rekacipta instrumen pengukuran elektronik dan … · grafik, reka bentuk perindustrian, teskstil,...

25
REKACIPTA INSTRUMEN PENGUKURAN ELEKTRONIK DAN KEBERKESANAN PENGGUNAAN DALAM SUKAN PETANQUE DAN BOLING PADANG MUHAMMAD SHAH NUR FAIZAL BIN AHMAD UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: vanmien

Post on 29-Aug-2019

267 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: REKACIPTA INSTRUMEN PENGUKURAN ELEKTRONIK DAN … · grafik, reka bentuk perindustrian, teskstil, fesyen, seramik, barangan logam halus, elektronik, reka bentuk bangunan/landskap

REKACIPTA INSTRUMEN PENGUKURAN ELEKTRONIK DAN

KEBERKESANAN PENGGUNAAN DALAM SUKAN PETANQUE DAN

BOLING PADANG

MUHAMMAD SHAH NUR FAIZAL BIN AHMAD

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: REKACIPTA INSTRUMEN PENGUKURAN ELEKTRONIK DAN … · grafik, reka bentuk perindustrian, teskstil, fesyen, seramik, barangan logam halus, elektronik, reka bentuk bangunan/landskap

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦

JUDUL: REKACIPTA INSTRUMEN PENGUKURAN ELEKTRONIK DAN

KEBERKESANAN PENGGUNAAN DALAM SUKAN PETANQUE DAN

BOLING PADANG

SESI PENGAJIAN: 2010/2011

Saya: MUHAMMAD SHAH NUR FAIZAL BIN AHMAD

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti

Teknologi Malaysia dengan syarat-ayarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai pertukaran antara institusi pengajian tinggi.

4. ** Sila tandakan (√)

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA

RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

√ TIDAK TERHAD

Disahkan oleh,

__________________________ __________________________________

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat tetap: Nama Penyelia:

110,FELDA GUNUNG BONGSU DR HALIJAH BINT IBRAHIM

09700, KARANGAN, KULIM ,

KEDAH DARUL AMAN

Tarikh : 15 MEI 2011 Tarikh: 15 MEI 2011

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara

penyelidikan , atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan,

Page 3: REKACIPTA INSTRUMEN PENGUKURAN ELEKTRONIK DAN … · grafik, reka bentuk perindustrian, teskstil, fesyen, seramik, barangan logam halus, elektronik, reka bentuk bangunan/landskap

“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan) ”

Tandatangan : _____________________________________

Nama Penyelia : DR HALIJAH BINTI IBRAHIM

Tarikh : 15 MEI 2011

Page 4: REKACIPTA INSTRUMEN PENGUKURAN ELEKTRONIK DAN … · grafik, reka bentuk perindustrian, teskstil, fesyen, seramik, barangan logam halus, elektronik, reka bentuk bangunan/landskap

REKACIPTA INSTRUMEN PENGUKURAN ELEKTRONIK DAN KEBERSANAN

PENGGUNAAN DALAM SUKAN PETANQUE DAN BOLING PADANG

MUHAMMAD SHAH NUR FAIZAL BIN AHMAD

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda

Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

April 2011

Page 5: REKACIPTA INSTRUMEN PENGUKURAN ELEKTRONIK DAN … · grafik, reka bentuk perindustrian, teskstil, fesyen, seramik, barangan logam halus, elektronik, reka bentuk bangunan/landskap

“ Saya akuikarya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nerkilan dan ringkasan yang

setiap satunya telah saya perjelaskan”

Tandatangan : _____________________________________

Nama Pelajar : MUHAMMAD SHAH NUR FAIZAL BIN AHMAD

Tarikh : 15 MEI 2011

Page 6: REKACIPTA INSTRUMEN PENGUKURAN ELEKTRONIK DAN … · grafik, reka bentuk perindustrian, teskstil, fesyen, seramik, barangan logam halus, elektronik, reka bentuk bangunan/landskap

DEDIKASI

Buat ayahanda dan bonda tersayang

AHMAD BIN MESLIN DAN KHADIJAH BINTI ABU BAKAR

Buat ahli keluarga yang tersayang

NOR ALIZA BINTI AHMAD

NOR HAFIZA BINTI AHMAD

MUHAINI BIN AHMAD

NORASMAH BINTI AHMAD

MUHAMMAD SHAH NUR FAIZUL BIN AHMAD

NURFAIZAH BINTI AHMAD

MUHAMMAD HELMEE BIN AHMAD

Buat teman-teman seperjuangan 4 SPS sesi 2011

Terima kasih diucapkan kepada kalian selama ini yang banyak membimbing dan

menyokong serta memberi semangat dalam mengharungi perjuangan ini

Kalian adalah pencetus inspirasi dan semangat juang

Diharapkan semua terus berjuang untuk mencapai kejayaan yang diinginkan dan

kenangan kita bersama tidak mungkin dapat dilupakan

Page 7: REKACIPTA INSTRUMEN PENGUKURAN ELEKTRONIK DAN … · grafik, reka bentuk perindustrian, teskstil, fesyen, seramik, barangan logam halus, elektronik, reka bentuk bangunan/landskap

PENGHARGAAN

Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Mengasihani

Alhamdulilah, syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya dapat juga saya

menyiapkan Projek Sarjana Muda (PSM) ini dengan jayanya. Disini saya merakamkan

ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Dr Halijah Binti Ibrahim

selaku penyelia PSM sini yang telah banyak bertungkus lumus dalam memberi

bimbingan dan pandangan sepanjang menjalankan dan menyiapkan projek ini.

Selain daripada itu tidak lupa juga kepada semua pensyarah-pensyarah Sains

Sukan yang telah membantu memberikan pandangan dan tunjuk ajar sepanjang

menyiapkan projek ini. Ucapan jutaan terima kasih kepada para subjek yang terlibat

secara langsung dan memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjayakan kajian ini.

Tidak lupa juga buat teman-teman seperjuangan 4 Sains Sukan tahun 2010/2011

dan seluruh warga SPS yang banyak memberikan dorongan dan semangat dalam

menyelesaikan projek ini. Terima kasih di atas segala bantuan dan kerjasama yang

diberikan. Semoga Allah merahmati kalian di dunia dan akhirat.

Page 8: REKACIPTA INSTRUMEN PENGUKURAN ELEKTRONIK DAN … · grafik, reka bentuk perindustrian, teskstil, fesyen, seramik, barangan logam halus, elektronik, reka bentuk bangunan/landskap

viii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

HALAMAN JUDUL i

PENGESAHAN PENYELIA ii

PENGAKUAN iii

PENGESAHAN PELAJAR ii

DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

SENARAI KANDUNGAN viii-xvi

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 6

1.3 Penyataan Masalah 7

1.4 Objektif Kajian 8

1.5 Persoalan Kajian 8

Page 9: REKACIPTA INSTRUMEN PENGUKURAN ELEKTRONIK DAN … · grafik, reka bentuk perindustrian, teskstil, fesyen, seramik, barangan logam halus, elektronik, reka bentuk bangunan/landskap

ix

1.6 Kepentingan Kajian 9

1.7 Skop Kajian 11

1.8 Definisi Istilah 12

1.9 Penutup 13

2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 14

2.2 Teori Berkaitan Dengan Reka Bentuk 15

2.3 Sains dan Teknologi Dalam Sukan 16

2.4 Prinsip Dalam Rekabentuk 18

2.5 Takrif Pengukuran 18

2.6 Pengukuran Dalam Sukan 19

2.7 Kajian Berkaitan Dengan pengukuran 20

2.8 Alat Pengukuran 21

2.9 Gelombang Ultrasonik ` 21

2.10 Penutup 22

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 23

3.2 Kaedah Penyelidikan 24

3.3 Populasi Dan Persempelan 24

3.4 Instrumen Kajian 25

Page 10: REKACIPTA INSTRUMEN PENGUKURAN ELEKTRONIK DAN … · grafik, reka bentuk perindustrian, teskstil, fesyen, seramik, barangan logam halus, elektronik, reka bentuk bangunan/landskap

x

3.4.1 Langkah-Langkah Penghasilan Projek 26

3.5 Prosedur Kajian 27

3.5.1 Pemilihan Subjek 27

3.6 Rekabentuk Kajian 27

3.6.1 Fasa Merekabentuk Instrumen 28

3.6.2 Fasa Penghasilan Instrumen 28

3.6.3 Fasa Pengujian Instrumen 28

3.7 Pengumpulan Data 31

3.8 Penganalisisan Data 31

3.9 Rekabentuk Projek 32

3.9.1 Peringkat Awal Rekabentuk Instrumen 32

3.9.2 Peringkat Akhir Penghasilan Instrumen 33

3.10 Cadangan 34

3.10.1 Cadangan Awal 34

3.11 Peringkat Akhir 38

3.12 Instrumen Kajian 39

3.12.1 Rekabentuk Instrumen 40

3.12.2 Rekabentuk Alat Pengesan

Instrumen 42

3.13 Penutup 44

4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 45

4.2 Penganalisaan Deskriftif dan Inferensi 46

4.3 Analisis Kesahan dan Kebolehpercayaan 47

Instrumen

Page 11: REKACIPTA INSTRUMEN PENGUKURAN ELEKTRONIK DAN … · grafik, reka bentuk perindustrian, teskstil, fesyen, seramik, barangan logam halus, elektronik, reka bentuk bangunan/landskap

xi

4.3.1 Kesahan Instrumen 47

4.4 Analisis Data Soal Selidik 50

4.4.1 Latar Belakang Responden 50

4.5 Persepsi Potensi Pasaran Serta Penggunaan 54

Instrumen Pengukuran Elektronik Jarak

Dekat Dalam Menentukan Pengukuran

4.5.1 Skala Likert 55

4.6 Penutup 63

5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN

KESIMPULAN

5.1 Pengenalan 64

5.2 Ringkasan Kajian 65

5.3 Perbincangan 66

5.3.1 Instrumen Pengukuran Elektronik

Mempunyai tahap Kesahan dan

Kebolehpercayaan yang Tinggi 66

5.3.2 Instrumen Dapat Mengukur dan

Menentukan Jenis-Jenis Pengukuran

Jarak Dekat 67

5.3.3 Maklum Balas Potensi Pasaran Daripada

Pengguna yang telah Mengetahui, Meneliti

Serta Mencuba Menggunakan Instrumen 68

5.4 Kesimpulan 69

5.5 Masalah yang Dihadapi 70

Page 12: REKACIPTA INSTRUMEN PENGUKURAN ELEKTRONIK DAN … · grafik, reka bentuk perindustrian, teskstil, fesyen, seramik, barangan logam halus, elektronik, reka bentuk bangunan/landskap

xii

5.5.1 Kemahiran Dalam Memprogram Data

Didalam Paparan LCD 71

5.5.2 Pembinaan Sensor 71

5.6 Cadangan 71

5.6.1 Instrumen Dikecilkan Saiz 71

5.6.2 Menaikkan Taraf Pada Bahagian

Tapak Instrumen 71

5.6.3 Penggunaan Keseimbangan Air 72

5.7 Penutup 72

RUJUKAN 73

LAMPIRAN 76

Page 13: REKACIPTA INSTRUMEN PENGUKURAN ELEKTRONIK DAN … · grafik, reka bentuk perindustrian, teskstil, fesyen, seramik, barangan logam halus, elektronik, reka bentuk bangunan/landskap

1

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Tiada ciptaan yang lebih sempurna melainkan ciptaan allah. Hakikatnya, setiap

kejadian dan ciptaan akan mengalami perubahan dari masa ke semasa mengikut putaran

alam. Perkembangan teknologi telah berkembang sejak beberapa kurun lamanya. Oleh

itu, minat manusia terhadap sesuatu perkara akan sentiasa berubah mengikut citarasa

masing-masing supaya kepuasan dapat dicapai. Dalam memenuhi keperluan untuk diri

sendiri, manusia akan terus berfikir dan berusaha merekacipta untuk keperluan yang

pelbagai. Para perekacipta perlu menggunakan kemahiran dan pengaruh mereka dengan

teliti dan penuh bertanggungjawab. Mereka ini perlulah memupuk budaya rekacipta

dalam masyarakat (Azrina, 2008).

Page 14: REKACIPTA INSTRUMEN PENGUKURAN ELEKTRONIK DAN … · grafik, reka bentuk perindustrian, teskstil, fesyen, seramik, barangan logam halus, elektronik, reka bentuk bangunan/landskap

2

Menurut Kamus Dewan Bahasa (2000), rekacipta membawa maksud penghasilan

sesuatu produk dan barangan baru serta pengubahsuaian sesuatu produk yang sedia ada,

bagi memenuhi kehendak pengguna pada masa kini dan pada masa akan datang. Proses

rekacipta ini melibatkan 3 proses semasa penghasilannya iaitu minda, kemahiran dan

sikap atau nilai. Ketiga-tiga konsep ini digabungkan bagi menyelesaikan sesuatu

masalah dengan melaksanakan aktiviti pencetusan idea untuk diterjemahkan ke dalam

bentuk penulisan dan dihasilkan semula dalam bentuk prototaip atau model.

Rekacipta juga dapat dihasilkan melalui idea tersendiri atau diubahsuai serta

mempunyai ciri-ciri nilai komersial. Rekacipta merangkumi bidang- bidang seperti

grafik, reka bentuk perindustrian, teskstil, fesyen, seramik, barangan logam halus,

elektronik, reka bentuk bangunan/landskap dan ukiran. Menurut Hosking dan Harris

(1981), reka bentuk adalah proses yang menggunakan unsur-unsur dalam sains,

kejuruteraan, matematik, lukisan teknik dan prinsip-prinsip saintifik dalam usaha untuk

menghasilkan pelan. Kemudian, ia akan membawa kepada penyelesaian dan seterusnya

kepada keperluan praktikal.

Menurut Mohd Azhar Abd. Hamid (2006), sejarah perkembangan rekacipta

berkait rapat dengan manusia. Proses penciptaan ini telah wujud sejak zaman dahulu

lagi. Rekacipta telah wujud seiring dengan perkembangan peradaban manusia. Namun

tiada rekod yang dapat menyatakan dengan tepat bila rekacipta pertama dihasilkan.

Pernahkah anda terfikir untuk menelaah tentang kewujudan artefak-artefak yang telah

direkacipta oleh seseorang pada suatu masa dahulu. Mengapa reka bentuknya

sedemikian rupa dan mengapa instrumen-instrumen itu wujud. Persoalan ini ada kaitan

dengan rekacipta pada masa kini. Terdahulu, manusia pada zaman batu hidup secara

nomad yang lebih dikenali sebagai zaman pre-revolusi industri. Barangan keperluan

Page 15: REKACIPTA INSTRUMEN PENGUKURAN ELEKTRONIK DAN … · grafik, reka bentuk perindustrian, teskstil, fesyen, seramik, barangan logam halus, elektronik, reka bentuk bangunan/landskap

3

mereka dibuat sendiri daripada hasil tangan masing-masing. Antara contoh barangan

tersebut ialah kapak batu dan lembing yang digunakan sebagai instrumen untuk

memotong.

Menurut Jeffrey (1999), pada abad ke-17 iaitu zaman revolusi industri, manusia

berjaya mencipta perinstrumenan dan mesin yang dapat memudahkan kerja mereka.

Manusia di zaman itu menghasilkan instrumenan logam, kerja anyaman serta ukiran.

Sistem pembuatan domestik ini dikendalikan dengan menggunakan anggota tangan dan

kaki.

Manakala pada abad ke-18, ia dikenali sebagai zaman revolusi industri pertama.

Pada ketika inilah, enjin stim telah dicipta oleh James Watt dan diinovasikan oleh

George Stephenson yang menjadikannya lebih baik. Kehidupan manusia menjadi

semakin kompleks, maju melalui tranformasi zaman, serta menyebabkan lahirnya zaman

revolusi industri kedua. Manusia yang banyak bergantung hidup kepada tenaga elektrik,

bermula dengan mencipta radio transistor hingga ke komputer yang semakin luas

penggunaanya.

Pelbagai pendapat berkaitan reka bentuk dan zaman perubahannya. Menurut

James dan Jeffrey (1999) telah menyatakan bahawa rekacipta telah bermula sebelum

tahun masihi lagi, antara rekaan awal ialah instrumen “Skru Archimedes” ciptaan unuk

Archimedes pada tahun 212 SM. Ramai perekacipta telah menghasilkan pelbagai ciptaan

untuk kegunaan manusia. Ciptaan berasaskan teknologi menjadi pendorong utama

dalam bidang rekacipta sehingga kini. Richard Trevithick telah membina keretapi wap

Page 16: REKACIPTA INSTRUMEN PENGUKURAN ELEKTRONIK DAN … · grafik, reka bentuk perindustrian, teskstil, fesyen, seramik, barangan logam halus, elektronik, reka bentuk bangunan/landskap

4

pertama pada tahun 1804 dan Evenson(2000), manakala Alexander Graham Bell dengan

hasil ciptaannya iaitu telefon pada tahun 1876.

Setiap perubahan yang dilakukan ke atas sesuatu ciptaan, adalah semata-mata

untuk memenuhi keperluaan serta kehendak manusia yang tiada hadnya. Sebagai contoh

dalam kehidupan seharian, kita sering menggunakan barang-barang yang menjadi

keperluan seperti pakaian, instrumen-instrumen elektrik sehinggalah kepada berus gigi.

Ia menjadikan kehidupan lebih terurus, berikutan kewujudan instrumen yang telah pun

direkacipta oleh orang-orang tertentu. Sekaligus signifikasi barangan ini dapat memberi

manfaat berkaitan rekaanya apabila anda mengkajinya dengan teliti.

Teknologi didefinisikan oleh Websrter’s Ninth New Collegiate Dictionary

(1990) sebagai satu kaedah saintifik bagi mencapai satu tujuan secara praktikal. Ketika

kurun ke-19, teknologi terbaru dalam pendidikan ialah papan hitam dan kapur. Pada

kurun ke-20 pula, teknologi semakin berkembang dengan terdapatnya komputer,

pemain/perakam kaset video dan pemain/perakam cakera padat. Revolusi pertama

komputer tercetus pada tahun 1960 an. Di beberapa sekolah yang berbeza, satu terminal

komputer di letakkan di dalam sebuah bilik dan dihubungkan kepada sistem utama yang

terletak dalam lingkungan pejabat atau lain-lain pusat.

Signifikasi penggunaan komputer berkenaan tidak bertahan lama kerana

komputer terlalu mahal dan selalu rosak. Revolusi kedua komputer bermula lewat tahun

1970 an, dengan kemunculan komputer peribadi. Revolusi ini membolehkan komputer

dibawa ke dalam kelas, gymnasium dan rumah. Ketika awal tahun 1980 an, pengajar

Page 17: REKACIPTA INSTRUMEN PENGUKURAN ELEKTRONIK DAN … · grafik, reka bentuk perindustrian, teskstil, fesyen, seramik, barangan logam halus, elektronik, reka bentuk bangunan/landskap

5

pendidikan jasmani di peringkat universiti telah memulakan eksperimen dengan

komputer dan membangunkan program perisian (komputer mengeluarkan arahan untuk

pengguna) sebagai disiplin. Kini, kita dapat lihat di mana-mana sahaja seperti peniagaan

dan pendidikan terdapat komputer, video, cakera padat dan teknologi lain digunakan

(Bonnie dan Khayum, 1995)

Mengukur ialah satu aktiviti yang kerap dilakukan untuk mendapatkan satu

pengukuran jarak, ketinggian dan lain-lain. Antara perinstrumenan yang sering

digunakan untuk mengambil ukuran adalah pembaris, pita pengukur dan lain-lain

instrumen pengukuran yang pelbagai. Terdapat banyak cara serta kaedah yang

digunakan untuk mengambil sesuatu ukuran, contohnya pita-pita digunakan untuk

mengambil ukuran tinggi, manakala pembaris digunakan untuk pengukuran yang kecil.

Ianya suatu kaedah sama yang diguna pakai sejak zaman dahulu lagi. Kesemua proses

pengukuran ini memerlukan bantuan untuk mendapatkan satu pengukuran yang lebih

tepat.

Pengukuran merupakan aset penting bagi mereka yang ingin mengetahui jarak,

tinggi dan sebagainya.Terutama bagi mereka yang sering melakukan pengukuran jarak

yang melibatkan gelanggang untuk mengetahui kedudukan yang sesuai dan tepat. Selain

itu, mereka sering mengukur bahawa berapakah kedudukan jarak yang sesuai untuk

melihat television atau pun depan computer kerana penjagaan mata adalah sangat

penting untuk mereka.

Page 18: REKACIPTA INSTRUMEN PENGUKURAN ELEKTRONIK DAN … · grafik, reka bentuk perindustrian, teskstil, fesyen, seramik, barangan logam halus, elektronik, reka bentuk bangunan/landskap

6

1.2 Latar belakang masalah

Kepuasan dalam sesuatu permainan merupakan elemen yang sangat penting dalam

sesuatu pertandingan kecil ataupun besar. Ini termasuklah keadilan, ketelusan dan

keputusan yang tepat semasa mengumumkan keputusan yang terakhir. Hal ini dapat

memenuhi kepuasan kepada atlit yang bertanding dalam sesuatu kejohanan. Dalam

sukan petanque dan boling padang pengukuran merupakan elemen yang sangat penting

semasa membuat keputusan. Pita pengukuran akan memainkan peranan yang sangat

penting apabila ukuran dilakukan oleh pengadil berikutan jarak bola yang paling hampir

dengan bola kecil (jack) dapat diukur secara tepat.

Walaupun pita pengukur merupakan sejenis instrumen pengukur secara manual

tetapi pengadil harus membuat keputusan yang tepat iaitu mencari bola yang paling

hampir (jack). Keadaan ini mengharapkan kejituan pada pita pengukuran supaya

keputusan yang adil dilakukan. Ini kerana kejituan instrumen pengukuran adalah

penting apabila ukuran dilakukan oleh pengadil apabila kedua-dua bola pemain berada

pada jarak yang hampir sama. Oleh itu pengadil akan menggunakan penglihatan mata

yang tajam dengan memberi lebih tumpuan supaya keputusan yang baik dan tepat dapat

dilakukan.

Keputusan yang dibuat dianggap tepat oleh pengadil tetapi ada ketikanya, masih

terdapat keraguan dalam ukuran secara manual. Misalnya, pengadil hanya

menggunakan tangan dan mata semasa ukuran dilakukan. Walaupun begitu keputusan

yang dibuat mungkin tidak tepat dan tidak jitu. Keadaan ini mungkin berlaku

Page 19: REKACIPTA INSTRUMEN PENGUKURAN ELEKTRONIK DAN … · grafik, reka bentuk perindustrian, teskstil, fesyen, seramik, barangan logam halus, elektronik, reka bentuk bangunan/landskap

7

disebabkan pancaindera yang terlibat tidak berfungsi dengan baik kerana faktor keadaan

persekitaran yang tidak sesuai sekaligus menyebabkan daya tumpuan semasa membuat

ukuran menjadi tidak stabil. Seterusnya ia bakal menimbulkan rasa tidak puas hati

dengan keputusan pengadil walaupun ianya adalah muktamad. Seharusnya, kepuasan

pemain perlu menjadi keutamaan supaya kejohanan tersebut dapat berjalan lancar.

Justeru itu, dengan adanya instrumen pengukuran tersebut, maka pengukuran yang lebih

tepat dan jitu dapat dihasilkan supaya keputusan yang dibuat dapat memuaskan hati

semua pihak yang bertanding.

1.3 Penyataan masalah

Kaedah untuk mengambil sesuatu ukuran pada sukan petanque dan boling

padang sangat sukar dibuat apabila kedudukan bola dengan bola kecil (jack) hampir

sama. Oleh itu, keputusan yang dibuat adalah tidak begitu jitu dan kebolehpercayaan

adalah sangat rendah. Mungkin pengadil akan dipanggil untuk membuat keputusan

yang tepat hasil ukuran yang dilakukan oleh mereka. Kaedah menggunakan pita ukur

dalam pengukuran adalah perkara biasa yang sering dilakukan untuk mengambil ukuran

tetapi pita ukur perlulah yang jelas dan mempunyai nilai ukuran yang tepat. Oleh itu

masalah-masalah dalam pengunaan pita ukur ini perlu dihapuskan supaya penggunaan

dalam pengukur dapat dimudahkan lagi. Semua kaedah diatas memerlukan pancaindra

tangan dan mata semasa membuat ukuran. Seterusnya, keadaan ini menyebabkan

pelbagai masalah ralat berlaku apabila keputusan ukuran diperolehi.

Page 20: REKACIPTA INSTRUMEN PENGUKURAN ELEKTRONIK DAN … · grafik, reka bentuk perindustrian, teskstil, fesyen, seramik, barangan logam halus, elektronik, reka bentuk bangunan/landskap

8

1.4 Objektif kajian

1.4.1 Merekacipta sebuah instrumen elektronik untuk membuat pengukuran jarak

dekat dalam sukan petanque dan boling padang.

1.4.2 Dapat membuat keputusan yang lebih tepat melalui instrumen eletronik ini

berbanding pita pengukuran.

1.4.3 Mendapatkan pandangan pengguna tentang potensi dalam pemasaran instrumen

elektronik ini.

1.5 Persoalan kajian

1.5.1 Sejauh manakah keberkesanan instrumen elektronik ini dapat mengukur ukuran

pada jarak dekat dengan sempurna terutamanya dari segi penggunaan, mudah

alih dan ketepatan ukuran ?

1.5.2 Adakah instrumen ukuran elektronik ini adalah lebih baik berbanding dengan

menggunakan pita pengukuran ?

Page 21: REKACIPTA INSTRUMEN PENGUKURAN ELEKTRONIK DAN … · grafik, reka bentuk perindustrian, teskstil, fesyen, seramik, barangan logam halus, elektronik, reka bentuk bangunan/landskap

9

1.5.3 Adakah alat ini mendapat perpepsi yang baik dari kalangan pengguna ?

1.5.4 Kepentingan kajian.

Secara umumnya, kajian ini dijalankan bagi tujuan merekacipta satu instrumen yang

dapat menyumbang sedikit bantuan di dalam jenis sukan. Misalnya membantu pengadil

membuat keputusan pengukuran dalam sukan petanque dan boling padang dengan

berkesan. Tambahan pula, instrumen pengukuran elektronik ini dapat membantu dalam

pertandingan petanque dan boling padang yang selalunya perlu mengambil ukuran

antara bola dengan bola kecil atau jack supaya keputusan yang dibuat memuaskan

kedua-dua pihak.

Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen ukuran elektronik ini akan membuat

keputusan yang hampir sama dengan instrumen ukuran biasa melalui satu ujian

berbanding. Hal ini kerana instrumen ukuran elektronik ini mempunyai

kebolehpercayaan yang tinggi. Selain itu, instrumen ukuran elektronik ini juga

mempunyai kesahan yang tinggi seperti mendapat mengukur pelbagai sudut dan keadaan

semasa ukuran dilakukan. Disamping itu juga kesahan yang tinggi semasa

menggunakan instrumen ukuran elektronik dapat memudahkan sesuatu pertandingan

supaya berjalan lancar dan tidak berlaku sebarang keraguan semasa membuat keputusan.

Page 22: REKACIPTA INSTRUMEN PENGUKURAN ELEKTRONIK DAN … · grafik, reka bentuk perindustrian, teskstil, fesyen, seramik, barangan logam halus, elektronik, reka bentuk bangunan/landskap

10

1.5.5 Pengguna harian

a) Pengguna seperti pemain-pemain petanque dan boling padang sentiasa

menggunakan instrumen pengukuran untuk membuat keputusan.

b) Dapat menggunakan instrumen ukuran elektronik ini tanpa perlu

menggunakan pancaindra mata untuk melihat jarak ukuran semasa membuat

pengukuran.

c) Boleh membuat instrumen ukuran elektronik ini kemana-mana sahaja serta

mudah digunakan.

1.5.6 Batasan kajian.

Semasa kajian dijalankan untuk menghasilkan instrumen ukuran elektronik ini,

terdapat juga batasan-batasan kajian perlu dilakukan. Kajian ini terbatas kepada perkara-

perkara seperti yang dinyatakan di bawah:

Page 23: REKACIPTA INSTRUMEN PENGUKURAN ELEKTRONIK DAN … · grafik, reka bentuk perindustrian, teskstil, fesyen, seramik, barangan logam halus, elektronik, reka bentuk bangunan/landskap

11

1.5.6.1 Instrumen ini hanya ditumpukan kepada pemain dan pengadil semasa

dalam sukan petanque dan boling padang sahaja semasa membuat ukuran.

Justeru itu, instrumen ini sangat membantu pengadil dan pemain semasa hendak

mengukur diantara bola dengan bola kecil ( jack) dalam sesuatu pertandingan.

1.5.6.2 Mengenalpasti cara untuk menghasilkan rekabentuk instrumen ukuran

elektronik supaya ianya sesuai dan selesa kepada pengguna. Selain itu, kaedah

kajian juga perlu dijalankan bagi mengenalpasti kesahan dan kebolehpercayaan

untuk instrumen elektronik ini.

1.5.6.3 Mengetahui cara-cara untuk menggunakan instrumen pengukuran dan

bagaimanakah ia berfungsi supaya instrumen ini tidak cepat rosak atau keputusan

pengukuran yang tidak sama dengan pengukuran lain.

1.6 Skop kajian

Berkisar tentang penghasilan instrumen pengukuran instrumen elektronik ini

kemudahan teknologi elektronik digunakan. Dalam kajian ini, melibatkan beberapa

Page 24: REKACIPTA INSTRUMEN PENGUKURAN ELEKTRONIK DAN … · grafik, reka bentuk perindustrian, teskstil, fesyen, seramik, barangan logam halus, elektronik, reka bentuk bangunan/landskap

12

orang pengguna yang terdiri daripada pemain petanque Universiti Teknologi Malaysia

dan boling padang Universiti Teknologi Malaysia untuk melakukan ujian instrumen

pengukuran elektronik ini. Semasa ujian dijalankan, perbandingan antara instrumen

ukuran elektronik dan instrumen ukuran lain dilakukan. Semua keputusan yang

diperolehi akan dicatatkan dan di analisis untuk kajian.

1.7 Definisi istilah

Definisi istilah merupakan bahagian untuk menerangkan istilah-istilah atau ayat-

ayat saintifik yang telah digunakan dalam penerangan.

1.7.1 Rekacipta

Membuat, membina, menbangun atau mendirikan menurut kamus Fajar, 1997.

Instrumen yang asal diubah suai bagi menampakkan kecanggihan digital selaras dengan

perkembangan teknologi global, (Izwanuddin, 2006)

1.7.2 Ultrasonik

Sejenis gelombang yang dapat menghasilkan pantulan untuk tujuan mengukur

jarak, saiz dan lain-lain.

Page 25: REKACIPTA INSTRUMEN PENGUKURAN ELEKTRONIK DAN … · grafik, reka bentuk perindustrian, teskstil, fesyen, seramik, barangan logam halus, elektronik, reka bentuk bangunan/landskap

13

1.7.3 MASUM

Majlis Sukan Universiti Malaysia

1.7.4 Universiti Teknologi Malaysia

Merupakan sebuah universiti tempatan di Malaysia terletak di selatan tanah air

iaitu di Johor Darul Takzim.

1.8 Penutup

Dalam bab 1 ini membincangkan tentang tajuk pengenalan, penyataan masalah,

latar belakang kajian, objektik kajian, persoalan kajian, kepentingan kajian, limitasi

kajian, skop kajian, definisi istilah dan penutup. Walaubagaimanapun, ia adalah

sebahagian permulaan projek. Berakhirnya bab 1, tajuk bab 2 adalah sorotan kajian

yang mengenai kajian-kajian lepas yang akan dibincangkan oleh penyelidik.