documentpm

14
SOH YI HAN REFLEKSI: BERITA VANDALISME Merujuk kepada Wikipedia Bahasa Melayu definasi vandalisme ialah penambahan, penghapusan, atau pengubahan isi yang secara sengaja dilakukan untuk mengurangi kualitas ensiklopedia. Isu ini sering menghiasi dada akhbar tempatan baru-baru ini. Kadar vandalisme ini amat membimbangkan. Sebagai contoh rujukan kepada hirerki peratusan keterlibatan salahlaku remaja Johor, vandalisme mununjukkan 17.9% darjah keterlibatan remaja di negeri itu. Oleh sebab itu, berita ini semakin hangat diperbincangkan dalam kalangan orang ramai. Saya berpendapat bahawa, punca kes ini berlaku ialah kesedaran rakyat tentang isu ini masih rendah. Mereka yang melakukan vandalisme tidak menghargai harta benda yang dibina oleh kerajaan kepada rakyat. Pengguna lain yang mempunyai hak ke atas harta benda ini pula tidak mengambil langkah untuk menghubungi pihak yang bertugas supaya tidakan dapat diambil. Selain itu, tekanan yang dialami oleh orang pada hari ini juga merupakan penunjang kepada berlakunya kes ini. Individu yang banyak menerima tekanan telah melepaskan kegeramman mereka ke atas infrastruktur yang disediakan oleh kerajaan ini. Pemuda yang dipengaruhi oleh rakan sebaya juga mudah terjebak ke dalam isu ini. Rakan sebaya merupakan orang yang paling

Upload: soh-yi-han

Post on 21-Dec-2015

228 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

pm

TRANSCRIPT

Page 1: Documentpm

SOH YI HAN

REFLEKSI:

BERITA VANDALISME

Merujuk kepada Wikipedia Bahasa Melayu definasi vandalisme ialah

penambahan, penghapusan, atau pengubahan isi yang secara sengaja

dilakukan untuk mengurangi kualitas ensiklopedia. Isu ini sering menghiasi

dada akhbar tempatan baru-baru ini. Kadar vandalisme ini amat

membimbangkan. Sebagai contoh rujukan kepada hirerki peratusan

keterlibatan salahlaku remaja Johor, vandalisme mununjukkan 17.9% darjah

keterlibatan remaja di negeri itu. Oleh sebab itu, berita ini semakin hangat

diperbincangkan dalam kalangan orang ramai.

Saya berpendapat bahawa, punca kes ini berlaku ialah kesedaran

rakyat tentang isu ini masih rendah. Mereka yang melakukan vandalisme

tidak menghargai harta benda yang dibina oleh kerajaan kepada rakyat.

Pengguna lain yang mempunyai hak ke atas harta benda ini pula tidak

mengambil langkah untuk menghubungi pihak yang bertugas supaya tidakan

dapat diambil. Selain itu, tekanan yang dialami oleh orang pada hari ini juga

merupakan penunjang kepada berlakunya kes ini. Individu yang banyak

menerima tekanan telah melepaskan kegeramman mereka ke atas

infrastruktur yang disediakan oleh kerajaan ini. Pemuda yang dipengaruhi

oleh rakan sebaya juga mudah terjebak ke dalam isu ini. Rakan sebaya

merupakan orang yang paling dekat dengan pemuda jadi amat mudah bagi

mereka untuk mengajak rakan mereka supaya terlibat dalam gejala ini.

Isu ini telah memberi kesan yang amat mendalam bagi semua pihak.

Infrastruktur tidak dapat dinikmati oleh semua yang berhak menggunakannya

hanya disebabkan oleh sikap sesetengah pihak yang tidak

bertanggungjawab. Lebih teruk lagi apabila infrastruktur yang sedia ada

dirosakkan dan menyebabkan kecederaan berlaku. Imej Negara juga

dijejaskan sebagai akibat gejala ini. Hal ini demikian kerana infrastruktur kita

yang dibina telah dirosakkan dan tidak dapat digunakan. Apabila pelawat

mengunjungi negara kita mereka akan berasa kurang selesa kerana

kemudahan-kemudahan telah dirosakkan.

Page 2: Documentpm

SOH YI HAN

Menurut berita ini, kita mudah mendapati bahawa bekas perdana

menteri kita, iaitu Yang Amat Berhormat Datuk Seri Utama Tun Abdullah bin

Haji Ahmad Badawi ingin mengatasi masalah ini dengan menginginkan pihak

yang terbabit dalam vandalisme serta cuai terhadap tanggungjawab

menyelenggara aset dan fasiliti negara dikenakan hukuman lebih berat. “kita

sediakan infrastruktur kelas pertama tetapi dimusnahkan oleh vandalisme.

Mereka dengan mentaliti kelas ketiga ini tidak dapat menghargai infrastruktur

kelas pertama.” Kata perdana menteri kita yang kelima. Hal ini jelas

menunjukkan langkah yang berkesan untuk mengatasi masalah ini iaitu

dengan mengenakan hukuman yang lebih berat. Melalui kata bekas perdana

menteri kita ini juga jelas menunjukkan bahawa beliau ingin kita menyemai

nilai murni menghargai harta benda. Saya telah belajar untuk menghargai

harta benda kerana infrastruktur dibina untuk memudahkan kehidupan rakyat.

Namun telah dimusnahkan oleh rakyat kita sendiri. Penghargaan harta benda

ini membolehkan kehidupan kita lebih selesa.

“Mereka yang cuai (menyelenggara aset dan fasiliti negara), juga patut

didisiplinkan. Jika tidak, dia akan pandang ringan dan tidak kisah walaupun

dia diberi tanggungjawab,” katanya ketika merasmikan Konvensyen

Pengurusan Aset dan Fasiliti Negara (NAFAM) 2007 di Pusat Dagangan

Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam. Saya telah belajar bahawa nilai

disiplin perlu disemaikan dalam diri kita. Nilai murni ini jelas terpapar dalam

berita ini. Dengan penyemain nilai inilah isu vandalisme ini dapat

dikurangkan.

Melalui berita ini, kita juga berlajar untuk menerapkan nilai

bertanggungjawab ke dalam diri kita. Hal ini demikian kerana, bekas perdana

kita pernah berkata begini:“Tugaskan kakitangan secara tetap untuk

memeriksa aset dan fasiliti, misalnya tandas bagi memastikan ia bukan saja

bersih tetapi juga berbau harum. “Budaya penyelenggaraan di Malaysia

masih lemah, kita anggap ia bukan untuk kita lakukan. kita tak kisah sebab

kita berasakan kita tak jadi mangsa. Jika kita tidak menjaga perkara ini, takut

nanti kita pula yang akan menjadi mangsa bumbung jatuh dan sebagainya,”

Kata beliau ini jelas menunjukkan bahawa bekas perdana menteri kita ingin

Page 3: Documentpm

SOH YI HAN

kita menyemai nilai bertanggungjawab. Dengan pengamalan nilai ini, kita

akan berusaha menyempurnakan tugas kita.

Melalui pembacaan berita sebenarnya juga dapat secara langsung

memberi kesedaran kepada kita tentang keburukkan vandalisme. Hal ini

sebnarnya merupakan suatu langkah yang amat sesuai untuk mengurangkan

kadar berlaku gejala.

Di samping itu, langkah yang juga boleh diambil untuk mengkurangkan

masalah ini adalah dengan menyelipkan kesedaran menghargai harta benda

dalam pembelajaran murid di sekolah. Sebagai contoh pendidikan moral dan

pendidikan sivik dan kewarganegaraan boleh dijadikan mata pelajaran yang

mengajar murid-murid tentang isu ini. Dengan pemahaman yang lebih

mendalam tentang isu vandalisme barulah kes-kes seperti ini dapat

dikurangkan.

Ceramah-ceramah juga harus diadakan secara berterusan supaya

kesedaran dapat disemai dalam hati orang awam. Sebagai pengguna, tiada

sebabnya kita merosakkan harta benda dan sebagai pengguna juga kita

harus melaporkan kerosakkan harta benda kepada pihak yang berkuasa.

Dengan memberi ceramah begini barulah rakyat akan sedar tentang betapa

pentingnya harta benda ini kepada kita.

Saya dapat mengaitkan berita ini dengan kehidupan saya. Semasa di

sekolah, saya sering perlu menghubungi pemandu van saya. Hal ini demikian

kerana supaya dia boleh mengambil saya dari sekolah pada masa yang

berlainan. Namun, ketidakbolehan saya untuk membawa telefon bimbit ke

sekolah merupakan satu masalah yang besar bagi saya kerana susah untuk

saya menghubungi pemandu van saya. Hal ini semuanya berpunca daripada

kerosakkan telefon awam. Hal ini memang menyusahkan saya dan semua

pengguna telefon awam kerana kita tidak dapat membuat panggilan.

Daripada perkara ini, saya belajar untuk tidak merosakkan harta benda malah

menghargai harta benda ini supaya infrastruktur yang disediakan dapat terus

memudahkan orang ramai.

Page 4: Documentpm

SOH YI HAN

Penyelesaian isu ini bukan hanya bergantung kepada pihak kerajaan,

tetapi semua orang terutamanya orang awam yang merupakan pengguna

infrastruktur. Jika ternampak orang yang ingin merosakkan harta benda,

tindakan segera harus dilakukan iaitu dengan menghubungi pihak yang

berkenaan supaya tindakan dijalankkan. Pengemblengan tenaga semua

pihak dapat mengurangkan berlakunya perkara ini.

Page 5: Documentpm

SOH YI HAN

REFLEKSI:

BERITA PENYAMUNAN

Isu penyamunan merupakan isu yang hangat diperbincangkan oleh

orang awam. Kes-kes penyamunan semakin hari semakin menjadi-jadi dan

hal ini sangat dibimbangi oleh orang ramai.

Punca berlakunya penyamunan ialah kurang ketatnya undang-

undang. Undang-undang yang tidak ketat akan menjadikan pesalah semakin

hari semakin berani melakukan jenayah seperti menyamun. kekurangan

kesedaran tentang keburukkan menyamun juga merupakan punca

peningkatan kes-kes seperti ini. Tanpa kesedaran tentang kesan negatif

menyamun akan menjadikan orang yang terlibat semakin bertambah. Selain

itu, penyamun juga menyamun atas ajakan kawan. Kawan merupakan orang

yang paling mudah mempengaruhi kita. Jadi atas ajakan kawan, orang akan

lebih tertarik dan berani melakukan kesalahan ini.

Antara kesan bagi kes penyamunan ini ialah mangsa kehilangan harta

benda. Wang, barang kemas, dan lain-lain yang dimiliki oleh mangsa telah

disamun oleh penyamun yang tidak berperikemanusiaan ini. Kesan yang

lain ialah fizikal mangsa yang disamun akan terjejas. Hal ini demikian kerana

mangsa yang disamun mungkin dicederakan dalam penyamunan. Penyamun

yang menyamun akan menggunakan apa jua cara untuk mendapatkan

keinginan mereka. Mereka yang menjadi mangsa menyamun akan dihantui

oleh perkara itu seumur hidup. Hal ini secara langsung telah mempengaruhi

mental mangsa-mangsa tersbut. Mereka akan mengalami ketakutan seumur

hidup mereka.

Langkah-langkah untuk mengatasi masalah ini adalah dengan

mengetatkan undang-undang. Undang-undang yang ketat boleh

menakutkkan individu yang ingin menyamun untuk berfikir semula sebelum

membuat keputusan kerana takut akan akibatnya yang lebih berat.

Di samping itu, pertandingan-pertandingan seperti pertandingan

perbahasan, pertandingan pidato, pertandingan melukis juga boleh diadakan

Page 6: Documentpm

SOH YI HAN

pada pelbagai peringkat supaya dapat meningkatkan kesedaran orang ramai.

Hal ini demikian kerana melalui pertandingan-pertandingan yang dianjurkan,

peserta akan mencari maklumat yang berkaitan dengan isu-isu moral. Hal ini

secara tidak langsung akan memberi kesedaran kepada mereka tentang

keburukan gejala ini.

Selain itu bacaan sumber yang akan memberi kita kesedaran juga

memainkan peranan penting dalam mengatasi masalah ini. Sebagai contoh

bacaan berita ini. Setelah membaca berita ini nilai murni yang dapat dikaitkan

ialah rasional. Penyamun yang tidak berfikir rasional telah melakukan

jenayah. Sebagai akibatnya, mereka telah diburu oleh polis. Kita patut

berfikir secara rasional sebelum melakukan sebarang tindakan supaya tidak

menyesal kelak.

Di samping itu, menurut berita ini, mereka berempat telah diburu oleh

polis. Setelah membaca berita ini nilai moral yang dapat dikaitkan ialah

bertanggungjawab. Mereka jika dapat mengamalkan nilai murni ini tentulah

tidak akan terjebak dalam gejala ini. Hal ini demikian kerana orang yang

bertanggungjawab mengetahui tanggungjawab diri mereka terhadap

keluarga, masyarakat dan negara. Mereka tidak akan melakukan perkara

yang tidak bertanggungjawab ini sebaliknya mencari suatu pekerjaan supaya

berbakti kepada semua.

Berita penyamunan ini juga mengingatkan saya tentang nilai

menghormati hak orang lain. Hal ini demikian kerana penyamun-penyamun

yang tidak berperikemanusiaan itu telah merampas hak orang ramai untuk

hidup dengan aman dan damai. Dengan kewujudan mereka, orang ramai

perlu hidup dalam keadaan yang tidak tenteram. Daripada sini, kita dapat

membuktikan bahawa pembacaan berita memang dapat memberi kesedaran

kepada kita dan merupakan langkah yang berkesan untuk mengurangkan

gejala ini.

Pengajaran tentang cara pemilihan rakan juga perlu disalurkan

daripada ibu bapa dan guru. Hal ini demikian kerana rakan merupakan orang

yang akan banyak mempengaruhi kita. Jika kita mengenali rakan yang baik,

dia akan membawa kita kepada kebaikan manakala jika kita berkenalan

Page 7: Documentpm

SOH YI HAN

dengan rakan yang buruk, tentulah dia akan membawa kita ke arah yang

salah. Untuk menyelesaikan masalah ini, langkah ini amat penting kerana

tanpa pengaruh rakan yang tidak baik, kes ini memang dapat diatasi.

Isu ini dapat dikaitkan dengan kehidupan seharian saya. Sebagai

orang awam, saya juga sering akan mengunjungi ke tempat-tempat yang

mungkin menjadi sasaran penyamun. Berita ini memang menakutkan saya

dan saya amat bimbang tentang keselamatan diri saya sendiri dan keluarga

saya serta kenalan saya. Namun jika berfikir dari segi positif saya dapat

membelajari pelbagai nilai. Sebagai contoh saya dapat membelajari untuk

bersikap rasional menerusi pembacaan berita ini. Saya akan mengingatkan

diri saya untuk sentiasa berfikir rasional sebelum melakukan sesuatu perkara.

Saya juga telah belajar untuk menjadi seseorang yang lebih

bertanggungjawab supaya tidak menjadi sampah masyarakat dan

menghormati hak orang lain supaya orang lain juga turut menghormati saya.

Isu ini tidak dapat diselesaikan begitu sahaja. Namun kita kena

bekerjasama bagai aur dengan tebing supaya isu ini dapat ditangani. Bak

kata pepatah bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.

Pepatah ini amat sesuai digunakan supaya semua orang dapat bersama-

sama manyelesaikan masalah ini.

Page 8: Documentpm

SOH YI HAN

REFLEKSI:

BERITA MAT REMPIT

Isu mat rempit memang meniti dari bibir ke bibir orang ramai. Dari

pelbagai sumber kita boleh mendapati bahawa isu ini semakin giat berlaku,

terutamanya pada pemuda yang dianggap sebagai tiang negara kita.

Berita ini memang telah menarik perhatian pelbagai pihak. Dua nyawa

telah diragut akibat daripada gejala ini. Mat rempit yang hanya berusia 17 dan

19 tahun telah mati dalam kemalangan semasa merempit. Mereka yang tidak

menghargai nyawa telah maut di atas jalan raya. Kalaulah mereka tahu

menghargai nyawa, tentulah mereka tidak akan merempit. Hal ini telah

memberi pengajaran kepada kita supaya menghargaai nyawa diri dan orang

lain.

Di samping itu, nilai menghormati nyawa juga dapat dikaitkan dengan

berita ini. Hal ini demikian kerana, mereka yang tidak tahu menghormati

nyawalah yang akan bermain-main nyawa mereka di atas jalan raya. Hal ini

bukan sahaja membahayakan nyawa mereka malah juga telah meletakkan

nyawa orang lain dalam bahaya. Kita harus belajar untuk menghormati

nyawa kita diri sendiri dan juga orang lain. Nilai ini terutamanya perlu

dibelajari oleh pemuda kita sekarang.

Pengguna jalan raya yang lain memang berada dalam keadaan

berbahaya kerana mat rempit-mat rempit tersebut. Mereka yang tidak

mematuhi peraturan jalan raya dan suka membuat aksi-aksi berbahaya yang

akan mangugat nyawa diri dan orang lain memang kekurangan nilai

menghormati pengguna jalan raya yang lain. Mereka harus belajar bahawa

bukan hanya mereka pengguna jalan raya sahaja yang menggunakan jalan

raya, namun terdapat banyak lagi pengguna yang mempunyai hak mereka

untuk menggunakan jalan raya. Selepas meneliti berita ini, saya mendapati

bahawa saya harus belajar menghormati hak orang lain.

Pada pendapat saya selepas membaca berita ini, punca berlakunya

kes mat rempit adalah kerana mereka mempunyai tanggapan salah bahawa

Page 9: Documentpm

SOH YI HAN

merempit merupakan sesuatu yang bergaya namun tidak tahu akan akibat

merempit. Mat rempit juga menyertai dalam gejala ini kerana ajakan kawan

yang juga terlibat dalam aktiviti merempit. Ajakan kawan akan serba sedikit

mempengaruhi keinginan mereka untuk merempit. Akibatnya mereka

melibatkan diri mereka dalam kes ini juga. Tekanan yang semakin hari

semakin meningkat telah 'menyumbang' kepada penambahan kadar

berlakunnya kes mat rempit. Mereka yang merempit ingin melepaskan

tekanan mereka dengan merempit.

Kesan isu ini adalah merempit akan membahayakan pengguna jalan

raya yang lain. Mereka yang merempit akan melebihi had laju yang

ditetapkan dan menunjuk-nunjukkan kehebatan mereka di atas jalan raya.

Perbuatan ini secara langsung telah meletakkan nyawa pengguna lain dalam

bahaya. Isu ini juga telah menyebabkan maruah keluarga mat rempit

dijatuhkan. Mereka yang merempit jika telah ditangkap akan dikenakan

hukuman. Oleh sebab itu, merempit akan menyebabkan keluarga mereka

berasa malu atas perbuatan mereka. Masa depan mereka yang merempit

juga akan terjejas kerana mereka akan menghabiskan banyak masa dalam

merempit dan ini memang merugikan mereka sendiri.

Untuk mengurangkan terus berlakunya kes ini, banyak cara yang perlu

dilaksanakan. Antaranya ialah dengan menukar pandangan orang ramai

tentang isu ini. Memberitahu kepada umum tentang keburukannya dapat

secara tidak langsung mengurangkan berlakunya gejala ini. Dengan

pengajaran tentang pemilihan rakan, serba sedikit dapat mengurangkan kes

Dalam pelbagai mata pelajaran, gejala ini dapat diselipkan untuk memberi

kesedaran kepada mrid-murid hari ini. Cara melepaskkan tekanan jika diajari

juga dapat mengurangkan kadar berlakunya kes ini. Dengan mempunyai

cara melepaskan tekanan yang betul, orang ramai tidak akan memilih untuk

melepaskan tekanan dengan merempit lagi.

Sebagai seorang pengguna jalan raya, isu ini memang

membimbangkan saya. Saya amat membimbangkan keselamatan saya

dengan kenalan saya. Mereka yang merempit memang amat melampau. Hal

ini demikian kerana mereka bukan sahaja menyalahi undang-undang jalan

Page 10: Documentpm

SOH YI HAN

raya dan mengugut nyawa orang lain malah telah meninggalkan rakan

mereka sendiri yang telah ditimpa kemalangan. Oleh sebab itu, sebagai

pengguna jalan raya, saya bukan sahaja perlu menerap nilai-nilai yang dapat

dibelajari daripada berita ini malah saya juga harus menggunakan semasa

saya berada di atas jalan raya.

Sesuatu masalah tidak akan selesai apabila kita berpeluk tubuh

sahaja. Sebagai salah seorang pengguna jalan raya, kita perlu

melaksanakkan tanggungjawab kita dengan bekerjasama dengan pihak yang

berkuasa dan bersama-sama kita menangani masalah ini.