370 8,285,986 4,250,516 11,729,057 28,853,929 1995 5,148,493 11,411,109 4,446,564 11,651,404 32,657,570 1996 6,297,940 12,086,448 5,830,265 18,827,264 43,041,917 1997 7,514,418 15,674,446 7,470,211 32,873,590 63,532,665 1998 9,880,053 16,767,872 7,566,353 31,886,732 66,101,010 1999 8,399,695 16,290,616 7,990,435 44,314,349 76,995,095 2000 8,638,518 16,355,488 9,147,764 31,234,004 65,375,774 2001 12,487,629 20,468,412 13,230,124 55,160,808 101,346,973

    JUMLAH 75,655,364 145,908,651 71,718,467 267,726,945 561,009,427 Sumber: Penyata Kewangan Baitulmal dan Pusat Pungutan Zakat.

    Jika dibandingkan mengikut negeri, pungutan zakat di negeri-negeri maju

    iaitu Selangor dan Perak telah bertumbuh dengan pesat dalam tempoh tersebut. Misalnya, pada tahun 1990 kutipan zakat di Selangor berjumlah RM 5.47 juta meningkat kepada RM 11.65 juta pada tahun 1995 iaitu peningkatan 1.13 kali ganda berbanding dengan tahun 1990. Kutipan zakat terus meningkat kepada RM 55.16 juta pada tahun 2001 iaitu bertumbuh sebanyak 3.73 kali ganda berbanding dengan tahun 1995. Begitu juga dengan negeri Perak yang mana pendapatan zakat telah meningkat daripada RM 5.84 juta (tahun 1990) kepada RM 11.41 juta (tahun 1995) iaitu peningkatan sebanyak 95.4 peratus berbanding dengan tahun 1990. Seterusnya, kutipan zakat bertambah kepada RM 20.47 juta (tahun 2001) iaitu pertambahan sebanyak 79.4 peratus berbanding dengan tahun 1995.

    Walaupun nilai kutipan zakat di negeri-negeri kurang maju seperti Kedah

    dan Negeri Sembilan agak rendah, tetapi ia telah menunjukkan kadar peningkatan yang besar dalam tempoh tersebut. Misalnya, pungutan zakat di negeri Kedah meningkat daripada RM 2.45 juta (tahun 1990) kepada RM 5.15 juta (tahun 1995) iaitu pertambahan sebanyak 1.1 kali ganda. Seterusnya, meningkat kepada RM 12.49 juta (tahun 2001) iaitu pertambahan sebanyak 1.43 kali ganda berbanding dengan tahun 1995. Di Negeri Sembilan, kutipan zakat bertambah daripada RM 2.135 (tahun 1990) kepada RM 4.45 juta (tahun 1995) iaitu peningkatan sebanyak 1.08 kali ganda. Seterusnya, kutipan zakat meningkat kepada RM 13.23 juta pada

    7

  • tahun 2001 iaitu peningkatan sebanyak 1.97 kali ganda iaitu kadar peningkatan yang kedua tertinggi selepas negeri Selangor. 5. Tren Perbelanjaan Dana Zakat Antara Negeri Jadual 2 menunjukkan tren perbelanjaan zakat antara negeri dalam tempoh 1990 hingga tahun 2001. Selaras dengan peningkatan kutipan zakat, perbelanjaan zakat juga telah meningkat dengan pesat.

    Jadual 2: Perbelanjaan Zakat Mengikut Negeri, 1990-2001

    Tahun Kedah Perak N.Sembilan

    Selangor Jumlah 1990 1,560,000 3,257,557 1,459,797 2,760,922 9,038,276 1991 1,570,000 3,255,185 1,525,679 3,582,104 9,932,968 1992 1,890,000 3,863,770 1,758,458 4,483,869 11,996,097 1993 2,320,000 4,669,104 2,007,507 5,015,203 14,011,814 1994 2,610,000 6,283,330 2,383,974 9,979,739 21,257,043 1995 3,120,000 8,031,662 2,498,810 14,044,147 27,694,619 1996 2,020,000 10,054,416 2,981,731 18,953,968 34,010,115 1997 5,050,000 10,174,579 3,370,879 26,537,960 45,133,418 1998 9,860,000 12,759,070 4,301,661 26,066,779 52,987,510 1999 7,340,000 13,735,303 5,634,162 29,568,794 56,278,259 2000 7,810,000 14,727,272 7,501,827 36,435,931 66,475,030 2001 9,273,385 15,719,241 8,848,902 52,529,725 86,371,253

    Jumlah 54,423,385 106,530,489 44,273,387 229,959,141 435,186,402 Sumber: Penyata Kewangan Baitulmal dan Pusat Pungutan Zakat.

    Perbelanjaan zakat di keempat-empat negeri telah bertambah daripada RM

    9.04 juta (tahun 1990) kepada RM 27.69 juta pada tahun 1995 iaitu pertambahan sebanyak 2.06 kali ganda berbanding dengan tahun 1990. Seterusnya, pada tahun 2001 kutipan zakat bertambah kepada RM 86.37 juta iaitu peningkatan sebanyak 2.12 kali ganda peratus berbanding dengan tahun 1995. Ini jelas menunjukkan kadar peningkatan perbelanjaan zakat bertumbuh lebih cepat daripada pendapatan zakat dalam tempoh tersebut. Secara keseluruhannya, dalam tempoh tersebut sebanyak RM 435.19 juta telah diagihkan oleh negeri-negeri berkenaan kepada golongan sasaran. Negeri Selangor mengagihkan zakat yang tertinggi sekali iaitu berjumlah RM 229.96 juta atau 52.84 peratus, diikuti negeri Perak sebanyak RM 106.53 juta (24.48 peratus), Kedah sebanyak RM 54.42 juta (12.5 peratus ) dan Negeri Sembilan sebanyak RM 44.27 juta atau 10.18 peratus.

    Jika dibandingkan mengikut negeri, perbelanjaan zakat di negeri Perak telah

    bertambah daripada RM 3.257 juta (tahun 1990) kepada RM 8.031 juta (1995) iaitu peningkatan sebanyak 1.46 kali ganda dan terus meningkat kepada RM 15.72 juta (tahun 2001) iaitu pertambahan sebanyak 96 peratus berbanding dengan tahun 1995. Bagi negeri Kedah, perbelanjaan zakat telah meningkat daripada RM 1.56 (tahun 1990) kepada RM 3.12 juta (tahun 1995) iaitu peningkatan sebanyak 100

    8

  • peratus, dan terus meningkat kepada RM 9.27 juta (tahun 2001) iaitu pertambahan sebanyak 1.97 kali ganda berbanding dengan tahun 1995. Manakala, perbelanjaan zakat di Negeri Sembilan telah meningkat daripada RM 1.46 juta (tahun 1990) kepada RM 2.5 juta (tahun 1995) iaitu peningkatan sebanyak 71.23 peratus, dan terus berkembang kepada RM 8.85 juta (tahun 2001) iaitu peningkatan sebanyak 2.54 kali ganda. Sebaliknya, bagi negeri Selangor perbelanjaan zakat telah meningkat daripada RM 2.76 juta (tahun 1990) kepada RM 14.04 juta (tahun 1995) iaitu bertumbuh sebanyak 4.09 kali ganda. Seterusnya, pada tahun 2001 agihan zakat terus meningkat kepada RM 52.53 juta iaitu peningkatan sebanyak 2.74 peratus. Jika diperhatikan, kadar pertumbuhan agihan zakat di Selangor mengatasi lain-lain negeri dalam tempoh tersebut akibat daripada kadar pertumbuhan pendapatan zakat yang berkembang dengan lebih cepat berbanding lain-lain negeri. 6. Perbelanjaan Dana Zakat Mengikut Golongan Sasaran Antara Negeri Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, objektif utama kajian ini ialah untuk mengkaji tren dan membandingkan perbelanjaan zakat mengikut golongan sasaran di setiap negeri dengan lebih terperinci. Justeru, untuk memudahkan perbincangan hasil kajian ini dipersembahkan mengikut negeri bagi memudahkan kita membuat perbandingan dan mengetahui golongan sasaran yang utama mengikut negeri. 6.1 Pengalaman Baitulmal Negeri Kedah

    Jadual 3: Perbelanjaan Zakat Mengikut Asnaf Di Kedah, 1990- 2000 Tahun Amil

    Fakir dan Miskin Muallaf Ghorimin Ibni Sabil

    Fi-Sabilillah JUMLAH

    1990 484,643 790,987 31,665 100 861 251,744 1,560,000 1991 511,702 754,088 35,153 2,350 834 265,873 1,570,000 1992 575,218 938,806 34,741 2,800 2,456 335,979 1,890,000 1993 583,576 1,338,974 43,337 1,100 1,679 351,334 2,320,000 1994 575,943 1,562,318 43,754 5,200 53,118 369,667 2,610,000 1995 725,244 1,895,287 55,705 1,400 26,414 415,950 3,120,000 1996 951,703 468,059 60,215 2,850 34,935 502,238 2,020,000 1997 1,124,668 2,957,507 34,949 14,143 53,598 865,135 5,050,000 1998 1,165,017 7,425,772 156,546 3,700 60,125 1,048,840 9,860,000 1999 1,070,713 3,801,075 470,264 2,600 65,360 1,929,988 7,340,000 2000 766,197 4,628,102 263,070 20,400 70,186 2,062,045 7,810,000

    JUMLAH 8,534,624 26,560,975 1,229,399 56,643 369,566 8,398,793 45,150,000 Sumber: Mukaramah Harun & Azrae Zainol, 2001.

    Jadual 3 menunjukkan perbelanjaan zakat mengikut asnaf di negeri Kedah. Berbeza dengan negeri Perak, agihan zakat lebih memihak kepada golongan fakir miskin, diikuti agihan kepada amil, fi-sabilillah, muallaf, ibnu sabil dan ghorimin. Misalnya, dalam tempoh 1990 hingga tahun 2000 sebanyak RM 26.56 juta agihan

    9

  • zakat diberikan kepada golongan fakir dan miskin iaitu 58.83 peratus daripada keseluruhan perbelanjaan zakat, diikuti golongan amil sebanyak RM 8.534 juta (18.9 peratus), fi-sabilillah sebanyak RM 8.4 juta (18.6 peratus) dan muallaf sebanyak RM 1.23 juta (2.72 peratus). Agihan kepada empat golongan ini berjumlah sebanyak RM 44.72 juta atau 99 peratus. Secara keseluruhannya, Pejabat Zakat Negeri Kedah telah mengagihkan sebanyak RM 45.15 juta kepada golongan sasaran tersebut.

    Jadual 4:Jumlah Agihan Zakat Kepada Fakir dan Miskin Di Kedah,

    1990-2001.

    Tahun Fakir Miskin Darurat Jayadiri Penuntut

    Miskin Biasiswa Jumlah 1990 151,639 525,339 4,815 7,280 62,490 43,200 790,987 1991 134,158 466,134 13,628 3,543 60,360 70,200 754,088 1992 173,123 674,235 6,560 8,850 78,288 5,930 938,806 1993 204,138 880,572 27,565 13,065 108,365 117,600 1,338,974 1994 207,050 1,072,364 13,365 7,680 179,800 88,240 1,562,318 1995 215,320 1,218,763 27,975 14,444 297,583 133,920 1,895,287 1996 241,920 1,479,572 41,795 12,152 386,928 317,880 468,059 1997 338,870 1,871,654 37,610 8,350 497,836 423,518 2,957,507 1998 768,070 5,816,752 51,425 19,079 348,561 0 7,425,772 1999 315,580 3,404,273 22,205 12,300 423,518 22,205 3,801,075 2000 27,525 3,961,150 36,769 t.m 605,024 0 4,628,102

    JUMLAH 2,777,393 21,370,808 283,712 106,743 3,048,753 1,222,693 26,560,975 Sumber: Mukaramah Harun & Azrae Zainol, 2001.

    Jadual 5: Bilangan Fakir dan Miskin Yang Menerima Bantuan Zakat, 1990-2000

    Tahun Fakir Miskin Jumlah 1990 1149 6065 7214 1991 1364 6428 7792 1992 1130 6429 7559 1993 1221 7241 8462 1994 1095 6740 7835 1995 1042 7014 8056 1996 985 7143 8128 1997 957 7186 8143 1998 916 7297 8213 1999 914 7035 7949 2000 t.m t.m t.m

    JUMLAH 10773 68578 79351 Sumber: Pejabat Zakat Kedah

    Berdasarkan Jadual 4, perbelanjaan zakat kepada fakir dan miskin telah meningkat daripada RM 0.795 juta (tahun 1990) kepada RM 1.9 juta (tahun 1995) dan terus meningkat kepada RM 4.63 juta pada tahun 2000. Peningkatan tersebut disebabkan bilangan fakir dan miskin yang telah bertambah daripada 7 214 orang

    10

  • (tahun 1990) kepada 8 128 orang (tahun 1995) dan terus meningkat kepada 8 149 orang (tahun 1999). Dalam tempoh 1990 hingga tahun 1999, terdapat seramai 79 351 orang fakir dan miskin yang menerima bantuan zakat. Daripada jumlah ini, golongan miskin yang menerima zakat berjumlah 68 578 orang atau 86.42 peratus, manakala selebihnya iaitu seramai 10 773 orang atau 13.58 peratus terdiri daripada golongan fakir. (sila lihat Jadual 5). 6.2 Pengalaman Negeri Perak

    Jadual 6: Perbelanjaan Mengikut Asnaf Di Negeri Perak, 1990-2001

    Tahun Amil Fakir dan

    Miskin Muallaf Ghorimin Ibni Sabil Fi-

    Sabilillah JUMLAH 1990 590,843 869,551 297,272 23,138 15,566 1,461,187 3,257,557 1991 780,993 804,576 269,163 59,732 11,471 1,329,250 3,255,185 1992 719,820 1,508,446 290,098 42,801 74,702 1,227,903 3,863,770 1993 850,389 1,665,481 540,455 89,376 119,668 1,403,735 4,669,104 1994 961,639 2,020,520 753,170 68,785 174,449 2,304,767 6,283,330 1995 1,121,228 2,428,445 1,101,139 54,893 154,894 3,171,063 8,031,662 1996 1,585,505 3,294,105 881,548 39,439 189,569 4,064,250 10,054,416 1997 1,627,390 3,029,705 881,931 98,252 143,759 4,393,542 10,174,579 1998 1,782,065 4,251,186 1,609,076 109,087 75,822 4,931,834 12,759,070 1999 2,007,168 4,208,535 1,258,376 104,400 169,776 5,987,048 13,735,303 2000 1,623,716 6,474,381 1,241,058 944,833 278,909 6,440,312 17,003,209 2001 2,636,919 7,471,067 967,464 212,361 200,621 4,703,662 16,192,094

    Jumlah 16,287,675 38,025,998 10,090,750 1,847,097 1,609,206 41,418,553 109,279,279 Sumber: Laporan Penyata Kewangan Baitulmal Di negeri Perak, dalam tempoh 1990 hingga tahun 2001, sebanyak RM 109.28 juta telah diagihkan kepada enam golongan sasaran. Jumlah agihan zakat yang terbesar sekali telah diagihkan kepada golongan Fi-Sabilillah iaitu sebanyak RM 41.42 juta atau 37.9 peratus, diikuti golongan fakir dan miskin yang berjumlah RM 38.03 juta (34.8 peratus) dan amil sebanyak RM 16.29 juta atau 14.9 peratus. Ketiga-tiga golongan ini menerima agihan sebanyak RM 95.74 juta atau 87.6 peratus daripada keseluruhan jumlah agihan dalam tempoh kajian. Manakala, golongan-golongan sasaran yang lain seperti muallaf, ghorimin dan ibni sabil menerima sebanyak RM 13.54 juta atau 12.4 peratus. Tetapi, pada tahun 2001 golongan fakir miskin menerima agihan yang tertinggi sekali diikuti golongan Fi-Sabilillah, amil, ibni sabil dan lain-lain asnaf. Misalnya, pada tahun 2001 golongan fakir miskin menerima sebanyak RM 7.421 juta atau 47.2 peratus daripada jumlah agihan zakat, manakala asnaf fil-sabilillah pula menerima sebanyak RM 5.988 juta atau 38.1 peratus. Jika diperhatikan, dalam tempoh 1990 hingga tahun 1999, jumlah agihan kepada golongan fil-sabilillah sentiasa mengatasi golongan fakir dan miskin. Tetapi, mulai tahun 2000 hingga tahun 2001 agihan kepada fakir miskin telah mengatasi golongan fil-sabilillah. Misalnya, agihan kepada golongan fakir dan miskin telah meningkat daripada RM 6.47 juta (tahun 2000) kepada RM 7.47 juta iaitu peningkatan sebanyak 15.46 peratus, manakala agihan kepada golongan fil-

    11

  • sabilillah telah merosot daripada RM 6.44 juta (tahun 2000) kepada RM 4.7 juta (tahun 2001) iaitu kejatuhan sebanyak 27 peratus.

    Jadual 7: Perbelanjaan Zakat Kepada Golongn Fil-Sabilillah di Perak, 1990-2000

    Tahun

    Biasiswa Pengajian Agama

    Bantuan Masjid Saguhati

    Bantuan SAR

    Elaun Guru dan Keselamatan

    Kelas Al-Quran Dakwah JUMLAH

    1990 350,374 213,338 159,300 351,752 18,576 9,000 0 1,461,187 1991 523,028 132,750 163,125 469,699 21,937 18,711 0 1,329,250 1992 338,354 150,643 173,050 450,558 20,145 31,905 63,248 1,227,903 1993 220,433 152,245 179,400 621,702 19,749 31,780 178,426 1,403,735 1994 611,765 30,535 226,175 846,144 5,614 70,035 514,499 2,304,767 1995 924,444 169,889 214,405 1,037,499 13,355 79,534 731,937 3,171,063 1996 1,202,204 227,700 248,335 1,376,512 16,922 156,849 835,728 4,064,250 1997 1,454,246 227,700 379,163 1,508,772 16,753 164,861 642,047 4,393,542 1998 1,849,065 236,400 329,475 1,478,016 23,930 88,151 926,797 4,931,834 1999 2,510,710 275,159 350,600 1,584,545 21,146 115,961 1,128,927 5,987,048 2000 2,913,950 43,233 352,075 1,635,302 114,694 1,380,979 1,380,979 6,440,234

    Jumlah 12,898,573 1,859,592 2,775,103 11,360,501 292,821 2,147,766 6,402,588 36,714,813 Sumber: Laporan Penyata Kewangan Baitulmal

    Berdasarkan Jadual 7, perbelanjaan kepada golongan fil-sabilillah telah meningkat daripada RM 1.46 juta (tahun 1990) kepada RM 3.17 juta dan terus meningkat kepada RM 6.44 juta pada tahun 2000. Dalam tempoh 1990 hingga tahun 2000, Baitulmal negeri Perak telah mengagihkan sebanyak RM 36.71 juta kepada golongan tersebut. Jika dibandingkan mengikut kategori, pemberian biasiswa pengajian agama menerima agihan yang tertinggi sekali iaitu berjumlah RM 12.9 juta atau 35.14 peratus, diikuti bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) sebanyak RM 11.36 juta atau 30.95 peratus dan kegiatan dakwah sebanyak RM 6.4 juta atau 17.43 peratus. Agihan kepada ketiga-tiga kumpulan ini berjumlah RM 30.66 juta atau 83.5 pearatus daripada keseluruhan agihan untuk golongan fil-sabilillah. 6.3 Pengalaman Pusat Zakat Selangor Jika dibandingkan mengikut negeri, Selangor berada di kedudukan pertama dalam mengagihkan dana zakat kepada golongan sasaran seperti yang ditunjukkan di Jadual 8. Misalnya, dalam tempoh 1990 hingga tahun 2001, sebanyak RM 156.2 juta telah diagihkan kepada tujuh golongan. Jika diperhatikan, agihan kepada Fi-sabilillah merupakan yang tertinggi sekali berjumlah RM 90.95 juta atau 58.23 peratus, diikuti agihan kepada golongan miskin sebanyak RM 45.79 juta (29.3 peratus), amil sebanyak RM 25.69 juta (16.45 peratus), muallaf sebanyak RM 13.84 juta (8.86 peratus) dan golongan miskin sebanyak RM 13.64 juta atau 8.73 peratus.

    12

  • Jadual 8: Perbelanjaan Zakat Mengikut Asnaf Di Negeri Selangor, 1990-2001

    Tahun

    Amil Miskin Fakir Muallaf Ghorimin Ibni Sabil Fi-Sabilillah Jumlah 1990 463,511 546,443 544,401 189,425 183,094 345,683 488,363 2,214,477 1991 645,361 665,872 694,422 341,592 191,725 241,114 792,196 2,906,410 1992 691,006 1,128,185 786,845 398,720 223,145 309,400 1,052,222 3,461,338 1993 517,847 1,677,560 745,360 542,593 226,120 319,008 986,715 3,337,643 1994 739,779 3,967,384 1,053,600 654,492 55,892 515,778 2,992,814 6,012,355 1995 637,094 4,809,135 1,836,556 885,891 138,061 115,739 5,621,671 9,235,012 1996 806,659 5,989,873 2,143,948 1,217,473 213,138 121,049 8,461,828 12,964,095 1997 2,742,706 3,714,616 1,245,284 1,207,317 710,792 149,050 16,768,195 22,823,344 1998 5,575,816 2,131,524 756,660 1,004,418 1,237,048 191,839 15,169,475 23,935,256 1999 3,031,803 3,846,180 1,314,025 1,920,070 1,264,346 132,712 12,472,595 20,135,551 2000 4,370,765 4,345,311 1,990,637 2,157,119 1,460,330 124,336 12,804,451 22,907,638 2001 5,469,229 12,963,229 523,379 3,318,884 3,045,951 565,589 13,341,164 26,264,196

    Jumlah 25,691,576 45,785,312 13,635,117 13,837,994 8,949,642 3,131,297 90,951,689 156,197,315 Sumber: Majlis Agama Islam & Pusat Zakat Selangor

    Seperti juga dengan negeri Perak, agihan zakat di negeri Selangor juga bertumpu kepada golongan Fil-Sabililah (Jadual 9). Dalam tempoh 1998 hingga tahun 2001, sebanyak RM 42.38 juta telah disalurkan kepada golongan tersebut mengikut pelbagai kategori. Program Pembangunan Institusi Agama telah menerima agihan sebanyak RM 14.48 juta atau 34.17 peratus, diikuti elaun bulanan pegawai masjid sebanyak RM6.84 juta (16.14 peratus), saguhati petugas amal makruf sebanyak RM 5.93 juta (14 peratus), dermasiswa hufaz Quran sebanyak RM 4.25 juta (10.03 peratus) dan bantuan masjid dan surau sebanyak RM 3.36 juta atau 7.93 peratus. Jadual 9 :Perbelanjaan Zakat Kepada Golongan Fil-Sabilillah di Selangor, 1998-2001 Perkara 1998 1999 2000 2001 Jumlah

    Bantun Masjid/surau 725,732.97 738,791.00 674,256.25 1,219,696.30 3,358,476.52 Elaun guru/penceramah 335,305.78 273,799.36 431,721.20 290,829.00 1,331,655.34 Kursus pegawai masjid 7,787.40 68,215.00 52,210.00 61,150.00 189,362.40 kursus penerapan nilai Islam 220,604.50 654,755.00 92,417.00 241,026.68 1,208,803.18 Bantuan persatuan Islam 112,807.20 187,488.00 211,271.82 631,507.90 1,143,074.92 Pembangunan Ins Agama 3,869,293.23 3,883,924.74 3,656,541.45 3,071,177.85 14,480,937.27 Elaun tahunan AJK Masjid 518,400.00 1,222,250.00 24,000.00 552,000.00 2,316,650.00 Imbuhan pendaftar nikah 22,000.00 25,200.00 52,150.00 20,100.00 119,450.00 bantuan peralatan Taski/ins 153,870.00 21,484.00 0.00 0.00 175,354.00 Dermasiswa Hufaz Quran 1,052,680.00 1,240,030.00 1,074,460.00 887,700.00 4,254,870.00 Saguhati Petugas amal makruf 2,536,095.18 377,086.73 19,655.00 2,996,687.00 5,929,523.91 Bonus KAFA 841,215.74 0.00 0.00 0.00 841,215.74 Elaun bulanan pegawai masjid 1,731,480.00 1,878,202.68 1,625,366.12 1,606,070.00 6,841,118.80 Bantuan Ins agama luar negara 0.00 51,922.75 16,500.00 119,922.96 188,345.71 Jumlah 12,127,272.00 10,623,149.26 7,930,548.84 11,697,867.69 42,378,837.79

    Sumber: Majlis Agama Islam & Pusat Zakat Selangor

    13

  • Jika dianalisis mengikut tahun, agihan kepada golongan ini telah merosot

    daripada RM 12.13 juta (tahun 1998) kepada RM 10.62 juta (tahun 1999) iaitu merosot sebanyak 12.45 peratus, dan terus jatuh kepada RM 7.93 juta pada tahun 2000 iaitu pengurangan sebanyak 25.33 peratus berbanding dengan tahun sebelumnya. Walau bagaimanapun, agihan kepada asnaf ini telah meningkat kepada RM 11.7 juta pada tahun 2001 iaitu peningkatan sebanyak 47.54 peratus berbanding dengan tahun 2000. 6.4 Pengalaman Pusat Zakat Negeri Sembilan Berdasarkan Jadual 10, dalam tempoh 1990 hingga tahun 2000 Pusat Zakat Negeri Sembilan telah mengagihkan sebanyak RM 34.42 juta kepada golongan sasaran. Agihan yang terbesar sekali diberikan kepada golongan fakir dan miskin sebanyak RM 10.9 juta atau 30.77 peratus, diikuti dermasiswa sebanyak RM 9.42 juta (26.6 peratus), amil sebanyak RM 6.04 juta (17.05 peratus) dan Fi-sabillilah sebanyak RM 5.4 juta atau 15.25 peratus. Jika diperhatikan dalam tempoh 1990 hingga tahun 1999, agihan kepada asnaf fakir dan miskin sentiasa melebihi golongan-golongan yang lain. Tetapi, pada tahun 2000 agihan dermasiswa telah mengatasi agihan kepada golongan fakir miskin. Contohnya, pada tahun 2000 agihan kepada dermasiswa telah meningkat kepada RM 2.27 juta berbanding dengan tahun 1999 yang berjumlah RM 1.36 juta iaitu peningkatan sebanyak 70 peratus, manakala agihan kepada fakir dan miskin telah berkurangan daripada RM 1.74 juta (tahun 1999) kepada RM 1.66 juta (tahun 2000) iaitu kejatuhan sebanyak 4.6 peratus.

    Jadual 10: Perbelanjaan Zakat Mengikut Asnaf Di Negeri Sembilan, 1990-2000

    Tahun Amil Fakir/Miskin Muallaf Ibni

    Sabil Fi-

    Sabilillah Dermasiswa Jumlah 1990 242,711 420,972 101,855 38,747 189,184 466,328 1,459,797 1991 292,623 555,879 113,030 27,032 181,253 355,862 1,525,679 1992 322,646 649,036 120,400 33,812 264,775 367,789 1,758,458 1993 358,062 708,165 155,766 34,488 262,396 488,630 2,007,507 1994 378,167 846,336 172,169 48,926 309,426 628,950 2,383,974 1995 423,630 909,547 190,627 44,108 315,434 615,464 2,498,810 1996 483,844 1,059,156 301,804 27,717 331,948 777,262 2,981,731 1997 630,755 1,109,843 259,037 82,020 537,177 752,048 3,370,880 1998 629,645 1,238,686 424,210 82,015 589,769 1,337,336 4,301,661 1999 1,037,909 1,736,207 616,693 59,830 822,593 1,360,930 5,634,162 2000 1,243,197 1,663,781 664,736 66,808 1,593,060 2,270,245 7,501,827

    Jumlah 6,043,189 10,897,608 3,120,327 545,503 5,397,015 9,420,844 35,424,486 Sumber: Baitulmal Negeri Sembilan

    14

  • Jadual 11: Agihan Zakat Kepada Fakir Miskin, 1990-2000 Tahun Bantuan Tahunan Bantuan Kebajikan Am Jumlah 1990 403,276 17,696 420,972 1991 532,454 23,425 555,879 1992 630,217 18,820 649,036 1993 675,348 32,818 708,165 1994 827,675 18,661 846,336 1995 871,442 38,105 909,547 1996 1,007,671 51,485 1,059,156 1997 1,002,828 107,015 1,109,843 1998 1,167,014 71,672 1,238,686 1999 1,387,322 348,885 1,736,207 2000 1,542,498 121,283 1,663,781

    Jumlah 10,047,745 849,865 10,897,608 Sumber: Baitulmal Negeri Sembilan

    Berdasarkan Jadual 11, agihan zakat kepada fakir dan miskin dibahagikan kepada dua iaitu bantuan tahunan dan bantuan kebajkan am. Dalam tempoh 1990 hingga tahun 2000, sebanyak RM 10.9 juta telah diperuntukkan kepada golongan fakir dan miskin yang mana RM 10.05 juta atau 92.23 peratus dalam bentuk bantuan tahunan, manakala selebihnya iaitu RM 0.85 juta atau 7.77 peratus dalam bentuk bantuan kebajikan am. Jika dianalisis mengikut tahunan, agihan kepada fakir dan miskin telah meningkat daripada RM 0.421 juta (tahun 1990) kepada RM 0.91 juta (tahun 1995) iaitu meningkat sebanyak 1.16 kali ganda. Seterusnya, pada tahun 2000 meningkat kepada RM 1.66 juta atau bertumbuh sebanyak 82.42 peratus berbanding dengan tahun 1995. Dalam tempoh tersebut, juga diperhatikan agihan dalam bentuk bantuan tahunan telah meningkat daripada RM 0.4 juta (1990) kepada RM 0.87 juta (1995) iaitu peningkatan sebanyak 1.18 kali ganda. Pada tahun 2000, nilai bantuan tahunan telah meningkat kepada RM 1.54 juta iaitu berkembang sebanyak 77.01 peratus berbanding dengan tahun 1995.

    Jadual 12: Dermasiswa/Bantuan Pelajaran Pusat Zakat Negeri Sembilan, 1990-2000

    Tahun Subsidi Dermasiswa Bantuan SAR Kursus &Galakan

    Bantuan/Saguhati PTI BKAP

    1990 0 231,708 92,600 96,355 0 0 1991 0 230,170 93,500 32,192 0 0 1992 0 233,600 110,600 23,589 0 0 1993 0 251,124 216,490 21,016 0 0 1994 0 385,980 207,760 20,210 15,000 0 1995 0 336,440 205,550 49,617 10,387 13,470 1996 0 465,700 211,290 78,409 15,513 6,350 1997 0 335,520 277,800 47,807 75,949 14,972 1998 0 501,704 403,210 62,522 327,300 42,600 1999 20,000 584,980 336,100 97,416 221,834 100,600 2000 195,500 515,400 1,109,835 39,155 258,455 151,900

    Jumlah 215,500 4,072,326 3,264,735 568,288 924,438 329,892 Sumber: Baitulmal Negeri Sembilan

    15

  • Komponen kedua terpenting dalam agihan zakat di Negeri Sembilan

    disalurkan dalam bentuk dermasiswa dan bantuan pelajaran (Jadual 12). Dalam tempoh 1990 hingga tahun 2000, agihan yang tertinggi sekali disalurkan dalam bentuk dermasiswa yang berjumlah RM 4.07 juta, diikuti bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) sebanyak RM 3.26 juta dan bantuan atau saguhati kepada pengajian tinggi agama (PTI) sebanyak RM 0.924 juta. Lain-lain bantuan pelajaran disalurkan dalam bentuk bantuan kes am pelajaran (BKAP) sebanyak RM 0.33 juta, diikuti kursus membaca al-Quran dan galakan pelajaran agama sebanyak RM 0.57 juta dan subsidi makanan/asrama sebanyak RM 0.216 juta. Jika diperhatikan dalam tempoh 1990 hingga atahun 1999, agihan kepada dermasiswa pelajaran mengatasi lain-lain agihan, tetapi pada tahun 2000 bantuan kepada SAR (yang terdiri daripada sekolah rendah dan menengah) telah mengatasi dermasiswa pelajaran. Sebagai contohnya, bantuan kepada SAR telah bertambah daripada RM 0.34 juta (tahun 1999) kepada RM 1.11 juta (tahun 2000) iaitu peningkatan sebanyak 2.26 kali ganda, manakala dermasiswa pelajaran telah berkurangan daripada RM 0.585 juta (tahun 1999) kepada RM 0.515 juta (tahun 2000) iaitu kemerosotan sebanyak 12 peratus. 7. Analisis Perbandingan: Isu dan Cabaran Peranan Baitulmal atau pusat zakat negeri dalam mengutip dan membahagikan dana zakat, tidak dinafikan, adalah satu tugas yang amat berat. Pelbagai cabaran perlu ditempuh dalam proses memungut zakat daripada umat islam yang berkelayakan dan membahagikan dana zakat kepada asnaf yang memerlukan. Analisis perbandingan pendapatan dan pengagihan zakat antara negeri menyaksikan beberapa isu yang harus dibincangkan bersama. 7.1 Pendapatan zakat tidak diagihkan sepenuhnya. Jadual 13 menunjukkan nisbah perbelanjaan kepada pendapatan zakat untuk keempat-empat negeri dari tahun 1990 hingga tahun 2001. Didapati hampir setiap tahun pendapatan zakat yang diterima oleh Baitulmal atau Pusat Pungutan Zakat negeri tidak dibelanjakan sepenuhnya melainkan pada tahun 1998 untuk negeri perak, tahun 1995, 1996 dan 2000 untuk negeri Selangor. Secara purata negeri Perak membelanjakan hanya 69% daripada pendapatan zakat, Kedah 67%, N. Sembilan 60% dan Selangor 80%.

    Perbelanjaan yang kurang daripada pendapatan menunjukkan ciri belanjawan berhemat. Bagaimanapun, konsep ini kurang sesuai dilaksanakan dalam kes agihan zakat. Setiap asnaf berhak mendapat haknya. Namun agihan yang tidak menyeluruh memperlihatkan haknya tidak dipenuhi.

    16

  • Jadual 13: Nisbah Perbelanjaan kepada Pendapatan Zakat Antara Negeri, 1990-2001

    Tahun Perak Kedah N.Sembilan Selangor 1990 0.56 0.64 0.68 0.50 1991 0.50 0.56 0.55 0.54 1992 0.56 0.55 0.56 0.56 1993 0.50 0.57 0.54 0.51 1994 0.76 0.57 0.56 0.85 1995 0.70 0.61 0.56 1.21 1996 0.83 0.32 0.51 1.01 1997 0.65 0.67 0.45 0.81 1998 0.76 1.00 0.57 0.82 1999 0.84 0.87 0.71 0.67 2000 0.90 0.90 0.82 1.17 2001 0.77 0.74 0.67 0.95

    Purata 0.69 0.67 0.60 0.80

    Tidak dinafikan, masalah perbelanjaan yang kurang daripada pendapatan mungkin timbul akibat daripada lebihan pungutan zakat pada akhir-akhir tahun. Oleh itu, adalah disarankan supaya setiap baitulmal membuat ramalan jangkaan hasil pungutan zakat setiap tahun untuk membolehkannya merangka perbelanjaan kepada lapan asnaf supaya setiap pendapatan dibelanjakan secukupnya. Untuk mencapai 100 peratus perbelanjaan daripada pendapatan sememangnya sukar kerana ramalan tidak semestinya menjadi kenyataan. Namun sasaran agihan boleh diperbaiki lagi sehingga mencapai 80 hingga 90 peratus berbanding dengan 60 hingga 70 peratus purata yang dicapai oleh tiga buah negeri iaitu Kedah, Perak dan Negeri Sembilan. 7.2 Pembahagian zakat kepada asnaf yang lapan dan kepelbagaian takrifan Perbelanjaan yang kurang daripada pendapatan juga memberi implikasi bahawa terdapatnya beberapa golongan asnaf yang tidak diberikan agihan. Beberapa isu juga timbul dalam menakrifkan asnaf mengikut kriteria yang piawai. Setiap negeri mempunyai takrifan asnaf yang berbeza. Di negeri Sembilan misalnya, asnaf al-ghorimin tidak wujud seperti mana negeri Kedah, Perak dan Selangor. Selain itu, takrifan fakir dan miskin juga berbeza mengikut negeri. Walaupun isu ini telah lama dibangkitkan, namun penyelesaiannya masih tidak tercapai.

    Tidak dinafikan, penentuan asnaf adalah satu tugas yang amat rumit disebabkan keadaan persekitaran yang mempengaruhinya berbeza antara tempat. Malah untuk mendapatkan asnaf itu sendiri yang sebenar-benarnya layak menjadi satu masalah yang ketara. Kekurangan maklumat berkenaan soal hidup asnaf terutamanya fakir dan miskin perlu diatasi. Peranan masyarakat setempat

    17

  • terutamanya di kawasan kariah masjid adalah penting untuk memastikan anggota masyarakat yang berhak mendapat zakat tidak ditinggalkan. Sementara itu, pihak Baitulmal negeri juga perlu melaksanakan program mengenali asnaf dengan lebih intensif supaya setiap individu atau golongan masyarakat yang layak mendapat haknya. 7.3 Penubuhan Institusi Zakat Nasional Beberapa ketidakseragaman telah berlaku dalam pengurusan zakat antara negeri. Selain takrifan asnab yang berbeza, kaedah pengiraan zakat perniagaan juga tidak seragam. Begitu juga dengan agihan zakat kepada asnaf dan sektor produktif yang tidak selaras antara negeri. Semua masalah ini dijangka dapat dikurangkan dengan adanya Institusi Zakat Nasional. Institusi ini boleh bertindak seperti bank pusat yang menyelaras dan mengawalselia semua baitulmal dan pusat pungutan zakat negeri. Walau bagaimanapun, akta dan perlembagaan negara mungkin menjadi penghalang kewujudan Institusi ini. Namun demikian, jika kebaikannya terserlah, kenapa tidak akta atau perlembagaan negara ditakrif semula demi mencapai institusi yang memberi kebaikan kepada umat islam keseluruhannya, lebih-lebih lagi Malaysia kini telah menjadi sebuah negara Islam. 8. Kesimpulan dan Implikasi Dasar Baitulmal dan Pusat Pungutan Zakat di beberapa buah negeri di Malaysia telah menampakkan kematangannya dalam pengurusan pungutan zakat. Hasil zakat semakin bertambah dari tahun ke tahun. Namun, pengagihan zakat secara sempurna kepada asnaf masih belum tercapai. Analisis tren dan perbandingan pendapatan dan perbelanjaan yang dilakukan menampakkan semua negeri yang dikaji masih kurang membelanjakan hasil pungutan zakat kepada asnafnya Selain itu, terdapat juga perbezaan dalam takrifan zakat antara negeri selain ketidakseragaman dalam kaedah pengiraan zakat. Justeru itu, adalah disarankan Baitulmal negeri dan Pusat Zakat Negeri memberi lebih perhatian kepada isu pengagihan zakat ini. Untuk itu, setiap institusi harus membuat pelaburan dengan menambahkan bilangan kakitangan dan mengatur strategi untuk membelanjakan pendapatan zakat dengan lebih berkesan.

    18

  • Rujukan Afzal-Ur-Rahman. 1994. Doktrin Ekonomi Islam Jilid III (Edisi Terjemahan).

    Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur. Jomo K. S.1993. Islamic Economic Alternatives: Critical Perspectives and New

    Directions. Ikraq: Kuala Lumpur. Muhammad Abdul Munim Al- Jammal.1997. Ekonomi Islam Jilid 2 (Edisi

    Terjemahan). Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur. Mukaramah Harun & Azrae Zainol. 2001. Tinjauan Isu-Isu Penting Yang

    Membataskan Keberkesanan Zakat Dalam Membasmi Kemiskinan: Kajian Kes Di Kedah. Kertas Kerja yang dibentangkan dalam Bengkel Ekonomi Islam 2001, anjuran Fakul Ekonomi UKM.

    Yusuf Qardawi. 2001. Hukum Zakat (Edisi Terjemahan):Litera AntarNusa. Bogor,

    Indonesia. Penyata Kewangan Baitulmal Perak Pelbagai Tahun. Laporan Tahunan Pusat Zakat Selangor Pelbagai Tahun. Laporan Tahunan Pusat Zakat Negeri Sembilan Pelbagai Tahun. Laporan Zakat 2001. Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah

    Persekutuan.

    19

    AbstrakTahun

    TahunTahun