1. 2 majlis dzikir rumusan dari pandangan al-hafiz ibn rajab * zainuddien ‘abdur-rahman bin ahmad...

67
1

Upload: amin-kevin

Post on 11-Dec-2015

250 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: 1. 2 Majlis Dzikir Rumusan dari pandangan al-Hafiz Ibn Rajab * Zainuddien ‘Abdur-Rahman bin Ahmad bin ‘Abdur-Rahman bin al- Hasan as-Salami al-Baghdadi,

1

Page 2: 1. 2 Majlis Dzikir Rumusan dari pandangan al-Hafiz Ibn Rajab * Zainuddien ‘Abdur-Rahman bin Ahmad bin ‘Abdur-Rahman bin al- Hasan as-Salami al-Baghdadi,

2

Majlis DzikirRumusan dari pandangan al-Hafiz Ibn Rajab

* Zainuddien ‘Abdur-Rahman bin Ahmad bin ‘Abdur-Rahman bin al-Hasan as-Salami al-Baghdadi, al-Hanbali, ad-Dimasyqie. Kunyah beliau Abul Faraj, namun lebih dikenali sebagai Ibn Rajab. Lahir 736H dan wafat 795H.

Page 3: 1. 2 Majlis Dzikir Rumusan dari pandangan al-Hafiz Ibn Rajab * Zainuddien ‘Abdur-Rahman bin Ahmad bin ‘Abdur-Rahman bin al- Hasan as-Salami al-Baghdadi,

3

Majlis DzikirMajlis Ilmu bukannya Zikir ucapan tasbihDemikian kecenderungan pendapat Ibn Rajab yang disokong dengan berbagai keterangan, antaranya:

a. Hadis2 yang menjelaskan maksud Majlis Zikir, Taman Syurga, adanya malaikat yang menaungi mereka, kebanyakannya menyebutkan tentang Tilawah al-Qur‘an dan pembelajarannya dan perbuatan Sahabat berbincang tentang ni‘mat Islam yang mereka kecapi dan adakalanya tentang tanda2 Kiamat. Hanya sedikit daripada hadis2 tersebut yang menyebutkannya dengan umum sebagai tasbih, takbir & yang sepertinya

Page 4: 1. 2 Majlis Dzikir Rumusan dari pandangan al-Hafiz Ibn Rajab * Zainuddien ‘Abdur-Rahman bin Ahmad bin ‘Abdur-Rahman bin al- Hasan as-Salami al-Baghdadi,

4

Majlis Dzikirb. Riwayat hidup ‘ulama terutamanya zaman

Salafussalih, banyak menyebutkan tentang kesungguhan mereka sehingga mengadakan perantauan mencari ilmu, namun tidak disebutkan pula mereka memimpin Majlis Berzikir beramai-ramai. Seringkali disebutkan Majlis mereka dipenuhi manusia yang ramai, tetapi yang disebutkan adalah Majlis Ilmu bukannya Majlis Zikir dengan tasbih dan seumpamanya. Yang ada adalah perbuatan Sahabat (seperti Mu‘adz dan ‘Abdullah bin Rawahah) dan tidak ada berkenaan para Imam memimpin Majlis Dzikir dengan ramai-ramai dengan satu suara sehingga kuat kedengaran.

Page 5: 1. 2 Majlis Dzikir Rumusan dari pandangan al-Hafiz Ibn Rajab * Zainuddien ‘Abdur-Rahman bin Ahmad bin ‘Abdur-Rahman bin al- Hasan as-Salami al-Baghdadi,

5

Majlis Dzikirc. Kata al-Imam asy-Syafi‘ie (w.204H):

Setiap ilmu selain al-Qur’an adalah kesibukan (yang tidak diperlukan)Kecuali Hadis dan ilmu Fiqh dalam agama Islam Ilmu (yang sebenarnya) adalah apa yang ada padanya Hadis (disebutkan dengan sanad periwayatan)Selainnya adalah semata-mata bisikan-bisikan Syaitan

Page 6: 1. 2 Majlis Dzikir Rumusan dari pandangan al-Hafiz Ibn Rajab * Zainuddien ‘Abdur-Rahman bin Ahmad bin ‘Abdur-Rahman bin al- Hasan as-Salami al-Baghdadi,

6

Majlis Dzikir

Pentingnya kaedah menghimpunkan & memadankan segala riwayat

yang berkenaan

Page 7: 1. 2 Majlis Dzikir Rumusan dari pandangan al-Hafiz Ibn Rajab * Zainuddien ‘Abdur-Rahman bin Ahmad bin ‘Abdur-Rahman bin al- Hasan as-Salami al-Baghdadi,

7

Majlis DzikirPentingnya kaedah menghimpunkan &

memadankan segala riwayat yang berkenaan

• Memahami sesebuah hadith perlu kepada menghimpunkan dan memadankan segala riwayat yang berkenaan dengannya (yakni riwayat-riwayat yang membawa makna yang sama dengannya walaupun ada sedikit perbezaan lafaz, sehingga difahami dengan kesimpulan yang memahamkan titik pertemuan makna lafaz-lafaznya yang berbeza dalam berbagai riwayat yang hampir sama tersebut.)

Page 8: 1. 2 Majlis Dzikir Rumusan dari pandangan al-Hafiz Ibn Rajab * Zainuddien ‘Abdur-Rahman bin Ahmad bin ‘Abdur-Rahman bin al- Hasan as-Salami al-Baghdadi,

8

Majlis DzikirIni yang diistilahkan sebagai kaedah:

• al-Jam‘u - memadankan di antara makna petunjuk dalil-dalil

• an-Naskh- petunjuk satu dalil sahaja yag diamalkan sedangkan petunjuk dalil yang satu lagi telah dimansukhkan

• at-Tarjieh - meneliti dengan mendalam lalu mengambil petunjuk dalil yang terkuat dan meninggalkan yang lemah

Page 9: 1. 2 Majlis Dzikir Rumusan dari pandangan al-Hafiz Ibn Rajab * Zainuddien ‘Abdur-Rahman bin Ahmad bin ‘Abdur-Rahman bin al- Hasan as-Salami al-Baghdadi,

9

Majlis Dzikiral-Hafiz al-Ibn Rajab telah mengumpulkan beberapa riwayat dan kemudian menyimpulkan pemahaman makna “Majlis Zikir” secara menyeluruh, iaitu difahami dengan Tilawah al-Qur’an dan pembelajaran kandungannya berupa cara bacaan, tafsiran, hukum-hukum dan hikmah-hikmah. Beliau juga menggambarkan Majlis Zikir Nabi dan para Sahabat adalah demikian yang adakalanya juga berupa perbincangan dan peringatan tentang tanda-tanda Kiamat.

Page 10: 1. 2 Majlis Dzikir Rumusan dari pandangan al-Hafiz Ibn Rajab * Zainuddien ‘Abdur-Rahman bin Ahmad bin ‘Abdur-Rahman bin al- Hasan as-Salami al-Baghdadi,

10

Majlis DzikirDaripada Hudzaifah bin Asied al-Ghifariy:

: ما فقال نتذاكر نحن و علينا النبي اطلع : الساعة �ر �ذ�ك ن قالوا .تذاكرون؟

Nabi menghampiri kami sedang kami ketika itu duduk saling memperingatkan, lalu tanya baginda: “Apa yang sedang kalian bincangkan?” Jawab mereka: Kita sedang berdzikir mengingati Kiamat.[ Sahih Muslim ]

Page 11: 1. 2 Majlis Dzikir Rumusan dari pandangan al-Hafiz Ibn Rajab * Zainuddien ‘Abdur-Rahman bin Ahmad bin ‘Abdur-Rahman bin al- Hasan as-Salami al-Baghdadi,

11

Majlis DzikirMaka, kesimpulan yang terbaik Majlis Zikir yang dimaksudkan adalah Majlis Ilmu, Tilawah al-Qur’an dan pembelajaran isinya dan juga Majlis Zikir berupa Tasbih, Takbir Tahmied dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, yang menjadi permasalahannya adalah cara perlaksanaan Majlis al-Qur’an dan Zikir tersebut.

Page 12: 1. 2 Majlis Dzikir Rumusan dari pandangan al-Hafiz Ibn Rajab * Zainuddien ‘Abdur-Rahman bin Ahmad bin ‘Abdur-Rahman bin al- Hasan as-Salami al-Baghdadi,

12

Majlis DzikirMajlis Ilmu:

• ia dirujukkan kepada tatacara Majlis Ilmu Nabi , yang antara lain digambarkan bahawa ia majlis penuh adab dan ketenangan yang tidak memberatkan para Sahabat, sebagaimana yang disebutkan di dalam beberapa riwayat.

Page 13: 1. 2 Majlis Dzikir Rumusan dari pandangan al-Hafiz Ibn Rajab * Zainuddien ‘Abdur-Rahman bin Ahmad bin ‘Abdur-Rahman bin al- Hasan as-Salami al-Baghdadi,

13

Majlis DzikirMajlis Tilawah al-Qur’an• maka caranya adalah dengan 1 orang

membacanya, sedang yang lain mendengarkan Tilawah orang tersebut. Kemudian seorang lain pula membaca dengan semuanya yang lain diam mendengarkannya, sehingga ia selesai Tilawahnya dan begitulah secara bergilir. Bukannya mereka secara serentak semuanya ramai-ramai membaca dengan satu suara, sebab ini yang diingkari (ditegur dan ditegah) oleh Imam Malik terhadap sebahagian orang-orang asy-Syam (daerah Jordan, Palestin, Syria) .

Page 14: 1. 2 Majlis Dzikir Rumusan dari pandangan al-Hafiz Ibn Rajab * Zainuddien ‘Abdur-Rahman bin Ahmad bin ‘Abdur-Rahman bin al- Hasan as-Salami al-Baghdadi,

14

Majlis DzikirCara Perlaksanaan Majlis ZikirDalam bab ini, kami akan mengkaji penjelasan para ulama’:

• Syeikhul Islam Ibn Taymiyyah (w.728H)

• Al-Imam an-Nawawi (w.676H)• Syeikh al-Albaaniy (w.1420H)• Syeikh Bakr Abu Zayd (w.1429H)

Page 15: 1. 2 Majlis Dzikir Rumusan dari pandangan al-Hafiz Ibn Rajab * Zainuddien ‘Abdur-Rahman bin Ahmad bin ‘Abdur-Rahman bin al- Hasan as-Salami al-Baghdadi,

15

Majlis DzikirFatwa Syeikhul Islam Ibn Taymiyyah

* Taqiud-deen Abul-'Abbaas Ahmad Ibn 'Abdul-Haleem Ibn 'Abdus-Salaam Ibn Taymiyyah al-Harraanee al-Hanbalee lahir pada tahun 661H di Harraan, Irak, sewaktu serangan zalim tentera Tatar terhadap dunia Islam dan wafat pada tahun 728H di Damsyik, Syria. Seorang ‘alim besar yang banyak difitnah oleh golongan terkemudian.

Page 16: 1. 2 Majlis Dzikir Rumusan dari pandangan al-Hafiz Ibn Rajab * Zainuddien ‘Abdur-Rahman bin Ahmad bin ‘Abdur-Rahman bin al- Hasan as-Salami al-Baghdadi,

16

Majlis DzikirMajlis Zikir (berupa Tasbih dan seumpamanya

pula)• Kata Syeikhul Islam : Berkumpul untuk

membaca (al-Qur’an), berzikir dan berdoa adalah suatu perkara baik yang digalakkan selama mana ia tidak dijadikan suatu ketetapan secara Adat (masa, waktu, sempena hari/masa tertentu) sehingga dijadikan seperti berkumpul yang diajarkan menurut Syara‘ (yang ada ketentuan masa/cara/tempat tertentu) dan tidak pula disertai apa-apa bid‘ah yang mungkar…[ Majmu’ Fatawa ]

Page 17: 1. 2 Majlis Dzikir Rumusan dari pandangan al-Hafiz Ibn Rajab * Zainuddien ‘Abdur-Rahman bin Ahmad bin ‘Abdur-Rahman bin al- Hasan as-Salami al-Baghdadi,

17

Majlis DzikirPenjelasan Al-Imam An-Nawawi

* Abu Zakaria Muhyiddin Yahya lahir di Nawa, Damsyik pada tahun 631H dan wafat pada tahun 676H di kota kelahirannya. Beliau telah menulis begitu banyak kitab walaupun hidupnya begitu singkat.

Page 18: 1. 2 Majlis Dzikir Rumusan dari pandangan al-Hafiz Ibn Rajab * Zainuddien ‘Abdur-Rahman bin Ahmad bin ‘Abdur-Rahman bin al- Hasan as-Salami al-Baghdadi,

18

Majlis Dzikir• Imam Muslim di dalam Sahih Muslim,

setelah meletakkan Bab Fadl Majalis adz-Dzikir (Kelebihan Majlis-majlis Dzikir), selang dua bab, beliau menempatkan Bab Fadl al-Ijtima‘ ‘ala Tilawat al-Qur’an wa ‘ala adz-Dzikr (Keutamaan Berkumpul untuk Tilawah al-Qur’an dan Dzikir) kemudian selepas satu bab lain, beliau memuatkan Bab Istihbab Khafd as-Saut bi adz-Dzikr (Galakan merendahkan/memperlahankan suara dalam berdzikir).

Page 19: 1. 2 Majlis Dzikir Rumusan dari pandangan al-Hafiz Ibn Rajab * Zainuddien ‘Abdur-Rahman bin Ahmad bin ‘Abdur-Rahman bin al- Hasan as-Salami al-Baghdadi,

19

Majlis Dzikir• Maka dapat difahami, antara yang

dituntut adalah Majlis Dzikir yang merendahkan suara bukan dengan suara lantang menyeru Allah atau berselawat. Demikian itu juga yang telah disebutkan oleh Imam Nawawi dengan tukilan kata-kata al-Qadi ‘Iyad. Apatah lagi menggunakan pembesar suara yang boleh mengganggu jemaah yang sedang solat atau melakukan ibadah lainnya di masjid.[ Syarh Sahih Muslim Imam Nawawi ]

Page 20: 1. 2 Majlis Dzikir Rumusan dari pandangan al-Hafiz Ibn Rajab * Zainuddien ‘Abdur-Rahman bin Ahmad bin ‘Abdur-Rahman bin al- Hasan as-Salami al-Baghdadi,

20

Majlis DzikirPenjelasan Syeikh al-Albaaniy

* Muhammad Naasiruddeen al-Albaaniy lahir di ibu kota Albania pada tahun 1332H dan keluarganya telah berhijrah ke kota Damsyik setelah Albania dikuasai oleh golongan Atheis. Beliau wafat pada tahun 1420H.

Page 21: 1. 2 Majlis Dzikir Rumusan dari pandangan al-Hafiz Ibn Rajab * Zainuddien ‘Abdur-Rahman bin Ahmad bin ‘Abdur-Rahman bin al- Hasan as-Salami al-Baghdadi,

21

Majlis Dzikir : . من و الله رسول يا قالوا دون المَف�ر' �ق ب �س

: �ر+ ِذ+ك ف+ي ون �ر� �ْه�ت ي الذين قال الم�َف�ردون؟وجل عز الله

Golongan al-Mufarridun telah mendahului. Tanya para Sahabat: Wahai Rasulullah, siapakah al-Mufarridun? Jawab baginda: Mereka yang khusyu‘ dalam mengingati Allah . [ Hadith riwayat Imam Ahmad, al-Hakim & al-Baihaqiy. Sahih menurut al-Hakim dan dipersetujui oleh Imam ad-Dzahabi ]

Page 22: 1. 2 Majlis Dzikir Rumusan dari pandangan al-Hafiz Ibn Rajab * Zainuddien ‘Abdur-Rahman bin Ahmad bin ‘Abdur-Rahman bin al- Hasan as-Salami al-Baghdadi,

22

Majlis DzikirDari Abu Hurairah: Suatu ketika, Rasulullah sedang berjalan di Mekkah dan melintas lalu di sebelah sebuah bukit bernama Jumdan, lantas baginda bersabda:

: . الم�َف�ردون ما و قالوا دون المَف�ر' �ق ب �س جمدان هذا سيروا : الذاكرات و كثيرا الله الذاك+رون قال ؟ الله رسول يا

Kalian laluilah (bukit) Jumdan ini, golongan al-Mufarridun telah mendahului. Tanya para Sahabat: Apakah al-Mufarridun itu, wahai Rasulullah? Jawab baginda : Mereka yang banyak mengingati Allah, baik lelaki mahupun perempuan. [ Hadith riwayat Imam Muslim & al-Baihaqiy ]

Page 23: 1. 2 Majlis Dzikir Rumusan dari pandangan al-Hafiz Ibn Rajab * Zainuddien ‘Abdur-Rahman bin Ahmad bin ‘Abdur-Rahman bin al- Hasan as-Salami al-Baghdadi,

23

Majlis DzikirKata asy-Syeikh al-Albaniy (Silsilah al-Ahadiets as-

Sahihah):“al-Mufarridun” ertinya adalah “al-Munfaridun” (yang menyendiri)

Kata Ibn al-Atsier: “ به انَفرد بمعنى ، استَفرد ، د فر9 و ، أفرد و ، برأيه ”فردMenyendiri dengan pendapatnya, menyendirikan, menjadikan banyak menyendiri, menjadikannya tersendiri maknanya sendirian tersendiri.

ون“ �ر� �ْه�ت maknanya menyukainya dengan ”يsepenuh tumpuan sehingga tidak berbicara dengan perkara lain dan tidak pula melakukan perkara lain.

Page 24: 1. 2 Majlis Dzikir Rumusan dari pandangan al-Hafiz Ibn Rajab * Zainuddien ‘Abdur-Rahman bin Ahmad bin ‘Abdur-Rahman bin al- Hasan as-Salami al-Baghdadi,

24

Majlis DzikirTakhriej hadis ini penting kerana adanya lafaz ini “يْه�تزون” dengan “ز” (ertinya bergoncang) di dalam “asy-Syu‘ab”, maka saya segera jelaskan takhriejnya dan memperbetulkan penyebutan lafaznya, kerana khuatir golongan Sufi yang berjoget dan menari, bergoncang ke kanan ke kiri, akan mengambil lafaz yang ini dengan kejahilan mereka, tanpa mereka sedari ataupun mereka menyedarinya tapi berpura-pura tidak tahu, bahawa sebenarnya ia adalah “muharraf” (catatan lafaz yang tersilap), lalu berhujjah dengannya sebagai sandaran perbuatan mereka dalam amalan zikir mereka.

Page 25: 1. 2 Majlis Dzikir Rumusan dari pandangan al-Hafiz Ibn Rajab * Zainuddien ‘Abdur-Rahman bin Ahmad bin ‘Abdur-Rahman bin al- Hasan as-Salami al-Baghdadi,

25

Majlis DzikirSokongan kepada apa yang mereka mahukan (berjoget & menari) iaitu apa yang ada dalam Syarah an-Nawawi terhadap Sahih Muslim:

• Kata an-Nawawi: “mereka adalah golongan yang “يْه�تزون” dalam zikirullah” maknanya “bercondong/bermiring dengannya”

• Dan begitu juga yang ada dalam Hasyiyat (Muslim – Istanbul) sebagai tukilan daripada an-Nawawi.

Page 26: 1. 2 Majlis Dzikir Rumusan dari pandangan al-Hafiz Ibn Rajab * Zainuddien ‘Abdur-Rahman bin Ahmad bin ‘Abdur-Rahman bin al- Hasan as-Salami al-Baghdadi,

26

Majlis DzikirDengan andaian ia (riwayat dengan lafaz sahih sekalipun (padahal ia (”ز“ dengan ”يْه�تزون“riwayat muharraf – tidak sahih), maka maknanya adalah:

• Bergembira dan merasa tenang dengan Zikrullah sebagaimana yang dapat diambil daripada dasar perkataannya: “هزز” di dalam an-Nihayah, maka ia mirip dengan makna sabda Nabi : “ بالل يا بْها Tenangkanlah“ - ”أرحناkami dengannya (solat) wahai Bilal (lakukanlah iqamat)” dan ia amat hampir dengan makna yang dimaksudkan oleh an-Nawawi. Wallahu a‘lam.

Page 27: 1. 2 Majlis Dzikir Rumusan dari pandangan al-Hafiz Ibn Rajab * Zainuddien ‘Abdur-Rahman bin Ahmad bin ‘Abdur-Rahman bin al- Hasan as-Salami al-Baghdadi,

27

Majlis DzikirDikatakan sebahagian golongan Sufi, daripada ‘Aliy bahawasanya beliau telah menyatakan, ketika menyifatkan para Sahabat:

يوم “ في الشجرة تميد كما مادوا الله ِذكروا إِذا كانوا”ريح

Bila mereka melakukan Zikrullah, mereka bercondongan seperti bercondongannya pokok pada hari yang berangin kuat.

Ketahuilah bahawa hadis ini tidak sahih daripada ‘Aliy.

Page 28: 1. 2 Majlis Dzikir Rumusan dari pandangan al-Hafiz Ibn Rajab * Zainuddien ‘Abdur-Rahman bin Ahmad bin ‘Abdur-Rahman bin al- Hasan as-Salami al-Baghdadi,

28

Majlis DzikirIa (hadith tadi) telah disebutkan oleh Abu Nu‘aim di dalam al-Hilyah: 1/76 daripada jalan periwayatan berikut:

‘Aliy Abie Arakah as-Suddiy seorang lelaki daripada (Ju‘fiy) Malik bin Mighwal Muhammad bin Yazied Abi Hisyam Abu Nu‘aim

Hadis ini, isnadnya da‘ief penuh kesamaran.

Page 29: 1. 2 Majlis Dzikir Rumusan dari pandangan al-Hafiz Ibn Rajab * Zainuddien ‘Abdur-Rahman bin Ahmad bin ‘Abdur-Rahman bin al- Hasan as-Salami al-Baghdadi,

29

Majlis Dzikir1. Abie Arakah - aku tidak mengenalinya dan

tidak aku ketemukan seorang pun daripada para Ahli Hadis yang menyebut riwayat beliau

2. Lelaki daripada “al-Ju‘fiy” tidak dinamakan siapa gerangannya sebagaimana anda lihat, maka ia Majhul (tidak diketahui)

3. Muhammad bin Yazied telah ditolak periwayatannya oleh al-Bukhariy dengan kata beliau: “Aku mengetahui bahawa mereka (para Ahli Hadis) bersepakat menghukum beliau seorang perawi lemah”.

Page 30: 1. 2 Majlis Dzikir Rumusan dari pandangan al-Hafiz Ibn Rajab * Zainuddien ‘Abdur-Rahman bin Ahmad bin ‘Abdur-Rahman bin al- Hasan as-Salami al-Baghdadi,

30

Majlis DzikirPenjelasan Syeikh Bakr Abu Zayd

* Syeikh Bakr Ibn 'Abdullaah Abu Zayd Ibn Muhammad Ibn 'Abdullaah Ibn Bakr Ibn 'Uthmaan Ibn Yahyaa dilahirkan pada 1365H dan wafat pada 1429H. Beliau telah mendapat kelulusan dari Universiti Imaam Muhammad, Riyadh.

Page 31: 1. 2 Majlis Dzikir Rumusan dari pandangan al-Hafiz Ibn Rajab * Zainuddien ‘Abdur-Rahman bin Ahmad bin ‘Abdur-Rahman bin al- Hasan as-Salami al-Baghdadi,

31

Majlis Dzikir“Ulama Andalus (Sepanyol) telah melarang dengan keras dan tegas berkenaan: at-Tamayul (bercondong melenggokkan badan), al-Ihtizaz (bergoncang/bergoyang-goyang), at-Taharruk (bergerak-gerak, tidak kira ke kanan-kiri atau depan-belakang) ketika membaca al-Qur’an dan mereka menegaskannya sebagai bid‘ah yang dimulakan oleh kaum Yahudi, yang akhirnya masuk berbaur (ke dalam umat Islam) di bahagian timur Mesir, padahal tiada satu pun daripada perkara-perkara tersebut (at-Tamayul, al-Ihtizaz dan at-Taharruk) kita terima daripada Salih Salaf umat ini.”

Page 32: 1. 2 Majlis Dzikir Rumusan dari pandangan al-Hafiz Ibn Rajab * Zainuddien ‘Abdur-Rahman bin Ahmad bin ‘Abdur-Rahman bin al- Hasan as-Salami al-Baghdadi,

32

Majlis DzikirKata Abu Hayyan ahli Nahu, Muhammad bin Yusuf al-Andalusi (w.745H) dalam Tafsirnya “al-Bahr al-Muhiet” ketika menjelaskan Firman Allah :

“Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Kami mengangkat gunung (Tursina) ke atas mereka (Bani Israil) seolah-olah gunung itu awan (yang menaungi mereka) dan mereka yakin bahawa gunung itu akan jatuh menimpa mereka…” [ Surah al-A‘raf, Ayat 171 ]

Page 33: 1. 2 Majlis Dzikir Rumusan dari pandangan al-Hafiz Ibn Rajab * Zainuddien ‘Abdur-Rahman bin Ahmad bin ‘Abdur-Rahman bin al- Hasan as-Salami al-Baghdadi,

33

Majlis DzikirKata az-Zamakhsyariy dalam “al-Kasysyaf”(2/102): Apabila Nabi Musa telah menyebarkan lembaran-lembaran yang padanya ada Kitab Allah Ta‘ala, tidak ada satu pohon, gunung mahupun batu kecuali ia bergoncang, bergoyang. Lantaran itu anda melihat seorang Yahudi, bilamana ia membaca at-Taurat (yang telah diubah) ia pasti akan bergoyang, bergoncang menunduk-nundukkan kepalanya.

Page 34: 1. 2 Majlis Dzikir Rumusan dari pandangan al-Hafiz Ibn Rajab * Zainuddien ‘Abdur-Rahman bin Ahmad bin ‘Abdur-Rahman bin al- Hasan as-Salami al-Baghdadi,

34

Majlis DzikirSungguh perlakuan buruk ini telah menyerap masuk pada anak-anak kaum Muslimien, sebagaimana yang saya lihat di negeri Mesir. Anda melihat mereka di tempat pengajian mereka, ketika membaca al-Qur’an, mereka bergoyang-goyang, menggerakkan kepala mereka. Adapun di negeri kita, di Andalus dan Barat, jika seorang anak kecil bergoyang ketika membaca al-Qur’an, gurunya pasti menegurnya dengan berkata: Jangan goyang-goyang menyerupai kaum Yahudi ketika belajar. (al-Bahr al-Muhiet: 4/42)

Page 35: 1. 2 Majlis Dzikir Rumusan dari pandangan al-Hafiz Ibn Rajab * Zainuddien ‘Abdur-Rahman bin Ahmad bin ‘Abdur-Rahman bin al- Hasan as-Salami al-Baghdadi,

35

Majlis DzikirKata ar-Ra‘ie al-Andalusi (w.853H) dalam “Intisar al-Faqier as-Salik”: 250: Demikian juga, orang-orang Mesir menyamai kaum Yahudi di dalam bergoyang-goyang ketika belajar dan membuat sesuatu kerja dan ia adalah daripada tingkah laku kaum Yahudi.

Tukilan yang terakhir ini, lebih umum sifatnya, maka hendaknya dijauhi.[ Bida‘ al-Qurra’ al-Qadiemah wa al-Mu‘asirah: 57-58 ]

Page 36: 1. 2 Majlis Dzikir Rumusan dari pandangan al-Hafiz Ibn Rajab * Zainuddien ‘Abdur-Rahman bin Ahmad bin ‘Abdur-Rahman bin al- Hasan as-Salami al-Baghdadi,

36

Majlis DzikirDemikian penjelasan Syeikh Bakr Abu Zayd, yang memperincikan lagi kenyataan asy-Syeikh al-Albaniy tadi sehingga jelas difahami bahawa apa yang dilakukan oleh sebahagian orang, terutamanya aliran Tarekat dan Sufi, yang bergoyang-goyang apatah lagi menari ketika berzikir adalah perkara yang bercanggah dengan ajaran Islam lagi menyerupai kaum Yahudi.

Video berikut menjadi bukti perbuatan kaum Yahudi ini ketika mereka membaca bacaan-bacaan mereka di Tembok Ratapan – Wailing Wall – di Masjid Aqsa.

Page 37: 1. 2 Majlis Dzikir Rumusan dari pandangan al-Hafiz Ibn Rajab * Zainuddien ‘Abdur-Rahman bin Ahmad bin ‘Abdur-Rahman bin al- Hasan as-Salami al-Baghdadi,

37

Majlis DzikirAda sepotong hadis yang mengisahkan pada suatu Hari Raya, ‘Aisyah membenarkan 2 gadis kecil bernyanyi di rumah dan bila Rasulullah pulang, baginda membiarkan mereka sambil memalingkan wajah baginda (tidak suka) daripada mereka. Kemudian Abu Bakar masuk dan menegur: Dendangan Syaitan dimasukkan ke rumah Nabi? Rasulullah meminta Abu Bakar membiarkan sahaja mereka. Segera ‘Aisyah menyuruh gadis-gadis itu pergi. [ Sahih al-Bukhari ]

Page 38: 1. 2 Majlis Dzikir Rumusan dari pandangan al-Hafiz Ibn Rajab * Zainuddien ‘Abdur-Rahman bin Ahmad bin ‘Abdur-Rahman bin al- Hasan as-Salami al-Baghdadi,

38

Majlis DzikirKata Al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalaniy di dalam Fath

al-Bari:Segolongan Ahli Sufi berhujjah dengan hadis ini sebagai dalil yang menunjukkan keharusan nyanyian lagu dan keharusan mendengarkannya dengan disertai alat (gendangan) ataupun tanpa penggunaan apa-apa alat, padahal sebenarnya sudah memadai untuk menyanggah kesimpulan dan hujjah mereka dengan penyebutan ‘Aisyah secara terang di dalam hadis yang ada dalam Bab yang menyusul selepasnya (hadis no: 952), “ بمغنيتين mereka berdua bukannya – ليستاpenyanyi”

Page 39: 1. 2 Majlis Dzikir Rumusan dari pandangan al-Hafiz Ibn Rajab * Zainuddien ‘Abdur-Rahman bin Ahmad bin ‘Abdur-Rahman bin al- Hasan as-Salami al-Baghdadi,

39

Majlis DzikirMaka beliau telah menafikan pada sudut maknanya apa yang mungkin disalahertikan dengan lafaznya yang beliau sebutkan mengenai mereka berdua , sebab: “nyanyian” boleh bermaksud:

1. “meninggikan suara” secara mutlaq dan boleh juga

2. “at-tarannum” – berlenggok dan mendengung dalam sebutan – beralun suara

3. Atau “al-Hida” – alunan suara untuk mempercepat langkah unta dsbgnya’

Page 40: 1. 2 Majlis Dzikir Rumusan dari pandangan al-Hafiz Ibn Rajab * Zainuddien ‘Abdur-Rahman bin Ahmad bin ‘Abdur-Rahman bin al- Hasan as-Salami al-Baghdadi,

40

Majlis DzikirMaka pelakunya tidak dinamakan “penyanyi” tetapi disebut sebagai:

“ تشويق و تْهييج و تكسير و بالتمطيط ”ينشد (seperti deklamasi sajak dengan mengalunkan

suara)yang lumrahnya mengemukakan secara terselindung perkara-perkara jelek ataupun secara terang-terangan.*

* Maksud beliau adalah alunan syair Arab zaman dahulu berupa syair-syair yang lumrahnya berisi perkara tidak baik secara terselindung/kiasan ataupun terang-terangan.

Page 41: 1. 2 Majlis Dzikir Rumusan dari pandangan al-Hafiz Ibn Rajab * Zainuddien ‘Abdur-Rahman bin Ahmad bin ‘Abdur-Rahman bin al- Hasan as-Salami al-Baghdadi,

41

Majlis DzikirKata al-Qurtubiy (w.671H):Ungkapan beliau (‘Aisyah ) “ بمغنيتين ”mereka berdua bukannya penyanyi – ليستاmaknanya mereka bukannya orang yang tahu atau mahir menyanyi sebagaimana yang diketahui dengan mahir oleh golongan penyanyi. Kata-kata beliau ini mengeluarkan perbuatan mereka berdua itu daripada nyanyian yang sedia diketahui daripada golongan penyanyi yang masyhur dengannya, yang mampu menggerakkan yang diam, men“cergas”kan yang lesu. Jenis ini, jika ada pada syairnya sebutan sifat-sifat kecantikan wanita ataupun arak dan lainnya daripada perkara-perkara yang haram, tiada yang berselisihan pendapat bahawa ia haram.

Page 42: 1. 2 Majlis Dzikir Rumusan dari pandangan al-Hafiz Ibn Rajab * Zainuddien ‘Abdur-Rahman bin Ahmad bin ‘Abdur-Rahman bin al- Hasan as-Salami al-Baghdadi,

42

Majlis DzikirManakala apa yang diperkenalkan oleh golongan Sufi daripada perkara-perkara tersebut berupa bid‘ah rekaan mereka, maka ia juga daripada perkara yang tidak diperselisihkan oleh ‘ulama, bahawa ia haram. Akan tetapi hawa nafsu yang bergelumang syahwat (pada yang haram) telah mempengaruhi dan mengatasi ramai daripada kalangan orang-orang yang menisbahkan diri mereka kepada kebaikan, sehingga lahir dan nyata daripada ramai di kalangan mereka tingkah laku kanak-kanak dan orang-orang gila, sehingga mereka menari dengan gerakan bergoyang-goyang yang berentak dan beralunan (seperti ombak).

Page 43: 1. 2 Majlis Dzikir Rumusan dari pandangan al-Hafiz Ibn Rajab * Zainuddien ‘Abdur-Rahman bin Ahmad bin ‘Abdur-Rahman bin al- Hasan as-Salami al-Baghdadi,

43

Majlis DzikirBahkan lebih dari itu, sehinggakan buruknya tahap kedunguan sebahagian mereka menjadikan mereka menganggapnya sebagai suatu perbuatan mendekatkan diri kepada Allah dan amalan-amalan salih dan dapat membuahkan “ األحوال – سنيkeadaan/keperibadian yang tertinggi”, padahal ini – jika diamati pada hakikatnya – adalah kesan-kesan peninggalan golongan az-Zanadiqah dan Ahli al-Mukharrafah (pagans – percaya kepada Mitos), walLahul Musta‘an. (akhir tukilan kata-kata Imam al-Qurtubiy)

Page 44: 1. 2 Majlis Dzikir Rumusan dari pandangan al-Hafiz Ibn Rajab * Zainuddien ‘Abdur-Rahman bin Ahmad bin ‘Abdur-Rahman bin al- Hasan as-Salami al-Baghdadi,

44

Majlis DzikirSayugianya mereka menterbalikkan maksud mereka dan membacanya dengan “سيء” (dengan “ي”) dan bukan dengan “ن” *

ertinya seburuk-buruk ”ي“ Dengan ”سيء“ *keperibadian dan bukan dengan “ن” pada perkataan ”سني“

[ Fath al-Bari, Imam Ibn Hajar: 2/513 ]

Page 45: 1. 2 Majlis Dzikir Rumusan dari pandangan al-Hafiz Ibn Rajab * Zainuddien ‘Abdur-Rahman bin Ahmad bin ‘Abdur-Rahman bin al- Hasan as-Salami al-Baghdadi,

45

Majlis Dzikir

Kesimpulannya, digandingkan dengan apa yang telah ditukil oleh Syeikh Saliem Hilaly daripada peneguran Imam al-‘Izz, begitu juga penjelasan-penjelasan tadi, sebagaimana kita lihat al-Hafiz Ibn Hajar menjelaskan dan membuat tukilan (ilmu warisan) daripada al-Imam al-Qurtubiy, maka kebanyakan majlis zikir yang diadakan hari ini, di merata dunia, lebih mirip kepada Majlis Zikir Yahudi dan bukannya Islam.

Page 46: 1. 2 Majlis Dzikir Rumusan dari pandangan al-Hafiz Ibn Rajab * Zainuddien ‘Abdur-Rahman bin Ahmad bin ‘Abdur-Rahman bin al- Hasan as-Salami al-Baghdadi,

46

Majlis Dzikir• Mereka telah menyifatkan golongan Sufi yang

bergoyang dan bernyanyi apatah kagi berirama dan menari sebagai “melakukan perbuatan anak kecil dan orang gila”.

• Jelaslah bahawa perbuatan bergoyang dan berirama dalam berdzikir, tidak dikira sebagai Majlis Zikir yang betul di sisi al-Hafiz sendiri.

• Lagipun, mereka lebih banyak menyibukkan diri mereka dengan “Zikir” ( “zouq/syiok/in trance”), sehingga tidak mengambil berat tentang ilmu yang berpandukan keterangan Wahyu, al-Qur’an dan as-Sunnah mahupun ajaran para Sahabat.

Page 47: 1. 2 Majlis Dzikir Rumusan dari pandangan al-Hafiz Ibn Rajab * Zainuddien ‘Abdur-Rahman bin Ahmad bin ‘Abdur-Rahman bin al- Hasan as-Salami al-Baghdadi,

47

Majlis Dzikir

• Mereka melakukannya dengan suara tinggi, berdendangan, suara beralunan yang sebahagiannya diiringi paluan alat-alat nyanyian dan lebih buruk lagi alat muzik serta bergoyang-goyang bahkan menari-nari.

• Mereka tidak menyukai golongan yang memperbetulkan perkara-perkara tersebut, bahkan adakalanya memusuhi mereka

Page 48: 1. 2 Majlis Dzikir Rumusan dari pandangan al-Hafiz Ibn Rajab * Zainuddien ‘Abdur-Rahman bin Ahmad bin ‘Abdur-Rahman bin al- Hasan as-Salami al-Baghdadi,

48

Majlis Dzikir• Mereka lebih rela

bersekongkol dengan orang-orang bukan Islam untuk menjatuhkan & menganiaya serta melenyapkan saudara-saudara Islam mereka yang mengambil berat terhadap asal ajaran al-Qur’an, as-Sunnah, pemahaman Sahabat dan para Imam yang mewarisi ajaran Nabi dan para Sahabat dengan sebaik-baiknya

Page 49: 1. 2 Majlis Dzikir Rumusan dari pandangan al-Hafiz Ibn Rajab * Zainuddien ‘Abdur-Rahman bin Ahmad bin ‘Abdur-Rahman bin al- Hasan as-Salami al-Baghdadi,

49

Majlis Dzikir• Hanya manusia yang sombong, angkuh

dan takabbur pewaris sifat Syaithan sahaja yang tidak akan tunduk kepada keterangan, yang kemudian tidak akan bertaubat, malah mengajak orang lain terus kepada jalannya, bukan jalan Allah, serta berdengki terhadap sesiapa yang mengajak ke jalan Allah yang lurus.

Page 50: 1. 2 Majlis Dzikir Rumusan dari pandangan al-Hafiz Ibn Rajab * Zainuddien ‘Abdur-Rahman bin Ahmad bin ‘Abdur-Rahman bin al- Hasan as-Salami al-Baghdadi,

50

Majlis DzikirDaripada ‘Amru bin Yahya bin ‘Amru bin Salamah al-Hamdani yang meriwayatkan daripada bapanya, daripada datuknya: Suatu ketika kami sedang duduk di pintu rumah ‘Abdullah bin Mas‘ud sebelum solat Ghadah (Subuh), bila ia keluar, kami akan berjalan bersama ke masjid.Lalu datanglah Abu Musa al-Asy‘ariy seraya bertanya: “Apakah Abu ‘Abdir Rahman (yakni Ibn Mas‘ud) sudah keluar?”Jawab kami: “Belum.” Lantas beliau pun duduk bersama kami menunggu sehingga beliau (Ibn Mas‘ud) keluar.

Page 51: 1. 2 Majlis Dzikir Rumusan dari pandangan al-Hafiz Ibn Rajab * Zainuddien ‘Abdur-Rahman bin Ahmad bin ‘Abdur-Rahman bin al- Hasan as-Salami al-Baghdadi,

51

Majlis DzikirApabila beliau keluar, kami segera bangun, maka berkatalah Abu Musa kepada beliau: “Wahai Aba ‘Abdir Rahman! Sesungguhnya aku telah menyaksikan di masjid tadi, suatu perkara yang aku ingkarinya dan pendapatku ia masih bermaksud baik, walhamdulillah.”Tanya Ibn Mas‘ud: “Apakah perkaranya itu?”Jawab Abu Musa: “Jika anda ke sana anda akan melihatnya sendiri... Aku lihat di dalam masjid, suatu kumpulan, semuanya duduk di dalam beberapa bulatan, menunggu waktu solat...

Page 52: 1. 2 Majlis Dzikir Rumusan dari pandangan al-Hafiz Ibn Rajab * Zainuddien ‘Abdur-Rahman bin Ahmad bin ‘Abdur-Rahman bin al- Hasan as-Salami al-Baghdadi,

52

Majlis DzikirDi dalam setiap bulatan ada seorang ketua dan pada tangan mereka, ada benda buat mengira/menghitung. Ketua itu akan mengatakan: Bertakbirlah 100 kali, mereka semuanya pun bertakbir 100 kali. Ia katakan pula: Bertahlil-lah 100 kali, maka mereka pun bertahlil 100 kali dan katanya lagi: Bertasbihlah 100 kali dan mereka pun bertasbih 100 kali.”Tanya Ibn Mas‘ud: “Apa yang anda katakan kepada mereka?”Jawab Abu Musa: “Aku tidak katakan apa-apa terhadap mereka, semata-mata meminta pendapat mu.”

Page 53: 1. 2 Majlis Dzikir Rumusan dari pandangan al-Hafiz Ibn Rajab * Zainuddien ‘Abdur-Rahman bin Ahmad bin ‘Abdur-Rahman bin al- Hasan as-Salami al-Baghdadi,

53

Majlis DzikirKata Ibn Ibn Mas‘ud: “Mengapa tidak anda suruh mereka agar mengira keburukan-keburukan diri mereka dan jamin mereka bahawa amalan baik mereka tidak akan merugi (sindiran)?”Kemudian beliau pun berjalan ke masjid bersama kami sehinggalah beliau berhadapan dengan salah satu dari kumpulan-kumpulan itu, memberhentikan mereka seraya berkata: “Apa yang aku lihat kalian sedang lakukan?”Jawab mereka: “Wahai Aba ‘Abdir Rahman, kami menghitung takbir, tahlil dan tasbih dengan benda ini.”

Page 54: 1. 2 Majlis Dzikir Rumusan dari pandangan al-Hafiz Ibn Rajab * Zainuddien ‘Abdur-Rahman bin Ahmad bin ‘Abdur-Rahman bin al- Hasan as-Salami al-Baghdadi,

54

Majlis DzikirMaka kata Ibn Mas‘ud: “Hitunglah keburukan-keburukan kamu kerana aku penjamin kalian bahawa amalan baik kalian tidak akan merugi (sindiran)! Tercelanya kalian wahai ummat Muhammad! Betapa cepatnya kalian binasa! Mereka, para Sahabat Nabi kamu , masih ramai lagi di sekeliling kamu, baju peninggalan Nabi belum pun lusuh, wadahnya belum pecah (kiasan kepada ajaran Nabi yang masih baru) dan demi Yang nyawa ku di TanganNya, kamu telah berada di atas suatu agama yang lebih baik dari agama Muhammad ataupun kamu hanya membuka pintu kesesatan?!”

Page 55: 1. 2 Majlis Dzikir Rumusan dari pandangan al-Hafiz Ibn Rajab * Zainuddien ‘Abdur-Rahman bin Ahmad bin ‘Abdur-Rahman bin al- Hasan as-Salami al-Baghdadi,

55

Majlis DzikirJawab mereka: “Demi Allah wahai Aba ‘Abdir Rahman, kami hanya mahukan kebaikan.”Tambah Ibn Mas‘ud: “Berapa ramai orang yang inginkan kebaikan, tetapi tidak mendapatkannya (kerana salah caranya). Sesungguhnya Rasulullah telah memberitakan kepada kami: “Suatu kaum membaca al-Quran, sedang bacaan mereka tidak sampai ke kerongkongan mereka (rajin baca tetapi tidak memperdalami pemahaman isinya), mereka meluncur keluar dari Islam selaju anak panah meluncur keluar dari busurnya”

Page 56: 1. 2 Majlis Dzikir Rumusan dari pandangan al-Hafiz Ibn Rajab * Zainuddien ‘Abdur-Rahman bin Ahmad bin ‘Abdur-Rahman bin al- Hasan as-Salami al-Baghdadi,

56

Majlis DzikirDemi Allah, aku tidak pasti, mungkin kebanyakan kamu ini adalah dari golongan itu.”Lalu beliau pun beredar. Sungguh aku (‘Amru bin Yahya) lihat kebanyakan daripada mereka (ahli kumpulan bulatan Zikir itu) memerangi kami di dalam Peperangan Nahrawan bersama al-Khawarij.”

[ Diriwayatkan oleh ad-Darimi, Bah-syal di dalam Tariekh Wasit dan Ibn Abi Hatim dengan isnad yang sahih. Antaranya, Ibn ‘Uyainah dan Ibn Ma‘ien (guru Imam al-Bukhari) menyatakan hadis ini baik. ]

Page 57: 1. 2 Majlis Dzikir Rumusan dari pandangan al-Hafiz Ibn Rajab * Zainuddien ‘Abdur-Rahman bin Ahmad bin ‘Abdur-Rahman bin al- Hasan as-Salami al-Baghdadi,

57

Majlis Dzikir• Riwayat ini mengandungi pengajaran yang

mendalam bagi kita semua. Apatah lagi, kumpulan-kumpulan yang melakukan Zikir yang bercanggah dengan as-Sunnah seperti yang ditegur Ibn Mas‘ud itu.

• Adakalanya bila kita nasihatkan dan menegur mereka, mereka akan sebaliknya menuduh kita adalah golongan yang menolak adanya Zikir, benci kepada zikir dan Majlis Zikir atau tidak suka orang berzikir.

• Jika ada orang yang menolak adanya dzikir, maka benar ia boleh jatuh kufur. Kalau ada orang tidak suka orang berzikir, itu tanda nifaq – sifat munafik.

Page 58: 1. 2 Majlis Dzikir Rumusan dari pandangan al-Hafiz Ibn Rajab * Zainuddien ‘Abdur-Rahman bin Ahmad bin ‘Abdur-Rahman bin al- Hasan as-Salami al-Baghdadi,

58

Majlis Dzikir• Sebenarnya yang kita ingkari, yang ditegah, ialah

caranya, ketetapannya dengan bilangan dan hari tertentu, apatah lagi di sisi perkuburan, yang tidak bersesuaian dengan apa yang ada pada zaman Nabi

• Kalau bukan kerana itu, maka mengapa Ibn Mas‘ud dan Abu Musa al-Asy‘ariy begitu marah terhadap perbuatan mereka dan mengingkarinya?!

• Ketua zikir mereka itu telah merampas hak Allah dan RasulNya sebagai penentu syari’at dengan menentukan cara, bilangan dan waktu tertentu.

Page 59: 1. 2 Majlis Dzikir Rumusan dari pandangan al-Hafiz Ibn Rajab * Zainuddien ‘Abdur-Rahman bin Ahmad bin ‘Abdur-Rahman bin al- Hasan as-Salami al-Baghdadi,

59

Majlis Dzikir

Apakah mereka ada sekutu-sekutu selain Allah (syirikkanNya) yang menentukan (mensyari’atkan) sesuatu dari urusan agama, apa yang tidak diizinkan oleh Allah? [Surah asy-Syura, Ayat 21]

Tambahan lagi, yang ada di dalam as-Sunnah adalah berzikir dengan menggunakan jari-jemari.

Page 60: 1. 2 Majlis Dzikir Rumusan dari pandangan al-Hafiz Ibn Rajab * Zainuddien ‘Abdur-Rahman bin Ahmad bin ‘Abdur-Rahman bin al- Hasan as-Salami al-Baghdadi,

60

Majlis Dzikir• Demikianlah penjelasan Ibn Mas‘ud (dan Abu

Musa ) bahawa perkara-perkara yang bukan daripada ajaran Nabi membawa pelakunya ke kancah kebinasaan. Bersamalah kita waspada.

• Selain itu, perlakuan bid‘ah yang kecil, boleh menjadi pendorong kepada perlakuan bid‘ah yang besar. Misalnya, golongan dalam bulatan zikir tersebut akhirnya memerangi umat Islam.

• Bermula daripada bercanggah dengan as-Sunnah dalam berzikir, boleh akhirnya membawa kepada sikap dan sifat membenci Sunnah Nabi SAW.

Page 61: 1. 2 Majlis Dzikir Rumusan dari pandangan al-Hafiz Ibn Rajab * Zainuddien ‘Abdur-Rahman bin Ahmad bin ‘Abdur-Rahman bin al- Hasan as-Salami al-Baghdadi,

61

Majlis DzikirSabda Rasulullah :“Ikutilah dua orang yang datang selepas ku, Abu Bakar dan ‘Umar, berpandukanlah kepada pedoman ‘Ammar dan apa sahaja yang diberitakan kepada kamu oleh Ibn Mas‘ud maka terimalah (dalam lafaz lain:) berpeganglah dengan ajaran Ibn Mas‘ud.”[ Riwayat Abu Ya‘la, at-Tirmidzi, ar-Ruyaniy dan Ibn ‘Adiy daripada Hudzaifah, Ibn Mas‘ud sendiri dan Anas. Kemungkinan itu sebabnya Abu Musa meminta Ibn Mas‘ud yang menegur mereka padahal beliau juga seorang Sahabat Nabi yang utama. ]

Page 62: 1. 2 Majlis Dzikir Rumusan dari pandangan al-Hafiz Ibn Rajab * Zainuddien ‘Abdur-Rahman bin Ahmad bin ‘Abdur-Rahman bin al- Hasan as-Salami al-Baghdadi,

62

Majlis DzikirSabda Rasulullah :“Ikutilah dua orang yang datang selepas ku, Abu Bakar dan ‘Umar, berpandukanlah kepada pedoman ‘Ammar dan apa sahaja yang diberitakan kepada kamu oleh Ibn Mas‘ud maka terimalah (dalam lafaz lain:) berpeganglah dengan ajaran Ibn Mas‘ud.”[ Riwayat Abu Ya‘la, at-Tirmidzi, ar-Ruyaniy dan Ibn ‘Adiy daripada Hudzaifah, Ibn Mas‘ud sendiri dan Anas. Kemungkinan itu sebabnya Abu Musa meminta Ibn Mas‘ud yang menegur mereka padahal beliau juga seorang Sahabat Nabi yang utama. ]

Page 63: 1. 2 Majlis Dzikir Rumusan dari pandangan al-Hafiz Ibn Rajab * Zainuddien ‘Abdur-Rahman bin Ahmad bin ‘Abdur-Rahman bin al- Hasan as-Salami al-Baghdadi,

63

Majlis DzikirKesimpulannya:Zikir adalah sesuatu yang dianjurkan Islam, tetapi caranya perlu bersesuaian dengan cara yang disyari‘atkan. Sekiranya kita mengajak sebahagian teman-teman kita bertadarus al-Qur’an atau membaca kitab hadis ataupun membaca kitab fiqh berpandukan hadis-hadis yang sahih, ataupun duduk beberapa orang tetapi masing-masing melakukan zikirnya secara senyap-senyap sendirian, maka tiada salahnya dan itulah Majlis Zikir yang ada dalam as-Sunnah dan amalan para Sahabat serta tafsiran para Imam.

Page 64: 1. 2 Majlis Dzikir Rumusan dari pandangan al-Hafiz Ibn Rajab * Zainuddien ‘Abdur-Rahman bin Ahmad bin ‘Abdur-Rahman bin al- Hasan as-Salami al-Baghdadi,

64

Majlis DzikirBerbeza dengan berkumpul berzikir dengan suara tinggi, atau secara beramai-ramai dengan ada ketua ataupun secara serentak satu suara, atau berdendangan dengan suara beralunan yang sebahagiannya diiringi paluan alat-alat nyanyian dan lebih buruk lagi alat muzik dan segalanya itu bercanggah dengan suruhan al-Qur’an yang bersifat umum yang difahami dengan cara perlaksanaannya menurut Sunnah Nabi, tidak menepati ajaran para Sahabat dan warisan ilmu yang benar daripada para Imam Ahli Sunnah wal Jama‘ah.

Page 65: 1. 2 Majlis Dzikir Rumusan dari pandangan al-Hafiz Ibn Rajab * Zainuddien ‘Abdur-Rahman bin Ahmad bin ‘Abdur-Rahman bin al- Hasan as-Salami al-Baghdadi,

65

Majlis DzikirLagipun, Zikir dengan Tasbih, Tahmied dan sebagainya adalah amalan sunnat, yang mana hampir keseluruhan amalan sunnat, seperti solat-solat sunnat adalah utama dilakukan sendirian dan yang menjadikan seseorang itu terselamat daripada riya’ dan sum‘ah serta lebih tenteram jiwanya dengan merasakan ia adalah “urusan” di antara dirinya dengan Allah sahaja.

Page 66: 1. 2 Majlis Dzikir Rumusan dari pandangan al-Hafiz Ibn Rajab * Zainuddien ‘Abdur-Rahman bin Ahmad bin ‘Abdur-Rahman bin al- Hasan as-Salami al-Baghdadi,

66

Majlis DzikirSabda Rasulullah: Tujuh golongan yang akan dinaungi Allah di bawah naungan ArasyNya pada hari yang mana tiada naungan selain NaunganNya…seorang yang “ خاليا الله menyendiri – ِذكرmengingati Allah” sehingga bergenang dan mengalir airmatanya...[ Sahih – Riwayat Malik dan at-Tirmidzi (Abu Hurairah dan Abu Sa‘ied), Ahmad, al-Bukhariy dan Muslim serta an-Nasa-i (Abu Hurairah), Muslim (Abu Hurairah dan Abu Sa‘ied bersamaan). ]

Page 67: 1. 2 Majlis Dzikir Rumusan dari pandangan al-Hafiz Ibn Rajab * Zainuddien ‘Abdur-Rahman bin Ahmad bin ‘Abdur-Rahman bin al- Hasan as-Salami al-Baghdadi,

67

Majlis DzikirSemoga Allah menghimpunkan kita di dalam golongan tersebut. Ia jelas menunjukkan keutamaan Zikir Sendirian daripada berzikir dalam Majlis Zikir, sekalipun yang telah memenuhi syarat ikutan as-Sunnah.

WalLahu a‘lam.

الصالحات تتم بنعمته الذي لله الحمد و