portfolio geografi 2009

Download Portfolio Geografi 2009

If you can't read please download the document

Upload: reedrancid

Post on 11-Jun-2015

899 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

example je,sape2 yg x thu nk buat kerja kursus

TRANSCRIPT

PenghargaanTerlebih dahulu saya ingin mengucapkan kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana telah mengurniakan saya kesihatan dan pentunjuk untuk menyiapkan tugasan kajian Geografi tempatan (KGT) ini dengan sempurna dan jayanya. Saya juga ingin mengucap ribuan terima kasih kepada pihak berikut: (a)Pengetua sekolah,Encik Yusof B.Yacoob kerna memberi kebenaran menjalankan kajian di luar kawasan sekolah (b)Guru Geografi,Encik Than Boo Khin yang sentiasa memberikan bimbingan dan tunju ajar dalam menyiapkan tugasan KGT ini (c)Kedua-dua ibu bapa saya keran memberikan sokongan dan dorongan untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang akedemik serta orang yang membantu dari segi kewangan yang murni,membuatkan saya terpanggil dalam tugasan ini dengan sempurna. (d)Rakan sekelas,3 Dedikasi kerana memberi kerjasama dalam pengumpulan maklumat (e)Penduduk tempatan yang memberikan maklum balas semasa menjalankan kajian ini.

IsiBil. Kandungan Halaman 1.Pengharagaan(1) 2.Pendahuluan.. ( ) 3.Objektif kajian... ( ) 4.Kawasan kajian. ( ) 5.Kaedah kajian....( ) 6.Hasil kajian....( ) 7.Rumusan( ) 8.Rujukan.( ) 9.Lampiran...( )

KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN PMR 2009 GEOGRAFI23/2 BENTUK MUKA BUMI DAN PONTESINYANAMA: TINGKATAN: NO.KAD PENGENALAN: NO.ANGKA GILIRAN: NAMA DAN ALAMAT SEKOLAH: NAMA GURU PENILAI: TANDATANGAN: TARIKH: SEK.MEN.KEB.JELAWAT 16370 BACHOK. KELANTAN ENCIK THAN BOO KHIN Muhammad Zulkarnain Bin Yusoff 3 DEDIKASI 940518-03-6543

GRED

PendahuluanSaya Wan Muhammad Syafiq Bin Wan Azman merupakan pelajar tingkatan 3 Dedikasi di Sekolah Menengah Kebangsaan Jelawat telah diberikan tugasan kajian geografi tempatan (KGT) ini perlu dilaksanakan untuk memenuhi sukatan pelajaran geografi. Kerja khusus ini diwajibkan ke atas semua pelajar tingkatan tiga bagi memenuhi kehendak lembaga peperiksaan Malaysia bagi pelajar yang mengambil peperiksaan penilaian menengah rendah(PMR) saya telah memilih tajuk bentuk muka bumi dan pontesinya Saya telah mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkan kerja kursus ini iaitu 8 minggu.Dalam tempoh 8 minggu ini saya gunakan untuk mengumpulkan data dan maklumat yang diperlukan. Saya telah memilih kampung Jelawat merupakan sebuah Pekan.

Kawasan kajianKajian ini telah dijalankan di kawasan yang terletak jauh dari bandar Bachok di Kelantan iaitu Kampung Jelawat secara umumnya daerah Bachok terletak di timur semenanjung menghadap ke laut China selatan dan jaraknya dari ibu negeri Kota Bharu ialah 26 km. Kedudukan Pekan bachok berdasarkan latitut dan longlitud ialah 6U 102 T. Luas kawasan kajian ialah sekitar 5 km persegi. Kawasan kajian meliputi Kampung Jelawat dan Kampung-kampung di kawasan sekitarnya.

Kaedah kajianSaya telah menggunakan pelbagai kaedah kajian untuk mendapatkan maklumat dan data antaranya ialah: Kaedah Pemerhatian Memerhatikan cirri-ciri budaya dan ciri-ciri fizikal secara kesuluruhan kawasan kajian seperti bentuk muka,kemudahan asas,kegiatan ekonomi dan lain-lain.

Kaedah rujukan Membuat rujukan daripada buku teks serta buku-buku yang diperakukan oleh kementerian pendidikan rujukan juga dibuat di perpustakaan sekolah Kaedah soal selidik Menemuramah seramai beberapa orang respondan yang terdiri daripada penduduk kampung di sekitar kawasan kajian. Kaedah temu bual Menemu bual beberapa orang respondan untuk mengumpul maklumat tentang kegiatan ekonomi.

Hasil kajianKampung Jelawat merupakan sebuah kawasan tanah pamah yang sebahagian besarnya digunakan untuk kegiatan ekonomi khasnya penanaman padi kerana tanih aluvium terdapat di kampung ini selain daripada kegiatan pertanian, guna tadah di kampung ini adalah untuk perternakan samada menternak ayam,lembu dan ikan air tawar. Terdapat pelbagai jenis ikan air tawar yang diusahakan sperti ikan patin,ikan tilapia dan banyak lagi. Di kampung ini juga terdapat tanih beris yang sesuai untuk tanaman tembakau yang dijalankan secara meluas. Kampung ini juga terdapat beberapa buah kilang seperti kilang membuat roti, kilang memproses padi dan untuk perkhidmatan. Dalam aspek perkhidmatan guna tanahnya adalah untuk pembinaan sekolah seperti sekolah menengah dan sekolah rendah Jelawat,Tadika Kemas,masjid,surau serta taman permainan.

JADUAL:JENIS KEGIATAN EKONOMI DI KAWASAN KAJIANSektor Pertanian Perikanan Perindustrian Perkhidmatan Bilangan Perkerja 10 5 7 8 Peratus 33.33 16.67 23.33 26.67

Graf bar:Jenis Kegiatan ekonomi di kawasan kajian

Pentunjuk:

Faktor-faktorMuka bumi yang rendah dan rata menjadi satu kelebihan untuk kegiatan ekonomi sekitar Jelawat daerah Bachok merupakan kawasan pertanian bagi tanaman padi,tembakau dan kelapa.Terdapat juga tanaman seperti Jagung di kawasan berhampiran Sungai Kampung Tualang Salak. Daerah Bachok juga merupakan kawasan petempatan yang agak sederhana padat iaitu melebihi 200 orang bagi setiap kilometer persegi. Keadaan ini berlaku kerana tanah rendah dan rata penting untuk pertanian dan memudahkan sisitem pengangkutan dibina iaitu kemudahan jalan raya ini adalah bantuan daripada agensi kerajaan iaitu jabatan kerja raya (JKR) dan lembaga lebuh raya Malaysia (LLM). Kawasan ini juga sesuai untuk pembinaan kilang-kilang memproses padi dan sebagai.Juga sesuai untuk pembinaan rumah atau bangunan kecil. Faktor tanih pula adalah tanih berpasir,tanih beris dan aluvium yang sesuai untuk tanaman padi serta untuk tanaman kontang seperti kelapa,gajus,buah-buahan dan sayur-sayuran. Saliran yang baik juga menjadi faktor penyumbang.Ini adalah kerana terdapat anak-anak yang mewarisi perkerjaan dari tanah milik keluarga. Dasar kerajaan juga menjadi faktor yang mempegaruhi kegiatan ekonomi di kampung ini. Melalui agensi-agensi berwajib,kerajaan menyalurkan bantuan kepada para petani seperti racun,baja dan khidmat nasihat tentang pertanian terdapat juga sistem kredit di mana para petani mendapat barang-barang pertanian secara berhutang dan akan dibayar apabila mendapat hasil kelak.

SumbanganTerdapat banyak sektor-sektor kegiatan ekonomi seperti sektor perkidmatan,perniagaan pertanian dan pengangkutan.Oleh sebab terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada kegiatan pertanian maka secara tidak langsung akan membangunkan sesuatu kawasan, Kampung Jelawat juga tidak terkecuali.Melalui hasil pertanian yang dikeluarkan oleh penduduk kampung maka ada segelintir penduduk kampung yang mampu membuka kilang besar memproses hasil pertanian sebelum dipasarkan di kilang-kilang kampung berkenaan.Selain dapat memasarkan hasil pertanian kepada kilang tersebut secara tidak langsung ia akan menyediakan peluang perkerjaan kepada masyrakat setempat. Peningkatan taraf hidup masyarakat setempat juga bertambah baik.Ini dapat dilihat memlalui penduduk Kampung yang mampu untuk membeli makanan yang lebih berzat dan berkhasiat. Mereka juga mampu menghantar anak-anak untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tempatan mahupun luar Negara kini, hampir semua penduduk kampung ini dapat menikmati pelbagai kemudahan seperti elektrik,air,pengangkutan dan perhubungan. Ramai antara mereka juga boleh memiliki kereta,computer dan rumah kediaman.

Pontensi-pontesi dan bentuk muka bumi di Kampung JelawatDalam usaha kita membangunkan satu-satu kawsan,kita tidak akan terlepas dariapada implikasinya. Dalam usaha menambahkan baik kegiatan ekonomi terdapat beberapa kesannya seperti kepupusan sumber.kawasan hutan telah dibuka untuk rancaangan tanah besar-besaran bagi kegiatan pertanian ini kerana banyak kawasan hutan telah dibersihkan untuk kegiatan pembinaaan jalan dan pengangkutan dan sebagainya. Kesan dariapada rumah hijau menyebabakan pencemaran udara serius berlaku apabila asap kilang dan kenderaan bermotor yang mengandungi karbon dioksida dibebaskan ke udara. Pembinaan kilang padi memang tidak dinafikan memberi pulangan lebih baik untuk masyarakat dan Negara. Selain itu ia juga turut menyumbang kepada pencemaraan udara, air dan bunyi. Debu dan asap yang dikeluarkan oleh kilang tersebut akan dibebaskan ke udara dan akan menyebabkan merea tinggal di kawasan berhampiran mengalami masalah ksihatan dan batuk,lelah dan sesak nafas. Selain itu bunyi bising juga menggangu masyarakat setempat.terdapat juga sisa-sisa ternakan dari kandang dan bahan kimia yang dibuang ke dalam sungai yang berhampiran ini akan mencemarkan sumber air yang menjadi kegunaan kegunaan harian masyarakat kampung untuk kegunaan domestic seperti mandi,memasak,membasuh pakaian dan sebagainya.

Langkah-langkah untuk mengatasiBagi mengimbangkan pembangunan dan masalah, maka masyarakat dan pihak-pihak yang terlibat perlu mengambil langkah yang berkesan contohnya pihak kilang perlu menapis terlebih dahulu asap dan debu yang akan dibebaskan ke udara dengan menggunakan cerobong asap demi kebaikan bersama. Pihak kilang juga perlu menyediakan tempat-tempat khas untuk membuang sisa-sisa kilang mereka. Bau yang kurang menyenangkan juga perlu diatasi. Pesawah dan pihak yang berwajib perlulah memikirkan jalan yang baik dalam usaha memusnahkan perosak padi dan tanaman mereka. Penguatkuasaan undang-undang perlu diperketatkan terhadap tuan punya kilang-kilang yang menimbulkan masalah.Selain itu, tindakan denda akan dikenakan kepada mereka melanggar peraturan kempen kesedaraan alam sekitar perlu ditanam dalam diri masyarakat setempat melalui gotong royong sperti ceramah,pameran,kem kesedaran alam,bengkel alam sekitar,lawatan penyebaran maklummat alam sekitar serta melalui media cetak dan media elektronik yang melibatkan agensi kerajaan seperti jabatan alam sekitar(JAS).

Rumusan

.

Kajian ini telah menjelaskan jenis bentuk muka bumi dan cirri-ciri yang terdapat di kawasan kajian. Bentuk muka bumi sememangnya berkait rapat dengan aspek kehidupan terutama kegiatan pertanian,pelancongan dan pembangunan. Masalah yang dihadapi boleh diatasi dengan pelbagai langkah-langkah yang boleh diambil oleh penduduk setempat dan pihak berkuasa tempatan. Kita seharusnya berasa amat bersyukur dan berbangga kerana alam semula jadi yang terdapat di Negara kita boleh dimanfaatkan untuk membantu kehidupan seharian.

RujukanReferent PMR Geografi ting 1,2 dan 3 Terbitan buku: Pearson Longman Dikarang oleh: Sabaruddin Abdul Rahman Perpustakaan Buku-buku yang berkaitan dengan Geografi tempatan

Sukses PMR Geografi Terbitan buku Fajar Bakti Sdn Bhd Dikarang oleh Khaw Ah Seng Buku Teks Geografi tingkatan 2 Terbitan buku Percetakan Rina Sdn Bhd Dikarang oleh Abdul Aziz Abdul Rahman Lim Jin Choon Ratnam Karuppiah Servai

Buku teks Geografi tingkatan.3 Terbitan Buku PTS Publication &Distribution Sdn. Bnd Dikarang oleh Khaw Ah Seng Habibah Haji Lateh Tan Koh Lim