pokok herba

34
POKOK BANGUN BANGUN DAN ASMA Nama Tempatan : BANGUN BANGUN Nama Saintifik : Coleus Amboinicus Nama lain : ati ati hijau,bebangun,raja bangun, tumbuh daun,sedingin,setawar padang,kerencung dan mangun mangun. Famili : Labiatae Asal : INDIA Taburan :Sub Tropika dan Tropika Katogari :Tumbuhan hiasan dan herba KETERANGAN Pokok bangun bangun juga dikenali sebagai ati ati hijau.Ianya ditanam sebagai tanaman hiasan dan ulaman di sekitar rumah.Ianya banyak ditanam olih masyarakat India untuk ubat batuk.Sangat berkhasiat sebagai UBAT BATUK.Keselurohan pokok ini mempunyai bau yang menyengat hidung.Aroma daun nya wangi dan ada yang mengata kan busuk, jadi bergantung kepada individu.Bau nya seakan JINTAN HITAM.Pucuk muda nya rangup dan bolih di buat ulam, makan dengan sambal belacan,sambal tempoyan dan salah satu bahan untuk nasi kerabu. Kaedah pembiakan ialah keratan batang dan daun yang mempunyai tangkai daun.Midium tanah gembur dan saliran yang baik.Pokok ini tahan lasah dan mudah tumboh. KHASIAT BANGUN BANGUN Pokok ini sangat terkenal dalam perubatan melayu dan cina untuk pengubatan batuk,mual tekak,sakit kepala dan sistem pencernaan.Cara nya ambil daun bangun bangun yang segar sehelai, masuk dalam air panas di dalam cawan, tutup selama 3 minit masuk kan sebiji gula batu dan minum.Kalau di buat jus bolih mengubati penyakit asma,batuk dan bronkitis.Daun yang di hancur kan bolih mengubati kulit melecur dan gigitan serangga berbisa.Apabila di campur dengan ibu kunyit dan di tumbuk bolih mengubati senak dan sakit perut.Pucuk muda kalau di buat ulam bolih awet muda dan melancar kan perjalanan darah juga membaiki tekstur kulit. Jenis-jenis Herba di Malaysia Balik Adap Nama Saintifik:Mussaenda villosa wall Famili: Rubiaceae Nama Biasa: Balik adap Lokasi dijumpai: Disemak-semak dan belukar Keterangan Tumbuhan ini biasa dijumpai di kampung-kampung di kawasan belukar. Daunnya terdiri dari campuran daun yang berwarna hijau dan putih. Bunganya ada yang berwarna oren dan ada yang berwarna putih. Daunnya biasa dijadikan

Upload: razifputra

Post on 09-Dec-2014

350 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pokok Herba

POKOK BANGUN BANGUN DAN ASMA

Nama Tempatan : BANGUN BANGUNNama Saintifik : Coleus AmboinicusNama lain : ati ati hijau,bebangun,raja bangun, tumbuh daun,sedingin,setawar padang,kerencung dan mangun mangun.Famili : LabiataeAsal : INDIATaburan :Sub Tropika dan TropikaKatogari :Tumbuhan hiasan dan herbaKETERANGAN Pokok bangun bangun juga dikenali sebagai ati ati hijau.Ianya ditanam sebagai tanaman hiasan dan ulaman di sekitar rumah.Ianya banyak ditanam olih masyarakat India untuk ubat batuk.Sangat berkhasiat sebagai UBAT BATUK.Keselurohan pokok ini mempunyai bau yang menyengat hidung.Aroma daun nya wangi dan ada yang mengata kan busuk, jadi bergantung kepada individu.Bau nya seakan JINTAN HITAM.Pucuk muda nya rangup dan bolih di buat ulam, makan dengan sambal belacan,sambal tempoyan dan salah satu bahan untuk nasi kerabu. Kaedah pembiakan ialah keratan batang dan daun yang mempunyai tangkai daun.Midium tanah gembur dan saliran yang baik.Pokok ini tahan lasah dan mudah tumboh.

KHASIAT BANGUN BANGUNPokok ini sangat terkenal dalam perubatan melayu dan cina untuk pengubatan batuk,mual tekak,sakit kepala dan sistem pencernaan.Cara nya ambil daun bangun bangun yang segar sehelai, masuk dalam air panas di dalam cawan, tutup selama 3 minit masuk kan sebiji gula batu dan minum.Kalau di buat jus bolih mengubati penyakit asma,batuk dan bronkitis.Daun yang di hancur kan bolih mengubati kulit melecur dan gigitan serangga berbisa.Apabila di campur dengan ibu kunyit dan di tumbuk bolih mengubati senak dan sakit perut.Pucuk muda kalau di buat ulam bolih awet muda dan melancar kan perjalanan darah juga membaiki tekstur kulit.

Jenis-jenis Herba di Malaysia Balik AdapNama Saintifik:Mussaenda villosa wallFamili: RubiaceaeNama Biasa: Balik adapLokasi dijumpai:Disemak-semak dan belukar

Page 2: Pokok Herba

KeteranganTumbuhan ini biasa dijumpai di kampung-kampung di kawasan belukar. Daunnya terdiri dari campuran daun yang berwarna hijau dan putih. Bunganya ada yang berwarna oren dan ada yang berwarna putih. Daunnya biasa dijadikan ulam oleh penduduk kampung.KegunaanIa digunakan untuk mengubati demam dengan cara meramas daunnya ke dalam sebesen air sama seperti yang dilakukan dengan menggunakan daun bunga cina. Air ini digunakan untuk menjarang (membasahkan) kepala pesakit untuk menurunkan suhu badannya.

Bangun-bangunNama Saintifik: Solenostemon amboinicusFamili: LabiataeNama Biasa: Bangun-bangunNama lain: Ati-ati hijau, allspiceLokasi dijumpai: Di tanam sebagai rempah dan ulamKeteranganPokok bangun-bangun atau dikenali juga dengan ati-ati hijau biasa ditanam sebagai ulaman dan penyedap rasa dalam masakan. Pucuk mudanya dijadikan ramuan untuk sambal tempoyak. Ia juga dijadikan ramuan untuk nasi ulam. Bangun-bangun senang membiak melalui keratan batang dan daun. Medium pilihan ialah tanah gembur yang mempunyai pengaliran air yang baik dan terdedah kepada cahaya matahari.KegunaanBangun-bangun terkenal dalam perubatan melayu dan cina terutamanya untuk menjadi penawar kepada batuk, mual-mual,sakit kepala dan masalah pencernaan. Caranya sehelai daun bangun-bangun diseduh dengan air panas dan dimasukkan sedikit gula batu sebelum di minum. Jusnya pula boleh dijadikan ubat untuk asma, batuk dan bronkitis. Daunnya yang dilumatkan dapat menjadi penawar kepada gigitan serangga berbisa dan kulit melecur dengan cara menampal daun lumat yang telah menjadi seperti pes pada bahagian yang terlibat.

BebuasNama Saintifik: Premma CordifloraFamili: verbenaceaeNama Biasa: BebuasLokasi dijumpai: Tumbuh meliar di tepi hutanKeteranganBebuas banyak dijadikan ulam oleh masyarakat melayu . Pucuknya yang rangup dan mempunyai rasa sedikit pahit menambahkan lagi selera makan.KegunaanAntara khasiat pokok bebuas bila dimakan mentah sebagai ulam ialah ia dapat membuang angin dalam badan dengan cepat. Air rebusan pucuk bebuas pula boleh menolong untuk mengatasi masalah kecacingan dan menambah air susu ibu.

Page 3: Pokok Herba

Cempaka telur Nama Saintifik: Michelia Pumila/Talauma pumila BlFamili: MagnoliaceaeNama Biasa: Cempaka telurNama lain: Dwarf magnolia, cempaka gondok, magnolia coco, egg magnoliaLokasi dijumpai:Tumbuhan liar dan hiasanKeteranganTumbuhan ini mempunyai batang berkayu dan boleh membiak melalui biji benih dan keratan batang. Bunganya berbentuk bulat seperti telur dan mempunyai bau yang amat wangi terutamanya diwaktu malam. Ia boleh mencapai ketinggian antara 3-6 kaki (1-2 meter). Jika ditanam di dalam pasu ia perlu disiram setiap hari supaya tanahnya tidak kering. Tumbuhan ini tidak boleh terlalu terdedah kepada cahaya matahari terus tetapi memerlukan cahaya yang cukup untuk membesar dan berbungaKegunaanBunganya boleh digunakan untuk mengubati keputihan, batuk berkahak, insomania dan kecederaan traumatik

Bunga Cina / Melur CinaNama Saintifik: Gardenia AugustaFamili:RubiaceaeNama Biasa: Bunga Cina / Melur CinaNama lain: Kacapiring, gardeniaLokasi dijumpai: Di halaman rumah, taman-taman bungaKeteranganBunga cina atau nama saintifiknya Gardenia augusta, Merr dari famili Rubiaceae banyak ditanam sebagai tumbuhan hiasan atau sebagai pagar kerana daunnya yang rimbun dan mempunyai banyak cabang. Bunganya yang berwarna putih berbentuk seperti bunga mawar dan berbau harum. Warna putih akan berubah menjadi kekuningan selepas bunga mekar sepenuhnya.Tumbuhan ini boleh tumbuh di tempat sejuk atau panas dan ia merupakan tumbuhan yang senang dijaga. Tempat yang paling sesuai untuk pertumbuhannya adalah ditempat yang beriklim agak sejuk seperti dikawasan pergunungan dengan ketinggian lebih kurang 400 meter dari paras laut. Pokok ini boleh mencapai ketinggian 1 - 2 meter. Ia membiak melalui keratan batang dan semaiannya boleh dilakukan dengan memilih ranting yang agak tua, buang kesemua daunnya dan tanamkan di dalam polybag berisi pasir. Pastikan air mencukupi bagi menggalakkanpertumbuhan akar. Pokok ini mempunyai potensi untuk di komersialkan sebagai minyak wangi kerana bau bunganya yang sangat harum.KegunaanBoleh digunakan untuk mengubati penyakit kencing manis, seriawan, demam dan sembelit. Caranya untuk kencing manis ambil 12 helai bunga cina direbus dengan 2 gelas air sehingga tinggal satu gelas dan diminum sekali sehari. Untuk seriawan pula, ambil 7 helai daunnya diramas dengan secawan air lalu ditapis dan dicampurkan dengan 2 sudu makan madu dan seketul gula batu. Minum 2 kali sehari. Manakala untuk demam pula, ramas 7 helai daunnya dengan secawan air yang dicampur dengan gula

Page 4: Pokok Herba

batu lalu diminum 2 kali sehari. Bagi merwat sembelit pula ambil 3 biji buahnya direbus dengan 2 gelas air sehingga mendidih yang berbaki hanya satu gelas sahaja.

Cekur Nama Saintifik: Kaempferia galangalFamili: ZingiberaeceaeNama Biasa: CekurNama lain: KencurLokasi dijumpai: Di pinggir hutan KeteranganSejenis herba dan tumbuh melebar di atas tanah. Daun licin, berbentuk tirus, tersusun padat dlm pasangan yang bertentangan. Hujung daun runcing, lebih kurang 16cm panjang, 8 cm lebar. Daunnya mempunyai sedikit aroma. Cekur tidak berbatang, mengeluarkan bunga berwarna putih-ungu. Akar/rizomnya bercabang-cabang, beraroma dan isinya berwarna kuning oren. Cekur bukan bahan penting dalam masakan orang Malaysia tetapi berperanan besar dalam masakan Indonesia, Thailand, Vietnam dan India.KegunaanDi Asia Tenggara, rizom cekur dicampurkan dengan lada sulah, kayu manis dan madu untuk mengubati selsema. Ia dijadikan tonik untuk mengubati batuk kering dan bronchitis. Cekur juga dijadikan losyen untuk merawat sakit mata, sakit tekak, bengkak, demam, sakit dan sengal tulang. Untuk wanita baru bersalin, cekur mengucupkan rahim dan menggalakkan pembuangan angin. Di Indonesia, akar cekur digunakan untuk merawat keracunan makanan, ulser mulut, batuk dan selsema. Akar cekur yang dikunyah dan ditelan boleh membuat seseorang itu khayal. Di India, wangian daripada cekur digunakan untuk melindungi pakaian daripada serangga. Di Filipina, air rebusan akar cekur digunakan untuk merawat sakit perut disebabkan pencernaan makanan yang kurang baik. Air rebusan turut digunakan untuk membasuh rambut bagi mengatasi masalah kelemumur dan menghilangkan rasa gatal dan pedih akibat digigit ulat bulu. Di Thailand, cekur digunakan untuk merawat sakit kepala.

Cempaka telurNama Saintifik:Michelia Pumila/Talauma pumila BlFamili:MagnoliaceaeNama Biasa:Cempaka telurNama lain:Dwarf magnolia, cempaka gondok, magnolia coco, egg magnoliaLokasi dijumpai:Tumbuhan liar dan hiasanKeteranganTumbuhan ini mempunyai batang berkayu dan boleh membiak melalui biji benih dan keratan batang. Bunganya berbentuk bulat seperti telur dan mempunyai bau yang amat wangi terutamanya diwaktu malam. Ia boleh mencapai ketinggian antara 3-6 kaki (1-2 meter). Jika ditanam di dalam pasu ia perlu disiram setiap hari supaya tanahnya tidak kering. Tumbuhan ini tidak boleh terlalu terdedah kepada cahaya matahari terus tetapi memerlukan cahaya yang cukup untuk membesar dan berbunga

Page 5: Pokok Herba

KegunaanBunganya boleh digunakan untuk mengubati keputihan, batuk berkahak, insomania dan kecederaan traumatik

Dukung AnakNama Saintifik:Phyllanthus NiruriFamili:EurphorbiaceaeNama Biasa:Dukung AnakNama lain:Kelek anak, meniran(indonesia),Bhuaionla, kiranelligida(india)Lokasi dijumpai:Di tepi longkang dan di kawasan pertanianKeteranganDikenali dengan nama meniran bagi masyarakat indonesia , tumbuhan in termasuk dalam famili Eurphorbiaceae. Selalunya tumbuh di kawasan yang tanahnya agak keras, seperti di celah retakan simen. Juga boleh didapati di kawasan kebun-kebun sayur dan tanah terbiar. Daun pokok ini adalah dari jenis majmuk bipinat, daunnya kecil berwarna hijau yang agak gelap dan tersusun berselang seli dengan jarak lebih kurang 6-10mm. Ia adalah herba tahunan(annual) dengan ketinggian lebih kurang 30-60 cm. Ia mempunyai bunga yang berwarna putih kekuningan dan satu tangkai bunga mempunya bunga-bunga kecil yang banyak . Terdapat dua jenis bunga; bunga jantan dan betina. Kapsul bijinya sangat kecil, berpermukaan licin dan dari jenis 3-gonous. Kitaran dari satu biji ke biji yang berikutnya adalah 2 hingga 4 minggu. Dukung anak tumbuh di kawasan yang beriklim tropika seperti Malaysia, Indonesia,Thailand. Juga terdapat di China, India dan dalam kawasan antara Filipina dan cuba. Di kebanyakan tempat ia mendatangkan masalah kepada petani kerana selalunya tumbuh di kawasan pertanian dan dianggap rumpai yang sukar dikawal.KegunaanAkar, daun, buah, jus dan keseluruhan tumbuhan ini mempunyai nilai perubatan. Perubatan ayurveda ia digunakan sebagai penghilang dahaga, bronchitis, kusta, anemia, penyakit kelenjar kencing, anuria dan asma. Boleh juga digunakan untuk mengubat penyakit berak berdarah (dysentery) yang kronik (mengikut kaedah perubatan unani dari India). Buahnya digunakan untuk mengubati luka, kerengsaan, penyakit kudis buta (scabies) dan kurap. Akarnya pula (yang masih segar) adalah penawar yang berkesan untuk penyakit kuning (jaundice) terutamanya pada bayi yang baru lahir. Daun yang telah dilumatkan dan dicampur dengan sedikit garam dapur boleh merawat jangkitan kudis buta(scabies). Jika tidak dicampur garam ia boleh ditampal pada luka dan lebam. Ia juga boleh digunakan untuk merawat bisa gigitan ular. Tumbuhan ini juga boleh digunakan sebagai tuba(racun) ikan. Kaedah perubatan ayurveda banyak menggunakan tumbuhan ini samaada dalam bentuk tumbuhan ini dikeringkan dan dijadikan serbuk atau terus menggunakan tumbuhan ini dalam bentuk tumbuhan segar.Walaupun masih sukar untuk menentukan apakah kandungan dalam tumbuhan ini yang menyebabkan ia mempunyai nilai perubatan yang tinggi, ada kajian yang menunjukkan ia memberikan kesan positif untuk mengubati penyakit hepaptitis B, dalam satu kajian, didapati 22 daripada 37, iaitu sebanyak 59% dari pembawa virus hepatitis B yang dirawat dengan persediaan herba dari tumbuhan ini selama sebulan telah kehilangan antigen hepatitis B setelah di uji selepas 15 hingga 20 hari selepas rawatan selesai. Jika menggunakan rawatan biasa hanya 4% dari pembawa akan kehilangan antigen untuk tempoh yang sama. Persediaan herba ini hendaklah di amalkan

Page 6: Pokok Herba

selama sebulan atau lebih untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Jika digunakan secara biasa, tiada kesan sampingan didapati setakat ini. Namun anda dinasihatkan mendapatkan pandangan doktor sebelum memulakan rawatan. Walaupun ia membantu mengurangkan jumlah virus hepaptitis B yang dijumpai didalam darah, ia masih tidak dapat menghilangkan kesemuanya, jadi ia bukanlah penawar kepada penyakit ini, namun mengambilannya dapat mengurangkan dan mengawal pertumbuhan dan pertambahan virus hepatitis B. Kajian lanjut masih dijalankan oleh para saintis mengenai kegunaan dukung anak untuk merawat hepatitis B.

GandarusaNama Saintifik:Justicia Gendarussa linnFamili:AcanthaceaeNama Biasa:GandarusaNama lain:Daun rusa(melayu), bo gu dan(cina),gendarussa(english)Lokasi dijumpai:Tumbuhan meliar dan tanaman hiasan KeteranganTumbuhan ini boleh dijumpai tumbuh liar di kawasan semak pada ketinggian 1-500 meter dari aras laut. Ia tumbuh tegak dan boleh mencapai ketinggian hingga 2 meter. Panjang daunnya lebih kura 5-20 cm dan daunnya dari jenis daun tunggal. Dua jenis gandarusa biasa dijumpai dan dibezakan oleh warna batangnya. Ada yang berwarna hitam dan ada yang berwarna hijau. Pokok berbatang hitam lebih popular sebagai ubat dari yang berbatang hijau.KegunaanIa biasa digunakan untuk mengubat lebam akibat pukulan, tulang patah, rheumatik dan bisul. cara penggunaannya ,untuk tulang patah daunnya yang segar atau kering dikisar hingga lumat dan dicampur cuka untuk ditampal pada bahagian yang luka dengan syarat tulang telah berada pada kedudukannya yang betul. Untuk rheumatik 15-30 g daunnya yang segar direbus hingga mendidih dan airnya diminum. Untuk lebam pula daunnya dilayurkan pada api hingga layu dan ditampal pada bahagian yang lebam. Ia juga boleh digunakan untuk menurunkan panas badan, menyembuhkan lumpuh otot muka (selalunya disebabkan oleh minor stroke),sakit kepala, mata dan telinga. Amaran: Tidak boleh digunakan oleh wanita hamil.

Hati-hati Nama Saintifik:Coleus BlumeiFamili:LabiataeNama Biasa:Hati-hatiNama lain:Nilam, bangun-bangun, ati-atiLokasi dijumpai:Tanaman hiasanKeteranganPokok hati-hati terdapat dalam banyak warna antaranya ungu dan hijau serta campuran merah jambu dan hijau. Pokok ini banyak ditanam sebagai pokok hiasan dan tutup bumi.KegunaanDaun hati-hati digunakan untuk merawat batuk terutamanya untuk orang dewasa. Caranya ialah

Page 7: Pokok Herba

dengan cara menumbuk beberapa helai daunnya dan dicampur dengan air, kemudian tapis airnya untuk diminum dua kali sehari. Selain itu campuran daun hati-hati, daun inai, daun jambu batu dan akar tutup bumi direbus hingga mendidih dan diminum airnya untuk mengecutkan rahim. Untuk asma pula(terutamanya pada kanak-kanak) ambil beberapa helai daun hati-hati yang berwarna hijau dan secubit kapur sirih. Ramas(upar) daun bersama kapur sirih hingga hancur dan sapu pada dada pengidap asma tadi sebelum tidur.Daun ini boleh juga direbus bersama dua cawan air hingga tinggal secawan, campurkan sedikit gula batu dan minum.

Hempedu BumiNama Saintifik: Andrographis PaniculataFamili:AcanthaceaeNama Biasa:Hempedu bumiNama lain:Akar cerita, sambilata,nivalembu,king of bitter, maha titaLokasi dijumpai:Malaysia, Thailand, India, IndonesiaKeteranganPokok Hempedu bumi juga dikenali sebagai pokok akar cerita. Pokok Hempedu bumi banyak dijumpai di India, Thailand dan paling senang di jumpai di tanah gambut. Hempedu bumi merupakan satu tumbuhan herba semusim yang tumbuh menegak. Tingginya boleh mencapai 60-70 cm. Daun Hempedu bumi berwarna hijau pekat, licin dan tersusun secara bersilang. Daun Hempedu bumi juga mempunyai bentuk bujur, runcing di hujung dan nipis di pangkal.KegunaanDaun hempedu bumi ini boleh dijadikan ubat untuk menurunkan darah tinggi di samping merawat kencing manis. Cara menjadikannya ubat ialah merebus daun tersebut untuk mengambil airnya supaya boleh diminum. Daun ini juga boleh merawat luka dengan cara menumbuk lumat daun tersebut dan letakkannya pada luka tersebut. Kandungan bahan kimia daun ini membolehkan ia memecahkan molekul- molekul lemak yang ada disekeliling salur darah yang tersumbat yang menyebabkan tekanan darah tinggi meningkat. Air rebusan daun ini yang pahit telah merangsangnya supaya memecahkan molekul lemak. Memang suatu yang tidak boleh dinafikan bahawa rasa pahit, kelat dan masam agar sukar dipisahkan dengan alam perubatan herba tempatan. Tetapi rasa sebegitu sememangnya tidak begitu menarik minat sebahagian besar masyarakat kita. Mereka lebih gemar kepada rasa manis dan masin. Pengambilan rasa manis dan masin yang berlebihan boleh menyebabkan penyakit tertentu. Tetapi jika diseimbangkan pengambilan perasa-perasa itu adalah baik untuk kesihatan. Antara herba yang mempunyai rasa pahit adalah pokok hempedu bumi (nama saintifiknya adalah Andrographis Paniculata) ataupun sesetengah orang memanggilnya sebagai akar cerita. Pokok herba ini agak senang dicari kerana ia tumbuh di sekitar rumah, longkang ataupun kawasan semak samun yang terbiar. Mungkin ia tumbuh di kawasan sedemikian, maka sebahagian besar masyarakat hari ini kurang mengetahui khasiatnya yang agak popular bagi tumbuhan ini adalah untuk merawat penyakit darah tinggi dan juga demam. Malah, tumbuhan ini juga sesuai untuk merawat kesan gigitan serangga. Cara yang paling mudah adalah ambil beberapa helai daunnya dan hancurkan. Sapulah di tempat yang terkena gigitan serangga itu. Tetapi ia lebih popular dalam merawat penyakit darah tinggi dan demam. Cara yang sering diamalkan adalah kita perlu mengambil beberapa helai daunnya dan bersihkan terlebih dahulu. Kemudian rendam daun-daun itu dalam segelas air panas dan biarkan sehingga air panas itu menjadi suam. Selepas itu, minumlah perlahan-

Page 8: Pokok Herba

lahan. Rasanya agak pahit, khususnya bagi mereka yang pertama kali meminumnya. Tetapi harus ingat, sebagaimana tumbuhan herba yang lain janganlah minum kerap sangat dalam sehari. Cukup untuk minum sekali sehari.

Jarum Tujuh BilahNama Saintifik:Pereskia sacharosa/saecnarosaFamili:CactaceaeNama Biasa:Jarum tujuh bilahNama lain:Bintang tujuh,Pokok kanser,Chat sim ChanLokasi dijumpai:Tanaman hiasanKeteranganTumbuhan dari keluarga kaktus ini mungkin satu-satunya kaktus yang mempunyai daun yang sebenar. Ia merupakan genus paling primitif dalam keluarga kaktus. Pereskia berasal dari Korea tapi boleh didapati dengan mudah di Malaysia, Thailand dan Indonesia. Malah ia merupakan tumbuhan yang agak lasak dan boleh beradaptasi dengan hampir semua iklim kecuali tundra. Keadaan optimum untuk pertumbuhannya adala sinar matahari yang terang dan iklim tropika. Ia adalah tumbuhan yang mudah membiak. Memiliki ciri yang hampir menyerupai pokok parisan, pokok ini juga mudah ditanam dengan kaedah cantas dan cucuk Arizal 2004. Ia juga boleh membiak melalui biji benih. Daunnya mudah gugur jika terdedah dengan keadaan kering namun mudah pula tumbuh semula apabila air mencukupi. Terdapat 15-20 spesis pereskia terutamanya dari Afrika Selatan, Amerika Tengah dan India Barat. Sepanjang batangnya terdapat tujuh batang duri yang meruncing tajam, kerana itu juga ia dipanggil jarum tujuh bilah. Daunnya yang rangup boleh dijadikan ulam atau salad.KegunaanPereskia dikatakan dapat merawat kanser terutamanya kanser kolon(usus besar), kanser hidung dan juga kanser lain. Terdapat 3 cara menggunakannya, pertama dengan memasukkan lebih kurang 2 helai daunnya ke dalam air panas dan dijadikan teh dan airnya diminum, kedua daunnya dimakan sebagai ulam sebanya 1-3 helai setiap hari dan ketiga dengan cara mengisar daunnya hingga lumat, campurkan air dan jusnya diminum. Anda dilarang dari meminum sebarang jenis minuman teh selepas mengambil herba ini kerana ia dikatakan dapat menghapuskan segala khasiat dalam badan kita. Kajian terhadap kandungan kimia yang terdapat dalam pereskia dan tindakbalas sel kanser terhadapnya sedang giatdijalankan.

Kacang TelangNama Saintifik:Clitoria ternateaFamili:KekacangNama Biasa:Kacang telangNama lain:Butterfly pea, blue peaLokasi dijumpai:Tumbuhan meliarKeteranganKacang telang atau nama saintifiknya clitoria ternatea dari famili Fabaceae juga dikenali dengan nama butterfly pea, blue pea. Di kelantan ia juga dikenali dengan nama bunga nasi kerabu kerana ia

Page 9: Pokok Herba

boleh digunakan untuk mewarnakan nasi kerabu menjadi biru. Tumbuhan ini akan membiak subur dalam medium yang agak lembap (tanah yang mempunyai kandungan humus yang tinggi) dan tanah perlu lembab sepanjang masa. Ia memerlukan cahaya matahari yang secukupnya untuk membesar. Tumbuhan ini boleh membiak dengan cara keratan batang atau biji. Sifatnya yang menjalar menjadikannya sesuai untuk tanaman pada trailis ataupun sebagai tanaman untuk pasu gantung. Bunganya yang berwarna ungu kebiruan akan mekar sepanjang tahun. Untuk menyemainya, biji benih direndam dalam air selama 3 hingga 4 jam sebelum disemai dalam tanah. Selalunya benih akan mula bercambah selepas 7 hingga 14 hari. Untuk keratan batang pula semai dalam pasir yang lembap dan pastikan airnya mencukupi. Tumbuhan ini perlu selalu dipangkas (dipotong rantingnya) untuk memastikan pertumbuhan ranting baru tidak terbantut.KegunaanKacang telang telah dipercayai turun-temurun berkhasiat untuk melebat dang menghitamkan rambut. Ia juga mengilatkan rambut dan juga dapat menyuburkan kulit kepala. Selain daripada itu kepercayaan yang tidak dapat dibuktikan secara saintifik adalah untuk mengelakkan keguguran batangnya dililitkan pada pinggang perempuan hamil. Daunnya dan bunganya juga dikatakan dapat mengurangkan sakit kepala. Caranya, daun atau bunganya dimasukkan dalam kain hingga membentuk bantal dan digunakan untuk tidur oleh pesakit. Bunganya juga boleh direndam dalam air panas dan diminum seperti teh untuk mengurangkan sakit akibat ulcer mulut. Ia juga dapat merawat insomnia.

Kacip FatimahNama Saintifik:Labisia PumilaFamili:MyrsinaceaeNama Biasa:Kacip FatimahLokasi dijumpai:Malaysia, Thailand, IndochinaKeteranganKacip fatimah atau nama saintifiknya labisia pumila dari famili Myrsinaceae adalah sejenis tumbuhan herba yang mempunyai batang berkayu. Ia biasanya tumbuh secara liar di hutan hujan tropika pada ketinggian lebih kurang 150 kaki dari aras laut. Tumbuhan ini membiak dengan 2 cara: melalui biji benih dan keratan akar(pecahan akar). Tumbuhan ini dapat tumbuh dengan sempurna dikawasan yang akan redup dengan tanah yang mempunyai kandungan humus yang tinggi dan tidak menakung air. 3 jenis variasi yang biasa dijumpai di Malaysia ialah :Labisia pumila var. alata, L. pumila var. pumila dan L. pumila var. lanceolata.KegunaanKacip Fatimah begitu sinonim dengan wanita. Ia dikatakan dapat mempercepatkan proses kelahiran bayi disamping dapat mengembalikan kecergasan selepas bersalin. selain dari itu ia juga dikatakan dapat membantu mengecutkan rahim dan melangsingkan badan. Kacip fatimah juga dikatakan dapat merangsangkan pengeluaran hormon yang dapat melancarkan perjalanan dan kitaran haid wanita. Ia juga dapat mengurangkan sakit senggugut ketika haid. Sekarang banyak syarikat pengeluar herba mengkomersialkan tumbuhan ini dan dijadikan tonik selepas bersalin. Cara penggunaan untuk selepas/sebelum bersalin ialah dengan merebusnya (satu pokok termasuk daunnnya) ke dalam seperiuk air (seeloknya periuk tanah) dan airnya diminum. Ia juga boleh digunakan untuk mengubat

Page 10: Pokok Herba

penyakit buasir(hemarroid/pile) dengan cara merebus akarnya yang telah dikeringkan. Ia juga boleh digunakan untuk merawat cirit birit, sakit sendi (rheumatism), gonorhea dan walaupun tumbuhan ini mempunyai khasiat yang begitu tinggi, satu aspek yang sering dilupakan adalah tahap ketoksidan kandungan kimia didalamnya. Kajian sedang dilakukan dengan terperinci untuk menentukan kesan sampingan dan akibat dari penggunaan produk dari bahan ini supaya dos yang sepatutnya boleh dicadangkan.

KadukNama Saintifik:Piper sarmentosum roxbFamili:PiperaceaeNama Biasa:KadukNama lain:Sirih dudukLokasi dijumpai:Di kawasan yang agak lembabKeteranganKaduk ialah sejenis tanaman yang banyak digunakan sebagai perisa dalam masakan melayu seperti masak lemak terutamanya masak lemak udang dan ketam. Kaduk sedap dijadikan ulam jika direbus dan dicecah dengan sambal belacan. Ia mudah ditanam dan hidup subur terutamanya di kawasan-kawasan yang lembap dan hidup liar. Daun kaduk lembut berbentuk bujur bulat, nipis, berwarna hijau tua, berkilat dan berselang-seli manakala bunganya banyak, padat, sangat kecil dan tersusun rapat. Ia adalah tumbuhan jenis memanjat yang sesuai hidup dikawasan beriklim panas seperti tropika. Kaduk hidup meliar terutama di kawasan teduh, lembap atau di bawah sudur pokok lain manakala penanamannya menggunakan kaedah keratan batang.KegunaanAir yang direbus dengan akar pokok kaduk dapat melawaskan kencing. Daunnya pula mujarab untuk merawat demam malaria dengan cara meminum air rebusannya. Air rebusan itu juga berkhasiat bagi melegakan batuk-batuk, selesema, sakit pinggang, sakit gigi dan sengal-sengal tulang. Daunnya yang ditumbuk pula boleh dijadikan ubat panau dengan cara menambal pada bahagian panau itu.

KariNama Saintifik:Murraya KoenigiiFamili:RutaceaeNama Biasa:KariNama lain:Karipulei, curry leavesLokasi dijumpai:Diperkarangan rumahKeteranganPokok kari ialah sejenis pokok renek yang mempunyai ketinggian antara 0.9 hingga 6 meter. Ia biasa ditanam dihalaman rumah kerana kegunaan sebagai rempah dalam masakan terutamanya dalam masakan kari. Daun kari mempunyai bau yang kuat dan mempunyai rasa agak pahit. Daun ini mempunyai banyak kegunaan bagi masyarakat india kerana ia tidak hanya digunakan dalam masakan kari tetapi dalam masakan lain seperti rasam, chutney , murukku dan sebagainya lagi. Berasal dari India dan Sri Lanka tumbuhan ini akan hidup subur dalam zon tropika. Tumbuhan ini agak lasak

Page 11: Pokok Herba

walaupun sebenarnya ia menyukai tanah yang subur dan kaya dengan mineral. Bunganya kecil berwarna putih kekuningan dan buahnya juga kecil berwarna hijau ketika muda dan ungu setelah matang. Ia membuak melalui biji benih, keratan batang dan anak yang tumbuh dari akarnya. Selain ditanam di halaman rumah kerana daunnya ia juga ditanam sebagai tumbuhan hiasan. Hasil kajian mendapati daun kari mengandungi : 66.3% kelembapan, 6.1% protein, 1.0% lemak, 16.0% karbohidrat, 6.4% fiber, Mineral dan vitamin seperti kalsium, fosforus, zat besi, asid nikotinik dan vitamin C. Ia juga mengandungi volatile oil dan sejenis glukosid yang dipanggil koenigiin.KegunaanDaun kari mempunyai khasiat perubatan yang tinggi dan digunakan dengan meluas dalam perubatan india. Ia dijadikan tonik herba untuk menguatkan perut dan meningkatkan keupayaannya serta mengatasi masaalah penghadaman. Ia juga boleh digunakan sebagai laksatif(julap) lemah untuk mengatasi masalah sembelit. Jus daunnya yang segar dicampur dengan jus limau nipis digunakan untuk mengatasi masalah loya dan pening terutamanya akibat makan lemak yang berlebihan. Caranya dengan mencampurkan satu sudu teh jus daun kari dan satu sudu teh jus limau nipis. Jus daun kari yang dicampur dengan madu juga dapat menjadi penawar kepada cirit birit dan buasir. Air rebusan kulit batangnya yang kering dapat digunakan untuk mengubat diabetes. Amalan memakan 10 helai daunnya setiap hari selama 3 bulan dikatakan dapat mencegah kencing manis yang disebabkan oleh keturunan dan kegemukan. Selain dari itu daun kari juga dapat mencegah uban. Buahnya dididihkan dengan minyak kelapa hingga kehitaman boleh dihancurkan dan digunakan untuk merawat gigitan serangga dan haiwan berbisa. Daunnya yang dihancurkan dan dijadikan pes boleh digunakan untuk merawat lebam dan bengkak dengan cara menampalnya pada bahagian yang sakit itu.

Kenerak Nama Saintifik:Goniothalamus UmbrosusFamili:AnnonaceaeNama Biasa:KenerakNama lain:Selukai, selukai putihLokasi dijumpai:Tumbuhan liarKeteranganPokok kenerak merupakan sejenis pokok renek yang boleh ditemui dihutan dan belukar yang agak tebal. Bunganya berbau sangat wangi, berwarna kuning keputihan ketika mula kembang dan akan berubah menjadi kuning. Daunnya agak besar dan lebar berukuran lebih kurang 20 cm panjang dan 7 cm lebar. Ia boleh membiak melalui biji benih dan keratan batang.KegunaanSecara tradisinya kenerak digunakan dalam perubatan melayu untuk merawat penyakit seperti barah rahim. Ia juga digunakan sebagai penjarak kehamilan dan tonik selepas bersalin. Secara saintifik ia terbukti merupakan tumbuhan yang mempunyai ciri anti kanser (kulit batangnya). Styrylpyrone derivative (SPD) ialah ialah bahan aktif yang diekstrak dari kenerak. Ia terbukti dapat menyeimbangkan pertumbuhan sel kanser (kanser payudara) dengan cara meningkatkan kematian sel barah. SPD dijangka akan berada dipasaran pada tahun 2005. Kajian terhadap kenerak dan SPD yang dilakukan oleh sekumpulan penyelidik dari UKM telah memenangi Pingat Emas dalam pertandingan ciptaan dan teknik baru yang berlangsung di Geneva switzerland pada tahun 2000.

Page 12: Pokok Herba

Kermak PutihNama Saintifik:Alternanthera sessilisFamili:AmaranthaceaNama Biasa:Kermak putihNama lain:Keremak, keremah, daun tolodLokasi dijumpai:Di kawasan berumputKeteranganKermak ialah sejenis tumbuhan yang biasa dijumpai tumbuh bersama rumput. Struktur hampir menyerupai pokok urang aring dan habitatnya juga sama. Ia boleh tumbuh dikawasan lembab dan agak berair hingga ada yang menganggapnya tumbuhan akuatik.KegunaanKermak biasa digunakan untuk mengubat cirit birit, melancarkan pembuangan najis, mengubat penyakit TB(tuberculosis) dan penyakit kuning. Ekstrak atau jus dari tumbuhan ini boleh diminum. Ia juga boleh dijadikan ulam. Sesetengah berpendapat mengatakan kermak dapat mencuci lemak dan toksid dari badan jika di makan sebagai ulam.

SendudukNama Saintifik:Melastoma malabathricumFamili:MelastomataceaeNama Biasa:SendudukNama lain:Keduduk,senggani,Straits RhododendronLokasi dijumpai:Semak dan belukarKeteranganPokok renek ini biasa dijumpai dibelukar dan semak yang tidak terlalu tebal. Tinggi purata pokok senduduk ialah 1 m namun ia boleh mencapai ketinggian hingga 3 m. Batangnya berwarna kemerahan dan dilitupi oleh bulu-bulu halus. Sama seperti batang daun dan buahnya juga dilitupi bulu ini. Bunganya cantik dan mempunyai 5 kelopak dengan stamen berwarna kuning ditengah-tengahnya. Bunga senduduk yang paling biasa dijumpai berwarna ungu gelap hingga ke merah jambu dan putih. Jenis berwarna putih ialah jenis yang paling jarang dijumpai tumbuh liar. Selalunya ia ditanam untuk tujuan perubatan. Bijinya berwarna hitam dan mempunyai sedikit rasa pahit dan manis dan ia boleh dimakan. Apabila dimakan ia boleh meninggalkan warna hitam pada mulut dan dari sinilah senduduk mendapat nama botaninya melastoma yang bermaksud mulut hitam dalam bahasa greek. Pucuknya boleh dijadikan ulam dengan dimakan mentah atau direbus. Ia mempunyai rasa yang agak masam kelat. Warna dari buahnya dijadikan pewarna kain disesetengah tempat sepeti di Thailand. Daunnya boleh dijadikan makanan untuk ulat sutera seperti daun kertau dan mulberi juga.Buahnya menjadi makanan kegemaran burung.KegunaanPerubatan tradisional banyak menggunakan senduduk sebagai tumbuhan untuk mengembalikan kecergasan badan terutamanya selepas bersalin. Daun senduduk bersama daun mengkudu, serai wangi, pandan dan limau purut dicampur bersama air panas dan dijadikan rempah untuk mandi

Page 13: Pokok Herba

selepas bersalin, selalunya selama 3 pagi selepas bersalin. Daunnya yang tua dan gugur kebumi akan bertukar warna menjadi merah muda. Daun ini ditumbuk dan air tapisannya diminum untuk menyembuhkan luka dalaman selepas bersalin. Sesiapa yang pernah terkena bisa ulat bulu pasti tahu betapa sakitnya bisa itu. Daun senduduk boleh juga di gunakan untuk merawat bisa ini dengan cara menumbuk daunnya yang matang dan gugur kebumi dalam keadaan telungkup dan ditampal pada bahagian yang terkena ulat bulu tadi. Selain daripada itu senduduk juga boleh digunakan untuk merawat cirit birit, najisk berdarah dan buasir dengan cara meminum air rebusan daunnya. Pes daunnya yang ditumbuk juga boleh menghilangkan parut akibat pelentong/bertih/cacar air.

TejaNama Saintifik:Cinnamomum culilawan BlFamili:LauraceaeNama Biasa:TejaNama lain:Kayu tija(indonesia),culilawanLokasi dijumpai:Di hutan dan kawasan pembalakanKeteranganPokok teja ialah sejenis tumbuhan renek yang senang didapati di kampung kampung. Semasa kecil ibu selalu menggunakan rebusan daun teja bersama daun, medang turus sebagai air mandian untuk menghilangkan lenguh badan. Tumbuhan saka ini adalah tumbuhan dari famili yang sama dengan kayu manis dan bentuk fizikal dari bentuk daun dan bunganya juga hampis sama. Seluruh bahagian pokok ini terutama kulit batangnya mempunyai aroma yang kuat. Bahan aktif yang terdapat didalamnya ialah minyak volatile.KegunaanWalaupun teja mempunyai banyak khasiat perubatan namun ia jarang digunakan kerana pendedahan yang tidak meluas mengenai khasiatnya. Antara khasiat teja ialah untuk mengembalikan kecergasan badan dan mengilangkan lenguh-lenguh dengan cara mencampurkan daunnya bersama air suam dan dijadikan air mandian. Ia sesuai digunakan oleh ibu yang baru melahirkan.

Tutup Bumi Nama Saintifik:Elephantopus ScaberFamili:CompositaeNama Biasa:Tutup BumiNama lain:Tapak leman/tapak liman,Tapak tangan, tapak tanah,tapak gajah, ku di dan (china),Prickly-leaved Elephants Foot(English),Doh , Doh Mai Rue(Thailand) LomLokasi dijumpai: Padang-padang rumputKeteranganRumpai ini biasa dijumpai tumbuh liar dipadang-padang bersama rumput. Ia sesuai tumbuh pada semua ketinggian hingga mencapai 1200 m dari aras laut.KegunaanUntuk mengubat anaemia, batuk ,selsema dan serak tekak, radang rahim , hepatitis, bisul, penyakit kulit, cirit birit dan keputihan juga radang mata. Ia juga dikatakan dapat mempermudahkan proses

Page 14: Pokok Herba

kelahiran dan digunakan selepas bersalin untuk mengembalikan kecergasan badan. Bahagian yang digunakan : seluruh bahagian tumbuhan termasuk akarnya dibersihkan dan dikeringkan. Untuk penyakit hepatitis (sakit kuning), 120-180g akar yang masih segar direbus bersama daging dan air(supnya) diminum selama 4-5 hari. Untuk perut kembung pula 60g batangnya yang masih segar direbus dan diminum airnya. Untuk penyakit lain rebus 15-50 gram pokoknya yang telah dikeringkan dan minum airnya. Pucuk dan akarnya yang direbus bersama daun inai, daun jambu batu dapat mengecutkan rahim.

Mahkota

Dewa

Nama Saintifik          : Phaleria Macrocarpa (Scheff.) Boerl

Nama Daerah            : Mahkota Dewa (Jawa), Simalakama (Sumatra)

Rujukan                   : Atlas Tumbuhan Obat Indonesia-Jilid 3 (Dr.Setiawan Dalimartha), 13 Jenis

                      Tanaman Obat Ampuh (B.Mahendra), Tumbuhan Obat & Khasiatnya-Jilid 2

                      (Drs.H.Arief Hariana), Mahkota Dewa (Ir.W.P.Winarto & Tim Karyaseri).

Klafikasi Mahkota Dewa

 

Divisi SpermathophytaSubdivisi AngiospermaeKelas DicotyledoneaeBangsa ThymelaealesSuku ThymelaeaceaeMarga PhaleriaSpesies Phaleria Macrocarpa (Scheff.) Boerl @ Phaleria

Papuana Warb Var.Wichnnii (val) Back

                  

Deskripsi Tanaman :

 

Mahkota dewa merupakan tanaman jenis pohon yang berkembang dan tumbuh sepanjang tahun, ianya mampu mencapai ketinggian 3-4m.Batang bergetah terdiri dari kulit yang berwarna coklat kehijauan dan batang kayu berwarna putih,

Page 15: Pokok Herba

ianya berakar tunjang.

 

Daun :

 

Daun berbentuk lonjong , lansing, memanjang & hujungnya runcing, tepi daun rata, permukaan daun licin dan tidak berbulu.

 

Bunga :

 

Bunga mahkota dewa berwarna putih dan berbau harum. Bunga tersebut berukuran kecil menyerupai bunga cengkih.

 

Buah :

 

Buah mahkota dewa terdiri dari kulit, daging, cangkang & biji. Buah berbentuk bulat, diameter 3-5cm, permukaan licin, beralur, ketika muda warnanya hijau dan merah setelah masak. Daging buah berwarna putih, berserat dan berair.

 

Cangkang :

 

Cangkang buah merupakan kulit dari biji yang juga termasuk bahagian yang sering di manfaatkan sebagai ubat, ianya perlu di rebus terlebih dahulu.

 

Biji :

 

Merupakan bahagian tanaman paling beracun. Bentuknya bulat lonjong berdiameter sekitar 1cm & berwarna coklat, bahagian dalam berwarna putih.

 

Page 16: Pokok Herba

Kandungan Kimia :

 

          1. Daun : mengandungi antihistamin, alkaloid, saponin & polifenol (lignan)

          2. Kulit Buah : mengandungi alkaloid, saponin & flavonoid.

3. Buah : alkanoid, tanin, flavonoid, fenol, saponin, lignan, minyak asiri & sterol.

 

Sifat & Khasiat :

 

          1. Kulit Buah dan Daging Buah :  mengubati disentri (cirit berdarah), psoriasis &

      jerawat.

2. Daun dan Biji : mengubati pelbagai jenis sakit kulit seperti ekzim & gatal2.

3. Buah : antitumor, antidisentri,antiinsekta, mengubati eksim, hepatotoksik &

   antibodi.

* Komponen lignan baru  yang terdapat pada ekstrak daging buah mahkota dewa berumus molekul C6 H2O O6  & berstruktur 5-{4(-menthoxy-phenyl-tetrahydrofuro-[3,4-c]furan-1-yl)-benzene-1,2,3-triol.

 

Antara Penyakit Yang Dapat Disembuhkan Dengan Campuran Mahkota Dewa

 

1.     Kanser & Tumor

2.     Eksim (Penyakit Kulit)

3.     Diabetis Melitus (Kencing Manis)

4.     Hipertansi (Darah Tinggi)

Page 17: Pokok Herba

5.     Hepatitis (Radang Hati)

6.     Reumatik (Sakit Sendi)

7.     Asam Urat (Arthritis Gout)

8.     Penyakit Jantung

9.     Gangguan Ginjal

 

Catatan

-          Bahagian buah terutamanya bijinya beracun, ianya perlu di rebussebelum memakannya.

-          Ibu hamil dilarang meminum hasil pemprosesan tumbuhan ini.

 

Hempedu Bumi

HEMPEDU BUMI

 

Nama Saintifik    : Andrographis Paniculata                             (Bum. f.) wall.ex Nees

Nama Lain : Hempedu tanah, akar cerita, pokok cerita (Malaysia), king of bitter, creat, green chireta (Inggeris), kalmegh (India), Kirta (Sanskrit), Chuan xin lian, Yi jian xi, Lan he lian (China), Sambiloto (Indonesia)

Famili                : Acanthaceae

 

Lokasi Dijumpai : Malaysia, Thailand, India, Indonesia

Pengenalan

Pokok Hempedu Bumi juga dikenali sebagai pokok akar cerita. Pokok Hempedu bumi banyak dijumpai di China, India, Thailand dan gugusan kepulauan Melayu serta senang di jumpai di tanah gambut. Hempedu Bumi merupakan satu tumbuhan herba yang tumbuh menegak. Herba semusim jenis renek ini boleh tumbuh dengan ketinggian sehingga 70-90 cm.  Daunnya berwarna hijau tua di permukaan atas dan hijau muda di bawah permukaannya, licin dan tersusun secara bersilang. Daun Hempedu Bumi juga mempunyai bentuk bujur, runcing di hujung dan nipis di pangkal. Batangnya pula berwarna hijau, berbentuk empat segi dan berbuku seta mempunyai banyak dahan. Setiap buku mempunyai dua

Page 18: Pokok Herba

helai daun.  Bunganya pula kecil dan berwarna ungu. Buah atau lengainya bersaiz purata 25 mm panjang dan 3 mm lebar. Pada peringkat awal, lenggai berwarna hijau muda dan apabila matang menjadi coklat muda. Lengainya pecah apabila matang dan menyebarkan benih di sekitarnya.

Penuaian Hasil

1.     Kematangan tanaman : 2 bulan

2.     Cara mengutip hasil:  Bahagian pokok di atas permukaan tanah di tuai secara manual sebelum pokok berbunga.  Kutipan hasil berikutnya dilakukan selepas 1.5-2 bulan.

Kegunaan Dan Khasiat

Daun Hempedu bumi boleh dijadikan ubat untuk menurunkan darah tinggi, disamping merawat kencing manis, antiradang, antibakteria, antivirus, melegakan demam dan pencair kahak. Ia juga digunakan sebagai pelawas pembuangan air besar, menghapuskan cacing dalam sistem pencernaan dan mempercepatkan pembekuan darah.

Cara menjadikannya ubat ialah merebus daun tersebut untuk mengambil airnya supaya boleh diminum. Daun ini juga boleh merawat luka dengan cara menumbuk lumat daun tersebut dan letakkannya pada luka. Kandungan bahan kimia daun ini membolehkan ia memecahkan molekul- molekul lemak yang ada disekeliling salur darah yang tersumbat yang menyebabkan tekanan darah tinggi meningkat. Air rebusan daun ini yang pahit telah merangsangnya supaya memecahkan molekul lemak. Memang suatu yang tidak boleh dinafikan bahawa rasa pahit, kelat dan masam agak sukar dipisahkan dengan alam perubatan herba tempatan.

Tetapi rasa sebegitu sememangnya tidak begitu menarik minat sebahagian besar masyarakat kita. Mereka lebih gemar kepada rasa manis dan masin. Pengambilan rasa manis dan masin yang berlebihan boleh menyebabkan penyakit tertentu. Tetapi jika diseimbangkan pengambilan perasa-perasa itu adalah baik untuk kesihatan. Tumbuhan ini juga sesuai untuk merawat kesan gigitan serangga. Cara yang paling mudah adalah ambil beberapa helai daunnya dan hancurkan. Sapulah di tempat yang terkena gigitan serangga itu.

Tetapi ia lebih popular dalam merawat penyakit darah tinggi dan demam. Cara yang sering diamalkan adalah kita perlu mengambil beberapa helai daunnya dan bersihkan terlebih dahulu. Kemudian rendam daun-daun itu dalam segelas air panas dan biarkan sehingga air panas itu menjadi suam. Selepas itu, minumlah perlahan-lahan. Rasanya agak pahit, khususnya bagi mereka yang pertama kali meminumnya. Tetapi harus ingat, sebagaimana tumbuhan herba yang lain janganlah minum kerap sangat dalam sehari. Cukup untuk minum sekali sehari.

  Sambung Nyawa

Page 19: Pokok Herba

SAMBUNG NYAWA

 

Nama Saintifik : Gynura sarmentosa DC, Calacia procumbens Lour.

 

Nama Lain : Dawn Dewa, Leaves of the Gods, Googoolipid, Mallucan spinach, Sambung Nyawa, Daun Dewa, Am Akar, Akar sebiak, dan Kelemai merah, bai bing coa, ngokilo (Jawa), beluntas cina (Melayu), she juan jao @ fujung jao (Cina)

 

Famili : Asteraceae

Pengenalan

 

Sambung Nyawa adalah jenis tumbuhan tahunan yang banyak digunakan dalam perubatan di negara-negara asia tenggara seperti Malaysia, Indonesia dan Thailand. Namun sebenarnya ia adalah tumbuhan asli Mynmar dan Cina. Ia boleh hidup dalam lingkungan ketinggian 1 hingga 500 meter dari paras laut. Ia mudah membiak melalui keratan batang dan mudah tumbuh di kawasan yang agak redup, intensiti cahaya pada kadar 40 – 50 %, suhu udara berkisar antara 20 – 30 C dan mempunyai kelembapan yang sederhana, dengan taburan hujan tahunan antara 1500 – 2500mm. Tumbuh dengan batang menegak, atau kadang-kadang bagian pangkalnya rebah di atas tanah dan keluar akar, berbatang basah, bercabang, berwarna keunguan. Boleh mencapai ketinggian 6 meter dan berbau harum. Daun tunggal, agak tebal, mudah dipatahkan, bertangkai serta berseling. Helaian daun berbentuk bulat telur sampai memanjang, ujung dan pangkal runcing, tepi berjerigi, pertulangan menyrip, berwarna hijau muda. Bunganya berwarna jingga kuning, berkelamin ganda namun ia didapati amat jarang berbunga.

 

Penanaman dan Pembiakan

 

Selain faktor-faktor persekitaran pokok sabung nyawa ini perlukan tanah yang subur, gembur dan mampu menahan air. Sebaiknya pada kadar keasaman pH sekitar 5.5 – 7. Ia membiak melalui keratin batang. Perlukan agak banyak air, tetapi tidak terlalu bash dan bertakung.

 

Page 20: Pokok Herba

Kandungan Kimia dan Kesan Farmakologi

 

Kandungan kimia daun sambung nyawa antara lain, flavonoid (7, 3, 4 trihidroksi-flavon), glikosida kuersetin, fenoleat asid (terdiri dari kafeat asid, penta kumarat, penta-hidroksi benzoate dan vanilat asid) triterpenoid, alkaloid, saponin dan tannin.

 

Tumbuhan ini bersifat dingin dan neutral. Khasiatnya antara lain ialah antineoplastik, menurunkan panas badan, mengobati sakit limpa, sakit ginjal, sakit kulit,  menurunkan tekanan darah, menurunkan gula darah, antimicrobial, antikarsinogenik, sitotoksik terhadap sel kanser, hipertensi, stroke, penyakit jantung, kolesterol tinggi, diabetes, gangguan lambung, radang pita suara, radang tengkuk, batuk dan sinusitis.

 

Kegunaan Dan Khasiat

 

Daun Sambung Nyawa dapat mengurangkan kadar kolestrol dan menurunkan tekanan darah tinggi. Di Malaysia ia juga digunakan untuk merawat sembelit, kencing manis dan kanser. Ia juga digunakan untuk merawat masalah buah pinggang. Biasanya ia dimakan mentah sebagai ulam. Batang tanaman Sambung nyawa sering digunakan untuk meredakan demam.

 

Ia juga, digunakan dalam penyembuhan penyakit ginjal, disentri, infeksi kerongkong. Di samping itu, ia boleh digunakan untuk menghentikan perdarahan, mengatasi ketidakseimbangan datang haid melancarkan fungsi ginjal, dan gigitan binatang berbisa. Umbinya untuk menghilangkan darah beku (haematom), pembengkakkan, serta patah tulang.

 

Cara Penggunaan

 

Untuk ubat  yang diminum, rebus 7 hingga 12 helai daun segar, sementara untukpemakaian luar, giling daun segar hingga lumat dan tempelkan ditempat yang sakit.

Page 21: Pokok Herba

Kunyit Hitam

Kunyit Hitam

 

Nama Tempatan: Kunyit Hitam

 

Nama Saintifik: Curcuma Caesia

 

Nama Lain: Kali haldi(india), black turmeric, black zedoary

 

Famili: zingiberaceae

Klafikasi saintifik

 

Kingdom: Plantae

Division : Magnoliophyta

Class: Liliopsida

Order: Zingiberales

Family: Zingiberaceae

Subfamily: Zingiberoideae

Tribe: Zingibereae

Genus : Curcuma

 

Pengenalan

 

Kunyit hitam ialah sejenis kunyit yang begitu jarang dijumpai dan mempunyai nilai perubatan yang tinggi. Sesetengah kepercayaan menganggap kunyit ini mempunyai nilai mistik. DiIndia kunyit ini ditanam secara kormesial kerana nilai perubatannya

 

Kegunaan

 

Ia digunakan terutamanya untuk merawat ketumbuhan pada sendi( tumor joint). Ia juga digunakan untuk merawat penyakit kusta dan dikatakan dapat memanjangkan usia seseorang.

Page 22: Pokok Herba

Pengaga

Nama Tempatan      : Pegaga

Nama Saintifik         : Centella Asiatica/Hydrocotyle Asiatica

Nama Lain              : Tapak Kuda(Indonesia),Indian Pennywort, Gotu Kola

Famili                    : Apiaceae/Umbelliferae

 

Pengelasan saintifik

 

Alam             : Tumbuhan

Divisi            : Magnoliophyta

Order            : Apiales

Famili           : Apiaceae

Genus           : Centella

Spesies          : C. asiatica

Keterangan:

 

Pegaga atau nama saintifiknya centella asiatica/hydocotyle asiatica ialah sejenis ulaman popular orang melayu. Sejenis tumbuhan menjalar yang tumbuh pada tanah yang agak lembab seperti kebun, ladang, tepi jalan dan batas sawah. Ia pada asalnya dimakan sebagai ulam untuk menambahkan selera makan kerana daunnya yang wangi dan manis. Ia mudah tumbuh dikawasan tanah yang subur, agak lembab dan bersaliran baik. Ia membiak melalui pecahan anak. Tumbuhan yang kecil ini besar khasiatnya. Ia kaya dengan vitamin A dan C serta zat besi, sering dijadikan sayur-sayuran ‘rasmi’ untuk wanita ketika berpantang.

Biasanya seluruh bahagian pegaga iaitu daun, tangkai daun, batang, bunga, buah, dan akarnya mempunyai banyak kegunaan dan khasiat yang tinggi. Di Indonesia, bunga dan buah pegaga tidak dimakan kerana ia dikatakan menjadi punca penyakit reumatisme sekiranya terlalu banyak dimakan. Namun ada juga orang yang yakin bahawa mereka akan beroleh umur yang panjang dan awet muda apabila mengamalkan pengambilan pegaga dalam makanan harian mereka. Tetapi berdasarkan kajian menunjukkan ia boleh dimakan selalu tetapi dalam kuantiti yang sedikit sahaja bagi mendapatkan kesan positif. Ini kerana pengambilan yang berlebihan akan mengakibatkan kesan narkotik dan keracunan kumulatif yang meransang tumor untuk jangkamasa panjang.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengiktiraf pegaga sebagai herba

Page 23: Pokok Herba

menjana kecerdasan berfikir terutamanya di kalangan kanak-kanak. Pegaga yang dikenali juga sebagai Centella asiatica telah diperakui WHO kerana kaya dengan pelbagai ramuan ubatan.

Fakta sejarah

 

Mengikut ceritanya, pokok pegaga ini dimakan pada awalnya oleh penduduk India setelah melihat gajah yang terkenal dengan umurnya yang panjang didapati selalu mengunyah tumbuhan ini. Jadi ia dimakan pada asalnya untuk memanjangkan umur. Kini ia diambil sebagai ulam dan jus kerana rasa dan baunya yang menambahkan selera. selain dimakan mentah sebagai ulam, pegaga juga boleh dimasak lemak dan dijadikan kerabu.

 

Kajian yang dilakukan pada 1949, mendapati pegaga mujarab untuk mengubati penyakit kusta dan ulser kerana ciri-ciri antibakteria yang ada padanya. Penyelidikan seterusnya yang dijalankan sekitar tahun 1950-an pula mendapati pegaga amat baik untuk menyembuhkan luka, kudis serta mengubati kerengsaan kulit. Sebagai 'makanan menjana kecerdasan otak', herba ini amat mujarab untuk memperbaiki fungsi minda seperti meningkatkan daya ingatan dan penumpuan fikiran.

 

Herba ini mula digunakan dalam perubatan Ayurveda. Ia juga pernah digunakan dalam perubatan herba Shennong di cina lebih kurang 2000 tahun yang lalu

Page 24: Pokok Herba

 

Jenis-jenis Pegaga Di Malaysia

1.     Pegaga Cina Atau Pegaga Nyonya

2.     Pegaga Daun Lebar

3.     Pegaga Kelantan

4.     Pegaga Renek

5.     Pegaga Salad

6.     Pegaga Gajah

7.     Pegaga Brunei

 

BERITA HARIAN :9/9/07 AHAD, DIMENSI , HALAMAN-4

Kandungan

Pegaga yang simplisianya dikenal dengan sebutan Centella Herba memiliki kandungan asiaticoside, thankuniside, isothankuniside, madecassoside, brahmoside, brahmic acid, brahminoside, madasiatic acid, meso-inositol, centelloside, carotenoids, hydrocotylin, vellarine, tanin serta garam mineral seperti kalium, natrium, magnesium, kalsium dan besi. Diduga glikosida triterpenoida yang disebut asiaticoside merupakan antilepra dan penyembuh luka yang sangat luar biasa. Zat vellarine yang ada memberikan rasa pahit.

Pegaga juga mengandungi banyak sebatian kimia dan bioaktiviti yang terbukti mengandungi ciri-ciri antibakteria, antipasma, antiinflamasi, hipotensif dan insektisid. Dalam bidang perubatan tradisi, ia digunakan sebagai agen antialergi, antikanser, antidisenteri, peransang pembuangan urin, hipotensif, stimulan, tonik, menyejukkan badan, mengeluarkan batu karang, penawar kencing berdarah, kusta, gonorea,luka, kudis, dan sakit kerongkong. Pegaga juga anti-infeksi, antiracun, penurun panas, melawaskan pembuangan air kencing, antilepra dan anti sifilis.

Kegunaan:

 

Pegaga dapat mengurangkan tekanan darah tinggi, mencegah nyanyuk, melambatkan proses penuaan dan menolong badan dari bahan toksid. Kebelakangan ini pegaga banyak digunakan di barat sebagai tonik saraf untuk merehatkan dan menambahkan ingatan. Di India bagaimanapun ia juga banyak

Page 25: Pokok Herba

digunakan untuk mengatasi masalah kulit.    

 

Di timur pula, pegaga juga digunakan untuk mengatasi masalah seperti kemurungan yang mungkin disebabkan oleh masalah fizikal. Kajian terbaru menunjukkan pegaga menunjukkan kesan positif terhadap sistem pengaliran darah dengan menguatkan salur darah dan kapilari. Ia telah menunjukkan kesan yang memberangsangkan bila digunakan untuk merawat kejang kaki, bengkak kaki dan masalah kaki terasa berat dan kebas.

 

Daun pegaga berfungsi sebagai astrigensia dan tonikum. Pegaga juga digunakan untuk revitalisasi tubuh dan otak yang lemah serta untuk kesuburan wanita.

 

Kesimpulannya pegaga sesuai untuk penyakit berikut :

 

1. Pembengkakan Hati 2. Demam, Campak

3. Sakit Tekak, Batuk Kering,

4. Asma, Brokitis, Pleuritis

5. Radang Mata Merah

6. Keputihan

7. Tekanan Darah Tinggi

8. Sakit Perut, Disentri, Cacing, Buasir

9. Tidak Selera Makan, Sakit Perut, Disentri, Cacing, Buasir

10. Keracunan Makanan

11. Batuk Darah, Muntah Darah

12. Busung, bisul

13. Infeksi Saluran Kencing (kencing kotor)

 

Sifat dan Manfaat

Pegaga atau nama saintifiknya Cantella asiatica boleh membangkitkan selera makan, membantu meredakan masalah penghadaman, mengatasi masalah buasir kerana mengandungi serat. Ia juga mampu melancarkan aliran darah, terutama bagi wanita yang ada masalah haid. Pegaga juga dijadikan ubat untuk merawat

Page 26: Pokok Herba

masalah keputihan yang menyebabkan faraj terasa gatal.

Air perahan daun pegaga juga dikatakan boleh menyejukkan badan dan elok diamalkan jika demam, mengalami masalah berak berdarah atau lelah. Amalan minum air rebusan akar pegaga ini dipercayai boleh membantu mengawal paras gula dalam darah di kalangan pesakit kencing manis. Malah, ada yang menjadikannya sebagai minuman untuk menguruskan badan

Selain itu, pegaga juga telah lama digunakan sebagai tonik untuk membersihkan darah, merawat ulser, sifilis, dan kelenjar limfa. Amalan meminum jus pegaga amat mujarab untuk membantu mereka yang bermasalah untuk tidur, merawat kerengsaan kulit dan tekanan darah tinggi. Walaupun pegaga amat baik dimakan mentah tetapi daun yang diramas dengan sedikit air amat baik jika disapukan pada kudis dan luka. Di samping itu, pegaga juga memberi kesan kepada beberapa peringkat pembentukan tisu seperti menghilangkan parut, membina kolagen, merangsang pembentukan rambut dan kuku. Pegaga juga dipercayai boleh mempercepatkan proses penyembuhan luka, ulser dan masalah kulit lain. Oleh itu tidak hairan jika ia dijadikan makanan wajib bagi wanita berpantang supaya luka bersalin lebih cepat sembuh.

 

Mengamalkan meminum jus pegaga dapat meningkatkan daya ingatan seseorang, disamping dipercayai  boleh meningkatkan kebaikan prestasi kanak-kanak yang mengalami kecacatan akal.

 

Dewasa ini produk yang berasaskan pegaga telah di gunakan dengan meluas dalam industri kecantikan sebagai anti selulit, anti kedutan (anti wrinkle), untuk mata dan muka, menambah ketegangan kulit dan meningkatkan pembentukan kulit yang baru.

  Temulawak

TEMULAWAK

Nama Tempatan: Temu lawak

Nama Saintifik: curcuma xanthorrhiza

Nama Lain: Nama farmaseutikal-Rhizoma Curcuma xanthorrhizae, shu kuat keung wong (kantonis), giant curcuma, false turmeric, temu lawak, temulawak, dilaw, dilao, temu putih

Famili: Zingiberaceae

Page 27: Pokok Herba

Lokasi dijumpai: India, Selatan China, Afrika dan Asia Tenggara

Pengenalan :

Temulawak (curcuma xanthorrhiza roxb) adalah tanaman asli Indonesia yang mengandungi kurkuminoid dan minyak atsiri yang berkhasiat untuk menjaga kesihatan dari berbagai penyakit. Di Jawa Barat, rimpang temulawak lebih dikenal sebagai "Koneng Gede"  dikatakan jauh lebih berkhasiat dari ginseng.

Tingkat kesesuaian persekitarannya cukup tinggi, boleh tumbuh di daerah dengan taburan hujan setinggi 1500 – 400 mm setahun, di berbagai macam jenis tanah pada ketinggian 5 – 1500 meter dari paras laut.

Tumbuhan ini hampir menyerupai kunyit, mempunyai bau yang wangi pada keseluruhan tumbuhan terutama rizomnya. Ia boleh mencapai ketinggian hingga 2 meter dan biasa didapati di kawasan belukar yang tidak terlalu tebal. Bila dimakan ada sedikit rasa pahit dan manis, mengandungi sebatian volatile oil (6-11%), curcuminoids (62%) dan kanji (starch) (30-40%). Tumbuhan ini membiak melalu pecahan rizom dan sukakan tempat yang agak lembab dan mempunyai pendedahan terus kepada cahaya matahari. Temulawak banyak digunakan dalam perusahan kosmetik hari ini kerana ia dikatakan dapat menjadi agen pencegah penuaan dan menjadi penawar masalah sakit puan bagi wanita. Temulawak boleh di jadikan ubat, samada dalam bentuk tunggal mahupun campuran.

Temulawak dan Kunyit

Disamping sebagai obat tradisional, temulawak dan kunyit di gunakan juga untuk rempah-rempah, makanan, minuman, kosmetika , dan zat pewarna terutama pewarna makanan.

Bahkan ia boleh dijadikan sebagai salah satu tanaman ekspot yang cukup berpotensi. Temulawak dan kunyit telah lama diketahui mengandung kandungan kimia yang mempunyai keaktifan fisiologi, iaitu kurkuminoid dan minyak atsiri.

Kurkuminoid berwarna kuning . Sedangkan minyak atsiri berbau dan berasa yang khas.

Kadar kurkumin dan minyak atsiri kedua tanaman tersebut berbeda. Kandungan minyak atsiri pada rimpang kunyit adalah 2-7% manakala rimpang temulawak 3-12%.

Dari komposisi tersebut terlihat bahwa kandungan minyak atsiri dalam temulawak lebih banyak, sementara kandungan kurkumin lebih banyak dalam kunyit.

Sedangkan untuk kurkuminoid, dalam rimpang kunyit sebanyak 3-5%, manakala temulawak 1-2%. Untuk mengekalkan kadar tersebut pemanasan boleh dilakukan hanya pada suhu 50-55 C, supaya tidak merusak zat aktifnya dan untuk mendapatkan warna yang baik dari kurkuminoid.

Page 28: Pokok Herba

Penanaman

Pada umumnya penanaman temulawak ketika ini masih tidak dilakukan secara besar-besaran.

Untuk memenuhi keperluan temulawak ketika ini masih bergantung kepada sumber dari hutan yang tumbuh liar. Jika keadaan ini berterusan, tidak mustahil peristiwa tragis menghilangnya beberapa spesies jenis kayu , terjadi juga pada temulawak.

Ini terbukti jumlah temulawak liar di Nusantara, sudah banyak berkurang dibandingkan beberapa puluh tahun lalu. Maka usaha penanamannya secara intensif sudah semestinya perlu dilaksanakan segera.

Demikian pula kegiatan inventarisasi, penelitian – penelitian biologi, fitokimia, farmakologi, serta teknologi penanamannya perlu dilanjutkan dan ditingkatkan .

Sebagai perbandingan hasil tuai temulawak yang dilakukan  secara ala kadar, untuk tanah yang subur mencapai 4-5 ton sehektar, dan yang kurang subur hanya mencapai 2-3 ton sehektar. Ditanah yang subur dan penanaman dilakukan dengan cukup baik, hasilnya boleh mencapai lebih dari 100,000 ton kering setahun

Kandungan Kimia

Temulawak mengandungi komponen berkhasiat, seperti  kurkuminoid & minyak atsiri (3-12%). Pati temulawak terdiri daripada abu, protein, lemak, karbohidrat, serat kasar, kurkuminoid, kalium, natrium, kalsium, magnesium, besi, manganese & kadmium. Pati rizom temulawak dapat dikembangkan sebagai sumber karbohidrat yang digunakan untuk bahan makanan atau campuran bahan makanan.

Sifat & Khasiat

Rizomnya berbau tajam, rasanya pahit dan agak pedas. Temulawak mempunyai khasiat laktoga, kaloga, antiinflamasi, tonikum dan diuretic.

Kegunaan:

Dalam perubatan herba temulawak banyak digunakan untuk mengubat penyakit-penyakit seperti:

1.   Rheumatik dan kesakitan pada otot.2.   Ubat demam( anti-pyretic)3.   Masalah hati, demam kuning dan penyakit batu karang4.   Penyakit kulit5.   Menghilangkan kekejangan dan mengelaknya dari berulang6.   Buasir dan masalah kerengsaan pada rektum7.   Berak berdarah (bloody diarrhea) dan disentri. Juga merawat masalah sembelit8.   Batuk dan demam pada kanak-kanak.9.   Masalah keputihan dan jangkitan kulat seperti candida albican pada vagina.10. Penyakit kencing manis.

Page 29: Pokok Herba

11. Gastrik dan gas berlebihan

Temulawak sangat berkesan untuk merawat penyakit liver. Dalam beberapa kajian klinikal menunjukkan bahawa pesakit hepatitis yang mengambil temulawak, 3 kali sehari secara berterusan selama 3 bulan, menunjukkan penurunan paras SGOT dan SGPT. SGOT dan SGPT adalah satu bentuk kaedah untuk mengukur tahap penyakit melalui ujian darah.  Temulawak mampu melindungi liver daripada virus yang menyebabkan jaundice, hepatitis dan beberapa penyakit liver yang lain.

Cara penggunaan

Diantara cara penggunaannya ialah dengan mengambil 3-9g rizomnya yang segar(kering 1-5 g) dan direbus seketika supaya minyak sarinya tidak hilang dan rizomnya dimakan setiap kali sebelum makan. Ini juga akan melancarkan penghadaman makanan. Selain itu ia juga dikatakan dapat menjadi ubat pada kanser pangkal rahim dan mengembalikan kecergasan tubuh badan (peringatan : jangan sesekali menggunakan tumbuhan ini ketika hamil kerana ia boleh menyebabkan contraction rahim dan boleh membawa kepada keguguran janin diperingkat muda kehamilan). Kegunaan yang berlarutan (dalam masa yang panjang) mungkin akan menyebabkan ulser pada usus.

 

Temulawak dan penyembuhan Hepatitis

 

Di kebanyakan negara, hepatitis atau penyakit hati menduduki tempat ketiga sebagai penyebab kematian setelah penyakit infeksi dan paru-paru. Kebiasaan disebutkan virus hepatitis B, yang yang lazimnya berlaku sangat tinggi, sekitar 2,5 – 19,5% . Bahkan untuk penduduk Pulau Jawa mencapai 34,5%.

Secara hitung panjang sekitar 5% penduduk Indonesia atau sekitar 8 juta orang terinfeksi hepatitis B. Di negara lain seperti Amerika Utara dan Eropah Barat, lazimnya sekitar 0,1 – 0,5%. Kini di Pulau Raya Lautan  Atlantik  kadarnya mencecah 50% dari jumlah penduduk dilapurkan sebagai pembawa.

Penyakit jantung koroner

Disamping sebagai obat hepatitis, temulawak, terutama zat kurkuminoidnya , dapat meningkatkan kadar HDL (lipoprotein berat jenis tinggi yang berguna untuk mencegah penyakit jantung koroner).

Fungsi lainnya, dapat merangsang sekresi hempedu, pankreas, sebagai zat anti peradangan, dan menurunkan tekanan darah.

Dalam menurunkan tekanan darah, Gunster, pengkaji dari Belanda, melaporkan penelitiannya pada 5 ekor kucing percobaan dengan suntikan intravena dari temulawak sebanyak 1% yang dilarutkan dalam garam NaCl . Ternyata dapat menurunkan tekanan darah kucing tersebut, meski mekanisma yang pasti masih

Page 30: Pokok Herba

belum jelas.

Penelitian Gunster lainnya, temulawak dapat menyebabkan kontraksi uterus. Oleh karena itu dianjurkan agar ibu hamil berhati-hati menggunakannya karena dos yang pasti belum jelas.

Temulawak & Kanser Payudara

Khasiat temulawak lebih banyak dari ginseng. Temulawak memiliki lebih dari 100 komponen, sementara ginseng terbatas. Komponen aktif kurkuminoid dan beberapa komponen minyak atsiri berkhasiat sebagai antioksidan, antiinflamasi (antiperadangan), antibakteri, antihepatotoksik (anti liver), antikolesterol, antikanser dan anti platelet agregasi (pembekuan darah yang bisa menyebabkan stroke). Sementara salah satu komponen minyak atsiri yang dikandungnya, yakni xanthorrhizol adalah antikanser, terutama kanser payudara.

Aktiviti imunomodulator dari kurkumin (salah satu kandungan dalam kurkuminoid) juga dapat meningkatkan daya tahan tubuh terhadap serangan penyakit.

Hasil penelitian membuktikan temulawak tidak memiliki kesan sampingan seperti obat anti inflamasi kimia yang harganya jauh lebih mahal. Konsumsi temulawak secara rutin, juga dapat melancarkan darah sehingga baik untuk mencegah stroke.

Untuk penggunaan langsung, temulawak dapat diminum dengan cara direbus atau dijadikan jus dengan ditambahkan madu, limau nipis atau asam. Kadar yang dianjurkan adalah 2 gram temulawak, walaupun demikian penggunaan sehingga 6 gram masih dapat bermanfaat.

Penggunaan temulawak bagi sesetengah penduduk Malaysia telah diwarisi secara turun temurun. Hasilnya mereka lebih sehat. Sementara itu, penyelidikan mengenai manfaat temulawak telah banyak dilakukan. Dengan terdapatnya bukti-bukti ilmiah tersebut diharapkan dapat meningkatkan penerimaan masyarakat terhadap obat tradisional ini.

Secara umumnya manfaat temulawak dapat dibahagikan kepada tujuh bahagian, iaitu memperbaiki nafsu makan, memperbaiki fungsi pencernaan, memelihara kesehatan fungsi hati, mengurangi nyeri sendi dan tulang, menurunkan lemak darah, antioksidan dan membantu memelihara kesehatan serta menghambat penggumpalan darah.

Minum Rebusan Temulawak untuk Reumatik

Sebahagian masyarakat di Nusantara mengamalkan meminum rebusan temulawak segar yang dicampur  dengan asam jawa atau perahan limau nipis. Minuman ini mereka jadikan sebagai alternatif atau ganti kepada minuman teh.

KECUBUNG

Page 31: Pokok Herba

Nama Tempatan: Kecubung Nama Saintifik: Datura Metel Linn 

Nama Lain: Horn Of plenty,angel”s trumpet,Downy thorn apple,Devil”s trumpet, Famili: Solanaceae 

Lokasi dijumpai: Tumbuhan liar 

Kecubung ialah sejenis pokok renek yang bercabang banyak.Batangnya keras berkayu dan cabangnya seolah-olah membentuk rumpun.Tinggi pokok kecubung selalunya kurang dari 2 meter. Ia membiak melalui biji benih dan keratan batang. Kini kecubung banyak ditanam ebagai tumbuhan hiasan kerana bunganya yng cantik dan unik.Bunga kecubung membentuk serombong yang besar dan boleh dijumpai dalam saiz dan warna yang berbeza.Jenis yang biasa dijumpai ialah kecubung dan kecubung kecil. Warnanya bunganya yang biasa dijumpai ialah ungu dan putih, ada juga yang berwarna kuning dan oren.Buahnya pula berwarna coklat mempunyai duri-duri halus diluarnya.Kandungan kimia dalam kecubung ialah:hiosin,oksalik,lemak dan hyosiamin. Kecubung putih ialah kecubung yang paling beracun sekali kerana ia mengandungi sebatian alkaloid.Penggunaan segala ubat dari kecubung terhad untuk kegunaan luar sahaja. 

***Amaran:Semua bahagian tumbuhan ini beracun.Keracunan hanya akan berlaku jika sekiranya sebarang bahagian tumbuhan ini dimakan dalam kuantiti yang banyak.Jika ada yang keracunan kecubung , terutamanya kanak-kanak, jangan biarkan pesakit tertidur sebaliknya usahakan supaya mereka terus berada dalam keadaan sedar dengan cara minum kopi dan menyedut udara segar hingga kesan keracunan hilang. 

KEGUNAAN   Kecubung biasa digunakan dalam perubatan melayu untuk merawat penyakit-penyakit seperti asma, rheumatik,sakit pinggang dan bisul. Untuk asma,10 helai daun kecubung dihiris halus dan dijemur hingga kering. Ia kemudiannya dijadikan rokok dengan dibungkus dalam kulit jagung. Kaedah ini juga dikatankan dapat merawat resdung.Untuk rheumatik pula daun kecubung diramas hingga layu an disapukan minyak kelapa. Daun ini kemudiannya dilayurkan pada api dan ditampal pada bahagian yang sakit ketika masih panas.Untuk sakit pinggang dan sengal-sengal badan 4 helai daun kecubung dicampurkan dengan kapur sirih secukupnya dan ditumbuk hingga lumat dan menjadi adunan yang sebati untuk disapukan pada bahagian yang sakit.

BUNGA MELUR

Page 32: Pokok Herba

Nama Tempatan: Bunga melur 

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...Nama Saintifik: Jasminum Sambac 

Nama Lain: bunga melati, arabian jasmin, jasmin, yasmin Famili: Oleaceae 

Bunga melur atau nama saintifiknya jasminum sambac terdir dari pelbagai variaties namun yang paling biasa dijumpai di negara kita adalah 3 jenis utama iaitu duke of tuscany, maid of orlean dan star jasmin. Maid of orlean dan duke of tuscany dikenali sebagai melur susun di negara kita bezanya duke of tuscany mempunyai lapisan yang lebih banyak dan saiz dan bentuknya menyerupai bunga ros mini, tapi baunya tidak sekuat maid of orlean dan bunga melur selapis yang biasa.Tumbuhan ini memerlukan cahaya matari yang secukupnya untuk tumbesaran dan pembungaan.Medium yang sesuai adalah dari jenis kompos dan mempunyai pengaliran yang baik. Tumbuhan ini membiak secara keratan

Page 33: Pokok Herba

batang. untuk menyemai,keratan batang yang agak tua direndam kedalam air suam dan ditanam kedalam tanah. Pastikan airnya mencukupi untuk pertumbuhan akarnya.Tunas baru akan muncul selepas lebih kurang 6 minggu. Bunganya berbau sangat harum dan mekar sepanjang tahun. ketinggian yang paling sesuai untuk tanaman ini adalah 800 meter dari aras laut, namun di Malaysia ia didapati dapat menyesuaikan diri untuk semua ketinggian. 

KEGUNAANBunga melur banyak digunakan dalam perubatan terutamanya dalam perubatan ayurveda oleh masyarakat india. Bagi masyarakat melayu antara kegunaanya ialah untuk menambahkan air susu ibu.caranya daun bunga melur digilig hingga halus dan ditampal sekeliling payudara di waktu pagi sebelum mandi.cuci bersih sebelum menyusukan bayi.Untuk sakit mata(mata merah) segenggam daunnya ditubuk halus dan ditampal pada dahi. setelah kering , tampal yang lain pula.Ulang hingga berasa sedikir lega(sembuh).untuk mengubat bengkak dari gigitan lebah, segenggam bunganya diramas hingga hancur dan ditampal pada bahagian yang terkena sengatan itu.untuk demam dan sakit kepala segenggam daun dan bunganya diramas dalam air dan airnya digunakan untuk membasahkan dahi.untuk sesak nafas pula, 20 helai daunnya di rebus dengan secubit garam hingga mendidih, tapis dan minum airnya.

PUDINA

Daun Pudina merupakan sejenis tumbuhan herba yang banyak kegunaannya. Merupakan sejenis herba yang berasal dari keluarga Labiatae dan ia tergolong dalam spesies mentha.Nama TempatanPudinaNama SaintifikMentha arvensisNama Lain

Page 34: Pokok Herba

Bo He (china), field mintFamiliLabiatae / lamiaceaPudina , sejenis tumbuhan yang biasa digunakan dalam masakan melayu dan barat seperti ulaman untuk laksa, bahan pewangi untuk nasi beriani dan digunakan dalam pelbagai jenis masakan kerana baunya.Ia sejenis tumbuhan kecil(tutup bumi) yang membiak melalui keratan batang dan anak dari akarnya.Tumbuhan ini mempunyai aroma yang kuat.Sekarang pudina banyak ditanam secara kormersial di Malaysia kerana permintaan yang tinggiKegunaanPudina telah lama digunakan dibarat sebagai penawar untuk penyakit seperti batuk. Ia juga digunakan sebagai teh untuk kegunaan harian.Dalam perubatan cina pudina disifatkan sebagai tumbuhan yang mempunyai sifat sejuk. Ia biasanya digunakan untuk mengubat penyakit yang berkaitan dengan paru-paru seperti demam selesema dan permulaan demam selesema.Ia juga digunakan untuk membuang angin dalam badan dan mengubat penyakit seperti ruam kulit . Ia juga digunakan untuk mengurangkan tekanan.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...

tumbuhan ini senang ditemui ditempat lembap.  Daunnya boleh dimakan sebagai ulam.  Di Barat pudina digunakan sebagai penawar penyakit spti batuk.  Ia juga digunakan sebagai teh untuk kegunaan harian.  Dalam perubatan Cina pula pudina disifatkan sebagai tumbuhan yang mempunyai sifat sejuk.  Boleh mengubati penyakit berkaitan paru2 seperti demam selesema dan juga elok untuk membuang angin dalam badan dan juga mengubati penyakit ruam kulit. (kredit to :http://bayuu.blogdrive.com)

SERAI MAKAN

 Nama Botani : Cymbopogen citratus (DC.) Stapf.

Nama lain : Sereh makan (Indonesia), Takrai (Thailand)Lemongrass (Inggeris)Famili : GraminaeTanaman serai makan (Cymbopogen citratus) dilaporkan berasal dari Sri Lanka dan telah tersebar luas di kawasan Tropika, termasuk Malaysia, Indonesia, Tanzania, Brazil, Guatemala dan China.  Di Malaysia khususnya, serai makan banyak di tanam sebagai tanaman dapur. Batangnya dituai untuk kegunaan segar sebagai perisa

Page 35: Pokok Herba

dalam masakan. Serai makan ialah sejenis tanaman rumput yang beraroma dan mempunyai rimbunan daun yang lebat.  Pada setiap rumpun terdapat banyak batang yang tumbuh daripada rizom.  Batangnya berwarna putih keunguan atau kemerahan. Daunnya tirus, melampai, panjangnya 60−100 cm dan lebar 1.0−1.5 cm.  Ia berwarna hijau muda, kesat dengan urat yang selari.  Serai makan jarang didapati berbunga di Malaysia.

Khasiat dan Kegunaan : Di Malaysia, serai makan terutama batangnya digunakan sebagai bahan perisa dalam masakan tradisional seperti masakan rendang, tomyam, kerabu, masak lemak cili padi dan asam pedas. Aroma dan rasanya yang unik dapat menambahkan keenakan masakan dan meningkatkan selera.

Di sesetengah negara, serai makan diusahakan khas untuk pengeluaran minyak pati.  Minyak pati serai makan berwarna kuning hingga coklat kemerahan dan berbau limau atau `lemon’.  Minyak ini terdiri daripada beberapa sebatian dan kandungan utamanya ialah sitral iaitu sejenis aldehide.  Peratusan sitral dalam minyak pati serai makan adalah antara 65% hingga 85%.  Sebatian-sebatian lain yang menpunyai lebih rendah peratusannya termasuklah linalol, geraniol, citronellal, citronellol, farnesol, farnesal, limonene dan nerol.

Minyak pati serai makan diguna sebagai pewangi sabun, bahan pencuci, syampu dan produk lain..  Walau bagaimanapun sebahagian besar daripadanya digunakan untuk mendapatkan sitral (secara isolasi fizikal) dan ionones (secara tindak balas kimia terhadap sitral).Bagi kegunaan tradisi, serai digunakan untuk mengubati pelbagai jenis penyakit seperti sakit kepala, sengal-sengal (rheumatism), sakit perut dan masalah membuang air kecil. Bagi mengubati sakit kepala dan sengal-sengal, daun serai haruslah ditumbuk lumat dan diletakkan di dahi (bagi sakit kepala) atau bahagian-bahagian tubuh yang terasa sengal. Bagi sakit perut dan masalah membuang air kecil pula, daun dan akar serai haruslah direbus dan diminum air rebusan tersebut. Selain daripada itu, batang serai pula boleh digunakan untuk menambahkan keharuman di dalam makanan. Di samping itu juga, ekstrak daripada akar serai boleh digunakan sebagai pewangi di dalam syampu dan minyak wangi. Ia juga boleh digunakan di dalam air mandian bagi menyegarkan tubuh badan.

(kredit to :http://pkukmweb.ukm.my)

DUKUNG ANAK

Page 36: Pokok Herba

NAMA HERBA: Dukung AnakNAMA SAINTIFIK : Phyllanthus Niruri

Tumbuh terbiar di sekeliling rumah dan bersama tumbuhan lain. Tumbuhan ini berbuah pada batang di bawah daun. Mempunyai ketinggian 50- 70 cm. Batangnya tumbuh menegak dan daunnya tumbuh secara majmuk dan berselang-seli antara 6 – 10 mm. Pokok ini berbatang lembut dan bercabang-cabang. Setiap cabang ditumbuhi daun berbentuk tunggal. Daunnya bujur, panjang dan di hujungnya tajam. Permukaan bawah daunnya terdapat biji-biji kecil yang berwarna hijau muda. Mempunyai bunga di bahagian bawah dan di atas daun.

KEGUNAAN:Mujarab untuk masalah hati, ginjal, batuk, luka, lebam, ulser dan cirit-birit. Ia juga baik untuk demam kuning bayi baru lahir. Selain daripada itu boleh mengubati masalah sembelit , membersihkan darah dan menurunkan kolesterol badan. Mengubati sakit saluran kencing , batu karang, masalah hati, ginjal, penyakit hepatitis dan demam kuning kanak-kanak. Mengurangkan tekanan darah tinggi, mengawal diabetis dan menghalang sakit hempedu.VVV