pola kecerdasan pelbagai dalam kalangan pelajar … · penghargaan yang tidak terhingga juga...

31
POLA KECERDASAN PELBAGAI DALAM KALANGAN PELAJAR FIZIK BERPENCAPAIAN TINGGI, SEDERHANA DAN RENDAH DI DAERAH KULAI NORHAFIZA BINTI NASIRON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: others

Post on 01-Sep-2019

18 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: POLA KECERDASAN PELBAGAI DALAM KALANGAN PELAJAR … · Penghargaan yang tidak terhingga juga ditujukan khas buat suamiku, Mohd Rajab bin Marjuni atas doa, restu, kasih sayang, kesabaran,

POLA KECERDASAN PELBAGAI DALAM KALANGAN PELAJAR FIZIK

BERPENCAPAIAN TINGGI, SEDERHANA DAN RENDAH

DI DAERAH KULAI

NORHAFIZA BINTI NASIRON

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: POLA KECERDASAN PELBAGAI DALAM KALANGAN PELAJAR … · Penghargaan yang tidak terhingga juga ditujukan khas buat suamiku, Mohd Rajab bin Marjuni atas doa, restu, kasih sayang, kesabaran,
Page 3: POLA KECERDASAN PELBAGAI DALAM KALANGAN PELAJAR … · Penghargaan yang tidak terhingga juga ditujukan khas buat suamiku, Mohd Rajab bin Marjuni atas doa, restu, kasih sayang, kesabaran,
Page 4: POLA KECERDASAN PELBAGAI DALAM KALANGAN PELAJAR … · Penghargaan yang tidak terhingga juga ditujukan khas buat suamiku, Mohd Rajab bin Marjuni atas doa, restu, kasih sayang, kesabaran,

Penyelia

Page 5: POLA KECERDASAN PELBAGAI DALAM KALANGAN PELAJAR … · Penghargaan yang tidak terhingga juga ditujukan khas buat suamiku, Mohd Rajab bin Marjuni atas doa, restu, kasih sayang, kesabaran,

POLA KECERDASAN PELBAGAI DALAM KALANGAN PELAJAR FIZIK

BERPENCAPAIAN TINGGI, SEDERHANA DAN RENDAH

DI DAERAH KULAI

NORHAFIZA BINTI NASIRON

Disertasi ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan Fizik

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

Ogos 2011

Page 6: POLA KECERDASAN PELBAGAI DALAM KALANGAN PELAJAR … · Penghargaan yang tidak terhingga juga ditujukan khas buat suamiku, Mohd Rajab bin Marjuni atas doa, restu, kasih sayang, kesabaran,

ii

Page 7: POLA KECERDASAN PELBAGAI DALAM KALANGAN PELAJAR … · Penghargaan yang tidak terhingga juga ditujukan khas buat suamiku, Mohd Rajab bin Marjuni atas doa, restu, kasih sayang, kesabaran,

iii

Untukmu suami tersayang, ayahanda, bonda dan keluarga, ku menjunjung

kasihmu…

Buat puteri hatiku, Nur Ainul Bashiirah, semoga apa yang bonda lakukan menjadi

motivasi untukmu agar lebih cemerlang pada masa hadapan.

Page 8: POLA KECERDASAN PELBAGAI DALAM KALANGAN PELAJAR … · Penghargaan yang tidak terhingga juga ditujukan khas buat suamiku, Mohd Rajab bin Marjuni atas doa, restu, kasih sayang, kesabaran,

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah. Kesyukuran yang tidak terhingga dipanjatkan dari hamba

buat Tuhannya, Allah S.W.T kerana tanpa izin, kehendak dan pertolonganNya,

sudah pasti dengan segala kelemahan saya, saya tidak mampu menyiapkan disertasi

ini.

Jutaan terima kasih diucapkan buat penyelia saya Professor Madya Dr. Seth

bin Sulaiman atas setiap bimbingan, tunjuk ajar, semangat dan keprihatinan yang

diberikan sepanjang saya menyelesaikan kajian ini. Setiap galakan yang tidak pernah

jemu yang diberi untuk melihat saya berjaya menjadi salah satu motivasi dan

dorongan agar saya tidak berputus asa dalam meneruskan perjuangan. Terima kasih

juga kepada penilai-penilai disertasi ini iaitu Professor Madya Aziz bin Nordin,

Professor Madya Dr. Yusuf bin Arshad dan Dr. Fatin Aliah Phang binti Abdullah

kerana memberi cadangan-cadangan yang berguna untuk saya memperbaiki disertasi

ini.

Penghargaan yang tidak terhingga juga ditujukan khas buat suamiku, Mohd

Rajab bin Marjuni atas doa, restu, kasih sayang, kesabaran, toleransi dan dorongan

yang diberi. Semoga segala kebaikan yang dicurah mendapat keberkatan dari Yang

Maha Esa. Buat ayahanda Nasiron bin Safar dan bonda Norliah binti Ata, terima

kasih atas doa restu yang diberi. Untuk puteri hatiku yang belum mengerti apa-apa,

maaf kiranya ada kekurangan dalam memberi perhatian sepanjang bonda

menyiapkan tugasan ini. Buat keluargaku, terima kasih.

Ucapan terima kasih juga dirakamkan kepada semua rakan dan mereka yang

terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam membantu saya menyiapkan

disertasi ini. Buat semua yang disebutkan di atas, semoga segala kebaikan yang

diberi mendapat ganjaran yang sewajarnya oleh Allah S.W.T.

Page 9: POLA KECERDASAN PELBAGAI DALAM KALANGAN PELAJAR … · Penghargaan yang tidak terhingga juga ditujukan khas buat suamiku, Mohd Rajab bin Marjuni atas doa, restu, kasih sayang, kesabaran,

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan mengenal pasti pola kecerdasan pelbagai dalam

kalangan pelajar Fizik berpencapaian tinggi, sederhana dan rendah. Kajian ini

melibatkan seramai 288 orang pelajar yang mengambil mata pelajaran Fizik dari

sembilan buah sekolah dalam Daerah Kulai. Pelajar dikelaskan kepada kumpulan

pelajar berpencapaian tinggi, sederhana dan rendah berdasarkan keputusan

Peperiksaan Akhir Tahun Setara Daerah Kulai 2009 yang disediakan oleh Panatia

Fizik Daerah Kulai. Selain daripada Soalan Fizik Tingkatan Empat bagi Peperiksaan

Akhir Tahun Setara Daerah Kulai, Set Soal Selidik Kecerdasan Pelbagai Bagi

Pelajar Sekolah Menengah (Ubahsuai: Chislett & Chapman, 2005) juga telah

ditadbirkan kepada responden kajian. Pola kecerdasan pelbagai dalam kalangan

pelajar Fizik tingkatan empat (N=288) adalah kecerdasan logik matematik

(45.33%), kecerdasan muzikal (25.21%), kecerdasan interpersonal (12.46%),

kecerdasan intrapersonal (7.65%), kecerdasan kinestetik (4.25%), kecerdasan

linguistik (3.40%) dan kecerdasan visual spatial (1.70%). Pola kecerdasan pelbagai

bagi pelajar lelaki (N=97) adalah kecerdasan logik matematik (37.96%), kecerdasan

muzikal (27.00%), kecerdasan intrapersonal (10.95%), kecerdasan interpersonal

(10.22%), kecerdasan kinestetik (8.03%), kecerdasan linguistik (3.65%) dan

kecerdasan visual spatial (2.19%). Manakala pola bagi pelajar perempuan (N=191)

adalah kecerdasan logik matematik (50.00%), kecerdasan muzikal (24.07%),

kecerdasan interpersonal (13.89%), kecerdasan intrapersonal (5.56%), kecerdasan

linguistik (3.24%), kecerdasan kinestetik (1.85%) dan kecerdasan visual spatial

(1.39%). Kecerdasan dominan bagi ketiga-tiga kumpulan pelajar mengikut

pencapaian adalah kecerdasan logik matematik. Tujuh orang pelajar yang mendapat

skor tertinggi dalam jenis kecerdasan masing-masing ditemubual bagi memastikan

maklumat daripada soal selidik adalah tekal. Modul bertajuk Impuls juga dibina

berasaskan kecerdasan visual spatial selaras dengan jenis kecerdasan terendah yang

diperolehi daripada dapatan kajian. Secara keseluruhannya, kajian ini dapat memberi

gambaran dan panduan yang berguna kepada mereka-mereka yang terlibat dalam

dunia pendidikan khususnya kepada guru-guru mata pelajaran Fizik.

Page 10: POLA KECERDASAN PELBAGAI DALAM KALANGAN PELAJAR … · Penghargaan yang tidak terhingga juga ditujukan khas buat suamiku, Mohd Rajab bin Marjuni atas doa, restu, kasih sayang, kesabaran,

vi

ABSTRACT

The purpose of this study is to identify the pattern of Multiple Intelligence of

Form Four Physics students with high, moderate and low performance. The study

involved 288 physics students selected from nine schools in the District of Kulai.

Students were classified into high, moderate and low performances based on the

result of Form Four Standardized Final Examination 2009 prepared by Panel of

Physics for the district of Kulai . A questionnaire on Multiple Intelligence

(Adapted: Chislett & Chapman, 2005) was conducted to the respondents. The results

of the study indicated that the pattern of Multiple Intelligence among Form Four

Physics students (N=288) was logical mathematics (45.33%), musical (25.21%),

interpersonal (12.46%), intrapersonal (7.65%), kinesthetic (4.25%), linguistic

(3.40%) and spatial visual (1.70%). The pattern of Multiple Intelligence among boys

(N=97) was logical mathematics (37.96%), musical (27.00%), intrapersonal

(10.95%), interpersonal (10.22%), kinesthetic (8.03%), linguistic (3.65%) and

spatial visual (2.19%). Whereas the pattern of Multiple Intelligence among girls

(N=191) was logical mathematics (50.00%), musical (24.07%), interpersonal

(13.89%), intrapersonal (5.56%), linguistic (3.24%), kinesthetic (1.85%) and spatial

visual (1.39%). The dominant intelligence for the high, moderate and low

performance was logical mathematics. Seven students who acquired highest scores

in their respective Multiple Intelligence were interviewed to check the consistencies

of survey results. A module entitled Impulse was built based on the lowest

intelligence which is spatial visual. Overall, this study can give useful views and

guidance to those who are involved in education especially Science and

Mathematics teachers.

Page 11: POLA KECERDASAN PELBAGAI DALAM KALANGAN PELAJAR … · Penghargaan yang tidak terhingga juga ditujukan khas buat suamiku, Mohd Rajab bin Marjuni atas doa, restu, kasih sayang, kesabaran,

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI CARTA xiv

SENARAI GRAF xv

SENARAI SINGKATAN xvi

SENARAI LAMPIRAN xvii

1 PENGENALAN

1.0 Pendahuluan 1

1.1 Latar Belakang Masalah 3

1.2 Pernyataan Masalah 6

1.3 Objektif Kajian 6

1.4 Persoalan Kajian 7

1.5 Kerangka Kajian 7

1.6 Kepentingan Kajian 9

Page 12: POLA KECERDASAN PELBAGAI DALAM KALANGAN PELAJAR … · Penghargaan yang tidak terhingga juga ditujukan khas buat suamiku, Mohd Rajab bin Marjuni atas doa, restu, kasih sayang, kesabaran,

viii

1.7 Skop Kajian 13

1.8 Takrifan Operasi 15

1.9 Penutup 18

2 SOROTAN KAJIAN

2.0 Pendahuluan 19

2.1 Evolusi pengujian dan teori kecerdasan 19

2.2 Teori Kecerdasan Pelbagai 21

2.2.1 Teori Kecerdasan Pelbagai Sternberg (1989) 21

2.2.2 Kronologi Teori Kecerdasan Pelbagai

Howard Gardner (1983) 22

2.3 Kajian-kajian yang berkaitan dengan kecerdasan

pelbagai di dalam negara 29

2.4 Kajian-kajian yang berkaitan dengan kecerdasan

pelbagai di luar negara 31

2.5 Model-model berkaitan dengan pembinaan modul 34

2.6 Kajian-kajian yang berkaitan dengan pembinaan

dan penilaian Modul Pengajaran Kendiri (MPK)

dalam bidang Fizik 42

2.6.1 Dalam negara 42

2.6.2 Luar negara 48

2.7 Penutup 50

3 METODOLOGI KAJIAN

3.0 Pendahuluan 52

3.1 Reka Bentuk Kajian 52

3.2 Kerangka Operasi 53

3.3 Prosedur Kajian 58

3.4 Tempat Kajian 59

3.5 Sampel Kajian 59

3.6 Instrumen Kajian 61

3.6..1 Soalan Peperiksaan Akhir Tahun 2009 bagi

Mata Pelajaran Fizik Tingkatan 4 Daerah

Kulai 61

Page 13: POLA KECERDASAN PELBAGAI DALAM KALANGAN PELAJAR … · Penghargaan yang tidak terhingga juga ditujukan khas buat suamiku, Mohd Rajab bin Marjuni atas doa, restu, kasih sayang, kesabaran,

ix

3.6.2 Soal selidik 62

3.6.3 Temu bual 64

3.7 Kajian Rintis 65

3.8 Analisi Data 66

3.9 Penutup 67

4 DAPATAN KAJIAN

4.0 Pendahuluan 69

4.1 Pola Kecerdasan Pelbagai Pelajar Fizik Tingkatan

Empat Berdasarkan Teori Kecerdasan Pelbagai 70

4.2 Pola Kecerdasan Pelbagai Pelajar Fizik Tingkatan

Empat Berdasarkan Teori Kecerdasan Pelbagai

Mengikut Jantina 73

4.2.1 Pelajar Lelaki 73

4.2.2 Pelajar Perempuan 75

4.3 Kecerdasan pelbagai dominan bagi kumpulan pelajar

berpencapaian tinggi, sederhana dan rendah 77

4.3.1 Kumpulan Pelajar Berpencapaian Tinggi 77

4.3.2 Kumpulan Pelajar Berpencapaian Sederhana 78

4.3.3 Kumpulan Pelajar Berpencapaian Rendah 79

4.4 Analisis Temubual 81

4.5 Penutup 84

5 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

5.0 Pendahuluan 85

5.1 Perbincangan 85

5.1.1 Pola Kecerdasan Pelbagai Pelajar Fizik

Tingkatan Empat Berdasarkan Teori

Kecerdasan Pelbagai 86

5.1.2 Pola Kecerdasan Pelbagai Pelajar Fizik

Tingkatan Empat Berdasarkan Teori

Kecerdasan Pelbagai Mengikut Jantina 89

Page 14: POLA KECERDASAN PELBAGAI DALAM KALANGAN PELAJAR … · Penghargaan yang tidak terhingga juga ditujukan khas buat suamiku, Mohd Rajab bin Marjuni atas doa, restu, kasih sayang, kesabaran,

x

5.1.3 Kecerdasan Pelbagai Dominan Dalam

Kalangan Pelajar Berpencapaian Tinggi,

Sederhana dan Rendah 91

5.2 Kesimpulan 91

5.3 Implikasi Kajian 93

5.3.1 Pelajar 93

5.3.2 Guru 94

5.3.3 Pihak Berkuasa Pendidikan 95

5.4 Cadangan Kajian 96

5.5 Cadangan Kajian Pada Masa Hadapan 99

5.6 Penutup 100

RUJUKAN 101

LAMPIRAN A – T 111

Page 15: POLA KECERDASAN PELBAGAI DALAM KALANGAN PELAJAR … · Penghargaan yang tidak terhingga juga ditujukan khas buat suamiku, Mohd Rajab bin Marjuni atas doa, restu, kasih sayang, kesabaran,

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Jadual bilangan pelajar yang terlibat dalam kajian

mengikut kumpulan dan gred pencapaian. 60

3.2 Jadual Taburan soalan kepelbagaian kecerdasan 63

3.3 Jadual kaedah analisis bagi persoalan-persoalan kajian 67

4.1 Jadual meunjukkan kekerapan dan peratusan jenis

kecerdasan pelbagai pelajar berdasarkan kumpulan tahap

pencapaian dan juga keseluruhan 71

4.2 Jadual menunjukkan kekerapan dan peratusan jenis

kecerdasan pelbagai bagi pelajar lelaki 74

4.3 Jadual menunjukkan kekerapan dan peratusan jenis

kecerdasan pelbagai bagi pelajar perempuan 76

4.4 Jadual kekerapan kecerdasan pelbagai bagi pelajar

pelajar berpencapaian tinggi 77

4.5 Jadual kekerapan kecerdasan pelbagai bagi pelajar

pelajar berpencapaian sederhana 79

4.6 Jadual kekerapan kecerdasan pelbagai bagi pelajar

pelajar berpencapaian rendah 80

4.7 Jadual Analisis Temubual Hemma a/p Permal 81

4.8 Jadual Analisis Temubual Tan Zu Hao 82

4.9 Jadual Analisis Temubual Ahmad Fahmi Bin Onn 82

4.10 Jadual Analisis Temubual Tan Yi Hong 83

4.11 Jadual Analisis Temubual Liew Ying Hui 83

Page 16: POLA KECERDASAN PELBAGAI DALAM KALANGAN PELAJAR … · Penghargaan yang tidak terhingga juga ditujukan khas buat suamiku, Mohd Rajab bin Marjuni atas doa, restu, kasih sayang, kesabaran,

xii

4.12 Jadual Analisis Temubual Chen Tse Sam 84

4.13 Jadual Analisis Temubual Chin Hui Eng 84

5.1 Urutan Kecerdasan Pelbagai bagi Pelajar Berpencapaian

Tinggi, Sederhana dan Rendah 89

5.2 Pola Kecerdasan Pelbagai bagi Pelajar Lelaki dan

Perempuan 91

Page 17: POLA KECERDASAN PELBAGAI DALAM KALANGAN PELAJAR … · Penghargaan yang tidak terhingga juga ditujukan khas buat suamiku, Mohd Rajab bin Marjuni atas doa, restu, kasih sayang, kesabaran,

xiii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

1.1 Kerangka konsep kajian. 8

2.1 Model Teras Cabang (Shaharom, 1994) 39

3.1 Kerangka Operasi Kajian 57

Page 18: POLA KECERDASAN PELBAGAI DALAM KALANGAN PELAJAR … · Penghargaan yang tidak terhingga juga ditujukan khas buat suamiku, Mohd Rajab bin Marjuni atas doa, restu, kasih sayang, kesabaran,

xiv

SENARAI CARTA

NO. CARTA TAJUK MUKA SURAT

4.1 Carta pie peratusan bilangan kecerdasan bagi

keseluruhan pelajar 72

4.2 Carta pie peratusan bilangan kecerdasan bagi pelajar

lelaki 75

4.3 Carta pie peratusan bilangan kecerdasan bagi pelajar

perempuan 76

Page 19: POLA KECERDASAN PELBAGAI DALAM KALANGAN PELAJAR … · Penghargaan yang tidak terhingga juga ditujukan khas buat suamiku, Mohd Rajab bin Marjuni atas doa, restu, kasih sayang, kesabaran,

xv

SENARAI GRAF

NO. GRAF TAJUK MUKA SURAT

4.1 Graf palang peratus bilangan pelajar melawan

kecerdasan pelbagai 73

4.2 Graf palang kekerapan bilangan pelajar berpencapaian

tinggi melawan kecerdasan pelbagai 78

4.3 Graf palang kekerapan bilangan pelajar berpencapaian

sederhana melawan kecerdasan pelbagai 79

4.4 Graf palang kekerapan bilangan pelajar berpencapaian

rendah melawan kecerdasan pelbagai 80

Page 20: POLA KECERDASAN PELBAGAI DALAM KALANGAN PELAJAR … · Penghargaan yang tidak terhingga juga ditujukan khas buat suamiku, Mohd Rajab bin Marjuni atas doa, restu, kasih sayang, kesabaran,

xvi

SENARAI SINGKATAN

EPRD - Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan

INT - Kecerdasan Interpersonal

INTRA - Kecerdasan Intrapersonal

JSI - Jadual Spesifikasi Item

KN - Kecerdasan Kinestetik

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

LI - Kecerdasan Linguistik

LM - Kecerdasan Logik – Matematik

LPM - Lembaga Peperiksaan Malaysia

MPK - Modul Pengajaran Kendiri

MRSM - Maktab Rendah Sains Mara

MZ - Kecerdasan Muzikal

P&P - Pengajaran dan pembelajaran

PBK - Pendidikan Berketrampilan

PFKK - Penilaian Formatif Kelompok Kecil

PFSS - Penilaian Formatif Satu dengan Satu

PPK - Pusat Perkembangan Kurikulum

SPM - Sijil Pelajaran Malaysia

SV - Kecerdasan Spatial – Visual

USA - Amerika Syarikat (”United State of America”)

Page 21: POLA KECERDASAN PELBAGAI DALAM KALANGAN PELAJAR … · Penghargaan yang tidak terhingga juga ditujukan khas buat suamiku, Mohd Rajab bin Marjuni atas doa, restu, kasih sayang, kesabaran,

xvii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Modul Pengajaran Kendiri (MPK) 111

B Soal Selidik Kecerdasan Pelbagai 174

C Kebenaran Untuk Menggunakan Soal Selidik Chapman 181

D Akuan Semakan dan Pengesahan 1 182

E Akuan Semakan dan Pengesahan 2 183

F Jadual Spesifikasi Ujian 184

G Soalan temu bual untuk mengenal pasti jenis kecerdasan

pelbagai pelajar 186

H Jawapan Temubual bersama Hemma A/P Permal 187

I Jawapan Temubual bersama Tan Zu Hao 188

J Jawapan Temubual bersama Ahmad Fahmi bin Onn 189

K Jawapan Temubual bersama Tan Yi Hong 190

L Jawapan Temubual bersama Liew Ying Hui 191

M Jawapan Temubual bersama Chen Tse Sam 192

N Jawapan Temubual bersama Chin Hui Eng 193

O Analisis Peperiksaan Akhir Tahun 2009 Daerah Kulai

bagi Mata Pelajaran Fizik Tingkatan 4 194

P Analisis Pencapaian Individu Bagi Mata Pelajaran Fizik

Tingkatan 4 Dalam Peperiksaan Akhir Tahun 2009 195

Q Jadual Penentuan Saiz Sampel Berdasarkan Populasi 204

R Analisis Kebolehpercayaan 205

S Surat Kementerian Pelajaran Malaysia 206

T Surat Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia 208

Page 22: POLA KECERDASAN PELBAGAI DALAM KALANGAN PELAJAR … · Penghargaan yang tidak terhingga juga ditujukan khas buat suamiku, Mohd Rajab bin Marjuni atas doa, restu, kasih sayang, kesabaran,

BAB 1

PENGENALAN

1.0 Pendahuluan

Kriteria yang menunjukkan bahawa seseorang pelajar itu dianggap berjaya,

bukan hanya setakat berjaya mencapai gred yang tinggi dalam peperiksaan tetapi

meliputi pelbagai kemahiran dalam kehidupan. Justeru itu, baik pelajar, ibu bapa dan

institusi pendidikan sedia ada sentiasa berlumba-lumba dan berusaha bagi

memastikan pencapaian pelajar dalam bidang akademik dan juga kemahiran-

kemahiran lain adalah membanggakan. Ia adalah sebagai salah satu jaminan untuk

mendapatkan pekerjaan yang baik. Pencapaian pelajar dalam mata pelajaran sains

dan matematik terutamanya telah menjadi agenda dan tumpuan utama sistem

pendidikan Malaysia dalam usaha melahirkan masyarakat yang saintifik dan

progresif selaras dengan Wawasan 2020. Kesedaran mengenai kepentingan

mempunyai lebih ramai sumber manusia yang memiliki kelayakan dalam bidang

sains dan teknologi juga telah mendorong kerajaan meningkatkan pengambilan

pelajar aliran sains terutamanya di peringkat sekolah menengah. Walau

bagaimanapun, pertambahan bilangan pelajar tidak menjamin mutu pelajar dalam

mata pelajaran sains tulen seperti Fizik (Zaiton, 2005). Jurang antara pelajar yang

berpencapaian tinggi dengan pelajar yang berpencapaian rendah juga semakin

bertambah.

Page 23: POLA KECERDASAN PELBAGAI DALAM KALANGAN PELAJAR … · Penghargaan yang tidak terhingga juga ditujukan khas buat suamiku, Mohd Rajab bin Marjuni atas doa, restu, kasih sayang, kesabaran,

2

Persoalannya, bagi mencapai objektif utama iaitu membolehkan

kecemerlangan dicapai oleh pelajar dalam mata pelajaran Fizik, apakah keperluan-

keperluan pelajar tersebut dalam aspek pendidikan telah dapat dipenuhi? Apakah

faktor-faktor penyumbang kepada kesukaran pembelajaran yang dihadapi pelajar

sehingga mereka berpencapaian rendah? Faktor-faktor ini perlu dilihat dan diteliti

bagi membolehkan pelajar mencapai sasaran yang diharapkan. Terdapat banyak

faktor yang menyumbang kepada kesukaran pembelajaran antaranya adalah faktor

minat, motivasi dan kaedah pengajaran dan pembelajaran. Ini disokong oleh Zaiton

(2005) yang menyatakan bahawa pembelajaran sains oleh pelajar bergantung kepada

minat, sikap dan kaedah pengajaran oleh guru. Pencapaian yang rendah dalam mata

pelajaran Fizik mungkin berpunca dari minat yang rendah dalam mata pelajaran

tersebut atau dalam mata pelajaran sains semasa di peringkat sekolah rendah atau

menengah rendah. Ee (1997) berpendapat bahawa suasana pembelajaran dan

motivasi merupakan faktor yang mempengaruhi kepuasan dan pencapaian pelajar

dalam Sains.

Oleh itu, kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan diri

pelajar adalah penting bagi memastikan pelajar berminat untuk meneroka ilmu yang

disampaikan seterusnya diharapkan dapat menghasilkan pelajar yang bermutu dan

berpencapaian tinggi. Dalam konteks ini, proses pengajaran yang diamalkan oleh

para pendidik ke arah tercapainya matlamat di atas perlu diteliti (Shaharom, 2000).

Dalam merancang kaedah pengajaran dan pembelajaran yang terbaik pula, pelajar

tidak boleh dianggap sama dan dilayan secara sama rata. Ini adalah kerana setiap

individu mempunyai tahap yang berbeza untuk jenis kecerdasan yang berbeza. Tiada

dua individu mempunyai gambaran kecerdasan yang sama walaupun kembar yang

seiras (Gardner, 2005). Pencapaian pelajar mungkin berkaitan dengan pembelajaran

atau cara mereka belajar sebagai pelajar (Diaz & Cartnal, 1999). Oleh itu, kaedah

pengajaran dan pembelajaran tradisi yang menganggap semua pelajar di dalam satu

kelas adalah sama sudah dianggap kurang sesuai dan berkesan. Setiap pelajar perlu

dianggap mempunyai keperluan-keperluan yang berbeza untuk mencapai satu

sasaran pembelajaran yang sama.

Gardner (2005) menyatakan bahawa pandangan tradisi terhadap kecerdasan

yang terdiri daripada satu jenis kecerdasan sahaja adalah tidak sesuai lagi. Ini kerana

Page 24: POLA KECERDASAN PELBAGAI DALAM KALANGAN PELAJAR … · Penghargaan yang tidak terhingga juga ditujukan khas buat suamiku, Mohd Rajab bin Marjuni atas doa, restu, kasih sayang, kesabaran,

3

setiap individu mempunyai kecerdasan yang berbeza dan kekuatan serta kelemahan

dalam satu-satu bidang tidak boleh meramalkan kekuatan atau kelemahan dalam

bidang yang tertentu bagi seseorang individu. Oleh itu, kajian yang berkaitan dengan

jenis kecerdasan pelajar perlu dilakukan dan tidak boleh dipandang ringan. Ini

adalah kerana setiap individu yang mempunyai jenis kecerdasan yang berbeza

pastinya memerlukan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berbeza untuk

mencapai sesuatu matlamat dalam pengajaran dan pembelajaran. Dengan

mengetahui profil kecerdasan pelajar, perancangan terhadap strategi pengajaran oleh

guru dianggap dan diharapkan menjadi lebih mudah dan berkesan.

1.1 Latar Belakang Masalah

Sistem peperiksaan sudah tidak asing lagi dalam sistem pendidikan negara.

Sistem peperiksaan yang menekankan kebolehan dalam bidang akademik ini mampu

mempengaruhi masa depan pelajar. Kerjaya dalam bidang professional selalunya

menuntut pelajar-pelajar yang mempunyai latar belakang pendidikan yang baik dan

tinggi. Namun, berpandukan sejarah, di kebanyakan negara, sekolah telah memberi

sepenuh tumpuan kepada kecerdasan bahasa dan logik matematik. Pendidikan

formal telah mengabaikan jenis-jenis kecerdasan lain seperti kecerdasan muzikal,

kinestetik, personal dan naturalis (Gardner, 1991).

Sistem pendidikan di negara kita yang menumpu kepada peperiksaan sebagai

penilaian utama juga banyak memberi penekanan dalam kemahiran bahasa dan logik

matematik. Pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan akan dianggap sebagai

pelajar yang pintar manakala yang mendapat keputusan yang kurang memuaskan

akan dianggap sebagai pelajar yang lemah. Kesannya, pelajar yang lemah akan

merasa kekurangan dan tidak bersemangat untuk meneruskan pelajaran sedangkan

pelajar tersebut pastinya mempunyai pelbagai kecerdasan lain yang apabila

digunakan dengan cara yang betul akan menjadikan mereka juga seorang pelajar

yang cemerlang.

Page 25: POLA KECERDASAN PELBAGAI DALAM KALANGAN PELAJAR … · Penghargaan yang tidak terhingga juga ditujukan khas buat suamiku, Mohd Rajab bin Marjuni atas doa, restu, kasih sayang, kesabaran,

4

Sternberg (1985) menyatakan bahawa kecerdasan pelajar tidak boleh ditaksir

berdasarkan ujian IQ sahaja kerana ujian ini tidak mencerminkan kecerdasan secara

keseluruhan, malah hanya berkait dengan keupayaan pencapaian akademik sahaja.

Oleh itu, setiap pelajar perlu mempelajari cara-cara untuk menghadapi masyarakat

akan datang dan mencipta senario bagi mencapai kejayaan sebenar (Wu, 2004). Skor

atau gred yang tercatat di dalam rekod pencapaian pelajar bukanlah satu-satunya

kriteria yang boleh diharapkan untuk meramal kejayaan pelajar pada masa akan

datang (Noorsiha, 2006). Pelajar perlu sedar, bahawa mereka mempunyai pelbagai

kecerdasan yang setiap satunya boleh diperkukuhkan dan diaplikasikan dalam usaha

menjadi pelajar yang cemerlang.

Kurangnya kesedaran di kalangan tenaga pengajar tentang kecerdasan

pelbagai pelajar juga merupakan antara faktor penyumbang kepada hilangnya minat

seseorang pelajar untuk belajar. Darling-Hammond (1995) berpendapat bahawa para

pendidik seharusnya faham bahawa tiada satu set pembelajaran yang sesuai untuk

semua individu. Pelajar mempunyai pelbagai kecerdasan, berlainan pendekatan

pembelajaran, pengalaman budaya, bakat dan minat yang berbeza. Pembelajaran

akan menjadi lebih berkesan apabila pelajar membina kefahaman dan ilmu menurut

bidang kecenderungan mereka. Kepelbagaian ini memerlukan pedagogi yang sesuai

agar guru-guru dapat menggunakan pelbagai pendekatan dalam sesuatu pengajaran

bagi menyerlahkan kebolehan pelajar. Pelajar pastinya lebih mudah memahami

sesuatu konsep fizik sekiranya diterangkan dengan cara yang bersesuaian dengan

jenis kecerdasan yang mereka miliki. Dengan adanya kesedaran ini, guru-guru perlu

mengenali dengan lebih dekat lagi pelajar mereka ataupun perlu mengetahui profil

kepelbagaian kecerdasan pelajar mereka agar isi pelajaran dan gaya pengajaran yang

akan mereka persembahkan bukan sahaja mampu menarik pelajar bahkan

menghasilkan pembelajaran yang bermakna kepada pelajar.

Buku-buku rujukan yang digunakan oleh pelajar juga sedikit sebanyak

memberi kesan terhadap pencapaian pelajar. Buku-buku rujukan yang ada perlu

mengambil kira aspek kecerdasan pelbagai pelajar disamping cuba menggalakkan

penglibatan pelajar. Penglibatan pelajar merupakan sebahagian daripada proses

pembelajaran (Kamaruddin, 1997). Pembelajaran yang melibatkan pelajar boleh

meningkatkan mutu pembelajaran dan memberi motivasi untuk pelajar terus belajar

Page 26: POLA KECERDASAN PELBAGAI DALAM KALANGAN PELAJAR … · Penghargaan yang tidak terhingga juga ditujukan khas buat suamiku, Mohd Rajab bin Marjuni atas doa, restu, kasih sayang, kesabaran,

5

(Eegan, 1997). Ini membuktikan bahawa buku yang bermutu adalah buku yang

menyeimbangkan pemberian maklumat dan penglibatan pelajar. Buku rujukan yang

berada di pasaran kurang melibatkan pelajar dalam proses penyampaian maklumat

walhal penglibatan pelajar boleh ditekankan dalam bahan pembelajaran melalui

unsur teks, gambarajah dan objektif pembelajaran (Sharifah, 2001). Pembelajaran

yang bergantung kepada teks semata-mata adalah sesuatu yang menyukarkan dan

boleh menyebabkan masalah pembelajaran berlaku. Oleh itu, bahan rujukan yang

hanya mempunyai teks berbentuk fakta dan penghafalan boleh menyukarkan pelajar.

Sebaiknya teks yang dihasilkan adalah teks yang menggalakkan pelajar memberi

penumpuan yang lebih. Ini akan menghasilkan pembelajaran yang lebih jelas dan

bermakna (Kadhana, 1994).

Gambarajah pula membantu pelajar melihat idea-idea umum pelajaran

dengan lebih ringkas (Cyrs, 1997). Muhammad Sam (1999) mendapati bahawa

tahap penglibatan pelajar dalam unsur gambarajah adalah lemah iaitu bersifat satu

hala. Gambarajah dalam buku rujukan di pasaran hanya untuk tujuan penerangan

sahaja. Gabungan teks dan gambarajah yang bermakna diperlukan dalam penulisan

sesuatu buku rujukan kerana dapat menggalakkan pelajar menggunakan kedua-dua

kecerdasan linguistik dan kecerdasan visual spatial mereka dalam usaha memburu

kejayaan.

Kebanyakan buku-buku rujukan juga tidak menekankan aspek perbezaan

individu dalam penulisannya (Radiah, 2001). Perkara ini perlu diberi penekanan

kerana kadar pembelajaran pelajar adalah berbeza. Terdapat pelajar yang mudah

memahami sesuatu dengan cepat dan ada pula yang sebaliknya. Oleh itu,

menyediakan pilihan pembelajaran merupakan suatu usaha dalam mengambil kira

perbezaan individu dalam proses pembelajaran. Perkara ini tidak boleh dipandang

remeh memandangkan mengikut psikologi neuron manusia, setiap manusia akan

menggunakan langkah yang berlainan, cara yang berlainan dan penggunaan

bahagian otak yang berlainan semasa berfikir dan membuat keputusan (Riding,

1993). Pembelajaran berkesan akan dapat dicapai dengan mengambil kira aspek

perbezaan individu (Ee, 1997). Oleh itu, adalah penting bagi memastikan sumber

rujukan pelajar atau bahan pembelajaran pelajar menekankan aspek penglibatan

pelajar disamping mengambil kira jenis kecerdasan pelbagai pelajar bagi

Page 27: POLA KECERDASAN PELBAGAI DALAM KALANGAN PELAJAR … · Penghargaan yang tidak terhingga juga ditujukan khas buat suamiku, Mohd Rajab bin Marjuni atas doa, restu, kasih sayang, kesabaran,

6

menghasilkan pembelajaran yang berkesan. Usaha dalam penulisan modul-modul

pembelajaran yang bermutu dengan menggabungkan unsur-unsur kecerdasan

pelbagai, penglibatan pelajar dan perbezaan individu perlu dipertingkatkan bagi

menjana pelajar yang cemerlang.

1.2 Pernyataan Masalah

Berdasarkan kepada perbincangan dalam latar belakang masalah, adalah baik

sekiranya seorang guru mempunyai pengetahuan tentang kecerdasan pelbagai dalam

kalangan pelajar-pelajar mereka sebelum memulakan pengajaran. Bahan

pembelajaran yang bermutu juga adalah penting dalam usaha melahirkan pelajar

yang cemerlang. Kajian ini bertujuan mengenal pasti pola kecerdasan pelbagai

dalam kalangan pelajar Fizik berpencapaian tinggi, sederhana dan rendah di Daerah

Kulai serta membina modul yang mengambil kira aspek kecerdasan pelajar.

1.3 Objektif Kajian

Objektif kajian ini dilakukan adalah :

i) Mengenal pasti pola kecerdasan pelbagai pelajar Fizik tingkatan empat

berdasarkan teori kecerdasan pelbagai.

ii) Mengenal pasti pola kecerdasan pelbagai pelajar Fizik tingkatan empat

berdasarkan teori kecerdasan pelbagai mengikut jantina.

iii) Mengenal pasti kecerdasan pelbagai yang dominan dalam kalangan

pelajar yang berpencapaian tinggi, sederhana dan rendah dalam

kepelbagaian kecerdasan.

iv) Membina modul bertajuk Impuls yang bersesuaian dengan kecerdasan

pelbagai yang terendah

Page 28: POLA KECERDASAN PELBAGAI DALAM KALANGAN PELAJAR … · Penghargaan yang tidak terhingga juga ditujukan khas buat suamiku, Mohd Rajab bin Marjuni atas doa, restu, kasih sayang, kesabaran,

7

1.4 Persoalan Kajian

Kajian ini akan menjawab beberapa persoalan seperti berikut:

i) Apakah pola kecerdasan pelbagai pelajar Fizik tingkatan empat

berdasarkan teori kecerdasan pelbagai?

ii) Apakah pola kecerdasan pelbagai pelajar Fizik tingkatan empat

berdasarkan teori kecerdasan pelbagai mengikut jantina?

iii) Apakah kecerdasan pelbagai yang dominan dalam kalangan pelajar yang

berpencapaian tinggi, sederhana dan rendah dalam kecerdasan pelbagai?

1.5 Kerangka konsep

Kerangka konsep kajian ini dapat diringkaskan seperti Rajah 1.1. Kajian ini

bertujuan mengenal pasti pola kecerdasan pelbagai dalam kalangan pelajar Fizik

berepencapaian tinggi, sederhana dan rendah di Daerah Kulai dan pembinaan modul

bertajuk Impuls berdasarkan kecerdasan yang terendah dalam kajian. Soal selidik

kecerdasan pelbagai (Ubahsuai Chislett & Chapman, 2005) digunakan bagi

mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan kecerdasan pelbagai setiap sampel

pelajar. Bagi membuat analisis tentang pencapaian pelajar dalam mata pelajaran

fizik, soalan peperiksaan akhir tahun setara daerah bagi tingkatan empat 2009 telah

digunakan. Peperiksaan ini merupakan peperiksaan setara Daerah Kulai dan soalan

yang terkandung di dalamnya meliputi keseluruhan topik dalam tingkatan empat.

Keputusan pelajar dianalisis dan kemudiannya pelajar dikelaskan kepada tiga

bahagian iaitu pelajar berpencapaian tinggi, sederhana dan rendah.

Jenis kecerdasan pelbagai yang dominan bagi setiap kumpulan pelajar dicari.

Pola tahap pencapaian pelajar dalam mata pelajaran fizik dalam kalangan pelajar

pelbagai kecerdasan juga dicari. Hasil daripada analisis, satu daripada jenis

kecerdasan pelbagai yang mendapat peratusan terendah dipilih untuk dijadikan

Page 29: POLA KECERDASAN PELBAGAI DALAM KALANGAN PELAJAR … · Penghargaan yang tidak terhingga juga ditujukan khas buat suamiku, Mohd Rajab bin Marjuni atas doa, restu, kasih sayang, kesabaran,

8

sebagai asas dalam pembinaan modul bertajuk Impuls. Modul ini dibina berdasarkan

Model Teras-Cabang Shaharom (1994). Modul ini juga dibina bersesuaian dengan

jenis kecerdasan pelbagai yang mendapat peratusan terendah bagi membantu pelajar

meningkatkan penggunaan jenis kecerdasan tersebut dan mengaplikasikannya dalam

mempelajari mata pelajaran fizik.

Hubungan dengan

Tahap pencapaian

Rendah Sederhana

Lelaki Perempuan Lelaki Perempuan Lelaki Perempuan

Pembinaan Modul

Kepelbagaian kecerdasan yang dominan

Tinggi

Pencapaian pelajar dalam peperiksaan akhir tahun mata pelajaran fizik tingkatan 4

Kecerdasan Pelbagai

Rajah 1.1: Kerangka konsep kajian

Page 30: POLA KECERDASAN PELBAGAI DALAM KALANGAN PELAJAR … · Penghargaan yang tidak terhingga juga ditujukan khas buat suamiku, Mohd Rajab bin Marjuni atas doa, restu, kasih sayang, kesabaran,

9

1.6 Kepentingan kajian

Mengembangkan potensi individu pelajar seperti yang tersurat dalam

Falsafah Pendidikan Negara (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001) merupakan

hasrat murni yang seharusnya diberikan perhatian yang sewajarnya. Demi mencapai

hasrat tersebut, semua pihak yang terlibat dalam alam pendidikan di negara ini

seharusnya menggemblengkan tenaga dan fikiran dalam usaha untuk memastikan ia

menjadi kenyataan (Shaharom, 2000). Justeru itu, kajian ini bertujuan mengenalpasti

potensi diri setiap pelajar menerusi kaca mata kecerdasan pelbagai agar setiap

individu mendapat apa yang sewajarnya bagi membantu dan menggalakkan lagi

mereka mencapai kecemerlangan dalam hidup dan akademik amnya dan dalam mata

pelajaran Fizik khususnya. Ini adalah kerana antara tiga mata pelajaran Sains tulen

dalam aliran Sains di sekolah menengah iaitu Biologi, Fizik dan Kimia, mata

pelajaran Fizik sering dikatakan sebagai mata pelajaran Sains yang paling sukar

(Fatin, 2005). Kesukaran dalam mata pelajaran Fizik ini telah menimbulkan isu

kekurangan guru opsyen Fizik sedangkan berlaku kelebihan guru opsyen Kimia dan

Biologi.

Kajian tentang kecerdasan pelbagai yang diperkenalkan oleh Gardner (1983)

menyatakan bahawa selain daripada satu atau dua kecerdasan, semua manusia

mempunyai lapan kecerdasan. Apa yang membuat hidup lebih menarik adalah kita

tidak punya kekuatan yang sama dalam kawasan kecerdasan yang sama, sama

seperti rupa kita yang berbeza antara satu sama lain. Sepertimana kita mempunyai

emosi yang berbeza, begitu juga fikiran kita (Checkley, 1997). Kajian yang

berkaitan dengan kecerdasan pelbagai ini mampu memberi persepsi baru kepada

pelajar tentang pemikiran mereka. Pelajar perlu sedar bahawa mereka mempunyai

pelbagai kecerdasan yang setiap satunya boleh diaplikasikan dan diperkukuhkan

dalam usaha mencapai kejayaan. Profil kecerdasan pelbagai membantu pelajar

menjadi peka terhadap kecerdasan mereka dalam aspek kekuatan dan kelemahan.

Oleh itu, pembelajaran mereka menjadi lebih bersifat individu atau peribadi (Acosta,

2004). Dengan itu, pelajar boleh membuat pilihan pembelajaran yang sesuai dengan

kekuatan kecerdasan mereka bagi menghasilkan pembelajaran bermakna. Sebagai

contoh, pelajar yang mempunyai kekuatan dalam kecerdasan visual spatial boleh

membuat nota mahupun menyelesaikan masalah dalam bentuk carta, jadual ataupun

Page 31: POLA KECERDASAN PELBAGAI DALAM KALANGAN PELAJAR … · Penghargaan yang tidak terhingga juga ditujukan khas buat suamiku, Mohd Rajab bin Marjuni atas doa, restu, kasih sayang, kesabaran,

10

gambarajah. Ini adalah selari dengan pendapat Townsed & Segal (2003) yang

menyatakan bahawa penggunaan pelbagai gambarajah dan jadual yang bersesuaian

dengan kecerdasan visual spatial didapati mampu memperbaiki kebolehan pelajar

dalam menyelesaikan masalah mekanik. Howard et al. (1999) pula berpendapat

pelajar yang mempunyai keupayaan yang praktikal dan kreatif mendapat manfaat

yang lebih dengan membina sikap yang positif terhadap sains dalam suasana yang

bersesuaian dengan keupayaan mereka. Lazear (2000) menyatakan bahawa

sekiranya ada kesan teori kecerdasan pelbagai terhadap isi kandungan kurikulum,

beliau percaya bahawa pendekatan yang terbaik adalah mengkaji kecerdasan

pelbagai itu sendiri, yang mana memberi peluang kepada pelajar untuk

mengenalpasti diri mereka secara intelektual. Ia akan melibatkan kajian tentang

setiap jenis kecerdasan dengan kapasiti yang berkaitan, kajian dan projek yang boleh

membantu pelajar memahami profil intelektual mereka, cara untuk mengembangkan

dan mengukuhkan kecerdasan yang kurang dikembangkan dan cara untuk

menggunakan pelbagai jenis kecerdasan secara berkesan apabila menemui cabaran

dalam hidup atau menyelesaikan masalah dalam kerja, sesuatu keluarga atau

kehidupan peribadi. Oleh itu, kajian ini yang mengkaji tentang kecerdasan pelbagai

dan hubungannya dengan pencapaian pelajar dirasakan perlu. Pelajar dapat

mengekalkan pengawalan akademik yang tinggi apabila mereka diajar bagaimana

belajar dan melakukan tugas menggunakan kekuatan yang mereka miliki (Kay,

2005).

Bercakap tentang soal pendidikan, satu lagi watak yang memainkan peranan

penting adalah guru dan pendidik itu sendiri. Kajian ini dijangka mampu membuka

minda dan mengubah persepsi sebahagian guru yang kadangkala menganggap

pelajar adalah sama. Sekiranya pemikiran ini masih lagi diguna pakai oleh guru,

kebarangkalian untuk teknik pengajaran dan penyampaian guru tidak menekankan

aspek perbezaan individu akan berlaku. Perkara ini dijangka dapat mengurangkan

minat pelajar dalam mata pelajaran sains. Teknik pengajaran secara menyeluruh juga

dianggap mampu memberi tekanan kepada pelajar yang kurang memahami ilmu

yang disampaikan kerana teknik pengajaran yang diajar kurang sesuai dengan

kekuatan kecerdasan mereka. Diaz & Cartnal (1999) menyatakan bahawa pelajar

bukan sahaja mengharapkan pembelajaran yang mempunyai mutu yang sama rata

seperti yang dihasilkan dalam kaedah tradisional, tetapi mengharapkan suasana