1. 2 objektif jabatan 2. skop jabatan/ · pdf file4.5.1 pesakit dan kanak-kanak yang...

31
Semakan : 21 Mei 2015 1 Tarikh Kuatkuasa : 14 Ogos 2008 POLISI PPUKM JABATAN : JABATAN RADIOLOGI KOD : AE BIL KOD KANDUNGAN MUKA SURAT 1. OBJEKTIF JABATAN 2 2. SKOP JABATAN/ PERKHIDMATAN 2 - 3 3. CARTA ORGANISASI 4 4. POLISI-POLISI JABATAN 5 - 31 5 LAMPIRAN

Upload: hadiep

Post on 05-Mar-2018

325 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: 1. 2 OBJEKTIF JABATAN 2. SKOP JABATAN/ · PDF file4.5.1 Pesakit dan kanak-kanak yang memerlukan sedasi akan diiringi oleh Pegawai ... Sila rujuk kepada Garis Panduan dan Peraturan

Semakan : 21 Mei 2015 1 Tarikh Kuatkuasa : 14 Ogos 2008

POLISI PPUKM

JABATAN : JABATAN RADIOLOGI

KOD : AE

BIL KOD KANDUNGAN MUKA SURAT

1. OBJEKTIF JABATAN 2

2. SKOP JABATAN/ PERKHIDMATAN 2 - 3

3. CARTA ORGANISASI 4

4. POLISI-POLISI JABATAN 5 - 31

5 LAMPIRAN

Page 2: 1. 2 OBJEKTIF JABATAN 2. SKOP JABATAN/ · PDF file4.5.1 Pesakit dan kanak-kanak yang memerlukan sedasi akan diiringi oleh Pegawai ... Sila rujuk kepada Garis Panduan dan Peraturan

Semakan : 21 Mei 2015 2 Tarikh Kuatkuasa : 14 Ogos 2008

POLISI PPUKM

POLISI JABATAN PERKHIDMATAN RADIOLOGI

HOSPITAL CANSELOR TUANKU MUHRIZ, PUSAT PERUBATAN UKM

1. OBJEKTIF

1.1 Memberi perkhidmatan yang berkualiti, selamat, berorientasikan pesakit, efisyen dan kos

efektif.

1.2 Menghasilkan imej yang tinggi nilai diagnostik agar laporan yang tepat dan cepat.

1.3 Menetapkan masa menunggu pesakit yang menjalani pemeriksaan x-ray biasa dalam had

masa yang ditentukan.

1.4 Mengeluarkan laporan pemeriksaan khusus dalam masa yang ditetapkan.

1.5 Meminimumkan dos radiasi yang diterima oleh pesakit dengan mengamalkan prinsip

ALARA (As Low As Reasonably Achievable).

1.6 Melatih Pegawai Perubatan dengan kaedah latihan dan pengajaran yang berkualiti.

1.7 Menghasilkan Pakar Radiologi yang berkualiti, cemerlang dan berwibawa.

1.8 Memberi pendidikan perubatan berterusan kepada semua kakitangan (CME).

2. SKOP JABATAN/ PERKHIDMATAN

2.1 Menyediakan perkhidmatan pengimejan diagnostik yang berkualiti dengan radiasi yang

optima dan selamat mengikut Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 dan Peraturan-

peraturan Pelesenan Tenaga Atom (Perlindungan Sinaran Keselamatan Asas) 2010.

2.2 Jabatan beroperasi pada hari Isnin hingga Jumaat dari jam 0800 hingga 1700 (waktu

pejabat). Perkhidmatan selepas waktu pejabat, hari rehat mingguan dan hari kelepasan

am disediakan bagi kes kecemasan sahaja.

2.3 Memberi perkhidmatan pemeriksaan Radiografi biasa (x-ray), Pemeriksaan Berkontras

Media, Ultrasound, Pengimbasan Tomografi Berkomputer, Pengimejan Resonans

Magnetik, Mamografi dan Radiologi Intervensi kepada:

2.3.1 Pesakit dari wad.

Page 3: 1. 2 OBJEKTIF JABATAN 2. SKOP JABATAN/ · PDF file4.5.1 Pesakit dan kanak-kanak yang memerlukan sedasi akan diiringi oleh Pegawai ... Sila rujuk kepada Garis Panduan dan Peraturan

Semakan : 21 Mei 2015 3 Tarikh Kuatkuasa : 14 Ogos 2008

POLISI PPUKM

2.3.2 Pesakit luar dari klinik pakar dan Pusat Perubatan Primer.

2.3.3 Pesakit dari Jabatan Perubatan Kecemasan.

2.3.4 Pesakit dari UKMSC.

Permohonan pemeriksaan radiologi untuk pesakit dari hospital dan klinik lain tidak diterima

kecuali bagi telah didaftarkan di PPUKM.

2.4 Melaksanakan tugas pengajaran radiologi kepada penuntut perubatan dan penuntut jazah

lanjutan, Fakulti Perubatan, UKM.

2.5 Memberi perundingan radiologi, nasihat klinikal atau konferens radiologi kepada mana-

mana jabatan klinikal di PPUKM yang memerlukan khidmat yang berkenaan.

2.6 Memberi perundingan radiologi dan teknikal kepada mana-mana hospital luar dari PPUKM

yang memerlukan khidmat yang berkenaan

2.7 Menjalankan penyelidikan yang bermutu secara persendirian atau usahasama dengan

mana-mana jabatan akademik atau institusi penyelidikan yang lain.

2.8 Menjadi pusat latihan untuk pelajar Program Pengimejan Perubatan dari UKM dan kolej

dan universiti tempatan.

2.8.1 Permohonan bagi menjalani latihan industri/praktikum perlu dikemukakan terus

ke Unit Pengurusan Latihan & Cuti Belajar, Jabatan Sumber Manusia, PPUKM.

2.8.2 Jabatan ini berhak menerima atau menolak permohonan- permohonan ini.

2.9 Perkhidmatan Pemeriksaan Radiologi (Pengimejan Diagnostik) dan Intervensi:

2.9.1 Pemeriksaan Radiografi Am.

2.9.2 Pemeriksaan Radiografi Mudah Gerak (mobile).

2.9.3 Pemeriksaan Radiografi di Dewan Bedah.

2.9.4 Pemeriksaan Berkontras Media ( IVU, Fluroskopi).

2.9.5 Pemeriksaan Ultrasound.

2.9.6 Pengimbasan Tomografi Berkomputer (CT Scan).

Page 4: 1. 2 OBJEKTIF JABATAN 2. SKOP JABATAN/ · PDF file4.5.1 Pesakit dan kanak-kanak yang memerlukan sedasi akan diiringi oleh Pegawai ... Sila rujuk kepada Garis Panduan dan Peraturan

Semakan : 21 Mei 2015 4 Tarikh Kuatkuasa : 14 Ogos 2008

POLISI PPUKM

2.9.7 Pengimejan Resonans Magnetik (MRI).

2.9.8 Radiologi Intervensi.

2.9.9 Pemeriksaan Mamografi dan biopsi payudara.

2.9.10 Pengimejan Dental (CBCT).

2.9.11 Pengimejan Kardiovaskular.

2.9.12 Perkhidmatan PACS dan Makmal 3D.

2.10 Perkhidmatan Perundingan.

2.10.1 Konferens Radiologi.

2.11 Waktu Perkhidmatan.

Hari Pagi Rehat Petang

Isnin - Khamis 0800 - 1300 1300 - 1400 1400 - 1700

Jumaat 0800 - 1215 1215 - 1445 1445 – 1700

Sabtu, Ahad dan Cuti Umum Hari rehat.

Pemeriksaan bagi semua modaliti akan diteruskan semasa waktu rehat dan selepas waktu

bekerja, jika masih ada pesakit yang sedang atau belum menjalani pemeriksaan.

2.12 Perkhidmatan di luar waktu pejabat, hari rehat mingguan dan hari kelepasan am.

2.12.1 Radiografi biasa, Radiografi di wad dan pemeriksaan berkontras bagi pesakit-

pesakit dari Jabatan Perubatan Kecemasan, Unit Rawatan Rapi, Unit Rawatan

Kardiak dan wad-wad biasa.

Tugas secara syif untuk Radiografi biasa, Radiografi di wad:

i. Juru X-Ray dan Atendan Kesihatan:

3 syif setiap hari iaitu: Syif 0800 – 1400 , 1400 – 2100 dan 2100 – 0800.

2.12.2 Pengimejan di Dewan Bedah:

i. Juru X-Ray:

Page 5: 1. 2 OBJEKTIF JABATAN 2. SKOP JABATAN/ · PDF file4.5.1 Pesakit dan kanak-kanak yang memerlukan sedasi akan diiringi oleh Pegawai ... Sila rujuk kepada Garis Panduan dan Peraturan

Semakan : 21 Mei 2015 5 Tarikh Kuatkuasa : 14 Ogos 2008

POLISI PPUKM

3 syif setiap hari iaitu: Syif 0800 – 1400, 1400 – 2100 dan 2100 – 0800.

2.12.3 CT Scan dan MRI:

i. Pakar Radiologi dan Pegawai Perubatan:

Hari bekerja / hari cuti: Tugas atas panggilan.

ii. Juru X-Ray:

Hari bekerja: 1700 – 0800

Hari cuti: 2 syif iaitu syif 0800 – 2100 dan 2100 – 0800.

2.12.4 Radiologi Intervensi:

i. Pakar Radiologi dan Pegawai Perubatan:

Hari bekerja / hari cuti: Tugas atas panggilan.

ii. Juru X-Ray:

Hari bekerja: 1700 – 2100, seterusnya tugas atas panggilan hingga 0800.

Hari cuti: Tugas atas panggilan.

iii. Jururawat & Penolong Pegawai Perubatan:

Hari bekerja: Syif 0730 – 4.30 / 1100 – 2000, seterusnya tugas atas

panggilan hingga 0800.

Hari cuti: Tugas atas panggilan.

iv. Pembantu Perawatan Kesihatan:

Hari bekerja: 1700 - 2100

2.12.5 Ultrasound:

i. Pakar Radiologi dan Pegawai Perubatan:

Hari bekerja / hari cuti: Tugas atas panggilan.

3. CARTA ORGANISASI

3.1 Carta Organisasi Jabatan Radiologi: Seperti dilampiran 1.

3.2 Carta Fungsi Kakitangan Am: Seperti dilampiran 2.

Page 6: 1. 2 OBJEKTIF JABATAN 2. SKOP JABATAN/ · PDF file4.5.1 Pesakit dan kanak-kanak yang memerlukan sedasi akan diiringi oleh Pegawai ... Sila rujuk kepada Garis Panduan dan Peraturan

Semakan : 21 Mei 2015 6 Tarikh Kuatkuasa : 14 Ogos 2008

POLISI PPUKM

4. POLISI-POLISI JABATAN

4.1 Penyeliaan Unit dan Bilik Pemeriksaan.

4.1.1 Ketua Bahagian dan Ketua Unit dilantik untuk menjaga dan memantau mesin dan

bilik-bilik pemeriksaan setiap unit di jabatan.

4.1.2 Antara tugas utama adalah bertanggungjawab ke atas kebersihan, kekemasan,

susun atur bilik, melapor kerosakan, latihan, aset, inventori dan statistik bulanan.

4.1.3 Penyelia harian dikalangan Juru X-Ray Kanan akan bertugas setiap hari bekerja

untuk memantau dan mengawasi perkhidmatan kakitangan. Setiap salah laku

atau ketidakpatuhan perlu dicatatkan ke dalam Buku Penyeliaan Harian. Jika ada

insiden atau ketidakpatuhan yang serius perlu dilaporkan kepada Ketua Jabatan

atau Pengurus.

4.1.4 Ketua Bahagian adalah Pegawai Aset di unit-unit di bawah penyeliaan.

4.2 Pengendalian pesakit.

Pemeriksaan dan laporan akan dijalankan mengikut keutamaan secara berikut:

4.2.1 Pesakit kecemasan dan kemalangan.

4.2.2 Pesakit tenat.

4.2.3 Pesakit kanak-kanak.

4.2.4 Pesakit warga tua.

4.2.5 Pesakit kurang upaya.

4.2.6 Pesakit mental.

4.2.7 Pesakit yang memerlukan pemeriksaan/rawatan segera.

4.3 Giliran.

4.3.1 Pesakit akan dipanggil mengikut giliran. Walaubagaimanapun pesakit-pesakit di

atas adalah diberi keutamaan.

4.4 Pesakit tenat.

Page 7: 1. 2 OBJEKTIF JABATAN 2. SKOP JABATAN/ · PDF file4.5.1 Pesakit dan kanak-kanak yang memerlukan sedasi akan diiringi oleh Pegawai ... Sila rujuk kepada Garis Panduan dan Peraturan

Semakan : 21 Mei 2015 7 Tarikh Kuatkuasa : 14 Ogos 2008

POLISI PPUKM

4.4.1 Pesakit tenat perlu diiringi oleh Pegawai Perubatan, Jururawat Terlatih atau

Penolong Pegawai Perubatan.

4.4.2 Pesakit tenat tidak dibenarkan ditinggalkan di jabatan semasa menunggu

pemeriksaan dijalankan.

4.5 Sedasi.

4.5.1 Pesakit dan kanak-kanak yang memerlukan sedasi akan diiringi oleh Pegawai

Perubatan dan sedasi akan diberikan oleh Pegawai Perubatan berkenaan.

4.5.2 Bilik khas untuk sedasi bagi pesakit kanak-kanak disediakan.

4.6 Peti simpanan barang untuk pesakit (loker).

4.6.1 Peti ini adalah untuk kemudahan pesakit menyimpan barang-barang semasa

menjalani pemeriksaan.

4.6.2 Kakitangan dan jabatan tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau

kerosakan barang-barang dan sebagainya yang disimpan dipeti ini.

4.7 Pengendalian Pemeriksaan Radiologi.

4.7.1 Sebelum pemeriksaan dijalankan, borang permohonan pemeriksaan hendaklah

diserahkan di kaunter pendaftaran. Butir-butir pesakit didaftar ke dalam sistem.

Pembayaran boleh dibuat di Kaunter Pendaftaran Utama Jabatan Radiologi.

4.7.2 Borang Permohonan Pemeriksaan Radiologi dan Borang Permohonan

Pemeriksaan Payudara hendaklah lengkap diisi dengan butir-butir pesakit,

bahagian, jenis pemeriksaan, data klinikal dan sejarah klinikal perlu dinyatakan

dengan lengkap dan jelas.

4.7.3 Borang permohonan perlu ada cop rasmi dan ditandatangani oleh

Pakar/Pegawai Perubatan/Pergigian.

4.7.4 Borang permohonan yang tidak lengkap akan ditolak.

4.7.5 Nombor giliran akan diberikan bagi pemeriksaan x-ray biasa sahaja.

Page 8: 1. 2 OBJEKTIF JABATAN 2. SKOP JABATAN/ · PDF file4.5.1 Pesakit dan kanak-kanak yang memerlukan sedasi akan diiringi oleh Pegawai ... Sila rujuk kepada Garis Panduan dan Peraturan

Semakan : 21 Mei 2015 8 Tarikh Kuatkuasa : 14 Ogos 2008

POLISI PPUKM

4.7.6 Selepas pendaftaran, pesakit diminta untuk menunggu di luar bilik pemeriksaan

sehingga nombor giliran atau nama dipanggil.

4.7.7 Penerangan serta arahan yang jelas akan diberikan oleh Juru X-Ray kepada

pesakit berkenaan persediaan sebelum, semasa dan selepas pemeriksaan.

4.7.8 Pastikan pesakit wanita tidak mengandung sebelum melakukan pemeriksaan

radiografi. Jika tidak pasti ’Peraturan 10/28 Hari’ (10/28 Days Rule) hendaklah

dilaksanakan.

4.7.9 Jika memerlukan bantuan seseorang semasa pemeriksaan dijalankan,

perlindungan radiasi akan diberikan dengan sewajarnya kepada beliau.

4.7.10 Pesakit wanita yang diperiksa oleh Juru X-Ray lelaki akan diiringi oleh pengiring

(chaperone).

4.7.11 Pesakit diberi penerangan dan arahan yang jelas semasa pemeriksaan.

4.7.12 Selesai pemeriksaan pesakit akan diberi arahan samada perlu tunggu atau boleh

pulang ke wad/klinik/rumah.

4.7.13 Persetujuan bertulis (consent) dari pesakit/waris adalah perlu bagi pesakit

berikut:

4.7.13.1 Semua prosedur intervensi, menggunakan Borang Keizinan

Pembedahan).

4.7.13.2 Pengurangan Intususepsi (Reduction of intussusception),

menggunakan Borang Keizinan Pembedahan.

4.7.13.3 Menjalani rawatan dengan ubat diluar indikasi, menggunakan Borang

Keizinan Untuk Menjalani Rawatan Dengan Ubat Diluar Indikasi (Off-

label).

4.7.13.4 Pemeriksaan pengimejan menggunakan x-ray dan magnet ke atas

wanita yang mengandung, menggunakan Borang Keizinan

Pemeriksaan Radiologi Ke Atas Wanita Mengandung.

Page 9: 1. 2 OBJEKTIF JABATAN 2. SKOP JABATAN/ · PDF file4.5.1 Pesakit dan kanak-kanak yang memerlukan sedasi akan diiringi oleh Pegawai ... Sila rujuk kepada Garis Panduan dan Peraturan

Semakan : 21 Mei 2015 9 Tarikh Kuatkuasa : 14 Ogos 2008

POLISI PPUKM

4.7.14 Mendapatkan persetujuan bertulis (consent) dari waris/pesakit adalah tanggung

jawab doktor yang memohon pemeriksaan dan mesti dicatit dalam Rekod

Perubatan Pesakit.

4.8 Persediaan Pesakit.

4.8.1 Bagi pemeriksaan yang memerlukan persediaan pesakit, semua arahan dan

senarai semak hendaklah dipatuhi.

4.8.2 Pesakit yang perlu menjalani prosedur intervensi perlu dimasukkan ke dalam

wad PPUKM sehari sebelum pemeriksaan.

4.8.3 Bagi pesakit yang perlu disuntik media kontras intravena, pastikan pesakit tidak

mempunyai perkara-perkara berikut sebelum menjalani pemeriksaan:

4.8.3.1 Mempunyai alahan kepada ubat-ubatan, makanan laut dan lain-lain.

4.8.3.2 Pesakit mengidap penyakit asma/lelah.

4.8.3.3 Jika mempunyai perkara di atas, pesakit perlu mendapatkan pra

perawatan dengan mengambil steroid seperti berikut:

i. 40 mg Prednisolone – 12 jam sebelum pemeriksaan.

ii. 40mg Prednisolone – 2 jam sebelum pemeriksaan.

Dos ini untuk pesakit dewasa. Sila kurangkan dos untuk pesakit

pediatrik.

4.8.4 Pemberian bekalan ubat dan penerangan yang jelas cara pengambilan ubat

kepada pesakit adalah di bawah tanggungjawab kakitangan klinik/wad.

4.8.5 Jika pemberian bekalan ubat diberikan oleh kakitangan jabatan ini, penerangan

yang jelas kepada pesakit adalah tanggungjawab kakitangan jabatan ini.

4.9 Pemeriksaan Radiologi ke atas pesakit mengandung.

4.9.1 Pemeriksaan radiologi untuk pesakit mengandung hanya dijalankan jikalau

pemeriksaan radiologi tidak boleh ditangguhkan selepas pesakit bersalin.

Page 10: 1. 2 OBJEKTIF JABATAN 2. SKOP JABATAN/ · PDF file4.5.1 Pesakit dan kanak-kanak yang memerlukan sedasi akan diiringi oleh Pegawai ... Sila rujuk kepada Garis Panduan dan Peraturan

Semakan : 21 Mei 2015 10 Tarikh Kuatkuasa : 14 Ogos 2008

POLISI PPUKM

4.9.2 Pakar/Pegawai Perubatan/Pergigian yang memohon pemeriksaan adalah

bertanggungjawab di atas permohonan pemeriksaan ini. Jabatan Perkhidmatan

Radiologi perlu dimaklumkan tentang perkara ini dan dicatatkan pada borang

permohonan.

4.9.3 Mendapat keizinan bertulis dari pesakit/waris (Borang Keizinan Pemeriksaan

Radiologi Ke Atas Wanita Mengandung).

4.9.4 Pemeriksaan x-ray bahagian abdomen ke atas pesakit yang mengandung tidak

dibenarkan. Jika terpaksa dan tiada alternatif lain, memerlukan persetujuan

bertulis dari pesakit/waris setelah diberi nasihat dan penerangan oleh Pakar dari

jabatan yang memohon, Pakar O&G dan Pakar Radiologi.

4.9.5 Perlindungan sinaran yang sewajarnya akan diberikan kepada pesakit mengikut

peraturan yang ditetapkan.

4.10 Kualiti imej.

4.10.1 Setiap imej yang dihasilkan adalah bernilai diagnostik dan mempunyai penanda

anatomi, tarikh, masa dan data pesakit.

4.10.2 Bahagian pemeriksaan dan identiti pesakit perlu dipastikan betul sebelum

pemeriksaan dijalankan.

4.10.3 Imej yang dihasilkan adalah tepat identiti dan data pesakit, sebelum dihantar ke

Medweb atau dicetak filem.

4.11 Permohonan Pemeriksaan Radiologi.

Setiap permohonan untuk pemeriksaan radiologi hendaklah menggunakan Borang

Permohonan Pemeriksaan Radiologi (RP 01/97). Pemeriksaan payudara menggunakan

Borang Permohonan Pemeriksaan Payudara (RP 02/97).

Sila rujuk kepada Garis Panduan dan Peraturan Memohon Pemeriksaan Radiologi

(Lampiran 3).

4.11.1 Radiografi am.

Page 11: 1. 2 OBJEKTIF JABATAN 2. SKOP JABATAN/ · PDF file4.5.1 Pesakit dan kanak-kanak yang memerlukan sedasi akan diiringi oleh Pegawai ... Sila rujuk kepada Garis Panduan dan Peraturan

Semakan : 21 Mei 2015 11 Tarikh Kuatkuasa : 14 Ogos 2008

POLISI PPUKM

4.11.1.1 Semua permohonan untuk radiografi biasa (x-ray) akan dilaksanakan

pada hari yang sama.

4.11.1.2 Pemeriksaan dijalankan mengikut bilik-bilik pemeriksaan yang telah

ditetapkan.

4.11.1.3 Pesakit dipanggil mengikut nombor giliran (rujuk perkara 4.2)

4.11.1.4 Pesakit perlu dihantar pada waktu-waktu berikut:

i. 0800 - 1230 dan 1400 - 1630 kecuali kes-kes segera (urgent).

ii. Jika kes-kes segera di luar waktu pejabat diperlukan, perlu

menghubungi Juru X-Ray sebelum menghantar pesakit ke

jabatan, disambungan 5609, 5610, 5615 atau 5616.

4.11.1.5 Pemeriksaan radiologi untuk mayat hanya dijalankan di Bilik Mayat

(Unit Mortuari/Forensik, Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik).

4.11.1.6 Radiografi biasa yang memerlukan penyediaan usus (bowel

preparation) dilaksanakan mengikut temujanji. Contoh :- pemeriksaan

abdomen.

4.11.2 Radiografi Mudah Gerak (Mobile).

4.11.2.1 Pemeriksaan ini hanya untuk pesakit wad dan Jabatan Perubatan

Kecemasan yang sakit tenat, kemalangan teruk dan pesakit yang

tidak boleh dibawa ke jabatan ini.

4.11.2.2 Keutamaan diberikan kepada pesakit-pesakit dari wad ICU, PICU,

Neonatal, Kecemasan, CCU, CRW dan Dewan Bedah.

4.11.2.3 Untuk wad lain, permohonan radiografi mudahgerak adalah untuk

pesakit yang menerima bantuan oksigen dan pesakit yang menerima

rawatan daya tarikan (traction).

4.11.2.4 Semasa pemeriksaan radiografi dijalankan, kakitangan wad

berkenaan perlu membantu Juru X-Ray mengangkat dan memposisi

pesakit.

Page 12: 1. 2 OBJEKTIF JABATAN 2. SKOP JABATAN/ · PDF file4.5.1 Pesakit dan kanak-kanak yang memerlukan sedasi akan diiringi oleh Pegawai ... Sila rujuk kepada Garis Panduan dan Peraturan

Semakan : 21 Mei 2015 12 Tarikh Kuatkuasa : 14 Ogos 2008

POLISI PPUKM

4.11.2.5 Langkah-langkah keselamatan sinaran perlu diambil dengan

sewajarnya.

4.11.2.6 Pemeriksaan radiologi bagi mayat hendaklah menggunakan mesin x-

ray mudah gerak.

4.11.2.7 Rujuk peraturan permohonan Radiografi Mudah Gerak (Lampiran 3).

4.11.3 Pemeriksaan CBCT (Cone Beam Computerised Tomography).

4.11.3.1 Pemeriksaan di Unit Pengimejan Dental tidak memerlukan temujanji.

4.11.3.2 Pemeriksaan dilakukan pada waktu pejabat dan selewat-lewatnya

30 minit sebelum waktu bekerja berakhir.

4.11.3.3 Pastikan pesakit tidak mempunyai perkara-perkara berikut sebelum

menjalanakan pemeriksaan:

i. Mengandung.

ii. Gigi palsu (jika ada ditanggalkan).

iii. Rantai dan subang.

iv. Rambut berminyak dan bersanggul tebal perlu diikat rambutnya

ke atas.

4.11.4 Pemeriksaan Berkontras Media: Menggunakan mesin Fluroskopi.

4.11.4.1 Temujanji bagi setiap hari diatur mengikut waktu berlainan iaitu

temujanji bermasa.

4.11.4.2 Bagi pemeriksaan Histerosalpingogram (HSG), pesakit perlu

menelefon terus ke Unit Fluroskopi ditalian 03-91455628/6185 untuk

temujanji selepas hari pertama datang bulan (period) untuk

mendapatkan tarikh temujanji.

4.11.4.3 Setiap permintaan dipertimbangkan oleh Pakar/Pegawai Perubatan

Radiologi.

Page 13: 1. 2 OBJEKTIF JABATAN 2. SKOP JABATAN/ · PDF file4.5.1 Pesakit dan kanak-kanak yang memerlukan sedasi akan diiringi oleh Pegawai ... Sila rujuk kepada Garis Panduan dan Peraturan

Semakan : 21 Mei 2015 13 Tarikh Kuatkuasa : 14 Ogos 2008

POLISI PPUKM

4.11.4.4 Pastikan persediaan pesakit telah dijalankan dan senarai semak telah

dipatuhi.

4.11.4.5 Pesakit perlu berpuasa 6 jam sebelum pemeriksaan.

4.11.4.6 Juru X-Ray di Unit Fluroskopi juga ditugaskan untuk mengendalikan

mesin floroskopi di Pusat Perkhidmatan Endoskopi.

4.11.4.7 Bagi pemeriksaan fluroskopi di Pusat Perkhidmatan Endoskopi, perlu

menulis data pesakit ke dalam buku pendaftaran.

4.11.5 Urografi Intravena (IVU).

4.11.5.1 Pemeriksaan ini memerlukan persediaan usus dan diberi temujanji

bermasa.

4.11.5.2 Setiap permintaan dipertimbangkan oleh Pakar Radiologi atau

Pegawai Perubatan Radiologi.

4.11.5.3 Pastikan persediaan pesakit telah dijalankan dan senarai semak telah

dipatuhi.

4.11.6 Ultrasound.

4.11.6.1 Pemeriksaan Ultrasound tidak memerlukan temujanji kecuali prosedur

intervensi (biopsi & drainage) dan Ultrasound Doppler.

4.11.6.2 Pemeriksaan Ultrasound hanya dilakukan pada waktu pagi bagi

pesakit dari klinik, nombor giliran akan diberikan.

4.11.6.3 Pegawai Perubatan dari wad yang memohon pemeriksaan Ultrasound

perlu merujuk kepada Pakar/Pegawai Perubatan Radiologi pada hari

tersebut.

4.11.6.4 Prosedur intervensi dan doppler memerlukan temujanji, dijalankan

pada sebelah petang setiap hari. Perlu merujuk kepada

Pakar/Pegawai Perubatan Radiologi.

4.11.6.5 Pemeriksaan Ultrasound Muskuloskeletal (MSK), dijalankan pada pagi

Isnin dan Selasa (perlu temujanji).

Page 14: 1. 2 OBJEKTIF JABATAN 2. SKOP JABATAN/ · PDF file4.5.1 Pesakit dan kanak-kanak yang memerlukan sedasi akan diiringi oleh Pegawai ... Sila rujuk kepada Garis Panduan dan Peraturan

Semakan : 21 Mei 2015 14 Tarikh Kuatkuasa : 14 Ogos 2008

POLISI PPUKM

4.11.6.6 Jadual pemeriksaan: Isnin – Jumaat.

Masa

Hari

0800 – 1000

1030 – 1230

1400 - 1630

1445 -1630 (Jumaat)

Isnin hingga Jumaat

Pesakit klinik. Pesakit wad. Pesakit wad.

Doppler & prosedur intervensi.

Isnin & Selasa

Pesakit klinik.

Ultrasound MSK.

Pesakit wad. Pesakit wad.

Doppler & prosedur intervensi.

4.11.6.7 Persediaan pesakit:

i. Pemeriksaan kawasan abdomen atau hepatobiliari, pesakit perlu

berpuasa selama 4 jam.

ii. Pemeriksaan pelvis/KUB, pesakit perlu menahan air kencing.

Kakitangan yang bertugas akan memberi air untuk diminum

apabila tiba di Unit Ultrasound.

4.11.6.8 Bagi kes-kes tenat dari wad atau kes kemalangan dan kecemasan,

Pakar Radiologi atau Pegawai Perubatan perlu dirujuk terlebih dahulu

sebelum pesakit dihantar.

4.11.6.9 Permohonan pemeriksaan selepas waktu pejabat dan hari cuti perlu

menghubungi Pakar/Pegawai Perubatan bertugas atas panggilan.

4.11.7 Pengimbas Tomografi Berkomputer (CT Scan).

4.11.7.1 Temujanji bagi setiap hari diatur mengikut waktu berlainan, iaitu

temujanji bermasa kecuali kes kecemasan atau segera.

4.11.7.2 Permohonan kecemasan / segera (urgent) dilaksanakan dengan

secepat mungkin.

Page 15: 1. 2 OBJEKTIF JABATAN 2. SKOP JABATAN/ · PDF file4.5.1 Pesakit dan kanak-kanak yang memerlukan sedasi akan diiringi oleh Pegawai ... Sila rujuk kepada Garis Panduan dan Peraturan

Semakan : 21 Mei 2015 15 Tarikh Kuatkuasa : 14 Ogos 2008

POLISI PPUKM

4.11.7.3 Borang permohonan yang lengkap akan ditunjukkan kepada Pakar

Radiologi atau Pegawai Perubatan Radiologi untuk mendapat

kelulusan atau komen sebelum tarikh temujanji diberikan

4.11.7.4 Setiap pesakit perlu mematuhi persediaan pesakit yang diperlukan

untuk menjalani pemeriksaan CT Scan. Pastikan persediaan pesakit

telah dijalankan dan senarai semak telah dipatuhi.

4.11.7.5 Pesakit hendaklah berpuasa 4 jam sebelum pemeriksaan dijalankan.

4.11.7.6 Pemeriksaan CT Scan dilakukan mengikut nombor pendaftaran dan

bukan mengikut temujanji yang diberikan. Masa temujanji yang

ditetapkan adalah sebagai panduan sahaja supaya pesakit tidak

datang secara serentak dan menunggu terlalu lama.

4.11.7.7 Bagi pemeriksaan yang tidak memerlukan minum air kontras akan

didahulukan agar masa menunggu pesakit yang lain boleh

dikurangkan.

4.11.7.8 Setelah selesai pemeriksaan pesakit perlu menunggu di luar bilik

pemeriksaan kerana pesakit mungkin perlu menjalani pemeriksaan

lanjutan seperti Ultrasound.

4.11.7.9 Pesakit dibenarkan pulang selepas Doktor Pakar berpuas hati

terhadap imej yang dihasilkan.

4.11.7.10 Kes - kes kecederaan untuk pengimbasan otak dan tulang servikel

(polytrauma) tidak perlu dirujuk kepada Pakar Radiologi atau

Pegawai Perubatan Radiologi.

4.11.7.11 Hari Isnin dikhaskan untuk kes yang memerlukan pembiusan am

(general anaesthesia). Pesakit kanak-kanak dikhaskan pada pagi

Isnin dan Jumaat.

4.11.7.12 Mesin CT Scan Jabatan Perubatan Kecemasan dikendalikan oleh

Juru X-Ray jabatan ini. Perkhidmatan ini dijalankan semasa waktu

bekerja dan selepas waktu bekerja setiap hari termasuk hari cuti.

Page 16: 1. 2 OBJEKTIF JABATAN 2. SKOP JABATAN/ · PDF file4.5.1 Pesakit dan kanak-kanak yang memerlukan sedasi akan diiringi oleh Pegawai ... Sila rujuk kepada Garis Panduan dan Peraturan

Semakan : 21 Mei 2015 16 Tarikh Kuatkuasa : 14 Ogos 2008

POLISI PPUKM

Polisi memberi perkhidmatan CT Scan Jabatan Perubatan

Kecemasan perlu dipatuhi.

4.11.8 Pengimejan Resonans Magnetik (MRI).

4.11.8.1 Temujanji bagi setiap hari diatur mengikut waktu berlainan, iaitu

temujanji bermasa.

4.11.8.2 Setiap permohonan dipertimbangkan oleh Pakar Radiologi atau

Pegawai Perubatan.

4.11.8.3 Setiap pesakit perlu mematuhi persediaan pesakit yang diperlukan

untuk menjalani pemeriksaan MRI. Pesakit harus dipastikan tidak

mempunyai perkara-perkara berikut:

i. Penyelaras denyutan jantung atau injap jantung palsu.

ii. Implan koklea atau neurotransmiter.

iii. Perangsang pertumbuhan tulang..

iv. Klip serebral.

v. Implan pam infusi ubat.

vi. Implan elektrod atau bahan-bahan feromagnetik.

vii. Anggota badan palsu dari bahan feromagnetik.

viii. Bendasing intraokular atau sejarah kecederaan mata.

ix. Mengandung.

x. Menghidap penyakit anaemia “sickle cell” (Untuk mengelakkan

suntikan media kontras).

xi. Menghidap alahan dengan ubat/makanan laut/media kontras

dan lain-lain.

xii. Mengidap penyakit asma.

4.11.8.4 Hari Isnin dikhaskan untuk kes yang memerlukan pembiusan am.

Page 17: 1. 2 OBJEKTIF JABATAN 2. SKOP JABATAN/ · PDF file4.5.1 Pesakit dan kanak-kanak yang memerlukan sedasi akan diiringi oleh Pegawai ... Sila rujuk kepada Garis Panduan dan Peraturan

Semakan : 21 Mei 2015 17 Tarikh Kuatkuasa : 14 Ogos 2008

POLISI PPUKM

4.11.8.5 Pesakit Kanak-kanak dikhaskan pada pagi Isnin dan Jumaat.

4.11.8.6 Polisi – polisi yang berkuatkuasa di Unit MRI perlu dipatuhi:

i. Polisi Tugas Juru X-Ray MRI (Lampiran 4).

ii. Polisi Keselamatan Unit MRI (Lampiran 5).

iii. Polisi Pengurusan Pesakit Sedasi MRI (Lampiran 6).

4.11.9 Radiologi Intervensi (Angiografi).

4.11.9.1 Setiap pemeriksaan dan prosedur radiologi intervensi perlu

mendapatkan temujanji.

4.11.9.2 Pemeriksaan dijalankan setiap hari bekerja, selepas waktu bekerja

dan hari cuti.

4.11.9.3 Setiap permohonan perlu dirunding dan dipertimbangkan oleh Pakar

Radiologi Intervensi.

4.11.9.4 Pesakit hendaklah dimasukkan ke dalam wad PPUKM sehari sebelum

tarikh pemeriksaan. Sila maklumkan Unit Intervensi talian 03-

91456528 dengan segera mengenai kedatangan pesakit.

4.11.9.5 Borang Keizinan Pembedahan PPUKM/RP 134/98 perlu diisi sebelum

pemeriksaan dijalankan.

4.11.9.6 Pastikan ujian darah berikut dilakukan sebelum pesakit menjalani

pemeriksaan angiografi. Sila sertakan keputusan ujian bersama-sama

fail rekod pesakit. Jika ada keabnormalan pada keputusan ujian, sila

maklumkan kepada Pegawai Perubatan yang bertugas di Unit

Intervensi.

i. Full Blood Count (FBC).

ii. Renal Profile (RP).

iii. PT, APTT, INR.

Page 18: 1. 2 OBJEKTIF JABATAN 2. SKOP JABATAN/ · PDF file4.5.1 Pesakit dan kanak-kanak yang memerlukan sedasi akan diiringi oleh Pegawai ... Sila rujuk kepada Garis Panduan dan Peraturan

Semakan : 21 Mei 2015 18 Tarikh Kuatkuasa : 14 Ogos 2008

POLISI PPUKM

4.11.9.7 Sekiranya status HIV atau Hepatitis pesakit diketahui, sila maklumkan

kepada Unit Intervensi mengikut prosedur yang sewajarnya.

4.11.9.8 Kawasan pubik / groin / aksilari (bagi yang berkenaan) pastikan

dicukur dengan rapi.

4.11.9.9 Pesakit perlu berpuasa 6 jam sebelum pemeriksaan.

4.11.9.10 Pesakit hendaklah dipakaikan dengan pakaian dewan bedah, dihantar

dengan troli dan diiringi oleh Pegawai Perubatan/Jururawat bertugas.

Sila bawa bersama fail rekod pesakit dan filem-filem terdahulu

(merujuk kepada filem hasil pemeriksaan daripada hospital lain).

4.11.9.11 Ubat (premedikasi) berikut, untuk diberikan kepada pesakit sebelum

pemeriksaan dijalankan:-

i. Inj. Phenergan 50 mg/2ml – 1 ampul.

ii. Inj. Pethidine 50 mg/ml – 1 ampul.

iii. Inj. Dormicum 5mg/ml – 1 ampul.

4.11.10 Pemeriksaan Mamografi, Ultrasound Mamografi dan Intervensi Mamografi.

4.11.10.1 Setiap pemeriksaan memerlukan temujanji dan diatur mengikut waktu

berlainan.

4.11.10.2 Setiap permohonan dipertimbangkan oleh Pakar/Pegawai Perubatan

Radiologi.

4.11.10.3 Pastikan pesakit tidak memakai bedak talkum, deodoran atau minyak

wangi di kawasan dada dan ketiak pada hari pemeriksaan.

4.11.10.4 Pemeriksaan dijalankan oleh Juru X-Ray perempuan sahaja.

4.11.10.5 Daftar borang pemeriksaan di kaunter utama Jabatan Radiologi.

4.11.10.6 Prosedur pengimejan dilakukan mengikut nombor pendaftaran dan

bukan mengikut masa temujanji yang diberikan. Masa temujanji yang

telah ditetapkan adalah sebagai panduan sahaja supaya pesakit tidak

datang secara serentak dan menunggu terlalu lama.

Page 19: 1. 2 OBJEKTIF JABATAN 2. SKOP JABATAN/ · PDF file4.5.1 Pesakit dan kanak-kanak yang memerlukan sedasi akan diiringi oleh Pegawai ... Sila rujuk kepada Garis Panduan dan Peraturan

Semakan : 21 Mei 2015 19 Tarikh Kuatkuasa : 14 Ogos 2008

POLISI PPUKM

4.11.10.7 Selesai prosedur pengimejan, pesakit perlu menunggu di luar bilik

pemeriksaan. Doktor Pakar dan Pegawai Perubatan akan membuat

perbincangan dan penilaian terhadap imej yang telah dihasilkan.

4.11.10.8 Perbincangan ini akan mengambil sedikit masa untuk menentukan

sama ada pesakit perlu menjalani prosedur tambahan atau imbasan

ultrasound. Oleh itu pesakit diharapkan untuk sabar menunggu.

4.11.10.9 Pesakit akan dibenarkan pulang apabila Doktor Pakar telah

berpuashati terhadap imej yang dihasilkan.

4.11.10.10 Sekiranya Doktor Pakar mendapati pesakit memerlukan pemeriksaan

lanjutan, pesakit akan dinasihatkan untuk menjalani prosedur

pemeriksaan biopsi.

4.11.10.11 Tarikh temujanji prosedur pemeriksaan biopsi akan diberikan kepada

pesakit.

4.11.11 Radiografi di Dewan Bedah

4.11.11.1 Perkhidmatan diberikan setiap hari, sekurang-kurang 2 Juru X-Ray

ditempatkan di Dewan Bedah pada waktu pejabat.

4.11.11.2 Perkhidmatan yang diberikan adalah Radiografi Mudah Gerak dan

Fluroskopi menggunakan mesin Fluroskopi mudah gerak.

4.11.11.3 Semua kes perlu didaftarkan ke dalam buku pendaftaran.

4.11.12 Perkhidmatan PACS (Picture Archieving and Communication System) dan

Rekontruksi 3D.

4.11.12.1 Memberikan perkhidmatan seperti berikut:

i. Penyediaan salinan CD/DVD/filem dan USB pemeriksaan

radiologi.

ii. Muat naik imej digital dari filem/CD dan USB.

iii. Pencarian imej radiologi yang tidak dapat dilihat melalui sistem

Medweb.

Page 20: 1. 2 OBJEKTIF JABATAN 2. SKOP JABATAN/ · PDF file4.5.1 Pesakit dan kanak-kanak yang memerlukan sedasi akan diiringi oleh Pegawai ... Sila rujuk kepada Garis Panduan dan Peraturan

Semakan : 21 Mei 2015 20 Tarikh Kuatkuasa : 14 Ogos 2008

POLISI PPUKM

iv. Menyelesaikan masalah Sistem Medweb.

v. Membuat penyelenggaraan, pemantauan, backup dan pelarasan

server imej, router dan yang berkaitan dengan PACS.

vi. Permohonan rekonstruksi imej radiologi seperti MPR, MIP, 3D

bone, 3D vessel, surface rendering, image fusion dll.

4.11.12.2 Waktu perkhidmatan.

Isnin – Khamis: 0800 – 1700 (waktu rehat 1300 – 1400).

Jumaat: 0800 – 1700 (waktu rehat 1215 – 1445).

4.11.12.3 Permohonan CD dan filem selepas waktu pejabat dan hari cuti hanya

diterima dari Jabatan Perubatan Kecemasan. Permohonan dari wad-

wad lain diterima bagi kes-kes yang memerlukan rujukan segera ke

hospital luar sahaja.

4.11.12.4 Setiap permohonan perlu menggunakan borang yang disediakan,

iaitu:

i. Borang Permohonan Perkhidmatan PACS

(HUKM/JKIK/JPRAD/PACS/01(1/14)

ii. Borang Permohonan Perkhidmatan 3D Lab

(HUKM/JKIK/JPRAD/PACS/02(1/14)

iii. Borang Pindaan Maklumat Pesakit PACS

(HUKM/JKIK/JPRAD/PACS/03(1/14)

4.11.12.5 Hanya borang yang permohonan yang lengkap sahaja akan diproses.

4.11.12.6 Hanya Pakar/Pegawai Perubatan/Pergigian yang bertugas di PPUKM

boleh membuat permohonan.

4.11.12.7 Kadar Bayaran:

i. Caj akan dikenakan iaitu RM40 untuk sekeping filem dan RM30

untuk sekeping cakera padat (Tertakluk kepada caj semasa

yang ditetapkan oleh Jabatan Kewangan, PPUKM).

Page 21: 1. 2 OBJEKTIF JABATAN 2. SKOP JABATAN/ · PDF file4.5.1 Pesakit dan kanak-kanak yang memerlukan sedasi akan diiringi oleh Pegawai ... Sila rujuk kepada Garis Panduan dan Peraturan

Semakan : 21 Mei 2015 21 Tarikh Kuatkuasa : 14 Ogos 2008

POLISI PPUKM

ii. Dikenakan kepada semua pesakit termasuk pesakit berstatus

kakitangan kerajaan, pesara dan warga tua. Ini adalah kerana

ianya merupakan caj tambahan. (Perkara ini adalah bergantung

kepada polisi kutipan hasil, Jabatan Kewangan).

iii. Caj salinan CD/DVD/filem akan dikenakan kepada semua

pesakit yang dipindahkan ke hospital lain walaupun dengan

arahan doktor mengikut kadar yang ditetapkan (Rujuk Surat:

PPUKM3.10.4/96/3).

iv. Caj tidak dikenakan untuk tujuan penyelidikan dan peperiksaan

di PPUKM atau untuk apa-apa tujuan yang diluluskan oleh ketua

jabatan.

4.11.12.8 Pegawai perubatan perlu membawa filem untuk diimbas dan dimuat

naik bagi filem yang melebihi dari 10 keping. Bagi proses muat naik

melalui CD dan USB di dalam sistem PACS, CD/DVD/USB dan

borang yang lengkap hanya perlu dihantar ke Unit PACS oleh

kakitangan lain.

4.11.12.9 Filem/CD/DVD/USB yang tidak dituntut melebihi 2 minggu akan

dilupuskan. Unit PACS tidak bertanggungjawab ke atas kehilangan

dan sebarang kos yang terlibat.

4.12 Caj pemeriksaan radiologi.

4.12.1 Bayaran untuk perkhidmatan pemeriksaan radiologi dan kutipan lain seperti

salinan filem/CD/DVD dikutip oleh Pembantu Akauntan dari Jabatan Kewangan

di Kaunter Utama jabatan. Setiap bayaran akan diberikan resit oleh Jabatan

Kewangan

4.13 Organisasi.

4.13.1 Pentadbiran dan pengurusan jabatan.

4.13.1.1 Jabatan ini diketuai oleh seorang ketua jabatan, iaitu Pakar Radiologi

Perunding dan dibantu oleh Pakar-Pakar Radiologi.

Page 22: 1. 2 OBJEKTIF JABATAN 2. SKOP JABATAN/ · PDF file4.5.1 Pesakit dan kanak-kanak yang memerlukan sedasi akan diiringi oleh Pegawai ... Sila rujuk kepada Garis Panduan dan Peraturan

Semakan : 21 Mei 2015 22 Tarikh Kuatkuasa : 14 Ogos 2008

POLISI PPUKM

4.13.1.2 Pengurus bertanggungjawab ke atas pengurusan perkhidmatan

jabatan dan kakitangan am.

4.13.2 Kakitangan.

4.13.2.1 Pakar Radiologi.

4.13.2.2 Pakar Fizik Perubatan.

4.13.2.3 Pegawai Perubatan.

4.13.2.4 Pegawai Sains.

4.13.2.5 Pegawai Penyelidik.

4.13.2.6 Juru X-Ray.

4.13.2.7 Juruteknologi Makmal Perubatan.

4.13.2.8 Jururawat Terlatih.

4.13.2.9 Penolong Pegawai Perubatan.

4.13.2.10 Penolong Pegawai Tadbir

4.13.2.11 Jururawat Masyarakat.

4.13.2.12 Pembantu Tadbir.

4.13.2.13 Pembantu Perawatan Kesihatan.

4.13.2.14 Pembantu Operasi.

4.13.3 Peraturan dan etika.

Semua kakitangan perlu mematuhi peraturan dan etika kerja jabatan seperti di

bawah:

4.13.3.1 Etika berpakaian untuk kakitangan am lelaki (Lampiran 7).

4.13.3.2 Etika berpakaian untuk kakitangan am perempuan (Lampiran 8).

4.13.3.3 Etika dan peraturan menjalankan pemeriksaan radiologi (Lampiran 9).

4.13.3.4 Peraturan kerja syif dan lebih masa (Lampiran 10).

Page 23: 1. 2 OBJEKTIF JABATAN 2. SKOP JABATAN/ · PDF file4.5.1 Pesakit dan kanak-kanak yang memerlukan sedasi akan diiringi oleh Pegawai ... Sila rujuk kepada Garis Panduan dan Peraturan

Semakan : 21 Mei 2015 23 Tarikh Kuatkuasa : 14 Ogos 2008

POLISI PPUKM

4.13.3.5 Peraturan perkhidmatan kakitangan (Lampiran 11).

4.13.3.6 Peraturan mengambil pelepasan petang (Lampiran 12).

4.13.4 Polisi cuti jabatan.

4.13.4.1 Peraturan mengambil cuti di jabatan perlu dipatuhi (Lampiran 13).

4.13.5 Ketidakpatuhan perkhidmatan, nasihat dan kaunseling.

4.13.5.1 Ketua Jabatan dan pengurusan akan berusaha memberi nasihat atau

tindakan yang sesuai kepada kakitangan jika berlaku ketidakpatuhan

perkhidmatan. Jika kesalahan yang serius, surat teguran akan

diberikan.

4.13.5.2 Kakitangan yang didapati perlu untuk diberi kaunseling, Ketua

Jabatan boleh merujuk kepada Pegawai Psikologi, Jabatan Sumber

Manusia.

4.13.5.3 Kakitangan yang didapati tidak mematuhi apa-apa peraturan

perkhidmatan atau ada masalah disiplin akan diberi nasihat dan/atau

kaunseling. Surat penjelasan/tunjuk sebab juga akan diminta bagi kes

tertentu. Jika masih tidak menunjukkan perubahan, surat amaran

akan diberikan. Tindakan selanjutnya akan dirujuk ke Jabatan Sumber

Manusia dan Unit Perundangan, umpamanya untuk tindakan disiplin.

Semua tindakan akan yang diambil adalah selaras dengan

peruntukan-peruntukan seperti di dalam Peraturan 3 Akta Badan

Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000.

4.14 Imej / Borang / Dokumentasi.

4.14.1 Imej Digital dan filem.

4.14.1.1 Setiap imej yang diambil secara digital dihantar ke server dan imej ini

boleh dilihat secara atas talian di klinik atau wad melalui Medweb.

Filem boleh dipohon jika diperlukan.

Page 24: 1. 2 OBJEKTIF JABATAN 2. SKOP JABATAN/ · PDF file4.5.1 Pesakit dan kanak-kanak yang memerlukan sedasi akan diiringi oleh Pegawai ... Sila rujuk kepada Garis Panduan dan Peraturan

Semakan : 21 Mei 2015 24 Tarikh Kuatkuasa : 14 Ogos 2008

POLISI PPUKM

4.14.1.2 Laporan boleh dilihat melalui IRIS (Integrated Radiology Information

System) atau CIMS (Clinical Information Management System).

4.14.1.3 Sebarang permasalahan berkenaan mendapatkan imej diMedweb

boleh menghubungi pasukan PACS jabatan disambungan 6382.

4.14.1.4 Jika terdapat masalah tentang server atau sistem, sila hubungi Pusat

Teknologi Maklumat untuk bantuan.

4.14.2 Sampul filem.

4.14.2.1 Bagi pesakit yang memerlukan filem, dibekalkan sampul filem untuk

menyimpan kesemua filem-filem pemeriksaan radiologi.

4.14.3 Borang Permohonan Pemeriksaan.

4.14.3.1 Borang Permohonan Pemeriksaan Radiologi (RP 01/97). Digunakan

untuk pemeriksaan radiografi, IVU, Fluroskopi, Ultrasound, CT Scan,

MRI dan Angiografi.

4.14.3.2 Borang Permohonan Pemeriksaan Payudara (RP 02/97).

4.14.4 Borang Penetapan Tarikh Pemeriksaan, Persediaan Pesakit dan Senarai Semak.

Pemeriksaan berikut memerlukan dilampirkan borang ini:

4.14.4.1 Pemeriksaan Mamografi: UKM/JKIK/JRAD/MA/01/(3/05).

4.14.4.2 Pemeriksaan Barium Meal: HUKM/JKIK/JRAD/FL/01/(3/05).

4.14.4.3 Pemeriksaan Hysterosalpingography: HUKM/JKIK/JRAD/FL/02/(3/05).

4.14.4.4 Pemeriksaan Barium Pediatrik: HUKM/JKIK/JRAD/FL/03/(3/05).

4.14.4.5 Pemeriksaan MCU & Genitogram: HUKM/JKIK/JRAD/FL/04/(3/05).

4.14.4.6 Pemeriksaan Barium Enema: HUKM/JKIK/JRAD/FL/05/(3/05).

4.14.4.7 Pemeriksaan IVU: HUKM/RP 197/2005(A).

4.14.4.8 Pemeriksaan Angiografi: HUKM/RP 197/2005(B).

Page 25: 1. 2 OBJEKTIF JABATAN 2. SKOP JABATAN/ · PDF file4.5.1 Pesakit dan kanak-kanak yang memerlukan sedasi akan diiringi oleh Pegawai ... Sila rujuk kepada Garis Panduan dan Peraturan

Semakan : 21 Mei 2015 25 Tarikh Kuatkuasa : 14 Ogos 2008

POLISI PPUKM

4.14.4.9 Pemeriksaan Ultrasound Guided Biopsy/Drainage: HUKM/RP

197/2005(C).

4.14.4.10 Pemeriksaan CT Scan: HUKM/RP 197/2005(D).

4.14.4.11 Pemeriksaan CT Scan: (Pediatrik) HUKM/RP 197/2005(E).

4.14.4.12 Pemeriksaan MRI : HUKM/RP 197/2005(F).

4.14.4.13 Pemeriksaan MRI (Pediatrik) : HUKM/RP 197/2005(G).

4.14.5 Perolehan borang-borang.

4.14.5.1 Borang Permohonan Pemeriksaaan Radiologi, Borang Penetapan

Tarikh Pemeriksaan, Persediaan Pesakit dan Senarai Semak boleh

diperolehi dari Jabatan Maklumat Kesihatan.

4.15 Manual Kerja (Standard Operating Procedure)

4.15.1 Prosedur Memberi Perkhidmatan Radiologi boleh disemak pada Prosedur Utama

& Garis Panduan iaitu dokumen kawalan ISO 9001: 2008 HUKM.

4.15.2 Manual Kerja untuk semua prosedur pemeriksaan radiologi boleh disemak pada

dokumen Manual Kerja Jabatan Perkhidmatan Radiologi iaitu dokumen ISO

9001: 2008.

4.16 Perlesenan, Penyelenggaraan, Jaminan Mutu dan Kalibrasi

4.16.1 HCTM PPUKM mendapat lesen Kelas C dari Kementerian Kesihatan Malaysia

(KKM) untuk penyimpanan dan penggunaan radas penyinaran dan bahan

radioakif.

4.16.2 Akta 304 iaitu Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 dan Peraturan-Peraturan

Perlindungan Sinaran Keselamatan Asas 2010 akan sentiasa dipatuhi.

4.16.3 Ketua jabatan adalah pemegang lesen bagi radas penyinaran di PPUKM.

4.16.4 Penyelia radas penyinaran ialah salah seorang Pakar Radiologi di Jabatan.

4.16.5 Pegawai Sains dilantik sebagai Pegawai Perlindungan Sinaran dan Pegawai

Insiden.

Page 26: 1. 2 OBJEKTIF JABATAN 2. SKOP JABATAN/ · PDF file4.5.1 Pesakit dan kanak-kanak yang memerlukan sedasi akan diiringi oleh Pegawai ... Sila rujuk kepada Garis Panduan dan Peraturan

Semakan : 21 Mei 2015 26 Tarikh Kuatkuasa : 14 Ogos 2008

POLISI PPUKM

4.16.6 Jawatan Kuasa Penyelenggaraan dan Kalibrasi jabatan ini tanggungjawab ke

atas semua perkara berkaitan dengan penyelenggaraan, jaminan mutu dan

kalibrasi mesin-mesin.

4.16.7 Semua mesin yang akan tamat tempoh jaminan, akan dimaklumkan kepada

Jabatan Pengurusan Bangunan untuk tindakan selanjutnya seperti mengadakan

kontrak penyelenggaraan.

4.16.8 Setiap kerosakan mesin akan dimaklumkan kepada Jabatan Pengurusan

Bangunan. Setiap kerosakan perlu ada nombor aduan.

4.16.9 Pihak pembekal mesin akan dihubungi untuk kerja-kerja pembaikan jika perlu.

4.16.10 Setiap kerja-kerja yang dilakukan mesti ditandatangani pada helaian kerja (job

sheet) pembekal.

4.16.11 Semua mesin perubatan dipastikan mempunyai Rencana Penyelenggaraan

Pencegahan (Planned Preventive Maintenance) dan Program Jaminan Mutu

(Quality Assurance Programme) mengikut peratuan-peraturan yang telah

ditetapkan.

4.16.12 Penjaminan Mutu (QA) bagi mesin-mesin x-ray diserahkan kepada kontraktor

yang berkelayakan (jika perlu). Ini adalah untuk keperluan pelesenan.

4.17 Keselamatan dan kesihatan untuk kakitangan, pesakit dan pelawat.

4.17.1 Jabatan ini tertakluk kepada Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Universiti Kebangsaan Malaysia. Sila rujuk kepada dasar ini (Lampiran 14).

4.17.2 Sila rujuk Peraturan Am dan Amalan Kerja Yang Selamat Jabatan Perkhidmatan

Radiologi (Lampiran 15).

4.18 Keselamatan di jabatan.

4.18.1 Semua pintu bilik pemeriksaan hendaklah dikunci selepas waktu bekerja kecuali

bilik yang digunakan untuk tugas syif.

4.18.2 Bilik pemeriksaan yang digunakan selepas waktu bekerja seperti bilik PACS, CT

Scan dan Angiografi, pintu bilik hendaklah dikunci selepas selesai pemeriksaan.

Page 27: 1. 2 OBJEKTIF JABATAN 2. SKOP JABATAN/ · PDF file4.5.1 Pesakit dan kanak-kanak yang memerlukan sedasi akan diiringi oleh Pegawai ... Sila rujuk kepada Garis Panduan dan Peraturan

Semakan : 21 Mei 2015 27 Tarikh Kuatkuasa : 14 Ogos 2008

POLISI PPUKM

4.18.3 Semua mesin, lampu dan komputer perlu ditutup selepas waktu bekerja, jika

tidak diperlukan.

4.19 Insiden.

4.19.1 Setiap kejadian yang melibatkan perkhidmatan seperti kemalangan ke atas

pesakit perlu dibuat catatan/laporan ke dalam buku insiden dan dilaporkan

kepada pegawai insiden jabatan dan ketua jabatan.

4.19.2 Kehilangan peralatan atau mesin hendaklah dicatatkan dalam buku insiden dan

dilaporkan kepada Pegawai Insiden jabatan dan Pegawai Aset. Jika perlu, aduan

kepada pihak keselamatan PPUKM dan polis perlu dibuat.

4.20 Kebersihan dan kekemasan.

4.20.1 Suasana jabatan perlu sentiasa bersih, kemas dan teratur.

4.20.2 Tiap bilik pemeriksaan perlu dibersihkan dan dalam keadaan kemas dan teratur.

4.20.3 Mesin perlu dicuci dari kekotoran dan dipastikan sentiasa dalam keadaan bersih.

4.20.4 Peralatan dan aksesori perlu bersih dari kekotoran dan disusun dengan kemas.

4.20.5 Amalan 5 S hendaklah sentiasa diamalkan.

4.21 Kerosakan mesin dan peralatan.

4.21.1 Mesin dan peralatan yang mengalami kerosakan perlu dimaklumkan kepada

pegawai yang bertanggungjawab ke atas kerosakan di jabatan.

4.21.2 Pegawai berkenaan akan membuat aduan ke Jabatan Pengurusan Bangunan

dan mendapatkan nombor aduan.

4.21.3 Pembekal akan dihubungi untuk membaiki mesin atau peralatan tersebut (jika

perlu).

4.22 Kebakaran.

Page 28: 1. 2 OBJEKTIF JABATAN 2. SKOP JABATAN/ · PDF file4.5.1 Pesakit dan kanak-kanak yang memerlukan sedasi akan diiringi oleh Pegawai ... Sila rujuk kepada Garis Panduan dan Peraturan

Semakan : 21 Mei 2015 28 Tarikh Kuatkuasa : 14 Ogos 2008

POLISI PPUKM

4.22.1 Langkah kecemasan semasa kebakaran untuk kakitangan, pelawat dan pesakit

akan diuruskan oleh pegawai insiden dan AJK Insiden, Kebakaran dan

Kecemasan jabatan.

4.22.2 Jika berlaku kebakaran, Plan Pengosongan Bangunan Jabatan Perkhidmatan

Radiologi perlu dipatuhi.

4.22.3 Sila rujuk Langkah-langkah Keselamatan Semasa Kebakaran Jabatan

Perkhidmatan Radiologi (Lampiran 16).

4.23 Elektrikal.

4.23.1 Setiap mesin yang menggunakan tenaga elektrik perlu memenuhi setiap aspek

keselamatan elektrikal.

4.23.2 Kakitangan dilarang membaiki sendiri peralatan elektrikal. Semua kerosakan

perlu dilapor kepada pegawai yang dipertanggungjawabkan, yang seterusnya

merujuk kepada Jabatan Pengurusan Bangunan untuk tindakan seterusnya.

4.23.3 Sila rujuk Peraturan Am dan Amalan Kerja Yang Selamat Jabatan Perkhidmatan

Radiologi (Lampiran 17).

4.24 Kecederaan tajam / pendedahan mukosa.

4.24.1 Apabila terjadi kes/aduan kecederaan tajam / tusukan jarum / pendedahan

mukosa, kakitangan perlu mematuhi langkah awal kawalan.

4.24.2 Pertolongan cemas:

4.24.2.1 Kecederaan tajam: memicit kawasan tersebut dan cuci dengan air

bersih dengan segera.

4.24.2.2 Pendedahan mukosa: basuh segera dengan air.

4.24.3 Lapor segera kepada Penyelia.

4.24.4 Kakitangan terlibat perlu pergi ke Unit Kawalan Infeksi (Tel. 5077/5078) semasa

waktu pejabat atau ke Jabatan Perubatan Kecemasan selepas waktu pejabat /

hari cuti, untuk tindakan selanjutnya.

Page 29: 1. 2 OBJEKTIF JABATAN 2. SKOP JABATAN/ · PDF file4.5.1 Pesakit dan kanak-kanak yang memerlukan sedasi akan diiringi oleh Pegawai ... Sila rujuk kepada Garis Panduan dan Peraturan

Semakan : 21 Mei 2015 29 Tarikh Kuatkuasa : 14 Ogos 2008

POLISI PPUKM

4.25 Kes-kes wabak / penyakit berjangkit / penyakit merbahaya.

4.25.1 Bagi pesakit kategori ini, perlu dicatatkan / dicop perkataan Biohazard pada

Borang Permohonan Pemeriksaan Radiologi atau Payudara, dan/atau

kakitangan jabatan ini perlu dimaklumkan secara lisan.

4.25.2 Setiap kakitangan perlu mengambil langkah-langkah yang sewajarnya bila

berhadapan dengan keadaan ini.

4.26 Perlindungan sinaran.

4.26.1 Peraturan-Peraturan Perlindungan Sinaran (Standard Keselamatan Asas) 2010

yang dikeluarkan oleh Lembaga Perlesenan Tenaga Atom perlu dipatuhi.

4.26.2 Setiap kakitangan yang dikategorikan sebagai pengendali dan bukan pengendali

akan didaftarkan sebagai pekerja sinaran kepada Kementerian Kesihatan

Malaysia (KKM).

4.26.3 Setiap kakitangan yang didaftarkan sebagai pekerja sinaran akan dibekalkan

dosimetri personel bagi memantau dos dedahan secara bulanan.

4.26.4 Setiap pekerja sinaran dimestikan memakai alat perlindungan sinaran ketika

prosedur fluroskopi dan angiografi sedang berjalan.

4.26.5 Setiap pekerja sinaran (pengendali) dikehendaki menutup pintu bilik pemeriksaan

ketika membuat dedahan.

4.26.6 Setiap pekerja sinaran (pengendali) dimestikan mengambil langkah-langkah

memberi perlindungan sinaran kepada pesakit , pelawat dan kakitangan semasa

menjalankan pemeriksaan radiologi.

4.26.7 Setiap pekerja sinaran (pengendali) mesti mempraktiskan prinsip ALARA ( As

Low As Reasonably Achievable) iaitu mengurangkan dos radiasi ketahap

terendah yang mungkin bagi meminimumkan dos radiasi yang diterima oleh

pesakit, pelawat dan kakitangan.

4.26.8 Setiap pekerja sinaran mesti memastikan lampu amaran radiasi mengion

berfungsi bila dedahan x-ray dilakukan.

Page 30: 1. 2 OBJEKTIF JABATAN 2. SKOP JABATAN/ · PDF file4.5.1 Pesakit dan kanak-kanak yang memerlukan sedasi akan diiringi oleh Pegawai ... Sila rujuk kepada Garis Panduan dan Peraturan

Semakan : 21 Mei 2015 30 Tarikh Kuatkuasa : 14 Ogos 2008

POLISI PPUKM

4.26.9 Setiap kakitangan dimestikan melaporkan kepada ketua jabatan dan pegawai

insiden sekiranya insiden berlaku.

4.26.10 Jika insiden berlaku, dosimetri personel akan dihantar segera ke pembekal bagi

proses penganalisaan.

4.26.11 Dos yang melebihi 20 mSv (pengendali) atau pekerja sinaran (mengandung)

melebihi 5 mSv (500mrem) hendaklah dirujuk kepada Pakar Radiologi dan Pakar

Perbidanan untuk tindakan selanjutnya.

4.26.12 Kakitangan yang mengandung atau berkemungkinan akan mengandung perlu

memaklumkan kepada Juru X-Ray Kanan atau Jururawat Kanan yang membuat

jadual tugas.

4.26.13 Sila rujuk dokumen Akta Pelesenan Tenaga Atom 2010 (Lampiran 18).

4.26.14 Sila rujuk Polisi Penggunaan Dosimeter Personal (Lampiran 19).

4.27 Latihan Intensif.

4.27.1 Latihan Intensif untuk semua modaliti pengimejan yang terdapat di PPUKM akan

diberikan kepada Juru X-Ray.

4.27.2 Juru X-Ray diberi pilihan untuk menumpukan kepakaran / pengkhususan kepada

2 modaliti pemeriksaan khas. Walau bagaimanapun, pihak Pengurusan jabatan

berhak menentukan latihan atau menempatkan di modaliti yang perlu.

4.27.3 Penolong Pegawai Perubatan akan dihantar menjalani latihan dalam bidang

pengkhususan seperti anaestesia dan lain-lain yang bersesuaian.

4.27.4 Unit Pengurusan Latihan jabatan akan menguruskan hal ehwal latihan untuk

kakitangan.

4.28 Melanjutkan pelajaran.

4.28.1 Kakitangan adalah digalakkan melanjutkan pelajaran keperingkat yang lebih

tinggi seperti Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah.

4.28.2 Kakitangan perlu mematuhi polisi dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh jabatan.

Rujuk Polisi Melanjutkan Pelajaran (Lampiran 20).

Page 31: 1. 2 OBJEKTIF JABATAN 2. SKOP JABATAN/ · PDF file4.5.1 Pesakit dan kanak-kanak yang memerlukan sedasi akan diiringi oleh Pegawai ... Sila rujuk kepada Garis Panduan dan Peraturan

Semakan : 21 Mei 2015 31 Tarikh Kuatkuasa : 14 Ogos 2008

POLISI PPUKM

4.29 Program Kualiti.

4.29.1 Pensijilan / akredasi.

4.29.1.1 Jabatan ini sentiasa komited dan memberi kerjasama sepenuhnya

kepada setiap program kualiti yang dilaksanakan oleh pihak

pengurusan PPUKM. Pensijilan program kualiti yang telah dan sedang

dilaksanakan adalah:

i. ISO 9001: 2008

ii. MSQH.

iii. Amalan 5S.

4.29.2 Kumpulan Inovasi dan Kreativiti.

Penglibatan kakitangan adalah digalakkan bagi menjayakan program

meningkatkan mutu kerja dan menyertai Kumpulan Inovatif dan Kreatif

diperingkat jabatan atau PPUKM. Kumpulan-kumpulan ini digalakkan menyertai

pertandingan KIK peringkat UKM, IPTA, kebangsaan dan anrtarabangsa.

Disahkan oleh:

PROFESOR DR HAMZAINI ABUL HAMID Ketua Jabatan Radiologi PPUKM