praktikal 5.docx

Upload: riskan-kamz

Post on 10-Feb-2018

223 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/22/2019 PRAKTIKAL 5.docx

    1/6

    PRAKTIKAL 5

    TAJUK :

    Ammonia, asid sulfurik dan asid nitrik

    TUJUAN :

    Untuk menyediakan baja garam ammonium

    PENGENALAN :

    Ammonia yang terdapat di atmosfera adalah dalam kuantiti yang kecil akibat

    pereputan bahan organik. Ammonia juga dijumpai di dalam tanah, dan di tempat

    berdekatan dengan gunung berapi. Ammonia adalah bahan kimia dengan formulakimia NH3. Ammonia adalah antara bahan kimia yang paling banyak dihasilkan oleh

    manusia. Ammonia dihasilkan melalui Proses Haber. Di dalam proses ini, ammonia

    terbentuk melalui gabungan nitrogen dan hydrogen dalam nisbah 1:3.

    CH4(g) + H2 2(g)

    adalah salah satu daripada 3 asid bukan organik yang paling lazim.Di mana 2

    yang lain ialah asid hidroklorik dan asid sulfurik.Nama lain bagi asid nitrik adalah aqua

    fortis dan spirit of nitre.Apabila tulen, asid nitrik berwarna jernih,tetapi selalunya

    mempunyai warna kekuningan sedikit kerana kandungan nitrogen dioksida terlarut.

    Rajah 1 : Asid Nitrik

    Asid sulfurik (nama lama: minyak vitriol) ialah asid mineral yang kuat. Ia

    mempunyai formula kimia H2SO4. Asid sulfurik larut dalam air pada semua kepekatan.

    Asid sulfurik mempunyai banyak kegunaan, termasuk dalam kebanyakan reaksi kimia

    dan proses pembuatan. Ia digunakan secara meluas sebagai bahan kimia pengilangan.

  • 7/22/2019 PRAKTIKAL 5.docx

    2/6

    Kegunaan utama termasuk penghasilan baja, memproses bijih, sistesis kimia,

    pemprosesan air kumbahan dan penapisan minyak.

    Rajah 2 : Asid sulfurik

    BAHAN / RADAS :

    Larutan ammonia (2M), asid sulfurik cair (1M), bikar, rod kaca, penunu Bunsen, kakitripod, kasa dawai, corong penuras, penuras.

    PROSEDUR :

    1. 30cm3asid sulfurik cair dituangkan ke dalam bikar.

    2. Larutan ammonia ditambahkan sedikit demi sedikit ke dalam bikar sambil larutan

    dikacaukan.

    3. Apabila larutan berbau ammonia. larutan ammonia tidak lagi ditambah.

    4. Larutan dipanaskan sehingga menjadi 1/3 daripada jumlah asal.5. Larutan disejukkan dengan campuran ais dan air. Kristal garam yang dihasilkan

    ditapis dengan menggunakan corong penuras dan kertas turas.

    Rajah : Penyediaan baja garam ammonia

  • 7/22/2019 PRAKTIKAL 5.docx

    3/6

    KEPUTUSAN

    Hablur putih garam ammonium nitrat

    Terbentuk.

    SOALAN :

    1. Tuliskan persamaan lengkap untuk mewakili pembentukan ammonium

    sulfat dalam eksperimen ini.

    H2SO4 (aq) + 2NH3(aq) (NH4)2SO4(aq)

    2. Bagaimana penambahan ammonium sulfat mempengaruhi nilai pH tanah?

    Ammonia merupakan alkali. Jika ditambahkan dengan tanah yang asidik

    tanahnya akan menjadi neutral.

    3. Selain baja, ammonium sulfat juga digunakan sebagai adjuvant semburan

    pertanian bagi racun perosak larut air. Terangkan fungsi ammonium sulfat

    dalam bidang ini.

    Ammonium ABCD digunakan dalam penyemburan pertanian adjuvan untuk

    racun perosak yang larut dalam air, racun herba dan racun kulat. Ia berfungsi

    untuk mengikat besi dan kalsium kation yang hadir dalam air dan sel tumbuhan.

  • 7/22/2019 PRAKTIKAL 5.docx

    4/6

    Ia adalah khususnya berkesan sebagai adjuvant untuk 2,4-D (amina), glifosat

    dan racun rumpai glufosinate.

    4. Namakan 3 contoh baja semulajadi yang digunakan dalam pertanian.

    a) Tahi ayam

    b) Tahi kelawar

    c) Tahi lembu

    5. Namakan 3 contoh baja sintetik yang digunakan dalam pertanian.

    a) Baja asid nitrit

    b) Baja ammonium fosfat

    c) Baja bernitrogen

    6. Tuliskan persamaan kimia untuk mewakili pembentukan :

    a) Ammonia fosfat

    3NH3 + H3PO4 (NH4)3PO4

    b) Ammonia nitrat

    NH3 + HNO3 NH4NO3

    c) Urea

    2NH3 + CO2 (NH2)2CO + H2O

    7. Kirakan peratus nitrogen dalam 1 mol baja di atas. (RMM : H,1 ; C,12 ; N,14 ;

    O,16 ; P,31 ; S,32)

    Peratus nitrogen dalam ammonium fosfat :

    14 x 100 = 9.40 %

    149

  • 7/22/2019 PRAKTIKAL 5.docx

    5/6

    Peratus nitrogen dalam ammonium nitrat :

    14 x 100 = 17.5 %

    80

    Peratus nitrogen dalam ammonium sulfat :

    14 x 100 = 10.61 %

    132

    Peratus nitrogen dalam urea :

    14 x 100 = 23.33 %

    60

    8. Baja mana yang paling sesuai untuk pertumbuhan tumbuhan? Terangkan

    jawapan.

    Urea. Oleh sebab urea mempunyai peratus nitrogen yang banyak urea

    diperlukan dalam jumlah yang besar untuk tumbesaran tumbuh-tumbuhan. Jika

    tumbuh-tumbuhan berkurangan nitrogen akan menyebabkan tumbesaran yang

    terbantut.

    PERBINCANGAN

    Garam ammonia dapat dihasilkan melalui tindakbalas antara ammonium

    hidroksida dan asid sulfuric cair. Ammonia membentukbaja semula jadi ketika

    dicampur dengan air, dan boleh digunakan begitu sahaja tanpa mencampurkan bahan

    kimia. Hasil eksperimen ini dapat Kristal garam yang merupakan baja garam ammonia.

    Urea merupakan baja yang paling sesuai untuk pertumbuhan tumbuhan kerana

    mempunyai kandungan nitrogen yang banyak untuk tumbesaran tumbuh-tumbuhan.

    http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Baja_semula_jadi&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Baja_semula_jadi&action=edit&redlink=1
  • 7/22/2019 PRAKTIKAL 5.docx

    6/6