poster dan reka bentuk grafik

20
POSTER DAN REKA BENTUK GRAFIK 1 . Pengenalan Poster merupakan suatu penampilan seni komunikasi tampak, berfungsi menyampaikan mesej dalam bentuk imej, teks yang mudah, ringkas dan jelas. Gabungan antara teks, ilustrasi yang mudah, jelas dan mudah difahami adalah pengenalan pada ciri-ciri poster. Selain itu poster juga dimaksudkan sebagai pelekat dengan fungsi yang sama untuk menyebarkan maklumat, pengumuman dalam bentuk pengiklanan, kempen dan fungsi-fungsi tertentu untuk berkomunikasi. Penghasilan poster merupakan sebahagian karya seni tampak yang penuh dengan nilai estetik apabila gayaannya ditampilkan dengan fungsi yang menonjolkan elemen tipografi, imej dan warna. Dengan gabungan elemen tadi telah mengangkat poster menjadi karya seni tampak sekaligus sebagai saluran melontarkan mesej. Penampilannya mudah difahami, dibaca dan dihayati menjadi suatu disiplin seni yang sesuai hingga kini. Di samping menjadi karya seni, seseorang artis dapat mengeksploralisasikan poster melalui bahan dan teknik melalui pengubahsuaian kepada satu dimensi baru. Apabila poster dikaitkan dengan komunikasi, ianya dikategorikan sebagai saluran pengantara antara pengantar (pereka grafik) kepada penerima. Manakala kedudukan poster itu adalah sebagai media. Bagi menjelaskan poster sebagai media

Upload: mohamed-noor-bin-othman

Post on 20-Jun-2015

3.810 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Apabila hasil reka bentuk grafik dimanipulasikan ke dalam poster, hasilan poster itu telah mendekatkan idea pereka grafik dengan orang ramai. Poster yang dihasilkan menjadi sebahagian daripada jalan penyelesaian masalah antara pengguna dengan produk, pelanggan dengan permasalahannya dan mesej sebagai maklumat dapat disampaikan kepada orang ramai. Mesej yang divisualisasikan dalam poster mengumpul beberapa idea yang dihadkan oleh pakar komunikasi. Idea yang dihadkan itu tidak mengurangkan mesej yang hendak disampaikan. Batasan-batasan inilah akan menonjolkan sama ada kepakaran dan keunikan poster itu dapat dinilai sebagai berkualiti. Ruang poster yang terhad tidak menjadi alasan untuk menghilangkan seni tipografi, susun letak muka taip, warna dan visual dalam komposisi. Segalanya yang dipaparkan dalam sesebuah poster hanyalah suatu imej dan mesej yang boleh menipu, memalsukan fakta atau sebaliknya. Yang penting segala idea dalam poster itu menidakkan yang negatif dan menyakinkan sesuatu yang positif. Semuanya bergantung pada kehendak pengantar mesej untuk diterima oleh penerima mesej. Golongan penerima mesej yang menatap sesuatu poster perlu bijak berfikir dan membuat keputusan menilainya sama ada membawa manfaat atau memudaratkan diri.

TRANSCRIPT

Page 1: POSTER DAN REKA BENTUK GRAFIK

POSTER DAN REKA BENTUK GRAFIK

1. Pengenalan

Poster merupakan suatu penampilan seni komunikasi tampak, berfungsi

menyampaikan mesej dalam bentuk imej, teks yang mudah, ringkas dan jelas.

Gabungan antara teks, ilustrasi yang mudah, jelas dan mudah difahami adalah

pengenalan pada ciri-ciri poster. Selain itu poster juga dimaksudkan sebagai pelekat

dengan fungsi yang sama untuk menyebarkan maklumat, pengumuman dalam bentuk

pengiklanan, kempen dan fungsi-fungsi tertentu untuk berkomunikasi.

Penghasilan poster merupakan sebahagian karya seni tampak yang penuh dengan

nilai estetik apabila gayaannya ditampilkan dengan fungsi yang menonjolkan elemen

tipografi, imej dan warna. Dengan gabungan elemen tadi telah mengangkat poster

menjadi karya seni tampak sekaligus sebagai saluran melontarkan mesej.

Penampilannya mudah difahami, dibaca dan dihayati menjadi suatu disiplin seni yang

sesuai hingga kini. Di samping menjadi karya seni, seseorang artis dapat

mengeksploralisasikan poster melalui bahan dan teknik melalui pengubahsuaian

kepada satu dimensi baru.

Apabila poster dikaitkan dengan komunikasi, ianya dikategorikan sebagai saluran

pengantara antara pengantar (pereka grafik) kepada penerima. Manakala kedudukan

poster itu adalah sebagai media. Bagi menjelaskan poster sebagai media komunikasi,

diagram di bawah dapat menggambarkannya seperti berikut:

Pengantar(Pereka Grafik) Media (Poster) Penerima

Page 2: POSTER DAN REKA BENTUK GRAFIK

Menurut Sharifah Alwiah AlSagoff (1984:28);

“…..menjelaskan media boleh diterima sebagai alat atau perkakas untuk

menyampaikan maklumat di antara manusia. Media itu memproses atau menyusun

kembali maklumat pandang dan dengar yang diwujudkan melalui cara grafik,

fotografik, eletronik ataupun cara mekanik.”

Makna poster boleh diakui sebagai media dan boleh merupakan apa sahaja bentuk

grafik, fotografi, eletronik ataupun mekanikal seperti gambar dan sebagainya.

2. Sejarah dan Latar Belakang Poster

Sempena Pameran Poster: Seni dan Grafik di Balai Seni Lukis Negara, Kuala Lumpur

pada Jun 1997, menurut rencana Utusan Malaysia, perkembangan poster sebagai

iklan, hiburan bernilai kreatif dan artistik di Malaysia mulai muncul sejak awal Perang

Dunia Kedua terutama sesudah kemasukan Jepun. Poster menjadi alat propaganda

oleh Jepun untuk menyelamatkan Asia daripada penjajahan Barat. Apabila negara

mencapai kemerdekaan, muncul era baru dalam dunia poster dengan bantuan imej-

imej berkesan daripada bantuan fotografi, tipografi bersama imej dan warna yang diolah

secara estetik melalui seni reka bentuk grafik.

Jika ditinjau dalam sejarah yang lebih awal, sekitar tahun 1940-an bermula dengan

keperluan cetakan yang menjadi proses komersial. Poster dikaitkan dengan keperluan

pengeluaran barangan atau kehendak pengguna terutama sewaktu Perang Dunia

Pertama. Dunia poster berganding dalam dunia pengiklanan yang membuka peluang

kepada yang berbakat untuk mencipta muka taip atau ‘setting style’, reka letak dan

bahan-bahan bercetak yang lain.

Sekolah seni grafik didirikan pada masa perang. Seniman Hans Hartung, Frank

Klein dan Jackson Pollock membawa masuk pengaruh seni figuratif ke dalam poster.

Manakala Bernard Buffelt bersama aliran Pop Art telah membawa reka bentuk grafik

dengan unsur imageri, warna bersama sudut pandangan yang berpengaruh dalam

Page 3: POSTER DAN REKA BENTUK GRAFIK

kehidupan. Mario Amaya pula mengeksploitasikan unsur psikologi, sosiologi,

methologikal sebagai pengaruh dari bahan baru seperti air-brush, photo-montage telah

membawa suasana baru dalam reka bentuk poster.

Sekitar tahun 1940-50, aliran Romantisme muncul bersama ilustrasi dari Perancis.

Tokoh yang mendokong aliran ini antaranya Jean Picart-Le-Doux bersama Eric

Ravilious telah menghasilkan ilustrasi dalam gayaan Romantisme. Artis dari Itali, Piero

Fornasetti mencipta poster beraliran Surealisme dengan dekorasi grafik dalam pelbagai

media. Rowland Emmett seorang kartunis Amerika membawa bersamanya karikatur

Saul Steinberg.

Lewat tahun 1960-an, bentuk-bentuk grafik dalam poster dipermudahkan.

Bersamanya lahir ramai pereka grafik profesional yang menguasai dunia pengiklanan.

Ashley Harinden dengan gaya mudah dan sederhana, menampilkan poster yang

ringkas dan berterus-terang yang disuntik bersama ideologi moden. Pada tahun 1993,

Alan Fletcher, Colin Forbers dan Bob Gill telah menubuhkan Consortium Graphic

Design: Visual Comparisons yang mendedahkan idea kepada pereka bentuk grafik

untuk diketengahkan kepada klien, satu pilihan terbaik dalam poster pengiklanan dan

permasalahan komunikasi. Mereka mencipta idea baru melalui karektor tipografi

kepada syarikat-syarikat seperti Pivelli dan gergasi-gergasi pengiklanan yang tumbuh

bagaikan cendawan.

3. Poster tidak Berkesan Tanpa Bantuan Reka Bentuk Grafik

Poster yang berkesan seharusnya memperlihatkan ciri-ciri antaranya ada daya penarik

yang dinamik, warna yang berkesan, mesej yang jelas, kesesuaian ilustrasi bersama

tema, cogan kata bersama penggunaan prinsip rekaan dan unsur-unsur seni yang

sesuai.

Segala ciri yang diutamakan di atas dapat disediakan oleh pereka bentuk grafik.

Itulah sebahagian yang boleh disumbangkan oleh seorang pereka grafik.

Page 4: POSTER DAN REKA BENTUK GRAFIK

Poster yang berada di tangan seorang pereka bentuk grafik akan berubah wajah

menjadi satu bentuk seni komunikasi yang berfungsi menyampaikan mesej. Melalui

perkataan, ilustrasi dan warna yang mempengaruhi psikologi kelompok sasaran. Di

tangan pereka bentuk grafik yang kreatif, poster akan mengalami perubahan daripada

statik kepada bergerak, bisu kepada bersuara, hitam-putih kepada berwarna, panjang

meleret kepada ringkas dan menjadi padat serta mudah. Sasaran hala tuju poster

boleh berkesan melalui kepelbagaian saluran untuk sampai ke telinga, mata, tangan,

rasa dan minda orang ramai.

Impak dari poster membawa kesan psikologi seperti tarikan ada rasa terpikat, teruji,

teruja, terpujuk, ingin mencuba, rasa berpunya dan sebagainya. Jika mesej yang

disampaikan itu suatu amaran, kesan psikologinya ada rasa bahaya, kurang selamat

dan paling dasyat merasai maut sudah hampir mendekati kita. Jika kesan sedih,

elemen yang digunakan berjaya meninggal rasa sedih, terharu, runsing, muram dan

seumpamanya. Manakala rasa lucu dan ketawa boleh meninggalkan kesan humor yang

membuka minda berfikir.

Cara pengolahan muka taip dan bahan ilustrasi dapat digabungkan dalam media

yang berbagai. Olahan yang berkesan menjadikan poster itu segar, subur, hidup dan

menampakkan keharmonian muka taip yang serasi dengan temanya. Muka taip

bersama mesej dan muka taip beriringan dengan ilustrasi adalah keserasian yang

harmorni dalam penampilan poster.

Pada peringkat ini peranan muka taip dalam reka bentuk grafik memungkinkan

sesuatu mesej dalam bahasa literal yang mengingatkan audien apabila membacanya.

Susunan muka taip yang menjadikan teks itu sebagai eksploitasi yang cuba menawan

idea dari apa yang dibaca dan terfikir oleh minda serta diulangi kerap mungkin akan

menjadi mesej yang berkesan. Oleh itu pengolahan muka taip penting dalam

mengangkat kualiti mesej dalam sesebuah poster.

Page 5: POSTER DAN REKA BENTUK GRAFIK

Cara bagaimana muka taip itu diolah, disusun dan diringkaskan mengambil kira dari

segi jarak susunan, saiz muka taip dan susun letak. Jelasnya di sini pengolahan muka

taip memerlukan strategi supaya tidak mencacatkan keseluruhan poster. Perkataan

yang dipilih membawa dua fungsi iaitu; membentuk ayat menjadi unsur ilustrasi dan

fungsi kedua membawa makna literal pada imaginasi. Kadangkala perkataan yang

ditampilkan dalam poster menjadi bahan reka bentuk yang membawa kekuatan

tersendiri dalam membantu ilustrasi dari aspek fizikalnya.

Imej turut membantu dalam poster dari sudut gambaran representasi sama ada

secara fotografi, montaj, cetakan, lukisan yang mengenengahkan imej sebagai mesej.

Adakalanya imej dalam poster berbentuk simbol dan kadangkala kombinasi simbol dan

gambar foto. Poster yang hanya dijadikan ruang untuk mengisi muka taip, kurang

memberi kesan kepada audien. Berbeza jika muka taip itu disekalikan dengan imej

yang lebih bertautan untuk saling membantu menajamkan kesan penerimaan audien.

Imej juga membantu mentafsir mesej jika poster itu hadir tanpa sebarang muka taip.

Dalam keadaan sedemikian imej ini akan dilihat dan direnung. Memandangkan ia

adalah poster, maka di tangan pereka grafik yang kreatif dan berinovatif akan

menggunakan peluang untuk mengisi gambar foto sebagai gabungan dalam satu

kekuatan. Terserlahnya kekuatan sesebuah poster yang unik, lazimnya diperkuatkan

dengan imej yang membawa 1,001 makna. Poster boleh membisu tanpa kata-kata

tetapi punya makna untuk audien membuat interpretasi.

Bentuk imej dalam poster diolah oleh pereka grafik dengan kebijaksanaan bermain

melalui kesan pandang. Imej yang difokuskan secara ‘close up’ atau ‘mid-close up’

membawa kesan perbezaan dalam prinsip penegasan. Di tangan pereka grafik, hal-hal

seperti ini diambil kira supaya audien dapat dipengaruhi segera dalam masa yang

singkat tetapi tidak memendekkan jangka hayat sesuatu poster tersebut. Jangka hayat

poster dapat dipertahankan tanpa menjemukan audien dan inilah kebijaksanaan pereka

grafik yang tergolong sebagai insan kreatif.

Page 6: POSTER DAN REKA BENTUK GRAFIK

Sebuah poster yang ringkas namun padat dengan makna dalaman memerlukan

sokongan kuat dari segi reka bentuk grafik. Antara makna dalaman yang cuba

ditonjolkan ialah elemen penting seperti warna, ruang, susun letak, jenis muka taip,

simbol serta saiz. Jika poster yang lahir dalam sejarah perkembangannya sekadar

suatu ideologi berbentuk propaganda berbantukan teks, maka keadaan ini telah

berubah. Perubahan ini disesuaikan melalui citarasa audien dan latar berlakang budaya

yang berbeza. Semuanya ini diambil kira dalam olahan bentuk poster yang bukan

sekadar ideologi tetapi suatu perkongsian maklumat dalam berkomunikasi. Maka

kesimpulannya, poster dalam arus kontempori adalah komponen kecil yang berada

dalam seni grafik. Poster menjadi ‘hidup’, menarik dan berkesan melalui sentuhan reka

bentuk grafik. Sejarah seni reka grafik yang meliputi seni dalam cetakan, tipografi,

fotografi dan pengiklanan sebagai komponen saling bantu membantu dalam

menjelmakan sesebuah poster yang menarik.

Satu resolusi yang menunjukkan semangat seni tiada penghujungnya untuk menuju

ke hadapan apabila reka bentuk grafik menggabungkan banyak hal di sekeliling

kehidupan kita. Berbantukan teknologi digital dan manipulasi yang ditawarkan melalui

komputer telah membuktikan suatu revolusi penampilan poster melalui kekuatan seni

grafik. Revolusi ini dikatakan telah mencetuskan banyak idea baharu. Kenyatan ini

telah dibentangkan dalam “The First Symposium on The History of Graphic Design”

bertempat di Rochester Institute of Technology pada 20 hingga 21 April 1983 (halaman:

5).

4. Impak Poster dalam Kehidupan

Poster adalah penghasilan seni tampak yang melibatkan kerja-kerja grafik. Peluang ini

digunakan oleh insan kreatif secara terbuka yang melakukan banyak percubaan dan

kekerapan menguji citarasa orang ramai. Perkaitan poster dalam kehidupan seharian

boleh dilihat melalui fungsinya dalam pengiklanan. Apabila berlakunya perubahan

masa, citarasa dan budaya juga turut berubah. Contoh perubahan masa telah

membawa perubahan dan perkembangan baru dalam poster melalui cetakan lithografi.

Pada tahun 1864, Honore’ Daumier memulakan cetakan media yang pertrama melalui

Page 7: POSTER DAN REKA BENTUK GRAFIK

penghasilan poster dan dikatakan disinilah bermulanya sejarah poster. Pada tahun

1963, Raymond Sarignac seorang pereka bentuk poster yang terkenal di Perancis telah

menyatakan; (1993:3)

“…any and every means to its objective are legitimate: emotion, wit, deception, blackmail, cynicism. The poster bears the same relation to the fine arts as freestyle wrestling does to good manners.”

Merujuk sebahagian daripada poster-poster Jepun, kita turut bersetuju bahawa

minat pada poster datang melalui penonjolan bentuk karektoristik dalam poster itu

sendiri. Di dalamnya ada unsur nasihat, kesedaran yang mengingatkan pada sesuatu di

samping perubahan gaya membawa perbezaan budaya.

Satu reka bentuk poster diukur hubungannya melalui keperluan dan dapat dilihat

oleh orang ramai. Jika orang ramai melintasi di hadapan sesuatu poster dengan mudah

dan jelas idiom formalnya disebarkan. Ia membesar menjadi suatu mesej. Contoh

sebuah poster yang dihasilkan pada tahun 1986 oleh Kiel Regatta, memperlihatkan

kesan kertas putih, potongan dan sudut reka bentuk itu dilihat sebagai suatu ciri

naturalis. Tujuan poster tersebut untuk menyampaikan pengetahuan dengan

menggunakan perkataan (teks) sahaja. Gambaran visualnya tentang rokok, satu batang

dinyalakan dengan simbol kematian. Ia mengajak kita membaca simbol yang tertera

kematian sebagai mesej.

Poster dikatakan bermakna dari kesan awal melalui kualiti visual. Teks yang

diminimakan dalam fungsinya diadun bersama kualiti visual. Reka bentuk tipografi,

kedudukan huruf-huruf dan hubungan rapatnya dengan imej membawa hubungan

bermakna. Contoh poster ini dipamerkan dalam pameran poster Malerich. Pada

pemikiran kita nilai ketinggian estetik ditonjolkan dalam poster bagi menghidupkannya

dalam waktu yang sama mesej yang direka bentukkan dapat mencapai makna.

Setiap tahun beratus ribu poster dihasilkan. Poster yang dihasilkan bertujuan

Page 8: POSTER DAN REKA BENTUK GRAFIK

membuat duit sebagai bahan iklan dan ada yang berfungsi sosial dengan tujuan

tertentu. Apa yang dapat dilihat banyaknya poster ini dihasilkan dengan kesalahan asas

yang berulang kali. Memandangkan fungsi sebenar poster itu tidak difahami maka

kesalahannya berulang dan dilakukan oleh pereka poster yang amatur maupun pereka

bebas.

Poster sebagai media komunikasi bermaklumat, sepatutnya mengandungi perkara-

perkara berikut:

a) Dapat menarik perhatian

b) Menegaskan pemusatan perkara yang penting

c) Dapat dibaca dengan mudah

d) Menyenangkan mata memandang

Keempat-empat perkara di atas dinyatakan oleh Howard Boughner (1969:1) iaitu;

poster yang mudah dibaca maklumatnya, belum tentu mudah untuk meninggal

kesannya kepada audien. Kemampuan meninggalkan sesuatu yang diperlukan di

dalam poster iaitu kesannya di mana kebanyakan kita akan bertindak melakukan

sesuatu dan berfikir dari kesan reka cipta yang diolah adalah sesuatu yang sukar

dilakukan.

Dalam sebuah poster yang konvensional, ada dipaparkan teks seperti simbol huruf,

perkataan atau ayat yang cuba menjelaskan sesuatu. Selain itu ada unsur reka letak

yang diiktiraf sebagai konvensi bersama teks yang dipersetujui sebagai dekoratif.

Secara mudahnya konvensi ini diterima tetapi dalam era inovatif, setiap konvensi itu

tidak lagi dipegang kukuh kerana amalan pembuat poster akan mencari kebebasan

tersendiri. Poster yang tidak terikat dengan sebarang konvensi dianggap mampu pergi

lebih jauh untuk bertindak merangsang audien berfikir perkara yang tersembunyi di

sebalik teks, simbol dan warna.

Menghasilkan poster memerlukan perancangan supaya kombinasi antara teks,

susun letak, warna terarah pada konsep yang bermesej dan perlu dikomposisikan

dalam keadaan serba harmoni. Pada peringkat perancangan, pelbagai idea dilakarkan

Page 9: POSTER DAN REKA BENTUK GRAFIK

dalam bentuk lakaran kenit sebelum keputusan akhir diambil untuk peringkat susun

letak. Walaupun perkara kecil ini dilihat seolah tidak penting, selalunya langkah-langkah

dan perancangan awal dapat membantu menyelesaikan masalah dalam menyudahkan

sesebuah penghasilan poster.

Dalam kehidupan seharian poster yang berfungsi dianggap berperanan seperti ‘juru

jual yang pendiam’ kepada penjual. Jika fungsi poster dihasilkan dengan betul, ia akan

membantu juru jual menerang dan menjelaskan kepada pelanggan. Sehingga poster-

poster ini dapat ‘menjual’ sendiri produk di kedai tanpa menggunakan juru jual.

5. Poster dan Keperluan Manusia

Muka taip dan reka bentuk yang menarik dalam poster telah memberi kesan positif

dalam pengiklanan sesuatu jenama atau kempen. Sama ada kita sedar atau tidak,

jenama air minuman dalam tin Coca-Cola atau Pepsi telah mengaut untung berjuta

ringgit. Bukan kerana minumannya tetapi publisiti poster telah berjaya mempengaruhi

pengguna tentang reka bentuk botol dan rupa tulisan (Dewan Kosmik, Ogos 1996).

Peranan poster memberi kesan dalam sesuatu kempen jika strategi dan gabungan

idea seni grafik di atur secara efisyen. Bukti keberkesanannya telah dilakukan oleh

‘Raja Kondom’ dari Thailand, Mechai Viravaidya yang menjadikan restoran beliau

sebagai pusat tarikan. Idea yang disuntik dalam poster tersebut telah menarik setiap

pengunjung dengan berunsurkan hiburan dan jenaka yang matlamat mesejnya ialah

merancang keluarga dan mengawal penyakit AIDS.

Beliau menggunakan idea rekaan muka taip dan simbol sebagai kempen dalam

posternya. Digabungkan hasil kraftangan tempatan seperti bunga keronsang diperbuat

dari kondom, baju T bersama mesej mengawal dan memelihara seks untuk kesihatan.

Mechai menjelaskan sesuatu perubahan tingkahlaku itu mengambil masa dan perlu

diteruskan sepanjang waktu. Beliau menyatakan ideanya sama seperti dilakukan oleh

Coca-Cola yang beliau kenali sejak masih kanak-kanak. Antara mesej yang diletakkan

pada restoran beliau ialah “No glove, no love”, “A cover for your lover” dan “Get your

Page 10: POSTER DAN REKA BENTUK GRAFIK

last licks” (Sunday Star, 3 Dec. 1995).

Apabila poster dikaitkan dengan keperluan manusia dan kepentingannya

berkonsepkan iklan maka proses visualisasi merupakan proses penekanan minda bagi

menyelesaikan masalah pengiklanan. Tiga pendekatan asas yang digunakan ialah:

a) Menggambarkan barangan atau perkhidmatan

b) Menampakkan barangan dalam susun letak (setting) sebagai umpan

c) Menggambarkan imej keperluan kepada pengguna

Melalui tiga pendekatan ini, pengguna mendapat maklumat barangan, timbul cita rasa

ingin mencuba dan mempengaruhi orang lain untuk turut mencuba. Kaedah

mempengaruhi orang lain adalah mesej berguna untuk penghasilan poster yang berada

dalam kehidupan kita. Secara disedari atau tidak ia berperanan menentukan kehidupan

seseorang sehingga setiap minda dipengaruhi untuk percaya bahawa barangan

pengguna itu adalah keperluan yang penting.

Sebagai sebuah poster, ia tidak dapat mengelak dari sifat kehidupan manusia. Cara

poster itu mengajak audien berfikir melalui satu bahasa tampak iaitu melalui kesan

tampak dan simbol yang boleh dimengerti oleh semua manusia. Proses rekaan

berperingkat-peringkat dalam satu bentuk model bermula dengan lakaran, gambarajah

yang memperlihatkan tahap idea dari abstrak kepada mudah difahami. Menurut Paul

Lauseau (1993:55), jika cara berfikirnya begitu maka ia diterima sejagat.

Tahap bentuk dalam bahasa grafik melibatkan penggunaan simbol dan cara simbol

itu dapat dihubungkan bagi memastikan maklumat berbentuk mesej dapat berintraksi

dengan orang lain. Maka katanya lagi dalam proses mereka bentuk, bahasa grafik

yang sangat formal adalah dalam bentuk geometri merangkumi imej, isyarat, nombor

dan perkataan akan diguna dan diubahsuai.

Keistimewaan dan kekuatan bahasa grafik dalam menghasilkan reka bentuk visual

memerlukan kekuatan yang seimbang. Bentuk kekuatan yang seimbang antara simbol

Page 11: POSTER DAN REKA BENTUK GRAFIK

mewakili bahasa lisan dan perkataan untuk dibaca sehingga difahami adalah bentuk

kekuatan bahasa grafik yang membantu penghasilan poster.

Salah satu kualiti komunikasi grafik yang efektif ialah maklumat yang boleh dihantar

dan diterima serentak. Apabila kualiti ini hendak dicapai dengan sempurna seorang

pereka bentuk grafik cuba mengabungkan lukisannya dengan gubahan keseluruhan,

perincian ruang dan teknik penggunaan media.

Bertitik tolak dari susun letak muka taip di dalam sesebuah poster telah dinyatakan

oleh pakar seni tipografi iaitu Herb Lubalin membawa kekuatannya melalui pilihan muka

taip yang unik. Dengan gayaan dan arus semasa hari ini, pengiklanan menggunakan

poster sebagai penyampai mesej mulai disedari begitu berat dan memerlukan idea

kreatif. Tugas menyusun dan menyampaikan idea, susun letak dan jenis muka taip itu

dieksploitasikan sebagai mekanisme untuk menwujudkan ruang idea dalam seni

komunikasi (1985:12).

Melalui poster, segala keperluan hidup manusia dapat dipenuhi dengan pantas. Ia

dijadikan bahan komunikasi yang penting ketika manusia berehat, berhibur,

bermenung, dahaga, cemas, buntu dan tingkahlaku manusia berlegar di sekeliling

kehidupan. Poster sentiasa membawa fungsinya yang tersendiri dan tanpa poster

manusia tidak ada arah tujuan. Sama ada untuk pengguna maupun penjual, untuk

kerajaan kepada rakyat dan untuk majikan kepada pekerjanya memerlukan poster

sebagai media komunikasi.

6. Gayaan Teks dan Visual dalam Poster Berciri Inovatif

Fungsi poster untuk menyampaikan mesej yang jelas, sederhana dan mudah difahami

telah diterima sebagai suatu perjanjian bersama. Namun dalam era pasca-

modeniasasi, suatu yang di luar kebiasaan dianggap suatu gayaan unik. Unsur

memeranjatkan dihungkait dengan nilai estetika. Susunan aturan keterbacaan teks

tidak lagi menjadi sesuatu yang wajib dipatuhi.

Page 12: POSTER DAN REKA BENTUK GRAFIK

Satu contoh pelanggaran konvensi yang terjadi disebabkan keinginan mencari

penemuan baru yang dikatakan berinovatif telah dilakukan oleh Herb Lubalin. Beliau

menghasilkan poster dengan tidak menepati kehendak U & lc (Upper and Lower Case).

Paparan visual grafik bersama variasi muka taip tidak mematuhi aturan yang lazim.

Tatacara konvensional dalam poster telah diubah-belit sehingga peraturan seni reka

grafik diketepikan.

Kekuatan muka taip yang diperkenalkan oleh Herb Lubalin telah dinyatakan oleh

Paul Zelanski dan Mary Pat Fisher (1994:281), bahawa poster menjadi ceria melalui

gayaan muka taip yang berbeza antara gelap-kelabu. Beliau mengintergrasikan 59 unit

perbezaan, 7 ilustrasi dan 16 peraturan garisan dalam sesebuah poster yang telah

dianggap oleh sesetengah pihak sebagai suatu pembaharuan bukannya pelanggaran

konvensi. Dengan pembaharuan ini pereka bentuk grafik tidak lagi terkongkong,

manakala poster yang terhasil tentunya tidak lagi streotaip.

Unsur ‘kegilaan’ dalam reka bentuk poster oleh Lubalin telah mencabar konsep

keterbacaan audien. Mainan teks memenuhi ruang dengan gayaan bebas telah

membawa kesan kelainan dalam visualisasi poster. Kesan terkejut, tersentak dan tidak

tahu yang mana hendak didahulukan dalam bacaan teks telah mengambil sedikit masa

untuk diterima oleh audien.

Dalam tempoh masa yang terdekat hasil poster grafik kontemporari telah mulai

dikenali walaupun peringkat awalnya kadangkala membingungkan. Apakah ianya

merupakan hasil kerja grafik atau karya seni ekspresif diri? Audien juga dihadapkan

dengan bermacam-macam ‘isme’ serta istilah seperti super-grafik, graphic-sculpture

dan viriografik. Adakah segalanya ini sebahagian dari fenomena seni grafik mutakhir?

Dengan munculnya, komputer sebagai alat canggih kepada seni grafik maka

berbagai kejutan dan di luar kebiasaan berlaku. Sama ada akur atau tidak, masyarakat

Page 13: POSTER DAN REKA BENTUK GRAFIK

serta pengguna terpaksa menerima perubahan ini. Begitu juga pereka bentuk grafik

yang terpaksa membuka pintu kepada kehendak situasi untuk disampaikan kepada

masyarakat. Jika dahulu pereka bentuk grafik tidak dapat mengekspresifkan rekaan

inovatif maka tugas sebagai pereka bentuk grafik dianggap gagal. Kini pereka bentuk

grafik dianggap gagal jika tidak tahu mengeksploitasikan komputer ke dalam hasil

rekaan grafik mereka.

7. Penutup

Apabila hasil reka bentuk grafik dimanipulasikan ke dalam poster, hasilan poster itu

telah mendekatkan idea pereka grafik dengan orang ramai. Poster yang dihasilkan

menjadi sebahagian daripada jalan penyelesaian masalah antara pengguna dengan

produk, pelanggan dengan permasalahannya dan mesej sebagai maklumat dapat

disampaikan kepada orang ramai.

Mesej yang divisualisasikan dalam poster mengumpul beberapa idea yang dihadkan

oleh pakar komunikasi. Idea yang dihadkan itu tidak mengurangkan mesej yang hendak

disampaikan. Batasan-batasan inilah akan menonjolkan sama ada kepakaran dan

keunikan poster itu dapat dinilai sebagai berkualiti. Ruang poster yang terhad tidak

menjadi alasan untuk menghilangkan seni tipografi, susun letak muka taip, warna dan

visual dalam komposisi.

Segalanya yang dipaparkan dalam sesebuah poster hanyalah suatu imej dan mesej

yang boleh menipu, memalsukan fakta atau sebaliknya. Yang penting segala idea

dalam poster itu menidakkan yang negatif dan menyakinkan sesuatu yang positif.

Semuanya bergantung pada kehendak pengantar mesej untuk diterima oleh penerima

mesej. Golongan penerima mesej yang menatap sesuatu poster perlu bijak berfikir dan

membuat keputusan menilainya sama ada membawa manfaat atau memudaratkan diri.

Rujukan:

Page 14: POSTER DAN REKA BENTUK GRAFIK

Barbara Hodik Roger Reminton. The First Symposium on The History of Graphic Design. Publisher Rochester Institute of Technology, 1983

Gertrude Snyder & Alan Pecholick. Herb Lubalin: Art Director. Graphic Designer, Typographer. New York: American Show Case, Inc. 1985

Henry Wolf. Visual Thingking. New York: American Show case, Inc. 1988

Howard Boughner. Poster. New York: Grosset & Dunlop, 1969

Paul Zelanski & Mary Pat Fisher. The Art of Seeing Third Edition. New Jersey: Prentice Hall Inc; Englewood cliffe, 1994

Paul Laseau. Pemikiran Grafik untuk Arkitek dan Pereka Bentuk (Terjemahan).Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1993

Sharifah Alwiah Al Sagoff. Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa danPustaka, 1984

----- Best of Graphies Poster. Singapore: Page One Publishing Pte. Ltd, 1993

----- Istilah Seni Reka Grafik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992

Dewan Budaya, Januari 1981

Dewan Kosmik, Ogos 1996

Sunday Star, 3 Disember 1995

Utusan Malaysia, khamis 5 Jun 1997