portal 1l5g - polisas · 2014-07-21 · pengurusan data dan rekod-rekod di dalam modul pengurusan...

9
MANUAL PENGGUNA PENGURUSAN PANGKALAN DATA (STATUS PEKERJAAN) EDISI GRADUAN 2012 Oleh: Muhamad Firdaus Bin Che Amat Che Alias Mohd Yusof Jasni Md Zain PORTAL 1L5G

Upload: others

Post on 17-Jul-2020

14 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PORTAL 1L5G - POLISAS · 2014-07-21 · pengurusan data dan rekod-rekod di dalam Modul Pengurusan Pangkalan Data Portal 1L5G. Bahasa dan pendekatan yang diambil adalah sangat mudah

MANUAL PENGGUNA

PENGURUSAN PANGKALAN DATA

(STATUS PEKERJAAN)

EDISI GRADUAN

2012

Oleh:

Muhamad Firdaus Bin Che Amat

Che Alias Mohd Yusof

Jasni Md Zain

PORTAL 1L5G

Page 2: PORTAL 1L5G - POLISAS · 2014-07-21 · pengurusan data dan rekod-rekod di dalam Modul Pengurusan Pangkalan Data Portal 1L5G. Bahasa dan pendekatan yang diambil adalah sangat mudah

2

Portal 1L5G Manual Pengguna : Pengurusan Pangkalan Data (Status Pekerjaan Graduan)

KATA ALUAN

Terlebih dahulu marilah kita panjatkan kesyukuran ke hadrat

Allah S.W.T serta selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad

SAW di atas kesempatan untuk menerbitkan Manual Pengguna Portal

1L5G POLISAS Edisi 2012.

Kesan daripada dunia tanpa sempadan telah mempengaruhi corak kehidupan dan

tingkah laku masyarakat. Tidak dinafikan peranan politeknik juga menjadi semakin

mencabar di mana bukan sekadar melahirkan graduan yang cemerlang malah perlu

memastikan graduan berkenaan mendapatkan pekerjaan. Justeru itu diharapkan

dengan adanya Portal 1L5G ini akan menjadi satu platform kepada para graduan untuk

menyalur dan mendapatkan maklumat serta status pekerjaan yang berkaitan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan syabas diucapkan kepada semua pihak yang terlibat

khususnya Urusetia Pembangunan Portal 1L5G di atas kejayaan membangunkan Portal

1L5G dan menerbitkan Manual Pengguna Portal 1L5G Edisi 2012. Keupayaan menyiapkan

Portal ini dalam tempoh 5 bulan adalah satu usaha yang membanggakan. Saya amat

berharap agar komitmen tinggi seumpama ini dapat diteruskan bagi menghasilkan

inovasi dan sumber rujukan kepada warga politeknik pada masa akan datang.

MEJ. (K) DATO’ HJ. ABU BAKAR BIN AHMAD, DIMP., SMP., AAP., AMN.

Pengarah

Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah

Kuantan, Pahang Darul Makmur

Page 3: PORTAL 1L5G - POLISAS · 2014-07-21 · pengurusan data dan rekod-rekod di dalam Modul Pengurusan Pangkalan Data Portal 1L5G. Bahasa dan pendekatan yang diambil adalah sangat mudah

3

Portal 1L5G Manual Pengguna : Pengurusan Pangkalan Data (Status Pekerjaan Graduan)

PRAKATA

Modul ini diterbitkan untuk dijadikan sebagai rujukan asas di dalam melakukan proses

pengurusan data dan rekod-rekod di dalam Modul Pengurusan Pangkalan Data Portal

1L5G. Bahasa dan pendekatan yang diambil adalah sangat mudah supaya para

pengguna lebih senang untuk memahami dan mengikuti langkah-langkah secara step-

by-step. Modul ini sangat berguna kepada para pelajar (graduan) sebagai panduan

dalam mengemaskini serta melaporkan satus pekerjaan masing-masing kepada mentor-

mentor yang dilantik.

Page 4: PORTAL 1L5G - POLISAS · 2014-07-21 · pengurusan data dan rekod-rekod di dalam Modul Pengurusan Pangkalan Data Portal 1L5G. Bahasa dan pendekatan yang diambil adalah sangat mudah

4

Portal 1L5G Manual Pengguna : Pengurusan Pangkalan Data (Status Pekerjaan Graduan)

KANDUNGAN

Kata Aluan …………………………………………………………………………….…...2

Prakata ………………………………………………………………………………..…….3

Kandungan…………………………………………………………………………..……..4

Bahagian 1 : Kemaskini Status Pekerjaan (Graduan)……………………..….……5

Bahagian 2 : Promosi Iklan Peluang Pekerjaan……………………………...……...8

Page 5: PORTAL 1L5G - POLISAS · 2014-07-21 · pengurusan data dan rekod-rekod di dalam Modul Pengurusan Pangkalan Data Portal 1L5G. Bahasa dan pendekatan yang diambil adalah sangat mudah

5

Portal 1L5G Manual Pengguna : Pengurusan Pangkalan Data (Status Pekerjaan Graduan)

Bahagian 1 : Kemaskini Status Pekerjaan (Graduan)

1. Sila layari web rasmi POLISAS. Kemudian klik butang Portal 1L5G di bahagian

“PERKHIDMATAN ON-LINE” di bawah menu “INTRANET” atau direct link

http://aplikasi02.polisas.edu.my/jka/portal-1l5g/index.htm

2. Klik butang “MASUK” pada bahagian Sistem Pangkalan Data

3. Kemudian klik ikon Login Pelajar

Page 6: PORTAL 1L5G - POLISAS · 2014-07-21 · pengurusan data dan rekod-rekod di dalam Modul Pengurusan Pangkalan Data Portal 1L5G. Bahasa dan pendekatan yang diambil adalah sangat mudah

6

Portal 1L5G Manual Pengguna : Pengurusan Pangkalan Data (Status Pekerjaan Graduan)

4. Masukkan No. Kad pengenalan dan No. Pendaftaran, kemudian klik butang Login

5. Maklumat pelajar (graduan) dan status pekerjaan dipaparkan

6. Sekiranya maklumat status/pergerakan pelajar (graduan), perlu dikemaskini

(ditambah), sila klik pada link tambah

Page 7: PORTAL 1L5G - POLISAS · 2014-07-21 · pengurusan data dan rekod-rekod di dalam Modul Pengurusan Pangkalan Data Portal 1L5G. Bahasa dan pendekatan yang diambil adalah sangat mudah

7

Portal 1L5G Manual Pengguna : Pengurusan Pangkalan Data (Status Pekerjaan Graduan)

7. Ruangan atau form/borang kemaskini dipaparkan. Sila isi selengkapnya dengan

cermat dan kemudian klik butang submit.

8. Sekiranya untuk mengemaskini rekod-rekod yang sedia ada,misalnya tersilap isi

atau sebagainya, sila klik pada link update pada rekod yang berkenaan.

9. Satu borang kemaskini akan dipaparkan dan sila kemaskini data-data yang

berkenaan. Kemudian klik butang submit

Page 8: PORTAL 1L5G - POLISAS · 2014-07-21 · pengurusan data dan rekod-rekod di dalam Modul Pengurusan Pangkalan Data Portal 1L5G. Bahasa dan pendekatan yang diambil adalah sangat mudah

8

Portal 1L5G Manual Pengguna : Pengurusan Pangkalan Data (Status Pekerjaan Graduan)

10. Sekiranya terdapat rekod-rekod perlu dihapuskan (delete), sila klik link delete pada

rekod berkenaan.

Bahagian 2 : Promosi Iklan Peluang Pekerjaan

1. Sila klik pada butang Masuk pada bahagian Job Hunter atau direct link :

http://aplikasi02.polisas.edu.my/jka/portal-1l5g/index.htm

2. Sila klik pula pada bahagian PELUANG PEKERJAAN

3. Sila klik link Tambah Iklan

Page 9: PORTAL 1L5G - POLISAS · 2014-07-21 · pengurusan data dan rekod-rekod di dalam Modul Pengurusan Pangkalan Data Portal 1L5G. Bahasa dan pendekatan yang diambil adalah sangat mudah

9

Portal 1L5G Manual Pengguna : Pengurusan Pangkalan Data (Status Pekerjaan Graduan)

4. Setelah satu paparan borang butiran maklumat peluang pekerjaan muncul. Sila isi

dengan teliti dan cermat item-item yang dikehendaki, kemudian klik butang

Submit

5. Paparan iklan peluang pekerjaan yang anda masukkan akan terpapar di ruangan

senarai iklan dan peluang pekerjaan seperti dibawah.