prejudis dan kaitannya dengan masalah perhubungan kaum

4
Prejudis dan Kaitannya dengan Masalah Perhubungan Kaum Prejudis ditakrifkan sebagai pandangan negatif mengenai ahli atau kelompok etnik lainyang tersemat dalam hati seseorang atau kelompok etnik tertentu. Dalam erti kata lain,prejudis juga bermaksud rasa suka atau tidak suka yang tidak berasas terhadapsesuatu kaum, agama dan sebagainya. Perasaan prejudis tidak diluahkan secaraterbuka. Ianya mengandungi sentiment marah, takut dan sebagainya. Prejudis terdapattiga jenis utama iaitu prejudis sosial, prejudis bangsa dan prejudis agama. Selain itu,terdapat juga prejudis jantina, umur atau orientasi. Punca manusia prejudis terhadapsekumpulan manusia adalah mempertahankan identiti sosial, sikap masyarakat itusendiri dan ‘scapegoating’ . Prejudis atau persepsi negatif adalah satu aspek utama yang telah menyumbangkepada sentimen ketidak puasan hati di beberapa kalangan kumpulan etnik di negarakita. Apabila berlakunya konflik yang disebabkan oleh prejudis, situasi menjadi semakinburuk kerana kurangnya kefahaman dan pengetahuan mengenai satu sama lain. Akibatnya, interaksi antara kaum terbatas dan timbulnya semangat perkauman yangtebal. Prejudis juga menyebabkan sesuatu kumpulan etnik memandang rendahterhadap kumpulan etnik lain yang terhasil berdasarkan kefahaman yang cetek dantidak tepat. Prejudis ini sukar diubah walaupun dibekalkan dengan fakta yang kukuh untuk membuktikan bahawa pemahaman terhadap sesuatu kumpulan etnik itu adalahsalah.Prejudis menjadi semakin tebal dan kuat apabila persekitaran itu dipenuhi sifatsemulajadi manusia iaitu ego mempertahankan diri. Funsi sifat semulajadi inimerupakan sikap yang menyelamatkan manusia daripada perasaan kerisauan yangmelampau atau daripada sebarang gangguan ke atas penghargaan-kendiri manusia. Iniberlaku apabila sekumpulan etnik atau individu itu merasakan maruah atau darjatmereka tergugat. Dalam proses mempertahankan sekumpulan etnik atau individu itu,mereka akan menolak segala kenyataan kukuh daripada mereka yang diprejudis.

Upload: rama-devi

Post on 11-Aug-2015

51 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Prejudis dan kaitannya dengan masalah perhubungan kaum

Prejudis dan Kaitannya dengan Masalah Perhubungan Kaum

Prejudis ditakrifkan sebagai pandangan negatif mengenai ahli atau kelompok etnik lainyang tersemat dalam hati seseorang atau kelompok etnik tertentu. Dalam erti kata lain,prejudis juga bermaksud rasa suka atau tidak suka yang tidak berasas terhadapsesuatu kaum, agama dan sebagainya. Perasaan prejudis tidak diluahkan secaraterbuka. Ianya mengandungi sentiment marah, takut dan sebagainya. Prejudis terdapattiga jenis utama iaitu prejudis sosial, prejudis bangsa dan prejudis agama. Selain itu,terdapat juga prejudis jantina, umur atau orientasi. Punca manusia prejudis terhadapsekumpulan manusia adalah mempertahankan identiti sosial, sikap masyarakat itusendiri dan ‘scapegoating’

.

Prejudis atau persepsi negatif adalah satu aspek utama yang telah menyumbangkepada sentimen ketidak puasan hati di beberapa kalangan kumpulan etnik di negarakita. Apabila berlakunya konflik yang disebabkan oleh prejudis, situasi menjadi semakinburuk kerana kurangnya kefahaman dan pengetahuan mengenai satu sama lain. Akibatnya, interaksi antara kaum terbatas dan timbulnya semangat perkauman yangtebal. Prejudis juga menyebabkan sesuatu kumpulan etnik memandang rendahterhadap kumpulan etnik lain yang terhasil berdasarkan kefahaman yang cetek dantidak tepat.

Prejudis ini sukar diubah walaupun dibekalkan dengan fakta yang kukuh untuk membuktikan bahawa pemahaman terhadap sesuatu kumpulan etnik itu adalahsalah.Prejudis menjadi semakin tebal dan kuat apabila persekitaran itu dipenuhi sifatsemulajadi manusia iaitu ego mempertahankan diri. Funsi sifat semulajadi inimerupakan sikap yang menyelamatkan manusia daripada perasaan kerisauan yangmelampau atau daripada sebarang gangguan ke atas penghargaan-kendiri manusia. Iniberlaku apabila sekumpulan etnik atau individu itu merasakan maruah atau darjatmereka tergugat. Dalam proses mempertahankan sekumpulan etnik atau individu itu,mereka akan menolak segala kenyataan kukuh daripada mereka yang diprejudis.

Prejudis ini diturunkan dari satu generasi ke generasi yang lain melalui prosessosialisasi. Seseorang yang dibesarkan dalam persekitaran yang penuh prejudis akanmenghasilkan dan secara tidak langsung membina sentimen negatif yang amat susahuntuk dikikis. Prejudis memainkan peranan dalam membentuk sikap manusia. Kesansikap prejudis menjadi mudah dilihat apabila wujudnya persaingan untuk mendapatkansesuatu samada dalam aspek ekonomi, sosial, politik dan sebagainya.

Insiden Kampung Medan pada tahun 2001 merupakan contoh terbaik bagimenggambarkan perasaan prejudis di antara dua kaum di negara kita. Insiden inimerupakan kekecohan kaum yang berakhir dengan tragedi di mana ramai yangkehilangan nyawa dan berjuta-juta ringgit dihabiskan untuk proses pemulihan.

Kemunculan akhbar-akhbar etnik di Malaysia terutamanya pada awalperkembangan akhbar negara adalah kesan daripada prejudis. Sebelum merdeka,penelitian terhadap akhbar berbahasa Melayu penuh dengan sentimen perkauman dananti kaum pendatang. Laporan media pada masa itu telah menggembar-gemburkanancaman yang akan mereka hadapi jika

Page 2: Prejudis dan kaitannya dengan masalah perhubungan kaum

kehadiran kaum pendatang semakinberleluasa. Pernyataan mereka adalah cukup jelas dan bukan sekadar berkias-kiasan.Kebencian dan perasaan prejudis mereka terhadap kaum pendatang jelas tertunjukmelalui Akhbar Majlis dalam perjuangan memartabatkan kaum Melayu. Laporanrencana pengarang Ogos 1932 dan rencana keluaran 12 Disember 1932 (dipetik oleh Ahmad Nazri dalam Mohd Sarim Haji Mustajab, 1988: 144) yang mereka siarkan jelasmenunjukkan sentimen anti-pendatang yang meruap-ruap. Umpamanya rencanaakhbar Majlis Ogos 1932:

Kita tidak akan berdosa apabila berkata bahawa orang Melayu itu tidak diharap bolehbergaul dengan bangsa Malayan, tak boleh sekata dan seturut, tak boleh bekerjasamabahkan bukan sekadar demikian sahaja, tetapi barangkali akan tiba masanya orang Melayu itu tak boleh percaya kepada bangsa asing. Bukan sekadar tak boleh percayasahaja, akan tetapi ialah juga bahawa bangsa-bangsa asing ini kelak akan menjadi musuh hidup orang Melayu bagi suatu masa yang panjang jika tidak diubati hari ini.

Rencana akhbar ini yang bertarikh 12 Disember 1932 bertajuk “Bangsa AsingTidak Patut Meminta Hak” juga jelas menggunakan kata-kata yang lebih kesat dankeras dalam ulasannya. Umpamanya:

Rupanya telah lupa entah berapa banyakkah khazanah bumi Melayu yang telahdimuntahdarahkan (dimakan) mereka (Cina) dan berapa ribukah sudah wang TanahMelayu yang telah dihantar mereka ke negerinya dan berapa banyakkah pula bangsat-bangsat dari Tongsan itu sekarang ini telah menjadi meliana (millionaire) di dalamnegeri Melayu.

Akhbar Warta Malaya juga tidak terlepas daripada menyiarkan artikel danrencana yang menghentam keras bangsa lain. Mereka dengan beraninyamempertahankan martabat masyarakat Melayu dengan menuduh dan menghentamkaum pendatang. Mereka juga mengapi-apikan masyarakat Melayu tentang prejudisterhadap kaum pendatang. Umpamanya rencana mereka yang bertarikh 7 Mac 1938(dipetik oleh Ahmad Nazri dalam Mohd Sarim Haji Mustajab, 1988: 146):

Orang Cina di Malaya bukan makin lama makin beradab sopan, makin lama makin bertambah- tambah cerewet atau biadap pula…sudahlah awak menumpang di tempat orang awak hendak bermaharajalela pula macam tempat awak sendiri…

Selepas negara mencapai kemerdekaan, perasaan prejudis ini beralih kepadaahli-ahli politik negara. Akhbar memain peranan sebagai tukang lapor kepada ahli-ahlipolitik. Isu perkauman yang diwujudkan oleh perasaan prejudis terhadap sekumpulankaum itu telah menyemarakan perbalahan antara kaum. Kesan daripada perbalahan iniadalah rusuhan kaum pada 13 Mei 1969. Ketidakadilan dalam laporan dan penilaianterhadap kaum lain menjadi faktor kepada liputan akhbar etnik yang bertumpu padamasalah kaum mereka sahaja. Keadaan ini telah menyebabkan pihak pemerintahbertindak untuk menggantung penerbitan akhbar. Setiap maklumat dan laporan akanmelalui Pusat Perkhidmatan Maklumat Kerajaan dan ini telah mengurangkan sebaranmesej bercirikan prejudis terhadap kaum lain.

Page 3: Prejudis dan kaitannya dengan masalah perhubungan kaum

Perasaan prejudis secara tidak langsung telah mewujudkan masalah perkaumandi negara Malaysia. Walaupun tidak diluahkan secara terbuka, dari perasaan prejudisitu sahaja boleh menyebabkan sekumpulan kaum itu bertindak dengan lebih keras danakhirnya diluahkan secara terang-terangan. Dalam skala besar, prejudis bolehmenyebabkan keganasan dan peperangan.

Reference:

Mohd Asri bin Mohamad, 2002, Pengaruh Golongan Elit Pemerintah Dalam PemaparanBeritaBerita Etnik. Analisis Kandungan Terhadap Pelaporan Berita Akhbar UtusanMalaysia dan Berita Harian Sejurus Sebelum dan Selepas Pilihanraya Umum Ke-10 Malaysia, Universiti Sains Malaysia.

Shamsul Amri Baharuddin, 2007, Modul Hubungan Etnik, Pusat Penerbitan Universiti(UPENA), Universiti Teknologi MARA, Shah Alam.

Shahrul Izwan Naser & Mohd Najib Mohd Esa, 2010, Memahami Hubungan Etnik di Malaysia Mengikut Konteks Dimensi Psiko-Sosial, Pusat Pengajian Jarak Jauh, Universiti Sains Malaysia.