pola-pola pada ukiran melayu

20
POLA-POLA PADA UKIRAN MELAYU

Upload: shamsul-amin

Post on 31-Jan-2016

95 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

ukiran melayu

TRANSCRIPT

Page 1: Pola-pola Pada Ukiran Melayu

POLA-POLA PADA UKIRAN MELAYU 

Page 2: Pola-pola Pada Ukiran Melayu

Penjelmaan sesuatu pola atau ragamhias dalam karya seni ukiran tidak dapat dipisahkan kerana beberapa perkara seperti :

pilihan motif teknik penyusunan

Page 3: Pola-pola Pada Ukiran Melayu

Kedua-dua perkara tersebut terikat pula kepada faktor-faktor lain yang bersangkutan seperti adat resam dan kepercayaan, nilai dan norma hidup, keindahan, fungsi dan lain-lain lagi.

Pola dan motif juga mempunyai hubungan yang begitu rapat.Motif dalam seni ukiran adalah dimaksudkan suatu perhiasan yang diukir dalam 2 atau 3 dimensi, kemudian ia disusun, digubah untuk dijadikan pola atau corak tertentu.

Page 4: Pola-pola Pada Ukiran Melayu

Corak hias yang digunakan sering atau biasanya mengandungi nilai pemikiran falsafah tertentu.Oleh itu dalam pemilihan sesuatu motif itu, para pengkarya bukan sahaja perlu mempunyai kemahiran untuk mengukir tetapi perlu memahami makna-makna motif yang dipilih.

Dalam seni ukiran Melayu, terdapat pelbagai teknik bagaimana sesuatu ukiran tersebut digubah.Ia bergantung kepada kebijaksanaan, kreativiti dan kemahiran yang dimiliki oleh pengukir

Page 5: Pola-pola Pada Ukiran Melayu

3 POLA UTAMA ATAU PENTING

Pola Bujang

Juga dikenali sebagai pola putu. Motifnya mengambil pola bebas atau berdiri

sendiri, tidak terikat, berkait atau bersambung-sambung.

Kebiasaannya pola bujang mengambil unsur-unsur dari kuntum bunga, putik buah, bulan, bintang, matahari dan juga unsur-unsur makhluk hidup.

Pemilihan bunga atau tumbuhan sering dipilih berdasarkan hubungan rapat pengukir dengan alam sekeliling.

Page 6: Pola-pola Pada Ukiran Melayu

Tumbuh-tumbuhan itu dipilih berkemungkinan kerana mudah didapati di sekitar kediaman pengukir atau

tumbuh-tumbuhan tersebut mempunyai keistimewaan- keistimewaan tertentu, misalnya diguna sebagai bahan untuk membuat ubat atau

sebagai bahan makanan untuk dibuat ulam.

Page 7: Pola-pola Pada Ukiran Melayu

Contoh-contoh yang disukai adalah seperti tampuk manggis, bunga cengkih, bunga lawang, teratai, matahari, melati dan sebagainya.

Unsur-unsur kosmos atau makhluk hidup pula yang dipilih adalah seperti bulan, ayam, itik, badak dan burung-burung.

Page 8: Pola-pola Pada Ukiran Melayu

POLA PEMIDANG

Dikenali juga sebagai pola bingkai. -Menggunakan unsur-unsur yang sederhana. -Pergerakannya tidak banyak berbelit-belit

dan melingkar. -Mempunyai pemidang dan bingkai (penting). -Ukiran-ukiran seperti ini banyak ditemui di

Negeri Sembilan.

Page 9: Pola-pola Pada Ukiran Melayu

Menggunakan motif seperti itik pulang petang, badak mudik dan setampuk

manggis. -Pola pemidang atau bingkai ini banyak

ditemui pada perkakas rumah seperti tepak sirih, dulang dan almari. -Di bangunan-bangunan pula, terdapat pada

bahagian paha tangga, bendul dan cucuran atap.  

Page 10: Pola-pola Pada Ukiran Melayu

POLA LENGKAP

Dikenali juga sebagai pola induk. Menggabungkan semua unsur dalam satu

bentuk ukiran yang lengkap. Untuk pola ini sering menggunakan motif

tumbuh-tumbuhan kerana sifatnya yang lembut dan mudah disusun.

Page 11: Pola-pola Pada Ukiran Melayu

Bentuk pola ini merangkumi seluruh pohon atau tumbuhan yang dipilih, bermula dari akarnya dan terus ke batang, dahan, daun, bunga, putik dan sulurnya.

Sistem penyusunannya melingkar-lingkar, bersilat, bergulung-gulung dan berawan larat.

Penyusunannya terpulang kepada kreativiti pengukir

Page 12: Pola-pola Pada Ukiran Melayu
Page 13: Pola-pola Pada Ukiran Melayu

UNSUR-UNSUR

Penjelmaan sesuatu gaya dalam sesuatu ukiran Seni Melayu dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti adat resam, kepercayaan agama, alam persekitaran, iklim dan topografi.

Pemilihan unsur perlu dibuat supaya bersesuaian dengan kehendak perseorangan dan juga kehendak masyarakat supaya ia tidak bercanggah dengan peraturan dan adat resam Melayu.

Page 14: Pola-pola Pada Ukiran Melayu

UNSUR MAKHLUK HIDUP 

Pada umumnya unsur makhluk hidup tidak banyak digunakan kerana agama Islam tidak menggalakkan ciptaan ragamhias yang berasaskan makhluk hidup.

Walau bagaimanapun, saki-baki daripada warisan kayu ukiran lama menampakkan ciri-ciri dari unsur makhluk hidup seperti motif ayam berlaga, itik pulang petang, badak mudik dan sebagainya

Page 15: Pola-pola Pada Ukiran Melayu

Dalam pemilihan unsur-unsur terdapat di persekitaran dan mempunyai hubungan dengan orang-orang Melayu itu sendiri (haiwan peliharaan, sifat-sifat yang ada pada haiwan yang ditiru).

Page 16: Pola-pola Pada Ukiran Melayu

UNSUR KOSMOS

Unsur kosmos atau ruang angkasa dipersembahkan melalui gambaran matahari, bulan, bintang, awan berarak, gunung-ganang, bukit-bukau dll.

Sebagaimana motif matahari dan bintang sering dipasang pada bahagian atau muka tebar layar, manakala unsur awan berarak sering terdapat pada ukiran-ukiran yang mengambil pola lengkap.

Unsur-unsur ini juga sering dicantumkan dengan unsur-unsur tumbuhan dan kaligrafi.

Page 17: Pola-pola Pada Ukiran Melayu

UNSUR GEOMETRI

Unsur geometri atau ‘tumpal’ dikatakan ada hubungan dengan pengaruh pra sejarah.Ukiran yang berunsurkan geometri ini dapat dikesan dalam seni ukiran Melayu yang mengambil pola-pola seperti bentuk bersegi atau dikenali juga sebagai pola tumpal.

Kaki dan bentuk perubahannya disusun berderet-deret dan kadangkala perubahan itu dicantumkan dengan sulur tumbuhan.Satu lagi unsur geometri yang dikira sebagai warisan pra sejarah ialah pilin berganda (bentuk huruf ‘S’ yang disusun berderet-deret).

Ukiran-ukiran geometri ini juga sering didapati pada alat-alat seperti tembikar, barangan tembaga dan alat-alat ragamhias yang dipakai di dalam rumah.

Page 18: Pola-pola Pada Ukiran Melayu

UNSUR KALIGRAFI

Unsur kaligrafi dalam seni ukiran Melayu bermula setelah orang-orang Melayu menerima pengaruh Islam.Unsur ini mengambil contoh huruf Arab, ayat al-Quran dan tulisan Jawi.

Unsur kaligrafi sering terdapat pada bangunan-bangunan masjid, surau dan rumah-rumah kediaman rasmi orang-orang yang berkemampuan

Page 19: Pola-pola Pada Ukiran Melayu

UNSUR TUMBUH-TUMBUHAN

Dalam seni ukiran Melayu lebih banyak tertumpu kepada pengambilan unsur-unsur tumbuhan.Biasanya tumbuhan menjalar dan pohon-pohon berbunga menjadi pilihan utama.

Unsur-unsur tumbuhan sangat sesuai dibentuk dan digayakan ukirannya mengikut kebijaksanaan pengukir.

Unsur tumbuhan yang sering menjadi sumber ilham kepada pengukir Melayu ialah seperti jenis kekacang, labu, ketumbit, ketamburi, kerak nasi, peria, bunga cengkih dll.

Page 20: Pola-pola Pada Ukiran Melayu