pm 1

73
MPW1133/2133 BAB 1- MASYARAKAT & HUBUNGAN ETNIK 1 MASYARAKAT, BUDAYA & HUBUNGAN ETNIK

Upload: azah-narowi

Post on 27-Jun-2015

10.816 views

Category:

Education


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PM 1

MPW1133/2133BAB 1- MASYARAKAT & HUBUNGAN ETNIK1

MASYARAKAT, BUDAYA & HUBUNGAN ETNIK

Page 2: PM 1

KONSEP-KONSEP ASAS

Dalam bab ini, pelajar akan mempelajari konsep-konsep asas iaitu:MasyarakatBangsaNegara BangsaEtnik BudayaHubungan Etnik (Proses-proses Integrasi)

MPW1133/2133BAB 1- MASYARAKAT & HUBUNGAN ETNIK2

Page 3: PM 1

MPW1133/2133BAB 1- MASYARAKAT & HUBUNGAN ETNIK3

MASYARAKAT & BANGSA

MASYARAKAT Kumpulan manusia yang hidup bersama-sama

di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu.

Page 4: PM 1

CIRI-CIRI MASYARAKAT

MPW1133/2133BAB 1- MASYARAKAT & HUBUNGAN ETNIK4

Page 5: PM 1

MPW1133/2133BAB 1- MASYARAKAT & HUBUNGAN ETNIK5

1. Manusia yang hidup berkelompok Mereka yang hidup bersama, saling

mengenali dan bergantungan.

2. Melahirkan kebudayaan Tiada masyarakat maka tiadalah budaya

dan sebaliknya. Budaya itu pula diwarisi dari generasi ke

generasi berikutnya dengan proses penyesuaian.

Page 6: PM 1

MPW1133/2133BAB 1- MASYARAKAT & HUBUNGAN ETNIK6

3. Mengalami perubahan Suatu perubahan terjadi kerana faktor-faktor

yang berasal dari masyarakat itu sendiri.

4. Berinteraksi Masyarakat berhubung dan bekerjasama di

antara ahli dan ini akan mencetuskan interaksi. Interaksi ini boleh berlaku secara lisan atau

tidak.

Page 7: PM 1

MPW1133/2133BAB 1- MASYARAKAT & HUBUNGAN ETNIK7

5. Terdapat Kepimpinan Pemimpin terdiri daripada ketua keluarga, ketua

kampung, ketua negara dan sebagainya. Kepimpinan dalam masyarakat Melayu awal,

bercorak tertutup kerana pemilihan berdasarkan keturunan.

Page 8: PM 1

MPW1133/2133BAB 1- MASYARAKAT & HUBUNGAN ETNIK8

6. Terdapat stratifikasi sosial Ia meletakkan seseorang pada kedudukan dan

peranan yang harus dimainkannya atau ia merujuk kepada susun lapis masyarakat.

Terbahagi kepada tiga bahagian iaitu kelas, status dan kasta

Page 9: PM 1

Kelas: Kedudukan seseorang dalam masyarakat berdasarkan pemilikan harta atau kekayaan.

Status: Jangkaan peranan yang dimainkan oleh individu dalam masyarakat seperti penerimaan gelaran Dato’, Haji dan Lebai.

Kasta: Kelas sosial yang keahliannya ditentukan hanya melalui kelahiran dan dalam hidupnya tidak berlaku mobiliti sosial.

MPW1133/21339 BAB 1- MASYARAKAT & HUBUNGAN ETNIK

Page 10: PM 1

KEPERLUAN MENGKAJI

MASYARAKAT

MPW1133/2133BAB 1- MASYARAKAT & HUBUNGAN ETNIK10

Page 11: PM 1

MPW1133/2133BAB 1- MASYARAKAT & HUBUNGAN ETNIK11

1. Manusia hidup bermasyarakat Perlakuan seseorang itu adalah

berkaitan dengan masyarakatnya. Seseorang itu dicermin dan

mencerminkan masyarakatnya.

Page 12: PM 1

MPW1133/2133BAB 1- MASYARAKAT & HUBUNGAN ETNIK12

2. Memahami cara hidup bermasyarakatPemahaman yang tepat terhadap masyarakat

membolehkan individu itu bertingkahlaku dan menyesuaikan diri mengikut kehendak masyarakat setempat.

3. Memahami budaya dan masyarakat lainTidak akan mengalami satu kejutan budaya,

tetapi lebih bersedia menghadapi perbezaan yang wujud.

Page 13: PM 1

MPW1133/2133BAB 1- MASYARAKAT & HUBUNGAN ETNIK13

4. Memupuk kerjasama di antara masyarakat Perhubungan merangkumi masyarakat dunia

keseluruhannya. Dapat mengatasi isu-isu global seperti

pencemaran, teknologi, perlumbaan senjata dan sebagainya.

Page 14: PM 1

Masyarakat Majmuk

J.S. Furnivall:Masyarakat majmuk terdiri daripada berbagai kaum

yang mempunyai kebudayaan, agama, bahasa dan adat resam yang tersendiri. Walaupun mereka berada dalam satu sistem politik yang sama namun mereka tidak bergabung

MPW1133/2133BAB 1- MASYARAKAT & HUBUNGAN ETNIK14

Page 15: PM 1

Ciri-ciri Masyarakat Majmuk

Pelbagai budayaPerpecahan SosialKonflikKepelbagaian ekonomiPerbezaan pendidikanPerbezaan agamaKekeluargaan berbezaPemilikan harta yang berbeza

MPW1133/2133BAB 1- MASYARAKAT & HUBUNGAN ETNIK15

Page 16: PM 1

Faktor Pembentukan

PerdaganganPenjajahanDasar penjajahan BritishKemasukan ImigranPenempatan & Perkahwinan

MPW1133/2133BAB 1- MASYARAKAT & HUBUNGAN ETNIK16

2 faktor yang menyumbang

kepada pembentukan masyarakat majmuk di

Tanah Melayu yang paling

drastik

Page 17: PM 1

Faktor Kemasukan Imigran

Melayu sebagai ancamanStruktur tradisional Melayu & kehendak ekonomi

semasaSumber manusia yang murah, kuat bekerja & berdaya

tahanTiada risiko ancaman kepada BritishKemudahan berhijrahKesengsaraan hidup di negara asal

MPW1133/2133BAB 1- MASYARAKAT & HUBUNGAN ETNIK17

Page 18: PM 1

Negara Bangsa

Sebuah negara berdaulat, rakyatnya hidup bersatu padu, tidak dipisahkan oleh ikatan primodial yang sempit seperti kaum, keturunan, agama, bahasa, budaya, daerah dan sebagainya yang boleh membawa kepada perpecahan.

MPW1133/2133BAB 1- MASYARAKAT & HUBUNGAN ETNIK18

Page 19: PM 1

Negara Bangsa

Idea mantan PM iaitu Tun Dr. Mahathir MohamadKerta skerja bertajuk Malaysia Melangkah ke Hadapan

pada 28 Februari 1991Matlamat menjadikan Malaysia negara maju menjelang

tahun 2020Rangka kerja ini menjadi ‘Wawasan 2020’

MPW1133/2133BAB 1- MASYARAKAT & HUBUNGAN ETNIK19

Page 20: PM 1

Signifikan Negara Bangsa

Prasyarat kemajuan negaraPerpaduan negaraKesetiaan kepada negaraSikap tolak ansur antara bangsaKeharmonian hubungan dalam negaraPerkongsian dalam aspek politik, ekonomi dan sosial

MPW1133/2133BAB 1- MASYARAKAT & HUBUNGAN ETNIK20

Page 21: PM 1

KONSEP-KONSEP DALAM MASYARAKAT

MPW1133/2133BAB 1- MASYARAKAT & HUBUNGAN ETNIK21

Page 22: PM 1

KONSEP-KONSEP ASAS

Adakah Etnik dan Ras dua istilah yang mempunyai maksud yang sama?

MPW1133/2133BAB 1- MASYARAKAT & HUBUNGAN ETNIK22

Page 23: PM 1

MPW1133/2133BAB 1- MASYARAKAT & HUBUNGAN ETNIK23

ETNIK DAN RAS

ETNIK Kelompok manusia yang ditentukan melalui perbezaan ciri-ciri budaya seperti adat resam, pakaian, bahasa, kegiatan ekonomi dan sebagainya.

RASKelompok manusia yang ditentukan melalui ciri-ciri fizikal.

Page 24: PM 1

ETNIK DAN RAS

MPW1133/2133BAB 1- MASYARAKAT & HUBUNGAN ETNIK24

Page 25: PM 1

ETNISITI, ETNOSENTRISME & RASISME

ETNISITIRasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu kerana anggotanya merasa disatukan dengan satu sejarah, nilai, sikap dan tingkahlaku yang sama.

MPW1133/213325 BAB 1- MASYARAKAT & HUBUNGAN ETNIK

Page 26: PM 1

ETNOSENTRISME Kepercayaan atau rasa bangga di kalangan

anggota sesebuah etnik bahawa budaya dan etnik mereka jauh lebih baik dan hebat daripada kelompok lain.

RASISMEPandangan, pemikiran atau kepercayaan negatif oleh sesuatu kelompok sosial terhadap sesuatu kelompok lain berdasarkan ciri-ciri fizikal atau ras semata-mata.

MPW1133/213326 BAB 1- MASYARAKAT & HUBUNGAN ETNIK

Page 27: PM 1

PREJUDIS, STEREOTAIP & DISKRIMINASI

PREJUDISPandangan negatif mengenai ahli atau kelompok etnik lain yang lazimnya tidak berasaskan maklumat yang tepat dan biasanya tidak diluahkan secara terbuka.

MPW1133/213327 BAB 1- MASYARAKAT & HUBUNGAN ETNIK

Page 28: PM 1

STEREOTAIPKenyataan umum yang negatif terhadap sesuatu kumpulan etnik atau gambaran berlebih-lebihan tentang sesuatu perlakuan baik atau buruk sesuatu kumpulan etnik.

DISKRIMINASIPerbuatan membandingbezakan seseorang individu atau sesuatu kelompok etnik lain berasaskan ciri-ciri etnik semata-mata.

MPW1133/213328 BAB 1- MASYARAKAT & HUBUNGAN ETNIK

Page 29: PM 1

SUKU:Kelompok masyarakat yang membentuk rumpun bangsa (contoh: dalam rumpun Kadazandusun terdapat sub etnik seperti Tatana, Bisaya, Lotud, Kimaragang dll)

BANGSA:Gagasan ras atau etinik yang sedia ada. Satu konsep yang lebih luas

MPW1133/2133BAB 1- MASYARAKAT & HUBUNGAN ETNIK29

Page 30: PM 1

KONSEPBUDAYA

MPW1133/2133BAB 1- MASYARAKAT & HUBUNGAN ETNIK30

Page 31: PM 1

BUDAYA

Cara hidup orang ramai termasuk pemikiran, nilai kepercayaan, pandangan dan tabiat berfikir serta cara perlakuan manusia yang menggerakkan jiwa.

Budaya boleh dibahagikan kepada dua iaitu: Budaya kebendaan Budaya bukan kebendaan

MPW1133/213331 BAB 1- MASYARAKAT & HUBUNGAN ETNIK

Page 32: PM 1

MPW1133/2133BAB 1- MASYARAKAT & HUBUNGAN ETNIK32

Budaya kebendaan: Peralatan dan kelengkapan hidup seperti rumah, kereta, perahu, senjata dan sebagainya.

Budaya bukan kebendaan: Kepercayaan, adat istiadat dan undang-undang contohnya adat istiadat yang berbeza-beza dalam perkahwinan.

Page 33: PM 1

BUDAYA

Adat perkahwinan masyarakat Cina yang mengusung pengantin perempuan ke rumah pengantin lelaki.

Namun, adat ini tidak lagi diamalkan oleh masyarakat Cina di Malaysia.

MPW1133/2133BAB 1- MASYARAKAT & HUBUNGAN ETNIK33

Page 34: PM 1

MPW1133/2133BAB 1- MASYARAKAT & HUBUNGAN ETNIK34

Dalam budaya Melayu, faktor agama paling penting kerana agamalah dasar tanggapan terhadap alam sekitar dari segi sosial dan fizikal.

Bahasa juga penting sebagai alat komunikasi. Adat resam juga mustahak sebagai petunjuk

jalan bagi seseorang dalam mengendalikan hidup bermasyarakat dan berbudaya.

Page 35: PM 1

MPW1133/2133BAB 1- MASYARAKAT & HUBUNGAN ETNIK35

Peranan utama pembentukan sesuatu budaya:

1. Membina imej negara ke arah mewujudkan keperibadian dan identiti.

2. Memupuk kesedaran kebangsaan dan kenegaraan berasaskan ciri-ciri kerohanian, kemanusiaan, spiritual dan mental.

(Tamadun Melayu Dan Pembinaan Bangsa Melayu, 1992).

Page 36: PM 1

CIRI-CIRI BUDAYA

MPW1133/2133BAB 1- MASYARAKAT & HUBUNGAN ETNIK36

Page 37: PM 1

1. Dipelajari Budaya tidak lahir

secara langsung tetapi perlu dipelajari dan ia melibatkan banyak unsur seperti asimilasi dan adaptasi.

MPW1133/2133BAB 1- MASYARAKAT & HUBUNGAN ETNIK37

Page 38: PM 1

MPW1133/2133BAB 1- MASYARAKAT & HUBUNGAN ETNIK38

Faktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran:

Agen-agen sosialisasi seperti keluarga, jiran, sekolah, institusi latihan dan sebagainya.

Nilai yang mendapat keutamaan dalam sesebuah masyarakat itu.

Umur seseorang. Tahap pendidikan.

Page 39: PM 1

MPW1133/2133BAB 1- MASYARAKAT & HUBUNGAN ETNIK39

2. Dikongsi Ia bermaksud setiap perlakuan

itu diramal dan didokong oleh sekumpulan manusia.

Tanpa perkongsian, ia hanya menjadi perlakuan individu dan bukannya perlakuan masyarakat.

Page 40: PM 1

MPW1133/2133BAB 1- MASYARAKAT & HUBUNGAN ETNIK40

3. Sejagat Kebudayaan itu wujud dalam

semua kelompok manusia. Namun ia berbeza antara

masyarakat kerana pengaruh alam, pengaruh luar dan tahap penyesuaian anggota.

Page 41: PM 1

MPW1133/2133BAB 1- MASYARAKAT & HUBUNGAN ETNIK41

4. Diwarisi Budaya itu diwarisi dari satu

generasi ke satu generasi berikutnya.

Budaya yang diamalkan hari ini adalah lanjutan daripada budaya terdahulu.

Page 42: PM 1

MPW1133/2133BAB 1- MASYARAKAT & HUBUNGAN ETNIK42

5. Berubah Tidak ada budaya yang wujud dari

dahulu hingga sekarang tidak mengalami perubahan.

Perubahan ini dikaji daripada perubahan bentuk, ciri dan proses yang berlaku.

Page 43: PM 1

MPW1133/2133BAB 1- MASYARAKAT & HUBUNGAN ETNIK43

Faktor perubahan budaya:

Pertambahan bilangan anggota masyarakat. Pertambahan keperluan dan keinginan

manusia. Penemuan dan penciptaan teknologi baru. Pertembungan budaya. Konflik yang berlaku. Perubahan alam sekitar.

Page 44: PM 1

MPW1133/2133BAB 1- MASYARAKAT & HUBUNGAN ETNIK44

6. Perlambangan Budaya boleh ditunjukkan dalam bentuk

perlambangan seperti logo, bendera, ukiran dll.

7. Pandangan Semesta Pandangan semesta ialah bagaimana

manusia memberikan tafsiran terhadap keadaan alam sekeliling ke dalam kehidupan seharian.

Ia timbul kerana manusia mempunyai pertalian yang rapat dengan alam sekitar.

Page 45: PM 1

MPW1133/2133BAB 1- MASYARAKAT & HUBUNGAN ETNIK45

FUNGSI BUDAYA DALAM KEHIDUPAN

1. Memenuhi keperluan hidup.2. Panduan kepada anggota masyarakat

bertingkahlaku.3. Mengatur hubungan sesama manusia4. Galakan untuk manusia mencipta.5. Alat penyatuan dan pengenalan

identiti.

Page 46: PM 1

PROSES-PROSES INTEGRASI ANTARA ETNIK

TAHAP HUBUNGAN ETNIK

MPW1133/2133BAB 1- MASYARAKAT & HUBUNGAN ETNIK46

Page 47: PM 1

PERPADUAN AND INTEGRASI Perpaduan:

Proses penyatuan dari semua aspek seperti fizikal, sosial, ekonomi dan politik tetapi bukan biologikal untuk melahirkan identiti nasional.

Integrasi:

Penyatuan dari semua aspek dan termasuk khasnya aspek biologikal.

Berkahwin dengan pasangan di luar kelompok dipanggil exogamy.

Page 48: PM 1

PERPADUAN AND INTEGRASI Tun Abdul Razak:

“perpaduan dan integrasi penting supaya tenaga negara dapat disalurkan kepada memajukan negara daripada digunakan untuk menyelesaikan masalah yang wujud daripada kepelbagaian.

MPW1133/2133BAB 1- MASYARAKAT & HUBUNGAN ETNIK48

Page 49: PM 1

PERPADUAN

Proses untuk menyatupadukan seluruh anggota masyarakat dan negara melalui ideologi negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti, nilai bersama dan semangat patriotisme kepada negara

Penyatuan aspek-aspek fizikal, ekonomi, politik dan sosial

Page 50: PM 1

INTEGRASI

Proses bagi mewujudkan satu identiti nasional di kalangan kumpulan-kumpulan yang terpisah dari segi budaya, sosial, ekonomi dan penempatan dan sesebuah unit politik

Boleh melibatkan kesepaduan dalam biologi

Page 51: PM 1

DIMENSI INTEGRASIMembina konsensus antara rakyat.

Prinsip asas untuk mencapainya:Integrasi melalui kepelbagaian.Saling hormat-menghormati.Bersedia bekerjasama dan bertolak

ansur.Sederhana dalam tuntutan.

Konsensus bermaksud persetujuan tentang nilai asas yang patut dipegang atau dipanggil budaya sivik.

Page 52: PM 1

DIMENSI INTEGRASI

Merapatkan jurang antara pemerintah dengan diperintah.Dikenali sebagai integrasi elit-massa.Keperluan bermesyuarat - demokrasi.Pemimpin punya gaya sendiri dan tiada masa

untuk rakyat.Merapatkan jurang pembangunan antara wilayah.

Antara wilayah maju dan wilayah mundur.

MPW1133/2133BAB 1- MASYARAKAT & HUBUNGAN ETNIK52

Page 53: PM 1

HUBUNGAN ETNIK

MPW1133/2133BAB 1- MASYARAKAT & HUBUNGAN ETNIK53

Page 54: PM 1

SEGREGASI

Hubungan yang bersifat pemisahan di antara etnik-etnik dalam sesebuah negara.

Pemisahan berlaku dalam beberapa keadaan seperti tempat tinggal, sistem persekolahan, pengangkutan dan kemudahan awam.

Ia didasari oleh undang-undang ataupun tidak seperti Dasar Apartheid di Afrika Selatan.

MPW1133/213354 BAB 1- MASYARAKAT & HUBUNGAN ETNIK

Page 55: PM 1

MPW1133/2133BAB 1- MASYARAKAT & HUBUNGAN ETNIK55

AKOMODASI

Satu proses di mana etnik menyedari norma dan nilai mereka antara satu sama lain, namun mereka tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing.

Switzerland adalah negara yang mempunyai hubungan etnik bersifat akomodasi kerana etnik-etnik Jerman, Perancis dan Itali saling membuat penyesuaian antara mereka.

Page 56: PM 1

MPW1133/2133BAB 1- MASYARAKAT & HUBUNGAN ETNIK56

AKULTURASI

Satu proses penerimaan unsur kebudayaan di kalangan individu atau kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berlainan.

Berbeza dengan proses asimilasi, proses akulturasi tidak menyebabkan kehilangan identiti asal masyarakat yang menerima.

Page 57: PM 1

MPW1133/2133BAB 1- MASYARAKAT & HUBUNGAN ETNIK57

ASIMILASI

Proses percantuman dan penyatuan di antara etnik yang berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama.

Ia berkaitan dengan penyerapan sehala individu ke dalam etnik yang lain.

Page 58: PM 1

MPW1133/2133BAB 1- MASYARAKAT & HUBUNGAN ETNIK58

Sambungan….

Semua kumpulan lama kelamaan akan mematuhi pola-pola kebudayaan golongan dominan dan melupakan kebudayaan dan identiti masing-masing.

Page 59: PM 1

MPW1133/2133BAB 1- MASYARAKAT & HUBUNGAN ETNIK59

Proses asimilasi berlaku apabila terdapatnya:

1. Etnik yang berbeza budaya.2. Individu di dalam atau di antara etnik

sering berinteraksi.3. Interaksi berlaku dalam tempoh yang

lama.

Page 60: PM 1

MPW1133/2133BAB 1- MASYARAKAT & HUBUNGAN ETNIK60

Faktor kejayaan asimilasi:

1. Kesanggupan etnik minoriti menghilangkan identiti mereka dan menerima identiti etnik lain.

2. Kesanggupan etnik majoriti menerima etnik lain.

3. Kelompok minoriti adalah kecil.4. Terdapat banyak persamaan budaya antara

etnik.

Page 61: PM 1

MPW1133/2133BAB 1- MASYARAKAT & HUBUNGAN ETNIK61

Faktor penghalang asimilasi:

1. Kurang pengetahuan kebudayaan sehingga menimbulkan perasaan takut terhadap budaya lain.

2. Timbul perasaan bahawa budaya sesuatu etnik lebih tinggi dari etnik lain.

3. Wujud perbezaan kepentingan antara etnik yang terlibat.

4. Penguasaan dalam sesuatu bidang khususnya oleh etnik minoriti.

Page 62: PM 1

MPW1133/2133BAB 1- MASYARAKAT & HUBUNGAN ETNIK62

AMALGAMASI

Ia menjangka semua kebudayaan boleh dicair dan dijadikan satu keseluruhan bersama.

Ia merupakan satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur untuk membentuk jenis-jenis budaya dan ras yang baru.

Biasanya terjadi melalui perkahwinan campur antara etnik.

Page 63: PM 1

SAS/CTU 553 BAB 1- KONSEP ASAS HE 63

PLURALITI BUDAYA

Menerapkan pencapaian keseragaman dalam hal-hal yang penting kepada negara seluruhnya tetapi dalam masa yang sama setiap kaum dibenarkan mengekalkan ciri-ciri kebudayaannya tersendiri.

Diwakili oleh formula: A + B + C = A + B + C (A, B dan C merujuk kepada budaya).

MPW1133/213363 BAB 1- MASYARAKAT & HUBUNGAN ETNIK

Page 64: PM 1

KELEBIHAN PLURALITI BUDAYA

1. Boleh menjadi satu ‘penghubung penstabil’ antara cara hidup lama dengan cara hidup baru.

2. Dapat mengelakkan sedikit sebanyak disorganisasi sosial dan peribadi yang mungkin timbul akibat kejutan budaya.

MPW1133/213364 BAB 1- MASYARAKAT & HUBUNGAN ETNIK

Page 65: PM 1

Test your Math…

MPW1133/2133BAB 1- MASYARAKAT & HUBUNGAN ETNIK65

Page 66: PM 1

Test your Math…

MPW1133/2133BAB 1- MASYARAKAT & HUBUNGAN ETNIK66

Page 67: PM 1

MASYARAKAT PLURALITI BARU

MPW1133/2133BAB 1- MASYARAKAT & HUBUNGAN ETNIK67

Page 68: PM 1

SAS/CTU 553 BAB 1- KONSEP ASAS HE 68

MASYARAKAT PLURALITI BARU

Gabungan dua atau lebih masyarakat yang hidup bersama dalam satu unit politik atau dalam satu kerajaan.

Ia wujud hasil dari pluraliti budaya yang terdapat dalam sesebuah negara.

MPW1133/213368 BAB 1- MASYARAKAT & HUBUNGAN ETNIK

Page 69: PM 1

SAS/CTU 553 BAB 1- KONSEP ASAS HE 69

CIRI-CIRI MASYARAKAT PLURALITI BARU

1. Pemerintah dan yang diperintah ada yang berlainan bangsa dan hidup dalam komuniti yang berasingan.

2. Satu set nilai budaya dan politik yang yang dikongsi oleh komuniti yang berbeza melalui persetujuan kebangsaan.

MPW1133/213369 BAB 1- MASYARAKAT & HUBUNGAN ETNIK

Page 70: PM 1

SAS/CTU 553 BAB 1- KONSEP ASAS HE 70

3. Kecenderungan untuk meramal konflik ekonomi dalam konteks bangsa.

4. Bangsa-bangsa yang berbeza tetapi mempunyai keinginan yang sama seperti keamanan dan kesejahteraan.

5. Sedikit campur tangan pihak luar kadang-kala mungkin diperlukan bagi meleraikan konflik yang mungkin wujud di antara masyarakat pluraliti baru ini.

MPW1133/213370 BAB 1- MASYARAKAT & HUBUNGAN ETNIK

Page 71: PM 1

SAS/CTU 553 BAB 1- KONSEP ASAS HE 71

Masyarakat pluraliti baru dapat dikenali melalui:

1. Kepelbagaian budaya yang terdapat dalam satu kelompok besar manusia.

2. Lebih banyak keutamaan bangsa dalam politik.

3. Kewujudan unit politik yang dibentuk oleh budaya-budaya masyarakat.

MPW1133/213371 BAB 1- MASYARAKAT & HUBUNGAN ETNIK

Page 72: PM 1

PLURALITI MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

Model masyarakat Islam Madinah.

Surah al-Hujurat:13

MPW1133/2133BAB 1- MASYARAKAT & HUBUNGAN ETNIK72

Page 73: PM 1

SOALAN??

MPW1133/2133BAB 1- MASYARAKAT & HUBUNGAN ETNIK73