anggaran perbelanjaan persekutuan 2021belanjawan2020.treasury.gov.my/pdf/perbelanjaan/2021/... ·...

13
Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2021 Dokumen ini mengandungi penyata Anggaran Perbelanjaan Kerajaan Persekutuan yang merangkumi perbelanjaan Mengurus dan Pembangunan bagi semua agensi Kerajaan Persekutuan untuk tahun 2021 serta laporan program dan prestasi setiap agensi. Ia juga mengandungi struktur program dan aktiviti termasuk visi, misi, pelanggan serta prestasi keberhasilan kementerian. Selain itu, buku ini mengandungi analisa Anggaran Perbelanjaan Mengurus dan Pembangunan bagi tahun 2021 mengikut agihan Butiran Perbelanjaan, Objek Am dan Sektor, arah aliran perbelanjaan Kerajaan Persekutuan serta agihan mengikut sektor dari tahun 2017 hingga 2021. Manakala bagi setiap Maksud Bekalan, turut ditunjukkan perbelanjaan sebenar dari tahun 2017 hingga 2021, anggaran perbelanjaan asal bagi tahun 2020 dan cadangan anggaran perbelanjaan 2021. Agihan Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2021 Anggaran Perbelanjaan Persekutuan yang diperakukan bagi tahun 2021 berjumlah RM307,540 juta. Perbelanjaan Mengurus diperuntukkan sebanyak RM236,540 juta yang terdiri daripada perbelanjaan Bekalan sebanyak RM164,152 juta (53.4%) dan perbelanjaan Tanggungan sebanyak RM72,388 juta (23.5%) dan Perbelanjaan Pembangunan disediakan peruntukan sebanyak RM71,000 juta (23.1%) seperti di Carta I. Carta I: Agihan Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2021 RM307,540 JUTA Pembangunan RM71,000 juta (23.1%) Tanggungan RM72,388 juta (23.5%) Bekalan RM164,152 juta (53.4%) ANGGARAN PERBELANJAAN PERSEKUTUAN 2021 | 1

Upload: others

Post on 09-Feb-2021

5 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2021

    Dokumen ini mengandungi penyata Anggaran Perbelanjaan Kerajaan Persekutuan yang merangkumi perbelanjaan Mengurus dan Pembangunan bagi semua agensi Kerajaan Persekutuan untuk tahun 2021 serta laporan program dan prestasi setiap agensi. Ia juga mengandungi struktur program dan aktiviti termasuk visi, misi, pelanggan serta prestasi keberhasilan kementerian.

    Selain itu, buku ini mengandungi analisa Anggaran Perbelanjaan Mengurus dan Pembangunan bagi tahun 2021 mengikut agihan Butiran Perbelanjaan, Objek Am dan Sektor, arah aliran perbelanjaan Kerajaan Persekutuan serta agihan mengikut sektor dari tahun 2017 hingga 2021. Manakala bagi setiap Maksud Bekalan, turut ditunjukkan perbelanjaan sebenar dari tahun 2017 hingga 2021, anggaran perbelanjaan asal bagi tahun 2020 dan cadangan anggaran perbelanjaan 2021.

    Agihan Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2021 Anggaran Perbelanjaan Persekutuan yang diperakukan bagi tahun 2021 berjumlah RM307,540 juta. Perbelanjaan Mengurus diperuntukkan sebanyak RM236,540 juta yang terdiri daripada perbelanjaan Bekalan sebanyak RM164,152 juta (53.4%) dan perbelanjaan Tanggungan sebanyak RM72,388 juta (23.5%) dan Perbelanjaan Pembangunan disediakan peruntukan sebanyak RM71,000 juta (23.1%) seperti di Carta I.

    Carta I: Agihan Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2021

    RM307,540 JUTA

    Pembangunan RM71,000 juta (23.1%)

    TanggunganRM72,388 juta (23.5%)

    BekalanRM164,152 juta (53.4%)

    ANGGARAN PERBELANJAAN PERSEKUTUAN 2021 | 1

  • Anggaran Perbelanjaan Mengurus

    Anggaran Perbelanjaan Mengurus berjumlah RM236,540 juta diagihkan mengikut Objek-objek Am merangkumi Emolumen sebanyak RM84,532 juta (35.7%), Perkhidmatan dan Bekalan sebanyak RM32,770 juta (13.9%), Aset sebanyak RM542 juta (0.2%), Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap sebanyak RM117,911 juta (49.9%) dan Perbelanjaan-perbelanjaan Lain sebanyak RM785 juta (0.3%) seperti di Carta II.

    Carta II: Agihan Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2021 Mengikut Objek Am

    Perincian Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2021 Mengikut Sektor

    Agihan Anggaran Perbelanjaan Mengurus kepada sektor-sektor utama adalah seperti berikut:

    ▪ Sektor Pentadbiran diperuntukkan Anggaran Perbelanjaan Mengurus berjumlah RM19,323 juta (8.2%);

    ▪ Sektor Ekonomi diperuntukkan Anggaran Perbelanjaan Mengurus berjumlah RM17,057 juta (7.2%);

    ▪ Sektor Sosial diperuntukkan Anggaran Perbelanjaan Mengurus berjumlah RM96,942 juta (41.0%);

    ▪ Sektor Keselamatan diperuntukkan Anggaran Perbelanjaan Mengurus berjumlah RM25,834 juta (10.9%); dan

    ▪ Sektor-Sektor Lain diperuntukkan untuk Tanggungan Tertentu dan Bayaran Pindahan berjumlah RM77,384 juta (32.7%).

    RM236,540 JUTA

    Perbelanjaan-perbelanjaan Lain RM785 juta (0.3%)

    Emolumen RM84,532 juta (35.7%)

    Perkhidmatan dan Bekalan RM32,770 juta (13.9%)

    Aset RM542 juta (0.2%)

    Pemberian dan Kenaan Bayaran TetapRM117,911 juta (49.9%)

    ANGGARAN PERBELANJAAN PERSEKUTUAN 2021 | 2

  • Sektor Pentadbiran

    Sektor Pentadbiran diperuntukkan Anggaran Perbelanjaan Mengurus berjumlah RM19,323 juta dengan agihan kepada Perkhidmatan-perkhidmatan Am (RM15,399 juta), Bayaran Balik dan Bayaran Ganti (RM3,305 juta), Perkhidmatan Luar Negeri (RM594 juta) dan Pembaikan dan Pengubahsuaian (RM25 juta) seperti di Carta III.

    Carta III: Agihan Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2021 Sektor Pentadbiran

    Sektor Ekonomi Sektor Ekonomi diperuntukkan Anggaran Perbelanjaan Mengurus berjumlah RM17,057 juta dengan agihan kepada sepuluh (10) sektor kecil, iaitu Pertanian (RM1,863 juta), Pembangunan Sumber-sumber Galian (RM70 juta), Perdagangan dan Perindustrian (RM3,495 juta), Pengangkutan (RM6,294 juta), Perhubungan (RM89 juta), Tenaga dan Kemudahan Awam (RM406 juta), Kajian Kemungkinan (RM4 juta), Penyelidikan dan Pembangunan (RM2,554 juta), Kewangan (RM2,142 juta) dan Alam Sekitar (RM140 juta) seperti di Carta IV.

    Carta IV: Agihan Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2021 Sektor Ekonomi

    0

    2,000

    4,000

    6,000

    8,000

    10,000

    12,000

    14,000

    16,000

    18,000

    PERKHIDMATAN-PERKHIDMATAN AM

    BAYARAN BALIK DAN BAYARAN GANTI

    PERKHIDMATAN LUAR NEGERI

    PEMBAIKAN DAN PENGUBAHSUAIAN

    RM juta

    0

    1,000

    2,000

    3,000

    4,000

    5,000

    6,000

    7,000

    PERTANIAN

    PEMBANGUNAN SUMBER-SUMBER GALIAN

    PERDAGANGAN DAN PERINDUSTRIAN

    PENGANGKUTAN

    PERHUBUNGAN

    TENAGA DAN KEMUDAHAN AWAM

    KAJIAN KEMUNGKINAN

    PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN

    KEWANGAN

    ALAM SEKITAR

    RM juta

    ANGGARAN PERBELANJAAN PERSEKUTUAN 2021 | 3

  • Sektor Sosial

    Sektor Sosial diperuntukkan Anggaran Perbelanjaan Mengurus berjumlah RM96,942 juta dengan agihan kepada tujuh (7) sektor kecil iaitu Pelajaran dan Latihan (RM59,139 juta), Kesihatan dan Kependudukan (RM27,504 juta), Penerangan dan Penyiaran (RM1,206 juta), Kebudayaan, Belia dan Sukan (RM768 juta), Majlis-majlis Tempatan, Perkhidmatan Kebajikan dan Masyarakat (RM4,538 juta), Pembangunan Kampung dan Masyarakat (RM255 juta) dan Kebajikan Masyarakat, Perpaduan Negara dan Orang Asli (RM3,532 juta) seperti di Carta V.

    Carta V: Agihan Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2021 Sektor Sosial

    Sektor Keselamatan

    Sektor Keselamatan diperuntukkan Anggaran Perbelanjaan Mengurus berjumlah RM25,834 juta dengan agihan kepada dua (2) sektor kecil iaitu Keselamatan Dalam Negeri (RM14,479 juta) dan Pertahanan (RM11,355 juta) seperti di Carta VI.

    Carta VI: Agihan Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2021 Sektor Keselamatan

    0

    10,000

    20,000

    30,000

    40,000

    50,000

    60,000

    70,000

    PELAJARAN DAN LATIHAN

    KESIHATAN DAN KEPENDUDUKAN

    PENERANGAN DAN PENYIARAN

    KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN

    MAJLIS-MAJLIS TEMPATAN, PERKHIDMATAN KEBAJIKANDAN MASYARAKAT

    PEMBANGUNAN KAMPUNG DAN MASYARAKAT

    KEBAJIKAN MASYARAKAT, PERPADUAN NEGARA DANORANG ASLI

    RM juta

    0

    2,000

    4,000

    6,000

    8,000

    10,000

    12,000

    14,000

    16,000

    KESELAMATAN DALAM NEGERI

    PERTAHANAN

    RM juta

    MAJLIS-MAJLIS TEMPATAN, PERKHIDMATAN KEBAJIKAN DAN MASYARAKAT

    ANGGARAN PERBELANJAAN PERSEKUTUAN 2021 | 4

  • Sektor-sektor Lain

    Baki Anggaran Perbelanjaan Mengurus disediakan untuk Sektor Tanggungan Tertentu dan Sektor Bayaran Pindahan berjumlah RM77,384 juta. Sektor Tanggungan Tertentu diperuntukkan sebanyak RM66,718 juta bagi tujuan pembayaran Pencen dan Ganjaran (RM27,526 juta), Perbelanjaan Kerana Hutang Negara (RM39,000 juta) dan Tanggungan - tanggungan Lain (RM192 juta) seperti di Carta VII.

    Carta VII: Agihan Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2021 Sektor Tanggungan Tertentu

    Sektor Bayaran Pindahan diperuntukkan sejumlah RM10,666 juta bagi tujuan Pemberian dan Pinjaman Kepada Negeri (RM2,064 juta), Kumpulan Wang Terkanun (RM884 juta), Caruman Lain (RM73 juta) dan Bayaran Pindahan Lain (RM7,645 juta) seperti di Carta VIII.

    Carta VIII: Agihan Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2021 Sektor Bayaran Pindahan

    0

    5,000

    10,000

    15,000

    20,000

    25,000

    30,000

    35,000

    40,000

    45,000

    PENCEN DAN GANJARAN

    PERBELANJAAN KERANA HUTANG NEGARA

    TANGGUNGAN-TANGGUNGAN LAIN

    0

    1,000

    2,000

    3,000

    4,000

    5,000

    6,000

    7,000

    8,000

    9,000

    PEMBERIAN DAN PINJAMAN KEPADA NEGERI

    KUMPULAN WANG TERKANUN

    CARUMAN LAIN

    BAYARAN PINDAHAN LAIN

    RM juta

    RM juta

    ANGGARAN PERBELANJAAN PERSEKUTUAN 2021 | 5

  • Arah Aliran Perbelanjaan Mengurus 2017 – 2021

    Bagi tempoh 2017 - 2021, arah aliran Perbelanjaan Mengurus (termasuk pindahan lebihan hasil ke Kumpulan Wang Pembangunan) meningkat dari RM220,406 juta pada tahun 2017 kepada RM236,540 juta pada tahun 2021 seperti di Carta IX.

    Carta IX: Arah Aliran Perbelanjaan Mengurus 2017-2021

    220.41

    232.88

    264.41

    241.02 236.54

    180

    200

    220

    240

    260

    280

    2017 2018 2019 2020 2021

    RM bilion

    Tahun

    PerbelanjaanSebenarAnggaran

    ANGGARAN PERBELANJAAN PERSEKUTUAN 2021 | 6

  • Perbelanjaan Mengurus 2017 - 2021 Mengikut Sektor

    Perbelanjaan Mengurus dibahagikan kepada Sektor Pentadbiran, Ekonomi, Sosial, Keselamatan, Tanggungan Tertentu dan Bayaran Pindahan. Bagi tempoh 2017 - 2021, perbelanjaan yang terbesar diagihkan kepada Sektor Sosial iaitu secara purata sebanyak 39.0% diikuti oleh Sektor Tanggungan Tertentu sebanyak 24.5%. Sektor-sektor lain menerima peruntukan seperti di Carta X.

    Carta X: Peratus Perbelanjaan Mengurus Tahun 2017-2021 Mengikut Sektor

    12.5 12.021.3

    7.5 4.5

    22.9 23.722.1

    25.8 28.2

    11.8 11.78.9

    11.2 10.9

    39.7 38.3 35.4 40.5 41.0

    7.7 6.0 5.9 7.1 7.25.4 8.3 6.4 7.9 8.2

    Tahun

    Pentadbiran

    Ekonomi

    Sosial

    Keselamatan

    Tanggungan Tertentu

    Bayaran Pindahan

    2017 2018 2019 2020 2021

    Peratus (%)

    ANGGARAN PERBELANJAAN PERSEKUTUAN 2021 | 7

  • Anggaran Perbelanjaan Pembangunan

    Anggaran Perbelanjaan Pembangunan berjumlah RM71,000 juta, iaitu Cara Langsung sebanyak RM67,300 juta (94.8%), Pinjaman sebanyak RM1,700 juta (2.4%) dan Simpanan Luar Jangka sebanyak RM2,000 juta (2.8%) seperti di Carta XI.

    Carta XI: Agihan Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2021

    Perincian Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2021 Mengikut Sektor

    Agihan Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2021 diagihkan kepada sektor-sektor utama adalah seperti berikut:

    ▪ Sektor Pentadbiran diperuntukkan Anggaran Perbelanjaan Pembangunan berjumlah RM3,964 juta (5.6%);

    ▪ Sektor Ekonomi diperuntukkan Anggaran Perbelanjaan Pembangunan berjumlah RM38,887 juta (54.7%);

    ▪ Sektor Sosial diperuntukkan Anggaran Perbelanjaan Pembangunan berjumlah RM18,369 juta (25.9%);

    ▪ Sektor Keselamatan diperuntukkan Anggaran Perbelanjaan Pembangunan berjumlah RM7,780 juta (11.0%); dan

    ▪ Peruntukan Simpanan Luar Jangka berjumlah RM2,000 juta (2.8%)

    RM71,000 JUTA

    Cara Langsung RM67,300 juta (94.8%)

    PinjamanRM1,700 juta (2.4%)

    Simpanan Luar Jangka RM2,000 juta (2.8%)

    ANGGARAN PERBELANJAAN PERSEKUTUAN 2021 | 8

  • Sektor Pentadbiran

    Sektor Pentadbiran diperuntukkan Anggaran Perbelanjaan Pembangunan berjumlah RM3,964 juta dengan agihan kepada Perkhidmatan-perkhidmatan Am (RM3,353 juta) dan Pembaikan dan Pengubahsuaian (RM611 juta) seperti di Carta XII.

    Carta XII: Agihan Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2021 Sektor Pentadbiran

    Sektor Ekonomi

    Sektor Ekonomi diperuntukkan Anggaran Perbelanjaan Pembangunan berjumlah RM38,887 juta dengan agihan kepada sepuluh (10) sektor kecil, iaitu Pertanian (RM2,894 juta), Pembangunan Sumber-sumber Galian (RM84 juta), Perdagangan dan Perindustrian (RM3,121 juta), Pengangkutan (RM15,036 juta), Perhubungan (RM600 juta), Tenaga dan Kemudahan Awam (RM3,330 juta), Kajian Kemungkinan (RM123 juta), Penyelidikan dan Pembangunan (RM589 juta), Kewangan (RM11,219 juta) dan Alam Sekitar (RM1,891 juta) seperti di Carta XIII.

    0

    500

    1,000

    1,500

    2,000

    2,500

    3,000

    3,500

    4,000

    PERKHIDMATAN-PERKHIDMATAN AM

    PEMBAIKAN DAN PENHUBAHSUAIAN

    RM juta

    ANGGARAN PERBELANJAAN PERSEKUTUAN 2021 | 9

  • Carta XIII: Agihan Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2021 Sektor Ekonomi

    Sektor Sosial

    Sektor Sosial diperuntukkan Anggaran Perbelanjaan Pembangunan berjumlah RM18,369 juta dengan agihan kepada kepada sembilan (9) sektor kecil iaitu Pelajaran dan Latihan (RM8,873 juta), Kesihatan dan Kependudukan (RM4,726 juta), Penerangan dan Penyiaran (RM187 juta), Perumahan (RM1,834 juta), Kebudayaan, Belia dan Sukan (RM263 juta), Majlis-majlis Tempatan, Perkhidmatan Kebajikan dan Masyarakat (RM718 juta), Pembangunan Kampung dan Masyarakat (RM1,218 juta), Pembelian Tanah (RM207 juta) dan Kebajikan Masyarakat, Perpaduan Negara dan Orang Asli (RM343 juta) seperti di Carta XIV.

    Carta XIV: Agihan Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2021 Sektor Sosial

    0

    1,000

    2,000

    3,000

    4,000

    5,000

    6,000

    7,000

    8,000

    9,000

    10,000

    PELAJARAN DAN LATIHAN

    KESIHATAN DAN KEPENDUDUKAN

    PENERANGAN DAN PENYIARAN

    PERUMAHAN

    KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN

    MAJLIS-MAJLIS TEMPATAN, PERKHIDMATAN KEBAJIKANDAN MASYARAKATPEMBANGUNAN KAMPUNG DAN MASYARAKAT

    PEMBELIAN TANAH

    KEBAJIKAN MASYARAKAT, PERPADUAN NEGARA DANORANG ASLI

    RM juta

    MAJLIS-MAJLIS TEMPATAN, PERKHIDMATAN KEBAJIKAN DAN MASYARAKAT

    0

    2,000

    4,000

    6,000

    8,000

    10,000

    12,000

    14,000

    16,000

    PERTANIAN

    PEMBANGUNAN SUMBER-SUMBER GALIAN

    PERDAGANGAN DAN PERINDUSTRIAN

    PENGANGKUTAN

    PERHUBUNGAN

    TENAGA DAN KEMUDAHAN AWAM

    KAJIAN KEMUNGKINAN

    PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN

    KEWANGAN

    ALAM SEKITAR

    RM juta

    ANGGARAN PERBELANJAAN PERSEKUTUAN 2021 | 10

  • Sektor Keselamatan

    Sektor Keselamatan diperuntukkan Anggaran Perbelanjaan Pembangunan berjumlah RM7,780 juta dengan agihan kepada dua (2) sektor kecil iaitu Keselamatan Dalam Negeri (RM2,920 juta) dan Pertahanan (RM4,860 juta) seperti di Carta XV.

    Carta XV: Agihan Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2021 Sektor Keselamatan

    Simpanan Luar Jangka

    Baki Anggaran Perbelanjaan Pembangunan berjumlah RM2,000 juta disediakan di bawah peruntukan Simpanan Luar Jangka bagi membiayai projek pembangunan yang memerlukan peruntukan tambahan di luar jangkaan.

    Komitmen Jaminan Dan Liabiliti Kerajaan Dari keseluruhan Anggaran Perbelanjaan Mengurus dan Pembangunan yang berjumlah RM307,540 juta sebanyak RM26,555 juta diperuntukkan bagi membiayai komitmen jaminan dan liabiliti Kerajaan yang merangkumi bayaran Public Private Partnership Unit Kerjasama Awam Swasta (PPP-UKAS) dan bayaran pinjaman yang dijamin oleh Kerajaan (GG).

    0

    1,000

    2,000

    3,000

    4,000

    5,000

    6,000

    KESELAMATAN DALAM NEGERI

    PERTAHANAN

    RM juta

    ANGGARAN PERBELANJAAN PERSEKUTUAN 2021 | 11

  • Arah Aliran Perbelanjaan Pembangunan 2017 – 2021

    Arah aliran Perbelanjaan Pembangunan bagi tempoh 2017 - 2021 meningkat berdasarkan kepada trend pelaksanaan projek/program bagi tahun 2017 - 2021 seperti di Carta XVI.

    Carta XVI: Arah Aliran Perbelanjaan Pembangunan 2017-2021

    44.9

    56.154.2

    58.0

    71.0

    40

    50

    60

    70

    80

    2017 2018 2019 2020 2021

    RM bilion

    Tahun

    PerbelanjaanSebenar

    Anggaran

    ANGGARAN PERBELANJAAN PERSEKUTUAN 2021 | 12

  • 3.4 2.811.8 8.8 10.4

    11.3 11.0

    27.722.9 26.9

    26.0 25.9

    53.9 64.4 57.7 53.5 54.7

    6.6 3.9 5.0 5.8 5.6

    Tahun

    Pentadbiran

    Ekonomi

    Sosial

    Keselamatan

    Simpanan LuarJangka

    Perbelanjaan Pembangunan 2017 - 2021 Mengikut Sektor

    Perbelanjaan Pembangunan dibahagikan kepada Sektor Pentadbiran, Ekonomi, Sosial dan Keselamatan serta untuk Peruntukan Simpanan Luar Jangka. Bagi tempoh 2017 - 2021, perbelanjaan yang terbesar diagihkan kepada dua (2) sektor iaitu Ekonomi dan Sosial secara purata mencecah 82.7%. Sektor-sektor utama yang lain menerima peruntukan 17.3% seperti di Carta XVII.

    Carta XVII: Peratus Perbelanjaan Pembangunan Tahun 2017-2021 Mengikut Sektor

    2017 2018 2019 2020 2021

    Peratus (%)

    ANGGARAN PERBELANJAAN PERSEKUTUAN 2021 | 13