polisi pemberian ubat sedasi pesakit mri … · 1 lampiran 6 unit mri jabatan perkhidmatan...

2
1 LAMPIRAN 6 UNIT MRI JABATAN PERKHIDMATAN RADIOLOGI HOSPITAL CANSELOR TUANKU MUHRIZ PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA POLISI PEMBERIAN UBAT SEDASI PESAKIT MRI PESAKIT DEWASA: 1. Prosedur MRI yang memerlukan pemberian ubat sedasi hanya dilakukan semasa waktu pejabat sahaja untuk mengelakkan sebarang masalah yang timbul kesan daripada pemberian ubat sedasi. 2. Pesakit mestilah dimasukkan ke dalam wad atau Pusat Rawatan Harian sehari sebelum atau pada hari temujanji MRI. Segala urusan kemasukan wad adalah di bawah tanggungjawab klinik masing-masing. 3. Pesakit hendaklah berpuasa 4 jam sebelum pemeriksaan MRI dijalankan. 4. Pesakit mestilah diiringi oleh Pegawai Perubatan dan Jururawat daripada wad semasa prosedur MRI dijalankan. 5. Pemberian ubat sedasi dan pemantauan ke atas pesakit sepanjang prosedur adalah di bawah tanggungjawab kakitangan wad. 6. Bekalan ubat sedasi boleh diperolehi dari Unit Intervensi, Jabatan Radiologi PPUKM dan kakitangan wad hendaklah menyerahkan butiran maklumat pesakit untuk direkodkan di dalam buku rekod DDA. 7. Setelah selesai pemeriksaan MRI, pesakit akan kembali ke wad bersama Pegawai Perubatan dan Jururawat yang mengiringi pesakit. 8. Bagi pesakit yang memerlukan prosedur pembiusan sepenuh (GA), pemeriksaan hanya dilakukan pada hari Isnin sahaja. Jika ada kes kecemasan yang memerlukan prosedur GA ianya boleh dilakukan pada bila-bila masa selepas mendapat persetujuan daripada Pakar Radiologi. 9. Pesakit yang memerlukan prosedur GA akan dimasukkan ke wad sehari sebelum pemeriksaan MRI. Segala urusan kemasukan wad dan prosedur pemberian GA adalah di bawah tanggungjawab kakitangan klinik/wad masing-masing. Jabatan Radiologi hanya menyediakan tempat dan masa untuk melakukan pemeriksaan MRI sahaja. PESAKIT KANAK-KANAK: Pemeriksaan MRI yang memerlukan ubat sedasi akan dilakukan pada setiap hari Jumaat sahaja iaitu di dalam waktu pejabat. Jika ada kes kecemasan yang memerlukan ubat sedasi ianya boleh dilakukan pada bila-bila masa selepas mendapat persetujuan daripada Pakar Radiologi.

Upload: vonhan

Post on 06-Feb-2018

268 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: POLISI PEMBERIAN UBAT SEDASI PESAKIT MRI … · 1 lampiran 6 unit mri jabatan perkhidmatan radiologi hospital canselor tuanku muhriz pusat perubatan universiti kebangsaan malaysia

1

LAMPIRAN 6

UNIT MRI

JABATAN PERKHIDMATAN RADIOLOGI

HOSPITAL CANSELOR TUANKU MUHRIZ

PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

POLISI PEMBERIAN UBAT SEDASI PESAKIT MRI

PESAKIT DEWASA:

1. Prosedur MRI yang memerlukan pemberian ubat sedasi hanya dilakukan semasa

waktu pejabat sahaja untuk mengelakkan sebarang masalah yang timbul kesan

daripada pemberian ubat sedasi.

2. Pesakit mestilah dimasukkan ke dalam wad atau Pusat Rawatan Harian sehari

sebelum atau pada hari temujanji MRI. Segala urusan kemasukan wad adalah di

bawah tanggungjawab klinik masing-masing.

3. Pesakit hendaklah berpuasa 4 jam sebelum pemeriksaan MRI dijalankan.

4. Pesakit mestilah diiringi oleh Pegawai Perubatan dan Jururawat daripada wad

semasa prosedur MRI dijalankan.

5. Pemberian ubat sedasi dan pemantauan ke atas pesakit sepanjang prosedur adalah di

bawah tanggungjawab kakitangan wad.

6. Bekalan ubat sedasi boleh diperolehi dari Unit Intervensi, Jabatan Radiologi PPUKM

dan kakitangan wad hendaklah menyerahkan butiran maklumat pesakit untuk

direkodkan di dalam buku rekod DDA.

7. Setelah selesai pemeriksaan MRI, pesakit akan kembali ke wad bersama Pegawai

Perubatan dan Jururawat yang mengiringi pesakit.

8. Bagi pesakit yang memerlukan prosedur pembiusan sepenuh (GA), pemeriksaan

hanya dilakukan pada hari Isnin sahaja. Jika ada kes kecemasan yang memerlukan

prosedur GA ianya boleh dilakukan pada bila-bila masa selepas mendapat persetujuan

daripada Pakar Radiologi.

9. Pesakit yang memerlukan prosedur GA akan dimasukkan ke wad sehari sebelum

pemeriksaan MRI. Segala urusan kemasukan wad dan prosedur pemberian GA

adalah di bawah tanggungjawab kakitangan klinik/wad masing-masing. Jabatan

Radiologi hanya menyediakan tempat dan masa untuk melakukan pemeriksaan MRI

sahaja.

PESAKIT KANAK-KANAK:

Pemeriksaan MRI yang memerlukan ubat sedasi akan dilakukan pada setiap hari Jumaat

sahaja iaitu di dalam waktu pejabat. Jika ada kes kecemasan yang memerlukan ubat sedasi

ianya boleh dilakukan pada bila-bila masa selepas mendapat persetujuan daripada Pakar

Radiologi.

Page 2: POLISI PEMBERIAN UBAT SEDASI PESAKIT MRI … · 1 lampiran 6 unit mri jabatan perkhidmatan radiologi hospital canselor tuanku muhriz pusat perubatan universiti kebangsaan malaysia

2

1. Pesakit hendaklah berpuasa 4 jam sebelum pemeriksaan MRI dijalankan.

2. Pada hari temujanji pesakit hendaklah melaporkan diri di Pusat Rawatan Harian

Kanak-Kanak sebelum datang ke Unit MRI untuk proses pemasangan branula dan

pemberian ubat sedasi.

3. Pesakit hendaklah diiringi oleh seorang Jururawat semasa pemeriksaan MRI

dijalankan.

4. Setelah selesai pemeriksaan, pesakit akan kembali ke Pusat Rawatan Harian sebelum

dihantar pulang. Penjagaan selepas pemeriksaan MRI adalah di bawah

tanggungjawab kakitangan wad.

5. Bagi pesakit yang memerlukan prosedur pembiusan sepenuh (GA), pemeriksaan

hanya dilakukan pada hari Isnin sahaja. Jika ada kes kecemasan yang memerlukan

prosedur GA ianya boleh dilakukan pada bila-bila masa selepas mendapat persetujuan

daripada Pakar Radiologi.

6. Pesakit yang memerlukan prosedur GA akan dimasukkan ke wad sehari sebelum

pemeriksaan MRI. Segala urusan kemasukan wad dan prosedur pemberian GA

adalah di bawah tanggungjawab kakitangan klinik/wad masing-masing. Jabatan

Radiologi hanya menyediakan tempat dan masa untuk melakukan pemeriksaan MRI

sahaja.

Tarikh kuatkuasa: 1 Ogos 2011

Semakan pada: 21 Mei 2015

Disahkan oleh:

PROFESOR DR. HAMZAINI ABDUL HAMID Pakar Perunding Radiologi & Ketua Jabatan

Jabatan Radiologi

PPUKM.