pnp

2
Definisi Perancangan Pengajaran dan Kepentingan Perancangan Pengajaran Guru perlu membuat perancangan bagi sesi pengajarannya. Menurut Burden & Byrd (1999), perancang sebelum proses pengajaran merujuk kepada keputusan yang dibuat mengenai mengelola, mel menilai pengajaran. Proses guru membuat keputusan tentang cara memili dan menyusun pembelajaran yang dapat memaksimumkan pencapaian serta kepuasaan guru dan juga pelajar (!ruic 199"). Menurut #sa $ulaiman (% '), perancangan pengajaran merupakan keputusan yang arus dibua guru mengenai perkara yang endak diajar dan bagaimana untuk diajarkan supaya dapat di aami pe ancangan pengajaran juga bole dide inisikan sebagai rangka kerja akti*iti pengajaran untuk dilaksanakan ole guru di dalam bilik darja atau makmal dalam satu jangka masa tertentu. Kepentingan Perancangan Pengajaran Perancangan yang teliti dan kompreensi akan memberi kesan yang positi kepada pembelajaran pe Melalui perancangan pengajaran yang teliti, guru dapat menentukan jarak, urutan dan penekanan k setiap pelajaran. +opik topik yang penting dalam peperiksaan akan diberikan keutamaan ole gu penerangan dengan lebi teliti. Perancangan juga akan memastikan setiap minit dalam tempo pengajaran guru sepanjang setaun me kesan yang bermakna kepada guru dan pelajar. -ni dapat memberi panduan kepada guru agar dapat

Upload: saturnine-johor-saturnine

Post on 04-Nov-2015

225 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Pengajaran Guru

TRANSCRIPT

Definisi Perancangan Pengajaran dan Kepentingan Perancangan PengajaranGuru perlu membuat perancangan bagi sesi pengajarannya. Menurut Burden & Byrd (1999), perancangan sebelum proses pengajaran merujuk kepada keputusan yang dibuat mengenai mengelola, melaksana dan menilai pengajaran. Proses guru membuat keputusan tentang cara memilih dan menyusun pengalaman pembelajaran yang dapat memaksimumkan pencapaian serta kepuasaan guru dan juga pelajar (Cruickshank, 1995). Menurut Esah Sulaiman (2004), perancangan pengajaran merupakan keputusan yang harus dibuat oleh guru mengenai perkara yang hendak diajar dan bagaimana untuk diajarkan supaya dapat difahami pelajar.

Rancangan pengajaran juga boleh didefinisikan sebagai rangka kerja aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk dilaksanakan oleh guru di dalam bilik darjah atau makmal dalam satu jangka masa tertentu.

Kepentingan Perancangan Pengajaran

Perancangan yang teliti dan komprehensif akan memberi kesan yang positif kepada pembelajaran pelajar. Melalui perancangan pengajaran yang teliti, guru dapat menentukan jarak, urutan dan penekanan kepada isi setiap pelajaran. Topik topik yang penting dalam peperiksaan akan diberikan keutamaan oleh guru dan diberi penerangan dengan lebih teliti.

Perancangan juga akan memastikan setiap minit dalam tempoh pengajaran guru sepanjang setahun memberi kesan yang bermakna kepada guru dan pelajar. Ini dapat memberi panduan kepada guru agar dapat menggunakan masa yang diperuntukkan dengan lebih teratur. Menyusun atur masa dengan tepat juga dapat memastikan sukatan pelajaran dihabiskan pada masa yang telah ditetapkan mengikut perancangan.

Melalui perancangan pengajaran, guru juga dapat menyediakan bahan bahan pengajaran yang bersesuaian dengan isi pelajaran mengikut minat dan kebolehan pelajar. Isi kandungan dan bahan yang hendak disampaikan perlu lengkap dan menepati kehendak sukatan dan huraian sukatan pelajaran yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Selain itu, guru juga dapat menentukan strategi pendidikan, pemulihan dan pengajaran secara tersusun dan bersistem. Melalui perancangan pengajaran, objektif pengajaran dapat dicapai. Guru mengetahui sasaran yang ingin dituju dalam setiap subjek yang ingin diajar.