presentation puan farehah

11

Upload: syahmi-asyraf

Post on 06-Oct-2015

225 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

GHG

TRANSCRIPT

Slide 1

TAJUK KAJIANMENINGKATKAN PENGUASAAN MURID MENJAWAB SOALAN PEMAHAMAN BERDASARKAN PETIKAN YANG DIBACAMenghuraikan pengalaman P&P yang berkaitan

Berdasarkan pengajaran dan pembelajaran yang lalu, saya telah mendapati pelaksanaan pengajaran bagi mata pelajaran Bahasa Melayu telah berjalan dengan baik. Murid-murid telah diajar dengan pelbagai dan juga kemahiran berhubung dengan mata pelajaran ini. Menerusi pemerhatian yang dilakukan, saya juga mendapati murid-murid telah diajar kemahiran menjawab soalan yang diberikan dengan teknik-teknik yang betul oleh guru-guru disekolah ini.

Selain itu, saya juga mendapati terdapat segelintir murid yang mendapat kepurusan yang baik dalam matapelajaran Bahasa Melayu ini.Namun, terdapat juga murid yang mendapat keputusan yang memuaskan iaitu gred C.Secara keseluruhannya, keputusan Bahasa Melayu ini berada ditahap sederhana.Menghuraikan pengalaman P&P yang berkaitan berdasarkan kurikulumDari pemerhatian setelah 2 bulan mengajar kelas tahun 4 melalui aktiviti yang dijalankan seperti soal jawab lisan, penulisan dan ujian bulanan, didapati mereka masih gagal menjawab soalan berpunca daripada gagal memahami isi-isi petikan, baca petikan sekali sahaja, tidak memahami istilah atau makna perkataan yang sukar.

. Saya telah cuba membantu murid dalam mengatasi masalah di atas dengan cara membaca petikan bersama-sama murid sebanyak 2 kali, menggaris perkataan yang sukar, mencatat perkataan tersebut dalam buku khas dan membimbing mereka menggunakan kamus untuk memahami istilah atau makna perkataan tersebut.

Menghuraikan amalan P&P yang lalu

Hasil temubual yang telah dijalankan terhadap guru-guru Bahasa Melayu dan murid-murid sekolah, didapati kegagalan murid memahami isi petikan kerana sikap sambil lewa murid, sekadar membaca dan tidak cuba memahami isi petikan disebabkan penguasaan Bahasa Melayu mereka yang lemah. Murid juga tidak memahami istilah atau makna perkataan yang sukar yang terdapat dalam petikan yang dibaca.Guru-guru di sekolah ini, tidak menekankan kepada perbendaharaan kata dalam Bahasa Melayu di mana terdapat murid yang masih gagal untuk memahami makna dan istilah dalam petikan yang diberikan.Guru mengangap murid boleh mencari makna perkataan dengan sendiri tanpa bantuan dari guru dan guru mengandaikan murid telah memahami istilah dan makna tersebut.

Menilai kembali amalan P&P yang berkaitan dan membincangkan secara mendalam andaian dan kepercayaan dalam refleksi pengalaman

Murid mempunyai peluang yang besar untuk cemerlang dalam matapelajaran ini sekiranya masalah ini dapat diatasi namun jika tidak ditangani, murid akan terus mengamalkan sikap sambil lewa sehingga ke peringkat yang lebih tinggi. Murid juga akan melepaskan peluang memperolehi markah yang lebih baik kerana soalan yang dikemukakan dianggap mudah.

Jika penggunaan kamus tidak dipraktikkan berterusan maka murid akan lemah dalam pembendaharaan kata. Murid juga tidak akan tahu cara menggunakan kamus dengan betul jika tidak dipraktikkan. Murid yang tidak memahami istilah dan makna perkataan dalam petikan akhirnya akan gagal menjawab soalan..

Andaian punca masalah, nilai, kepercayaan dan penambahbaikan terhadap P&P yang dilaksanakan

Murid yang dapat memahami petikan pemahaman yang diberikan mempunyai peluang yang cerah untuk memperolehi markah yang tinggi dalam peperiksaan.Selain itu,secara tidak langsung murid juga dapat meningkatkan perbendaharaan kata dalam Bahasa Melayu dan seterusnya membantu murid mengaplikasikan perbendaharaan kata tersebut dalam penulisan.Keadaan ini secara tidak langsung dapat meningkatkan prestasi dan pencapaian murid-murid dalam bidang akademik yang diceburi.