potensi perniagaan online

3
Potensi dan Peningkatan e-Dagang di Malaysia Urusniaga digital merupakan format yang sangat berbeza daripada bentuk urusniaga tradisional. Perdagangan elektronik atau dikenali sebagai e-dagang merupakan sistem perniagaan jual beli yang dilakukan di internet. Proses jual beli ini secara keseluruhannya melibatkan pihak penjual, pembeli dan pihak-pihak ketiga seperti bank, syarikat-syarikat kewangan, syarikat kad kredit, pengeluar sijil pengesahan digital dan lain-lain lagi. Tujuan kewujudan pihak ketiga ini membolehkan pembeli membeli dengan selesa serta meningkatkan keyakinan pembeli di dalam proses jual beli secara e-dagang. Seperti yang diketahui umum, pelbagai cara dan kaedah kerajaan lakukan untuk menarik minat pengguna menggunakan internet seterusnya meningkatkan potensi e-dagang untuk kemudahan seharian. Antaranya ialah: 1) Kerajaan meningkatkan penggunaan PC dan internet di Malaysia Selaras dengan matlamat Malaysia yang ingin menjadi negara maju menjelang 2020, pernah diadakan sebelum ini kempen dimana para penjual dikehendaki menyediakan promosi dan harga berpatutan kepada pelanggan untuk memiliki PC dan internet. Kempen ini telah dilaksanakan oleh konsortium komputer dan Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia. Tujuannya bagi menggalakkan warga Malaysia celik IT dan bijak menggunakan teknologi seperti e-dagang seterusnya menjadikan Malaysia setaraf dengan negara maju yang lain. 2) Memberikan pinjaman Kerajaan turut memberikan pinjaman kepada kakitangan kerajaan untuk membeli komputer serta memberikan potongan cukai dan kemudahan untuk pengeluaran wang daripada KWSP. Ini menunjukkan kerajaan bertindak secara serius untuk pembangunan IT. 3) Tempat awam

Upload: hellowu

Post on 18-Dec-2015

27 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

sda

TRANSCRIPT

Potensi dan Peningkatan e-Dagang di MalaysiaUrusniaga digital merupakan format yang sangat berbeza daripada bentuk urusniaga tradisional. Perdagangan elektronik atau dikenali sebagai e-dagang merupakan sistem perniagaan jual beli yang dilakukan di internet.

Proses jual beli ini secara keseluruhannya melibatkan pihak penjual, pembeli dan pihak-pihak ketiga seperti bank, syarikat-syarikat kewangan, syarikat kad kredit, pengeluar sijil pengesahan digital dan lain-lain lagi. Tujuan kewujudan pihak ketiga ini membolehkan pembeli membeli dengan selesa serta meningkatkan keyakinan pembeli di dalam proses jual beli secara e-dagang.

Seperti yang diketahui umum, pelbagai cara dan kaedah kerajaan lakukan untuk menarik minat pengguna menggunakan internet seterusnya meningkatkan potensi e-dagang untuk kemudahan seharian. Antaranya ialah:

1) Kerajaan meningkatkan penggunaan PC dan internet di Malaysia

Selaras dengan matlamat Malaysia yang ingin menjadi negara maju menjelang 2020, pernah diadakan sebelum ini kempen dimana para penjual dikehendaki menyediakan promosi dan harga berpatutan kepada pelanggan untuk memiliki PC dan internet. Kempen ini telah dilaksanakan oleh konsortium komputer dan Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia. Tujuannya bagi menggalakkan warga Malaysia celik IT dan bijak menggunakan teknologi seperti e-dagang seterusnya menjadikan Malaysia setaraf dengan negara maju yang lain.

2) Memberikan pinjaman

Kerajaan turut memberikan pinjaman kepada kakitangan kerajaan untuk membeli komputer serta memberikan potongan cukai dan kemudahan untuk pengeluaran wang daripada KWSP. Ini menunjukkan kerajaan bertindak secara serius untuk pembangunan IT.

3) Tempat awam

Bagi menggalakkan penggunaan PC dan internet, tempat-tempat awam seperti siber cafe, perpustakaan, dewan pengguna dan sebagainya disediakan kemudahan komputer dan internet. Hal ini membolehkan mereka yang tidak berkemampuan dapat merasai dan mempelajari penggunaan internet di mana sahaja.

4) Kerjasama kerajaan dan swasta

Untuk meningkatkan penggunaan ICT seterusnya memperkenalkan kewujudan e-dagang, kerajaan dengan pertolongan pihak swasta akan terus menjalinkan kerjasama bagi membantu rakyat Malaysia agar celik ilmu dalam bidang digital. Ini merupakan usaha sama untuk mencapai wawasan negara maju 2020.

5) Kajian terperinci

Oleh kerana Asia Pasifik merupakan sebuah benua dengan ekonomi yang sedang membangun dengan pesatnya, capaian Internet adalah salah satu aspek yang penting untuk meningkatkan dagangan. Kerajaan Malaysia menganggarkan jumlah e-dagang akan meningkat setiap tahun. Realitinya kini lebih banyak laman web e-dagang tempatan muncul dan ini merupakan satu petanda yang amat baik.

6) Menyeluruh

Kebaikan dan kelebihan pada usahawan kecil mahupun usahawan mikro diluar bandar ialah boleh meluaskan dan melebarkan pemasaran di peringkat global melalui e-dagang. Mereka berpeluang melangkah dengan lebih jauh dengan meneroka di pasaran antarabangsa seiring dengan perkembangan teknologi terkini.