power point pm (2)

9
PERJUANGAN PEMIMPIN TEMPATAN MENENTANG BRITISH Gerakan Nasionalisme: Usaha masyarakat tempatan menentang apa sahaja bentuk tekanan atau penjajahan terhadap mereka oleh kuasa luar. Sebab-sebab Penentangan Masyarakat Tempatan Terhadap British Dasar Penaklukan British Pelaksanaan Pentadbiran British Terhadap Masyarakat Tempatan Eksploitasi Terhadap Ekonomi Tempatan Campur Tangan British Dalam Adat Resam Tempatan Pembesar Tempatan Kehilangan Kuasa dan Pengaruh Kesulitan Penduduk Tempatan.

Upload: norlizaismail2013

Post on 11-Apr-2017

253 views

Category:

Education


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Power point pm (2)

PERJUANGAN PEMIMPIN TEMPATAN MENENTANG BRITISH

Gerakan Nasionalisme: Usaha masyarakat tempatan menentang apa sahaja bentuk tekanan atau penjajahan terhadap mereka oleh kuasa luar.

Sebab-sebab Penentangan

Masyarakat Tempatan Terhadap British

Dasar Penaklukan British

Pelaksanaan Pentadbiran

British Terhadap Masyarakat Tempatan

Eksploitasi Terhadap Ekonomi Tempatan

Campur Tangan British

Dalam Adat Resam

Tempatan

Pembesar Tempatan

Kehilangan Kuasa dan Pengaruh

Kesulitan Penduduk Tempatan.

Page 2: Power point pm (2)

Dasar Penaklukan British

Eksploitasi Terhadap Ekonomi Tempatan

■ Dasar penaklukan British terhadap negeri-negeri Melayu bertujuan

mengukuhkan kedudukan politiknya.■ Penguatkuasaannya semakin luas dan kawasan itu terikat

dengan perintah dan peraturannya.

■ Misalnya, penduduk Naning dipaksa menjadi jajahan takluk British dan

perlu bayar ufti. ■ British ditentang kerana berhasrat kuasai ekonomi tempatan

bagi kepentingan mereka.

■ Ini dilakukan melalui perjanjian dengan pemimpin tempatan.■ Melalui perjanjian ini, saudagar NNS dibenarkan menjalankan

perlombongan dan perdagangan bijih timah sehingga timbulkan

kemarahan penduduk tempatan.

Page 3: Power point pm (2)

Pelaksanaan Pentadbiran British Terhadap Masyarakat Tempatan

Campur Tangan British dalam Adat Resam Tempatan

■ British memaksakan sistem pentadbiran Barat kepada penduduk tempatan.■ British perkenalkan sistem cukai, undang-undang dan peraturan-peraturan tanah utk dapatkan hasil yang maksimum.■ Contohnya, penentangan berlaku di Terengganu kerana British menetapkan setiap tanah yang hendak dibuka mestilah mendapat keizinan mereka dan dikenakan cukai tanah.

■ Penentangan juga berlaku kerana campur tangan British dalam adat resam tempatan.

■ British memaksa penduduk terima nilai-nilai British yang amat bertentangan dengan budaya masyarakat tempatan.

■ Misalnya, di Perak, J.W.W Birch campur tangan dalam amalan menggunakan orang suruhan membuatkan beliau ditentang

penduduk tempatan.

Page 4: Power point pm (2)

Pembesar Tempatan Kehilangan Kuasa dan Pengaruh

Kesulitan Penduduk Tempatan.

■ Pembesar tempatan kehilangan kuasa dan pengaruh terhadap kawasan dan anak

buah apabila British menjajah kawasan mereka.■ Ini menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan mereka dan

mendorong mereka menentang British.

■ Penentangan pemimpin tempatan mendapat sokongan anak buah mereka yang tertekan dengan pelaksanaan undang-undang British yang menyulitkan kehidupan mereka.■ Kesetiaan kepada pembesar tempatan sebagai ketua mendorong mereka beri kerjasama untuk menentang British.

Page 5: Power point pm (2)

Tokoh-tokoh Tempatan Menentang Penjajah

Page 6: Power point pm (2)

Tokoh-tokoh Tempatan Menentang Penjajah

Page 7: Power point pm (2)

NaningPenghulu Dol Said menentang British kerana tidak setuju dengan tindakan British meletakkan Naning sebagai sebahagian daripada wilayah mereka yang menjadi takluknya.

Sarawak

James Brooke yang digelar Raja Putih Sarawak pada tahun 1842 berusaha untuk kuasai beberapa daerah pedalaman sehingga timbulkan bantahan daripada pemimpin tempatan.Linggir:Pemimpin kaum Iban di Saribas menentang penaklukan James Brooke pada 1849. Rentap:Pemimpin Iban menentang James Brooke pada 1853 kerana bertindak menghapuskan orang Iban di Sungai Skrang yang dianggap sebagai lanun.Syarif Masahor dan Datu Patinggi Abdul Gapur:Penentangan orang Melayu berlaku kerana mereka menolak penguasaan James Brooke di wilayah mereka iaitu di Sungai Rajang pada tahun 1857.

Tokoh Peristiwa Penentangan

Page 8: Power point pm (2)

SabahPenentangan berlaku terhadap Syarikat Borneo Utara British (SBUB) oleh Mat Salleh disebabkan sistem cukai kepala dan surat perahu.

PerakPenguasaan British di Perak yang didalangi oleh J.W.W Birch ditentang oleh penduduk tempatan yang dipimpin oleh Dato’ Maharaja Lela yang tidak menghormati sistem sosial tempatan dan tidak tahu berbahasa Melayu.

Negeri Sembilan

Penentangan dilakukan oleh Yam Tuan Antah Sri Menanti dan Dato’ Syahbandar Sungai Ujong, iaitu Abdullah Tunggal. Kedua-dua pemimpin tempatan ini berebut kawasan sempadan untuk kenakan cukai kepada pedagang bijih timah dari Negeri-negeri Selat.

Pahang

Pada tahun 1888, apabila J.P Rodgers dilantik sebagai Residen Pahang yang pertama, Dato’ Bahaman menolak pelaksanaan undang-undang British yang bertentangan dengan adat resam dan sistem politik tempatan seperti sistem kehakiman, pemungutan hasil tanah, sistem cukai dan penubuhan pasukan polis luar.

Tempat Peristiwa Penentangan

Page 9: Power point pm (2)

Kelantan

Penentangan terhadap penjajahan British berlaku di Pasir Puteh apabila Sistem Penasihat British diperkenalkan pada tahun 1910. British memaksa penduduk tempatan menerima sistem cukai yang diperkenalkan. Tok Janggut membantah pelaksanaan sistem ini dan enggan membayar cukai.

Terengganu

Haji Abdul Rahman Limbong yang merupakan seorang ulama menentang British kerana tidak berpuas hati dengan sistem cukai dan undang-undang tanah British yang diperkenalkan kepada orang tempatan.

Tempat Peristiwa Penentangan

Penyelaras Pengajian Malaysia KVKK