powerpoint presentation · pdf file•muncul kitab arthasastra iaitu teks tentang ......

13
CTU551 Maruwiah Ahmat 1 ACIS, UiTM 1 CTU 551 – TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA Maruwiah Ahmat PENGENALAN 2 HASIL PEMBELAJARAN • Mampu menghuraikan sumbangan Tamadun India kepada peradaban dunia. • Mampu mengenal pasti aspek Tamadun India dalam tamadun Melayu. • Mengenal pasti aspek-aspek persamaan dan perbezaan yang terdapat dalam pelbagai tamadun terutama India. KANDUNGAN BAB 4 TAMADUN INDIA 4.1 Sejarah Ringkas Kelahiran Tamadun India 4.1 Masyarakat dan Budaya dalam Tamadun India 4.3 Kepercayaan dan Nilai- nilai Murni dalam Tamadun India 4.4 Pencapaian dalam Pelbagai Bidang 4.5 Interaksi Tamadun India dengan tamadun lain dan relevensinya di Malaysia PENGENALAN 3 Tamadun India atau dikenali sebagai Tamadun Indus berlaku di benu kecil India yang kini dikenali sebagai India dan Pakistan. Zaman tamadun India kuno banyak berlaku di sekitar Sungai Indus yang sebahagian besar adalah kawasan Pakistan moden. Pada zaman pertengahan, kemuncak tamadun India berlau di kawasan utara dan tengah India terutama sekali zaman pemerintahan kesultanan Mongol. Tamadun India telah banyak memberi sumbangan terhadap perkembangan tamadun dunia . SEJARAH RINGKAS KELAHIRAN TAMADUN INDIA 4 SEJARAH RINGKAS KELAHIRAN TAMADUN INDIA Zaman Awal Zaman Pertengahan Zaman Moden 5 SEJARAH RINGKAS KELAHIRAN TAMADUN INDIA Zaman Sejarah Awal (1500 S.M) Zaman Vedik Empayar Maurya Empayar Gupta (Utara India) - keemasan Zaman Sangam (Selatan India) - sastera Zaman Proto-Sejarah (3000 S.M-1500 S.M) Tamadun Lembah Indus (penemuan di kawasan Mohenjodaro dan Harappa) Zaman Pra-sejarah (100 000 S.M-1000S.M) 6 ZAMAN AWAL

Upload: vuongkhanh

Post on 01-Feb-2018

320 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: PowerPoint Presentation · PDF file•Muncul kitab Arthasastra iaitu teks tentang ... Bidang Seni Bina PENCAPAIAN TAMADUN INDIA 35 PENCAPAIAN TAMADUN INDIA Dikuasai oleh kasta Brahmin-

CTU551

Maruwiah Ahmat 1

ACIS, UiTM

1 CTU 551 – TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

Maruwiah Ahmat

PENGENALAN

2

HASIL PEMBELAJARAN

• Mampu menghuraikan sumbangan Tamadun India kepada peradaban dunia.

• Mampu mengenal pasti aspek Tamadun India dalam tamadun Melayu.

• Mengenal pasti aspek-aspek persamaan dan perbezaan yang terdapat dalam pelbagai tamadun terutama India.

KANDUNGAN

BAB 4 TAMADUN INDIA 4.1 Sejarah Ringkas Kelahiran Tamadun India 4.1 Masyarakat dan Budaya dalam Tamadun India 4.3 Kepercayaan dan Nilai- nilai Murni dalam Tamadun India 4.4 Pencapaian dalam Pelbagai Bidang 4.5 Interaksi Tamadun India dengan tamadun lain dan relevensinya di Malaysia

PENGENALAN

3

• Tamadun India atau dikenali sebagai Tamadun Indus berlaku di benu kecil India yang kini dikenali sebagai India dan Pakistan.

• Zaman tamadun India kuno banyak berlaku di sekitar Sungai Indus yang sebahagian besar adalah kawasan Pakistan moden.

• Pada zaman pertengahan, kemuncak tamadun India berlau di kawasan utara dan tengah India terutama sekali zaman pemerintahan kesultanan Mongol.

• Tamadun India telah banyak memberi sumbangan terhadap perkembangan tamadun dunia .

SEJARAH RINGKAS KELAHIRAN TAMADUN INDIA

4

SEJARAH RINGKAS KELAHIRAN TAMADUN INDIA

Zaman Awal

Zaman Pertengahan

Zaman Moden

5

SEJARAH RINGKAS KELAHIRAN TAMADUN INDIA

Zaman Sejarah Awal (1500 S.M)

Zaman Vedik Empayar Maurya Empayar Gupta (Utara

India) - keemasan Zaman Sangam (Selatan

India) - sastera

Zaman Proto-Sejarah (3000 S.M-1500 S.M)

Tamadun Lembah Indus (penemuan di kawasan Mohenjodaro dan Harappa)

Zaman Pra-sejarah (100 000 S.M-1000S.M)

6

ZAMAN AWAL

Page 2: PowerPoint Presentation · PDF file•Muncul kitab Arthasastra iaitu teks tentang ... Bidang Seni Bina PENCAPAIAN TAMADUN INDIA 35 PENCAPAIAN TAMADUN INDIA Dikuasai oleh kasta Brahmin-

CTU551

Maruwiah Ahmat 2

ACIS, UiTM

SEJARAH RINGKAS KELAHIRAN TAMADUN INDIA

• Pencapaian Tamadun Lembah Indus :

• Mencapai satu tahap tamadun yang tinggi termasuk bidang pertanian, pertukangan dan organisasi.

• Mahir dalam perancangan bandar dan peraturan kesihatan.

• Aktiviti pertanian dan penternakan adalah aktiviti utama.

• Budaya Indus mula merosot dengan kedatangan kaum Aryan pada sekitar tahun 1500 SM yang dengan itu muncul peradaban baru di barat laut India.

TAMADUN LEMBAH INDUS (3000 SM-1500 SM)

7

SEJARAH RINGKAS KELAHIRAN TAMADUN INDIA

• Sejarah Zaman Vedik :

• Penghijrahan masuk bangsa Aryan.

• Berlaku pertembungan budaya dengan penduduk tempatan yang melahirkan budaya Indo-Aryan.

• Orang-orang Aryan telah mencipta teks-teks agama atau Veda-veda dan kitab yang terawal ialah Rig Veda.

• Peradaban Indo-Aryan banyak menyumbangkan elemen-elemen spiritual.

ZAMAN VEDIK (1500-500 SM)

8

SEJARAH RINGKAS KELAHIRAN TAMADUN INDIA

• Sejarah Zaman Maurya bermula sistem pemerintahan bercorak empayar.

• Kegemilangan dalam banyak bidang termasuklah keagamaan (Buddha dan Jainism).

• Peristiwa penaklukan Kalinga telah menyebabkan Asoka Piyadassi memeluk agama Buddha.

• Muncul kitab Arthasastra iaitu teks tentang kerajaan dan ekonomi.

ZAMAN MAURYA(321-185 SM)

9

SEJARAH RINGKAS KELAHIRAN TAMADUN INDIA

• Dikenali sebagai Zaman Klasik atau Zaman Keemasan.

• Chandragupta I, Samudragupta, dan Chandragupta II merupakan raja-raja yang terkenal dalam dinasti Gupta.

• banyak rekaan dan temuan dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan, logik, matematik, astronomi.

• Perkembangan dalam kesenian, kesusasteraan Hindu, dialektik dan agama serta falsafah.

• Beberapa karya yang sangat terkenal dicipta iaitu Shankuntala dan Kama Sutra.

ZAMAN GUPTA (300-600 SM)

10

SEJARAH RINGKAS KELAHIRAN TAMADUN INDIA

• Sejarah Zaman Muslim bermula bila Islam meletakkan batu asasnya yang pertama pada abad ke 8 melalui Muhammad Al-Qasim yang telah berjaya menguasai wilayah Sind pada 706 Masihi/ 87 Hijrah.

• Peringkat awal kedatangan Islam adalah dalam bentuk hubungan perdagangan yang turut membabitkan penyebaran Islam secara tidak langsung.

• Pada peringkat kedua, kedatangan Islam adalah dalam bentuk penaklukan yang dilakukan oleh orang Islam yang berbangsa Turki, Afghan dan Mongol.

ZAMAN MUSLIM (1000 M-1756 M)

11

ZAMAN PERTENGAHAN

British bahagikan India kepada 3:

Bengal (timur) Bombay (barat) Madras (selatan).

Penaklukan British bermula 1750.

Sejarah Zaman Moden bermula dengan kedatangan dan penaklukan Portugis (1498-1510), Belanda (1602), Perancis (1664).

SEJARAH RINGKAS KELAHIRAN TAMADUN INDIA

12

ZAMAN MODEN

Page 3: PowerPoint Presentation · PDF file•Muncul kitab Arthasastra iaitu teks tentang ... Bidang Seni Bina PENCAPAIAN TAMADUN INDIA 35 PENCAPAIAN TAMADUN INDIA Dikuasai oleh kasta Brahmin-

CTU551

Maruwiah Ahmat 3

ACIS, UiTM

SEJARAH RINGKAS KELAHIRAN TAMADUN INDIA

MERDEKA: 15 Ogos 1947- India dibahagi dua: India untuk Hindu dan Pakistan (14 Ogos) untuk Muslim.

British takluk kawasan demi kawasan India tanpa menghormati tradisi pemerintahan tempatan. Akibatnya, berlaku pemberontakan sosial pada 1857.

Membentuk pentadbiran moden dan dasar perdagangan yang menguntungkan Inggeris.

Perkenalkan sistem pendidikan Inggeris, reformasi sosial & agama, amalan & adat yang tidak sesuai ditentang & memperbaiki kedudukan wanita.

13

SEJARAH RINGKAS KELAHIRAN TAMADUN INDIA

Terbentuklah dua buah negara yang merdeka & terpisah:

Pakistan Timur - ditukar nama kepada Bangladesh

Pakistan Barat – menjadi Pakistan

Tahun 1971 – berlaku peperangan antara Pakistan Timur & Barat

Senario wilayah Islam di India selepas kemerdekaan:

Pakistan dibahagikan kepada dua wilayah iaitu:

• Pakistan Timur

• Pakistan Barat

14

MASYARAKAT DAN BUDAYA DALAM TAMADUN INDIA

MASYARAKAT INDIA

• Masyarakat Aryan telah berpindah ke India setelah kejatuhan Tamadun Lembah Indus.

• Masyarakat Aryan berasal dari Asia Tengah (seperti Iraq & Iran – Tamadun Mesopotamia).

• Tamadun awal dari Asia Tengah mempunyai hubungan dengan ajaran nabi-nabi.

• Penghijrahan ini menyebabkan terbentuknya peradaban baru iaitu Indo-Aryan

• Pembahagian masyarakat mengikut wilayah :

• Indo-Aryan – India utara

• Dravida – India selatan

• Gurkha, Buthiya & Khasi – Gunung Himalaya

• Mundas, Bhil & Khol – merupakan masyarakat asli

15

Budaya Hidup

Sistem Kasta Peringkat

Kehidupan Objektif

Kehidupan Kedudukan

Wanita

MASYARAKAT DAN BUDAYA DALAM TAMADUN INDIA

16

MASYARAKAT DAN BUDAYA DALAM TAMADUN INDIA

• Terdapat empat kasta utama :

• Brahmin : golongan intelek, ahli agama (mengendalikan kuil)

• Ksatriya : pemerintah, pentadbir, tentera (pertahankan negara)

• Vaisya : Pedagang, peniaga (menjana kekayaan)

• Sudra : buruh, petani

• Tiga kasta teratas adalah masyarakat Aryan. Sudra merupakan masyarakat tempatan.

• Sekatan:

• Sudra dilarang belajar Veda.

• Tidak boleh tukar kasta (tiada mobiliti sosial).

• Tidak digalakkan kahwin campur.

KEHIDUPAN BERKASTA

17

BUDAYA MASYARAKAT INDIA

MASYARAKAT DAN BUDAYA DALAM TAMADUN INDIA

• Falsafah :

• Menjana kebahagiaan masyarakat,

• Setiap golongan masyarakat memainkan peranan masing-masing.

• Kegagalan mana-mana golongan menggambarkan kelemahan masyarakat dan negara.

KEHIDUPAN BERKASTA

18

Page 4: PowerPoint Presentation · PDF file•Muncul kitab Arthasastra iaitu teks tentang ... Bidang Seni Bina PENCAPAIAN TAMADUN INDIA 35 PENCAPAIAN TAMADUN INDIA Dikuasai oleh kasta Brahmin-

CTU551

Maruwiah Ahmat 4

ACIS, UiTM

MASYARAKAT DAN BUDAYA DALAM TAMADUN INDIA

ASHRAMA DHARMA

(EMPAT PERINGKAT KEHIDUPAN)

Brahmacarya

Zaman kanak-kanak, remaja

dan belia. Peringkat

mempelajari ilmu

pengetahuan.

Grhastra

Berumah tangga dan

bekerja.

Vanaprahasta

Bertapa & bebaskan diri dari duniawi.

Sannayasa

Sebar ilmu kepada

masyarakat.

19

MASYARAKAT DAN BUDAYA DALAM TAMADUN INDIA

PURUSHARTA

(EMPAT OBJEKTIF KEHIDUPAN)

Dharma / Aram

Kepatuhan kepada moral

dan kerohanian Hindu =

Kebahagiaan, kekuatan spritual.

Porul / Artha

Bekerja untuk kekayaan dan

berasaskan dharma. Biayai

golongan memerlukan

seperti sannayasa.

Inbam / Kama

Cinta dan kasih sayang serta

kepuasan nikmati harta

benda. Gunakan untuk

kebaikan.

Vidu / Mokhsa

Kesempurnaan rohani hasil

bebas diri dari duniawi.

20

MASYARAKAT DAN BUDAYA DALAM TAMADUN INDIA

• Masyarakat Indo-Aryan :

• Zaman Veda Awal (1500 – 1000SM) - memberi kedudukan yang sama seperti lelaki

• Zaman Veda Akhir (1000-500SM) – wanita dihadkan kepada aktiviti rumahtangga semata-mata; tidak dibenarkan membaca kitab suci, menjalankan upacara keagamaan dan terlibat dengan pendidikan

• Wanita tidak berhak untuk hidup setelah kematian suami – adat sutti mereka dibakar bersama mayat suami

• Masyarakat Dravida :

• Mengamalkan perkara yang sama dengan dengan masyarakat Indo-Aryan

• Zaman Islam

• Islam mengangkat martabat wanita

KEDUDUKAN WANITA

21

Hinduisme

Buddhisme

Sikhisme

Jainisme

KEPERCAYAAN DAN NILAI-NILAI MURNI DALAM TAMADUN INDIA

22

AGAMA DAN KEPERCAYAAN

KEPERCAYAAN DAN NILAI-NILAI MURNI DALAM TAMADUN INDIA

Sejarah awal kemunculan agama ini sukar ditentukan kerana dianggap kepercayaan turun temurun serta tiada pengasas.

Bukti awal pengamalan agama ini ditemui dalam masyarakat Tamadun Lembah Indus - penemuan patung-patung dewi.

Asalnya dipanggil Sanata Dharma (prinsip kerohanian yang kekal abadi). Perkataan Hindu – digunakan orang Parsi.

Konsep ketuhanannya TRIMUTRI:

• Dewa Brahman - Dewa Pencipta

• Dewa Vishnu - Dewa Pelindung

• Dewa Shiva - Dewa Pemusnah.

23

KEPERCAYAAN DAN NILAI-NILAI MURNI DALAM TAMADUN INDIA

Omkara. Aksara suci bagi umat Hindu yang melambangkan “Brahman" atau "Tuhan Sang Pencipta".

Kitab-kitab suci veda:

• Rig Veda

• Sama Veda

• Yajur Veda

• Atharva Veda

Kitab-kitab tambahan :

• Brahmanas

• Upanishad

• Upa Purana

• Bhagavad Gita

24

HINDU

Page 5: PowerPoint Presentation · PDF file•Muncul kitab Arthasastra iaitu teks tentang ... Bidang Seni Bina PENCAPAIAN TAMADUN INDIA 35 PENCAPAIAN TAMADUN INDIA Dikuasai oleh kasta Brahmin-

CTU551

Maruwiah Ahmat 5

ACIS, UiTM

KEPERCAYAAN DAN NILAI-NILAI MURNI DALAM TAMADUN INDIA

KONSEP UTAMA

Brahman

Tuhan yang dibincangkan sebagai satu prinsip yang

menyelubungi segala-

galanya (roh duniawi).

Atman

Roh individu dalam badan

manusia yang

bertujuan untuk

diserapkan ke dalam

roh duniawi.

Karma

Perbuatan, pemikiran dan

pertuturan yang dilakukan oleh individu dalam

sesuatu kehidupan dan

akibat yang akan dialami dalam

kehidupan akan datang.

Samsara

Lingkaran kelahiran

dan kematian

yang dilalui oleh Atman.

Mokhsha

Pelepasan daripada kehidupan duniawi

dan penyatuan dengan Brahman. Jadi tujuan setiap

Atman adalah untuk

membebaskan diri daripada karma dan mencapai mokhsha.

25

KEPERCAYAAN DAN NILAI-NILAI MURNI DALAM TAMADUN INDIA

Pengasasnya Siddharta Gautama Buddha.

Buddha lahir di Lumbini, India.

Beliau adalah anak pemerintah suku Sakya di Kapilavastu (di kawasan Nepal pada masa kini).

Buddha: menandakan seseorang manusia itu telah mencapai taraf kesedaran kerohanian yang sempurna.

Tidak mengajar hal-hal ketuhanan /metafizik. Ajarannya berbentuk psikologi & etika yang berhubung rapat dengan kehidupan.

KITAB : TRIPITAKA : Sutta Pitaka, Vinaya Pitaka, Abidhamma Pittaka.

26

BUDDHA

4 Kebenaran Mulia dalam ajaraan Buddha:

• DUKKA : Penderitaan & kesengsaraan.

• SAMUDAYA : Punca/sebab penderitaan .

• NIRADHA : Memadam api keinginan seperti cinta, nafsu, gila kekayaan dll.

• MARGA : Jalan/cara memadamkan api keinginan iaitu melalui 8 jalan betul.

AHIMSA : Menolak penyeksaan serta pembunuhan. Walaupun untuk mengisi perut, seseorang itu tidak boleh membunuh binatang dan segala makhluk yang bernyawa. Ia melahirkan golongan vegetarian.

Buddha turut menerima Konsep Karma.

KEPERCAYAAN DAN NILAI-NILAI MURNI DALAM TAMADUN INDIA

27

KEPERCAYAAN DAN NILAI-NILAI MURNI DALAM TAMADUN INDIA

28

Jalan 8 Lapis Kesedaran

Benar

Kefahaman

Benar

Fikiran

Benar

Ucapan

Benar

Konsentrasi

Benar

Usaha

Benar

Hidup

Benar

Tindakan

Benar

Samandhi: Latihan Mental

Panna: Kebijaksanaan

Sila: Moral

KEPERCAYAAN DAN NILAI-NILAI MURNI DALAM TAMADUN INDIA

Pengasasnya : Mahavira, nama sebenarnya Vardhamana

Kitab: Ganipitaka

Tidak mengakui kewujudan tuhan tapi terima konsep karma dan samsara

Sebab dan akibat menentukan kelahiran semula roh-roh individu.

29

JAINISME

KEPERCAYAAN DAN NILAI-NILAI MURNI DALAM TAMADUN INDIA

Ajarannya terbentuk daripada 9 prinsip (nava tattva):

• Jiwa/Jiva : roh terdapat dalam semua benda yang bernyawa.

• Ajiva: benda yang tidak bernyawa seperti air,kayu, batu dll.

• Punya karma: pahala/hasil perbuatan baik.

• Pava : dosa, hasil perbuatan, fikiran, pertuturan jahat.

• Asrava: daya penarik/jalan dari mana jiwa dikotorkan dgn dosa.

• Bandha: ikatan roh dgn keinginan dan kejahilan.

• Samvara: mengelak diri/daya tahan diri dpd aliran masuk dosa.

• Nirjava: penghapusan karma.

• Siddhi: pelepasan dari kelahiran semula.

30

Page 6: PowerPoint Presentation · PDF file•Muncul kitab Arthasastra iaitu teks tentang ... Bidang Seni Bina PENCAPAIAN TAMADUN INDIA 35 PENCAPAIAN TAMADUN INDIA Dikuasai oleh kasta Brahmin-

CTU551

Maruwiah Ahmat 6

ACIS, UiTM

Muncul lewat abad ke 15 dan tertumpu di wilayah Punjab.

Diasaskan oleh Kabir, usahanya diteruskan oleh Guru Nanak.

Tuhan dipanggil dengan pelbagai nama seperti Rama dan Hari.

Kitab : Granth Sahib (Kitab Tuhan)

Mengambil elemen Islam dan Hindu.

Antara elemen Islam: Penggunaan patung diharamkan, Menekankan penyembahan tuhan dan penghapusan kasta

Antara elemen Hindu: Menerima idea kelahiran semula

KEPERCAYAAN DAN NILAI-NILAI MURNI DALAM TAMADUN INDIA

31

SIKHISME

KEPERCAYAAN DAN NILAI-NILAI MURNI DALAM TAMADUN INDIA

Terdapat 10 Guru yang berperanan dalam perkembangan agama ini.

Guru Govind Singh asaskan Khalsa/kumpulan pahlawan yang amalkan 5k:

• Kos - rambut panjang

• Kangha – sikat

• Krpan/khanda – pedang

• Kachcha - seluar pendek

• Kara - gelang)

32

KEPERCAYAAN DAN NILAI-NILAI MURNI DALAM TAMADUN INDIA

Nilai dan etika utama Sikhisme:

• Karma

• Kesempurnaan rohani

Karma

• Tindakan yang dilakukan oleh seseorang dalam kehidupan kini dari segi perbuatan, ucapan dan pemikiran akan menentukan kehidupannya yang akan datang.

• Roh adalah elemen yang kekal abadi tapi terikat dengan perbuatan terdahulu yang akan menentukan kelahiran semula roh.

• Kepercayaan kepada doktrin ini akan menggalakkan seseorang melakukan amalan baik.

33

KEPERCAYAAN DAN NILAI-NILAI MURNI DALAM TAMADUN INDIA

Kesempurnaan Rohani

• Jalan untuk capai kesempurnaan rohani ialah melalui yoga. Yoga ialah penyatuan dengan tuhan melalui latihan rohani & jasmani:

• Karma Yoga : Asingkan diri atau buat kebajikan kepada masyarakat, tidak pentingkan diri sendiri & hidup sederhana.

• Bhakti Yoga : Buat kebaikan & kebajikan sebanyak mungkin untuk dekatkan diri kepada tuhan.

• Jnana Yoga : Gunakan ilmu pengetahuan & kebijaksanaan dengan cara amalkan tatatertib keagamaan yang sangat ketat di samping tanamkan sifat mulia seperti sabar & menahan nafsu.

34

Bidang Pendidikan

Bidang Sains

•Matematik

•Astronomi

•Kalendar

•Fizik

•Kimia

•Logam

•Perubatan

Bidang Kesenian

•Muzik

•Tarian

•Drama

•Lukisan

Bidang Bahasa dan

Kesusasteraan

Bidang Seni Bina

PENCAPAIAN TAMADUN INDIA

35

PENCAPAIAN TAMADUN INDIA

Dikuasai oleh kasta Brahmin- kitab Veda

Penubuhan universiti

Zaman Islam: berkembang pesat – semua golongan

• Bertambah pusat pendidikan

Zaman Inggeris: pendidikan Inggeris berkembang

36

BIDANG PENDIDIKAN

Page 7: PowerPoint Presentation · PDF file•Muncul kitab Arthasastra iaitu teks tentang ... Bidang Seni Bina PENCAPAIAN TAMADUN INDIA 35 PENCAPAIAN TAMADUN INDIA Dikuasai oleh kasta Brahmin-

CTU551

Maruwiah Ahmat 7

ACIS, UiTM

PENCAPAIAN TAMADUN INDIA

Matematik

• Sistem angka sifar (dikenali juga sebagai sunya)

• Algebra

• Sistem perpuluhan

• Trigonometri

• Geometri (menjadi asas dalam senibina

Kalendar

• Berdasarkan perkiraan astronomi muncul kelendar matahari

37

BIDANG SAINS DAN MATEMATIK

PENCAPAIAN TAMADUN INDIA

Astronomi

• Brahmagupta telah memperkenalkan hukum graviti dan berjaya menghitung dengan tepat ukur lilit bumi.

• Jyotisa atau ilmu kaji bintang adalah salah satu bahagian utama Rig Veda. Ia merupakan perkiraan astronomi yang digunakan pada zaman awal menentukan tarikh dan masa bagi upacara pengorbanan.

Fizik

• Alam semesta dipercayai mengandungi lima elemen iaitu tanah, angin, api, air dan angkasa.

• Dunia mempunyai 5 elemen asas:

• Bumi

• Api

• Udara

• Air

• Gelombang

38

PENCAPAIAN TAMADUN INDIA

Kimia • Kajian tertumpu pada peleburan logam, pembuatan wangian

dan pewarna. Juga pembuatan ubat.

• Pengetahuan kimia tidak digunakan untuk mengubah dan menjadikan logam besi kepada emas seperti yang dilakukan di Eropah.

Logam • Terbukti dengan pembinaan Iron Pillar of Delhi atau Menara Besi

(tiang Besi) di Delhi berdekatan Qutb Minar yang dibuat pada 5M.

39

PENCAPAIAN TAMADUN INDIA

Perubatan

• Ilmu perubatan India bermula pada zaman Vedik sebagai seni ilmu sihir.

• Unsur-unsur perubatan seperti fisiologi, pembedahan, pernafasan melalui amalan yoga, reproduksi manusia, farmakologi dan perubatan binatang, telah wujud sebelum tahun Masihi.

• Teks-teks perubatan India seperti Caraka (kurun pertama hingga ke-2) dan Susruta (kurun ke 4) dianggap setaraf dengan Hippocrates dan Galen

40

PENCAPAIAN TAMADUN INDIA

Muzik

• 4 kategori dalam alat muzik iaitu tata (tali), avanaddha (dram), ghana (solid/ideophone) dan susira (angin). Berbeza India Utara dan India Selatan

• India Utara: sitar, sahnai dan tabla. India Selatan: Karnataka

Tarian

• Tarian yang tulen adalah mempunyai pergerakan gaya tangan, kaki, tangan muka, perasaan.

Drama

• Antara yang terkenal drama Sakuntala

Lukisan

• Dinding istana, ruang dalaman rumah golongan kaya, kuil

• Pengaruh dari epik klasik Ramayana dan Mahabrata

41

BIDANG KESENIAN

PENCAPAIAN TAMADUN INDIA

Bahasa

• Lebih 325 bahasa dan 750 loghat tapi 14 sahaja jadi bahasa utama dan diperakui oleh perlembagaan

• Antaranya, Hindi, Tamil, Punjabi, Malayalam dll

• Bahasa Indo-Arya: Sanskrit spt Hindi, Kashmiri dll.

• Bahasa Dravida: Telegu, Tamil, Malayalam dll

• Bahasa Urdu

• Bahasa Inggeris

Kesusasteraan

• Kesusasteraan Indo-Arya

• Kesusasteraan Vedik

• Kesusasteraan Epik, dll

42

Page 8: PowerPoint Presentation · PDF file•Muncul kitab Arthasastra iaitu teks tentang ... Bidang Seni Bina PENCAPAIAN TAMADUN INDIA 35 PENCAPAIAN TAMADUN INDIA Dikuasai oleh kasta Brahmin-

CTU551

Maruwiah Ahmat 8

ACIS, UiTM

PENCAPAIAN TAMADUN INDIA

Merangkup binaan, ukiran gua, kuil, duit syiling

Zaman Maurya, seni bina dan seni ukir berkembang maju.

Tiang Asoka adalah antara kemegahan senibina/ukir India

Zaman Gupta: seni bina lebih cemerlang

Zaman Islam: gabungan unsur Parsi dan Hindu berkembang

43

BIDANG SENI BINA

PENCAPAIAN TAMADUN INDIA

Senibina Taj Mahal di Agra Dibina zaman Shah Jahan

44

Agra Fort, India

Sumbangan

Keagamaan

Politik & pemerintahan

Sosial

Ekonomi

Intelektual

Senibina

Bahasa & kesusasteraan

Kesenian

SUMBANGAN TAMADUN INDIA

45

SUMBANGAN TAMADUN INDIA

• 650M; Penaklukan Balucistan, 712M; Penaklukan Sind

• Abad 16 Masihi penaklukan hampir seluruh India oleh kerajaan Mughal

Kedatangan

• Ajaran akidah keimanan - 150 juta penduduk India menganut agama Islam

• Ajaran tentang kebersihan - penganut Hindu menganggap kotoran sebahagian daripada ibadah yang menyampaikan seseorang hamba ke alam nirwana.

Keagamaan

46

KEAGAMAAN

SUMBANGAN TAMADUN INDIA

Dinasti Subaktigin (1004-1186M)

Dinasti Hamba/Kesultanan Delhi (1175-1290M)

Dinasti Khilji (1290M-1320M)

Dinasti Tughluq (1320M-1412M)

Dinasti Sayid (1412M-1450M

Dinasti Lodi (1451M-1526M)

Dinasti Babur/Mughal (1526M-1858M)

47

BIDANG POLITIK

Sultan Bahadur Shah II

SUMBANGAN TAMADUN INDIA

• Kerajaan Islam Pertama di India

• Zaman kemuncak di bawah Sultan Mahmud al-Ghaznawi

• Pemerintah Abbasiyah telah menggelarkannya ‘Yaminud Daulah’

• Sumbangannya:

• Menguasai sebuah wilayah yang luas di India.

• Menjadi asas penting penguasaan Islam terutamanya di bahagian utara India

Subaktigin (1004-1186M)

48

Page 9: PowerPoint Presentation · PDF file•Muncul kitab Arthasastra iaitu teks tentang ... Bidang Seni Bina PENCAPAIAN TAMADUN INDIA 35 PENCAPAIAN TAMADUN INDIA Dikuasai oleh kasta Brahmin-

CTU551

Maruwiah Ahmat 9

ACIS, UiTM

SUMBANGAN TAMADUN INDIA

• Diasaskan oleh Alaudin Hussien al Ghuri.

• Sumbangannya:

• Menyatukan masyarakat India di bawah kekuasaan Islam.

• Memberi kebebasan beragama kepada rakyat.

• Menjalankan keadilan tanpa mengira bangsa dan agama.

• Mendirikan masjid dan memajukan ilmu pengetahuan.

Kerajaan Ghuri (1168-1206M)

49

SUMBANGAN TAMADUN INDIA

• Diasaskan oleh Jalaluddin Khilji seorang Afghanistan.

• Menghadapi tekanan kaum Hindu serta tentera Monggol.

• Sumbangannya:

• Menetapkan harga barang, reformasi kutipan cukai, gandum dihantar dan disimpan di Delhi.

• Membangunkan tanah terbiar.

• Mempertahankan negara dari ancaman Monggol dan Turki serta meluaskan wilayah Islam hingga ke Selatan Dakka.

Kerajaan Khilji (1290-1316M)

50

SUMBANGAN TAMADUN INDIA

• Diasaskan oleh Ghiyatuddin Tughluq

• Sumbangannya:

• Mengadakan perubahan pada dasar cukai serta reformasi tanah.

• Mengadakan perubahan dasar-dasar kewangan dengan mengambil contoh sistem kewangan China dan Parsi namun gagal kerana wujudnya wang palsu.

• Memindahkan ibu kota Delhi ke Devagiri pada 1327M

Kerajaan Tughluq (1316-1398M)

51

Sultan Muhammad Tughluq menerima

mengadap Ibn Battutah

SUMBANGAN TAMADUN INDIA

• Pimpinan bangsa Mongol

• Diasaskan oleh Zahiruddin Muhammad Babur, keturunan Mongol (1482-1530M)

• Disebut juga dengan nama kerajaan Babur (nama pengasas) dan Mughal atau Mogul’

• Mughal adalah versi Indo-Aryan dari Mongol.

• Agama rakyat Mughal ialah Islam

Kerajaan Mughal/Mongol (1526-1858M)

52

SUMBANGAN TAMADUN INDIA

Pem

eri

nta

h M

ugh

al

Zahiruddin Muhammad Babur (1526-1530M)

Humayun (1530-1556M)

Akbar (1556-1605M)

Jahangir (1605-1627M)

Shah Jahan (1628-1658M)

Aurangzeb (1659-1707) 53

SUMBANGAN TAMADUN INDIA

54

• Sejarah kedatangan Mughal di India bermula dengan kejatuhan Tughluq.

• Sumbangannya:

• Menyatupadukan kekuatan pemimpin Islam yang berpecah.

• Menjatuhkan kerajaan Lodi dalam perang Panipat pada tahun 1526M serta mengalahkan orang-orang Rajput dan Afghan.

Zahiruddin Babur (1494-1530M)

Page 10: PowerPoint Presentation · PDF file•Muncul kitab Arthasastra iaitu teks tentang ... Bidang Seni Bina PENCAPAIAN TAMADUN INDIA 35 PENCAPAIAN TAMADUN INDIA Dikuasai oleh kasta Brahmin-

CTU551

Maruwiah Ahmat 10

ACIS, UiTM

SUMBANGAN TAMADUN INDIA

• Mewarisi pemerintahan ayahnya Babur. Peribadinya tinggi, terpelajar dan bijak mengatur strategi.

• Sumbangannya:

• Mengatur tentera yang kucar kacir hingga mengalahkan Lodi.

• Perpecahan di kalangan musuhnya membolehkan ia menawan Delhi.

• Sikap toleransi terhadap mazhab lain.

Humayun (1530-1556M)

55

SUMBANGAN TAMADUN INDIA

• Tokoh yang kontroversi, mewarisi ayahnya Humayun ketika berusia 14 tahun.

• Kegiatannya meliputi bidang keagamaan dan politik.

• Sumbangannya:

• Penaklukan: Dibantu oleh Bairan Khan wazir ayahnya dahulu.

• Dalam usaha penaklukan dia menumpukan bahagian tengah India seterusnya ke utara dan ke selatan India.

• Sistem Pentadbiran: Bercorak autokrasi – dibantu oleh pentadbir-pentadbir yang cekap dari berbilang kaum.

Akbar (1556-1605)

56

SUMBANGAN TAMADUN INDIA

57

• Asas agama baru :

– Din ilahi – hancurkan ajaran Islam asal

– Penganut disebut Chela

– Ajaran halalkan yang haram dan haramkan yang halal

– Asas ajaran din ilahi:

• Asas akidahnya tersimpul pada la ilaha akhbar khalifatullah.

• Semua agama mempunyai prinsip yang baik & menghormati penyembahan api (Zoroaster).

• Menterjemahkan kitab Injil dan menghormati konsep trinity serta melarang penyembelihan lembu (Hindu).

• Judi dan arak dihalalkan, poligami diharamkan serta ulama diperlekehkan.

SUMBANGAN TAMADUN INDIA

• Mengadakan peraturan negara yang dikenali sebagai rukun dua belas

• Sumbangannya:

• Menghapuskan pemberontakan anaknya Khusrav.

• Menghapuskan pemberontakan Sher Afghan.

• Mengamankan negara dari ancaman kaum Rajpur dengan kerjasama anaknya yang ketiga Shah Jahan.

Jahangir (1605-1627M)

58

SUMBANGAN TAMADUN INDIA

• Zaman keemasan bagi kerajaan Mughal di India.

• Sumbangannya:

• Tiada ancaman luar yang serius & dapat menyusun tentera yang setia.

• Sektor ekonomi berkembang, wujudnya kegiatan import dan eksport dengan Asia Barat dan Eropah.

• Banyak melakukan pembinaan bangunan yang tinggi mutunya seperti Taj Mahal & Masjid Mutiara.

• Menggalakkan kegiatan kesusasteraan.

Shah Jahan (1628-1658M)

59

SUMBANGAN TAMADUN INDIA

• Putera kepada Shah Jahan, seorang pemerintah yang soleh.

• Sumbangannya:

• Berjaya menyatukan seluruh daerah yang lemah & mencapai daerah kekuasaan yang terbesar di India.

• Menghapuskan saki baki ajaran Din Ilahi seperti mengharamkan judi, arak dll.

• Mengadakan jabatan yang khas untuk mengawal dan membangunkan masjid-masjid.

Aurangzeb (1659-1707)

60

Page 11: PowerPoint Presentation · PDF file•Muncul kitab Arthasastra iaitu teks tentang ... Bidang Seni Bina PENCAPAIAN TAMADUN INDIA 35 PENCAPAIAN TAMADUN INDIA Dikuasai oleh kasta Brahmin-

CTU551

Maruwiah Ahmat 11

ACIS, UiTM

SUMBANGAN TAMADUN INDIA

KESIMPULAN

Kerajaan yang mempunyai pengaruh besar dalam menjalankan pemerintahan Islam di India ialah:

• Dinasti Subaktigin (1004-1186M)

• Dinasti Hamba/Kesultanan Delhi (1175-1290M)

• Dinasti Babur/Mughal (1526M-1858M)

Wujudkan jabatan khas untuk mengawal & membangunkan masjid seperti yang dilakukan oleh Aurangzeb.

61

SUMBANGAN TAMADUN INDIA

• Dasar terbuka dalam pelantikan pegawai kerajaan

– Islam telah dianuti oleh lebih kurang 150 juta penduduk India selama hampir 800 tahun sehingga jatuh ke tangan Inggeris pada tahun 1857.

– Selepas kejatuhan, India telah berpecah kepada Pakistan dan Bangladesh.

– Kemasukan Islam telah membangunkan negara India ke arah kemajuan dan peradaban yang tinggi serta kehidupan yang lebih baik dan teratur.

62

SUMBANGAN TAMADUN INDIA

Islam terlebih dahulu dianuti oleh golongan kasta rendah (sudra) - Islam telah mengangkat harga diri.

Kaum wanita Hindu yang masuk Islam diberi hak asasi sebagai wanita yang bebas dan terhormat.

Sebelumnya, wanita yang kematian suami tidak berhak hidup, mereka harus membakar diri bersama mayat suaminya (sutee)

Islam telah memberi hak pusaka dan lain-lain.

Islam mengiktiraf perkahwinan merentas kasta.

Islam memberikan hak kaum Hindu dalam beragama.

Islam menghapuskan sistem perhambaan (tahrir al-raqabah).

63

BIDANG SOSIAL

SUMBANGAN TAMADUN INDIA

Kakitangan kerajaan diberi gaji contohnya tentera.

Mendirikan tempat tumpuan eknomi seperti kilang-kilang

Hubungan dagang berkembang – eksport & import dengan Asia Barat, Eropah, Asia Tenggara dan China terutamanya semasa Mughal

Eskport hasil tenun ke Eropah, Afrika, Arab dan Asia Tenggara – di zaman Mughal

Memajukan pertanian dengan membina empangan yang besar seperti yang dilakukan oleh Shah Jahan, pemerintah Mughal

64

BIDANG EKONOMI

SUMBANGAN TAMADUN INDIA

Jalaluddin Khilji, pemerintah kerajaan Khilji dan Ghiyatuddin dari kerajaan Tughluq telah melakukan beberapa perkara iaitu:

• Menetapkan harga barang

• Reformasi kutipan cukai

• Gandum dihantar dan disimpan di Delhi

• Membangunkan tanah terbiar / reformasi tanah

• Mengadakan dasar kewangan – mengambil sistem kewangan China & Parsi

Memperkenalkan sistem zakat, jizyah, kharaj .

65

SUMBANGAN TAMADUN INDIA

Islam telah mencorakkan pola pemikiran bangsa India yang sebelum ini jauh dari peradaban dan tamadun yang dapat dibanggakan.

Ilmu-ilmu Islam telah berkembang di tanah India dengan subur.

Lahir ulama-ulama besar bertaraf antarabangsa contohnya:

• Imam Ahmad bin Abdul Rahim / Syah Waliyullah al-Dahlawi - bidang ilmu hadis

Pembinaan institusi intelektual:

•Madrasah /Sekolah

•Kolej / Universiti

•Hospital

•Masjid

Pendidikan dijalankan secara formal dan informal Aktiviti penulisan dalam bidang sejarah

66

BIDANG INTELEKTUAL

Page 12: PowerPoint Presentation · PDF file•Muncul kitab Arthasastra iaitu teks tentang ... Bidang Seni Bina PENCAPAIAN TAMADUN INDIA 35 PENCAPAIAN TAMADUN INDIA Dikuasai oleh kasta Brahmin-

CTU551

Maruwiah Ahmat 12

ACIS, UiTM

SUMBANGAN TAMADUN INDIA

Perkembangan bidang astronomi

• Peminjaman terma astronomi Parsi

• Pengiraan longitud & latitud bumi

• Pengiraan kalendar

Aktiviti penterjemahan

• Penterjemahan karya Hindu ke bahasa Parsi seperti Mahabrata dan Ramayana

• Terjemah karya Parsi ke bahasa Hindi

• Pesat di zaman Akbar

Muncul gerakan Islam

• Dua gerakan Islam yang sangat ketara di peringkat antarabangsa, iaitu gerakan ‘Jamaah Islamiah’ dan ‘Gerakan Tabligh’.

• Gerakan yang mewarnai kebangkitan Islam di bumi India dan antarabangsa sampai kehari ini

67

SUMBANGAN TAMADUN INDIA

Muncul satu bahasa baharu iaitu bahasa Urdu yang merupakan campuran beberapa bahasa iaitu:

• Arab

• Parsi

• Turki

Aktiviti penulisan dalam bidang sejarah, kesusasteraan (seperti zaman Shah Jahan, Moghul)

Kesusasteraan Parsi dan India berkembang semasa pemerintahan Moghul

68

BAHASA DAN KESUSASTERAAN

Turki Islam di zaman Kesultanan Delhi

Parsi Islam – di zaman Moghul

Senibina yang mempunyai mutu yang tinggi seperti :

• Binaan masjid

• Masjid Mutiara – binaan berlapis mutiara dibina semasa Shah Jahan

• Masjid Raya Delhi – oleh Shah Jahan

• Binaan makam

• Taj Mahal di Agra – binaan makam – oleh Shah Jahan

• Binaan istana

• Istana Fatehpur Sikri – dibina semasa Akbar

• Istana di Lahore – semasa Shah Jahan

SUMBANGAN TAMADUN INDIA

69

SENI BINA

Wujud pengaruh Parsi:

• Alat muzik sitar - gabungan vinai India selatan dan tanbura Parsi

• Tarian kathak menggunakan pakaian Parsi dengan tema Hindu

• Turki Islam di zaman Kesultanan Delhi

• Parsi Islam – zaman Mughal

SUMBANGAN TAMADUN INDIA

70

KESENIAN/HIBURAN

INTERAKSI TAMADUN INDIA DAN TAMADUN LAIN

• Meliputi Tanah Melayu (Malaysia), Indonesia, Brunei, Thailand, Myanmar, Bengal, China, Kalimantan dan Sumatera.

Pengaruh Tamadun India di Asia Tenggara;

• Keinginan mencari kekayaan : Asia & Rom

• Penyebaran agama Buddha & Brahmanisme

• Penaklukan empayar ; Saleindra di Sumatra & Kedah.

• Aktiviti Pelayaran ; Kisah Pedangan Sanudasa

• Aktiviti Perdagangan ; di Takuapa, Labu Tuwa & Sumatera.

Faktor Perkembangan di Asia Tenggara;

71

INTERAKSI TAMADUN INDIA DAN TAMADUN LAIN

• Hubungan melalui jalan laut ; pelayaran putera-putera diraja India.

• Perkahwinan dengan rakyat tempatan

• Jajahan takluk yang dikuasai; Rajendra Chola kuasai Kedah & Sumatera.

• Pelayaran & perdagangan; Pelabuhan Tamralipti, Podouke, Bhrgukaccha dan Supara.

Bentuk Hubungannya di Asia Tenggara;

72

Page 13: PowerPoint Presentation · PDF file•Muncul kitab Arthasastra iaitu teks tentang ... Bidang Seni Bina PENCAPAIAN TAMADUN INDIA 35 PENCAPAIAN TAMADUN INDIA Dikuasai oleh kasta Brahmin-

CTU551

Maruwiah Ahmat 13

ACIS, UiTM

INTERAKSI TAMADUN INDIA DAN TAMADUN LAIN

Kesan Perkembangan di Asia Tenggara

• Penyebaran agama Hindu & Buddha yang berasal dari India ; kuil, candi, di Bali, Lembah Bujang & Sumatera Agama

• Pengaruh budaya & tradisi Melayu; “Seri Paduka Baginda”, warna kuning, upacara kematian. Budaya

• Elemen spiritual Hindu; wayang kulit, tarian kuda kepang, seni ukir, seni bina, seni petahankan diri. Kesenian

• Pengaruh Hindu dalam Bahasa Sanskrit; budi, budaya, warna dan pengaruh epik Ramayana & Mahabratha, Hikayat Sang Boma, Hikayat Seri Rama. Bahasa

73

KESIMPULAN

• Tamadun India bermula dengan peradaban Mahenjo-Daro & Harappa, diikuti kedatangan Islam, kemudiannya Barat.

• Unsur kepercayaan Tamadun India berpusat pada karya Veda dan mazmur-mazmur, penggabungan unsur-unsur alam semula jadi.

• Cabaran kontemporari dalam Tamadun India berpaksikan nasionalisme dan pemodenan oleh Barat yang memberikan pengaruh dalam bidang politik, ekonomi, sosial dan keagamaan.

• Tamadun India antara tamadun manusia yang terhebat yang memberi impak kepada Tamadun dunia.

74